• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

“Iron Maiden Pump Oil” merupakan sebuah mesin yang tercipta hasil daripada idea yang diambil daripada mesin pam minyak kotak gear yang sedia ada di pasaran. Idea ini terhasil melalui proses pemerhatian kami di mana mesin yang sedia ada diinovasikan menjadi mesin “Iron Maiden Pump Oil” untuk memudahkan golongan mekanik melakukan kerja mengisi minyak kotak gear manual tanpa memerlukan dua orang pekerja pada satu masa. Hal ini kerana mesin yang sedia ada memerlukan tenaga dua orang pekerja yang di mana salah seorang pekerja perlu mengepam secara manual manakala seorang lagi perlu memegang hos paip sambil mengetatkan skru. Reka bentuk mesin ini diambil daripada idea proses bagaimana mesin pam yang sedia ada di inovasikan daripada menggunakan tenaga manusia kepada kuasa putaran mesin. Kuasa putaran mesin ini menggunakan gabungan sistem stereng kuasa dengan motor penggelap cermin(wiper) yang menggunakan tenaga bateri yang boleh dikendalikan oleh seorang mekanik sahaja melalui suis yang di pasang pada mesin.

(2)

2 1.2 Latar Belakang Kajian

Mesin pam minyak kotak gear yang sedia ada di pasaran menggunakan dua cara kendalian yang di mana kedua dua kaedah mempunyai beberapa kekurangan dari segi penggunaan tenaga dan kecekapan.. Kaedah yang pertama menggunakan kaedah manual di mana mekanik sendiri perlu mengepam minyak secara manual yang memerlukan dua orang pekerja dan jumlah tenaga yang banyak. Kaedah yang kedua pula menggunakan kendalian automatik di mana mesin pam minyak menggunakan pemampat udara yang sukar di bawa ke mana sahaja. Melalui dua kekurangan yang terdapat pada mesin yang sedia ada, maka terciptanya mesin “Iron Maiden Pump Oil” yang mempunyai beberapa ciri-ciri yang lebih proaktif. Antara ciri-ciri mesin ini ialah:-

1. Reka bentuk yang lebih mudah di bawa dan di kendalikan 2. Mengurangkan pengunaan tenaga kerja

3. Mengunakan tekanan yang rendah untuk memasukkan minyak ke dalam kotak gear

4. Sesuai umtuk semua jenis kenderaan 5. Mesra pengguna dan lebih sistematik

1.3 Pernyataan Masalah

Mesin minyak kotak gear manual pada masa ini memerlukan dua orang pekerja untuk mengisi minyak kotak gear, hal ini akan memerlukan dua tenaga kerja dan tidak dapat menjimatkan masa yang diperlukan. Dengan terciptanya mesin “Iron Maiden Pump Oil” ini dapat menjimatkan masa kerana ia hanya memerlukan seorang pekerja sahaja untuk mengisi minyak kotak gear. Selain itu, mesin minyak kotak gear automatik pula pada masa ini memerlukan pemampat udara, hal ini akan menyebabkan kesukaran bagi mekanik untuk mengisi minyak kotak gear jika kenderaan seperti lori terletak di tempat yang jauh. Jika terciptanya mesin “Iron Maiden Pump Oil” ini ia akan memudahkan mekanik untuk mengisi minyak kotak gear kerana mesin ini mudah dibawa ke mana sahaja dengan menggunakan bateri yang telah disediakan di dalam projek mesin “Iron

(3)

3 Maiden Pump Oil”. Seterusnya kebanyakkan bengkel menggunakan mesin manual kotak gear kerana kosnya yang murah, tetapi kekurangan mesin manual ini adalah bertekanan tinggi kerana menggunakan daya yang kuat dan kurang efisyen kerana mekanik akan terkena minyak atau minyak tumpah ke lantai jika berlakunya percikkan minyak semasa mengisi. Selain itu, mesin yang sedia ada juga menggunakan jumlah tenaga manusia yang begitu banyak. Oleh itu, mesin “Iron Maiden Pump Oil” ini dicipta dengan kuasa bertekanan yang rendah untuk mengelakkan berlakunya lelehan dan percikan semasa mengisi minyak kotak gear. Selain itu, mesin pam minyak manual yang terdapat di bengkel mempunyai kapasiti tangki yang besar yang membolehkan banyak minyak kotak gear diisi, sedangkan disesetengah bengkel ada pelanggan yang membawa minyak kotak gear sendiri. Untuk mengelakkan berlakunya campuran minyak bengkel dengan minyak yang dibawa pelanggan, maka mesin “Iron Maiden Pump Oil” ini direka dimana minyak pelanggan boleh diisi tanpa perlu menyukarkan mekanik untuk menukar minyak yang sedia ada di dalam mesin manual di bengkel

1.4 Objektif Kajian

1. Mereka bentuk sebuah mesin yang dapat menjimatkan tenaga manusia semasa kerja pengisian minyak kotak gear.

2. Mengenalpasti perbezaan perlaksanaan penggunaan sistem pam minyak kotak gear manual dengan mesin pam minyak “Iron Maiden Pump Oil”.

3. Menguji dan menganalisa penggunaan mesin yang sedia ada dengan “Iron Maiden Pump Oil” dari segi penggunaan tenaga, masa dan kecekapan kerja.

(4)

4 1.5 Skop Kajian

Projek kami ini diskopkan kepada kenderaan berat jenis pacuan empat roda kerana mesin pam minyak kotak gear yang ada pada masa kini memerlukan lebih dari seorang pekerja untuk mengisi minyak kotak gear. Dengan terciptanya mesin “Iron Maiden Pump Oil” ini, maka proses mengisi minyak kotak gear akan lebih mudah dilakukan oleh mekanik kerana mesin ini hanya memerlukan kendalian seorang mekanik sahaja. Selain itu, mesin ini diskopkan kepada kenderaan jenis pacuan empat roda kerana kotak gear kenderaan pacuan empat roda terletak di tengah “chasis” kenderaan dimana untuk mengisi minyak kotak gear kenderaan ini memerlukan sejenis pam minyak yang menggunakan konsep graviti. Konsep graviti ini adalah konsep di mana tangki berada ditengah “chasis” dan minyak yang berada selari dengan tangki tidak dapat di hantar dengan sepenuhnya. Untuk mengatasi masalah ini, sebuah mekanisma diperlukan untuk membolehkan minyak dihantar kedalam kotak gear menggunakan tekanan yang sesuai dan secara penuh. Dengan terciptanya mesin “Iron Maiden Pump Oil” ini maka minyak dapat dihantar kedalam kotak gear dengan lebih sistematik kerana mesin ini menggunakan putaran dari motor penggelap cermin (wiper) dan kuasa dari pam stereng kuasa. Disamping itu, mesin diskopkan kepada kenderaan jenis pacuan empat roda kerana kenderaan tersebut menggunakan minyak kotak gear jenis ST90 yang mempunyai kelikatan yang tinggi dan juga jisim yang berat. Mesin pam ini dapat memudahkan penghantaran minyak kotak gear kedalam kotak gear dengan lebih lancar.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini sangat penting bagi meluaskan lagi tentang reka cipta yang dihasilkan di negara kita. Justeru itu dengan terhasilnya projek “Iron Maiden Pump Oil” ini, projek ini dapat menaiktaraf lagi produk buatan Malaysia yang boleh berdaya saing dengan produk dari negara lain. Penghasilan projek “Iron Maiden Pump Oil” ini dapat meningkatkan lagi keuntungan sesebuah bengkel kerana mesin ini dapat menjimatkan penggunaan masa pekerja lain yang mana pekerja tersebut dapat melakukan kerja lain

(5)

5 pada satu masa. Dengan itu keuntungan bengkel akan meningkat dari segi penggunaan tenaga kerja, kos dan penjimatan masa kerana banyak kerja boleh dilakukan pada satu masa. “Iron Maiden Pump Oil” ini direka bagi memudahkan mekanik untuk melakukan kerja mengisi minyak kotak gear sekaligus dapat menarik minat bengkel lain untuk membeli produk ini dan menggunakannya secara meluas.

1.7 Kerangka Kajian Produk Inovasi

Sumber kuasa (bateri 12 voltan) Motor pengilap cermin (motor wiper) Pam stering kuasa Sumber minyak Kotak gear (gearbox)

(6)

6 BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian literatur merupakan satu proses kajian ilmiah dan kajian terdahulu yang dijalankan terhadap sesuatu produk yang sedia ada tetapi memerlukan pengubahsuaian atau penambahbaikan bagi mengatasi masalah pada produk tersebut dalam menghasilkan produk yang jauh lebih berkualitii dari yang sedia ada dalam pasaran. Dalam bab ini juga kami akan mengkaji jenis-jenis pam minyak kotak gear yang telah ada di pasaran dan cara-cara setiap pam minyak itu berfungsi. Hasil daripada kajian ini akan diolah dan dianalisa untuk digunakan dalam kajian bagi mendapatkan hasil kajian mengenai pam minyak kotak gear.

Bab ini juga dapat memberikan panduan kepada kami tentang kajian yang sepatutnya dilakukan bagi mendapatkan hasil kajian yang terbaik. Selain itu, kajian literatur juga dapat membantu kami dengan membandingkan hasil kajian yang terdahulu dan juga dapat mengambil contoh-contoh yang terbaik. Disamping itu juga kajian literatur juga dapat membantu dalam memperbaiki kekurangan yang terdapat dalam kajian terdahulu dan di aplikasikan didalam kajian yang dilakukan.

(7)

7 2.2 Jenis-Jenis Pam

2.2.1 Pam Air

Pam air merupakan sejenis mesin yang digunakan dalam banyak industri termasuk industri pertanian. Kegunaan pam air dalam kilang industri pembuatan, syarikat bekalan air, industri minyak dan gas, industri pengangkutan dan perumahan memang diperlukan. Sektor pertanian yang menjadi nadi kepada bekalan makan juga amat bergantung kepada pam air untuk menyediakan air yang mencukupi bagi tanaman terus hidup,subur dan mengeluarkan hasil makanan. Industri pam air juga dikira amat besar diseluruh dunia kerana ia dikira sebagai satu keperluan dalam kemajuan sesuatu negara. Selain daripada membeli pam air baru, lazimnya kita perlu buat penyelengaraan pam air mengikut jadual. Pam biasanya digunakan bagi meningkatkan lagi tekanan sistem supaya bendalir bagi sistem tersebut dapat dipindahkan ke satu bahagian yang lain. Sebagai contoh keperluan untuk kita air dari perigi ke paras muka bumi, dari sungai ke rumah kediaman dan dari lombong dipam ke kawasan kebun pertanian atau kolam tangki simpanan. Fungsi utama pam hanya digunakan untuk menghantar bekalan bendalir dari satu kawasan yang rendah ke mana-mana kawasan yang lebih tinggi. Ini amat berbeza jika penghantaran air dari kawasan tinggi ke kawasan yang lebih rendah memang tidak perlu gunakan pam air kerana air akan disebarkan melalui tekanan graviti sahaja.

2.2.2 Pam Minyak (Oil Pump)

Pam minyak merupakan nadi bagi sistem pelinciran. Ia berfungsi untuk mengepam dan menyedut minyak dari takung minyak untuk dihantar ke seluruh bahagian enjin yang bergerak. Pam minyak menggunakan kuasa putaran (pulley) untuk mengerakkan komponen di dalam pam minyak.

(8)

8 2.2.3 Pam Stereng Kuasa

Sistem stereng kuasa menggunakan kuasa hidraulik untuk membantu pemandu memusingkan roda. Asas sistem stereng kuasa mengandungi satu pam, hos dan piston. Pam dipacu oleh enjin dan digunakan untuk mengerak kuasa hidraulik bagi menjalankan sistem. Hos menyambungkan pam ke “power piston”. “Power piston” menggunakan kuasa hidraulik yang digerakkan oleh pam bagi membantu mengerakkan gear stereng atau perangkai (linkage).

2.3 Jenis-jenis Motor

2.3.1 Motor Jenis Arus Terus ( Direct Current )

Motor jenis arus terus merupakan sejenis motor elektrik yang menggunakan sumber tenaga daripada bateri. Moto jenis arus terus bergerak dalam satu arah sahaja dan kebiasaannya digunakan dalam alatan elektrik yang berkuasa rendah.

2.3.2 Contoh Contoh Motor Jenis Arus Terus

2.3.2.1 Tingkap Kuasa

Motor elektrik digunakan untuk menaikan dan menurunkan cermin pintu, mengganti cara mekanikal (diputar dengan tangan ). Dalam sistem ini , menggunakan empat unit motor AT magnet kekal, pemutus litar, geganti dan suis pengawal. Suis jumpelang dengan tiga kedudukan supaya pengutuban boleh ditukar untuk menaikkan dan menurunkan cermin pintu. Pada pemandu terdapat empat suis utama, satu suis untuk setiap pintu dan satu suis berasingan untuk memutuskan bekalan arus pada pintu belakang. Pada setiap pintu dipasang dengan motor elektrik untuk memutar mekanisma menaik dan menurun cermin pintu. Motor boleh memacu pada dua arah yang

(9)

9 bertentangan. Apabila motor berputar, rangkaian yang disambung ke cermin pintu akan mengatur menaik atau turun. Dalam litar yang terlibat untuk mekanisma menaikkan dan menurunkan cermin pintu, apabila suis diletakkan pada arah yang dikehendaki, gegelung dalam geganti akan bergerak dan motor akan beroperasi dan setetusnya akan menaikkan dan menurunkan cermin.[5]

2.3.2.2 Motor Penggelap Cermin (Wiper)

Motor “wiper” digerakan oleh arus yang dialiri oleh bateri dan menuju ke motor wiper tersebut sehingga motor “wiper” dapat bergerak. Pada “wiper”, ada pergerakan yang sering kita lihat iaitu perlahan, cepat dan perlahan berjangka waktu. Kecepatan rendah dan tinggi “wiper” dikawal dengan cara mengalirkan arus dari “brush” ke “coil”. Apabila arus mengalir pada “coil” dari “brush” kecepatan rendah akan dihasilkan gaya lawanan elektromotif yang besar.[5]

2.3.3 Motor Jenis Arus Ulang Alik (Alternate Current)

Motor jenis arus ulang alik biasanya digunakan dalam alatan elektrik yang berkuasa tinggi motor arus ulang alik bergerak dalam dua arah bertentangan secara berulang[5]

(10)

10 2.3.4 Contoh Contoh Motor Jenis Arus Ulang Alik

2.3.4.1 Motor AC Sinkron

Motor sinkron adalah motor AC, bekerja pada kecekapan tetap pada sistem frekuensi tertentu. Motor ini memerlukan arus searah (DC) untuk pembangkitan daya dan memiliki torque awal yang rendah, dan oleh itu motor sinkron sesuai untuk penggunaan awal dengan beban yang rendah seperti pemampat udara.[5]

2.3.4.2 Motor Induksi

Motor induksi merupakan motor yang paling umum digunakan pada pelbagai peralatan industri. Motor ini sering digunakan kerana sistem yang sedarhana, murah dan mudah didapati serta boleh disambung terus ke sumber daya “AC”[5]

2.4Jenis-jenis Sistem Putaran

2.4.1. Pulley

“Pulley” merupakan alat yang digunakan sebagai penghantar daya yang berfungsi sebagai sabuk untuk menjalankan kekuatan. Fungsi “pulley” ialah menghantar daya. “Pulley” mempunyai fungsi penghubung mekanisma kepada AC, “Power Stering”, “Alternater” dan lain-lain lagi.[4]

(11)

11 2.4.2 Sprocket

Meneruskan tenaga gerak ke “track” melalui “bushing”. Selain itu, mengubah putaran menjadi pulungan pada “track” agar unit dapat bergerak.[1]

2.5 Jenis-Jenis Penghantaran Kuasa

2.5.1 Tali Sawat

“Belting” digunakan dalam sistem enjin penghawa dingin, “charging sistem”, “cooling” sistem. “Belting” berfungsi menerima geseran yang tinggi daripada pemindahan kuasa putaran “crank shaft pulley” kepada “pulley-pulley” lain yang bersambung dengannya tanpa tergelincir atau terseret. Ia mestilah boleh melentur mengikut lenggokan “pulley” dan tahan kepada suhu kepanasan yang tinggi. Sebagai contoh tali sawat ialah tali sawat kereta yang digunakan pada sistem putaran “aircond”. Kelebihan menggunakan tali sawat ini ialah ia tahan pada suhu kepanasan yang tinggi. Kebiasaannya suhu di sekitar enjin sangat panas dan sesuai menggunakan tali sawat.

2.5.2 Rantai

Rantai memiliki kemampuan lebih baik untuk mengurangi hilangnya tenaga “power loss” dari mesin sampai ke roda. Sebagai contoh penggunaan rantai adalah pada kenderaan dua roda. Kelebihan rantai ini adalah kuat dari segi bentuk dan keburukkan pada rantai ini ialah sifatnya yang mudah karat jika tidak diselenggara.

(12)

12 2.6 Kelikatan Minyak

Kelikatan minyak diukur menggunakan “viscometer”. Kelikatan minyak menggunakan prinsip dalam 1 saat ada berapa titik. Contoh kelikatan minyak ialah mempunyai warna merah iaitu warna normal minyak kotak gear dan seakan kehitaman akibat kehausan kehausan klac berlaku. Selain itu, dapat berfungsi pada suhu yang tinggi pada masa yang lama.

2.7 Jenis-jenis Tangki Simpanan

2.7.1 Tangki Simpanan Air Jenis Plastik

Tangki air dirancang untuk memenuhi keperluan air yang bersih. Ada pelbagai jenis tangki air yang dapat kita ketahui tetapi projek ini diskopkan pada tangki air yang kecil seperti tangki air bagi kenderaan seperti 4 roda. Kelebihan yang dapat diambil pada tangki jenis plastik ialah harga yang murah dan mudah dibersihkan kerana dinding yang halus dan licin. Bagi kekurangnya pula ialah kurang tahan terhadap lumut khususnya yang berwarna terang seperti kuning.

2.7.2 Tangki Simpanan Air Jenis Besi

Tangki simpanan air jenis besi kelihatan lebih baik dan tahan terhadap lumut. Namun terdapat kekurangan yang ada pada tangki simpanan jenis besi iaitu kemungkinan berkarat dan harga yang mahal.

(13)

13 2.8 Jenis-jenis Hos

2.8.1 Hos (Caterpillar) 1956

Memenuhi syarat syarat dalam standart DIN200234SP. Hos ini memiliki 4 lapisan berbentuk spiral. Selain itu, hos ini digunakan dalam “wheel excavator” siri EHEX dan M serta berwarna hitam, hijau dan timbul.

2.8.2 Hos Bertekanan Rendah

Hos yang memenuhi standard SAE100R1 jenis AT serta digunakan untuk bendalir hidraulik,petroleum yang bersuhu tinggi, minyak yang panas, serta minyak mentah. Hos ini mempunyai “cover” berwarna hitam dan biru timbul.

2.9 Jenis tayar

2.9.1 Tayar 360 darjah

Boleh berpusing pada semua arah dalam satu masa dan mudah dikendalikan serta sesuai untuk permukaan yang rata.

2.9.2 Tayar Biasa

Boleh berpusing pada satu arah sahaja dan sesuai digunakan pada permukaan yang tidak rata.

(14)

14 2.10 Kajian Terdahulu

Di dalam era globalisasi yang semakin maju dan membangun ini, banyak mesin-mesin dan alatan yang telah dicipta untuk kegunaan di bengkel. Antara mesin-mesin yang telah ada di pasaran adalah mesin mengepam minyak kotak gear yang menggunakan tangan dan juga menggunakan kuasa daripada pemampat angin. Kami telah melakukan beberapa kajian mengenai mesin tersebut dan kami telah mengumpul beberapa maklumat yang penting untuk dijadikan rujukan bagi penciptaan mesin kami. Antara maklumat yang penting dalam kajian ini ialah mesin sedia ada di pasaran menggunakan tenaga manusia untuk menggerakan mesin tersebut, Individu perlu mengepam mesin menggunakan tangan untuk menghantar minyak kotak gear kedalam tangki minyak kotak gear. Selain itu, mesin tersebut mengunakan tekanan yang tinggi untuk menghantar minyak yang menyebabkan berlakunya lelehan semasa minyak keluar. Di samping itu, terdapat juga mesin yang menggunakan kuasa pemampat angin yang kebanyakkannya digunakan pada kenderaan jenis kontinental seperti BMW, MERCEDES dan juga AUDI. Mesin ini memerlukan kos yang tinggi untuk di beli dan tidak sesuai untuk bengkel-bengkel yang kecil.

(15)

15 2.11 Rumusan

Hasil dari kaji selidik kami, kami telah membuat beberapa pemilihan komponen yang sesuai untuk penghasilan projek kami. Antara komponen yang sesuai dengan projek kami ialah menggunakan pam stereng kuasa kerana pam ini juga menggunakan minyak ATF dimana sesuai dengan minyak kotak gear. Seterusnya komponen yang dipilih bagi penggunaan motor ialah motor pengilap cermin (wiper) kerana motor pengilap cermin (wiper) ini boleh memacu pada dua arah yang bertentangan. Selain itu. Ia juga menghasilkan kuasa yang kuat walaupun pergerakkan motor itu perlahan. Bagi komponen untuk sistem penghantarankuasa kami menggunakan “sprocket” kerana ia membantu untuk menghasilkan daya gerakkan yang sesuai pada pam stereng kuasa serta daya sedutan akan berlaku. Seterusnya ia juga berfungsi dalam keadaan yang berminyak dan tahan lama. Tambahan lagi komponen yang digunakan ialah rantai kerana ia bersesuaian dengan “sprocket” yang telah kami kaji. Kelebihan rantai ia bersesuaian dengan keadaan yang berminyak serta mudah untuk diselenggarakan. Seterusnya, tangki simpanan air jenis plastik adalah komponen yang kami pilih kerana harganya yang murah, ringan dan tidak mudah berkarat. Komponen seterusnya ialah hos bertekanan rendah kerana ia dapat digunakan untuk bendalir hidraulik seperti minyak ATF yang sangat bersesuian. Selain itu, ia dapat menampung kepanasan minyak ATF. Seterusnya jenis tayar yang telah kami pilih ialah tayar biasa kerana ia mudah dikendalikan dan sesuai pada permukaan bengkel yang tidak rata.

(16)

16 BAB 3

METADOLOGI

3.1 Pengenalan

Pemilihan tajuk merupakan langkah yang paling awal di tempuhi sebelum memulakan kerja kerja yang berkaitan dengan projek. Tajuk projek yang dipilih perlulah bersesuaian dengan taraf diploma kerana ianya satu projek akhir sepanjang pengajian dalam kursus diploma kejuruteraan mekanikal(automotif) ini. Selain itu, pemilihan projek yang bersesuian membantu daya pemikiran yang kreatif dan inovatif disamping ia melambangkan taraf pemikiran seseorang individu dan setinggi mana taraf pengetahuan individu tersebut dalam aspek aspek melibatkan mekanikal am. Seterusnya rangka kerja atau carta alir diperlukan bagi perlaksanaan kerja lebih teratur dsn sistematik. Ini dapat membantu dalam penghasilan kerja tanpa sebarang masalah dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan serta masa.

(17)

17 3.2 Rekabentuk Kajian

3.2.1 Lakaran 1

Rajah 3.2.1 : Lakaran Pilihan 1

Rajah 3.2.1 menunjukkan lakaran pilihan 1 dimana mesin ini menggunakan pam power stereng serta motor tingkap kuasa. Pada bahagian pemegang mesin ini menggunakan dua pemegang. Selain itu, cara penghantaran kuasa mesin ini menggunakan “sprocket” dan juga rantai. Tayar biasa digunakan sebagai pergerakan mesin. Tangki simpanan untuk mesin ini adalah tangki simpanan jenis plastik.

(18)

18 3.2.2 Lakaran 2

Rajah 3.2.2 menunjukkan lakaran pilihan 2 dimana mesin ini menggunakan pam stereng kuasa dan motor tingkap kuasa sebagai kuasa untuk mengerakkan sistem mesin ini. Mesin ini menggunakan tali sawat dan “pulley” sebagai sistem penghantaran kuasa mesin ini. Selain itu, tayar 360 darjah digunakan sebagai pergerakkan mesin ini untuk bergerak. Mesin ini menggunakan dua tempat pemegang tangan pada satu batang yang bersambung pada tapak mesin.

(19)

19 3.2.3 Lakaran 3

Rajah 3.2.3 menunjukkan lakaran pilihan 3 dimana menggunakan satu pemegang tangan dan menggunakan tayar biasa untuk kendalian mesin ini. Mesin ini menggunakan pam stereng kuasa dan motor tingkap kuasa sebagai kuasa untuk mengerakkan mesin ini. Selain itu , mesin ini menggunakan “sprocket” dan rantai sebagai sistem penghantaran kuasa. Tangki simpanan bagi mesin ini adalah tangki simpanan jenis besi.

(20)

20 3.3 Penilaian Dan Pemilihan Konsep

3.3.1 Kaedah Penilaian Bermetrik

Penilaian dan pemilihan di analisa dengan membandingkan konsep dengan konsep rujukan (terakhir). Ini dilakukan dengan memberikan mata kepada nilai setiap konsep untuk menentukan konsep yang terbaik. Kaedah ini dipanggil Kaedah Penilaian Bermetrik seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.3.1. hasilnya telah dipilih dalam bentuk kelebihan dan kekurangan. Oleh itu . sebarang kekurangan ditentukan dalam konsep reka bentuk yang dipilih boleh diperbaiki

REKA BENTUK/ KRITERIA REKA BENTUK A REKA BENTUK B REKA BENTUK C KOS 2 1 1 KETAHANAN 2 1 3 BAHAN 2 2 3 KECEKAPAN 2 2 2 KESTABILAN 3 2 3 JUMLAH 11 8 12

Jadual 3.3.1: Jadual Pernilaian Bermetrik

(21)

21 Lakaran Pilihan

3.4.1 Kelebihan Reka Bentuk

Berdasarkan pemilihan yang telah kami lakukan pada rajah 3.4, terdapat beberapa kelebihan dalam pemilihan reka bentuk tersebut. Antara kelebihan yang terdapat pada reka bentuk tersebut ialah ia mempunyai ciri ciri rekaan yang nampak lebih sistematik dan teratur, Selain itu, pemilihan alat untuk menghasilkan mesin tersebut juga bersesuaian dengan fungsi kegunaanya di dalam bengkel. Reka bentuk ini juga mempunyai ciri ciri keselamatan yang baik dan memenuhi kehendak keselamatan yang diinginkan. Di samping itu, reka bentuk yang dipilih mudah diselenggara dan juga lebih efisyen

(22)

22 3.5 Kos

Bahan Harga Pasaran Kegunaan Kos Kegunaan

Batang Besi 1 m = RM3 11 meter RM 33

Roda 1 = RM6.50 2 biji RM 13

Tangki 1 =RM 20 1 tangki RM 20

Pam Power Stereng 1 = RM 60 1 pam RM 60

Motor Wiper 1 =RM 100 1 motor RM 100

Sprocket 1 Set 1 = RM 45 1 set RM 45

Penutup Rantai 1 = RM 8 2 keping RM 16

Hos 1 kaki = RM3 4 kaki RM12

Flywheel 1 = RM 10 1 piring RM 10

Alas pemegang 1 = RM 8 1 buah RM 8

Suis 1 = RM 10 1 suis RM 10

Wayar 1 gulung =RM 4 1 gulung RM 4

Bateri 12 voltan 1 = RM 30 1 bateri RM 30

Minyak Gear ST90 1 = RM 15 1 botol RM 15

Paint Spray 1 = RM 7.50 4 tin RM 30

JUMLAH RM 406.00

(23)

23 3.6 Carta Alir Reka Bentuk Projek

Gagal Berjaya Mula Pemilihan Reka bentuk produk Kajian Literatur

Pengujian dan uji lari

Fabrikasi

Pengujian

(24)

24 3.7 Rumusan

Akhir bab ini, kita akan memperoleh lebih pengetahuan tentang projek yang akan dibangunkan maka kita akan lebih mengetahui reka bentuk atau lakaran terdahulu sebelum terhasilnya rekaan yang sebenarnya. Selain itu, kita juga dapat menganggarkan kos projek “Iron Maiden Pump Oil”. Kami berharap dengan wujudnya kemudahan ini dapat memudahkan dan mengurangkan pengunaan masa bagi melakukan kerja mengisi minyak.

Referensi

Dokumen terkait

Elektrokardiograf atau EKG adalah suatu alat dengan elektrode yang terpasang di permukaan kulit yang digunakan untuk mengamati aktivitas elektris otot jantung.. Elektokardiogram

Para pengunjung memiliki makna tersendiri mengenai kunjungan wisatanya ke Kampung Sampireun Garut adalah sebuah tempat yang sangat lain daripada yang lain, dimana tempat

yang sedang mengerjakan tugas. Ketidakdisiplinan anak Kelompok A TK Taman Indria Dlingo tersebut terlihat selama kegiatan belajar mengajar di kelas berlangsung dan

Kebutuhan lentur pada analisis ini terdiri dari 2 bagian yaitu kebutuhan tulangan lentur balok dengan menggunakan dimensi dan momen yang berbeda dan kebutuhan

Penelitian ini bertujuan untuk menjelaskan: (1) perencanaan pembelajaran keterampilan membaca pada siswa SMP Negeri 1 Wedi Klaten; (2) pelaksanaan pembelajaran

Kanker Payudara Cita Rasa Asupan Makan Pasien Kanker Payudara Tingkat Kepuasan Pelayanan Makanan Asupan Energi Asupan Protein Asupan Zink Status Gizi Penampilan Makanan

Kekuatan konsumen dapat menangkap nilai lebih dengan memaksa terjadinya penurunan harga, tuntutan untuk kualitas atau layanan yang lebih baik (yang otomatis akan

Pencahayaan tersebut dapat diubah menjadi instalasi pencahayaan yang lebih efisien untuk hasil yang sama atau lebih baik dengan konsumsi energi dan biaya yang lebih rendah..