• Tidak ada hasil yang ditemukan

COVID-19: MENDATARKAN LENGKUNG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "COVID-19: MENDATARKAN LENGKUNG"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

COVID-19: MENDATARKAN

LENGKUNG

Dihantar oleh Tahir Ahmad | Apr 27, 2020 | covid-19, Fakulti Sains, Penyelidikan &

Pembangunan/Projek/Pengkomersilan Berimpak, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim,

Ulasan Pakar UTM mengenai Isu Semasa | 0 |

Malaysia kini dalam lanjutan fasa ke-3, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020.  Statistik kumulatif rasmi yang telah dikongsikan oleh

CARI ...

SUBMIT

NEWS

All UTM sta are welcome to submit any type of news, hard or soft. Hard news is the kind of fast-paced news that usually appears on the front page of newspapers. Read more >> Register here if rst you never submit/logi n to this portal Login

LATEST

NEWS

SIGNUP

LOGIN

STATISTICS

GUIDELINES

MELAYU

TRENDING: Panduan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Univers... CARIAN

(2)

Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 22 April 2020 menunjukkan jumlah kes aktif (1,987), jumlah kes sembuh dan discaj (3,452) dan jumlah kematian (93).  Jumlah kes keseluruhan Covid-19 di Malaysia setakat tarikh tersebut adalah 5,532 kes.

Trend penurunan kes baru Covid-19 di negara ini telah dikenalpasti seperti dipaparkan dalam graf (Rajah 1) yang telah diringkaskan dari laporan terdahulu bertajuk ‘Covid-19 dari Lensa Kelompok Kabur’ yang diterbitkan dalam UTM NEWSHUB pada 15 April 2020

(https://news.utm.my/ms/2020/04/covid-19-dari-lensa-kelompok-kabur/).

Rajah 1 : (a) Kes harian COVID-19 10 Mac sehingga 10 April (b) Kluster berperingkat melalui simulasi FACS untuk negeri-negeri di Malaysia dari 28- Mac hingga 5

April 2020

Dapatan 1 : Negeri-negeri dalam Malaysia Dapatan dari laporan terdahulu telah

memperkenalkan 3 Zon iaitu Zon 1 (terkawal), Zon 2 (sederhana) dan Zon 3 (bahaya) seperti Rajah 2a. Zon-zon ini kemudiannya diwakili oleh kluster-kluster negeri di Malaysia berdasarkan persamaan atribut yang dipunyai.

1. Zon 1 (hijau) terdiri daripada  negeri-negeri dalam Kluster 1  iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

2. Zon 2 (kuning) mewakili negeri-negeri dalam Kluster 3iaitu Pahang, Trengganu, Kelantan dan Sabah.

Pengurusan dan

Penyampaian Komunikasi yang Tepat dan Cepat Membantu Kawalan Covid-19 Program Bicarawara Sukan SITC UTM Himpun Ikon dan Pakar Pacu Kejayaan Bidang Sukan Tanah Air 297 Pelajar UTM dari Zon Timur ‘Balik Kampung’ Pengurusan Sekuriti dan Keselamatan Sukan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) MPPUTM main peranan penting bantu UTM hantar pulang pelajar IPT Staf FSSH Panel Jemputan Kempen ‘Anak Johor, Bangsa Membaca’ Dr Rabeatul Husna, SHARPS Kupas Isu Norma Baharu Dalam Astro Awani

(3)

Zon 3 (merah) pula terdiri daripada negeri-negeri Kluster 2iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berserta negeri-negeri di dalam Kluster 4 iaitu Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya.

Ketiga-tiga zon ini dipamerkan dalam Rajah 2 (a) dan butiran kes-kes yang dilaporkan mengikut tarikh pula dipaparkan dalam Rajah 2 (b).

Rajah 2: (a) Tiga zon di Malaysia

(b) Bilangan kes baru COVID-19 bagi tempoh 28 Mac hingga 5 April 2020

Keberkesanan tindakan yang e sien dan cepat bagi membendung penularan rantaian wabak seperti penutupan sempadan dan perancangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terancang oleh kerajaan Malaysia telah menghasilkan aliran penurunan.  Strategi ini merupakan kaedah yang dipanggil mendatarkan lengkung atau

puncak ( atten the curve or peak) iaitu teminologi yang kini digunapakai untuk mengawal penularan pandemik Covid-19 ini kepada kadar minimum atau sifar.

Lengkung yang dimaksudkan merujuk kepada bilangan individu yang terkesan oleh virus Covid-19 dan bentuk lengkung tersebut bergantung kepada kadar jangkitan terkini.  Terminologi atten the curve berasal dari perkataan atten the epidemic peak (Rajah 3). Pertama kali ianya diperkenalkan dalam artikel bertajuk ‘Interim pre-pandemic guidance:  Community Strategy for Pandemic In uenza Mitigation in the United States – Early, Targeted, Layered Use of Nonpharmaceutical Interventions’ dalam makalah yang

UTM Hantar 270 Pelajar Zon Tengah Pulang Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Era Kebiasaan Baharu (New Normal) LO jayakan agenda penghantaran pulang pelajar IPT dari Zon Selatan Penerusan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 – 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020 bagi warga Universiti Teknologi Malaysia Menangani Cabaran Norma Baharu Pembelajaran dan Pengajaran Era Covid-19 Penjelasan Isu Pelajar Ph.D UTM UTM Hantar 177 Pelajar Pulang Ke Kampung Halaman YB Shahar Sumbang Makanan Untuk

(4)

diterbitkan oleh Centers for Disease Control and Prevention, U.S. Department of Health and Human Services pada tahun 2007.

Rajah 3: Mendatarkan Lengkung  

Dapatan 2 : Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia  dan Brunei

Bagi merancang strategi mendatarkan lengkung lebih berimpak dan lestari, data semasa Malaysia perlu dibandingkan dengan negara-negara jiran yang terdekat seperti Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.  Perolehan maklumat bagi negara-negara tersebut telah dikumpul bermula 13 Januari sehingga 17 April 2020 melalui hyperlink yang telah dikenalpasti dan kemudiannya diilustrasikan dalam Rajah 4.  

Rajah 4: Kes baru negara Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei dari 13 Januari sehingga 17 April

2020

Kaedah Teknik Set AutoPemangkin Kabur (Fuzzy Autocatalytic Set – FACS) telah digunakan bagi

PREVIOUS

MONTHS’

NEWS

(5)

menganalisa data yang diperolehi dan menghasilkan graf diskrit berkelompok dalam Rajah 5.

Merujuk Rajah 5, terdapat satu titik berada di kedudukan paling terpencil di bahagian atas  garis y=8 dan terasing dari titik-titik yang lain.  Titik tersebut adalah merujuk kepada Singapura di mana kedudukannya jauh terletak dari negara lain

disebabkan Singapura adalah negara terawal melaporkan kes Covid-19 iaitu pada bulan Januari berbanding dengan empat negara lain.  Walau bagaimanapun, negara tersebut lewat mengambil tindakan segera bagi mengawal penularan wabak dan mengakibatkan kedudukannya dalam usaha

mendatarkan lengkung secara serius adalah sama seperti Malaysia, Thailand dan Brunei iaitu hanya berlaku pada akhir Mac 2020.

 

Rajah 5:  Analisis FACS bagi data lima negara (13 Januari – 17 April 2020).

Merujuk Rajah 5 juga,  titik biru yang mewakili Brunei menunjukkan frekuensi tertinggi atau pengulangan yang paling kerap berlaku pada garis x = 0.  Ini menunjukkan bahawa kadar kes baru bagi Brunei adalah sangat konsisten pada kedudukan yang sama antara 13 Januari sehingga 17 April 2020. Ini berlaku disebabkan Brunei telah mengambil tindakan efektif dalam menangani isu Covid-19.

Bagi dapatan yang seterusnya, kelima-lima negara ini telah dikelompokkan dalam dua zon iaitu Zon Selesa (hijau) dan Zon Mitigasi (kuning).  Di Zon mitigasi inilah berlakunya usaha serius untuk mendatarkan

(6)

lengkung oleh setiap negara (Rajah 6). Manakala, Zon Selesa pula menunjukkan sebaliknya dalam usaha mengembalikan kenormalan lengkung.

Rajah 6: Zon Selesa dan Zon Mitigasi (13 Januari sehingga 17 April 2020).

Penentuan kedudukan lima negara dalam kedua-dua zon ini telah dikenalpasti melalui hasil nilai koordinat Cartesian menerusi teknik FACS dimana butiran terperinci nilai koordinat tersebut ditunjukkan dalam Jadual 1 hingga 5.

Singapura dan Indonesia mempamerkan nilai kordinat y yang terlalu kecil dan diserlahkan dengan warna merah.  Ini boleh dirumuskan bahawa kedua-dua negara ini berada dalam kedudukan bahaya dan perlu lebih berjaga-jaga dalam proses mitigasinya.  Situasi ini disebabkan kelewatan Singapura dalam membuat keputusan  menangani isu Covid-19 walaupun kes pertamanya dicatatkan lebih awal dari negara-negara jirannya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7. Indonesia juga berada dalam kelompok ini kerana masalah yang sama iaitu tidak mengenakan perintah pengawalan pergerakkan mahupun penjarakan sosial dengan segera.

(7)

 

Jadual 2: Koordinat Cartesian bagi Singapura.  

Jadual 3: Koordinat Cartesian bagi Thailand  

Jadual 4: Koordinat Cartesian bagi Indonesia  

Jadual 5: Koordinat Cartesian bagi Brunei  

(8)

Rajah 7:   Kawalan pergerakan bagi negara-negara Asia, Australia dan New Zealand.

Berdasarkan Jadual 1, 3 dan 5, ketiga-tiga negara iaitu Malaysia, Thailand dan Brunei tidak merekodkan sebarang nilai y yang terlalu kecil jika dibandingkan dengan Singapura dan Indonesia.  Ini boleh

dirumuskan bahawa kadar kes baru bagi ketiga-tiga negara ini mula mengalami aliran penurunan dan merupakan petunjuk yang positif dalam kejayaan mitigasinya.

Mengambil negara Malaysia sebagai contoh dalam usaha mendatarkan lengkung, ianya telah di laksanakan dengan cepat, bijak, dan efektif apabila pengumuman Fasa 1 PKP pada 18 Mac 2020 diperintahkan sebaik sahaja kluster tabligh telah dikenalpasti pada 13 Mac. Strategi imuniti kelompok (herd immunity), dimana konsepnya ditunjukkan dalam Rajah 8, bukan lagi dilihat sebagai satu pilihan apabila kluster ini dikenalpasti kerana ia tidak akan

(9)

memberi sebarang kesan selagi vaksin Covid-19 tidak ditemui.

Rajah 8:   Imuniti kelompok (sumber:  wikipedia.org)

Dengan tindakan dan perancangan strategik yang telah diambil oleh Malaysia melalui perintah penutupan sempadan dan perintah kawalan pergerakan sekaligus, ini merupakan langkah tepat bagi membantu mendatarkan lengkungnya secara konsisten walaupun kes pertama Covid-19

dikenalpasti hanya pada 24 Januari berbanding dengan Singapura yang lebih awal mengesan kes pertamanya  pada 23 Januari.

Begitu juga dengan Indonesia yang mengenalpasti kes pertamanya pada 2 Mac tetapi tidak mengenakan kawalan pergerakan ke atas rakyatnya dengan

segera.  Berbeza pula dengan Brunei. Walaupun bilangan rakyatnya yang kecil dan mudah dikawal tetapi telah mengambil langkah yang bijak sebaik sahaja kes pertama dikesan pada 9 Mac dan menjadikan mereka antara negara yang konsisten dalam mengawal penularan pandemik Covid-19. Akhir kata, bagi memastikan usaha mendatarkan lengkung pandemik Covid-19 berjaya, kata kuncinya adalah masa dan metod pencegahan sejurus kes pertama dikesan.

“When an outbreak is found somewhere…sooner the outbreak can be everywhere!!”.

(10)

Penghargaan:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Institut Kesihatan Negara (NIH) di atas kerjasama dan kebenaran penggunaan data yang diterbitkan. Fakulti Sains dan Sekolah Perniagaan

Antarabangsa Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia di atas sokongan berterusan dalam penerbitan artikel ini.

Prof. Dr. Kamariah Ismail, Universiti Teknologi Brunei. Rujukan: 1. Brunei (http://www.moh.gov.bn/SitePages/pressreleaseCO VID-19.aspx) 2. Indonesia (https://covid19.kemkes.go.id/) 3. Malaysia (moh.gov.my), 4. Singapura (https://co.vid19.sg/singapore) 5. Thailand ( https://reliefweb.int/report/thailand/coronavirus- disease-2019-covid-19-who-thailand-situation-report-04-april-2020) 6. Thailand ( https://reliefweb.int/report/thailand/coronavirus- disease-2019-covid-19-who-thailand-situation-report-04-april-2020)   Disediakan oleh:  

(11)

  

KONGSI: KADAR:

Pensyarah UTM bangunkan Kubikel Saringan COVID-19 mesra petugas

Pergerakan Pertama Pulang Ke Rumah/Kampung Halaman Semasa Tempoh PKP Pelajar IPT

MENGENAI PENGARANG

Tahir Ahmad

Professor Dr. Tahir Ahmad is a professor of mathematics at

Department of Mathematical Sciences, UTM. He has conducted research in the

eld of fuzzy theory and applications, mathematical modeling related to industrial, medical, environmental and others. He has written and published many papers on mathematical modeling and fuzzy theory and applications in local and international

(12)

applications in local and international journals.

POST BERKAITAN

UTM cipta reaktor mini biodiesel Jun 4, 2014 KUNJUNGAN PAKAR ANTARABAN GSA BIDANG MEMBRAN PENYULING AN DARI UNIVERSITY COMPLUTEN SE OF MADRID, SPAIN DAN UNIVERSITY OF JORDAN KE AMTEC UTM Jun 28, 2018 Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor 2019-2023 UTM-JPNJ Dukung Aspirasi SDG Universiti Mac 3, 2019 Seminar penyelidikan “Mixed Methods” antara aktiviti menarik ICRIIS2019 Disember 17, 2019 NAMA * EMEL *

TINGGALKAN PESANAN

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Simpan nama, emel, dan laman web saya dalam pelayar ini apabila KOMENTAR

(13)

POS KOMEN

p y p y p

saya mengulas pada masa hadapan.  Yes, add me to your mailing list

Tel: +607-553 3333 More Contacts

Referensi

Dokumen terkait

Guru dengan kepribadian ekstrovert bebas dari kecemasan dari hasil wawancara peneliti dengan semua guru yang mengajar di TK pertiwi Setda Kota Pontianak diketahui bahwa

Sentra jagung dengan produksi lebih dari 3.846 kwintal meliputi Kecamatan Puring, Ambal dan Buluspesantren, sedangkan sebanyak 11 kecamatan tidak memiliki

Dalam penelitian ini penulis menganalisis kinerja keuangan pada Koperasi Kartika Kuwera Jaya dengan menggunakan Peraturan Menteri Negara Koperasi dan Usaha Kecil

Aplikasi client pada android yang terhubung dengan internet melakukan request data kepada server yang dimana didalam server tersebut permintaan dari client ke server

Dan dari 100% responden yang 95% sangat setuju dan 5% setuju dengan pernyataan bahwa selain untuk merokok Smoking Area ini juga digunakan untuk tempat belajar

Mereka ini terdiri daripada 121 orang yang merupakan individu yang telah dikenalpasti sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID-19, satu (1) orang adalah individu yang balik

Biaya yang telah dikeluarkan untuk pengadaan Vaksin COVID-19 dan pelaksanaan Vaksinasi COVID-19 merupakan bagian dari biaya ekonomi untuk penyelamatan perekonomian dari

Biaya yang telah dikeluarkan untuk pengadaan Vaksin COVID-19 dan pelaksanaan Vaksinasi COVID-19 merupakan bagian dari biaya ekonomi untuk penyelamatan perekonomian dari