• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERJA KURSUS BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KERJA KURSUS BULAN SABIT MERAH MALAYSIA"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

KERJA KURSUS BULAN SABIT

MERAH MALAYSIA (BSMM)

SEMESTER 1

HBU117

NAMA NO. PELAJAR KUMPULAN

MOHAMMAD IKMAL ALIF BIN

ISMAIL 2015229912 A

JURULATIH: PUAN SITI KHADIJAH BINTI IBRAHIM

(2)

ISI KANDUNGAN

BIL

.

PERKARA

MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1 2. KEMALANGAN INDUSTRI 2-9 3. TERBAKAR 10-21

(3)

PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan kemalangan industri? Kemalangan didefinisikan sebagai kejadian yang berlaku tanpa sebab diduga manakala industri perusahaan kebiasaannya secara besar-besaran untuk menghasilkan atau

mengeluarkan barang secara banyak. Kemalangan industri ialah kemalangan yang berlaku di tempat kerja tanpa sebab yang diduga. Pelbagai punca berlakunya kemalangan ini seperti berpunca daripada manusia atau peralatan di tempat kerja. Punca-punca ini perlu dibendung agar kejadian-kejadian tidak diingini berlaku. Terdapat dua kategori kemalangan iaitu kemalangan besar dan kemalangan kecil. Kemalangan ini dapat dibendung dengan melakukan berbagai-bagai langkah yang terdiri daripada aspek pekerja, majikan dan persekitaran.

(4)

TAJUK 1: KEMALANGAN INDUSTRI

Definisi:

Kemalangan industri boleh ditakrifkan sebagai kemalangan yang berlaku di tempat industri atau tempat kerja yang disebabkan oleh beberapa faktor iaitu faktor manusia, faktor pentadbiran dan faktor fizikal. Kejadian ini juga berlaku tanpa sebab yang boleh diduga.

Suasana kerja yang selamat:

 Susun atur yang kemas dan teratur

 Ruang kerja yang selesa.

 Pencahayaan yang mencukupi bagi kerja yang dilakukan.

 Pengaliran udara yang baik

 Bunyi bising yang terkawal.

 Peralatan berfungsi dengan baik dan sesuai.

 Peranti keselamatan pada mesin yang sesuai.

 Bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang selamat.

 Sistem pencegah kebakaran yang lengkap dan berfungsi.

 Tanda-tanda amaran yang jelas dan mencukupi.

 Tanda-tanda arahan keselamatan yang jelas dan mencukupi.

Perilaku yang perlu diamalkan di tempat kerja:

 Menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang dilakukan.

 Tidak dipengaruhi alcohol atau dadah semasa kerja, jika di bawah pengaruh ubat dos yang tinggi, jangan kendalikan mesin.

 Menggunakan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi yang sesuai dengan betul.

 Mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa.

 Tidak makan, minum atau merokok semasa bekerja.

 Menghadiri latihan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dari masa ke semasa.

(5)

Faktor manusia

 Disebabkan oleh kecuaian. Sifat cuai manusia dengan tidak atau kurang memberi tumpuan terhadap kerja, mengelamun atau berkhayal semasa kerja atau mengendalikan sesuatu.

 Kurang ilmu, tidak pakar dalam kerja yang dilakukan. Hal ini termasuk juga mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil serta latihan-latihan dalam menjalankan tugas secara terperinci.

 Sikap manusia yang sambil lewa, tidak cakna dan suka mengambil jalan pintas dalam melaksanakan tugas. Tambahan, sikap tidak berdisiplin dengan tidak mematuhi arahan keselamatan turut menjadi punca dalam kemalangan di tempat kerja.

Faktor pentadbiran

 Pentadbiran yang kurang kukuh oleh pemimpin yang lemah dan tidak menitikberatkan soal keselematan pekerja.

 Tidak kuatkuasa undang-undang dan peraturan tidak dilaksanakan dengan sepenuh hati.

 Tiada arahan keselamatan daripada ketua seksyen sebelum melakukan kerja.

 Kawalan keselamatan yang sangat longgar dan tiada sebarang prosedur yang ditetapkan.

 Kurang latihan berkaitan pencegahan keselamatan pekerja.

 Kekurangan alat perlindungan diri di tempat kerja.

(6)

Terbahagi kepada tiga, iaitu:

 Kawasan persekitaran di tempat kerja. Kawasan kerja yang tidak diberi perhatian seperti tidak dibersihkan, tidak tersusun akan menggangu cara kerja pekerja. Pencahayaan amat penting dalam pekerjaan dan hal ini haruslah dititikberatkan kerana hal ini akan menjadi salah satu punca kemalangan jika pencahayaan yang ada tidak mencukupi. Seterusnya,

kebisingan melampau yang melebihi tahap pendengaran akan menyebabkan pekerja hilang focus dalam kerja, memberi kesan psikologi, mengganggu komunikasi dan boleh menyebabkan hilang daya pendengaran jika terdedah dalam jangka masa yang lama. Tambahan lagi, sistem pengudaraan yang tidak baik menggangu kecerdasan minda dan tumpuan individu, serta pengendalian system pelupusan yang tidak teratur boleh menambah keburukan kawasan persekitran.

 Punca daripada peralatan dan mesin yang digunakan. Terjadi apabila mesin digunakan mungkin tidak sesuai dengan ruang kerja dan dapat memberi kesan yang buruk kepada pekerja yang menggunakannya. Keadaan mesin yang lama atau tidak diselenggara secara berkala ialah tidak sesuai

digunakan kerana ini akan menjadi salah satu sebab berlakunya kemalangan pekerja. Penggunaan, penyimpanan dan pengendalian mesin yang salah serta tidak selamat membahayakan keselamatan pekerja.

 Sistem pendawaian sesebuah bangunan yang terlalu lama iaitu melebihi 40 tahun menyebabkan kebocoran arus dan terlebih beban meningkatkan risiko kebakaran dan membahayakan nyawa pekerja-pekerja. Pendawaian

tambahan tanpa pengetahuan jurutera terlatih dan pendawaian yang salah menyebabkan boleh berlaku litar pintas di sesebuah tempat.

Kategori kemalangan:

Kategori Kemalangan Keterangan

 Kemalangan kecil

 Tidak hilang upaya kekal

 Sebarang kemalangan industri yang tidak menjejaskan keaslian tubuh badan anggota manusia atau tiada

kehilangan anggota badan

 Sebarang kemalangan yang melibatkan tubuh anggota manusia sehingga menjejaskan cara kerja atau

kehilangan anggota tubuh.

 Sebarang kemalangan yang menyebabkan kematian.

(7)

Fizikal

 Pekerja yang terdedah dengan suhu yang tinggi, menyebabkan hilang fokus dalam pekerjaan. Suhu yang tinggi juga menyebabkan berlakunya dehidrasi kepada tubuh, di mana tubuh kehilangan banyak air melalui perpeluhan dan kesannya kelatihan atau heart stroke. Contoh tempat ialah tempat

melombong arang.

 Pekerja yang terdedah dengan getaran, yang menggunakan alat bergetar seperti gergaji. Penggunaan berterusan akan memberi kesan jangka panjang seperti gangguan saraf, kerosakan tulang dan gangguan penglihatan. Contoh pekerja ialah pemotong pokok.

Kimia

 Pekerja yang menggunakan bahan-bahan kimia di makmal untuk ujikaji atau sebagainya. Bahan kimia boleh meresap ke dalam badan melalui tiga cara iaitu melalui pernafasan, penghadaman dan kulit. Contoh pekerja ialah jurutera kimia.

Psikologi

 Tekanan dengan beban kerja yang terlampau banyak, majikan yang tidak memahami dan gangguan sekitar. Hal ini akan menggangu emosi pekerja dan kesannya sakit kepala, strok, tekanan darah tinggi.

Mekanikal dan Elektrikal

 Kemalangan yang berkaitan dengan mesin dan peralatan elektrik. Kemalangan ini boleh menyebakan kehilangan nyawa.

Biologikal

 Disebabkan oleh terdedah kepada hazard biological seperti darah, virus atau parasite. Menyebabkan pekerja mendapat jangkitan daripada

bakteria-bakteria tersebut.

(8)
(9)
(10)

STATISTIK KEMALANGAN PEKERJAAN MENGIKUT SEKTOR SEHINGGA DISEMBER 2013

(11)

 Pemeriksaan kesihatan dan keselamatan berkala. Kesihatan pekerja amat penting bagi memperoleh focus kerja yang jitu. Pemeriksaan keselamatan dilakukan agar tempat merbahaya dikenal pasti dan di tambah baik serta memberikan kesedaran kepada ppekerja tentang kepentingan keselematan dalam pekerjaan.

 Penyemakan kejuruteraan oleh jurutera terlatih dan diiktiraf badan kerajaan. Setiap kawasan perlu disemak oleh jurutera untuk memastikan keselamatan tahap maksima.

 Tanggungjawab pekerja dengan peka terhadap keselamatan diri sendiri, orang sekeliling dan persekitaran. Mengikuti kursus agar lebih tahu tentang peranan dalam sesebuah organisasi serta mematuhi segala undang-undang keselamatan yang telah ditetapkan.

 Tanggungjawab majikan memberi peluang kepada pekerja menghadiri kursus keselamatan dan melantik ketua untuk memastikan keselamatan pekerja sentiasa terjamin. Tambahan, majikan perlu menyediakan alat-alat

keselamatan mencukupi seperti topi, goggle dan sebagainya.

(12)

TAJUK 2: TERBAKAR

Definisi:

Terbakar adalah kecederaan kepada kulit yang melibatkan sebahagian tisu-tisu yang di sebabkan oleh bahan panas, kimia, arus elektirk dan juga pancaran radiasi. Terbakar juga ditakrifkan sebagai pendedahan terlalu lama kepada haba kering, arus elektrik atau agen radioaktif yang mencederakan tisu badan.

Sebab-sebab terbakar:

 Akibat dari api

 Air panas

 Objek yang panas seperti besi panas

 Bahan kimia (asid dan alkali) yang dapat menghakis

 Elektrik dan kilat

 Pancaran Radioaktif (radiasi)

Tanda atau gejala terbakar:

 Tanda serta merta yang dapat dilihat pada kulit iaitu warna kemerahan atau kehitaman.

 Kemudian, kulit akan menggelembung dan menghasilkan blister di mana di dalam nya terkandung cecair yang dipanggil sebagai plasma.

(13)

Penilaian terhadap luka terbakar:

Penilaian perlu dilakukan untuk menilai tahap sesuatu kecederaan terbakar kerana maklumat ini penting sebelum bantuan sampai. Aspek yang dinilai ialah:

 Bagaimana luka terbakar terjadi.

 Salur udara mangsa terjejas atau tidak.

 Lokasi luka terbakar tersebut.

 Kedalaman luka terbakar.

 Takat kecederaan.

Terdapat tiga jenis klasifikasi tahap kebakaran, iaitu:

 Kebakaran tahap pertama (1st degree burn).

 Kebakaran tahap kedua (Partial thickness burn or 2nd degree burn).

(14)

Peringkat pertama (1st degree burn)

 Hanya melibatkan kulit bahagian atas sahaja iaitu epidermis.

 Warna kulit menjadi kemerahan, lembik, kesakitan dan bengkak pada kulit.

 Proses penyembuhan tidak mengambil masa yang lama iaitu dalam masa seminggu

(15)

Peringkat kedua (Partial thickness burn or 2nd degree burn)

 Ia melibatkan bahagian kulit atas (epidemis) dan juga sebahagian dari lapisan bawah kulit (dermis). Kesan kepada lapisan luar dan separa dalam.

 Terbahagi kepada 2 iaitu:

 Kebakaran separa tebal atas;

 Kebakaran separa tebal dalam.

 Kulit menjadi bertompok-tompok merah, bengkak dan berair (blister)

 Kesakitan yang teramat dan mencederakan sehingga ke tisu dan otot.

(16)

Peringkat ketiga (3rd degree burns/ full thickness burn)

Melibatkan lapisan atas (epidemis), lapisan bawah (dermis), tisu dalam dan hipodermis.

Warna kulit menjadi kehitam-hitaman ataupun putih kelabu Bau terbakar juga dapat di hidu di peringkat ini

Kebanyakan urat saraf yang berada di bahagan atas telah musnah

Tidak merasa sakit kerana saraf-saraf telah musnah, mengambil masa yang sangat lama untuk sembuh.

Dalam kecederaan ini, kulit akan mati. Bahagian yang rosak tidak akan diganti dan perlu dibuat tampalan (skin grafting).

(17)

 Tanggalkan semua barang perhiasan

 Tinggikan bahagian cedera

 Siram dengan air yang banyak di tempat yang terbakar

 Jika menggunakan air batu jangan letakkan secara terus kebahagian yang terbakar

 Jika terdapat gelembong air (blister) jangan pecahkan. Jika pecah, tutupkan dengan kain basah yang bersih

 Selimut / balut anggota yang terbakar dengan kain basah dan bersih

PERINGATAN:

Jangan gunakan sebarang bentuk ubat sapu seperti ubat gigi, spray dan sebagainya.

Langkah-langkah awal pertolongan kecederaan terbakar:

 DRABC amat penting untuk menyelamatkan nyawa.

 Bawa mangsa ke tempat yang selamat.

 Dapatkan tindak balas untuk menentukan perlu atau tidak CPR dijalankan.

 Jika kecederaan teruk iaitu peringkat kedua atau ketiga, tutup kecederaan dengan kain sementara menunggu ambulans sampai. Kecederaan ini boleh menyebabkan renjatan.

 Bagi kecederaan yang tidak teruk tetapi melibatkan anggota-anggota yang sensitif seperti pancaindera, kemaluan atau melibatkan bayi, hendak di bawa ke hospital.

 Bagi kecederaan terbakar yang kurang teruk dan kecil-kecil, boleh dirawat sendiri dan tidak perlu hantar ke hospital. Cara merawatnya ialah dengan:

 Letakkan anggota yang terbakar di bawah aliran air. Jangan gunakan ais kerana ais akan menambah kesakitan kepada mangsa. Air

mengurangkan rasa sakit dan ini akan mengambil masa dalam 20-30 minit.

 Keringkan dengan berhati-hati dan tutup dengan kain yang bersih.

 Untuk memastikan keselesaan pesakit, sapukan dengan krim antiseptic atau krim penahan sakit. Jangan sapu sebarang minyak kerana minyak melembutkan kulit dan menjadikannya mudah pecah.

 Jangan pecahkan blister kerana ini dapat membuatkan berlakunya jangkitan kuman.

(18)

Tujuan utama rawatan ini dilakukan untuk membuang bahan kimia yang melekat pada kulit mangsa secepat mungkin. Hal ini dapat mengelakkan cecair kimia meresap masuk ke kulit dalam dan tisu.

Cara-cara rawatan awal berpunca daripada cecair atau bahan kimia ialah:

 Alirkan air secara berterusan ke bahagian yang terkena bahan kimia selama 10 hingga 20 minit

 Setelah bahan kimia itu hilang, buka pakaian yang terkena bahan kimia tersebut dan siram kulit yang terkena kimia sehingga bersih

 Tanggalkan semua barang perhiasan

 Keringkan kawasan yang terlibat dengan kain bersih tetapi jangan gosok

 Hantar pesakit ke hospital

Rawatan awal yang berpunca daripada elektrik:

 Jauhkan mangsa dari punca elektrik dengan segera. Pastikan nyawa mangsa dalam keadaan selamat.

 Berusaha seboleh mungkin untuk tutup suis utama. Arahkan orang ramai supaya berada jauh dari kawasan tersebut.

 Pastikan mangsa masih bernafas. Periksa nadi mangsa.

 Jika mangsa tiada nadi dan pernafasan, lakukan CPR.

 Periksa anggota yang terbakar.

 Jika terdapat luka, tutup luka dengan kain kering dan bersih.

 Pastikan tiada kepatahan dan pendarahan.

 Jika ada, rawat dan hantar mangsa ke hospital.

(19)

Satu kaedah yang digunakan untuk menganggarkan peratusan tubuh badan dewasa atau kanak-kanak yang terbakar, penggantian cecair dan pengeluaran air kencing. Ia digunakan untuk menghitung kemelaratan kecederaan dan memutuskan tahap rawatan yang perlu diberikan kepada mangsa.

Dewasa:

 Kepala= 9%

 Tangan= 18%

 Badan= 36%

 Genital area= 1%

(20)

Kanak-kanak:

 Kepala+leher= 21%

 Tangan= 20%

 Badan= 26%

 Genital area= 1%

 Punggung= 5%

 Kaki= 27%

(21)
(22)
(23)
(24)

1. http://documents.tips/documents/6-kemalangan-industri.html

2. http://www.dosh.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=843&Itemid=545&lang=ms

3. https://books.google.com.my/books?

id=dseDg_yjnGQC&pg=PA83&lpg=PA83&dq=terbakar+pbsm&source=bl&ots =r7PqVYV9Gs&sig=4NIbGf5g0bq5wLvFb41RTWJynsw&hl=en&sa=X&redir_e sc=y#v=onepage&q=kemalangan%20industri&f=false

4. https://www.google.com.my/search?

q=rules+of+nine+for+percentage+of+burn&hl=en&biw=1366&bih=623&source

=lnms&sa=X&ved=0ahUKEwjqj8D52- fJAhWVCI4KHaVtDR8Q_AUIBigA&dpr=1#hl=en-MY&q=rules+of+nine+peratusan+kebakaran\

5. http://documents.tips/documents/pbsm-presentation-terbakar-melecur.html

Referensi

Dokumen terkait

triwulan I sampai dengan tahun 2015 triwulanII yang menjadi

Kebiasaan menautkan link yang meneruskan informasi penting media massa melalui media sosial ataupun menautkan link blog mereka ke media sosial, menunjukkan adanya

Water Stimulating Feed yang digunakan terdiri dari air, garam dan mineral yang mengacu pada formula nutrisi dari dasar laut pada kedalaman 200 meter.. Kandungan Water

Fasilitas parkir yang tidak memadai dan menampung beberapa kendaraan, baik kendaraan umum (bus) maupun kendaraan pengantar dan penjemput menyebabkan kemacetan sirkulasi di dalam

Sumenep dalam Mengatur Transportasi Laut untuk Masyarakat Kepulauan Kangean, dimana kurangnya transportasi laut dan operasi berlayar transportasi laut dari pelabuhan

Dengan maklumat yang diperolehi daripada sistem ini,pelajar dapat mernbuat keputu n berkaitan masa depan mereka.Maldumat yang diperolehi adalah penting dalam pro e

Teknik pembelajaran wait time adalah suatu teknik yang digunakan dalam pembelajaran dengan memberikan waktu tunggu kepada peserta didik untuk berfikir dan guru

Berdasarkan hasil empirik dan teoritis, maka dapat dikatakan bahwa lokasi konsentrasi indsutri kecil di Jawa Timur di Kabupaten Tulungagung, Kota