Pendahuluan
Kepimpinan pada asasnya merupakan kebolehan seseorang untuk
mempengaruhi orang bawahannya dalam melaksanakan sesuatu tugas selaras
dengan matlamat yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi. Pemimpin pula
merupakan elemen penting yang menentukan matlamat organisasi itu tercapai.
Tahap kejayaan dan usaha sama pemimpin dan orang bawahan amat
berkaitrapat dengan komunikasi yang efektif. Oleh yang demikian, komunikasi di
dalam organisasi memiliki peranan yang amat penting dalam mencapai matlamat
organisasi.
Penyataan Masalah
Di dalam konteks organisasi hari ini, dapat dilihat bahawa kemahiran
komunikasi oleh pemimpin setiap organisasi adalah semakin lemah. Terdapat
banyak organisasi yang tidak mampu memenuhi matlamat sebenar organisasi
dan ada juga yang tidak berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang
dikehendaki. Hal ini sebahagian besarnya berlaku adalah kerana kelemahan
komunikasi di dalam organisasi tersebut. Di antara kelemahan yang dikenalpasti
diantaranya adalah pemimpin tidak memberi pengarahan kerja ataupun
pengarahan kerja yang diberi tidak jelas (job instruction), tiada penerangan atau
penjelasan dari pemimpin tentang mengapa sesuatu tugas perlu dilaksanakan
(job rational), pemimpin lebih gemar membuat keputusan tanpa mendengar
pendapat dan cadangan dari orang bawahan, pemimpin tidak memberi sebarang
motivasi kepada orang bawahan untuk meningkatkan kualiti kerja, tiada maklum
balas dari orang bawahan berkenaan tugas yang tidak dapat dilaksanakan atau
diselesaikan serta orang bawahan tidak berpeluang untuk menyampaikan
keluhan dan masalah kepada pemimpin.
Analisis
Walauapapun ciri kepimpinan yang diterapkan didalam sesuatu
organisasi, komunikasi di dalam organisasi tetap berjalan namun menjadi tidak
efektif, kurang berkesan serta banyak kelemahan akan berlaku. Ini adalah
disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya
ialah:-a) Kurangnya sifat terbuka antara pemimpin dan orang bawahan
menyebabkan berlakunya gangguan dalam penyampaian maklumat.
Secara umumnya pemimpin sesebuah organisasi kurang menitikberatkan
arus komunikasi ke peringkat bawahan seperti pendapat, cadangan serta
motivasi.
b) Kebanyakan pemimpin lebih gemar menyampaikan maklumat melalui
cara elektronik dan tulisan seperti e-mel dan memo berbanding
penyampaian secara lisan.
c) Maklumat berlebihan yang disampaikan kepada pekerja bawahan boleh mengakibatkan pekerja ini tidak meneliti maklumat secara menyeluruh
dan hanya mengambil tahu maklumat yang dirasakan penting bagi dirinya.
d) Penolakan Maklumat
Maklumat yang disampaikan kepada orang bawahan tidak
semuanya diterima Hal ini sering terjadi kerana terdapat perbezaan
pendapat diantara pekerja dan pemimpin serta perasaan tidak percaya
kepada pemimpin.