• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan Qiraat dalam Pentafsiran al Qura

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Peranan Qiraat dalam Pentafsiran al Qura"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

KURSUS:

PENGAJIAN QIRAAT (PPPN2433)

TAJUK TUGASAN:

PERANAN QIRAAT DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN

PENSYARAH:

DR. SABRI BIN MOHAMAD

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD HADI MOIN BIN ABDUL LATIFF (A147444) MUHAMMAD SHABIL MUHAFIZ BIN HARUN (A152056)

AMIRUL RIDZUAN BIN MOHD SHAFIE (A149803) MUHAMAD HUZAIRIN BIN MOKHTAR (A149773)

HANIF RABBANI BIN MUJMAL (A152074) MUHAMAD HAZIZI BIN RAZI (A148056)

SHAFIQ ARDANI BIN RASIDI (A150330) AMIRUDDIN BIN ARMAN (A147368)

SYAHID BIN NASIR ALI (A151893)

(2)

1.0 PERANAN QIRAAT MUTAWATIRAH

Qiraat telah menjadi suatu medium terpenting dalam melakukan pentafsiran al-Quran. Sesuatu pentafsiran yang dapat diterima sebagai hujah oleh ahli-ahli tafsir mestilah mengandungi sususan ilmu bacaan (al-Qiraat) yang lengkap, ilmu usul dan ilmu bahasa yang melingkupi nahu, saraf, balaghah, bayan, badi’ dan sebagainya.

Oleh itu, qiraat yang terbaik dan sahih iaitu qiraat mutawatirah merupakan prasyarat utama dalam membolehkan sesuatu bacaan al-Quran diamalkan dan dijadikan hujah, disamping dua rukun qiraat yang lain iaitu bertepatan dengan bahasa Arab dan Rasm ‘Uthmani. Ulama bersepakat bahawa kepentingan yang dimainkan oleh qiraat mutawatirah dalam ilmu tafsir.

Kepelbagaian bentuk bacaan yang sahih sanadnya adalah merupakan satu rahmat kepada umat Islam khususnya dalam bidang pensyariatan hukum-hakam. Hal ini kerana, kepelbagaian tersebut bukanlah bermaksud wujud pertentangan makna mahupun pada aspek pentafsiran secara keseluruhan, bahkan ianya merupakan pelengkap antara satu sama lain yang mempunyai hubung kait.

Dalam perbincangan mengenai peranan qiraat mutawatirah dalam ilmu tafsir ini, pengkaji akan mendedahkan beberapa contoh potongan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai kepelbagaian bentuk bacaannya.

1.1 Menerangkan Hukum Yang Telah Disepakati

Firman Allah SWT:

... ۊ ُسُدسلا اَمُهْ ِّم ٍدِحاَو ِّلُكِلَف ٌتْخُأ ْوَأ ٌخَأ ُهَلَو ٌةَأَرْما ِوَأ ًةَل َََك ُثَروُي ٌلُجَر َناَك نِإَو ...

١٢

Maksudnya: Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki atau saudara perempuan maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam.

(3)

Ayat tersebut membicarakan tentang pembahagian faraid. Namun pentafsir berbeza pendapat siapa yang dimaksudkan dengan saudara lelaki dan perempuan melalui bacaan mutawatirah iaitu ( ٌتْخأ ْ أ ٌخأ هل ). Ubay bin Kaab dan Sa‘ad bin Abi Waqas membaca ( أ نم ٌتخأ أ ٌخأ هل ) dengan menambahkan أ نم (al-Andalusiy 1993).

Qiraat tersebut menerangkan maksud saudara ialah saudara seibu, dan setiap seorang dari mereka akan memperolehi satu perenam atau satu pertiga harta pusaka. Meskipun qiraat Ubay bin Kaab dan Sa‘ad bin Abi Waqas adalah syazzah, para ulama telah bersepakat menerimanya sebagai tafsiran kepada bacaan mutawatirah iaitu saudara-saudara daripada sebelah ibu.

1.2 Menghasilkan Hukum Syarak Yang Berbeza

Firman Allah SWT:

َنيِذلا اَه يَأ ََ

ْمُكِسوُءُرِب اوُحَسْماَو ِقِفاَرَمْلا ََِإ ْمُكَيِدْيَأَو ْمُكَهوُجُو اوُلِسْغاَف ِة ََصلا ََِإ ْمُتْمُق اَذِإ اوَُمآ

... ۊ َِْْ بْعَكْلا ََِإ ْمُكَلُجْرَأَو

٦

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.

(Surah al-Maidah 5: 6)

Ayat diatas membincangkan cara berwuduk. Namun pentafsir berbeza pendapat mengenai cara berwuduk pada bahagian kaki yang boleh dibaca dengan dua qiraat mutawatirah pada perkataan مك جرأ . Bacaan pertama dibaca dengan khafd iaitu

(4)

Kedua, wajib menyapu kaki sahaja. Pendapat ini diambil dari Ibn Abbas, Anas bin Malik, Ikrimah, al-Shaʻbi, Abi Jaʻfar Muḥammad bin Ali al-Baqir, dan Qatadah. Manakala Abu Hayyan pula menyatakan bahawa hukum menyapu kaki merupakan zahir ayat.

Ketiga, wajib dihimpunkan di antara cuci dan sapu. Dan ia merupakan pendapat al-Tabari sebab cuci itu meliputi dengan sapu, maka kedua-duanya terhimpun dalam satu keadaan. Adapun pendapat yang mengatakan dengan pilihan adalah tidak diketahui siapa yang mengemukakannya kerana bersalahan dengan pendapat al-Tabari iaitu menghimpunkan kedua-dua hukum. Ada yang mengatakan

pendapat ini dikemukakan oleh golongan Syiah (ʽAbd al-Ilah Huri al-Huri 2008).

Keempat, al-Takhyir iaitu pilihan sama ada sapu ataupun cuci. Pendapat ini disandarkan al-Razi kepada Hasan al-Basri dan al-Tabari. Sebahagian ulama pula berpendapat bahawa kefarduan menyapu adalah pada khuf sahaja, manakala kefarduan mencuci adalah selainnya.

1.3 Menghimpunkan Hukum Yang Berbeza-beza

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai

(hukum) haid. katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.

(Surah al-Baqarah 2: 222)

(5)

ha’ serta fathah kedua-duanya (ن ْ رَ طي). Manakala satu lagi bacaan adalah dengan takhfīf iaitu sukun ta’ dan pada ن ۡر ۡطي (al-Banna 1987).

Para pentafsir berselisih pendapat mengenai waktu yang dibenarkan untuk mencampuri isteri yang telah didatangi haid. Sebahagian ulama memilih bacaan yang pertama iaitu dengan tashdid pada ta’ iaitu mesti bersuci selepas terputusnya haid.

Menurut sebahagian ulama yang lain, adalah dengan bacaan takhfif iaitu tidak disyaratkan mandi wajib ataupun bersuci. Kedua-dua bacaan tersebut memberi dua hukum yang berbeza. Namun, ulama telah menghimpunkan kedua-dua hukum dalam satu iaitu suami tidak boleh menyetubuhi isterinya sehingga terputusnya haid, bahkan mestilah setelah isterinya bersuci (al-Zarqani 1998).

2.0 PERANAN QIRAAT SYAZZAH

Ulama telah bersepakat menyatakan bahawa selain daripada qiraat tujuh dan sepuluh adalah merupakan qiraat shazzah. Hal ini kerana, ianya tidak memenuhi salah satu daripada rukun qiraat yang tiga. Umumnya, qiraat shazzah dikatakan berpunca daripada masahif peribadi para sahabat RA yang tidak dihapuskan setelah Saidina

‘Uthman mengarahkan pembukuan semula al-Quran seperti Mushaf Ibnu Mas’ud di mana mushafnya telah diriwayatkan oleh generasi tabi’in.

(6)

Pertama, firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 1 dan 2: padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (2)

Qiraat Ibnu Muhaysin membaca dengan bacaan tanwin pada kalimah ابير. Dari segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan bahawa inilah kitab yang tidak didapati keraguan didalamnya.

Kedua, firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:

ٌميِحر ٌروُفَغ َه للا نِإ ۊ َه للا اوُرِفْغَ تْساَو ُسا لا َضاَفَأ ُثْيَح ْنِم اوُضيِفَأ ُُ

١٩٩

Maksudnya: Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (199)

Qiraat Ibnu Jubair membaca dengan bacaan يسنلا iaitu bermaksud lupa. Dari segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan bahawa kemudian hendaklah kamu berolak turun ke Arafah iaitu tempat bertolaknya orang yang lupa (Nabi Adam AS di mana baginda telah lupa dengan pesanan Allah SWT yang melarangnya daripada menghampiri pokok khuldi).

Ketiga, firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 156:

ِصُأ ِِاَذَع َلاَق ۊ َكْيَلِإ ََْدُه َِإ ِةَرِخ ْْا َِِو ًةََسَح اَيْ ندلا ِِذٰ َه ِِ اََل ْبُتْكاَو

ََِِْْرَو ۖ ُءاَشَأ ْنَم ِهِب ُبي

َنوُِمْؤُ ي اَِتََِِ مُه َنيِذلاَو َةاَكزلا َنوُتْؤُ يَو َنوُق تَ ي َنيِذلِل اَهُ بُ تْكَأَسَف ۊ ٍءْيَش لُك ْتَعِسَو

١٥٦

(7)

“AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami”. (156)

Referensi

Dokumen terkait

3590/Kerobokan seluas 1500 m 2 (Seribu Lima Ratus Meter Persegi) dengan uang miliknya pribadi tetapi nama dan identitas menggunakan nama Tergugat I dalam sertifikat

Selama bertahun-tahun keluhan para wanita tentang perubahan-perubahan pra haid bagaimanapun ringan atau kerasnya selalu diabaikan. Meskipun satu sebab tunggal dari sindroma pra

Jadi berdasarkan uraian diatas, motivasi kerja seorang au- ditor merupakan dorongan dalam diri seorang auditor untuk dapat bekerja dan mencapai prestasi kerja yang tinggi, baik

Dengan penerapan program tilang diharapkan dapat menumbuhkan kesadaran sikap patuh tata tertib lalu lintas, sehingga pada akhirnya akan tumbuh kesadaran dan tidak lagi

Adapun saran yang dapat diajukan agar pengembangan modul fisika berbasis kontekstual ini dapat lebih baik lagi adalah sebagai berikut: (1) Sebaiknya untuk

Kedudukan dan Peranan Renstra SKPD dalam Perencanaan Daerah Rencana Strategis BAPPEDA Tahun 2014-2019 disusun sesuai amanat Undang-undang Nomor 25 tentang Sistem Perencanaan

LKJIPDinas Kearsipan dan Perpustakaan Kabupaten Kebumen merupakan bentuk pertanggung jawaban atas perjanjian kinerja Dinas Kearsipan dan Perpustakaan Kabupaten

Gambar 3 memperlihatkan strategi pengentasan anak jalanan, dapat dilakukan terutama dengan: memperbaiki pelaksanaan fungsi keluarga (bina manusia keluarga anak