• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaruh Agama Terhadap Identiti Politik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengaruh Agama Terhadap Identiti Politik"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1

PENGARUH AGAMA TERHADAP IDENTITI POLITIK:

KAJIAN KES BELIA DI MALAYSIA12

AHMAD TARMIZI TALIB3, SARJIT S. GILL4 & MOHD RAHIMI RAMLI5

ABSTRAK

Kerencaman anutan, fahaman dan amalan agama dilihat oleh ramai pengkaji menjadi faktor penentu keharmonian sosial di Malaysia. Peranan agama dalam menentukan pemilihan aliran politik dan pemimpin kurang mendapat perhatian pengkaji. Artikel ini akan membincangkan hasil kajian tentang pengaruh agama dalam pemilihan parti dan pemimpin kalangan belia di Semenanjung Malaysia. Objektif kajian adalah untuk mengukur sejauh mana pengaruh agama memberi kesan kepada pemilihan belia terhadap parti dan pemimpin politik. Responden kajian ini seramai 400 orang yang terdiri daripada belia yang berumur 20 hingga 40 tahun. Bagi mengukur pengaruh tersebut, beberapa instrument telah dibangunkan. Untuk tahap pengetahuan terhadap agama, instrumen yang digunakan adalah berasaskan elemen pengetahuan asas terhadap empat agama utama iaitu Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian. Penentuan pemilihan pemimpin dan parti politik oleh responden adalah berasaskan kepada kriteria keagamaan yang menjadi sebahagian personaliti pemimpin serta imej parti yang lebih mementingkan aspek agama secara umum. Pandangan responden diukur dengan menggunakan skala likert. Data diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis secara deskiptif. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan agama kalangan responden berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, turut didapati bahawa terdapat pengaruh kriteria keagamaan dalam pemilihan pemimpin dan parti. Ini menunjukkan bahawa kriteria keagamaan mempengaruhi identiti politik belia di Semenanjung Malaysia.

Kata kunci: Pengaruh Agama, Belia, Identiti Politik

1

Kertas ini dibentangkan di International Seminar on Democracy and Election, Solution for Establishing Good Governance yang dianjurkan oleh Universitas Hasanuldin (UnHas) Makassar Indonesia pada 17 dan 18 Mac 2015 di UnHas kampus, Makassar.

2

Kertas ini telah dibentangkan dalam Seminar on National Resilience: Diversity in Creating Unity yang dianjurkan oleh Institut of Tun Dr Mahathir Mohamad’s Thinking, Universiti Utara Malaysia di Premiera Hotel Kuala Lumpur pada 23 Disember 2014 dah telah diubah suai berasaskan komen dan cadangan yang diterima.

3

Profesor Madya dan Ketua, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia. Email: [email protected]

4

Profesor Madya, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia. Email: [email protected]

5

(2)

2

PENGENALAN

Malaysia seperti kebanyakan negara lain di dunia mempunyai kerencaman etnik dan budaya. Namun begitu, kemajmukan ini turut digariskan sebagai salah satu cabaran utama dalam misi menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Situasi semasa hubungan antara agama khususnya antara Islam dan bukan Islam dalam kalangan masyarakat Malaysia digambarkan agak membimbangkan. Ia juga digambarkan sebagai hubungan yang naik dan turun (Ahmad 2003). Namun begitu kajian mengenai toleransi agama di Malaysia antara tahun 2006 hingga tahun 2012 menunjukkan tahap toleransi yang amat baik antara penganut agama (Talib 2010; Talib, Jawan et al. 2012). Pembentukan identiti politik rentetan daripada hubungan antara penganut agama yang tidak menentu menarik perhatian pengkaji.

Dalam melindungi amalan beragama, Perlembagaan Persekutuan (Artikel 3), memperuntukkan agama Islam sebagai agama persekutuan, manakala agama-agama lain bebas diamalkan oleh para penganutnya. Justeru itu, agama-agama lain selain agama Islam boleh diamalkan tanpa sebarang sekatan. Manifestasinya, ia dapat dilihat dengan jelas terutamanya di kawasan bandar kerana masyarakat selain Islam majoritinya berada di sana berbanding di kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar majoritinya didiami oleh masyarakat Melayu Islam. Namun sejauh mana agama memainkan peranan dan mempengaruhi keharmonian di Malaysia masih menjadi persoalan.

Pilihan raya umum (PRU) 2008 merupakan PRU pertama Barisan Nasional (BN) gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di peringkat parlimen selepas PRU 1969. Malah BN kehilangan beberapa kerajaan negeri yang selama ini menjadi kubu kuat mereka seperti Selangor, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah. Persoalan yang timbul apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pengundi untuk mengundi. Persoalan sejauh mana pengaruh agama terhadap kecenderungan dan pemilihan dalam politik, termasuk segi pemilihan parti dan calon menjadi fokus utama kajian ini.

(3)

3 kopiah putih yang dipakai oleh kebanyakan orang Islam ketika solat sebagai identiti yang dikaitkan dengan politik. Agenda Islam dalam manifesto pilihanraya digunakan oleh PAS dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malay National Organization-UMNO) sejak sekian lama hingga kini bagi meraih sokongan dan undi.

PENYATAAN MASALAH DAN OBJEKTIF

Keharmonian dan keutuhan perpaduan dalam sesebuah Negara berkait rapat dengan penerimaan perbezaan anutan agama oleh anggota masyarakat. Walaupun secara umum agama sentiasa mengajar penganutnya erti kasih sayang pendamaian, namun konflik antara agama masih tetap berlaku. Misalnya konflik agama yang tercetus di Tibet, Turkmenistan, Azerbaijan, Kazakhtan, Mesir, Algeria, Afganistan, dan Ireland (Shamsul Amri Baharuddin, 2012).

(Shamsul 2001) (Aziz and Shamsul 2004) (Shamsul 2005) dan Rahimin Affandi Abd. Rahim et. al. (2011) menjelaskan bahawa dalam konteks Malaysia, agama mempunyai kaitan rapat dengan pengenalan etnik. Etnik majoriti di Malaysia adalah Melayu yang kebanyakannya beragama Islam, diikuti etnik Cina yang kebanyakannya beragama Buddha dan dan Kristian serta etnik India yang kebanyakannya beragama Hindu. Kerencaman etno-agama ini kadangkala menjejaskan hubungan Antara etnik dan agama serta terbawa-bawa dalam permainan politik. Ini adalah kerana tiga parti utama dalam BN yang merupakan gabungan parti pemerintah sejak merdeka iaitu UMNO, Persatuan Cina Malaysia (Malaysian Chinese Association –MCA) dan Kongress India Se-Malaysia (Malaysian Indian Congress-MIC) adalah parti yang berteraskan etnik. Perjuangan parti juga banyak mengutamakan etnik yang mereka wakili.

(4)

4 menunjukkan bahawa agama mampu mempengaruhi landskap sosio-politik di Malaysia.

Justeru itu, cabaran hubungan antara agama di Malaysia yang telah lama berlaku dan ia dilihat semakin membimbangkan akhir-akhir ini. Faktor kegagalan memahami kepelbagaian budaya sering ditonjolkan sebagai punca kejadian tersebut berlaku. Ia juga dijadikan sebagai modal politik oleh beberapa parti politik bagi meraih sokongan. Justeru itu, kajian ini meneliti pengaruh agama terhadap pemilihan pemimpin dan parti yang merupakan penentu kepada landskap politik Malaysia. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh agama terhadap kecenderungan politik yang difokuskan kepada empat agama terbesar di Malaysia iaitu Islam, Buddha, Kristian dan Hindu serta hubungannya dengan pemilihan pemimpin parti politik.

LITERATUR

(5)

5 hidup masyarakat di Kelantan. Dalam kajian beliau, perubahan gaya hidup penganut bukan Islam tidak diperincikan.

Islam memainkan peranan terpenting dalam pembentukan identiti Melayu, begitu juga dengan peranan agama Hindu bagi etnik India. Oleh yang demikian, sebagai elemen primodial yang sangat penting bagi pembentukan identiti etnik, agama dilihat bukan hanya menjadi pra-syarat identiti atau elemen teras bagi pembentukan ideologi nasionalisme bagi sesebuah etnik malah ia menjadi unsur penting bagi sosiologi, komunikasi dan strategi politik (Badrul Azmier Mohamed@ & Bakar at. al, 2010). Dari perspektif sejarah, politik Malaysia melalui perjalanan yang panjang dan begitu kompleks. Ringkasnya, politik Malaysia bukan hanya bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka kerana sebelum Kerajaan Melaka, sudah wujud banyak kerajaan seperti Kerajaan Kedah Tua (Kedah), Kerajaan Chi-Tu (Kelantan), Kerajaan Tan-Tan (Terengganu), Kerajaan Gangga Negara (Perak), Kerajaan Langkasuka (Patani) dan Kerajaan Lo-Yueh (Johor). Namun begitu, terdapat dua kesultanan yang paling berpengaruh dalam perkembangan politik di Malaysia, iaitu Kesultanan Melaka dan Kesultanan Brunei (Jayum A. Jawan, 2003).

Lantaran kerana kepelbagaian latarbelakang etnik6 yang mendiaminya maka lanskap politik di Malaysia diselubungi dengan perjuangan yang berasaskan perkauman (Ishak Saat, 2010). Salah satu sebab kerencaman situasi ialah kerana Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum (Zaid Ahmad, 2010). Antara peristiwa kekeruhan hubungan etnik yang sering ditonjolkan ialah peristiwa berdarah 13 Mei yang tercetus ekoran Pilihanraya Umum Ke 3 pada 10 Mei 1969 (Ishak Saat, 2009) yang sering dikaitkan dengan faktor etnik dan agama. Maka, isu agama perlu ditangani dengan penuh hikmah agar ia bukan menjadi isu yang boleh menggugat keamanan dan kedamaian yang dinikmati bersama.

Menurut Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010), politik Malaysia sejak dari awal lagi, melalui penjajahan demi penjajahan dan kemasukan imigran, adalah bersifat perkauman. Oleh itu, perpaduan kaum perlu sentiasa dipupuk dalam masyarakat. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat

6

(6)

6 dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Dalam konteks politik di Malaysia, integrasi dan perpaduan tidak banyak melibatkan unsur-unsur asimilasi tetapi lebih mirip kepada integrasi, akomodasi dan akulturasi (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2010). Percakaran antara etnik dapat dikurangkan dan konflik kepentingan etnik dapat diredakan melalui demokrasi permuafakatan. Permuafakatan politik akan terus menjadi formula mujarab bagi menjamin kestabilan dan kemajuan masa depan negara (Shamsul Amri Baharuddin, 2012).

METODOLOGI KAJIAN

Kajian pengaruh agama terhadap kecenderungan politik ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan memilih kaedah soal selidik untuk pengumpulan data. Skala Likert digunakan untuk mengukur elemen pengetahuan agama dan juga elemen kecenderungan politik. Instrumen yang digunakan dalam kaji ini dibangunkan sendiri oleh pengkaji. Instrumen tersebut dapat dilihat dalam pembentangan hasil dapatan kajian tersebut. Pemilihan responden adalah menggunakan kaedah stratified random sampling. Fokus kajian ini adalah belia, jadi responden dalam kajian ini dipilih

daripada mereka yang berumur antara 21 hingga 40 seperti yang didefinisikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Jadual 1 memperlihatkan data mengenai taburan demografi responden.

Jadual 1: Taburan Demografi Responden

Item (n) Peratusan (%)

Umur:

21 – 25 26 – 30 31 – 35 36 - 40

284 48 26 42

71.0 12.0 6.5 10.5

Jantina:

Lelaki Perempuan

166 234

(7)
(8)

8 12.5% , 1.3% tiada agama dan 0.3% adalah terdiri daripada penganut agama tradisi atau lain-lain. Sementara itu, tahap pendidikan sebahagian besar responden adalah terdiri daripada mereka yang pendidikan yang tinggi, iaitu 1.0% tahap pendidikan UPSR, tahap pendidikan PMR 3.5%, tahap pendidikan SPM 22.3%, tahap pendidikan STPM 6.5%, tahap pendidikan di peringkat diploma 22.8%, tahap pendidikan Bacelor 39.8%, tahap pendidikan peringkat Master 1.3%, tahap pendidikan peringkat PhD 0.8%. Terdapat responden iaitu 2.3% adalah pendidikan selain daripada yang disenaraikan termasuk mereka yang tidak pernah mendapat pendidikan formal. Di samping itu, secara umumnya terdapat 16.5% responden bekerja di sektor kerajaan/awam, 29.3% bekerja di sektor swasta, 4.0% bekerja sendiri, 3.3% tidak bekerja dan 47.0% masih belajar.

Jadual 2 memperlihatkan tahap pengetahuan asas responden terhadap empat agama terbesar di Malaysia.

Jadual 2: Tahap Pengetahuan Asas Agama

Tahap n %

Tinggi 207 51.8

Sederhana 189 47.3

Rendah 4 1.0

Jumlah 400 100.0

(9)

9 Jadual 3 memperlihatkan pemilihan pemimpin berdasarkan kriteria agama.

Jadual 3: Pemilihan Pemimpin Berdasarkan Kriteria Agama

Tahap n %

Tinggi 177 44.3

Sederhana 199 49.8

Rendah 24 6.0

Jumlah 400 100.0

Pemilihan pemimpin berdasarkan kriteria agama dikaji agar dapat memberi gambaran yang jelas sama ada pemilihan dalam politik Malaysia ini turut dipengaruhi oleh kriteria agama yang diketahui umum bahawa nilai murni dalam sesebuah agama mampu menjaga keharmonian masyarakat. Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian dalam Jadual 3, tahap pemilihan berdasarkan kriteria agama menunjukkan hasil kajian sebanyak 44.3% pada tahap tinggi dalam pemilihan pemimpin berdasarkan kriteria agama. Manakala, peratusan yang lebih tinggi iaitu 49.8% berada pada tahap sederhana, sementara itu, hanya 6.0% responden berada pada tahap rendah. Justeru, dapatan menunjukkan pemilihan pemimpin politik di Malaysia amat dipengaruhi oleh kriteria agama sama ada perkongsian agama yang sama atau persepsi mereka terhadap seseorang berkaitan pengamalan agama. Ini membuktikan sekiranya seseorang pemimpin dilihat lebih berpengetahuan agama, maka ia berpotensi menjadi pilihan utama. Walau bagaimanapun, majoriti sederhana ini adalah disebabkan pemilhan mereka lebih menjurus pengamalan agama seseorang berbanding perkongsian agama yang sama.

Jadual 4 memaparkan pandangan responden mengenai pemilihan parti politik berdasarkan kriteria agama.

Jadual 4: Pemilihan Parti Berdasarkan Kriteria Agama

Tahap n %

Tinggi 313 78.3

Sederhana 82 20.5

Rendah 5 1.3

(10)

10 Pemilihan parti politik berdasarkan kriteria agama dikaji agar dapat memberi gambaran yang jelas sama ada perubahan landskap politik Malaysia ini turut dipengaruhi oleh kriteria agama sebagai salah satu unsur yang perlu ada dalam dasar sesebuah parti politik. Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian dalam Jadual 4, tahap pemilihan berdasarkan kriteria agama menunjukkan hasil kajian sebanyak 78.3% pada tahap tinggi dalam pemilihan parti politik berdasarkan kriteria agama. Manakala, 20.5% sederhana yang mempunyai tahap pemilihan berdasarkan kriteria agama. Sementara itu, 1.3% responden berada pada tahap rendah berkaitan pemilihan parti politik berdasarkan kriteria agama. Justeru, pemilihan parti politik di Malaysia dilihat turut dipengaruhi oleh kriteria agama sebagai salah satu unsur utama. Hal ini juga turut menggambarkan bahawa semua penganut agama meletakkan bahawa parti yang menjaga sensitiviti agama lebih dominan sebagai pilihan mereka.

KESIMPULAN

(11)

11

Rujukan

Ahmad, Z. (2003). Euphoria of Diversity: Islam and Religious Coexistence in Post-Independence Malaysia. Malaysia Papers on Development, Religion and Politics. Y. Harun. Wellington, Victoria University of Wellington.

Aziz, A. and A. B. Shamsul (2004). "The Religious, The Plural, The Secular and The Modern: a Brief Critical Survey on Islam in Malaysia." Inter-Asia Cultural Studies 5(3): 341-356.

Badrul Azmier Mohamed@, & Bakar, M. A. M. & Z. H. H. (2010). Sejauh Mana Peranan Agama Dalam Politik Malaysia. In Politikal Managements and Policies in Malaysia (ms. 393–409). Sintok: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia.

Ishak Saat. (2010). Caturan Politik Pelbagai Kaum di Tanah Melayu 1946-1957. Jebat, 37, 68–85.

Jayum A. Jawan. (2003). Malaysian Politics and Goverment. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

K. Ramanathan Kalimuthu. (1987). Asas Sains Politik. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Lee Yok Fee. (2012). Penganut Agama Kristian dan Perubahan Identiti di Kalangan Remaja Cina: Konflik dan Penyelesaian. In Sharifah Zaleha Syed Hassan (Ed.), Agama dan Pembentukan Identiti: Kumpulan Esei Tentang Pengalaman Masyarakat Malaysia (ms. 97–117). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia:

Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari, 3, 61–84.

Mustafa Ishak & Afifi Abd Razak. (2006). Politik dan Pemerintahan Negara. Singapura: Thompson Learning.

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Mohd Anuar Ramli, P. I. & N. H. M. D. (2011). Dialog Antara Agama: Realiti dan Prospek di Malaysia. Kajian Malaysia, 29(2), 91–110. Shamsul, A. B. (2001). "A History of an Identity, an Identity of a History: The Idea and Practice of 'Malayness' in Malaysia Reconsidered." Journal of Southeast Asian Studies 32(3): 355 - 366.

Shamsul, A. B. (2005). "Islam Embedded: Religion and Plurality in Southeast Asia as a Mirror for Europe." Asia Europe Journal 3(2): 159-178.

(12)

12 Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik (Ed Kedua.). Bangi:

Institut Kajian Etnik UKM.

Shukeri Mohamad, M. A. M. A. & S. A. S. H. (2011). Analisis Pengaruh Politik Islam di Negeri Kelantan Terhadap Gaya Hidup Masyarakat di Malaysia. Dlm Ahmad Zaki Berahim (Ed.), World Congress For Islamic History and Cicilization (ms. 1–32). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Talib, A. T. (2010). Socio-religious Tolerance: Malaysia as a Case Study. Department of Theology and Religious Studies. Lampeter, University of Wales. Ph.D.

Talib, A. T., J. A. Jawan, et al. (2012). Laporan Kajian Toleransi Sosio-agama di Semenanjung Malaysia. Putrajaya, Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Teo Kok Seong. (2012). Agama Buddha dan Pernyataan Identiti Cina Peranakan Kelantan. Dlm Sharifah Zaleha Syed Hassan (Ed.), Agama dan Pembentukan Identiti: Kumpulan Esei Tentang Pengalaman Masyarakat Malaysia (ms. 118– 129). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Terdapat empat objektif utama yang akan membantu bagi menyempurnakan kajian ini iaitu mengenal pasti isu yang ketara terhadap permintaan dan penawaran komponen Sistem

Dalam politik Malaysia, persaingan agama bukan hanya di antara Islam dan bukan Islam malahan ia menjadi persaingan dalam politik kepartian sebagaimana yang berlaku antara

Berdasarkan persoalan-persoalan yang telah diberikan terhadap isu ini, pengkaji telah menetapkan empat objektif utama bagi kajian ini iaitu mengenal pasti dimensi

Hasil kajian juga dapat mengenal pasti lima aspek penting dalam pembentukkan model pengurusan cukai harta PBT Malaysia iaitu terdiri daripada (1) Pengurusan &

Bagi hasil kajian ini menunjukkan bahawa sumber maklumat politik turut menjadi pilihan responden dalam memperoleh maklumat berkaitan perkembangan politik di

Terdapat empat objektif utama yang akan membantu bagi menyempurnakan kajian ini iaitu mengenal pasti isu yang ketara terhadap permintaan dan penawaran komponen Sistem

Terdapat empat objektif khusus kajian merangkumi mengenal pasti pandangan pakar terhadap persepsi masyarakat mengenai PMDD, mengenal pasti pandangan pakar terhadap tahap pengetahuan

ISSN 2232 – 0660 108 TUJUAN, SOALAN DAN HIPOTESIS KAJIAN Tujuan kajian Secara khususnya tujuan kajian ialah untuk mengenal pasti pengaruh kompetensi pedagogik, kompetensi