• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaruh Penggunaan Teknologi Web 2.0 Terhadap Pembelajaran Bermakna

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengaruh Penggunaan Teknologi Web 2.0 Terhadap Pembelajaran Bermakna"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

1509

Pengaruh Penggunaan Teknologi Web 2.0 Terhadap Pembelajaran Bermakna Analisa Hamdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf

Nor Syazwani Mat Salleh, Intan Farahana Kamsin & Nor Mohamad Ismail Personalized Education Research Group, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

___________________________________________________________________________ Abstrak

Penggunaan teknologi Web 2.0 telah digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai jenis teknologi Web 2.0 telah dipilih untuk digunakan dalam mod pembelajaran hibrid untuk mencapai pembelajaran bermakna. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh penggunaan teknologi Web 2.0 terhadap komponen pembelajaran bermakna iaitu pembelajaran Koperatif, Aktif, Autentik, Konstruktif dan Objektif. Teknologi Web 2.0 yang digunakan dalam kajian ini adalah Facebook, WordPress, Twitter, YouTube, dan PowerPoint. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah keratan rentas. Seramai 120 pelajar kursus GE 2153 Teknologi Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dipilih sebagai sampel kajian ini. Borang soal selidik telah ditadbir secara dalam talian. Data kajian ini dianalisis menggunakan kaedah Pemodelan Persamaan Struktur - Kuasa Dua Terkecil Separa menggunakan perisian SmartPLS 2.0. Dapatan kajian menunjukkan Penggunaan Teknologi menjelaskan sebanyak 28 peratus varians terhadap pembelajaran aktif diikuti dengan 27 peratus varians terhadap pembelajaran koperatif. 14 peratus varians dijelaskan oleh Penggunaan Teknologi terhadap pembelajaran autentik diikuti dengan 11 peratus varians dijelaskan terhadap pembelajaran objektif dan hanya 8 peratus varians dijelaskan terhadap pembelajaran konstruktif. Kajian lanjutan dicadangkan supaya strategi pembelajaran objektif dan konstruktif diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan pelbagai jenis teknologi Web 2.0 yang bersesuaian bagi mencapai pembelajaran bermakna.

Kata kunci: Pemodelan Persamaan Struktur – Kuasa Dua Terkecil Separa, Web 2.0, Pembelajaran Bermakna

___________________________________________________________________________

Pengenalan

Teknologi Web telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama sekali dalam bidang pendidikan. Bermula dengan Web 1.0, pencarian dan dapatan maklumat dibenarkan dan lebih dikenali sebagai komunikasi satu hala. Selaras dengan perkembangan dan kemajuan

teknologi, pelantar Web 2.0 yang bersifat komunikasi pelbagai hala dan membenarkan pengedaran, perkongsian, dan penciptaan semula kandungan telah digunakan secara meluas. Web 2.0 adalah istilah kolektif bagi satu siri teknologi berasaskan web termasuklah blog dan blog mikro, wiki, laman perkongsian media, Podcasting, dan laman rangkaian sosial

(Jimoyiannis et al. 2013).

Corresponding author. Tel : 012-6353947 Emailaddress: [email protected]

(2)

1510

Teknologi Web 2.0 telah diimplementasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran meluas ke seluruh bidang pendidikan. Teknologi Web 2.0 yang diterapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) memberikan beberapa kelebihan iaitu menyampaikan pengalaman pembelajaran yang bermakna, dan meningkatkan tahap penglibatan pelajar dalam P&P (Doherty 2011). Selain itu, penggunaan teknologi yang sesuai mampu meningkatkan potensi pelajar untuk menguasai sesuatu topik, meningkatkan maklum balas pelajar, dan menggalakkan pelajar introvert untuk melibatkan siri secara aktif dalam perbincangan (Hamdan et al. 2013a).

Pelbagai jenis teknologi Web 2.0 telah dikenal pasti digunakan ke dalam proses P&P untuk mencapai pembelajaran bermakna. Facebook, YouTube, WordPress, Twitter, PowerPoint, Google Docs, e-mel, perisian Adobe Photoshop, Windows Movie Maker, iMovie dan SoundForge telah digunakan dalam mod pembelajaran hibrid (Hamdan et al. 2013b). Pembelajaran bermakna merangkumi lima jenis pembelajaran iaitu (i) koperatif, (ii) aktif, (iii) autentik, (iv) konstruktif, dan (v) objektif (Din 2010; Din et al. 2010, 2011, 2012). Bagi mencapai pembelajaran bermakna, teknologi Web 2.0 tersebut telah dipilih dan dirancang penggunaannya sebelum dilaksanakan ke dalam P&P. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh penggunaan teknologi Web 2.0 terhadap komponen pembelajaran bermakna iaitu pembelajaran Koperatif, Aktif, Autentik, Konstruktif dan Objektif.

Ulasan Literatur

Pembelajaran koperatif adalah sebahagian daripada teknik P&P yang menerapkan elemen interaksi pelajar antara satu sama lain dan kerjasama secara berkumpulan untuk memenuhi matlamat pembelajaran yang sama (Macpherson 2008). Dalam konteks kajian ini, pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil, berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menghasilkan tugasan projek video pendidikan. Beberapa kajian lepas menunjukkan penggunaan teknologi Web 2.0 mempengaruhi pembelajaran koperatif secara positif (den Exter et al. 2012; Lertnattee et al. 2014; López-Vidales & González-Aldea 2014). Oleh itu, kajian ini meramalkan bahawa teknologi Web 2.0 berupaya mempengaruhi pembelajaran koperatif secara positif seperti hipotesis berikut:

(3)

1511

Pembelajaran aktif ditakrifkan sebagai apa sahaja kaedah pengajaran yang melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran. Dengan erti kata lain, pembelajaran aktif memerlukan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang bermakna dan berfikir tentang apa yang mereka lakukan (Bonwell 1991). Melalui mod pembelajaran hibrid, pelajar akan mengalami pembelajaran aktif menerusi pembelajaran dalam talian diikuti dengan pembelajaran bersemuka. Interaksi di antara pelajar dengan pelajar juga pelajar dengan pensyarah atau fasilitator berlaku secara aktif melalui interaksi dalam Kumpulan Facebook dan Twitter. Beberapa kajian lepas menunjukkan teknologi Web 2.0 yang dilaksanakan dalam proses P&P mempengaruhi pembelajaran aktif (Williams & Chinn 2009; Ayu et al. 2009; Sherer & Shea 2011; Liu 2012). Oleh itu, kajian ini meramalkan bahawa teknologi Web 2.0 berupaya mempengaruhi pembelajaran aktif secara positif seperti hipotesis berikut:

H2: Penggunaan teknologi Web 2.0 mempengaruhi pembelajaran aktif secara positif Pembelajaran autentik menekankan kepada dunia sebenar, masalah kompleks dan penyelesaiannya, latihan main peranan, aktiviti berasaskan penyelesaian masalah, kajian kes, dan penglibatan dalam komuniti maya (Lombardi 2007). Pembelajaran autentik membolehkan pelajar untuk membuat pilihan dan refleksi terhadap pembelajaran secara individu atau dalam satu kumpulan atau komuniti. Dalam kajian ini, pelajar dalam berkumpulan akan menyelesaikan tugasan video berbentuk penyelesaian masalah dunia sebenar dan mereka akan membuat refleksi berdasarkan aktiviti atau pembelajaran yang mereka alami dengan menulisnya di dalam blog kumpulan masing-masing. Beberapa kajian lepas mendapati penggunaan teknologi Web 2.0 mempengaruhi secara positif pembelajaran autentik (Kingsley & Brinkerhoff 2011; Oldfield & Herrington 2012). Justeru, kajian ini meramalkan penggunaan teknologi Web 2.0 berupaya mempengaruhi pembelajaran aktif secara positif seperti hipotesis berikut:

H3: Penggunaan teknologi Web 2.0 mempengaruhi pembelajaran autentik secara positif Pembelajaran konstruktif bermula dengan soalan, kajian kes, atau masalah. Pelajar akan menyelesaikan aktiviti berdasarkan suatu masalah dan pengajar hanya akan memerhati dan campur tangan sekiranya perlu dalam memberi panduan kepada pelajar (Cooperstein & Kocevar-Weidinger 2004). Konstruktivisme merupakan suatu anjakan paradigma daripada pendidikan berdasarkan tingkah laku kepada pendidikan berasaskan teori kognitif (Gagnon & Collay 2000). Lazimnya, guru-guru yang menggunakan pendekatan konstruktif mencari jalan

(4)

1512

untuk mengenali pelajar sebagai individu, memahami cara yang unik dalam membina, menyusun atau mentafsirkan pengetahuan, dan membimbing pelajar ke arah cara berfikir yang baru (Melrose 2013).

Dalam kajian ini, pelajar menyiapkan projek video berdasarkan satu masalah yang ingin diselesaikan dan pensyarah atau fasilitator hanya memberi panduan dan nasihat kepada pelajar. Pelajar membina pengetahuan baru berdasarkan pengalaman atau pengetahuan sedia ada. Selain itu, pelajar akan berkongsi idea sesama mereka dan juga fasilitator berdasarkan interaksi sosial melalui perbincangan dalam Kumpulan Facebook, blog dan Twitter. Berdasarkan beberapa kajian lepas, dapatan kajian menunjukkan teknologi Web 2.0 memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pembelajaran konstruktif (Enonbun 2010; Sharma & Monteiro 2012; Toland 2013). Oleh itu, kajian ini meramalkan penggunaan teknologi Web 2.0 berupaya mempengaruhi pembelajaran konstruktif secara positif seperti hipotesis berikut:

H4: Penggunaan teknologi Web 2.0 mempengaruhi pembelajaran konstruktif secara positif Pembelajaran objektif atau dikenali dengan intentional learning adalah pembelajaran bertujuan, mempunyai matlamat untuk dicapai dan pelajar berhak memilih untuk belajar tentang apa dan cara bagaimana untuk belajar. Pembelajaran objektif juga merujuk kepada proses kognitif yang mempunyai pembelajaran sebagai matlamat dan bukannya pembelajaran secara kebetulan (Bereiter & Scardamalia 1989). Dalam kajian ini pelajar menyediakan (i) objektif atau matlamat yang ingin dicapai bagi projek video mereka, (ii) kertas kerja yang menunjukkan cadangan dan perancangan dalam menghasilkan video, dan (iii) lakaran pada papan cerita sebelum pembangunan video dilaksanakan. Beberapa kajian lepas mendapati teknologi Web 2.0 mempengaruhi secara positif terhadap pembelajaran objektif (Väljataga & Fiedler 2009; Dunlap & Lowenthal 2011). Justeru, kajian ini meramalkan penggunaan teknologi Web 2.0 berupaya mempengaruhi pembelajaran objektif secara positif seperti hipotesis berikut:

H5: Penggunaan teknologi Web 2.0 mempengaruhi pembelajaran objektif secara positif

(5)

1513

Kajian empirikal ini adalah berbentuk kuantitatif dan kajian keratan rentas. Borang soal selidik diberikan kepada responden. Data akan dianalisis menggunakan Pemodelan Persamaan Struktur - Kuasa Dua Terkecil Separa (PPS-KDTS). Perisian SmartPLS 2.0 M3 (Ringle et al. 2005) digunakan untuk menganalisis data kajian ini. Teknik KDTS dipilih disebabkan (i) untuk memenuhi kehendak kajian ini yang berbentuk penerokaan, (ii) hipotesis kajian ini yang belum pernah diuji secara langsung dan (iii) bilangan saiz sampel yang kecil. Teknik ini menjurus kepada tahap kompleksiti model yang rendah (MacKenzie et al. 2005).

Prosedur Pengumpulan Data

Soal selidik telah diberikan kepada responden kajian secara dalam talian. Seramai 120 orang responden menjawab borang soal selidik ini dan mereka terlebih dahulu telah bersetuju untuk menjadi responden kajian. Penyelidik telah mentadbir sendiri proses pengumpulan data dengan dibantu oleh seorang pensyarah dan dua orang fasilitator. Responden diberikan masa selama 20 minit untuk menjawab kesemua soalan dalam borang soal selidik tersebut. Pengkaji memastikan tahap kerahsiaan responden terpelihara dengan baik.

Instrumen

Borang soal selidik dipilih dalam mengumpulkan data bagi kajian ini. Borang soal selidik ini telah diadaptasi daripada borang soal selidik Meaningful Hybrid E-Training Instrument

(MINT) versi 9.1 (ubahsuai dari Din et al. (2011) dan Din (2010)). MINT mempunyai 22 item yang terdiri daripada lima konstruk. Selain itu, 5 item bagi konstruk Penggunaan Teknologi telah diubahsuai daripada instrumen UTAUT (ubahsuai dari Venkatesh et al. 2003). Justeru, instrumen ini mempunyai 34 item termasuk 7 item bagi soalan berkaitan dengan demografi pelajar.

Dapatan dan Perbincangan

Dapatan kajian ini akan dibincangkan mengikut beberapa langkah dimulakan dengan (i) analisis kebolehpercayaan dan seterusnya (ii) penilaian model pengukuran reflektif yang terdiri daripada (a) kesahan konstruk, (b) kesahan konvergen, dan (c) kesahan pembeza layan,

(6)

1514

(iii) penilaian model pengukuran formatif dan akhir sekali (iv) penilaian terhadap model struktur yang terdiri daripada pekali lintasan atau path coefficient dan pengujian hipotesis.

1. Analisis Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan adalah satu ujian untuk melihat sama ada instrumen pengukuran mengukur secara jitu dan tepat konsep yang hendak diukur. Dalam kajian ini, nilai Cronbach Alpha digunakan untuk mendapatkan konsistensi dalaman antara indikator bagi pemboleh ubah pengukuran. Nilai Alpha Cronbach yang dicadangkan oleh Nunnally dan Bernstein (1994) adalah 0.7. Walau bagaimanapun, nilai Cronbach Alpha lebih besar dari 0.6 masih boleh diterima (Sekaran 2005). Dalam kajian ini, nilai Cronbach Alpha berada dalam lingkungan 0.643 hingga 0.817. Oleh itu, instrumen yang digunakan memiliki tahap kebolehpercayaan yang tinggi.

Selain itu, kebolehpercayaan juga boleh dikenal pasti dengan menggunakan nilai kebolehpercayaan gubahan (KG). Nilai KG mengambil kira bebanan luaran bagi pemboleh ubah indikator. Nilai KG yang dicadangkan oleh Nunnally dan Bernstein (1994) adalah dalam lingkungan 0.7 hingga 0.9. Nilai KG lebih 0.9 (terutama sekali jika nilai KG lebih daripada 0.95), tidak digalakkan kerana dapat ditafsirkan bahawa pemboleh ubah indikator mengukur fenomena yang sama dan tidak mencapai syarat kesahan dalam pengukuran. Nilai KG kurang dari 0.6 menandakan kurangnya kebolehpercayaan konsistensi dalaman (Hair et al. 2013). Oleh itu, kajian ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi kerana nilai KG berada dalam lingkungan 0.761 hingga 0.861.

Jadual 1 : Anggaran parameter bagi model pengukuran Pemboleh Ubah

Laten

Skala Indikator Loading / Weight PVT Kebolehpercayaan Gubahan (KG) Cronbach Alpha KOPERATIF Reflektif b01 0.724 0.570 0.841 0.750 b02 0.760 b03 0.820 b04 0.711 AKTIF Reflektif b05 0.748 0.509 0.837 0.787 b06 0.641 b07 0.798

(7)

1515 b08 0.606 b09 0.754 AUTENTIK Reflektif b10 0.848 0.521 0.807 0.673 b11 0.502 b12 0.814 b13 0.670 KONSTRUKTIF Reflektif b14 0.563 0.528 0.761 0.643 b15 0.616 b16 0.942 OBJEKTIF Reflektif b17 0.821 0.510 0.861 0.817 b18 0.689 b19 0.680 b20 0.696 b21 0.715 b22 0.672

PENGGUNAAN Formatif guna1 0.300 TIADA TIADA TIADA

TEKNOLOGI guna2 0.250

guna3 0.379 guna4 0.298

guna5 0.143

2. Penilaian Model Pengukuran Reflektif

Dalam membuat penilaian bagi model pengukuran reflektif, kesahan konstruk perlu dilakukan. Kesahan konstruk terdiri daripada dua jenis peringkat kesahan iaitu kesahan menumpu dan kesahan pembeza layan. Seterusnya, model pengukuran formatif akan dinilai. 2.1 Kesahan Konstruk

Kesahan konstruk menunjukkan sejauh mana dapatan kajian yang diperoleh daripada pengukuran sesuai dengan teori yang digunakan (Sekaran & Bougie 2010). Kesahan konstruk ini boleh diuji melalui dua jenis ujian iaitu kesahan menumpu atau convergent validity dan kesahan pembeza layan atau discriminant validity. Jadual 2 menunjukkan nilai bebanan dan bebanan silang digunakan untuk mengenal pasti kesahan konstruk. Semua indikator yang mengukur konstruk yang sama memiliki bebanan yang tinggi pada konstruk tersebut dan memiliki nilai bebanan yang rendah pada konstruk yang lain.

Jadual 2: Bebanan dan Bebanan Silang

INDIKATOR KOPERATIF AKTIF AUTENTIK KONSTRUKTIF OBJEKTIF P. TEK

b01 0.724 0.342 0.239 0.336 0.256 0.428

b02 0.760 0.472 0.288 0.362 0.240 0.425

(8)

1516 b04 0.711 0.270 0.276 0.406 0.252 0.303 b05 0.504 0.748 0.394 0.384 0.337 0.544 b06 0.362 0.641 0.109 0.365 0.346 0.377 b07 0.280 0.798 0.440 0.407 0.388 0.304 b08 0.236 0.606 0.344 0.441 0.384 0.104 b09 0.210 0.754 0.360 0.312 0.366 0.270 b10 0.254 0.365 0.848 0.342 0.253 0.302 b11 0.159 0.233 0.502 0.257 0.185 0.208 b12 0.233 0.320 0.814 0.247 0.183 0.228 b13 0.372 0.350 0.670 0.344 0.333 0.302 b14 0.312 0.275 0.309 0.563 0.372 0.071 b15 0.304 0.437 0.226 0.616 0.318 0.105 b16 0.497 0.453 0.394 0.942 0.398 0.316 b17 0.314 0.482 0.207 0.393 0.821 0.310 b18 0.273 0.303 0.455 0.324 0.689 0.225 b19 0.212 0.236 0.431 0.287 0.680 0.166 b20 0.170 0.416 0.067 0.354 0.696 0.262 b21 0.237 0.342 0.091 0.332 0.715 0.248 b22 0.193 0.217 0.405 0.237 0.672 0.142 guna1 0.322 0.481 0.342 0.167 0.218 0.759 guna2 0.365 0.472 0.213 0.287 0.291 0.791 guna3 0.450 0.435 0.382 0.163 0.208 0.819 guna4 0.440 0.270 0.200 0.216 0.310 0.693 guna5 0.218 0.156 0.071 0.279 0.158 0.403 2.2 Kesahan Menumpu

Kesahan menumpu menunjukkan beberapa indikator berkorelasi secara positif dengan pengukuran alternatif pada konstruk yang sama (Hair et al 2013). Dalam kajian ini, bebanan faktor, kebolehpercayaan gubahan dan purata varians terekstrak (PVT) akan digunakan untuk mengenal pasti kesahan menumpu. Nilai bebanan yang dicadangkan adalah melebihi 0.5 (Hair et al. 2010). Hasil kajian ini mendapati nilai bebanan bagi setiap item melebihi 0.5 tidak termasuk indikator guna1, guna2, guna3, guna4, dan guna5. Kelima-lima indikator tersebut adalah indikator berskala formatif dan dikenali sebagai nilai weight.

Seterusnya, kebolehpercayaan gubahan atau KG dikenal pasti melalui nilai KG yang melebihi 0.7. Jadual 1 menunjukkan nilai KG dalam kajian ini. Purata varian terekstrak atau PVT mengukur varians yang diperoleh daripada indikator berbanding ralat pengukuran. Nilai PVT yang dicadangkan adalah melebihi 0.5 (Hair et al. 2013) dan ia dapat ditafsirkan bahawa pemboleh ubah laten dapat dijelaskan lebih separuh varians bagi indikator-indikator. Dengan

(9)

1517

merujuk Jadual 1, dapatan kajian ini memiliki nilai PVT melebihi 0.5. Justeru, kajian ini telah dikenal pasti mempunyai kesahan menumpu.

2.3 Kesahan Pembeza Layan

Kesahan pembeza layan merujuk kepada indikator-indikator dibezakan sesama konstruk. Kesahan pembeza layan dapat dikenal pasti dengan membandingkan nilai punca kuasa dua (PKD) bagi setiap PVT dalam ruangan melintang dengan pekali korelasi bagi setiap konstruk. Kriteria Fornell-Larcker telah digunakan untuk menilai kesahan pembeza layan (Fornell & Larcker 1981). Kriteria ini membandingkan nilai PKD bagi PVT dengan korelasi pemboleh ubah pendam. Merujuk kepada Jadual 3, nilai PKD bagi PVT adalah lebih tinggi daripada nilai korelasi pemboleh ubah. Justeru, kajian ini memiliki kesahan pembeza layan.

Jadual 3 : Kesahan Pembeza Layan KONSTRUK

PENDAM

KG PVT A B C D E F

AKTIF (A) 0.837 0.509 0.713

AUTENTIK (B) 0.807 0.521 0.451 0.722

P. TEK. (C) Tiada Tiada 0.530 0.371 Tiada

KONSTRUKTIF (D) 0.761 0.528 0.518 0.423 0.288 0.727

KOPERATIF (E) 0.841 0.570 0.498 0.368 0.521 0.525 0.755

OBJEKTIF (F) 0.861 0.510 0.493 0.344 0.332 0.462 0.332 0.714 Nilai pepenjuru (yang diwarnakan hitam) mewakili nilai punca kuasa dua bagi PVT manakala nilai bukan pepenjuru mewakili nilai korelasi

3. Penilaian Model Pengukuran Formatif

Bagi menilai model pengukuran formatif iaitu pemboleh ubah pendam Penggunaan Teknologi, langkah pertama yang perlu dilaksanakan adalah penilaian multikolinearan (Cenfetelli & Bassellier 2009). Multikolinearan perlu diperiksa dalam kalangan indikator-indikator iaitu guna1, guna2, guna3, guna4 dan guna5. Multikolinearan wujud daripada pertindihan konsep dan berkeupayaan untuk menyalah tafsir faktor sebagai tidak penting (Söllner et al. 2010). Variance Inflation Factor (VIF) akan dinilai dan dicadangkan supaya

(10)

1518

nilai tolerance lebih besar dari 0.2 dan nilai VIF kurang dari 5 (Hair et al. 2011). Menurut Hair et al. (2011), sekiranya nilai tolerance adalah 0.2 dan kurang; dan nilai VIF adalah 5 dan lebih besar menandakan potensi menghadapi masalah kolinearan. Jadual 4 menunjukkan nilai VIF dan tolerance bagi kajian ini.

Jadual 4 : Nilai tolerance dan VIF Indikator tolerance VIF

guna1 .564 1.774 guna2 .556 1.799 guna3 .514 1.944 guna4 .615 1.625 guna5 .709 1.409

Analisis seterusnya adalah dengan menilai outer weight iaitu dapatan daripada regresi pelbagai (Hair et al. 2010) dengan meletakkan skor pemboleh ubah pendam sebagai pemboleh ubah bersandar manakala indikator formatif sebagai pemboleh ubah tidak bersandar. Langkah ini dikenali sebagai relative importance (Hair et al. 2013). Kaedah butstrap dilaksanakan untuk mendapatkan nilai outer weights dan tahap signifikannya melalui dapatan ujian-t. Jadual 5 menunjukkan hanya dua indikator iaitu guna2 dan guna5 tidak signifikan. Oleh disebabkan terdapat dua indikator formatif yang tidak signifikan, analisis yang perlu dilakukan adalah absolute contribution iaitu menguji nilai pembeban luaran atau outer loading.

Jadual 5: Relative importance Indikator Outer

weights

Ujian-t bagi

outer weights Pilihan

guna1 0.300 1.688* Signifikan

guna2 0.250 1.212 Tidak signifikan

guna3 0.379 1.818* Signifikan

guna4 0.298 1.768* Signifikan

guna5 0.143 0.895 Tidak signifikan

**p<0.01,*p<0.05

Analisis absolute contribution dilaksanakan bagi mendapatkan nilai pembeban luaran. Butstrap juga dilakukan untuk mendapatkan nilai ujian-t dan tahap signifikan. Menurut Hair et al. (2013), sekiranya nilai pembeban luaran lebih besar dari 0.5, indikator formatif tersebut

(11)

1519

tidak perlu disingkirkan walaupun terdapat indikator yang tidak signifikan. Walau bagaimanapun, jika nilai pembeban luaran kurang dari 0.5 dan tidak signifikan, indicator formatif tersebut perlu disingkirkan. Begitu juga dengan nilai pembeban luaran kurang dari 0.5 tetapi signifikan, Hair et al. (2013) mencadangkan agar penyingkiran indikator formatif tersebut dipertimbangkan. Dalam kajian ini, indikator guna5 mencatatkan nilai pembeban luaran kurang dari 0.5 tetapi signifikan, ini bermakna indikator tersebut akan dipertimbangkan sama ada dikekalkan atau disingkirkan. Walau bagaimanapun, pengkaji mengekalkan indikator tersebut berdasarkan keperluan dalam mewakili pengertian konstruk Penggunaan Teknologi yang memerlukan indikator guna5 tersebut.

Jadual 6 : Absolute Contribution Indikator Pembeban

luaran

Ujian-t bagi

outer loading Pilihan

guna1 0.759 6.786** Signifikan guna2 0.791 7.520** Signifikan guna3 0.819 7.651** Signifikan guna4 0.693 5.735** Signifikan guna5 0.403 2.478** Signifikan **p<0.01,*p<0.05

4. Penilaian terhadap Model Struktur

Pendekatan dua tahap yang dicadangkan oleh Anderson dan Gerbing (1988) merangkumi analisis dua sub-model iaitu model pengukuran dan model struktur. Setelah model pengukuran dianalisis untuk mendapatkan tahap kebolehpercayaan, penilaian model pengukuran reflektif (kesahan konstruk, kesahan menumpu, kesahan pembeza layan) dan penilaian model pengukuran formatif, analisis seterusnya adalah penilaian terhadap model struktur atau dikenali sebagai model terkedalam. Dua perkara yang dianalisis dan ditafsirkan dalam model terkedalam ini adalah analisis pekali lintasan atau path coefficient dan pengujian hipotesis.

4.1 Pekali Lintasan

Seterusnya, dalam menganalisis pekali lintasan, kaedah butstrap dilakukan untuk mengkaji kesahan dan mengenal pasti tahap signifikan kelima-lima pekali lintasan. PPS-KDTS tidak

(12)

1520

menganggap data kajian adalah bertaburan normal tetapi bergantung kepada prosedur butstrap bukan parametrik dalam menguji pekali untuk mendapatkan tahap signifikan (Hair et al. 2013). Rajah 1 menunjukkan nilai pemberat regresi menggunakan penganggaran KDTS.

Rajah 1: Nilai pemberat regresi menggunakan penganggaran KDTS

Merujuk kepada Jadual 7, kelima-lima pekali lintasan mempunyai nilai ujian-t > 2.33 adalah signifikan pada aras keyakinan 1%. Melalui kajian ini, nilai R2 bagi setiap pemboleh ubah laten endogen hanya mampu meramalkan kurang dari 30 peratus varians yang dapat dijelaskan. Ini bermakna sebanyak 28.1% varians dalam konstruk Aktif dapat diramalkan oleh konstruk eksogen Penggunaan Teknologi diikuti dengan 27.1% varians dalam konstruk Koperatif. Seterusnya 13.7% varians dalam konstruk Autentik, 11% varians dalam konstruk Objektif dan akhir sekali 8.3% varians dalam konstruk Konstruktif dapat diramalkan oleh konstruk Penggunaan Teknologi.

Jadual 7 : Ujian kesignifikanan pekali lintasan dan R2

Hipotesis Perhubungan Pekali

Lintasan R2 Ujian-t Pilihan H1 PENGGUNAAN TEKNOLOGI -> KOPERATIF 0.521 0.271 7.528** Disokong H2 PENGGUNAAN TEKNOLOGI -> AKTIF 0.530 0.281 9.607** Disokong H3 PENGGUNAAN TEKNOLOGI -> 0.371 0.137 5.453** Disokong

(13)

1521 AUTENTIK H4 PENGGUNAAN TEKNOLOGI -> KONSTRUKTIF 0.288 0.083 3.607** Disokong H5 PENGGUNAAN TEKNOLOGI -> OBJEKTIF 0.332 0.110 4.460** Disokong **p<0.01,*p<0.05 4.2 Pengujian Hipotesis

Model struktur telah dianalisis menggunakan KDTS. Dengan merujuk kepada jadual 7. dapatan kajian menunjukkan H1 disokong di mana Penggunaan Teknologi telah mempengaruhi secara positif dan signifikan terhadap pembelajaran Koperatif (b = 0.521, p < 0.01). H2 juga disokong di mana Penggunaan Teknologi telah mempengaruhi secara positif dan signifikan terhadap pembelajaran Aktif (b = 0.530, p < 0.01)begitu juga dengan H3, H4 dan H5 dengan pembelajaran Autentik (b = 0.371, p < 0.01), Konstruktif (b = 0.288, p < 0.01) dan Objektif (b = 0.332, p < 0.01) masing-masing dipengaruhi secara positif dan signifikan oleh Penggunaan Teknologi yang terdiri daripada penggunaan teknologi seperti Facebook, WordPress, Twitter, YouTube dan PowerPoint.

Kesimpulan

Penggunaan beberapa teknologi Web 2.0 yang telah dikenal pasti sesuai dalam menyokong proses P&P didapati mempengaruhi secara positif terhadap kelima-lima komponen pembelajaran bermakna. Aplikasi Facebook, Youtube, WordPress, Twitter dan PowerPoint

telah mempengaruhi pembelajaran aktif diikuti dengan pembelajaran koperatif, autentik, objektif dan konstruktif. Walaupun teknologi mampu meningkatkan penglibatan aktif dan koperatif pelajar dalam penguasaan topik pembelajaran dan penyelesaian tugasan, teknologi juga mampu menggalakkan pelajar introvert melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan (Hamdan et al. 2013a). Kajian lanjutan dicadangkan agar penekanan diberikan dalam menstrukturkan teknologi Web 2.0 dan mereka bentuk strategi P&P agar pembelajaran autentik, objektif dan konstruktif dapat dipertingkatkan. Kajian ini telah memberi implikasi terhadap teori iaitu teknologi berupaya mempengaruhi kelima-lima komponen pembelajaran

(14)

1522

bermakna secara positif. Akhir sekali, kajian ini memberikan pemahaman kepada kita terhadap perhubungan signifikan di antara penggunaan teknologi dengan kelima-lima komponen pembelajaran bermakna dan secara tidak langsung mempromosi teknologi Web 2.0 dalam P&P ke ara mencapai pembelajaran bermakna.

RUJUKAN

Anderson, J. C. & Gerbing, D. W. 1998. Structural Equation Modeling in Practice: A Review and Recommended Two-Step Approach. Psychological Bulletin 103(3): 411-423. Ayu, M. A., Taylor, K. & Mantoro, T. 2009. Active learning: Engaging Students in the

Classroom Using Mobile Phones. Kertas kerja IEEE Symposium on Industrial Electronics and Applications (ISIEA 2009), October 4-6, Kuala Lumpur, Malaysia. Bereiter, C. & Scardamalia, M. 1989. Intentional learning as a goal of instruction. Dlm.

Resnick, L. B. (pnyt.). Knowing, Learning, and Instruction: Essays in Honor of Robert Glaser, hlm. 361-392. Erlbaum: Hillsdale, NJ.

Bonwell, C. C. 1991. Active Learning: Creating Excitement in the Classroom. http://www.ydae.purdue.edu/lct/hbcu/documents/Active_Learning_Creating_Exciteme nt_in_the_Classroom.pdf

Cenfetelli, R. T. & Bassellier, G. 2009. Interpretation of Formative Measurement in Informations Systems Research. MIS Quarterly 33 (4): 689-707.

Cooperstein, S. E. & Kocevar-Weidinger, E. 2004. Beyond active learning: a constructivist approach to learning. Reference Services Review 32(2): 141-148.

den Exter, K., Rowe, S., Boyd, W., & Llyod, D. 2012. Using Web 2.0 Technologies for Collaborative Learning in Distance Education—Case Studies from an Australian University. Future Internet 4: 216-237.

Din, R. 2010. A Development And Validation Of Meaningful Hybrid E-Training For Computer Education: An Application Of The Structural Equation Modeling. Tesis PhD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Din, R., Nordin, M.S., Abu Kassim, N., Tunku Ahmad, T.B., Jusoff, K., Johar, N.A., Kamarulzaman, M.F., Zakaria, M.S., Ahmad, M., Abdul Karim, A., Mastor, K.A. 2010. Development And Validation Of Meaningful Hybrid E-Training Model For Computer Education. International Journal of Computer Science and Information Technologies (IJCSIT) 1(3): 179-184.

Din, R., Norman, H., Kamarulzaman, M. F., M. Shah, P., Karim, A., Mat Salleh, N. S., Zakaria, M. S., Mastor, K. A. 2012. Creation of a Knowledge Society via the Use of Mobile Blog: A Model of Integrated Meaningful Hybrid E-training. Asian Social Science 8(16): 45-56.

Din, R., Zakaria, M. S., Nordin, M.S., Kamarulzaman, M. F., Abu Kassim, N. L., Tunku Ahmad, T. B., Mastor, K. A., Abdul Karim, A., & Embi, M. A. 2011. A Meaningful Hybrid E-Training Measure And Model For Technology In Education. AJTLHE 3(2): 71-82.

(15)

1523

Doherty, I. 2011. Evaluating the impact of educational technology professional development upon adoption of Web 2.0 tools in teaching. Australasian Journal of Educational Technology 27(3): 381-396.

Dunlap, J. C., & Lowenthal, P. R. 2011. Learning, unlearning, and relearning: Using Web 2.0 technologies to support the development of lifelong learning skills. Dlm. G. D. Magoulas (pnyt.). E-infrastructures and technologies for lifelong learning: Next generation environments. hlm. 1-23. Hershey, PA: IGI Global.

Enonbun, O. 2010. Constructivism and Web 2.0 in the Emerging Learning Era: A Global Perspective. Journal of Strategic Innovation and Sustainability 6(4): 17-27.

Fornell, C. & Larcker, D. F. 1981. Evaluating structural equation models with unobservable variables and measurement error. Journal of Marketing Research 18(1): 39-50.

Gagnon, G. W. & Collay, M. 2000. Constructivist Learning Design. http://web.wnlsd.ca/rocketry/resources/gagnon_collay_constructivistlearningdesign.pd f [4 Februari 2014].

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J. & Anderson, R. E. 2010. Multivariate Data Analysis: A Global Perspective. Boston: Pearson.

Hair, J. F., Hult, G. T. M., Ringle, C. M. & Sarstedt, M. 2013. A Primer on Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Sage: Thousand Oaks.

Hair, J. F., Ringle, C. M. & Sarstedt, M. 2011. PLS-SEM: Indeed a Silver Bullet. Journal of Marketing Theory and Practice 19(2): 139-151.

Hamdan, A., Din, R., Abdul Manaf, S. Z., Mat Salleh, N., Kamsin, I. F., Norman, H., Ismail, N. M., & Mohamad Zaid, A. S. 2013a. Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan Bermakna (I-MeT) Dalam Kalangan Pelajar. 4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization, UKM-UNIMED

Hamdan, A., Din, R., Adnan, A., Abdul Manaf, S. Z., Ismail, N. M., Mat Salleh, N. S., & Shafiin, H. 2013b. Penggunaan Teknologi Web 2.0 Dalam Pembelajaran Hibrid.

Tempawan Jurnal Penyelidikan 87-103.

Jimoyiannis, A., Tsiotakis, P., Roussinos, D., & Siorenta, A. 2013. Preparing teachers to integrate Web 2.0 in school practice: Toward a framework for Pedagogy 2.0.

Australasian Journal of Educational Technology 29(2): 248-267.

Kingsley, K.V. & Brinkerhoff, J. 2011. Web 2.0 Tools for Authentic Instruction, Learning, and Assessment. Social Studies and the Young Learner 23 (3): 9–12.

Lertnattee, V., Sinthop Chomya, S. & Sornlertlamvanich, V. 2014. A Collaborative Learning Tool in Herbal Medicine for ASEAN Economic Community. International Journal of Social Science and Humanity 4(1): 29-34.

Liu, A. 2012. Exploring the Use of Clickers to Support Active Learning and Knowledge Building by Pre-Service Teachers in Large Lectures. Tesis Sarjana. Graduate Division Of Educational Research, Alberta.

Lombardi, M. M. 2007. Authentic Learning for the 21st Century: An Overview. EDUCAUSE Learning Initiative. 1-12.

López-Vidales, N. & González-Aldea, P. 2014. Audioblogs and Tvblogs, Tools for Collaborative Learning in Journalism. Media Education Research Journal 45-53. Mackenzie, S. B., Podsakoff, P. M., & Jarvis, C. B. 2005. The problem of measurement

model misspecification in behavioural and organizational research and some recommended solutions. Journal of Applied Psychology 90(4): 710–730.

(16)

1524

Macpherson, A. 2008. Cooperative Learning Group Activities for College Course. http://www1.umn.edu/ohr/prod/groups/ohr/@pub/@ohr/documents/asset/ohr_89185.p df. [4 Februari 2014].

Melrose, S. 2013. Facilitating Constructivist Learning Environments Using Mind Maps and

Concept Maps as Advance Organizers.

http://auspace.athabascau.ca/bitstream/2149/3387/1/2013-1-melrose.pdf. [4 Februari 2014].

Nunnally, J. C. & Bernstein, I. H. 1994. Psychometric theory (3rd ed.). New York: McGraw-Hill.

Oldfield, J. & Herrington, J. 2012. Mobilising authentic learning: Understanding the educational affordances of the iPad, Dlm. Brown, M., Harnett, M. & Stewart, T. (pnyt.). Future Challenges, sustainable challenges. hlm. 723-727. Proceeding Ascilite Wellington.

Ringle, C.M., Wende, S, & Will, S. 2005. SmartPLS 2.0 (M3) Beta, Hamburg 2005, http://www.smartpls.de.

Sekaran, U & Bougie, R. 2010. Research methods for business: A skill building approach. Ed. ke-5. West Sussex: John Wiley and Sons Ltd.

Sekaran, U. 2005. Research methods for business – a skill building approach. Ed. ke-4. New York: John Wiley and Sons.

Sharma, R. & Monteiro, S. 2012. Reflective Blogging: Education in a Social Constructivist Environment – A Case Study. International Journal of Education, Business, e-Management and e-Learning 2(2): 93-96.

Sherer, P. & Shea, T. 2011. Using Online Video to Support Student Learning and Engagement. College Teaching 59: 56–59.

Söllner, M., Hoffmann, A., Hirdes, E. M., Rudakova, L., Leimeister, S. & Leimeister, J. M. 2010. Towards a Formative Measurement Model for Trust. Kertas kerja 23. Bled eConference eTrust: Implications for the Individual, Enterprises and Society (Bled) 2010, Bled, Slowenia.

Toland, R. 2013. Facebook as a Learning Tool. Perspectives in Learning 14(1): 40-44.

Väljataga, T. & Fiedler, S. 2009. Supporting students to self-direct intentional learning projects with social media. Educational Technology & Society 12(3): 58–69.

Venkatesh, V., Morris, M. G., Davis G. B., & Davis F.D. 2003. User Acceptance of Information Technology: Toward a Unified View. MIS Quarterly 27(3): 425-478. Williams, J & Chinn, S. J. 2009. Using Web 2.0 to support the active learning experience.

Journal of Information Systems Education 20(2): 165-74.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian yang diperoleh adalah terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara pembelajaran berbasis web dengan motivasi belajar mahasiswa Teknologi

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui efektivitas penggunaan media pembelajaran E-Learning berbasis web pada pelajaran Teknologi Informasi dan Komunikasi

Mengkaji bagaimanakah persekitaran pembelajaran menerusi teknologi Web 2.0 dengan sokongan model pembangunan pengetahuan umum (CKCM) mampu menjana pembangunan pengetahuan

Instrumen kajian ialah soal selidik yang merangkumi enam komponen iaitu pendekatan pembelajaran, minat, sikap, motivasi, pengetahuan umum serta kepentingannya telah digunakan

Seterusnya bagi persoalan keempat iaitu mengenal pasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru kelas dalam penggunaan LCMS dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran

Dengan bantuan pembelajaran yang menggunakan simulasi berkomputer ini, topik yang akan dipilih dalam melaksanakan kaedah simulasi berasaskan web iaitu Wireless Networking

Dengan demikian dari penilaian guru dan penelitian atau uji produk yang telah dilakukan, maka aplikasi web TAKWAI sebagai media edukasi tentang etika penggunaan produk teknologi bagi

SIMPULAN Berdasarkan hasil telaah dan kajian literatur yang sudah dianalisis, apabila pembelajaran dikelas pada mata pelajaran ekonomi menggunakan media berbasis teknologi digital,