• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan aspirasi kerjaya dalam mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian daerah Batu Pahat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Persepsi pelajar terhadap amalan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan aspirasi kerjaya dalam mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian daerah Batu Pahat"

Copied!
51
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP SERTA HUBUNGANNYA DENGAN ASPIRASI KERJAYA DALAM

MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH BATU PAHAT

NORHAYATI BINTI SAKTIRUN

(2)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP SERTA HUBUNGANNYA DENGAN ASPIRASI KERJAYA DALAM

MATA PELAJARAN VOKASIONAL DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH BATU PAHAT

NORHAYATI BINTI SAKTIRUN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(3)

DEDIKASI ALHAMDULILLAH

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan buat diriku untuk menghasilkan kajian ini.

Istimewa buat ayahanda tersayang

Saktirun bin Yasir Juga buat suami tercinta

Akmadin bin Kamarin

serta putera puteri anak-anak syurga yang amat dikasihi

Muhammad Aizat Safwan dan Nur Aina Safiyah

Terima kasih atas sokongan, dorongan, dandoa yang kalian diberikan. Maafkan diriku andai aku tidak mampu menjadi yang terbaik buat kalian semua.

Buat adinda yang dikasihi

Siti Normah, Noraini, Siti Norain, Nur Deanna Sarina, Daniel Nur Aiman dan Siti Nur Aleya Adik-adik ipar

Ab Razak, Ramli, dan Mohd Hairul Anak-anak saudara

Awwal Afham, Nur Syuhadah dan Maryam Adni

Terima kasih kerana sentiasa menjadi pendorong dan penyuntik semangat untuk bejaya. Buat rakan-rakan seperjuangan

Semua Pelajar Sarjana Reka Bentuk Instruksional dan Teknologi Sesi 2013-2015 Farhana, Niza, Why, Kak Zizah, Kak Mila, Kak Dijah, Kak Sal, Fendi, Anas, Hafiz, Fahmi,

Shukri, Shaari, Azham, dan Azie

Terima kasih atas segala-galanya dan kenanglah saat manis kita bersama. Sesungguhnya ikatan persahabatan yang terjalin antara kita amatlah istimewa dan sangat berharga.

(4)

PENGHARGAAN

“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI” Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T yang telah memberikan kesempatan, kekuatan, ruang dan peluang kepada saya untuk menyiapkan kajian ini hingga ke akhirnya. Selawat dan salam juga buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat dan para pejuang Islam.Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Noorazman bin Abdul Samad selaku penyelia yang telah membimbing saya dengan penuh kesabaran dan dedikasi. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, nasihat, teguran dan perkongsian ilmu sepanjang proses menyempurnakan kajian ini.

Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan ini buat semua pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang pernah mengajar saya terutamanya Dr. Azita, Dr. Mimi Mohaffyza, Dr. Marlina, Dr. Razali, En. Hasyamuddin, En. Ghazzaly, Dr. Lai Chee Sern, Dr. Yee Mei Heong, En. Tan King Hiyang, Dr. Azman dan PM. Sapon. Jutaan terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan. Sesungguhnya perjalanan menuntut ilmu adalah jihad ke jalan Allah dan jasa kalian akan saya kenang hingga ke hujung nyawa.

Tidak lupa juga ucapan ini ditujukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Batu Pahat, sekolah-sekolah yang terlibat, pihak pentadbir dan guru-guru MPV dari sekolah yang terlibat kerana memberi keizinan untuk melaksanakan kajian ini serta memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang kajian ini dijalankan. Buat rakan-rakan seperjuangan, semoga kepayahan dalam menuntut ilmu akan menjadikan kita seorang guru yang lebih dedikasi dalam mendidik anak bangsa. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk perlu dijadikan iktibar kita bersama.Wassalam.

(5)

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah menengah harian daerah Batu Pahat.Persepsi pelajar dalam kajian ini dikaji dari tiga aspek utama iaitu amalan, kemahiran dan sikap serta hubungan yang wujud antara aspirasi kerjaya dengan ketiga-tiga aspek tersebut dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV).Kajian ini melibatkan 126 orang responden iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan empat yang mengambil MPV di sekolah harian daerah Batu Pahat.Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi.Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0 dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawai, peratusan dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap amalan (min=4.36) kemahiran (min=4.05) dan sikap (min=4.26) pelajar terhadap MPV secara keseluruhan berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan, kemahiran dan sikap dengan aspirasi kerjaya. Aspek amalan (r=0.269) dan sikap (r=0.219) menunjukkan hubungan yang sangat lemah manakala aspek kemahiran (r=0.400) menunjukkan hubungan yang lemah. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa persepsi pelajar terhadap MPV di sekolah menengah harian daerah Batu Pahat berada pada tahap tinggi dan terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga aspek yang dikaji dengan aspirasi kerjaya pelajar dalam Mata Pelajaran Vokasional.

(6)

ABSTRACT

This study was conducted to survey student’s perception on Vocational Subjects (MPV) at secondary schools in Batu Pahat region. Student’s perceptions in this study was observed in three main aspects which are habitual routine, skills and behavior and the relationships occurs between the career aspiration within those three aspects in Vocational Subjects. This study involved126respondents which are the form four students who were taking the Vocational Subject at the secondary school in Batu Pahat region. This is a descriptive and inferential research using the survey method. The data of this research was collected through a set of questionnaire which was distributed to all the respondents involve. The quantitative data was analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 21.0 and was reported in the form of min, standard division, percentage and Pearson correlation. The findings of the studied shown that students experienced high level of perceptions in habitual routine (mean=4.36), skills (mean=4.05) and behavior (mean=4.26) towards Vocational Subjects. There were significant relations between the career aspirations within those three aspects in Vocational Subjects. Habitual routine (r=0.269) and behavior (r=0.219) demonstrated very weak relationship, while there was a weak relationship between skills (r=0.400) and career aspirations. Based on the given results, it’s shown that students in academic secondary school in Batu Pahat region have a positive and high level perception towards Vocational Subjects that had been implemented in schools and there were significant relation between career aspirations and those the three aspects that had been studied.

(7)

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN PENULIS ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Penyataan masalah 7 1.4 Tujuan kajian 8 1.5 Objektif kajian 8 1.6 Persoalan kajian 9 1.7 Hipotesis kajian 9 1.8 Skop kajian 9

(8)

1.9 Batasan kajian 10

1.10 Kepentingan kajian 10

1.10.1 Pelajar Mata Pelajaran Vokasional 11 1.10.2 Guru Mata Pelajaran Vokasional 11

1.10.3 Pihak pengurusan sekolah 11

1.10.4 Jabatan Pendidikan Negeri 12

1.11 Kerangka konsep kajian 12

1.12 Definisi istilah dan operasional 13

1.12.1 Persepsi 13

1.12.2 Amalan 14

1.12.3 Kemahiran 14

1.12.4 Sikap 14

1.12.5 Sekolah menengah harian 15

1.12.6 Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 15

1.12.7 Aspirasi kerjaya 15

1.13 Rumusan 16

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 17

2.2 Amalan 18

2.2.1 Amalan keselamatan 19

2.2.2 Amalan nilai 20

2.3 Kemahiran 22

2.3.1 Kemahiran kebolehan bekerja

(Employability) 23

2.3.2 Kemahiran amali 24

2.3.3 Kemahiran insaniah 25

2.4 Sikap 27

2.4.1 Sikap dari aspek komitmen 29

(9)

2.4.3 Sikap dari aspek berwawasan 33

2.5 Aspirasi kerjaya 34

2.5.1 Teori Pemilihan Kerjaya Holland 36 2.6 Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional 38 2.7 Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 40 2.7.1 Kurikulum Mata Pelajaran Vokasional 44

2.7.2 Bahan kurikulum 44

2.7.3 Objektif dan matlamat program Mata

Pelajaran Vokasional 45

2.7.4 Guru dan tenaga pengajar 45

2.8 Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) 46 2.8.1 Rasional Program Pendidikan Asas Vokasional 47 2.8.2 Konsep Program Pendidikan Asas Vokasional 49 2.8.3 Objektif Program Pendidikan Asas Vokasional 49 2.9 Laluan pendidikan pelajar aliran vokasional 49

2.10 Rumusan 50

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 51

3.2 Reka bentuk kajian 2

3.3 Kerangka operasi kajian 53

3.4 Populasi dan sampel kajian 55

3.5 Lokasi kajian 57

3.6 Instrumen kajian 57

3.6.1 Borang soal selidik 58

3.6.2 Kesahan 60

3.6.3 Kebolehpercayaan 61

3.7 Kajian rintis 67

3.8 Prosedur pengumpulan data 63

(10)

3.9.1 Analisis deskriptif 65

3.9.2 Analisis inferensi 65

3.10 Rumusan 66

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 67

4.2 Analisis pulangan soal selidik 68

4.3 Kebolehpercayaan data (kajian sebenar) 68

4.4 Analisis demografi responden 69

4.4.1 Analisis responden mengikut jantina 70 4.4.2 Analisis responden mengikut bangsa 71 4.4.3 Analisis responden mengikut sekolah 72 4.4.4 Analisis responden mengikut jenis MPV 73

4.5 Analisis persoalan kajian pertama 74

4.6 Analisis persoalan kajian kedua 76

4.7 Analisis persoalan kajian ketiga 78

4.8 Analisis skor min keseluruhan 79

4.9 Ujian normaliti 80

4.10 Analisis persoalan kajian keempat 81

4.10.1 Hubungan antara amalan

dengan aspirasi kerjaya 82

4.10.2 Hubungan antara kemahiran

dengan aspirasi kerjaya 83

4.10.3 Hubungan antara sikap

dengan aspirasi kerjaya 84

4.11 Analisis korelasi keseluruhan 84

4.12 Rumusan 85

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 86

(11)

5.2.1 Persepsi pelajar terhadap MPV

dari aspek amalan 87

5.2.2 Persepsi pelajar terhadap MPV

dari aspek kemahiran 88

5.2.3 Persepsi pelajar terhadap MPV

dari aspek sikap 90

5.2.4 Hubungan amalan, kemahiran dan 91 sikap dengan aspirasi kerjaya

5.3 Kesimpulan 93

5.4 Cadangan 93

5.4.1 Cadangan kepada pelajar 94

5.4.2 Cadangan kepada guru 95

5.4.3 Cadangan kepada sekolah 97

5.5 Cadangan kajian lanjutan 98

5.6 Penutup 99

RUJUKAN 100

(12)

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jadual pelaksanaan MPV di sekolah menengah 41

akademik harian

2.2 Bidang usaha dalam MPV 42

2.3 Kombinasi mata pelajaran bidang usaha dalam

PTV dengan elektif bidang teknik dan vokasional 44

3.1 Bilangan sampel dari setiap sekolah 57

3.2 Skala Likert 59

3.3 Tahap kebolehpercayaan skor Alpha Cronbach 62

3.4 Skor Alfa Cronbach 62

3.5 Kaedah analisis data berdasarkan persoalan kajian 64

3.6 Interpretasi tahap skor min 65

3.7 Nilai dan tahap perhubungan korelasi Pearson 66

4.1 Analisis pulangan soal selidik 68

4.2 Nilai kebolehpercayaan instrumen 69

4.3 Analisis keseluruhan demografi responden 70

4.4 Bilangan dan peratusan responden mengikut jantina 70 4.5 Bilangan dan peratusan responden mengikut bangsa 71 4.6 Bilangan dan peratusan responden mengikut sekolah 72 4.7 Bilangan dan peratusan responden mengikut jenis MPV 73

4.8 Persepsi pelajar terhadap amalan dalam MPV 75

4.9 Persepsi pelajar terhadap kemahiran dalam MPV 77

(13)

4.11 Analisis skor min keseluruhan 80 4.12 Nilai skewness dan kurtosis bagi setiap aspek 80 4.13 Hubungan antara amalan dengan aspirasi kerjaya 83 4.14 Hubungan antara kemahiran dengan aspirasi kerjaya 83 4.15 Hubungan antara sikap dengan aspirasi kerjaya 84

(14)

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka konsep kajian 13

(15)

SENARAI SINGKATAN

FPTV Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional IKBN Institut Kemahiran Belia Negara

ILP Institut Latihan Perindustrian IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

JKP Jawatankuasa Kurikulum Pusat

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia KPT Kementerian Pengajian Tinggi MPV Mata Pelajaran Vokasional PAV Pendidikan Asas Vokasional PMR Penilaian Menengah Rendah

PPK Pusat Pembangunan Kurikulum

PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional SKM Sijil Kemahiran Malaysia SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional SPSS Statistical Package for Social Science UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(16)

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 111

B Analisis kebolehpercayaan instrumen

kajian rintis 118

C Analisis kebolehpercayaan instrumen

kajian sebenar 121

D Analisis data 124

E Jadual Krejcie dan Morgan 133

F Carta Gantt 134

G Pengesahan pakar 136

(17)

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pelajar-pelajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merujuk kepada pelajar-pelajar yang berada di tingkatan empat dan lima di sekolah harian biasa yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Mulai tahun 2002, Mata Pelajaran Vokasional ditawarkan di sekolah harian biasa meliputi 22 mata pelajaran yang dikelompokkan dalam lima bidang usaha yang utama. Program ini diperkenalkan bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran pelbagai bidang bagi membolehkan mereka melangkah ke alam pekerjaan, memulakan perniagaan, atau meneruskan latihan ke peringkat yang lebih tinggi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Oleh itu, setelah tamat tingkatan lima, pelajar-pelajar yang mengambil MPV ini boleh memilih untuk bekerja sama ada dengankerajaanatau swasta, atau bekerja sendirisama ada menceburkan diri dalam bidang keusahawanan atau memulakan perniagaan. Serentak dengan itu, aspirasi kerjaya berperanan sebagai pemangkin kepada pelajar-pelajar MPV untuk menceburi sesuatu bidang pekerjaan.

Buntat dan Sharif (2006) menyatakan bahawa aspirasi kerjaya merujuk kepada pekerjaan yang dikehendaki oleh seseorang sekiranya diberi kebebasan memilih. Ia merupakan cita-cita seseorang terhadap sesuatu pekerjaan tanpa mengira halangan-halangan yang mungkin dihadapinya. Menurut Kamis (2009), aspirasi kerjaya yang tepat adalah penting dalam menentukan bidang kerjaya yang bersesuaian dengan ciri personaliti pelajar. Menurut beliau lagi, hal ini demikian kerana aspirasi kerjaya akan menentukan kerjayapelajar pada masa akan datang sekiranya mereka tidak melanjutkan

(18)

2 pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Namun demikian, tidak semua pelajar mempunyai aspirasi kerjaya yang seiring dengan bidang pengajian yang mereka ikuti di sekolah atau institusi pengajian tinggi (Yahidi, 2012).

Oleh itu, pelajar-pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV) perlulah menyediakan diri mereka agar cemerlang dari pelbagai aspek terutamanya dari aspek amalan, kemahiran dan sikap. Kenyataan ini disokong oleh Zulpakar (2008) yang menyatakan bahawa semua amalan yang baik terutamanya amalan keselamatan perlu dititikberatkan sebagai persediaan bagi menghadapi alam pekerjaan. Menurut Buntat et al.,(2006) pula, kemahiran yang dibekalkan di institusi kemahiran sangat penting dikuasai oleh pelajar dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran bagi membolehkan mereka memasuki pasaran kerja yang mencabar. Manakala Yahaya et al., (2013) berpendapat, tanpa sikap yang positif ke atas sesuatu bidang atau mata pelajaran, pelajar agak sukar untuk cemerlang dalam pembelajarannya. Oleh itu, sikap pelajar perlu dipupuk sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran supaya pencapaian pelajar lebih memberangsangkan (Zulkarnain et al., 2011).

Sikap ditakrifkan sebagai perbuatan atau pandangan yang berdasarkan sesuatu pendapat atau fikiran(Kamus Dewan, 2013). Secara umumnya sikap merujuk kepada keadaan seseorang yang bersedia secara fizikal dan mental untuk melakukan sesuatu dan cenderung untuk bertindak secara positif. Kajian Mohd. Said dan Kuppusamy (2010) telah membuktikan bahawa sikap pelajar mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan tingkah laku, daya usaha, minat dan pencapaian akademik mereka. Mohd Atan dan Noordin (2007) bersetuju bahawa pencapaian akademik pelajar banyak dipengaruhi oleh sikap mereka. Oleh itu, pendekatan pengajaran guru seharusnya berpusatkan pelajar agar dapat membentuk sikap yang lebih positif dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pengajaran guru mestilah sentiasa menekankan aspek nilai-nilai murni dan amalan yang baik agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti dalam pelbagai aspek kehidupan.

Bagi pelajar-pelajar MPV, amalan yang baik merujuk kepada amalan semasa di bengkel kerana MPV sangat sinonim dengan pelaksanaan kerja-kerja dan latihan-latihan amali yang dilaksanakan di dalam bengkel(Noorden, 2011). Pelajar-pelajar perlu menggunakan kemudahan yang terdapat di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan

(19)

3 diri dan orang lain. Kesedaran terhadap aspek keselamatan perlu ditanamkan di dalam diri setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan oleh pelajar semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah dan seterusnya ketika memasuki alam pekerjaan. Malah, pakar psikologi ada mengatakan bahawa manusia belajar dengan lebih mudah dan baik apabila diberi peluang untuk mengamalkannya (Buntat et al., 2006). Kemalangan di dalam bengkel hanya dapat dikurang dan dielakkan sekiranya pelajar-pelajar sentiasa memberi kerjasama dengan mematuhi peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Sikap yang terjelma hasil daripada amalan yang baik ini melahirkan pelajar yang berketrampilan dan mempunyai iltizam serta jati diri yang kukuh (Mohd Zulpakar, 2008).

Menurut Pua (2014), perubahan era globalisasi dan k-ekonomi hari ini menuntut pelajar yang mengambil MPV memiliki ketrampilan diri yang menarik, mempunyai pelbagai kemahiran, berpengetahuan tinggi dan mahir menggunakan teknologi untuk memenuhi pasaran kerja semasa. Mereka bukan sahaja perlu memiliki kemahiran teknikal, malah mereka juga perlu menguasai kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis (Pua, 2014). Di samping itu, mereka juga perlu menguasai kemahiran kebolehan bekerja (employability) supaya dapat memberi kesan kepada tahap fleksibaliti, kebolehsesuaian dan kebolehan bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan (Mohammad Khawari, 2008). Hal ini demikian kerana, memiliki modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi merupakan faktor terpenting dalam pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

1.2 Latar belakang masalah

Pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV) sering dikaitkan dengan beberapa isu sejak kebelakangan ini. Antaranya termasuklah pengangguran (Ismail, 2012), kurangnya kemahiran dari aspek komunikasi dalam kalangan pelajar (Dahriet al.,2000) dan ketidaksepadanan kemahiran yang dipelajari di institut latihan dengan kehendak majikan. Di samping itu, kurikulum MPV yang tidak sepadan dengan bidang

(20)

4 pekerjaan yang ditawarkan (Mohd. Rhouse & Abd. Razak, 2006) dan kurangnya jumlah pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institut kemahiran dan institusi pengajian tinggi lain (Daud,2012 & Che Harun, 2010) juga sering menjadi isu yang hangat diperkatakan. Isu ini terbit dari tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap MPV (Suradinet al., 2010). Walaupun kerajaan telah melaksanakan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional dengan menaiktaraf dan memartabatkan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV), namun persepsi masyarakat khususnya ibu bapa amat sukar untuk diubah (Suradin et al.,2010). Implikasinya usaha kerajaan tidak akan membuahkan hasil sekiranya tidak mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat.

Suatu kajian Kecenderungan Pelajar Aliran Vokasional Melanjutkan Pelajaran ke Institut Latihan Kemahiran yang dijalankan oleh Che Harun (2010) menunjukkan bahawa jumlah pelajar yang mendaftar bagi pendidikan vokasional di institut latihan kemahiran tidak berpadanan dengan jumlah tempat yang ditawarkan. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa pelajar aliran vokasional yang melanjutkan pelajaran ke institut latihan kemahiran adalah pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa pelajar aliran vokasional agak kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran atas beberapa faktor dalaman dan luaran dan ada antara mereka yang bercita-cita untuk terus bekerja setelah menamatkan persekolahan peringkat menengah.

Namun begitu, sekiranya pelajar memilih untuk terus bekerja, aspirasi kerjaya adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan seseorang pelajar terutamanya pelajar aliran vokasional (Kasa & Bakar, 2004). Hal ini demikian kerana aspirasi kerjaya akan menentukan di manakah mereka akan bekerja dan apakah profesion pilihan mereka sebagai cara untuk mencari nafkah. Tambahan lagi, pelbagai usaha perlu dilakukan agar pelajar akan mendapat pekerjaan selari dengan aspirasi kerjaya mereka supaya masalah pengangguran dapat diatasi dengan segera. Oleh itu, menurut Buntat et al., (2006), pelajar terutamanya pelatih di institusi kemahiran seharusnya dilatih dan dibimbing supaya mempunyai aspirasi kerjaya terhadap latihan yang diikuti bersesuaian dengan matlamat latihan yang disediakan.

Namun begitu, realitinya pelajar aliran vokasional dilihat kurang mendapat perhatian majikan atas sebab-sebab tertentu. Hal ini dibuktikan oleh kajian awalan yang telah dilaksanakan oleh pengkaji sendiri. Pelajar-pelajar ini kurangmendapat perhatian

(21)

5 majikan akibat kekurangan kemahiran dan implikasinya mereka sukar untuk diterima bekerja dalam sesebuah organisasi. Perkara ini dijelaskan oleh beberapa orang majikan yang telah ditemu bual antaranya dari Pusat Servis Aircond SSB Enterprise, Parit Raja dan Salleh Food Industries, Senggarang tentang tahap penerimaan mereka terhadap pelajar lepasan SPM yang mengambil MPV:

“Tahap penerimaan saya terhadap mereka adalah sederhana. Walaupun saya tidak terlalu pentingkan pencapaian akademik, tapi saya jarang ambil pekerja lepasan SPM, sekurang-kurangnya mereka perlu ada sijil SKM tahap 1...lagipun saya mahukan pekerja yang mahir untuk menservis aircond dan tahu selok belok pekerjaan dalam bidang ini. Kebanyakan lepasan SPM ni kurang mahir dan perlukan bimbingan, jadi susahla kita nak terima sebagai pekerja. Biasa kami ambil lepasan politeknik atau IKBN atau Giat Mara sebab mereka lebih mahir.”

(Majikan 1)

“Tahap sederhana saja kot. Pada saya mereka kurang pengalaman dan kurang mahir selesaikan sesuatu masalah yang diberi. Pengalaman saya ambil mereka bekerja, mereka perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran kerja. Meraka ni biasalah, darah muda, jadi kadang-kadang mereka terlalu ikut perasaan dan tak boleh ditegur. Jadi nak ambil mereka bekerja pun susah juga. Saya perlu jaga prestasi perusahaan saya kan.”

(Majikan 2)

Walaupun pelajar-pelajar aliran vokasional telah dibekalkan dengan pelbagai kemahiran, namun Arifin (2005) menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini masih belum mahir dalam bidang kemahiran yang mereka pelajari. Menurut beliau lagi, dalam masa dua tahun, mereka hanya mendapat sedikit kemahiran dan pengetahuan vokasional. Oleh itu, hasrat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau menceburi bidang pekerjaan akan terhalang. Hal ini berkait rapat dengan sikap dan personaliti pelajar. Dalam kajian ini, guru-guru turut memberi maklum balas tentang sikap dan personaliti pelajar MPV yang mempengaruhi pencapaian akademik mereka:

“Saya setuju. Pelajar ni kadangkala kurang bermotivasi, malu bertanya, kurang berwawasan dan bersikap negatif. Ada juga yang malu untuk kehadapan. Namun begitu, dalam kelas saya hanya segelintir sahaja yang begitu. Kebanyakannya bersikap positif dan bercita-cita tinggi serta menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang ini.”

(22)

6

“Pelajar kelas ni semua lelaki, jadi penyakit malas banyak berlaku dalam diri mereka. Selain itu, ada juga pelajar yang kurang mematuhi arahan guru dan tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah terutamanya peraturan keselamatan di dalam bengkel. keadaan ini mendedahkan mereka kepada risiko kemalangan.”

(Guru 2)

Sikap pelajar biasanya mempengaruhi pencapaian mereka dalam sesuatu mata pelajaran (Yahayaet al.,2000). Oleh itu, persediaan awal dalam pembentukan sikap perlu dilakukan oleh pendidik untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti iaitu mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dan mampu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah terutamanya peraturan keselamat di bengkel bagi pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV).

Bagi pelajar MPV, peraturan keselamatan di bengkel adalah aspek amalan yang perlu dititikberatkan dan menjadi fokus utama ketika melakukan kerja-kerja amali di bengkel (Noorden, 2012). Peraturan keselamatan ini perlu diamalkan bagi mengelakkan kemalangan dan perkara yang tidak diingini berlaku. Amalan keselamatan tersebut termasuklah amalan keselamatan diri, peralatan dan persekitaran (Armi, 2012). Nilai pula bermaksud etika, prinsip moral dan nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau satu kumpulan manusia (Kamus Dewan, 2013). Justeru itu, amalan keselamatan dan nilai yang tidak dipraktikkan dengan baik akan menyebabkan kecederaan, kehilangan nyawa, dan kerugian di pihak majikan.

Kesimpulannya, amalan, kemahiran dan sikap pelajar yang mengambil MPV mampumempengaruhi kemenjadian mereka pada masa hadapan. Oleh itu, penting bagi pelajar-pelajar ini mempunyai persepsi yang positif dari aspek amalan, kemahiran dan sikap mereka supaya mereka berjaya mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari di dalam kelas ketika mereka bekerja kelak seiring dengan aspirasi kerjaya yang diinginkan di samping mempunyai sikap yang baik dan sentiasa menitikberatkan tentang amalan keselamatan tidak kira di mana mereka berada.

(23)

7 1.3 Pernyataan masalah

Daripada latar belakang masalah yang dibincangkan sebelum ini, pengkaji mendapati bahawa pelajar masih tidak dapat mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh dalam bidang MPV bersesuaian dengan bidang pekerjaan yang mereka ceburi. Ini membuktikanbahawa walaupun pelajar-pelajar aliran vokasional telah dibekalkan dengan pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran teknikal, namun mereka masih belum menguasai kemahiran tersebut sepenuhnya. Oleh yang demikian,hasrat pelajar untuk menceburkan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan dan memenuhi aspirasi kerjaya mereka akan terhalang. Justeru itu, pelajar perlu menyediakan diri dari aspek amalan, kemahiran dan sikap supaya mereka mempunyai aspirasi kerjaya dalam bidang pengajian yang diikuti sesuai dengan kebolehan dan kelayakan mereka sendiri.

Ironinya, kekurangan dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar dari aspek amalan, kemahiran dan sikap mengakibatkan pelajar berasa ragu-ragu untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan berorentasikan kemahiran dan vokasional. Hal ini demikian kerana masih ada pelajar yang keliru dengan pekerjaan yang bakal diceburi dalam bidang MPV disebabkan oleh beberapa faktor luaran dan dalaman. Sekiranya tidak diatasi, pelajar-pelajar masih tidak mempunyai aspirasi kerjaya yang jelas setelah menamatkan alam persekolahan. Justeru itu, kajian tentang persepsi pelajar dari aspek amalan, kemahiran dan sikap terhadap MPV perlu dijalankan supaya pelajar lebih terdedah kepada pelbagai jenis pekerjaan dan mempunyai aspirasi kerjaya yang berkaitan dengan bidang vokasional. Secara tidak langsung salah satu matlamat Pendidikan Teknikal dan Vokasional iaitu melahirkan bakal pekerja yang boleh bekerja dalam bidang pengajian yang mereka ikuti akan tercapai.

(24)

8 1.4 Tujuan kajian

Tujuan kajian ini adalahuntuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadapMata Pelajaran Vokasional (MPV). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan, kemahiran dan sikap denganaspirasi kerjaya pelajar yang mengambil MPV di sekolah harian daerah Batu Pahat. Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini penting dalam membantu guru melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan sekaligus menjadi pemangkin kejayaan sesuatu program pendidikan. Umumnya, kajian berkaitan kerjaya biasanya dilaksanakan terhadap graduan universiti. Oleh itu, kajian ini merupakan pemangkin kepada pelajar untuk menentukan kerjaya pilihan mereka sebelum melangkahkan kaki ke peringkat yang lebih tinggi.

1.5 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

a) Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap amalan dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah hariandaerah Batu Pahat.

b) Mengenal pasti persepsi pelajar terhadapkemahiran dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat.

c) Mengenal pasti persepsi pelajar terhadapsikapdalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat.

d) Mengenalpasti hubungan antara amalan, kemahiran dan sikap dengan aspirasi kerjaya pelajar dalamMata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat.

(25)

9 1.6 Persoalan kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut:

a) Apakah persepsi pelajar terhadap amalan dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat?

b) Apakah persepsi pelajar terhadap kemahiran dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat?

c) Apakah persepsi pelajar terhadap sikap dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat?

d) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan, kemahiran dan sikap dengan aspirasi kerjayapelajar dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat?

1.7 Hipotesis kajian

Antara hipotesis yang diuji bagi menjawab persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut:

Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan, kemahiran dan sikap dengan aspirasi kerjaya pelajar dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat.

Ha: Terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran dengan aspirasi kerjaya pelajar dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat.

1.8 Skop kajian

Skop kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dari aspek amalan, kemahiran dan sikap sahaja. Selain itu, skop kajian ini juga adalah untuk melihat hubungan aspirasi kerjaya dengan semua aspek yang telah dinyatakan di atas. Aspek amalan hanya merangkumi amalan nilai dan

(26)

10 amalan keselamatan manakala aspek kemahiran hanya melibatkan kemahiran amali, kemahiran kebolehan bekerja(employability) dan kemahiran insaniah. Kajian dari aspek sikap pula hanya merangkumi aspek komitmen, emosi dan berwawasan.

1.9 Batasan kajian

Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajiannya kepada pelajar-pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah harian daerah Batu Pahat yang berumur dalam lingkungan 16 tahun sahaja. Hal ini kerana mereka adalah pelajar yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan akan meninggalkan alam persekolahan pada penghujung tahun 2016nanti. Kajian ini tertumpu kepada pelajar-pelajar yang mengambil MPV dalam tiga bidang usaha utama iaitu Pembuatan, Teknotani dan Ekonomi Rumah Tangga (ERT).

Kajian ini hanya dijalankan di enam buah sekolah harian yang menawarkan MPV di daerah Batu Pahatdan melibatkan 126 orang responden sahaja kerana sampel dari sebuah sekolah lagi dijadikan sebagai responden dalam kajian rintis.Antara faktor yang mendorong pengkaji memilih semua sekolah tersebut kerana bilangan sampel bagi setiap sekolah tidak ramai. Oleh itu, pengkaji dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendapatkan data dari sekolah-sekolah yang terlibat. Di samping itu, hanya enam mata pelajaran ditawarkan mewakili tiga bidang usaha yang utama di daerah Batu Pahat. Justeru itu, pengkaji merasakan bahawa kajian ke atas semua mata pelajaran perlu dilakukan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap MPV bagi setiap mata pelajaran yang terlibat.

1.10 Kepentingan kajian

Kajian yang dijalankan ini penting sebagai sumber rujukan kepada pelajar, guru, pihak pengurusan sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pusat Pembangunan Kurikulum (PPK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Kepentingan kajian ini dihuraikan seperti di bawah:

(27)

11 1.10.1 Pelajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

Pelajar adalah modal insan dan aset terpenting dalam memacu pembangunan negara. Adalah penting bagi pelajar menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran tertentu supaya mereka mampu merealisasikan Wawasan 2020. Selain itu, sikap yang baik juga menjamin kecemerlangan hidup. Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti persepsi pelajar terhadap Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang dipelajari di sekolah dan kejayaan program MPV itu sendiri. Sekiranya MPV mempunyai nilai yang tinggi, berkemungkinan besar negara kita tidak akan mengalami pembaziran dari aspek guna tenaga pada masa akan datang.

1.10.2 Guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

Kajian ini diharap dapat membantu guru-guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV) untuk meningkatkan mutu pengajaran dalam membentuk amalan, kemahiran dan sikap yang positif terhadap MPV dalam kalangan para pelajar. Hal ini demikian kerana, Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) bukan hanya terhad dalam membangunkan pengetahuan pelajar sahaja, tetapi juga membangunkan kemahiran dan sikap para pelajar. Oleh itu, dengan terlaksananya kajian ini, diharapkan dapat membantu guru-guru menyediakan pelajar yang mengamalkan nilai-nilai yang baik, mempunyai pelbagai kemahiran sama ada kemahiran teknikal mahupun bukan teknikal dan sentiasa bersikap positif dalam pembelajaran mereka. Di samping itu, kajian ini juga membantu guru-guru dalam membimbing laluan kerjaya pelajar supaya mereka mendapat maklumat yang tepat tentang hala tuju kerjaya mereka setelah tamat persekolahan kelak.

1.10.3 Pihak pengurusan sekolah

Melalui kajian ini,pihak sekolah dapat memupuk kesedaran dan memberikan maklumat yang terbaik kepada pelajar agar pelajar tahu hala tuju mereka setelah menamatkan pelajaran di tingkatan lima dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Dalam hal ini,

(28)

12 guru kaunseling memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar berkaitan dengan kerjaya dan Institut Latihan Kemahiran yang boleh dipilih oleh pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pihak sekolah juga boleh membantu pelajar dengan menganjurkan sesi kaunseling kerjaya untuk mendedahkan mereka kepada bidang-bidang kerjaya yang boleh mereka ceburi setelah tamat tingkatan lima kelak.

1.10.4 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Hasil kajian ini dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terbabit terutamanya Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam menyediakan ruang dan peluang yang luas kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) agar mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan negara. Oleh yang demikian, kurikulum Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang sedia ada perlulah diperkukuhkan sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran pelajar. Segala perubahan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mentransformasikan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan suatu langkah yang wajar, namun haruslah mengambil kira kesedian pelajar agar mereka boleh mengadaptasikan perubahan tersebut dengan mudah.

1.11 Kerangka konsep kajian

Kerangka konsep kajian yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 menunjukkan bahawa input kepada kajian ini adalah pelajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan membentuk amalan, kemahiran dan sikap mereka dalam MPV. Dalam kajian ini amalan merujuk kepada amalan keselamatan dan amalan nilai-nilai murni. Kemahiran pula merujuk kepada kemahiran kebolehan bekerja (employability), kemahiran insaniah dan kemahiran amali. Manakala sikap dalam kajian ini merujuk kepada sikap dari aspek komitmen, emosi dan berwawasan. Pembentukan amalan, kemahiran dan sikap ini akan mempengaruhi aspirasi kerjaya pelajar pada masa

(29)

13 akan datang. Oleh itu, hubungan antara aspirasi kerjaya dengan ketiga-tiga aspek yang telah dinyatakan di atas perlu diambil kira sebagai output dalam kajian ini.

Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian

1.12 Definisi istilah dan operasional

Dalam kajian ini, pengkaji telah memberikan definisi terhadap beberapa istilah bertujuan untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan pembaca.Berikut adalah beberapa istilah utama yang penting berdasarkan tajuk dan persoalan kajian yang dirasakan perlu ditakrifkan oleh pengkaji iaitu:

1.12.1 Persepsi

Persepsi bermaksud gambaran atau bayangan tentang sesuatu perkara sama ada di dalam hati atau fikiran. Persepsi juga boleh ditakrifkan sebagai tanggapan atau pandangan

Pelajar MPV (Tingkatan 4) Amalan  Amalan keselamatan  Amalan nilai murni Kemahiran  Kemahiran kebolehan bekerja  Kemahiran amali  Kemahiran insaniah Sikap  Komitmen  Emosi  Berwawasan Hubungan dengan aspirasi kerjaya Input Proses Output

(30)

14 menerusi pancaindera (Kamus Dewan, 2013). Dalam konteks kajian ini, persepsi merujuk kepada pandangan pelajar dari aspek amalan, kemahiran dan sikap terhadap Mata Pelajaran Vokasional (MPV).

1.12.2 Amalan

Amalan didefinisikan sebagaisesuatu yang dilakukan, dilaksanakan atau dikerjakan (Kamus Dewan, 2013). Amalan dalam kajian ini merujuk kepada perkara-perkara yang sering dilakukan atau menjadi amalan pelajar-pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Amalan yang dibincangkan secara mendalam adalah amalan yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dan amalan keselamatan di bengkel.

1.12.3 Kemahiran

Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)dan Kamus Dewan (2013) mendefinisikan kemahiran sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Dalam konteks kajian ini, kemahiran merujuk kepada kemahiran teknikal dan kemahiran bukan teknikaldalam sesuatu bidang Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Kemahiran teknikal yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah kemahiran amali, manakala kemahiran bukan teknikal pula merujuk kepada kemahiran insaniah, dan kemahiran kebolehan bekerja (employability).

1.12.4 Sikap

Mohamed et al.,(1995) pula menyatakan bahawa sikap merupakan perkara peribadi berkaitan dengan perasaan dan pengalaman individu, menggambarkan cara berfikir dan bertindak dalam sebarang masalah yang mendorong pelajar bersedia untuk menerima teguran guru dalam pelajaran demi kebaikan masa depan pelajar sendiri.Dalam konteks kajian ini, sikap merujuk kepada sejauhmana pelajar cenderung untuk bertindak terhadap

(31)

15 rangsangan yang diterima dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV), iaitu dari aspek, komitmen, emosi dan berwawasan.

1.12.5 Sekolah menengah harian

Menurut portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pendidikan menengah terbahagi kepada dua peringkat iaitu Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) dan Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5). Sekolah menengah harian dalam kajian ini merujuk kepada Sekolah Menengah Kebangsaanyang menawarkan subjek Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di daerah Batu Pahat.

1.12.6 Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) menawarkan 22 mata pelajaran yang dikelompokkan dalam lima bidang usaha iaitu Binaan, Pembuatan, Teknotani, Ekonomi Rumah Tangga dan Aplikasi Komputer. Penawaran pelbagai mata pelajaran ini dibuat berperingkat-peringkat dalam 4 fasa, mulai tahun 2002 hingga tahun 2005 (Yahya Emat, 2005 dalam Arifin, 2005).

1.12.7 Aspirasi kerjaya

Aspirasi kerjaya adalah jelmaan identiti pekerjaan bagi seseorang individu dan matlamat kerjaya yang diidamkan. Kamis (2009) Aspirasi kerjaya dihubungkan kepada kerjaya yang dijangkakan oleh seseorang individu. Dalam kajian ini, aspirasi kerjaya merujuk kepada cita-cita dan keinginan pelajar ke arah mendapatkan pekerjaan yang diidamkan untuk kesinambungan hidup mereka pada masa akan datang.

(32)

16 1.13 Rumusan

Bab ini menerangkan tentang pengenalan, latar belakang masalah dan pernyataan masalah akibat daripada isu-isu yang timbul dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Isu yang diketengahkan oleh pengkaji berkait rapat dengan amalan, kemahiran dan sikap pelajar tehadap MPV. Selain itu, tujuan kajian, kepentingan kajian, objektif dan persoalan kajian turut dinyatakan di dalam bab ini untuk memberi maklumat yang jelas kepada pembaca. Kerangka konsep kajian, definisi istilah dan operasional, skop serta batasankajian juga dibincangkan untuk memberi gambaran terhadap kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji.

(33)

17

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian literatur ini dilakukan sebagai panduan dan rujukan kepada pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji mengetengahkan beberapa penyelidikan terdahulu yang ada kaitan dengan objektif kajian ini. Kajian literatur yang diperoleh dari sumber-sumber yang asli daripada pengkaji dan penyelidik lain membantu menyokong dan mengukuhkan isu-isu yang terdapat dalam latar belakang masalah. Diharapkan kajian literatur ini dapat membantu pembaca memahami latar belakang kajian yang dijalankan dengan lebih jelas lagi. Antara perkara yang dikupas dalam bab ini termasuklah aspirasi kerjaya, komponen amalan, kemahiran dan sikap serta latar belakang Mata Pelajaran Vokasional (MPV) itu sendiri.Pengkaji turut mengupas tentang mata pelajaran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) iaitu kesinambungan daripada Mata Pelajaran Vokasional yang diperkenalkan oleh kerajaan dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2013. Secara tidak langsung, hal ini dapat memupuk semangat cintakan ilmu dan tidak jemu menjalankan penerokaan pengetahuan bagi melahirkan individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

(34)

18 2.2 Amalan

Dalam melatih dan membentuk tenaga kerja yang diperlukan ke arah negara perindustrian, maka para pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Vokasional (MPV) perlu dilatih supaya mempunyai sikap kerja yang betul dan nilai-nilai seperti berdisiplin, tekun dan dedikasi. Menurut Armi (2012), bidang industri masa kini yang canggih dan yang berteknologi tinggi memerlukan tenaga kerja yang berdisiplin, dilengkapi dengan asas kemahiran yang luas, serta mempunyai budaya etika kerja yang positif. Menurut beliau lagi, budaya dan etika kerja yang positif boleh dipupuk melalui amalan-amalan positif yang diamalkan oleh pekerja sejak mereka berada di alam persekolahan lagi. Hal ini demikian kerana, jika sesuatu perkara sentiasa diamalkan, perkara tersebut akan menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita.

Dalam bidang vokasional, amalan keselamatan merupakan perkara penting yang perlu ditekankan semasa melakukan kerja amali khususnya di bengkel (Armi, 2012). Di samping itu, Pendidikan Teknik dan Vokasional turut menjadi wadah bagi pelajar mengamalkan nilai murni tidak kira sama ada di dalam kelas mahupun di bengkel (Noorden, 2011). Menurut Asri (2013), matlamat penerapan nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya bertujuan untuk menimbulkan kepekaan dan kesedaran kepada pelajar tentang unsur-unsur yang membina dalam pembelajaran. Justeru itu, ianya akan mendorong pelajar untuk mengembangkan bakat dan kreativiti mereka ketika proses pembelajaran berlangsung.

2.2.1 Amalan keselamatan

Amalan bermaksud pelajaran atau aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Amalan keselamatan pula merujuk kepada aplikasi pengetahuan berkenaan keselamatan atau pengetahuan yang digunakan untuk menyelesaikan masalah keselamatan (Gan, 2004). Menurut Mustapha (2000), amalan keselamatan terbentuk apabila peraturan-peraturan keselamatan dipatuhi. Oleh itu, setiap pelajar mestilah mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Menurut Armi (2012),

(35)

19 kesedaran terhadap amalan keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki alam pekerjaan. Menurut Juhaidie (2001), terdapat tiga bahagian dalam dalam amalan keselamatan yang perlu dititikberatkan iaitu keselamatan diri, keselamatan peralatan dan keselamatan persekitaran. Ketiga-tiga bahagian ini akan mengundang kepada kemalangan dan masalah jika tidak diamalkan oleh setiap pelajar.

Menurut Armi (2012), keselamatan diri adalah amat penting di mana pelajar haruslah mematuhi semua peraturan keselamatan untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. Menurut beliau lagi, keselamatan diri bermula dari pemakaian pelajar itu sendiri, selain berambut kemas, memakai kasut yang sesuai, dan menggunakan apron dan sarung tangan apabila melakukan kerja amali yang melibatkan percikan logam, pemanasan dan sebagainya. Sebagai keselamatan tambahan, pelajar dilarang memakai aksesori seperti gelang, jam tangan dan cincin.

Keselamatan peralatan pula adalah mengenai keselamatan peralatan yang melibatkan mesin dan peralatan yang digunakan di dalam bengkel. Kemalangan bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh diri sendiri, tetapi juga melalui peralatan yang digunakan oleh pengguna. Kemalangan mungkin berlaku semasa aktiviti penyedian bahan mentah seperti logam dan keluli, ketika mengendalikan pelbagai jenis mesin yang besar dan canggih, penggunaan alat-alat memotong dan alatan tangan yang tajam. Walaupun kemalangan dan kecederaan ini tidak dapat dielakkan sepenuhnya, tetapi ia masih dapat dikurangkan dan dicegah sekiranya semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bengkel bekerjasama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab supaya peraturan keselamatan dalam bengkel dapat diamalkan dan dihayati oleh pelajar. Oleh yang demikian, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain (Armi, 2012).

Keselamatan persekitaran dalam bengkel bermaksud keselamatan berdasarkan kepada kawasan atau persekitaran tempat kerja atau tempat di mana kerja-kerja amali dilakukan. Mohd Zulpakar (2008) menyatakan bahawa keselamatan di dalam bengkel akan menjadi lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu ramai menggunakan ruang yang sedia ada dalam satu masa. Ruang yang sempit dengan jumlah pelajar yang ramai akan

(36)

20 memburukkan lagi suasana persekitaran bengkel. Menurut beliau lagi, disebabkan ruang yang terhad dan sempit pelbagai perkara buruk seperti gangguan emosi, keadaan yang panas dan suasana yang tidak selesa akan berlaku.

Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja, tetapi juga terhadap rakan sekerja, persekitaran dan harta benda (Armi, 2012). Dalam hal ini, amalan mempunyai hubungan yang rapat dengan sikap pelajar (Mohd Zulpakar, 2008). Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga rakan sekerja. Kesedaran terhadap keselamatan perlu dijadikan budaya dalam kehidupan pelajar dalam mengurangkan kadar kemalangn di tempat kerja. Oleh itu, kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari awal lagi supaya amalan yang positif sentiasa tersemat dalam jiwa pelajar itu sendiriagar sekolah dapat melahirkan pekerja yang berkualiti dan mementingkan keselamatan dalam bidang pekerjaan masing-masing. Dengan itu, kualiti kerja dapat ditingkatkan sekaligus suasana kerja berjalan dengan lancar dan selamat.

2.2.2 Amalan nilai

Di samping amalan keselamatan, bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) juga sinonim dengan amalan nilai kerana PTV merupakan suatu program pendidikan berasaskan kepada kemahiran psikomotor (Noorden, 2011). Cabaran dalam PTV bukan sahaja untuk mengeluarkan pekerja-pekerja yang berkemahiran, tetapi juga mewujudkan pekerja yang sempurna dengan nilai dan etika yang tinggi (Omar, 2008). Oleh kerana Malaysia sedang mengorak langkah dalam mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, adalah wajar sistem PTV meningkatkan keupayaannya untuk melahirkan pelajar yang memiliki nilai-nilai yang baik sebagai panduan dalam segala tindakan.

Latihan atau kerja-kerja amali merupakan salah satu kriteria di dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (Omar, 2008). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kerja-kerja amali di dalam bengkel merupakan sebahagian daripada aktiviti yang mempraktikkan segala teori pembelajaran bagi memperkukuhkan lagi pemahaman pelajar (A. Rahman, 2004). Menurut Noorden (2011), kerja-kerja amali ini penting

(37)

21 untuk mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar apabila mereka menamatkan pengajian kelak. Oleh itu, nilai-nilai perlu diamalkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel bagi mewujudkan kesedaran pelajar terhadap keadaan atau situasi sebenar ketika berada di dalam bengkel semasa menjalankan kerja-kerja amali.

Nilai mempengaruhi banyak aspek dalam kehidupan, termasuklah cara kita mentafsir maklumat, menilai situasi dan bertindak untuk mencapai sesuatu tujuan yang penting. Nilai banyak berkaitan dengan tingkah laku seseorang. Contohnya, nilai yang ditunjukkan melalui perbuatan seperti tolong menolong dapat melahirkan sikap kerjasama dalam diri mereka (Noorden, 2011).Nilai dalam pendidikan sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai yang diamalkan di sekolah akan membantu pelajar menjadi insan yang bersahsiah dan meletakkan mereka dalam standard yang tinggi. Nilai dalam pendidikan antara lain adalah nilai yang diamalkan di dalam bengkel ketika melakukan kerja-kerja amali. Amalan ini penting untuk mencegah kerugian seperti kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda (Abdul Hadi & Ab Rahim, 2010)

Kerja-kerja amali yang dijalankan di bengkel adalah terdedah kepada risiko dan bahaya jika nilai tidak diamalkan dalam diri setiap pelajar. Oleh yang demikian, nilai di dalam bengkel penting bagi memastikan pelajar berada dalam suasana selesa ketika menjalankan kerja amali. Di samping itu, nilai juga merupakan langkah yang penting untuk dipraktikkan oleh pelajar supaya mereka dapat menguruskan bengkel dalam keadaan yang teratur. Persekitaran tempat kerja yang selesa amat penting dititikberatkan agar setiap pelajar yang terlibat dengan penggunaan pelbagai peralatan tangan dan mesin tidak terdedah dengan risiko kemalangan (Noorden, 2011).

Justeru itu, pelajar wajar mempunyai tahap amalan nilai yang tinggi terutama semasa menjalankan kerja-kerja amali di dalam bengkel. Selain itu, guru juga memainkan peranan yang amat penting dalam mengamalkan nilai semasa proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di bengkel supaya risiko kemalangan dapat dielakkan. Antara amalan nilai yang diberi penekanan adalah nilai murni kerjasama, bertanggungjawab, berdisiplin, dan kreatif (Noorden, 2011). Penerapan nilai murni seperti berhemah tinggi, rajin, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerjasama dan

(38)

22 berdikari juga penting semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran amali di makmal (Omar, 2008).

Di samping itu, enam belas nilai murni telah disenaraikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diterapkan oleh guru-guru ke dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Diharapkan penerapan amalan nilai ini akan melahirkan pelajar yang seimbang bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga rohani, emosi dan jasmani.

2.3 Kemahiran

Memiliki modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi adalah faktor terpenting bagi Malaysia untuk mentransformasikan ekonominya ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Menyedari keperluan tersebut, kerajaan terus berusaha untuk meningkatkan bilangan enrolmen pelajar di institusi pengajian tinggi awam tempatan dalam semua bidang dan peringkat pengajian. Walau bagaimanapun, pertambahan bilangan graduan sahaja tidak mencukupi tanpa melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran semasa yang diperlukan oleh pihak industri dan para majikan (Ismail, 2012).

Hal ini demikian kerana dalam era globalisasi kini, para majikan mementingkan pekerja yang berkemahiran agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama mempunyai kepelbagaian kemahiran (Mat Hassan, 2009). Perbezaan kemahiran dalam kalangan pelajar lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan kehendak industri menjadi isu yang dititikberatkan untuk mendapat pekerjaan. Antara fokus majikan masa kini dalam pengambilan pekerja adalah terhadap kemahiran kebolehan bekerja (employability)(Madar et al., 2008), kemahiran insaniahn (Pua, 2014) dan kemahiran amali (Ab Rahman et al., 2010).

(39)

23 2.3.1 Kemahiran kebolehan bekerja (employability)

Para majikan di industri hari ini amat mengambil berat tentang kemahiran kebolehan bekerja bagi para pekerja barunya. Secara umumnya, tidak ada pusat-pusat latihan yang mempunyai kandungan kurikulum kemahiran kebolehan bekerja secara khusus yang dapat dijadikan pusat latihan kemahiran bagi menyampaikan maklumat dan pengetahuan berkaitan dengan kebolehan bekerja (Ismail, 2012). Bagaimanapun, sekolah-sekolah dan juga institusi latihan adalah berperanan menyerapkan aspek-aspek kemahiran kebolehan bekerja ini di dalam kurikulum pembelajaran yang telah disediakan. Justeru itu, guru dan para pendidik memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pengetahuan tentang kemahiran ini melalui aktiviti pembelajaran yang dilakukan. Hal ini bagi memastikan kemahiran kebolehan bekerja disemai dan dihayati di dalam diri pelajar sebelum mereka meninggalkan dunia pendidikan dan memasuki alam pekerjaan.

Kajian bertajuk Kemahiran Employability dalam Kurikulum bagi Memenuhi Kehendak Industri di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dilaksanakan oleh Mohammad Khawari (2008) telah menggariskan tiga elemen kemahiran kebolehan bekerja (employability) yang sangat dikehendaki oleh industri iaitu kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan kemahiran berpasukan. Kajian beliau menggunakan Model Profil Rangka Kerja The Conference Board of Canada (1996) yang bertujuan untuk membantu bakal-bakal pekerja dan pekerja sedia ada untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam memenuhi kehendak pasaran industri. Model ini telah menggariskan sembilan kemahiran kebolehan bekerja iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran berfikir, kemahiran mengurus maklumat, kemahiran matematik, kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja berkumpulan, kemahiran pembelajaran berterusan dan kemahiran komputer.

Dalam konteks model tersebut, kemahiran akademik merujuk kepada asas kemahiran kebolehan bekerja (employability) yang diperlukan untuk menjalankan kerja dengan berkesan untuk mencapai mutu atau kualiti yang terbaik. Antara kemahiran yang terkandung dalam elemen ini adalah seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran berfikir. Dalam aspek komunikasi, pekerja yang memenuhi kehendak industri mampu memahami dan boleh bertutur dengan bahasa yang sesuai dengan bidang pekerjaan.

(40)

24 Menurut Mohd Dazali dan Awang (2014), komunikasi yang bijak termasuklah dari segi penulisan yang berkesan dan mudah difahami oleh orang lain. Kemahiran berfikir memfokuskan kepada pekerja yang boleh berfikir secara kritis dan kreatif agar sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Kemahiran mengurus diri pula merangkumi aspek sikap dan tingkah laku yang positif, bertanggungjawab dan boleh menyesuaikan diri dengan segala perubahan yang berlaku. Pekerja perlu bersikap positif dan menghormati pendapat dan pandangan orang lain agar sesuatu keputusan dapat dicapai dengan mudah. Manakala menurut Hassan et al., (2008) dan Mat Assain et al., (2011), kemahiran berpasukan merujuk kepada kemahiran bekerja dengan orang lain. Dalam hal ini, pekerja seharusnya boleh bekerja dalam kumpulan yang mungkin berbeza dari segi umur, jantina, agama, bangsa dan jawatan. Perkara paling penting adalah pekerja mampu memahami orang lain dan boleh menyumbang ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Selain itu, kertas kerja berjudul Building The Essential Skill In The Workplace yang telah diterbitkan oleh The Conference Board Of Canada (1996) telah menggariskan sembilan kemahirankebolehan bekerja (employability) yang utama iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran matematik, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja berkumpulan, kemahiran komputer, kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus maklumat dan kemahiran pembelajaran berterusan. Oleh itu, Madar et al., (2008) dalam penulisannya menegaskan bahawa kemahiran kebolehan bekerja ini telah telah menjadi agenda penting negara dan menjadi tanggungjawab institusi-institusi pengajian tinggi bagi melahirkan tenaga kerja yang mempunyai daya saing yang tinggi serta memenuhi keperluan pasaran. Justeru itu, kemahiran kebolehan bekerja ini wajar diterapkan di peringkat sekolah lagi agar dapat melahirkan modal insan yang berkebolehan dalam pelbagai aspek kehidupan.

2.3.2 Kemahiran amali

Pendidikan Teknikal dan Vokasional merupakan bidang pendidikan yang menyediakan sumber guna tenaga teknikal yang berkebolehan serta berkemahiran dalam pengkhususan teknikal dan vokasional apabila memasuki alam pekerjaan. Namun

(41)

100

RUJUKAN

A Rahman, K. (2004). Amalan Keselamatan dalam Makmal dan Bengkel Elektrik di Politeknik dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN): Satu Tinjauan. Dicapai pada Mei 14, 2015 dari

http://eprints.uthm.edu.my/884/1/24_Pages_from_Amalan_Keselamatan dalam_Makmal_dan_Bengkel_Elektrik_di_Politeknik_dan Institusi_Kem.pdf. Ab Rahman, A., Esa, A. & Wan Ahmad, W. M. R. (2010). Latihan kemahiran di industri

kecil dan sederhana (IKS) kepada pelatih SLDN. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan. UTHM, Johor. m.s 212-217. Abd Hamid, M. A, Maalip, H., Aloma, P., Mohd. Yusof, S., Boon, Y., Mohd. Nasir, Z.

& Hassan, Z. (2001). Pengenalan kepada Penulisan Ilmiah. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Abd Rahman, S. H., Mat Jusoh, Z. Y., Muhammad Serji, R. & Salleh, M. (2015). Faktor-faktor kepuasan majikan terhadap pelajar latihan industri di institusi pengajian tinggi: Satu sorotan. E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015. Kuala Lumpur, Malaysia. m.s 619-627.

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Hadi, F. & Ab Rahim, R. (2010). Amalan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar Semasa Menjalankan Kerja Amali di Bengkel Kayu. Dicapai pada Mei 12, 2015 dari http://fadhlanhadi.blogspot.com/2013/02/amalan-keselamatan-di-bengkel.html.

Abdul Majid Khan, A. R. (2007). Guru sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

(42)

101 Abdul Rahman, M. A & Abdul Wahab, M. Z. (2000). Pengetahuan dan Pengamalan Keselamatan Bengkel di kalangan Pelajar di Sebuah Institut Kemahiran Belia Negara di Negeri Terengganu. Dicapai pada April 15, 2015 dari

http://eprints.utm.my/10999/1/Pengetahuan_Dan_Pengamalan_Keselamatan_Be ngkel_Dikalangan_Pelajar_Di_Sebuah_Institut_Kemahiran_Belia_Negara_Di_N egeri_Terengg.

Abdul Rahman, M. A & Muniandi, E. L. (2007). Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel dalam Kalangan Pelajar di Sebuah Institut Kemahiran Mara. Dicapai pada Mei14, 2015 dari

http://eprints.utm.my/10856/1/Amalan_Peraturan_Keselamatan_Bengkel_Dalam _Kalangan_Pelajar_Di_Sebuah_Institut_Kemahiran_Mara.pdf.

Abu Bakar, N. N., Hamzah, R. & Udin, A. (2011). Cabaran-cabaran dalam pendidikan teknik dan vokasional dalam membangunkan sumber manusia. Journal of Edupres. 1(1): 159-161.

Abu Bakar, Z. & Mohd Zulpakar, K. A. (2008). Amalan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 Aliran Kemahiran Hidup Semasa Melakukan Kerja-Kerja Amali di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Johor. Dicapai pada Mei 14, 2015 dari

http://eprints.utm.my/11333/1/Amalan_Keselamatan_Bengkel_Di_Kalangan_Pel ajar.pdf

Abu Bakar, Z. & Mohd Husnan, H. (2008). Kepentingan Kemahiran Pengajaran Amali dalam Pengajaran. Dicapai pada November 29, 2015 dari

http://eprints.utm.my/10530/1/Kemahiran_Guru_Pelatih_Empat_SPH_Dalam_P engajaran_Amali_Di_Fakulti_Pendidikan.pdf

Annamalai, R. (2000). Tahap Kesedaran Kerjaya Pelajar India di Dua Buah Sekolah Menengah di Pelabuhan Klang. Universiti Malaya: Tesis Sarjana.

Arbaa, R., Jamil, H. & Abd Razak, N. (2010). Hubungan guru-pelajar dan kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti menghasilkan perbezaan pembelajaran antara jantina pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(2): 61-69.

(43)

102 Arifin, N. (2005). Persepsi Pelajar Terhadap Sikap, Pengetahuan dan Kemahiran dalam Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik di Batu Pahat, Johor. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Tesis Sarjana. Armi, A. N. (2012). Kajian Amalan Keselamatan di Bengkel Sekolah Menengah

Vokasional dalam Negeri Kelantan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Asri, N. (2013). Penerapan Pengajaran dan Pembelajaran melalui Amalan Bengkel dalam Meningkatkan Kemahiran Insaniah bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. (2010). Buku Maklumat Kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik Vokasional Tahun 2010. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. (2011). Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar. (2014). Perangkaan Pendidikan Negara: Sektor Pengajian Tinggi 2013. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Buntat, Y. & Mat Nasir, N. S. (2011). Faktor-faktor yang mendorong kreativiti di kalangan pelajar, Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Educational Psychology and Counseling, 6(1), 175-208.

Buntat, Y. & Sharif, F. (2006). Aspirasi Kerjaya Para Pelatih Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru Terhadap Latihan yang Diikuti. Dicapai pada Jun 10, 2015 dari eprints.utm.my/2270/1/Faizah.pdf.

Che Harun, H. (2010). Kecenderungan Pelajara Vokasional Melanjutkan Pelajaran ke Institut Latihan Kemahiran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Che Rusli, M. A. (2013). Bagaimanakah Keberkesanan Pengajaran Berteraskan Amali dalam Subjek Kemahiran Hidup Mampu Memberi Kefahaman dan Penguasaan

(44)

103 kepada Pelajar Bermasalah di Sekolah Menengah Harian Biasa. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tesis Sarjana.

Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 1: Kaedah Penyelidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 2: Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Daud, D. (2012). Kesedaran terhadap Peluang Melanjutkan Pengajian ke Institut Latihan Vokasional dalam Kalangan Pelajar SMV di Johor. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Damahuri, N. A. (2012). Kreativiti Pengajaran Guru dalam Mata Pelajaran Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Dewan Bahasa dan Pustaka.(2012). Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada Mei 5, 2015 dari http://prpm.dbp.gov.my/

Esa, A. & Mohd Fadzil, A. S. (2012). Aspek Pengetahuan dan Sikap terhadap Nilai di Bengkel Institut Latihan Awam Malaysia. Seminar Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi 2012. Hotel Residence Uniten, Selangor. m.s 1-11.

Gan, C.K. (2004). Amalan Keselamatan di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Kursus Amalan Bengkel Mesin Aliran Vokasional. Satu Tinjauan Di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

Hamid, N. H. (2012). Aspirasi Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Bermasalah

Pendengaran di Politeknik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana. Hassan, H., Ahmad, R. & Bahari, A. (2008). Kemahiran Insaniah dan Kepentingan

Penerapannya dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP. Dicapai pada November 28, 2015 dari

http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/5842/1/Kemahiran%2 0insaniah%20dan%20kepentingan%20penerapannya%20dalam%20program%20 baktisiswa%20perdana%20UniMAP.pdf

Referensi

Garis besar

Dokumen terkait

Input data nilai dengan menggunakan SPK untuk keempat aspek penilaian Henni Silvia yang ada di Carrefour. Tampilan input datanilai Henni Silvia dapat dilihat

Lanjut usia telantar berdasarkan Peraturan Menteri Sosial Republik Indonesia Nomor 08 Tahun 2012 adalah seseorang yang berusia 60 tahun atau lebih, karena faktor-faktor tertentu

Penulisan Skripsi yang berjudul “ Sekolah Internasional Berbasis Teknologi Di Kecamatan Beringin, Deli Serdang ” ini dimaksudkan untuk memenuhi syarat penyelesaian Pendidikan

Perbedaan ini terlihat pada ciri-ciri tutorial berikut ini : (a) interaksi tatap muka antara tutor dan mahasiswa terbatas; (b) mahasiswa dituntut untuk berupaya secara

Pajak merupakan sumber utama penerimaan negara.Tanpa pajak, sebagian besar kegiatan negara sulit untuk dapat dilaksanakan.PPh Pasal 22 Impor adalah pajak

Pembelajaran analisis inferensial statistik sering berkesan sangat membosankan dan menakutkan bagi mahasiswa. Perbandingan kemampuan analisis statistik inferensial mahasiswa

(3) Hasil belajar pendidikan kewarganegaraan pada kelompok siswa dengan kecerdasan sosial tinggi yang menggunakan metode kolaboratif lebih baik dibandingkan dengan kelompok

1. Sering tidak terkontrolnya keluar masuknya barang. Dikarenakan pengendalian internal yang dilakukan longgar. Hal ini menyebabkan saldo persediaan di gudang dan catatan tidak