• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Microsoft Teams Dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin Secara Dalam Talian (The Perception of Students Towards the Use of Microsoft Teams in Online Mandarin Learning)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Microsoft Teams Dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin Secara Dalam Talian (The Perception of Students Towards the Use of Microsoft Teams in Online Mandarin Learning)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Microsoft Teams Dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin Secara Dalam Talian (The Perception of Students Towards the Use of Microsoft Teams in

Online Mandarin Learning)

Tan Hua An1*, Tan Tiam Lai2

1 Student Development Section, Malaysian Spanish Institute, Universiti Kuala Lumpur, Kulim, Kedah, Malaysia.

2 Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

*Pengarang Koresponden: hatan@unikl.edu.my

Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.42

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Demi membendung dan mencegah penularan pandemik Covid-19, pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian telah menjadi pilihan utama di sektor Pendidikan. Peralihan daripada PdP secara bersemuka kepada PdP secara dalam talian telah mengubah corak PdP penuntut di institusi pengajian tinggi. Perubahan ini juga membawa kesan dan cabaran kepada pelajar. Kini PdP secara dalam talian telah menjadi satu keperluan dalam norma baharu untuk memastikan kelestarian dan kesinambungan pembelajaran pelajar.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams dalam pembelajaran bahasa Mandarin secara dalam talian. Soal selidik digunakan sebagai instrumen. Sampel kajian ini adalah seramai 80 orang pelajar yang telah mengikuti kursus bahasa Mandarin 1 dan Mandarin 2 bagi dua semester berturut-turut di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI), Kulim, Kedah. Kajian ini mendapati bahawa persepsi adalah memberangsangkan. Penggunaan Microsoft Teams untuk belajar bahasa Mandarin mendapat maklum balas positif daripada pelajar.

Kata kunci: persepsi, Microsoft Teams, bahasa Mandarin, PdP secara dalam talian

Abstract: In order to curb and prevent the spread of the Covid-19 pandemic, the implementation of online teaching and learning (T&L) has become a priority choice in the education sector. The transition from face-to-face T&L to online T&L has changed the pattern of student T&L in institutions of higher learning. These changes also bring impact and challenges to students. Now online T&L has become a necessity in the new norm to ensure the sustainability and continuity of student learning. The objective of this study was to identify students’ perceptions of the use of Microsoft Teams in online Mandarin language learning. A questionnaire was used as an instrument. The sample of this study was 80 students who have taken Mandarin 1 and Mandarin 2 courses for two consecutive semesters at Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI), Kulim, Kedah. This study found that perceptions were encouraging. The use of Microsoft Teams to learn Mandarin received positive feedback from the students.

Keywords: perception, Microsoft Teams, Mandarin, online T&L

___________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Penularan wabak Coronavirus Disease 19 (Covid-19) telah mendatangkan cabaran dan memberi impak kepada semua sektor di Malaysia. Oleh itu, sektor pendidikan juga tidak terkecuali dalam situasi ini. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka di dewan kuliah dan bilik fizikal tidak dapat dijalankan seperti biasa. Susulan daripada itu, PdP secara dalam talian telah muncul sebagai alternatif terpenting dan menjadi pilihan utama demi memastikan kelangsuangan sesi pengajian. Ini merupakan anjakan transformasi yang besar di sektor pendidikan negara kita.

Terdapat pelbagai platform yang boleh dipilih dan digunakan semasa menjalankan PdP secara dalam talian. Menurut Chung et al. (2020) terdapat beberapa platform yang boleh digunakan bagi tujuan PdP secara dalam talian seperti Microsoft Teams, Cisco Webex, Google Classroom, Telegram, Whatsapp dan YouTube.

Seiring dengan norma baharu, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) turut melaksanakan PdP secara dalam talian mulai 18 Mar 2020. Platform utama yang digunakan ialah Microsoft Teams. PdP secara dalam talian melalui Microsoft Teams untuk memastikan kelestarian dan kesinambungan pengajian pelajar dapat diteruskan.

Kursus bahasa Mandarin di UniKL MSI mengamalkan PdP secara dalam talian sejajar dengan pengisytiharan pelaksanaan PdP secara dalam talian oleh pihak universiti. Sejak itu, pelajar telah beralih daripada sesi PdP secara bersemuka kepada sesi PdP secara dalam talian.

Peralihan ini sekaligus mengubah corak pembelajaran para pelajar.

2. Pernyataan Masalah

Penularan wabak Covid-19 mengakibatkan penutupan institusi pengajian tinggi. Ini bermakna proses PdP fizikal secara bersemuka tidak dapat dijalankan seperti biasa. Sebagai alternatif, para pengajar dan pelajar beralih kepada PdP secara dalam talian dengan platform yang sesuai.

Peralihan daripada sesi PdP secara bersemuka kepada sesi PdP secara dalam talian yang menggunakan Microsoft Teams nescaya memberi pengalaman dan perasaan yang berbeza kepada pelajar. Persepsi pelajar harus diambil kira untuk menilai keberkesanan penggunaan Microsoft Teams dan penerimaan pelajar terhadap platform ini untuk memastikan platform ini mendatangkan manfaat kepada pelajar.

Tambahan pula, PdP secara dalam talian akan menjadi norma baharu bagi semua pelajar.

Dengan memahami persepsi pelajar dapat membantu mengetahui penerimaan, pandangan dan sikap mereka terhadap penggunaan Microsoft Teams. Ini diperlukan agar penambahbaikan yang berterusan dapat dijalankan dan seterusnya meningkatkan keberkesanan PdP secara keseluruhan.

Justeru itu, pengkaji berhasrat mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams semasa pembelajaran bahasa Mandarin secara dalam talian di UniKL MSI.

3. Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams sebagai platform semasa pembelajaran bahasa Mandarin secara dalam talian.

(3)

Kajian ini fokus kepada tiga dimensi iaitu dimensi kemudahgunaan Microsoft Teams, dimensi kebolehgunaan Microsoft Teams dan dimensi sikap terhadap penggunaan Microsoft Teams.

4. Kepentingan Kajian

Pertama, kajian ini dapat menyumbangkan maklumat kepada para pengajar khususnya pengajar bahasa Mandarin di institusi pengajian tinggi tentang persepsi pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams dalam PdP bagi kursus Mandarin. Berdasarkan dapatan kajian pengajar akan lebih peka kepada informasi yang diketengahkan. Seterusnya pengajar boleh membuat penambahbaikan sekiranya PdP secara dalam talian diteruskan pada masa hadapan.

Kedua, kajian ini diharap dapat memperbanyakkan kajian literatur tentang persepsi pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams dalam pembelajaran bahasa asing secara amnya dan pembelajaran bahasa Mandarin secara khasnya memandangkan kajian seumpama ini telah menjadi trend baharu.

Ketiga, kajian ini juga diharap dapat menjadi bahan rujukan bagi warga penyelidik yang berhasrat memajukan kajian seumpama ini pada masa depan.

5. Ulasan Kajian Lepas

Hasil tinjauan literatur, terdapat beberapa kajian berkenaan persepsi pelajar terhadap penggunaan platform Microsoft Teams.

Kajian Roziyaliney, Haris Fadillah dan Norwahida (2021) mendapati min keseluruhan soal selidik adalah 3.96 dan berada pada tahap yang tinggi. Kajian tersebut menunjukkan platform Microsoft Teams diterima oleh responden sebagai platform yang utama semasa sesi PdP secara dalam talian untuk menggantikan bilik kuliah secara bersemuka.

Kajian Mazidah dan Nor Aidawati (2021) menunjukkan Google Meet adalah platform yang bagus digunakan untuk sesi PdP secara dalam talian dan boleh terus digunakan pada masa hadapan. Tiga aspek yang dikaji iaitu aspek kemudahan capaian, aspek rekabentuk antara muka pengguna serta aspek tahap mesra pengguna. Kajian menunjukkan skor min keseluruhan aspek kemudahan capaian ialah 3.94, skor min keseluruhan aspek rekabentuk antara muka pengguna ialah 3.90 dan skor min keseluruhan aspek tahap mesra pengguna ialah 3.92. Ketiga-tiga aspek ini berada pada tahap tinggi. Kajian tersebut memperlihatkan responden bersetuju platform Google Meet mempunyai ciri-ciri mudah dicapai, rekabentuk antara muka pengguna yang menarik dan mudah digunakan serta tahap mesra pengguna yang menyenangkan dan bagus.

Kajian Norhafinas, Mohd Nizam dan Junaidah (2021) menunjukkan responden di Kolej Komuniti Gerik lebih menyukai Telegram berbanding dengan Google Classroom sebagai medium dalam talian.

Kajian Khairul Izwan dan Zulkurnain (2021) menunjukkan persepsi pengalaman pembelajaran Microsoft Teams dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu Sabah berada pada tahap tinggi dengan skor min 3.66. Enam halangan yang diuji dalam penggunaan Microsoft Teams iaitu halangan gaya pembelajaran, halangan teknologi, halangan organisasi, halangan situasi, halangan arahan serta halangan personaliti. Empat halangan utama adalah seperti berikut halangan teknologi, diikuti dengan halangan situasi, seterusnya halangan gaya pembelajaran dan akhir sekali ialah halangan arahan. Kajian tersebut memperlihatkan tiada

(4)

hubungan signifikan di antara pengalaman pembelajaran dengan halangan-halangan yang dihadapi oleh responden. Secara amnya, pelajar masih menghadapi pelbagai halangan semasa menggunakan Microsoft Teams. Oleh itu, pensyarah perlu membantu pelajar menangani halangan tersebut untuk meningkatkan tahap kepuasan pelajar semasa menggunakannya.

Kajian Muhammad Izuan, Nur Aina dan Nur Hafizah (2020) menunjukkan penerimaan pelajar terhadap penggunaan platform Microsoft Teams dalam pembelajaran bahasa Arab berada pada tahap yang sederhana. Ini berkaitan dengan keupayaan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian dengan kadar yang lama. Justeru itu, keseimbangan kemanusiaan dan teknologi sangat penting dan harus mendapat perhatian daripada semua pihak.

Kajian Siti Syahida (2020) menunjukkan tahap interaksi dan pengaruh persekitaran terhadap pembelajaran secara dalam talian yang menggunakan platform Microsoft Teams berada pada tahap sederhana dengan skor min 2.98 dan 2.92 masing-masing. Hal ini demikian kerana pembelajaran secara dalam talian adalah pendekatan yang baharu bagi responden di Kolej Komuniti Hulu Langat.

Secara umum, pembelajaran secara dalam talian telah mengubah corak pembelajaran dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi. Ia telah menjadi norma baharu dalam tempoh penularan Covid-19. Dalam norma baharu ini, pengajar harus memberi galakan kepada pelajar agar mencapai impak yang besar. Selain itu, pelajar harus menguasai kemahiran pembelajaran atas talian agar dapat meningkatkan daya saing serta mencapai kejayaan pada abad ke-21 ini (Nor Hidayati, 2020).

6. Metodologi

Instrumen soal selidik digunakan untuk memungut data bagi kajian ini. Menurut Mohd Najib (2003) dan Fuad Mohamed (2017), tinjauan soal selidik adalah cara berkesan yang tidak memerlukan masa banyak serta perbelanjaan besar.

Item di soal selidik diubahsuai berdasarkan soal selidik Muhammad Izuan, Nur Aina & Nur Hafizah (2020) yang berkaitan dengan kajian e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Pengubahsuaian ke atas item soal selidik dijalankan agar ia sesuai dengan konteks kajian ini.

Terdapat 16 item yang dibahagikan kepada empat bahagian.

Bahagian A adalah berkenaan dengan maklumat asas responden. Terdapat tiga item dalam bahagian B iaitu jantina, peringkat pengajian dan umur. Manakala, bahagian B bertujuan untuk mengetahui kemudahgunaan Microsoft Teams dalam pembelajaran secara dalam talian.

Bahagian C pula bertujuan mengetahui kebolehgunaan Microsoft Teams dalam pembelajaran bahasa Mandarin manakala bahagian D bertujuan mengetahui sikap pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams untuk belajar bahasa Mandarin berbanding dengan kelas bersemuka. Terdapat empat item dalam bahagian B, bahagian C serta bahagian D masing- masing.

Skala Likert lima mata digunakan untuk mengukur item dalam bahagian B, bahagian C serta bahagian D. Berikut ialah pengelasan skor mata iaitu 1 (Sangat Tidak Setuju), 2 (Tidak Setuju), 3 (Tidak Pasti), 4 (Setuju) serta 5 (Sangat Setuju).

(5)

Soal selidik dalam bentuk Google Forms digunakan. Pautan telah diedar kepada pelajar melalui emel dan whatsapp selama tujuh hari.

7. Sampel Kajian

Sampel bagi kajian ini merupakan pelajar UniKL MSI yang telah mengikuti kursus Mandarin 1 dan Mandarin 2 bagi dua semester yang berturut-turut secara dalam talian dengan menggunakan Microsoft Teams dari sesi akademik semester Julai 2020 hingga Julai 2021.

Justeru itu, terdapat dua kumpulan pelajar tersebut iaitu pelajar yang mengambil Mandarin 1 pada semester Julai 2020 dan mengambil Mandarin 2 pada semester berikutnya iaitu semester Januari 2021 serta pelajar yang mengambil Mandarin 1 pada semester Januari 2021 dan mengambil Mandarin 2 pada semester berikutnya iaitu semester Julai 2021.

Kajian ini menggunakan kaedah purporsive sampling. Kaedah ini sesuai dengan konteks kajian ini di mana subjek kajian yang betul untuk menyertai kajian ini. Kaedah ini juga memudahkan proses memperolehi data dan menjimatkan kos.

8. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Soal selidik yang telah siap dijawab dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS.

Interpretasi dapatan statistik deskriptif yang disyorkan oleh Jamil (2002) seperti di Jadual 1 digunakan untuk mentafsir dapatan skor min.

Jadual 1: Interpretasi Skor Min

Skor Min Tahap

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.66 Sederhana

3.67 – 5.00 Tinggi

Dapatan analisis adalah seperti yang tertera di bawah.

Jadual 2: Data Demografi Responden Kajian

Faktor Demografi Kategori Kekerapan Peratusan

Jantina Lelaki 54 67.5

Perempuan 26 32.5

Peringkat Pengajian Diploma 30 37.5

Sarjana Muda 50 62.5

Umur 20 tahun dan ke bawah 4 5.0

21 tahun hingga 25 tahun 72 90.0

26 tahun dan ke atas 4 5.0

Seramai 80 orang responden mengambil bahagian menjawab soal selidik secara dalam talian.

Jadual 2 di atas menunjukkan seramai 54 orang (67.5%) adalah pelajar lelaki dan 26 orang (32.5%) adalah pelajar perempuan Dari peringkat pengajian pula, seramai 30 orang pelajar (37.5%) sedang berada di peringkat diploma dan 50 orang pelajar (62.5%) sedang mengikuti program sarjana muda. Manakala dari segi umur pula, ada 4 orang pelajar (5.0%) berumur 20 tahun dan ke bawah, 72 orang pelajar (90%) berumur antara 21 tahun hingga 25 tahun dan 4 orang pelajar (5.0%) berumur 26 tahun dan ke atas.

J

(6)

Jadual 3: Bilangan Item Setiap Dimensi

No Dimensi Bilangan Item

1 Kemudahgunaan Microsoft Teams. 4

2 Kebolehgunaan Microsoft Teams. 4

3 Sikap Terhadap Penggunaan Microsoft Teams. 4

Jumlah 12

Jadual 3 di atas menunjukkan terdapat tiga dimensi yang dikaji iaitu dimensi kemudahgunaan Microsoft Teams, dimensi kebolehgunaan Microsoft Teams dan dimensi sikap terhadap penggunaan Microsoft Teams. Setiap dimensi mempunyai empat item. Jumlah item ialah 12 item.

Jadual 4: Item Dalam Dimensi Kemudahgunaan Microsoft Teams

No Item

1 Microsoft Teams mudah dicapai dengan kelajuan internet yang sederhana.

2 Maklumat mudah dicapai melalui Microsoft Teams.

3 Menu di dalam Microsoft Teams mudah difahami.

4 Fungsi di dalam Microsoft Teams mudah digunakan.

Jadual 4 di atas menunjukkan keempat-empat item dalam dimensi kemudahgunaan Microsoft Teams. Berasaskan definisi Muhammad Izuan, Nur Aina & Nur Hafizah (2020), kemudahgunaan dalam konteks kajian ini bermaksud pelajar tidak perlu menghabiskan masa dan tenaga yang banyak semasa menggunakan Microsoft Teams untuk mempelajari bahasa Mandarin.

Jadual 5: Kekerapan Responden Terhadap Kemudahgunaan Microsoft Teams

Pengelasan skor mata Kekerapan

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4

1. Sangat tidak setuju 5 1 1 1

2. Tidak setuju 11 1 2 1

3. Tidak pasti 24 22 12 11

4. Setuju 28 39 39 38

5. Sangat setuju 12 17 26 29

Jumlah 80 80 80 80

Berdasarkan Jadual 5 seperti di atas, bagi item pertama, sangat setuju (12 pelajar), setuju (28 pelajar), tidak pasti (24 pelajar), tidak setuju (11 pelajar) dan sangat tidak setuju (5 pelajar).

Bagi item kedua, sangat setuju (17 pelajar), setuju (39 pelajar), tidak pasti (22 pelajar), tidak setuju (1 pelajar) dan sangat tidak setuju (1 pelajar). Bagi item ketiga, sangat setuju (26 pelajar), setuju (39 pelajar), tidak pasti (12 pelajar), tidak setuju (2 pelajar) dan sangat tidak setuju (1 pelajar). Bagi item keempat, sangat setuju (29 pelajar), setuju (38 pelajar), tidak pasti (11 pelajar), tidak setuju (1 pelajar) dan sangat tidak setuju (1 pelajar).

Jadual 6: Kemudahgunaan Microsoft Teams

Item Min Sisihan

Piawai Tahap 1. Microsoft Teams mudah dicapai dengan kelajuan internet yang sederhana. 3.3875 1.09653 Sederhana 2. Maklumat mudah dicapai melalui Microsoft Teams. 3.8750 0.80150 Tinggi 3. Menu di dalam Microsoft Teams mudah difahami. 4.0875 0.82973 Tinggi 4. Fungsi di dalam Microsoft Teams mudah digunakan. 4.1625 0.80259 Tinggi

Min Keseluruhan 3.8781 0.72587 Tinggi

(7)

Jadual 6 memaparkan analisis skor min ke atas kemudahgunaan Microsoft Teams, item empat

“Fungsi di dalam Microsoft Teams mudah digunakan” mempunyai skor min yang tertinggi iaitu 4.1625. Item satu “Microsoft Teams mudah dicapai dengan kelajuan internet yang sederhana” mempunyai skor min yang terendah iaitu hanya 3.3875. Selain itu, analisis skor min mendapati item dua “Maklumat mudah dicapai melalui Microsoft Teams” dan item tiga

“Menu di dalam Microsoft Teams mudah difahami” mempunyai skor min 3.8750 dan 4.0875 masing-masing. Kajian ini mendapati item dua, item tiga dan item empat berada pada tahap yang tinggi. Hanya item satu berada pada tahap sederhana. Min keseluruhan ialah 3.8781.

Dapatan ini memperlihatkan persepsi pelajar terhadap kemudahgunaan Microsoft Teams berada pada tahap tinggi.

Jadual 7: Item Dalam Dimensi Kebolehgunaan Microsoft Teams

No Item

1 Microsoft Teams membolehkan saya mengikuti kelas bahasa Mandarin dengan mudah.

2 Microsoft Teams dapat meningkatkan produktiviti saya dalam proses pembelajaran bahasa Mandarin.

3 Microsoft Teams dapat meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Mandarin saya dari segi kemahiran mendengar, bertutur dan membaca.

4 Microsoft Teams dapat membantu saya memahami isi kandungan pembelajaran bahasa Mandarin dengan mudah.

Jadual 7 di atas menunjukkan keempat-empat item dalam dimensi kebolehgunaan Microsoft Teams. Berasaskan definisi Muhammad Izuan, Nur Aina & Nur Hafizah (2020), kebolehgunaan dalam konteks kajian ini bermaksud pelajar berasa penggunaan Microsoft Teams untuk mempelajari bahasa Mandarin mendatangkan manfaat kepada mereka.

Jadual 8: Kekerapan Responden Terhadap Kebolehgunaan Microsoft Teams

Pengelasan skor mata Kekerapan

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4

1. Sangat tidak setuju 1 2 1 0

2. Tidak setuju 1 3 5 2

3. Tidak pasti 12 19 16 10

4. Setuju 40 32 36 40

5. Sangat setuju 26 24 22 28

Jumlah 80 80 80 80

Berdasarkan Jadual 8 seperti di atas, bagi item pertama, sangat setuju (26 pelajar), setuju (40 pelajar), tidak pasti (12 pelajar), tidak setuju (1 pelajar) dan sangat tidak setuju (1 pelajar).

Bagi item kedua, sangat setuju (24 pelajar), setuju (32 pelajar), tidak pasti (19 pelajar), tidak setuju (3 pelajar) dan sangat tidak setuju (2 pelajar). Bagi item ketiga, sangat setuju (22 pelajar), setuju (36 pelajar), tidak pasti (16 pelajar), tidak setuju (5 pelajar) dan sangat tidak setuju (1 pelajar). Bagi item keempat, sangat setuju (28 pelajar), setuju (40 pelajar), tidak pasti (10 pelajar), tidak setuju (2 pelajar) dan tiada pelajar yang memilih sangat tidak setuju.

Jadual 9: Kebolehgunaan Microsoft Teams

Item Min Sisihan

Piawai Tahap 1. Microsoft Teams membolehkan saya mengikuti kelas bahasa Mandarin

dengan mudah.

4.1125 0.79546 Tinggi 2. Microsoft Teams dapat meningkatkan produktiviti saya dalam proses

pembelajaran bahasa Mandarin. 3.9125 0.95723 Tinggi

3. Microsoft Teams dapat meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Mandarin saya dari segi kemahiran mendengar, bertutur dan membaca.

3.9125 0.91671 Tinggi

(8)

4. Microsoft Teams dapat membantu saya memahami isi kandungan

pembelajaran bahasa Mandarin dengan mudah. 4.1750 0.74247 Tinggi

Min keseluruhan 4.0281 0.76514 Tinggi

Jadual 9 menunjukkan skor min ke atas kebolehgunaan Microsoft Teams, item empat

Microsoft Teams dapat membantu saya memahami isi kandungan pembelajaran bahasa Mandarin dengan mudah” mempunyai skor min yang tertinggi iaitu 4.1750. Item dua

Microsoft Teams dapat meningkatkan produktiviti saya dalam proses pembelajaran bahasa Mandarin” dan item tiga “Microsoft Teams dapat meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Mandarin saya dari segi kemahiran mendengar, bertutur dan membaca” mempunyai skor min yang sama dan merupakan skor min yang terendah iaitu hanya 3.9125. Selain itu, analisis skor min mendapati item satu “Microsoft Teams membolehkan saya mengikuti kelas bahasa Mandarin dengan mudah” mempunyai skor min 4.1125. Kajian ini mendapati keempat-empat item tersebut berada pada tahap tinggi.

Min keseluruhan adalah 4.0281. Dapatan ini memperlihatkan persepsi pelajar terhadap kebolehgunaan Microsoft Teams berada pada tahap yang tinggi. Ini bermakna Microsoft Teams sesuai digunakan sebagai platform bagi PdP bahasa Mandarin secara dalam talian semasa PdP secara bersemuka tidak dapat dijalankan.

Jadual 10: Item Dalam Dimensi Sikap Terhadap Penggunaan Microsoft Teams

No Item

1 Saya berpuas hati menggunakan Microsoft Teams untuk belajar bahasa Mandarin.

2 Saya suka menggunakan Microsoft Teams untuk belajar bahasa Mandarin.

3 Saya berasa seronok menggunakan Microsoft Teams untuk belajar bahasa Mandarin.

4 Saya berasa selesa menggunakan Microsoft Teams untuk menjawab soalan dalam bahasa Mandarin.

Jadual 10 di atas menunjukkan keempat-empat item dalam dimensi sikap terhadap penggunaan Microsoft Teams. Berasaskan definisi Muhammad Izuan, Nur Aina & Nur Hafizah (2020), sikap dalam konteks kajian ini bermaksud sikap pelajar dalam penggunaan platform Microsoft Teams untuk mempelajari bahasa Mandarin.

Jadual 11: Kekerapan Responden Terhadap Sikap Terhadap Penggunaan Microsoft Teams

Pengelasan skor mata Kekerapan

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4

1. Sangat tidak setuju 1 1 1 0

2. Tidak setuju 6 7 6 4

3. Tidak pasti 13 14 15 15

4. Setuju 36 34 34 34

5. Sangat setuju 24 24 24 27

Jumlah 80 80 80 80

Berdasarkan Jadual 11 seperti di atas, bagi item pertama, sangat setuju (24 pelajar), setuju (36 pelajar), tidak pasti (13 pelajar), tidak setuju (6 pelajar) dan sangat tidak setuju (1 pelajar).

Bagi item kedua, sangat setuju (24 pelajar), setuju (34 pelajar), tidak pasti (14 pelajar), tidak setuju (7 pelajar) dan sangat tidak setuju (1 pelajar). Bagi item ketiga, sangat setuju (24 pelajar), setuju (34 pelajar), tidak pasti (15 pelajar), tidak setuju (6 pelajar) dan sangat tidak setuju (1 pelajar). Bagi item keempat, sangat setuju (27 pelajar), setuju (34 pelajar), tidak pasti (15 pelajar), tidak setuju (4 pelajar) dan tiada pelajar yang memilih sangat tidak setuju.

(9)

Jadual 12: Sikap Terhadap Penggunaan Microsoft Teams

Item Min Sisihan

Piawai Tahap 1. Saya berpuas hati menggunakan Microsoft Teams untuk belajar bahasa

Mandarin. 3.9500 0.93997 Tinggi

2. Saya suka menggunakan Microsoft Teams untuk belajar bahasa Mandarin. 3.9125 0.97037 Tinggi 3. Saya berasa seronok menggunakan Microsoft Teams untuk belajar bahasa

Mandarin. 3.9250 0.95168 Tinggi

4. Saya berasa selesa menggunakan Microsoft Teams untuk menjawab soalan

dalam bahasa Mandarin. 4.0500 0.85536 Tinggi

Min keseluruhan 3.9594 0.88182 Tinggi

Jadual 12 di atas menunjukkan analisis skor min ke atas sikap terhadap penggunaan Microsoft Teams, item empat “Saya berasa selesa menggunakan Microsoft Teams untuk menjawab soalan dalam bahasa Mandarin” mempunyai skor min yang tertinggi iaitu 4.0500. Item dua “Saya suka menggunakan Microsoft Teams untuk belajar bahasa Mandarin” mempunyai skor min yang terendah iaitu hanya 3.9125. Selain itu, analisis skor min mendapati item satu “Saya berpuas hati menggunakan Microsoft Teams untuk belajar bahasa Mandarin” dan item tiga

“Saya berasa seronok menggunakan Microsoft Teams untuk belajar bahasa Mandarin”

mempunyai skor min 3.9500 dan 3.9250 masing-masing. Kajian ini mendapati keempat-empat item berada pada tahap tinggi dan min keseluruhan adalah 3.9594. Ini jelas memperlihatkan pelajar mempunyai sikap yang baik terhadap penggunaan Microsoft Teams.

Jadual 13: Min Keseluruhan Bagi Ketiga-tiga Dimensi

Item Min Sisihan

Piawai Tahap

1. Kemudahgunaan Microsoft Teams. 3.8781 0.72587 Tinggi

2. Kebolehgunaan Microsoft Teams. 4.0281 0.76514 Tinggi

3. Sikap Terhadap Penggunaan Microsoft Teams. 3.9594 0.88182 Tinggi Min keseluruhan 3.9552 0.72648 Tinggi

Jadual 13 memaparkan tiga dimensi yang dikaji berada pada tahap tinggi. Min keseluruhan bagi ketiga-tiga dimensi adalah 3.9552. Hasil dapatan jelas memperlihatkan responden menerima baik dan mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan platform ini bagi PdP secara dalam talian.

Justeru itu, boleh disimpulkan bahawa penggunaan Microsoft Teams merupakan pilihan dan alternatif yang baik untuk menjalankan PdP secara dalam talian. Penggunaan platform ini seharusnya diteruskan pada masa hadapan sekiranya PdP secara bersemuka masih tidak dapat dilaksanakan.

9. Perbincangan

Secara keseluruhannya pelajar mempunyai persepsi yang baik terhadap penggunaan platform Microsoft Teams dalam pembelajaran bahasa Mandarin secara dalam talian. Tahap yang tinggi pada ketiga-tiga dimensi menunjukkan responden telah dapat menyesuaikan diri dengan platform ini. Microsoft Teams dilihat sesuai digunakan sebagai platform untuk menjalankan PdP bahasa Mandarin semasa PdP secara bersemuka tidak dapat dijalankan. Penggunaan Microsoft Teams memastikan pelajar dapat meneruskan pengajian kursus bahasa Mandarin seperti biasa.

(10)

Kemudahgunaan yang tinggi menunjukkan Microsoft Teams mudah digunakan. Dengan kata lain, platform ini mudah digunakan tanpa bantuan orang lain. Pelajar tidak menghadapi kesukaran semasa menggunakannya. Menurut Muhammad Izuan, Nur Aina dan Nur Hafizah (2020) “keinginan untuk menggunakan teknologi pembelajaran akan berkurang dan tidak menyeronokkan apabila sistem tersebut tidak mudah untuk digunakan dan mengalami pelbagai kesulitan.”

Selain itu, menurut Muhammad Izuan, Nur Aina dan Nur Hafizah (2020), semakin besar manfaat sesuatu teknologi kepada pengguna, semakin tinggi keinginan pengguna menggunakan teknologi itu. Dalam konteks kajian ini, aspek kebolehgunan berada pada tahap yang tinggi menunjukkan Microsoft Teams mendatangkan manfaat kepada penguasaan bahasa Mandarin pelajar.

Sikap pelajar terhadap penggunaan platform Microsoft Teams dalam pembelajaran bahasa Mandarin juga berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan penerimaan pelajar terhadap platform ini adalah memberangsangkan.

Namun begitu, isu capaian internet harus diberi perhatian yang sewajarnya. Banyak kajian mendapati isu capaian internet merupakan cabaran utama semasa pelaksanaan PdP secara dalam talian. Contohnya, Muniroh, Siti Balqis dan Ch’ng (2020), Siti Balqis dan Muniroh (2020), Siti Nurshahidah et al. (2020), Nor Musfirah (2021), Noor Syaheerah dan Tajul (2021) serta Tan dan Tan (2022). Masalah capaian internet nescaya secara langsung akan menjejaskan keberkesanan PdP secara dalam talian.

Berhadapan dengan norma baharu, pelajar perlu lebih proaktif dan responsif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Mandarin semasa PdP secara dalam talian agar penggunaan Microsoft Teams mendatangkan kesan optimum. Disiplin pelajar penting sepanjang masa pengajian, lebih-lebih lagi semasa PdP secara dalam talian.

Contohnya, sekiranya pelajar tertinggal PdP akibat masalah capaian internet, mereka harus mengambil inisiatif dengan muat turun video yang telah dirakam dan menonton semula video tersebut. Video tersebut boleh ditonton berulang kali ikut keperluan dan kesesuaian masa masing-masing. Justeru itu, pengajar harus sentiasa memberi galakan kepada pelajar untuk belajar secara kendiri.

Menurut Chen (2005, ms. 96), pembelajaran bahasa sentiasa dianggap sebagai tugas yang membosankan. Jika pengajar tidak menguasai dan menggunakan kemahiran dan seni pengajaran dengan baik akan mewujudkan suasana kelas yang tertekan dan tegang (Chen, 2005, ms. 96). Justeru itu, pengajar memainkan peranan yang penting semasa pengendalian PdP secara dalam talian. Pengajar harus kreatif semasa penambahbaikan bahan dan teknik pengajaran untuk menarik perhatian dan tumpuan pelajar. Selain itu, kepelbagaian aktiviti kelas yang memberi peluang kepada penglibatan pelajar akan meningkatkan semangat dan minat pelajar. Interaksi dua hala semasa PdP secara dalam talian juga amat penting untuk merapatkan hubungan pengajar dan pelajar. Dengan ini, PdP secara talian akan menjadi lebih ceria dan tidak membosankan.

Kajian ini diharapkan dapat memberi idea kepada pengajar membuat penambahbaikan ke atas PdP secara dalam talian agar menjadi lebih menarik, berkesan dan mudah diikuti oleh pelajar memandangkan PdP secara dalam talian mungkin akan diteruskan pada masa hadapan ikut keperluan dan kesesuaian.

(11)

Pengkaji mencadangkan kajian pada masa hadapan memperbanyakkan sampel kajian. Selain itu, kajian seterusnya juga boleh melihat kepada cabaran penggunaan Microsoft Teams semasa mempelajari bahasa Mandarin. Antara cabaran adalah isu interaksi yang lemah, isu kehadiran pelajar dan isu tumpuan pelajar semasa proses PdP secara dalam talian.

10. Kesimpulan

Demi membendung dan mencegah penularan pandemik Covid-19, pelaksanaan PdP secara dalam talian telah menjadi pilihan utama di sektor pendidikan. Peralihan daripada sesi PdP secara bersemuka kepada sesi PdP secara dalam talian telah mengubah corak PdP di institusi pengajian tinggi. PdP secara dalam talian telah menjadi alternatif terpenting untuk memastikan kelestarian dan kesinambungan pembelajaran pelajar.

Sejajar dengan norma baharu, UniKL turut mengimplementasikan PdP secara dalam talian dengan menggunakan Microsoft Teams untuk memastikan pengajian pelajar tidak terbantut.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa persepsi pelajar UniKL MSI yang mengikuti kursus bahasa Mandarin secara dalam talian dengan menggunakan Microsoft Teams adalah memberangsangkan. Kajian ini memperlihatkan tiga dimensi yang dikaji berada pada tahap tinggi. Selain itu, kajian ini juga memperlihatkan penggunaan Microsoft Teams sebagai platform untuk belajar bahasa Mandarin mendapat maklum balas dan sambutan positif daripada pelajar.

Penggunaan Microsoft Teams telah memudahkan pengajar melaksanakan PdP bahasa Mandarin secara dalam talian dan membolehkan pelajar meneruskan pangajian bahasa Mandarin. Perkembangan situasi semasa dan teknologi memerlukan kerjasama di antara pengajar dan pelajar untuk meningkatkan keberkesanan PdP bahasa Mandarin secara dalam talian pada tahap optimum.

Rujukan

Chen, C. L. (2005). Duiwai Hanyu Jiaoxue Gailun. Shanghai: Fudan Press.

Chung, E., Noor, N. M., & Vloreen Nity Mathew (2020). Are You Ready? An Assessment of Online Learning Readiness among University Students. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 9(1), 301–317.

Fuad Mohamed Berawi (2017). Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis. Sintok:

Penerbit UUM.

Jamil Ahmad (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan Di Kalangan Guru Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Ijazah Kedoktoran. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Khairul Izwan Abdul Wahab & Zulkurnain Hassan (2021). Kebolehlaksanaan Pembelajaran Melalui Aplikasi Microsoft Teams di Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah.

International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1(10), 1-14.

Mazidah Musa & Nor Aidawati Abdillah (2021). Penggunaan Google Meet dalam Proses Pengajaran Pembelajaran di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Journal of Modern Education, 3(8), 104-113.

Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:

Penerbit UTM.

Muhammad Izuan Abd Gani, Nur Aina Abdulah & Nur Hafizah Abd Aziz (2020). Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Microsoft Teams Dalam Pembelajaran Bahasa Arab

(12)

Komunikasi Sepanjang Pandemik Covid-19. E-Proceeding Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains, 718-728.

Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng (2020). Adaptasi Pengajaran dan Pembelajaran Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik COVID-19.

Shah Alam: SIG: e-Learning@CS, 23-30.

Noor Syaheerah Hamdan & Tajul Arifin Muhammad (2021). Motivasi Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kuala Lumpur Dan Keterlibatan Pelajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Tempoh Pandemik Covid-19. 2nd International Conference on Education, Social Sciences and Engineering (ICESE 2021).

Nor Hidayati Mokhtar (2020). Pembelajaran Atas Talian Untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat. Akses: https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelajaran-atas-talian-untuk- pembelajaran-sepanjang-hayat/

Nor Musfirah Mohamad (2021). Cabaran Pedagogi Norma Baharu Di Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips) Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19. Jurnal Pengajian Islam, 243-254.

Norhafinas Abd Latib, Mohd Nizam Edrusi & Junaidah Muhamad (2021). Pembelajaran Matematik Secara Atas Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Journal of Modern Education, 3(8), 91-103.

Roziyaliney Muhammad, Haris Fadillah Hasan & Norwahida Saamri (2021). Persediaan Terhadap Penggunaan MS Teams Sebagai Platform Utama PdPDT Di Kalangan Pelajar JTMK PMS. Journal of Modern Education, 3(8), 138-148.

Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat (2020). Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Shah Alam: SIG: e-Learning@CS, 14-22.

Siti Nurshahidah Sah Allam, Mohd Sufiean Hassan, Rosilawati Sultan Mohideen, Aini Faezah Ramlan & Rusydi Mohd Kamal (2020). Online Distance Learning Readiness During Covid-19 Outbreak Among Undergraduate Students. International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences, 10(5), 642-657.

Siti Syahida Ahmad (2020). Kajian Maklum Balas Pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan Terhadap Pembelajaran Secara Dalam Talian Menggunakan Microsoft Teams Di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Education and Pedagogy, 2(4), 391-406.

Tan, H. A. & Tan, T. L. (2022). Kesediaan Dan Persepsi Pelajar Kursus Bahasa Mandarin Di Universiti Teknikal Terhadap Pembelajaran Atas Talian. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 77-85.

Referensi

Dokumen terkait

Objektif yang ingin dicapai daripada kajian ini adalah mengenal pasti tahap penggunaan jenis jenaka sesuai appropriate humor yang digunakan oleh pengajar semasa proses

Berhubungan dengan perkara di atas, kajian ini perlu dilakukan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum dan pengurusan aktiviti kokurikulum serta mengenal

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor pemilihan makanan sebagai peramal kepelbagaian makanan dalam kalangan pelajar Universiti Awam di Lembah Klang.3.

Namun begitu, faktor yang mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams ini tidak tertumpu kepada faktor kemudahgunaanya, kebolehgunaanya serta

Objektif kajian ini untuk melihat persepsi pelajar pendidikan khas (pendengaran) di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) teori dan amali mereka sewaktu kelas

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar dalam mempelajari topik haqiqah dan majaz, menjelaskan tahap penguasaan pelajar mengenai topik haqiqah

Kemudian, kajian ini mengenal pasti kedudukan elemen kemahiran insaniah berdasarkan persepsi pelajar dan juga persepsi jurulatih terhadap tahap penguasaan kemahiran

Objektif yang digunakan untuk kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi keputusan pelajar prauniversiti; berumur dalam lingkungan 17 hingga 18 tahun, untuk