• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MICROSOFT TEAMS DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI SEPANJANG PANDEMIK COVID-19

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MICROSOFT TEAMS DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI SEPANJANG PANDEMIK COVID-19"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

718

PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MICROSOFT TEAMS DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI SEPANJANG

PANDEMIK COVID-19

Muhammad Izuan Abd Ganii, Nur Aina Abdulahii & Nur Hafizah Abd Aziziii i (Corresponding author). Guru Bahasa, Universiti Sains Islam Malaysia. izuanis@usim.edu.com

ii Felo Siswazah, Universiti Sains Islam Malaysia. bicarasufi85@gmail.com iii Guru Bahasa, Universiti Sains Islam Malaysia. hafizah@usim.edu.com

Abstrak

Penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia telah membuka lembaran baharu dalam kaedah pengajaran dan Pembelajaran (PdP), di mana penggunaan teknologi pendidikan dilihat sangat signifikan sebagai alternatif kepada kelangsungan aktiviti pendidikan dalam waktu krisis. Dalam konteks pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi, Microsoft Teams telah digunakan sebagai medium pembelajaran. Meskipun Microsoft Teams dilihat sebagai satu medium yang baik pada pandangan guru, namun keberkesanan PdP tetap bergantung kepada penerimaan pelajar dalam penggunaannya. Justeru, artikel ini bertujuan ingin meninjau penerimaan pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams dari sudut kemudahgunaan, kebolehgunaan serta sikap dan niat. Artikel ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang dianalisa secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa penerimaan pelajar adalah pada tahap sederhana dalam penggunaan Microsoft Teams. Sehubungan itu, beberapa penilaian perlu dibuat berkaitan dengan material serta teknik pengelolaan kursus dengan mengimbangi antara teknologi dan faktor kemanusian agar ia lebih realistik.

Kata kunci: Pendidikan dalam pandemik Covid-19, Pengajaran Bahasa Arab, Teknologi pendidikan, Microsoft Teams.

PENDAHULUAN

Dunia dikejutkan dengan kemunculan sejenis wabak yang dilaporkan oleh pihak berkuasa China pada Disember 2019, bermula dengan satu kluster radang paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui punca jangkitannya melibatkan penduduk setempat di Bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China (Secon et al., 2020). World health Organization (WHO) telah mengesahkan bahawa wabak ini adalah jangkitan daripada coronavirus baharu (novel corona) yang tidak pernah dikenalpasti atau berjangkit pada manusia sebelum ini (WHO, 2020a; Abdullah, 2020a). Coronavirus baharu ini telah diberi nama sebagai Coronavirus Disease 2019 (Covid-19) oleh WHO pada 11 Februari 2020 (WHO, 2020b). Antara simpton yang dilaporkan akibat jangkitan Covid-19 ini adalah selsema,

(2)

719

batuk, demam dan sukar bernafas dan ianya boleh membawa kepada kematian terutama kepada kanak-kanak dan warga emas (David et. al, 2020).

Penyebaran Covid-19 di Malaysia bermula apabila negara jiran Singapura mencatakan kes import pertama jangkitan Covid-19 daripada Wuhan, China pada 23 Januari 2020, dimana 8 orang kontak rapat kepada kes tersebut berada di Johor pada ketika itu. Pada 25 Januari 2020, kes import pertama jangkitan Covid-19 daripada Wuhan, China direkodkan di Malaysia, manakala 8 orang kontak rapat daripada kes pertama Singapura disahkan positif Covid-19 di Malaysia pada 31 Januari 2020 (Abdullah, 2020b). Pada tanggal 11 Mac 2020, WHO telah mengisytiharkan wabak Covid-19 ini sebagai pandemik apabila menularnya wabak ini dengan begitu pantas dan meluas ke seluruh dunia di mana sebanyak 118,000 kes telah direkodkan di 114 negara dengan angka kematian 4291 orang seluruh dunia pada tarikh tersebut (WHO, 2020c).

Melihat kepada situasi semasa yang membimbangkan di Malaysia dengan peningkatan kes jangkitan secara mendadak kepada 553 kes jangkitan pada 16 Mac 2020 dan selaras dengan pengisytiharan Covid-19 sebagai pandemik, Kerajaan Malaysia melalui YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengambil langkah yang drastik dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 di seluruh negara, di mana menurut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, PKP ini meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya (Muhyiddin, 2020).

Rentetan daripada pelaksanaan PKP ini, pelbagai aktiviti dan operasi seluruh negara telah terkesan. Turut yang terkesan adalah aktiviti pendidikan di mana seluruh institusi pendidikan dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat universiti sama ada awam mahupun swata telah ditutup. Penutupan ini telah mengorak langkah baharu dalam struktur Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di semua institusi pengajian daripada pelaksanaan PdP secara konvensional kepada pelaksanaan PdP secara atas talian sepenuhnya. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui kenyataan media telah memaklumkan bahawa semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020 dan semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali ke atas beberapa kategori pelajar tertentu (KPT, 2020).

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) atas talian dengan menggunakan pelbagai platfom teknologi internet adalah tidak asing lagi dalam sistem pendidikan Malaysia, terutamanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kerana ia telah pun menjadi amalan bagi kebanyakan universiti iaitu dengan menetapkan peratusan tertentu dalam mengimbangi pelaksanaan PdP antara bersemuka dan di atas talian. Namun ia mungkin dianggap asing apabila PdP ini dilaksanakan secara sepenuhnya di atas talian dengan serta merta.

(3)

720

PdP Bahasa Arab juga tidak terlepas dari implikasi yang sama, bahkan ia lebih mencabar apabila melibatkan bahasa ketiga. Antara cabaran utama adalah hilangnya persekitaran bahasa apabila dilaksanakan sepenuhnya di atas talian, di mana persekitaran bahasa adalah penting dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar, selain ia dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar dalam menguasai dan memperolehi Bahasa Arab (Razif et.al, 2019).

Namun begitu, PdP atas talian dengan menggunakan teknologi pendidikan adalah satu-satunya solusi dan cara untuk kelangsungan aktiviti pendidikan ketika berada dalam krisis. Terdapat pelbagai teknologi pendidkan yang boleh diaplikasi sebagai platform PdP atas talian, meskipun begitu Microsoft Teams dilihat sangat sesuai dijadikan platform pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Ini kerana ia dibangunkan atas tema sebagai ruang kerja yang berasaskan kepada komunikasi dalam pasukan, di mana ia berfungsi sebagai platform yang menghimpunkan invidu, komunikasi dan material kandungan dalam satu masa (Kirk Koenigsbauer, 2016). Justeru, kajian ini bertujuan ingin meninjau sejauh mana penerimaan pelajar dalam penggunaan Microsoft

Teams sebagai paltform PdP atas talian bagi subjek Bahasa Arab komunikasi di Universiti

Sains Islam Malaysia. METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui borang soal selidik sebagai instrumen untuk meninjau pandangan pelajar terhadap penerimaan Microsoft Teams dalam pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Platform Google Form digunakan untuk mengedarkan borang soal selidik secara rawak kepada responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar semester 2, sesi pengajaran 2019/2020 yang mendaftar subjek Bahasa Arab Komunikasi. Pelajar-pelajar ini adalah dari latar belakang pelbagai fakulti yang berpusat di Kampus Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan.

Pengumpulan data dilakukan dalam tempoh 20 hari melalui penyebaran link

google form ke dalam kumpulan whatapps oleh guru-guru Bahasa Arab yang mengajar

subjek Bahasa Arab Komunikasi dan seramai 428 orang responden telah menjawab borang soal selidik ini. Data yang diterima akan dikodkan ke dalam perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) bagi tujuan penganalisaan.

Instrument Borang soal selidik kajian ini mengandungi empat bahagian. Bahagian A mengandungi soalan demografi pelajar berkenaan fakulti, manakala bahagian B, C dan D masing-masing mewakili soalan berkenaan penerimaan pelajar terhadap Microsoft

Teams dari segi kemudahgunaan, kebolehgunaan serta sikap dan niat. Set soal selidik

yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang diadaptasi daripada kajian lepas berkaitan dengan penerimaan pelajar dalam penggunaan teknologi pendidikan

(4)

721

(Adlina et.al, 2020; Siti Fatimah & Siti Hasmizah, 2018) dan disuaikan dengan konteks kajian ini.

Skala Likert digunakan bagi menilai pernyataan dalam soal selidik dengan skor mata 1-5. Pengelasan skor mata adalah berpandukan aras skala seperti jadual 1:

JADUAL 1. Skala Pengukuran Pernyataan Soal Selidik

Skor Mata Skala

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Neutral

4 Setuju

5 Sangat Setuju

Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Skor Min dikenalpasti bagi tujuan analisis data. Interpretasi min yang digunakan adalah seperti dalam jadual 2.

JADUAL 2. Interpretasi Min (Lewis & Robin, 2000)

Selang Skala Min Tahap Min

3.68 - 5.00 Baik

2.34 – 3.67 Sederhana

1.00 – 2.33 Memuaskan

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dianalisa mengikut bahagian seperti dalam pernyataan dalam borang soal selidik. Bahagian ini adalah latar belakang fakulti responden, kemudahgunaan Microsoft Teams, kebolehgunaan Microsoft Teams serta sikap dan niat terhadap Microsoft Teams.

Latar Belakang Fakulti Responden

Responden kajian yang menjawab soal selidik adalah sebanyak 428 orang dan mereka adalah pelajar tahun satu Universiti Sains Islam Malaysia yang mendaftar subjek Bahasa Arab Komunikasi bagi sesi pengajian semester 2, sesi 2019/2020. Profil latar belakang fakulti responden ditunjukkan seperti dalam jadual 3:

(5)

722

JADUAL 3. Latar Belakang Fakulti Responden

Fakulti Responden Frekuensi Peratus

Fakulti Pengajian Bahasa Utama 87 20.3

Fakulti Ekonomi & Muamalat 82 19.2

Fakulti Pengajian Quran & Sunnah 71 16.6 Fakulti Kempimpinan & Pengurusan 70 16.4

Fakulti Sains & Teknologi 63 14.7

Fakulti Syariah & Undang-Undang 55 12.9

Responden dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) adalah yang teramai menjawab soal selidik dengan frekuansi 87 orang mewakili 20.3 peratus. Diikuti responden dari Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM) sebanyak 82 orang iaitu 19.2 peratus, responden dari Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS) sebanyak 71 orang iaitu 16.6 peratus, responden dari Fakulti Kempimpinan & Pengurusan (FKP) sebanyak 70 orang iaitu 16.4 peratus, responden dari Fakulti Sains & Teknologi (FST) sebanyak 63 orang iaitu 14.7 peratus dan terakhir responden dari Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU) sebanyak 55 orang iaitu 12.9 peratus.

Kemudahgunaan Microsoft Teams

Persepsi kemudahgunaan ditakrifkan sebagai pandangan individu terhadap penggunaan suatu sistem tertentu dimana ia mudah difaham dan tidak sukar untuk dipelajari (Davis, 1989). Dalam konteks kajian ini, persepsi kemudahgunaan membawa maksud individu itu tidak memerlukan banyak usaha dari segi masa dan tenaga dalam menggunakan Microsoft Teams sebagai platform untuk pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Jadual 4 menunjukkan min bagi peryataan berkaitan kemudahgunaan

Microsof Teams.

JADUAL 4. Dapatan Bagi Kemudahgunaan Microsoft Teams

Pernyataan Min Tahap

Platform Microsoft Teams mudah dicapai dengan kelajuan

internet yang sederhana. 3.23 Sederhana

Maklumat mudah dicapai melalui Platform Microsoft

Teams. 3.57 Sederhana

Platform Microsoft Teams bersesuaian dan mesra

(6)

723

Item dan kandungan Microsoft Teams yang pelbagai dan

sistematik memudahkan pengguna. 3.70 Baik

Skor Min 3.50 Sederhana

Kajian mendapati bahawa para pelajar bersetuju dalam pernyataan kandungan dan kepelbagaian item dalam Microsof Teams yang sistematik memudahkan pengguna iaitu dengan skor min tertinggi 3.70 iaitu pada tahap yang baik. Manakala persetujuan mereka dengan pernyataan Microsof Teams mudah dicapai dengan kelajuan internet yang sederhana adalah pada tahap memuaskan dengan skor min terendah 3.23. Selain itu, pelajar juga bersetuju bahawa maklumat mudah dicapai melalui platform Microsoft

Teams dan ianya bersesuaian serta mesra digunakan dalam Bahasa Arab, dimana

kedua-dua kenyataan ini adalah pada tahap sederhana dengan skor min masing-masing 3.57 dan 3.48.

Kebolehgunaan Microsoft Teams

Menurut Davis (1989), persepsi kebolehgunaan merujuk kepada sejauh mana apabila seseorang itu percaya bahawa menggunakan sistem tertentu akan meningkatkan prestasi individu. Dalam kajian ini memberi maksud pengguna iaitu pelajar akan merasakan penggunaan Microsoft Teams sebagai platform untuk pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi memberi manfaat dalam meningkatkan produktiviti dan menjadikan pembelajaran lebih efektif. Jadual 5 menunjukkan min bagi kenyataan berkaitan kebolehgunaan Microsof Teams.

JADUAL 5. Dapatan Bagi Kebolehgunaan Microsoft Teams

Pernyataan Min Tahap

Platform Microsoft Teams membolehkan saya mengikuti kelas

secara maya dengan pantas. 3.56 Sederhana

Platform Microsoft Teams dapat meningkatkan produktif dan

kreativiti saya dalam proses pembelajaran. 3.42 Sederhana Platform Microsoft Teams dapat meningkatkan kemahiran

bahasa (language skills) saya, contoh: kemahiran komunikasi, mendegar dan menulis.

3.39 Sederhana Platform Microsoft Teams membolehkan saya memenuhi

peratusan penilaian keperluan kursus. 3.46 Sederhana

(7)

724

Kajian menunjukkan para pelajar bersetuju bahawa dengan menggunakan platform Microsoft Teams membolehkan mereka mengikuti kelas secara maya dengan pantas iaitu dengan skor min tertinggi 3.56. Skor min terendah adalah pada persetujuan mereka bahawa Platform Microsoft Teams dapat meningkatkan kemahiran bahasa (language skills) iaitu dengan skor min 3.39. Sungguhpun begitu, mereka juga bersetuju bahawa Microsoft Teams dapat meningkatkan produktif dan kreativiti dalam proses pembelajaran dengan skor min 3.42. Bahkan pelajar juga bersetuju bahawa Microsoft

Teams membolehkan mereka memenuhi peratusan penilaian keperluan kursus iaitu

dengan skor min 3.46.

Sikap Dan Niat Terhadap Microsoft Teams

Sikap terhadap penggunaan ditakrifkan sebagai perasaan positif atau negarif dari individu yang akan menggunakan sesuatu sistem (Davis 1989). Dalam konteks kajian ini merujuk kepada sikap dan niat pelajar dalam penggunaan Microsoft Teams sebagai platform untuk pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Jadual 6 menunjukkan min bagi kenyataan berkaitan sikap dan niat terhadap penggunaan Microsoft Teams.

JADUAL 6. Dapatan Bagi Sikap Dan Niat Terhadap Penggunaan Microsoft Teams

Pernyataan Min Tahap

Saya berpuas hati menggunakan Platform Microsoft Teams. 3.64 Sederhana Saya berasa teruja untuk menggunakan Microsoft Teams. 3.51 Sederhana Saya menggunakan Microsoft Teams untuk menjalankan

tugasan kursus sepanjang semester. 3.65 Sederhana Saya akan sentiasa menggunakan Microsoft Teams. 3.54 Sederhana Saya akan mencadangkan dan menggalakkan penggunaan

Platform Microsoft Teams kepada rakan-rakan. 3.66 Sederhana

Skor Min 3.60 Sederhana

Kajian menunjukkan bahawa para pelajar berpuas hati dan berasa teruja dalam menggunakan Microsoft Teams dengan skor min masing-masing 3.64 dan 3.51. Bahkan pelajar bersikap positif dalam menggunakan Microsoft Teams untuk menjalankan tugasan kursus sepanjang semester iaitu dengan skor min 3.65. Selain itu mereka juga positif akan sentiasa menggunakan Microsoft Teams dalam proses pembelajaran iaitu dengan skor min 3.54. Dengan sikap dan minat yang positif ini, mereka bersetuju untuk mencadangkan dan menggalakkan penggunaan Platform Microsoft Teams kepada rakan-rakan iaitu dengan skor min tertinggi 3.66.

(8)

725 PERBINCANGAN

Dapatan hasil kajian ini secara keseluruhan menunjukkan tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikasi adalah pada tahap sederhana dengan maksud mereka bersetuju dan positif terhadap penggunaan Microsoft Teams sebagai salah satu platform dalam pengajaran. Ini dapat ditafsirkan melalui dapatan min purata bagi persepsi kemudahgunaan ialah 3.50, dan min purata persepsi kebolehgunaan adalah 3.46, manakala min purata niat dan sikap terhadap penggunaan adalah 3.60. Kesemua min ini melepasi pada tahap 3.0 iaitu berada pada tahap yang munasabah.

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang keperluan dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), bahkan ai sangat signifikan ketika berada dalam krisis. Namun begitu, cabarannya juga adalah tinggi sepertimana dijelaskan oleh Irwan Ngadi (2020), di mana tiga implikasi utama dilihat menjadi cabaran besar dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian, iaitu kebolehcapaian internet dan kestabilan platform pengajaran, pengurusan emosi serta pentaksiran secara holistik. Cabaran ini jelas kelihatan apabila persepsi kemudahgunaan

Microsoft Team pada capaian internet berada pada tahap yang sederhana dengan skor

min yang paling rendah. Ini kerana tidak semua tempat dalam Malaysia mendapat capaian internet yang baik semasa dalam krisis pandemik Covid-19, bahkan penggunaan serentak dalam waktu sesak juga menyebabkan kelajuan internet menurun dan terbatas.

Selain itu, pelajar juga dilihat bersetuju dalam kemudahgunaan Microsoft Teams dalam capaian kepada maklumat dan ia mesra digunakan dalam Bahasa Arab. Namun begitu, penerimaan ini juga adalah pada tahap sederhana. Kemudahgunaan sesuatu teknologi adalah penting dan menjadi salah satu penyumbang kepada penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut. Ini kerana prinsip asas dalam penggunaan teknologi adalah untuk mendorong minat pelajar supaya terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP), di mana keadaan ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan (Mohd. Noorhadi & Zurinah Tahir, 2017). Sebaliknya, keinginan untuk menggunakan teknologi pembelajaran akan berkurang dan tidak menyeronokkan apabila sistem tersebut tidak mudah untuk digunakan dan mengalami pelbagai kesulitan.

Dalam konteks kebolehgunaan sesuatu teknologi, prinsip asas yang perlu menjadi timbang tara kepada pemilihan penggunaannya adalah semakin besar manfaat yang dirasakan oleh pengguna, akan menjadikan semakin tinggi keinginan untuk menggunakan teknologi tersebut. Dalam hal ini, meskipun tahap penerimaan pelajar tehadap kebolehgunaan Microsof Teams adalah pada tahap sederhana, namun ia tidak menafikan kebolehgunaan Microsoft Teams itu sendiri yang pelbagai dan baik. Faktor lain yang mungkin mempengaruhi tahap penerimaan pelajar terhadap kebolehgunaan

(9)

726

Microsoft teams adalah tidak mahir dan tidak tahu secara optimum tentang fungsi dan kegunaan Microsft Teams.

Faktor motivasi melalui niat dan sikap juga berkait dengan penerimaan pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams dalam pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Dalam hal ini, penerimaan pelajar melalui sikap dan niat adalah pada tahap sederhana. Ini berbalik kepada tahap sokongan sosial daripada sistem, suasana, kemudahgunaan, kebolehgunaan serta dorongan tenaga pengajar dan ibu bapa yang sangat memberi kesan dalam perihal niat dan sikap tersebut.

PENUTUP

Penggunaan Microsoft Teams dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi dilihat sangat signifikan kerana sistem Microsoft Teams itu sendiri yang lengkap, serba guna dan mesra kepada Bahasa Arab. Namun begitu, faktor yang mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams ini tidak tertumpu kepada faktor kemudahgunaanya, kebolehgunaanya serta faktor sikap dan niat, sebaliknya faktor lain yang boleh diambil kira adalah berkaitan kemampuan pelajar mengharungi pembelajaran atas talian dengan kadar yang lama seperti yang ditetapkan di dalam jadual pengajaran menyebabkan penerimaan pelajar adalah pada tahap yang sederhana sahaja. Meskipun Microsoft Teams mempunyai pelbagai kelebihan, namun penerimaan penggunaanya mungkin menjadi berkurang disebabkan oleh faktor kemanusian yang terhad. Justeru, kajian ini menyeru kepada semua tenaga pengajar agar mengambil perhatian terhadap isu ini dengan menilai semula material dan kandungan serta teknik pengelolaan PdP secara keseluruhan demi memastikan keberkesanan dan kelestraian pembelanjaran Bahasa Arab terus signifikan. Pada masa krisis wabak Covid-19, keseimbangan teknologi dan kemanusiaan adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak.

RUJUKAN

Abdul Razif Zaini, Noorshamsinar Zakaria, Hasmadi Hamdan, Muhammad

Redzaudin Ghazali, Mohd Rufian Ismail. 2019. Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia:

Permasalahan Dan Cabaran. Jurnal Pengajian Islam. Vol. 12, Isu 1. 57-57.

Abdullah, 2020a N.H. Abdullah. Kesiapsiagaan dan respons KKM dalam menghadapi potensi penularan novel Coronavirus, Wuhan, China.

http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/21/1296 (diakses pada 18 September 2020).

(10)

727

Abdullah, 2020b N.H. Abdullah. Pengesanan kes baharu yang disahkan dijangkiti 2019 novel Coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia

http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/21/1301 (diakses pada 18 September 2020).

Adlina Ab. Halim, Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Arfah Ab. Majid, Normala Othman, Norasyikin Azri, Nasrina M Samir. 2020. Penerimaan Pelajar Terhadap Aplikasi

MOOC TITAS Versi 2.0 di Universiti Awam Malaysia. Jurnal Sains Insani. Vol. 05,

No. 1. 73-78.

David Nunan, Jon Brassey, Kamal Mahtani, Carl Heneghan, Hopin Lee, Jamie Hartmann Boyce, Antoni Gardner, Maia Patrick-Smith. COVID-19 Symptoms Tracker. The Oxford COVID-19 Evidence Service Team Centre for Evidence-Based Medicine, Nuffield Department of Primary Care Health Sciences, University of Oxford. https://www.cebm.net/covid-19/covid-19-signs-and-symptoms-tracker/. (diakses pada 21 September 2020).

Davis, F.D. 1989. Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use, and User Acceptance of Information Technology, MIS Quarterly, Vol. 13, No. 3, 319‐40.

Irwan Ngadi. Covid-19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian.

https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi-pengajaran-dan-pembelajaran-atas-talian/. (diakses pada 22 September 2020).

Kementerian Pengajian Tinggi. Kenyataan media berkenaan Pengendalian Aktiviti Akademik Di Kampus Institusi Pendidikan Tinggi Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan.

https://www.mohe.gov.my/media-kpt/kenyataan- media/1126-pengendalian-aktiviti-akademik-di-kampus-institusi-pendidikan-tinggi-semasa-dan-pasca-perintah-kawalan-pergerakan. (diakses pada 22 September 2020).

Kirk Koenigsbauer. Memperkenalkan Microsoft Teams — ruang kerja berasaskan sembang dalam Office 365. https://www.microsoft.com/ms-my/microsoft- 365/blog/2016/11/02/introducing-microsoft-teams-the-chat-based-workspace-in-office-365/. (diakses pada 22 September 2020).

Lewis & Robin. (2000). Statistik untuk pengurusan. Prentice Hall

Mohd. Noorhadi Mohd. Yusof & Zurinah Tahir. 2017. Kepentingan Penggunaan Media

Sosial Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan Ipta. Journal Of social Sciences &

(11)

728

Muhyiddin Yassin. Perutusan Khas Yab Perdana Menteri Mengenai Covid-19. https://www.pmo.gov.my/ms/2020/03/perutusan-khas-yab-perdana-menteri-mengenai-covid-19-16-mac-2020-2/. (diakses pada 21 September 2020).

Siti Fatimah Md Azali & Siti Hasmiza Hassan. 2018. Kajian Penerimaan Pelajar Terhadap

Kaedah Massive Open Online Course (Mooc) Sebagai Medium Pembelajaran Di

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah. Journal Of Technical And

Vocational Education (2018). Vol, 01. 73-86.

WHO, 2020a, World Health Organization. WHO Statement regarding cluster of

pneumonia cases in Wuhan, China. https://www.who.int/china/news/detail/09-01-2020-who-statement-regarding-cluster-of-pneumonia-cases-in-wuhan-china (diakses pada 18 September 2020).

WHO, 2020b, World Health Organization. Naming The Coronavirus Disease (COVID -19) And The Virus That Causes It.

https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/technical- guidance/naming-the-coronavirus-disease-(covid-2019)-and-the-virus-that-causes-it. (diakses pada 18 September 2020).

WHO, 2020c, World Health Organization. WHO Director-General's opening remarks at the media briefing on COVID-19 - 11 March 2020.

https://www.who.int/dg/speeches/detail/who-director-general-s-opening-remarks-at-the-media-briefing-on-covid-19---11-march-2020. (diakses pada 18 September 2020).

Referensi

Dokumen terkait

Hasil dari penelitian ini menunjukan bahwa 77% siswa setuju media pembelajaran Microsoft Teams merupakan media yang dengan mudah diakses dan mudah digunakan pada saat

Kesan-kesan buruk lain : Tiada kesan yang penting atau bahaya kritikal yang diketahui.

Rektor, Dekan dan Ketua Jurusan dalam rangka pemenuhan capaian pembelajaran lulusan harus menyediakan standar prasarana pembelajaran paling sedikit terdiri atas:

Personalisasi reward dalam penelitian ini masih terbatas karena menggunakan Finite State Machine yang perilakunya terbatas, sehingga jika dimainkan berulangkali maka

Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan bahasa pencitraan pada level kosakata dan mendeskripsikan level gramatika dalam wacana iklan Pilkada Kabupaten Tuban

Jelaslah, bahawa Nasir Jani telah melakukan proses transformasi dari segi latar masyarakat di dalam filem Tombiruo: Penunggu Rimba dimana beliau telah memaparkan

Pada industri yang memiliki skala yang kecil dalam hal finansial maupun sumber daya manusia, sangatlah susah untuk melakukan pembaharuan teknologi yang terdapat

Penelitian yang telah dilakukan menghasilkan perbandingan metode Index Gini, Information Gain, dan Gain Ratio untuk mengetahui tingkat kecelakaan lalu lintas di