1.0 PENGENALAN
Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia. Melalui jurnal Ahmad Johari (eprints.utm.my), pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Mengikut Kamus Dewan pula pembelajaran merupakan proses belajar. Teori merupakan perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu pendidikan. Menurut Ahmad Johari (eprints.utm.my), teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu.
Berdasarkan apa yang telah kami pelajari, terdapat lima teori pembelajaran. Teori-teori pembelajaran tersebut ialah teori behavioris, teori sosial, teori kognitif, teori konstruktivisme dan teori humanisme. Oleh itu, dalam penulisan ini hanya menekankan terhadap dua teori iaitu teori konstruktivisme Lev Vygotsky dan teori sosial Albert Bandura. Menurut A. Rangkuti (www.academia.edu), konstruktivisme berhubungan dengan filsafat, psikologi, sosiologi, sains, dan pendidikan. Menurut artikel Nur Hidayah bt Mohamed, et.al (daniraipgm.blogspot.my), Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan.
2.0 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Menurut Lev Vygotsky (Noriati A.Rashid, 2015), Teori perkembangan kognitif merupakan asas kepada teori konstruktivisme sosial. Konstruktivisme sosial menekankan hubungan dan bimbingan orang lain ke atas pembelajaran. Teori ini juga menegaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina di dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar (Mok Soon Sang, 2010). Contohnya, seorang pelajar mempunyai ayah yang merupakan pemain bola sepak. Oleh itu pelajar ini selalu berlatih dengan ayahnya dan pengalaman ini telah membuatkan dia pandai dalam bermain bola sepak di sekolah.
2.1 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Antara implikasi teori konstruktivisme ini kepada proses pengajaran ialah guru hendaklah bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira segala aspek yang berkaitan dengan keupayaan murid. Hal ini adalah kerana segala pembelajaran yang dilakukan adalah lebih berpusat kepada murid di mana murid belajar melalui segala proses membuat aktiviti yang dijalankan oleh guru semasa di dalam kelas.
Selain itu, implikasi lain bagi teori konstruktivisme ini ialah guru haruslah dapat mengenal pasti Zon Perkembangan terdekat ( ZPD ) atau juga dikenali sebagai Zon Perkembangan Proksimal dalam diri murid-murid berdasarkan beberapa aktiviti yang dijalankan di dalam kelas (Noriati A. Rashid, 2015). Hal ini bertujuan untuk mengetahui tahap murid tersebut sama ada berada di zon bawah ataupun zon atas. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru mencari pendekatan yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai sesuatu sesi pembelajaran.
Pada waktu yang sama,, implikasi bagi teori ini juga ialah guru haruslah menyediakan lebih banyak contoh dan bahan sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi diketahui atau dikuasai oleh
3.0 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
Jika ditinjau daripada aspek teori pembelajaran sosial pula, ia merupakan Xperluasan dari teori belajar perilaku yang tradisional (behavioristik). Teori pembelajaran sosial ini dikembangkan oleh Albert Bandura (1986). Teori ini menerima sebahagian besar daripada prinsip-prinsip teori-teori belajar perilaku. Setiap pelajar secara individu (dan sosial) membina makna contoh seperti dia belajar membina makna bagi sesuatu pembelajaran.
Mengikut teori Bandura (1963), pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia (Mok Soon Sang, 2010). Menurut Bandura, manusia adalah insan yang berkemampuan berfikir untuk memilih haluan sendiri (Lee Shok Mee, 1995). Oleh itu, teori ini telah mengutamakan kaedah permodelan dan pemerhatian dalam proses pembelajaran.
3.1 IMPLIKASI TEORI SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Antara implikasi yang berkait rapat dengan Teori Pembelajaran Sosial terhadap pengajaran dan pembelajaran yang pertama ialah sebagai seorang guru, amat penting bagi kita memberi setiap orang murid peluang untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkah laku yang diingini. Guru sebagai role model dan model simbolik (Mok Soon Sang, 2010). Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif seperti dipandang tinggi, cekap, baik selaras dengan matlamat modelling untuk dijadikan teladan di dalam kelas.
Di samping itu ialah modifikasi tingkah laku. Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik peniruan tidak langsung. Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan yang harus ditolak.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, guru perlu menjadikan rakan sebaya pelajar sebagai model. Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan tingkah laku model dalam kelas. Menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih saying dan hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar.
4.0 KESIMPULAN
5.0 BIBLIOGRAFI
Lee Shok Mee (1991), Asas Pendidikan 2: Murid dan Proses Pembelajaran. Selangor: Kumpulan Budiman.
Mok Soon Sang (2010), Pedagogi Untuk Pengajaran–Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Alam Belajar : Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar.
Laman Web
Ahmad Abrar Rangkuti. (n.d.), Teori Pembelajaran: Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Diakses pada 19 Februari 2016, daripada laman web http://www.academia.edu/11999334/TEORI_PEMBELAJARAN_TEORI_PEMBEL AJARAN_KONSTRUKTIVISME.
Ahmad Johari Sihes. (n.d), Teori Pembelajaran. Diakses pada 19 Februari 2016, daripada laman web http://eprints.utm.my/10358/1/bab11.pdf.
Ahmad Johari Sihes. (n.d), Konsep Pembelajaran. Diakses pada 19 Februari 2016, daripada laman web http://eprints.utm.my/10357/1/bab10.pdf.
Nur Hidayah bt Mohamed. (n.d.), Teori Pembelajaran Sosial. Diakses pada 19 Februari 2016, daripada laman web http://daniraipgm.blogspot.my/p/teori-pembelajaran-sosial.html.