• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepentingan menggunakan metodologi sejar peneli

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kepentingan menggunakan metodologi sejar peneli "

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk: Kepentingan menggunakan metodologi sejarah dalam menghasilkan sebuah penulisan tesis yang baik.

1.0 Pengenalan

Sejarah sebagai satu disiplin ilmu memiliki metod untuk mengkaji ilmu sejarah secara sistematik iaitu sama seperti disiplin ilmu yang lain. Metodologi sejarah merupakan prinsip yang sistematik dalam mengumpul sumber secara berkesan dan melakukan penilaian secara kritis dan akhirnya ditulis dalam bentuk yang dipanggil historiografi. Proses mengumpul sumber, memilih bahan, mentafsir fakta dan membuat interpretasi akan menjadikan fakta-fakta yang kaku memiliki peristiwa yang sebenarnya. Justeru itu peristiwa masa lalu boleh dibaca dan seboleh-boleh diperlihatkan seperti mana ia berlaku sebenarnya. Untuk memenuhi keperluan ini teknik dan tatacara yang betul dalam menggunakan dan mentafsir bahan primer dan sekunder sangat dititik beratkan. Melalui sumber maka terjelmalah sesuatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan.1

2.0 Langkah Dalam Penulisan Tesis Sejarah

Terdapat empat langkah yang diperlu bagi menghasilkan sesebuah penulisan sejarah yang baik iaitu mencari bukti (heuristik), metodologi sejarah, interpretasi dan historiografi.

2.1 Bahan Bukti Sejarah

Proses awal yang perlu diberi perhatian sebelum mengumpul sumber-sumber sejarah atau bukti untuk dianalisis ialah mengenal pasti sumber sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi sejarah yang dikaji. Proses mengenal pasti sumber akan dapat membantu pemahaman terhadap sumber dari sudut lokasi, tempat dan bentuk. Bahan bukti ini sangat berguna untuk memahami masa lepas yang dengan itu fakta dapat dibina.2 Proses awal boleh melibatkan carian secara bibliografi, usaha mendapatkan penjelasan, membina langkah-langkah kawalan dan proses analisis ataupun

1 Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 103.

(2)

membuat anotasi3 yang hanya berkaitan dengan penyelesaian masalah yang cuba diselesaikan oleh seseorang sejarawan.4

Selain itu pengkaji perlu mengkategori bahan bukti dan tahu apakah elemen kritikal yang membezakan di antara bahan bukti tersebut. Dari sudut sumber, sumber utama yang diperlukan dalam sejarah ialah sumber primer, sekunder dan tidak mengenepikan sumber lisan dan artifak. Sumber primer ialah rekod dalam bentuk catatan dokumen yang ditulis semasa berlakunya sesuatu peristiwa ataupun maklumat lisan daripada individu yang turut serta dalam sesuatu peristiwa. Selain itu sumber primer boleh wujud dalam bentuk monumen, bangunan, Sumber sekunder merupakan buku yang telahpun menganalisis sesuatu peristiwa sejarah. Walaupun sumber primer penting kewujudan sumber sekunder juga tidak boleh dikesampingkan. Kewujudan sumber sebagai sumber rujukan 5sama penting dengan kaedah menganalisis sumber bagi membuktikan bahawa sesuatu kejadian benar-benar berlaku dan bukannya khayalan penulis sahaja. Sumber-sumber ini haruslah dikumpul secara sistematik agar memudahkan proses untuk membuat rujukan. Bagi sumber yang tidak boleh dipinjam memadai hanya dengan merekod secara lengkap tajuk serta nombor rujukan untuk memudah proses membuat penyemakan.

2.2 Metodologi Sejarah

Terdapat dua aspek yang begitu penting dalam metodologi sejarah bagi memastikan sesuatu pernyataan itu benar-benar boleh diterima sebagai bukti sejarah iaitu kritikan terhadap sumber dan penakulan sejarah (historical reasoning).

2.2.1 Kritikan Terhadap Sumber

Sebelum sesuatu penulisan dapat dilakukan proses awal oleh ahli sejarah ialah melakukan kritikan terhadap sumber-sumber yang dilakukan untuk menilai, kekuatan dan kelemahan sumber yang sedia ada dan membuat pemilihan sumber yang benar-benar layak untuk digunakan dalam penulisan sejarah. Abdul Rahman mencadangkan agar ahli sejarah bersikap meragui sesuatu

3 R. J. Shafer, A Guide to Historical Method, Edisi ke-3, Ontario: The Dorsey Press, 1980, hlm.40. 4 Marc, H. J. Romanycia dan F. J. Pelletier, What is heuristic? hlm. 57

(3)

sumber sebelum boleh menerima atau mempercayai kebenaran yang terdapat di dalamnya.6 Tujuan proses ini dilakukan semata-mata untuk melihat sama ada sumber primer yang digunakan betul-betul memiliki kesahan yang tinggi dan bukannya sumber palsu. Olden-Jørgensen (1998) dan Thurén7 telah mencadangkan beberapa prinsip asas dalam membina kritikan terhadap sumber iaitu:

 sumber peninggalan manusia dalam bentuk cap jari memiliki kredibiliti yang lebih tinggi

berbanding sumber naratif berbentuk kenyataan atau surat.

 Sebarang sumber yang dikemukakan boleh diragui sama ada ia sumber yang telah

dipalsukan ataupun rosak. Kebolehpercayaan bahan tersebut akan meningkat sekiranya dapat membuktikan keaslian sumber yang digunakan.

 Semakin dekat maklumat yang dikemukakan oleh sesuatu sumber maka semakin tinggi

keupayaan sumber tersebut menerangkan atau menjelaskan sejarah sesuatu peristiwa yang boleh dipercayai.

 Sumber primer adalah lebih dipercayai daripada sumber sekunder dan seterusnya sekunder

lebih baik berbanding berbanding sumber ketiga.

 Jika maklumat diperoleh daripada sumber-sumber bebas mengandungi mesej yang sama

maka kredibiliti mesej tersebut akan meningkat.

 Kecenderungan bagi setiap sumber ialah keinginan untuk menyajikan pandangan yang berat

sebelah (bias). Kecenderungan ini haruslah dikurangkan dengan diminimumkan atau diseimbangkan dengan sudut pandangan dari arah yang bertentangan.

 Jika sumber seperti saksi sesuatu peristiwa dapat dibuktikan tidak mempunyai kepentingan

langsung berskikap bias maka kredibiliti maklumat yang diperolehi akan turut meningkat. Untuk melakukan kritikan terhadap sumber Bernheim (1889) and Langlois & Seignobos (1898) mencadangkan pula tujuh langkah atau prosedur bagi melakukan kritikan sumber dalam sejarah.8

 Jika sumber bersetuju dengan berlakunya sesuatu peristiwa, ahli sejarah boleh menerima

kesahan peristiwa tersebut.

6 Abdul Rahman Haji Abdullah, 1996, Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 76.

7 A. S. Jha, Social Research Methods, New Delhi: McGraw Hill Education (India) Private Limited, 2014, hlm. 109

(4)

 Walau bagaimanapun sekiranya terdapat keraguan yang tinggi terhadap sumber, ia masih

dapat digunakan sekiranya ia melepasi ujian analisis teks secara kritikal.

 Sumber yang memiliki kredibiliti boleh disahkan dengan merujuk kepada pihak yang

memiliki kepetingan berkaitan dengan sumber. Sekiranya sukar untuk mendapatkan pengesahan keseluruhan teks memadai hanya melakukan secara sebahagian daripada teks sahaja.

 Apabila dua sumber tidak bersetuju pada satu perkara tertentu, ahli sejarah boleh memilih

sumber yang datangnya daripada seorang yang pakar ataupun seseorang saksi sesuatu peristiwa.

 Saksi yang menjadi pilihan utama boleh melibatkan pemerhati biasa yang boleh melaporkan

dengan tepat apa yang berlaku lebih-lebih lagi sekiranya mereka turut berurusan dengan fakta semasa yang diketahui umum.

 Jika dua sumber datangnya daripada sumber yang berasingan bersetuju mengenai sesuatu

perkara maka kebolehpercayaan perkara tersebut menjadi semakin tinggi.

 Apabila dua sumber tidak bersetuju dengan sesuatu perkara tetapi tidak ada cara lain untuk

membuat suatu penilaian, maka ahli sejarah boleh mengambil salah satu sumber yang sesuai dan baik berdasarkan pertimbangan logik dan rasional ahli sejarah.

Melalui prinsip asas dan tatacara dalam membuat kritikan terhadap sumber sejarah maka barulah sumber sejarah melalui proses kritikan secara dalaman dan luaran.

(5)

 Bilakah sesuatu sumber sama ada bertulis ataupun tidak bertulis dihasilkan?

 Dimanakah ia dihasilkan?

 Siapakah penulis catatan tersebut?

 Apakah material yang digunakan untuk menghasilkan bahan (catatan) tersebut?

 Apakah material sebenar yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu sumber?

 Apakah bukti yang terdapat pada bahan tersebut memiliki nilai?

b) Kritikan dalaman merupakan proses semakan sesuatu sumber yang digunakan benar, sah dan memiliki kredibiliti yang tinggi. Pada tahap ini kebenaran sumber yang dibuat dengan cara membandingkan dengan sumber lain yang sezaman dengannya. Keadaan ini disebabkan terdapat sesetengah dokumen cuba menyembunyikan fakta sebenar sesuatu kejadian yang harus dilihat secara berhati-hati oleh ahli sejarah. Proses ini membolehkan sumber disaring untuk mempastikan fakta yang dicatat adalah benar dan boleh diterima. Fakta yang diterima seterusnya akan ditafsirkan dalam penulisan sejarah.

Louis Gotchalk telah mengariskan peraturan umum yang harus dipatuhi semasa melakukan kritikan dalaman iaitu “for each particular of a document the process of establishing credebility should be separately undertaken regardless of the general credebility of the author.” Maksudnya setiap dokumen tentang sesuatu perkara haruslah dinilai secara berasingan walaupun ianya dari seseorang pengkaji yang sama. R.J. Shafer menyediakan satu senarai semak cara melakukan kritikan dalaman. Panduan ini boleh diguna pakai bagi menilai secara kritikal sesuatu bahan bukti sejarah.9

i. Penggunaan istilah ataupun bahasa. Adakah sesuatu catatan yang dibuat memiliki maksud yang sama pada hari ini ataupun telahpun berubah. Atau adakah kenyataan yang diberikan itu adalah juga sebenar-benar maksud seperti yang diinginkan oleh seseorang saksi.

ii. Adakah penulis mencatat sesuatu yang benar-benar dilihat seperti yang dilaporkan? Adakah pertimbangan pencatat sama dengan subjek yang diperhatikan? Adakah lokasi fizikal peristiwa sesuai untuk penglihatan, pendengaran, dan disentuh? Adakah beliau memiliki kemahiran misalnya untuk melihat, memahami bahasa, memiliki kepakaran lain yang

(6)

diperlukan (contohnya pengetahuan undang-undang atau tentera), atau adakah beliau seorang yang sedang mengalami ketakutan misalnya terhadap polis rahsia?

iii. Bagaimanakah laporan yang dibuat oleh penulis? Apakah yang keupayaan beliau untuk berbuat demikian?

a. Mengenai keupayaannya untuk melaporkan, adakah dia bersikap berat sebelah? Adakah dia mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat laporan? Tempat membuat laporan yang sesuai? Memiliki instrumen rakaman yang mencukupi?10

b. Bilalah dia membuat laporan berhubung dengan pemerhatian beliau? Secara segera atau setelah satu tempoh yang lama? Lima puluh tahun adalah dianggap terlalu lama yang kebanyakan saksi telahpun meninggal dan orang-orang yang masih hidup mungkin telahpun lupa peristiwa yang berkaitan.

c. Apakah niat sebenar penulis dalam laporan? Untuk siapa dia melaporkan? Adakah berkemungkinan terdapat unsur gangguan kepada penulis?

d. Adakah terdapat petunjuk tambahan untuk kebenaran yang dimaksudkan? Adakah dia tidak ambil peduli mengenai perkara yang dilaporkan yang mungkin tidak berlakunya penyelewengan fakta? Adakah dia membuat kenyataan yang boleh merosakkan dirinya sendiri yang dengan itu mungkin tidak berusaha untuk memutarbelitkan sesuatu kenyataan? Adakah dia memberi maklumat sampingan yang hampir pasti tidak bermaksud untuk mengelirukan?

e. Adakah kenyataan yang diberikan seolah-olah memang mustahil contohnya, bertentangan dengan sifat manusia, atau bercanggah dengan apa yang kita tahu?

f. Terdapat beberapa jenis maklumat yang lebih mudah untuk diperhati dan dilaporkan berbanding maklumat yang lain.

g. Adakah terdapat percanggahan dalaman dalam dokumen tersebut?

Peraturan umum dan ketelitian dalam menggunakan sumber sangat penting bagi seseorang ahli sejarah bagi mempastikan aspek penulisan sejarah yang dihasilkan betul-betul mencerminkan peristiwa yang sebenarnya berlaku mengikut fakta sejarah. Ketelitian memilih

(7)

sumber dan mengasingkan fakta palsu mencerminkan sikap sejarawan yang berpegang teguh dengan keperluan metodologi sejarah sebelum sesuatu penulisan dapat dilakukan.

Penggunaan Saksi Tidak Langsung

Garraghan mengatakan bahawa kebanyakan maklumat datang daripada “saksi-saksi tidak langsung,” orang-orang yang tidak hadir di tempat kejadian tetapi mendengar tentang peristiwa-peristiwa daripada orang lain. Louis Gottschalk mengatakan bahawa ahli sejarah kadang kala boleh menggunakan bukti dengar cakap (hear say) apabila tiada teks utama yang boleh digunakan. Dalam kes yang melibatkan penggunaan saksi kedua yang kadang-kadang tidak berhubungan secara langsung, beberapa persoalan boleh ditimbulkan bagi memastikan kesahan data.

(1) kenyataan yang dikemukakan oleh saksi kedua ditujukan testimoninya kepada siapa? (2) Adakah saksi kedua dapat melaporkan testimoninya tepat secara keseluruhan?

(3 ) Jika tidak, butiran apakah yang tepat di dalam testimoninya? Sekiranya saksi kedua berjaya memberikan jawapan yang memuaskan untuk soalan yang kedua dan ketiga maka ahli ahli sejarah boleh berpegang kepada keterangan saksi kedua. Sekiranya dalam kes-kes sumber sekunder adalah satu-satunya sumber asal maklumat kepada ahli sejarah maka ujian kredibiliti sama seperti testimoni utama itu sendiri.

Penggunaan Sumber Tradisi Lisan

Gilbert Garraghan bersetuju bahawa tradisi lisan boleh diterima jika ia memenuhi sama ada dua “syarat umum” atau “keadaan tertentu,” seperti berikut:

Syarat umum menyatakan.

(8)

2. Perlu ada beberapa keterangan saksi dan juga saksi-saksi bebas boleh yang mengesahkan fakta yang berkenaan.

Keadaan tertentu

1. Dilaporkan kepada seluruh masyarakat awam yang melibatkan jumlah pendengar yang ramai.

2. Maklumat yang disampaikan dipercayai oleh sebahagian besar masyarakat sekurang-kurang untuk suatu tempoh tertentu.

3. Dalam tempoh yang tertentu ia berlaku tanpa bantahan, walaupun dari orang yang berkepentingan cuba menafikannya.

4. Terdapat batasan tempoh masa [Garraghan mencadangkan had maksimum 150 tahun dalam masyarakat yang memiliki tradisi lisan yang kukuh].

5. Wujud unsur kritikal dalam masyarakat sepanjang tradisi lisan kekal dipertahankan. Orang yang berfikiran kritikal yang mencabar unsur tradisi dan menganggap ia sesuatu yang palsu mesti pernah mencabar kenyataan tersebut.

Sekiranya diperlukan seseorang ahlis sejara boleh menggunakan khidmat pembantu penyelidik (R.A.) terutamanya apabila skop sesuatu kajian terlalu besar. Bagi kajian turut menggunakan khidmat pekerja lapangan, penyelidik haruslah menyediakan satu set borang soal selidik dan memberi taklimat yang mencukupi kepada R.A. dengan dibekalkan peralatan yang mencukupi. R.A. juga haruslah mahir dalam teknik menemubual.

2.2.2 Penaakulan Sejarah (Historical Reasoning)

Proses penaakulan dalam Sejarah melibatkan proses membuat suatu kesimpulan logik yang terbaik berdasarkan kritikan terhadap sumber. Proses penaakulan terhadap data yang pelbagai bentuk haruslah di pertimbangkan dengan teliti sebelum diterjemah dalam bentuk ayat oleh penulis yang mencerminkan sikap ahli sejarah yang hanya memasukkan hujah terbaik bagi mengukuhkan penjelasan. Hujah boleh memiliki tiga ciri yang utama iaitu:

(9)

b) Penggunaan statistik inferensi c) Hujah berdasarkan analogi

Bagi memperolehi hujah berdasarkan penjelasan yang terbaik Behan McCullagh banyak menggunakan amalan hipotesis. Apabila menyentuh penggunaan hipotesis seseorang ahli sejarah harus menggunakannya untuk mendapatkan penjelasan terbaik bagi sesuatu peristiwa berdasarkan fakta. Terdapat banyak kekeliruan di kalangan ahli sejarah yang menganggap hipotesis tidak boleh digunakan dalam pendekatan sejarah disebabkan tidak bersetuju dengan penggunaan generalisasi dan teori. Gotchalk mencadangkan agar ahli sejarah tidak bersikap takut untuk memperluaskan generalisasi11 agar dapat menjelaskan isu sejarah dengan lebih tepat. Namun beliau menasihati ahli sejarah bersikap berhati-hati dalam membuat generalisasi yang seharusnya berdasarkan fakta-fakta awal, benar dan dapat memberkan gambaran sebenar sesuatu peristiwa masa lepas. Pembinaan hipotesis membantu pembinaan analisis yang cukup mendalam bagi sesuatu peristiwa yang dikaji. Penggunaan hipotesis biasanya akan turut membawa unsur teori dalam sejarah. Walau bagaimanapun penggunaan teori yang mencerminkan sifat sebenar sejarah harus memenuhi tiga fungsi yang saling berkaitan iaitu:12

1. Mengesahkan sesuatu cara yang betul atau amalan praktikal yang baik untuk seseorang sejarawan dari sudut epistemologi ataupun perkaedahan.

2. Menunjukkan cara yang lebih khusus dalam cara kerja seseorang ahli sejarah. Cara kerja akan menjadi lebih saintifik dengan penggunaan struktur dan model dengan tidak meninggalkan aspek ruang dan masa.

3. Membentuk satu panduan khusus dalam melakukan kajian sejarah yang juga akan melibatkan apakah yang harus dimasukkan dan apakah yang perlu diasingkan daripada analisis sejarah.

Begitu juga dengan pemahaman terhadap statistik inferensi dan penggunaan analogi boleh membantu proses penaakulan dalam pemikiran sejarah. Sekiranya pengkaji bermula dengan pembinaan hipotesis maka sewajarnya skop data yang dilihat mungkin cukup besar untuk diberi perhatian misalnya kajian terhadap masyarakat pada suatu tempoh tertentu. Justeru penggunaan

11 L. Gottchalk, Mengerti Sejarah: Pengantar Metode Sejarah, terj. Nugroho Notosusanto, Indonesia: yayasan Penerbit Universitas Indonesia, 1975, hlm. 187.

(10)

statistik inferensi boleh membantu dalam membina penaakulan. Begitu juga dengan penggunaan unsur analogi iaitu penjelasan sesuatu peristiwa berdasarkan analogi peristiwa yang hampir sama bagi meningkatkan kefahaman sejarah.

2.3 Interpretasi Sejarah

Interpretasi merupakan proses mentafsirkan fakta sejarah yang dianalisis dan mencantumkannya dengan beberapa peristiwa lain sehingga terbentuk suatu fakta yang kukuh. Fakta akan kelihatan lebih jelas apabila proses mengaitkannya dengan beberapa peristiwa yang lain dilakukan. Interpretasi adalah proses yang boleh memberikan makna dan perkaitan di antara fakta-fakta yang digunakan semasa berhujah. Tanpa proses interpretasi sesuatu data dari fakta akan berdiri tanpa memiliki makna. Kadang-kadang sesuatu fakta diberikan tafsiran yang berbeza oleh penulis lain disebabkan fakta dan tujuan penulisan yang berbeza. Proses interpretasi akan melibatkan amalan analisis dan sentesis. Analisis bermaksud proses memberikan huraian kepada sesuatu masalah atau peristiwa. Amalan interpretasi melalui sintesis bukan hanya untuk memperoleh kefahaman mendalam tentang sesuatu peristiwa tetapi menggunakan kebjiaksanaan, kemampuan membuat diskriminasi bahan dan unsur imaginasi untuk memperhalusi kefahaman. Kadang-kadang pada tahap ini ia menimbulkan perdebatan di kalangan ahli sejarah disebabkan kurangnya persetujuan tentang penggunaan aspek-aspek konsep dalam istilah dalam generalisasi dan juga penggunaan hipotesis yang terdapat pada teori. Kadang-kadang seseorang akan melakukan generalisasi ataupun melihat kepada teori daripada bidang yang lain untuk membentuk suatu interpretasi yang lebih luas walaupun peristiwa kajian masih dalam skop yang kecil. Ahli sejarah harus melakukan interpretasi secara jujur dan melakukannya tanpa dipandu oleh niat yang tidak baik.

2.4 Penulisan Sejarah

(11)

dalam sejarah mesti menggunakan kaedah penulisan sejarah yang memasukkan penggunaan nota kaki ataupun petikan penting dalam tulisan tersebut yang dinyatakan sumber yang digunakan sama ada sumber primer atau sekunder. Proses akhir dalam penulisan akan menghasil satu tesis atau dapatan penting penulisan tersebut. Penghasilan penulisan terbit daripada penelitian terperinci terhadap peristiwa sejarah dalam bentuk fakta. Jarang sekali seseorang penulis sejarah tidak menggunakan dapatan daripada ilmu lain dalam bentuk genralisasi, konsep atau teori apabila menulis historiografi. Walaupun kadang-kadang seseorang penulis yang taksub akan pendekatan naratif deskriptif tetapi secara tidak sedar beliau akan turut menggunakan istilah tertentu yang menjadi konsep atau teori dalam bidang lain. Perlu diakui tidak ada satu bidang ilmu boleh berdiri sendiri tanpa bantuan ilmu bantu yang lain yang dipanggil multi discpline. Walaupun semua peristiwa itu unik dan dibatasi oleh ruang dan masa tetapi untuk menjadikan penulisan betul-betul memiliki nilai yang tinggi jalinan pelbagai faktor daripada pendekatan ekonomi, politik, dan sosial yang berinteraksi di antara satu sama lain boleh dilihat dalam bentuk pola, perbandingan atau kategori yang mudah difahami akan mewarnai penulisan sejarah sebagai bidang ilmu yang ditulis menggunakan pendekatan sejarah yang mantap dan terbuka sifatnya.

Kesimpulan

(12)

penyelidik. Justeru itu penulisan laporan yang baik dalam sesuatu kajian sangat penting kerana bagi Muhd Yusof Ibrahim penulisan adalah kemuncak bagi segala usaha penyelidikan yang dilakukan.

Senarai Rujukan

Abdul Rahman Haji Abdullah. 2000. Wacana Falsafah sejarah: Perspektif Barat dan Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Gottchalk, L. 1975. Mengerti Sejarah: Pengantar Metode Sejarah. Terj. Nugroho Notosusanto. Indonesia: yayasan Penerbit Universitas Indonesia.

Jha, A. S. 2014. Social Research Methods. New Delhi: McGraw Hill Education (India) Private Limited.

Lorenz, C. 2011. History and Theory. Dalam Woolf, D. y A. Schneider. Pnyt. The Oxford History of Historical Writing. Vol. 5. Oxford: Oxford University Press: 13-35.

Muhd. Yusof Ibrahim. 1986. Pengertian Sejarah, Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan

Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim. 2013. Ilmu Sejarah: Falsafah Pengertian Kaedah dan Pensejarahan (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Romanycia, Marc H. J. dan Pelletier, F. J., What is heuristic?: 47-58. (http://www.sfu.ca/~jeffpell/papers/RomanyciaPelletierHeuristics85.pdf)

Referensi

Dokumen terkait

Hasil dari perhitungan run-out dan volume massa tanah bahan longsoran berdasarkan analisis stabilitas lereng dengan FK~1 (tanah keadaan kritis) menunjukkan bahwa

One Major Character, dalam pembuatan cerita untuk film pendek sangat disarankan hanya mempunyai satu karakter utama sehingga pembuat film dapat memperkenalkan konflik karakter

Hasil penelitian menunjukkan bahwa restoran fast food lokal terbaik di Yogyakarta menurut konsumen dari 7 kriteria yang digunakan meliputi aspek pelayanan, dan aspek kenyamanan

Dari tabel hasil data pembebanan tidak seimbang baik pada alat maupun simulasi yang ditunjukkan pada tabel 3 dan 4 menunjukkan bahwa beban tidak seimbang

Dalam rangka membantu para calon bupati dan wakil bupati dan Caleg untuk maju dalam pemilihan kepala daerah dan legislative harus membangun kompetensi dan

Upaya manusia untuk menghasilkan kehidupan yang layak dan lebih baik terutama dalam perkembangan teknologi, terutamamengenai Mesin PendinginIkan (FREEZER) yang

masalah-masalah/isu-isu strategis, pemilihan strategi alternatif, pengambilan BALANCED SCORECARD Pelanggan Proses Internal Pertumbuhan Keuangan Dipetakan Diterjemahkan