• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan Dan Jawapan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Soalan Dan Jawapan"

Copied!
62
0
0

Teks penuh

(1)

SEJARAH TINGKATAN 4

SOALAN DAN JAWAPAN

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA Tajuk : Tamadun Mesopotamia

Soalan Struktur

Petempatan awal di Lembah Mesopotamia telah berkembang secara evolusi kepada bandar dan negara kota sehingga membentuk tamadun terawal di dunia yang memberikan sumbangan besar kepada peradaban manusia sejagat.

(a) Apakah ciri-ciri sesebuah negara kota di Mesopotamia.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 11 – 12)

F1 Terbahagi kepada pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan F2 Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar

F3 Terdapat jalan raya yang lurus

F4 Tembok kota mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang F5 Terdapat sungai

F6 Terdapat kawasan tanah pamah

[F6 x 1m = Mak. 2 markah] (b) Nyatakan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan teokrasi di

Mesopotamia.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 12 - 13)

F1 Raja sebagai ketua pentadbir

F2 Berkuasa dalam soal tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan F3 Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan

(2)

F4 Sebagai ketua tentera F5 Sebagai ketua pendeta F6 Sebagai ketua agama

F7 Menentukan pentadbiran ziggurat

F8 Berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di ziggurat [F8 x 1m = Mak. 3 markah] (c) Sebutkan ciri-ciri Kod Undang-Undang Hammurabi

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 14)

F1 Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan F2 Hukuman setimpal dengan kesalahan

F3 Hukuman berbeza mengikut susun lapis masyarakat F4 Mengandungi 282 undang-undang

F5 Dipahat pada tembok dan tiang besar F6 Dijadikan dasar perundangan Mesopotamia

[F6 x 1m = Mak. 2 markah] (d) Senaraikan faedah-faedah penggunaan sistem tulisan terhadap

perkembangan tamadun Mesopotamia.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 15)

F1 Mewujudkan sistem pendidikan F2 Lahirnya jurutulis

F3 Membolehkan urusan pentadbiran dan soal keagamaan dicatat F4 Penggunaan resit, nota dan surat kredit dalam urusan perniagaan F5 Melahirkan tradisi kesusasteraan

F6 Terhasilnya epik Gilgamesh

F7 Membawa kepada perkembangan ilmu astronomi, matematik dan geometri F8 Perkembangan dalam ilmu perubatan

(3)

F9 Ubat-ubatan dapat dikatalogkan

F10 Cara mengubati penyakit dan cara menggunakan ubatan dapat dicatat [10 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Tamadun Mesopotamia

Soalan Esei

(a) Galurkan proses sejarah pembentukan dan pertumbuhan

tamadun Mesopotamia.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 11)

Kod Tema

Huraian

F1

Sumer Orang Sumeria berhijrah ke wilayah selatan

iaitu di Sumer

F2

Kekal Membina petempatan kekal

F3

Pertan

ian

Mereka menjalankan aktiviti pertanian dengan

menebus guna tanah

F4

Pengai

ran

Membina sistem pengairan

F5

Lebiha

n

Membawa kepada lebihan penghasilan

makanan

F6

Pendu

duk

Mampu menampung keperluan penduduk

yang ramai

F7

Bandar

Perkampungan berkembang menjadi bandar

F8

Kota

Membentuk negara kota

[8 x 1m = Mak. 8 markah]

(b) Huraikan sumbangan tamadun Mesopotamia terhadap

peradaban manusia sejagat.

(4)

Kod Tema

F1

Undang-Undang

Melahirkan Kod Undang-Undang Hammurabi

yang berteraskan hak rakyat terhadap keadilan

F2

Pendidika

n

Mewujudkan sistem pendidikan

F3

Tulisan

Kewujudan sistem tulisan membolehkan urusan

pentadbiran dan perniagaan dicatat

F4

Perniagaa

n

Mempelopori urusan perniagaan yang

disertakan resit, nota dan surat kredit

F5

Kesusaste

raan

Melahirkan tradisi kesusasteraan

F6

Gilgamesh Penghasilan epik Gilgamesh yang menjadi

rujukan

F7

Astronom Menyumbang kepada perkembangan ilmu

astronomi, matematik dan geometri

F8

Perubatan Perkembangan dalam ilmu perubatan.

F9

Katalog

Ubat-ubatan dikatalogkan / cara mengubati

penyakit dan penggunaan ubat-ubatan dicatat

F10 Roda

Sumbangan dalam penciptaan roda

F11 Kereta

kuda

Menghasilkan kereta kuda untuk tujuan

peperangan dan pengangkutan

F12 Kincir

Penciptaan kincir air untuk pertanian

F13 Layar

Penciptaan kapal layar

F14 Batu-bata Memperkenalkan cara membuat batu-bata

daripada tanah liat

F15 Arca

Mencipta arca dan tiang batu

F16 Empayar Merintis pembentukan empayar

F17

[16 x 1m = Mak. 12 markah]

Tajuk : Tamadun Mesir Purba

(5)

Tamadun Mesir yang dianggap sebagai “anugerah daripada Sungai Nil” berkembang dengan ciri-ciri tersendiri dan tanda kewujudan tamadun yang agung itu dapat dihayati melalui tinggalan warisan serta khazanah bangsanya.

(a) Apakah sebab Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai “anugerah daripada Sungai Nil” ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 17)

• Tamadun Mesir lahir di lembah ini

- Limpahan air sungai Nil menukar bentuk bumi yang tandus kepada kawasan yang subur • Lanar yang dibawa membentuk delta yang subur

• Delta sesuai untuk kegiatan pertanian • Delta sesuai untuk petempatan kekal

[5 x 1m = Mak. 2 markah]

(b) Sebutkan amalan kepercayaan masyarakat Mesir Purba ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.20)

• Percaya kepada konsep politeisme

• Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan unsur alam • Mempercayai kehidupan selepas mati

• Mayat disimpan dan dijaga dengan baik • Keperluan selepas mati ditanam bersama mayat • Mayat disolek dan dipakaikan alat kebesaran

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Nyatakan sistem pendidikan dalam tamadun Mesir Purba

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 22)

• Pendidikan dikhususkan kepada anak golongan atasan • Kanak-kanak diberi pendidikan sejak kecil

• Pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan • Pendidikan dijalankan oleh rumah ibadat

• Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai terlatih • Ilmu yang diajar ialah geometri, matematik dan sains

(6)

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Berikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh masyarakat Mesir Purba hasil penguasaan mereka dalam bidang matematik dan astronomi ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 22)

• Dapat mengawal banjir sungai Nil • Mencipta sistem pengairan

• Menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian • Memperkenalkan kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan setahun

[4 x 1m = Mak. 2 markah]

Tajuk : Tamadun Mesir Purba

Soalan Esei

(a) Huraikan struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Mesir Purba.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.19 - 20)

Firaun - Sistem pemerintahan diterajui oleh Firaun. Pemerintah - Firaun menjadi ketua pemerintah

Ketua - Firaun menjadi ketua pendeta, ketua hakim dan ketua pahlawan Bantu - Firaun dibantu oleh golongan bangsawan, rahib dan jurutulis.

Pentadbiran - Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan menguruskan pengagihan bekalan makanan

Bangsawan - Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai, penasihat dan gabenor wilayah Rahib - Rahib menguruskan hal keagamaan

Jurutulis - Jurutulis membantu pentadbiran dengan menulis rekod kerajaan

(7)

(b) Nyatakan sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 21 - 22)

Piramid - Dalam senibina piramid

Batu-bata - Teknik pembinaan bangunan menggunakan batu-bata Kertas - Penciptaan kertas daripada pokok papyrus untuk menulis Rekod - Penyimpanan rekod menggunakan kertas

Tulisan - Menggunakan tulisan yang cantik sebagai suatu hasil seni Rendah - Memulakan pendidikan di peringkat umur yang rendah Urus - Sistem pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat

Kerajaan - Sistem pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan Pegawai - Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih Ajar - Pengajaran ilmu geometri, matematik dan sains dalam pendidikan Mumia - Memumiakan mayat

Banjir - Pengawalan banjir menggunakan ilmu matematik Pengairan - Penciptaan sistem pengairan

Tebus guna - Menebus guna kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian Kalendar - Memperkenalkan kalendar 365 hari dalam setahun

[15 x 2m = Mak. 12 markah]

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

Tajuk : Pemerintahan dan Pentadbiran

Soalan Struktur

Peningkatan tamadun manusia dalam bidang politik dapat dikesan melalui idea-idea baru yang diperkenalkan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran yang bertujuan menambahbaikkan lagi

(8)

sistem yang sedia ada.

(a) Apakah ciri-ciri sistem demokrasi yang diperkenalkan di Athens, Yunani.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 43)

• Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis

• Warganegara lelaki dewasa berpeluang menjadi ahli Dewan Perhimpunan • Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun • Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali sebulan

• Ahli Dewan Perhimpunan mencadangkan dasar kerajaan • Keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis

• Dewan Perhimpunan bertanggungjawab melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri. • Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa terhadap Majlis, majistret dan Juri.

[8 x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Sebutkan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Julius Caesar terhadap sistem pemerintahan Rom

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 44)

• Menjalankan pemerintahan bercorak empayar • Membentuk pemerintahan berpusat

• Menyatukan wilayah kecil yang ditaklukinya • Menamatkan pemerintahan republik

• Menguasai angkatan tentera dan Senat • Mengisytiharkan dirinya sebagai diktator • Menggunakan gelaran maharaja

[7 x 1m = Mak. 3 markah] (c) Berikan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Asoka untuk memantapkan kerajaan Maurya di India.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 45)

• Menamatkan perang saudara selepas keamtian ayahnya • Menakluki negeri Kalinga

• Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial • Meninggalkan dasar penaklukan melalui ketenteraan • Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha • Menjalankan pentadbiran secara birokrasi

(9)

[6 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Senaraikan ciri-ciri sistem birokrasi awam pada zaman Dinasti Chin di China.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 45)

• Pegawai pentadbiran awam dilantik oleh maharaja

• Perlantikan dijalankan oleh sebuah jawatankuasa dalam perkhidmatan awam • Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

Tajuk : Pemerintahan dan Pentadbiran

Soalan Esei

(a) Huraikan perubahan yang berlaku kepada bentuk pemerintahan di negara kota Athens, Yunani sehingga munculnya sistem pemerintahan bercorak demokrasi.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 42 - 43)

Beraja - Pada mulanya Athens mengamalkan pemerintahan beraja.

Ketua - Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama. Bantu - Raja dibantu oleh konsul dalam menjalankan pentadbiran.

Konsul - Apabila konsul semakin kuat, kuasa raja menjadi lemah. Oligarki - Pemerintahan oleh konsul melahirkan pemerintahan oligarki.

Bolot - Dari kalangan konsul lahirnya golongan aristokrat yang membolot kuasa. Aristokrasi - Pemerintahan ini dikenali sebagai aristokrasi.

Rampas - Rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan aristokrasi dipimpin oleh golongan kaya / tentera merampas kuasa .

(10)

Demokrasi - Pemerintahan demokrasi muncul apabila golongan aristokrat menentang pemerintahan diktator

[10 x 2m = Mak. 10 markah]

(b) Bagaimanakah amalan sistem republik dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Rom.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 43 – 44)

Mutlak - Tiada pemerintah berkuasa mutlak

Konsul - Kuasa tertinggi terletak di tangan dua orang konsul.

Imbang - Perlantikan dua orang konsul bertujuan mengimbangkan kuasa Lantik - Konsul dilantik oleh Dewan Senat.

Senat - Dewan Senat membantu konsul dalam pentadbiran. Bangsawan - Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan.

Undang-undang - Dewan Senat membincangkan hal pentadbiran dan merangka undang-undang. Praeotor - Ahli Dewan Senat boleh dilantik menjadi konsul dengan syarat menjadi praeotor / pemeriontah tentera terlebih dahulu.

Perhimpunan - Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan. Rakyat - Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom.

Lulus - Dewan Perhimpunan bertanggungjawab meluluskan keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat. [11 x 2m = Mak. 10 markah]

Tajuk : Perundangan

Soalan Esei

(a) Terangkan tentang undang-undang bertulis yang terdapat dalam tamadun Rom.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 46)

(11)

Dua belas - Undang-undang Rom pertama ialah Hukum Kanun Dua Belas.

Papan - Undang-undang ini dipahat pada kayu dan dikenali sebagai Papan Dua Belas. Awam - Diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.

Cabang - Undang-undang Rom terdiri daripada tiga cabang iaitu Undang-Undang Sivil, Undang- Undang Jenayah dan Undang-Undang Natural.

Prinsip - Prinsip undang-undang Rom ialah semua manusia sama di sisi undang-undang. Bersalah - Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

Keadilan - Setiap individu berhak mendapat keadilan. Bukti - Hukuman berasaskan bukti yang cukup.

Kumpul - Maharaja Justinian mengumpul dan membukukan undang-undang Rom. Justinian - Kod undang-undang Rom ini dikenali sebagai Undang-Undang Justinian.

[10 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Huraikan perkembangan sistem perundangan yang terdapat di India pada zaman peningkatan tamadun.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 46 - 47)

Dharma - Kitab Dharma Sastra menjadi kitab undang-undang Hindu yang tertua dalam tamadun India Raja - Raja dipertanggungjawabkan memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.

Kesalahan - Segala kesalahan dikenakan tindakan. Denda - Denda bergantung kepada keseriusan kesalahan.

Brahmin - Golongan Brahmin dominan dalam bidang undang-undang kerana mereka mahir tentang hukum agama.

Titah - Pada zaman Dinasti Maurya, titah raja adalah undang-undang. Tiang - Segala titah raja diukir dan dipahat pada tiang.

Diri - Tiang didirikan di tepi jalan supaya dapat dibaca oleh rakyat. Asoka - Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka.

(12)

[9 x 2m = Mak. 8 markah]

Tajuk : Perluasan Kuasa

Soalan Struktur

Setelah seseorang pemerintah itu berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat dan stabil, beliau akan berusaha untuk meluaskan kawasan pemerintahannya melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru.

(a) Apakah sumbangan Alexander The Great terhadap perluasan pengaruh empayar Yunani.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 48)

• Meneruskan usaha penyatuan kerajaan Macedonia dan Yunani • Meluaskan lagi jajahan takluk Yunani.

• Menakluki empayar Parsi

• Menguasai seluruh kawasan Laut Mediterranean • Menyebarkan kebudayaan Hellenistik

[5 x 1m = Mak. 2 markah]

(b) Nyatakan peranan Chandragupta Maurya dalam pembentukan empayar Maurya.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 49)

• Menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India • Mengubah status raja kepada maharaja

• Meluaskan empayar meliputi Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush • Menjadikan Pataliputra sebagai ibu negara

[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Sebutkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Asoka dalam mengukuhkan empayar Maurya pada zaman pemerintahannya.

(13)

• Menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya • Menakluki negeri Kalinga

• Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial • Meninggalkan dasar penaklukan melalui ketenteraan • Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha

• Membentuk pentadbiran bercorak birokrasi untuk menjalankan pemerintahannya

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Senaraikan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Shih Huang Ti dalam pembentukan empayar Dinasti Chin.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 49 - 50)

• Menyatukan kerajaan kecil di China • Memerintah secara autokratik

• Menghapuskan kuasa golongan bangsawan

• Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir • Membina Tembok Besar China

[5 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Peningkatan Sosial (Pendidikan)

Soalan Struktur

Pendidikan merupakan asas pembinaan dan peningkatan tamadun manusia kerana pendidikan membantu meningkatkan tahap intelektual yang membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain.

(a) Apakah falsafah pendidikan Athens ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 53)

• Bertujuan menghasilkan manusia seimbang dari segi rohani dan jasmani • Manusia yang cemerlang dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan

masyarakat

(14)

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(b) Berikan dua kesan daripada perkembangan pendidikan pada zaman peningkatan tamadun Yunani.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 54)

• Berkembangnya sekolah-sekolah falsafah • Athens menjadi pusat cendekiawan • Lahirnya ramai sejarawan

• Lahirnya pemikir-pemikir dalam bidang sains dan teknologi

[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Senaraikan ciri-ciri pendidikan dalam tamadun India pada Zaman Vedik.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 54)

• Mementingkan ilmu keagamaan • Pendidikan berteraskan agama Hindu • Pendidikan didominasikan oleh kaum lelaki • Tidak memberi ruang kepada kaum wanita • Menumpukan kepada kitab-kitab Veda • Bahasa Sanskrit menjadi medium pengajaran • Kaedah pembelajaran ialah kaedah hafalan

[7 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam sistem pendidikan pada zaman peningkatan tamadun di China.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 55)

(i). Peringkat rendah

• Mengenal tulisan ideogram • Menghafal tulisan ideogram • Menghafal sembilan buah buku suci

[3 x 1m = Mak. 1 markah]

ii.

Peringkat menengah

(15)

• Menulis karangan • Mempelajari sastera

[2 x 1m = Mak. 1 markah]

iii.

Peringkat tinggi

• Menterjemah buku suci

[1 markah]

Tajuk : Peningkatan Sosial (Pendidikan)

Soalan Esei

(a) Huraikan perkembangan bidang pendidikan pada zaman peningkatan tamadun di India.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 54 - 55)

Vedik - Peningkatan bidang pendidikan bermula pada zaman Vedik Hindu - Agama Hindu menjadi teras pendidikan

Lelaki - Pendidikan didominasikan oleh kaum lelaki sahaja. Wanita - Golongan wanita tidak berpeluang mendapat pendidikan. Veda - Perhatian diberikan kepada pembelajaran kitab Veda. Sanskrit - Bahasa Sanskrit menjadi medium pengajaran. Hafalan - Kaedah hafalan digunakan dalam pembelajaran.

Buddha - Pendidikan kemudiannya berkembang kepada pembelajaran yang berteraskan agama Hindu dan Buddha.

Sempurna - Bertujuan supaya mereka dapat hidup sempurna dan bersedia menghadapi hari selepas mati. Rumah - Pendidikan dijalankan di rumah dan di istana.

Kolej - Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman.

(16)

Brahmin - Pendidikan tinggi bertujuan melahirkan Brahmin yang berpendidikan.

Sains - Disamping menghafal buku-buku agama, mereka mempelajari karya sains dan falsafah.

[14 x 2m = Mak. 10 markah]

(b) Bagaimanakah peperiksaan awam pada zaman peningkatan tamadun China dilaksanakan ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 55)

Tahap - Dilaksanakan dalam tiga tahap iaitu tahap pertama / Hsiu Tai, tahap kedua / Chun-Jen dan tahap ketiga / Chin Shih.

Taraf - Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf ijazah sarjana dan tahap ketiga setaraf ijazah doktor falsafah.

Pertama - Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah. Kedua - Peperiksaan tahap kedua dijalankan di ibu kota daerah.

Ketiga - Peperiksaan tahap ketiga dijalankan di istana di hadapan maharaja. Ketat - Peperiksaan dikendalikan dengan ketat.

Meniru - Mereka yang didapati meniru dikenakan hukuman mati. Pemeriksa - Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.

Calon - Calon peperiksaan ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk menjawab peperiksaan. Peperiksaan - Peperiksaan tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun manakala peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.

Pegawai - Lulusan peperiksaan tahap pertama layak menjadi pegawai kerajaan. Pendidik - Lulusan peperiksaan tahap ketiga layak menjadi pendidik.

[12 x 2m = Mak. 10 markah]

BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Tajuk : Kerajaan Agraria

(17)

Soalan Struktur

Salah satu bentuk kerajaan yang muncul dalam tamadun awal

di Asia Tenggara dikategorikan sebagai kerajaan agraria

berdasarkan kedudukan geografi dan sosioekonomi

masyarakatnya.

(a) Apakah maksud kerajaan agraria ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 75)

Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan

pertanian, penternakan dan memungut hasil hutan dan

sungai.

- Terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di

lembah sungai dan di lereng gunung berapi

[2 markah]

(b) Senaraikan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh

masyarakat tersebut.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 75 - 76)

Menanam padi sawah atau padi huma

Menanam tanaman sampingan

Menghasilkan pelbagai jenis rempah

Mengumpulkan hasil hutan

Mengambil sarang burung dari gua

Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai.

Mendapatkan kulit kura-kura

Menternak binatang

Memasarkan hasil lebihan ternakan dan tanaman kepada

masyarakat maritim

[9 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Berikan tiga faktor yang meyumbang kepada kemajuan

pertanian kerajaan agraria

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 76 - 77)

Pembinaan sistem pengairan yang baik

Sistem pengairan yang bersumberkan sungai dan tasik

Pembinaan sistem pengairan dilaksanakan oleh raja

(18)

Sistem pengairan diuruskan oleh kerajaan

Terletak di lembah sungai yang subur

Iklim panas dan lembap sepanjang tahun [6 x 1m =

Mak. 3 markah]

(d) Nyatakan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kehidupan

masyarakat Angkor.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 77)

Membekalkan sumber air minuman

Membekalkan sumber ikan air tawar

Punca untuk mengairi sawah

Mendapan Lumpur menyuburkan kawasan sekitar [4

x 1m = Mak. 2 markah]

Tajuk : Kerajaan Agraria & Kerajaan Maritim

Soalan Esei

(a) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan Srivijaya muncul

sebagai sebuah kerajaan maritim yang terulung di Asia

Tenggara. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 80 –

81)

Tentera - Memiliki bala tentera yang besar.

Kawal - Tentera mengawal perdagangan dan keselamatan kerajaan

Pelabuhan - Memiliki pelabuhan yang baik.

Strategik - Kedudukan pelabuhannya strategik iaitu di Selat Melaka.

Persinggahan - Menjadi persinggahan pedagang dari China dan India.

Wilayah - Wilayah taklukannya membekalkan hasil dan barangan

perdagangan.

(19)

Hubungan - Mempunyai hubungan dengan pelabuhan Kedah Tua. [8

x 1m = Mak. 8 markah]

(b) Mengapakah kerajaan maritim dan kerajaan agraria di Asia

Tenggara saling bergantung antara satu sama lain ? (Ruj :

Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 83)

Beras - Kerajaan agraria membekalkan beras kepada kerajaan

maritim.

Dagangan - Beras menjadi barang dagangan utama antara kedua-dua

kerajaan.

Mewah - Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk

mendapatkan barangan mewah dari luar.

Hutan - Kerajaan agraria membekalkan hasil hutan kepada kerajaan

agraria sebagai tukaran dalam perdagangan.

Gajah - Gajah untuk kenderaan raja diperolehi daripada kerajaan

agraria.

Tukang - Tukang kayu dan tukang batu yang mahir dibekalkan oleh

kerajaan agraria.

[6 x 2m = Mak. 8 markah]

Tajuk : Kerajaan Maritim

Soalan Struktur

(a) Nyatakan ciri-ciri utama kerajaan maritim.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 78 - 79)

Terletak di lembah sungai di kawasan pesisir pantai dan

kepulauan

Masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan

memungut hasil laut.

Mempunyai pelabuhan sebagai tempat berdagang.

Berperanan sebagai pelabuhan entreport.

(20)

[4 x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan pelabuhan entreport ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.79)

Pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempatan

dan hasil kawasan taklukannya kepada pedagang

antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.

Pelabuhan nini juga berperanan membeli barangngan

daripada pedagang antarabangsa dan mengedarkannya

pedagang yang datang dari pelabuhan sekitarnya.

[ 2 markah]

(c) Senaraikan faktor-faktor yang mendorong perkembangan

Kedah Tua sebagai pelabuhan entreport.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 79)

Berperanan sebagai pelabuhan pembekal

Terletak di Selat Melaka

Kedudukannya di laluan perdagangan di antara China

dengan India

Menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar

seperti China dan India

Mempunyai hasil buminya sendiri seperti logam, hasil

hutan dan hasil laut.

Mempunyai hasil yang dibekalkan oleh kerajaan lain.

Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan.

[7 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Berikan sebab-sebab orang Melayu merupakan pelaut,

pedagang dan peneroka yang terulung di Asia Tenggara.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 79 - 80)

Bahasa Melayu dijadikan lingua franca

Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan.

Semangat masyarakat untuk meneroka dan berdagang

dengan masyarakat di luar.

(21)

Mengetahui kaedah pelayaran.

[5 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan

Awal

Soalan Esei

(a) Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha

tersebar di Asia Tenggara pada zaman kerajaan

awal ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 84 -

85)

Ksyatria - Dibawa oleh golongan ksyatria / tentera.

Penakluk - Disebarkan oleh golongan penakluk dari India yang

membentuk tanah jajahan.

Vaisya - Dibawa oleh golongan pedagang / vaisya

Brahmin - Dibawa oleh golongan Brahmin / pendeta

Budaya - Pengambilan aspek kebudayaan India yang menarik dan

disesuaikan dengan budaya tempatan.

[5 x 2m = Mak. 8 markah]

(b) Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha terhadap sistem

pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia

Tenggara. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 85 -

86)

Gelaran - Penggunaan gelaran raja

Beraja - Strukur pemerintahan di pengaruhi oleh sistem beraja di

India.

Puncak - Raja berada di puncak pemerintahan dan dibantu oleh

golongan bangsawan dan pembesar.

(22)

Perintah - Perintah raja adalah undang-undang.

Derhaka - Melanggar titah raja adalah derhaka.

Dewaraja - Raja dianggap bayangan tuhan / dewaraja.

Sakti - Raja mempunyai kesaktian.

Adat - Adat istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan kedudukan raja

seperti adatistiadatpertabalan.

Brahmin - Brahmin memimpin upacara pertabalan.

Orde - Pembinaan kota yang melambang orde kosmos.

[11 x 2m = Mak. 12 markah]

Tajuk :

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan

Kesusasteraan

Soalan Struktur

Antara warisan kesenian

tinggalan kerajaan awal di Asia gara mempunyai pengaruh

Hindu dan Buddha ialah monumen dan batu bersurat.

(a) Apakah maksud monumen ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.88)

Monumen ialah binaan atau bangunan yang dibuat

daripada batu dengan tujuan memperingati orang

ternama, atau peristiwa penting.

Monumen boleh berupa candi / kuil / wat / stupa, arca dan

patung.

[2 markah]

(b) Senaraikan fungsi candi sebagai monumen keagamaan.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 88 - 89)

(23)

Berperanan sebagai rumah ibadat

Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan

keluarganya.

Tempat menyimpan patung dewa utama

Menjadi lambang keagungan pemerintah

Melambangkan orde kosmos

[5 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Nyatakan ciri-ciri binaan Angkor Wat.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 90 - 91)

Tingginya 213 meter

Keluasan kawasannya ialah 208 hektar

Mempunyai tempat pemujaan di bahagian tengahnya

Tempat pemujaan berbentuk teres bertingkat empat

setinggi 39 meter.

Setiap sudut mempunyai menara.

Di bahagian luarnya terdapat tembok.

Tembok dibuat daripada batu dengan ukuran 850 meter

lebar dan 1 000 meter panjang.

Terdapat ukiran epik Ramayana dan Mahabharata di

dinding tembok.

[8 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Berikan tiga kegunaan batu bersurat dalam kerajaan awal

di Asia Tenggara.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 92 - 93)

Mencatat keturunan raja

Menulis maklumat berkaitan agama Buddha

Mencatat perkara yang berkaitan dengan pemerintahan

Mencatat amaran raja kepada rakyat

[4 x 1m = Mak. 2 markah]

BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN

PERKEMBANGANNYA

(24)

Tajuk : Masyarakat Arab Jahiliah

Soalan Struktur

Jangka masa 300 M – 610 M merupakan Zaman Jahiliah dan

zaman ini dianggap sebagai zaman kegelapan di Semenanjung

Tanah Arab.

(a) Apakah maksud jahiliah ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 99 - 100)

Jahiliah bermaksud jahil dan tidak mengetahui

- Masyarakatnya tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

[2 markah]

(b) Berikan sesbab-sebab zaman ini dianggap sebagai zaman

kegelapan.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 100)

Tidak menyembah Allah

Menyembah berhala

Mempercayai animisme

Kehidupan masyarakatnya kucar-kacir

Tiada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.

Akhlak yang rendah.

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Nyatakan kegiatan yang menjadi sumber ekonomi

masyarakat Arab Jahiliah.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 100 - 101)

Perniagaan yang berasaskan riba dan penindasan

Sikap mementingkan keuntungan dan kekayaan

semata-mata

Merompak dan merampas barangan

Mengeksploitasi golongan miskin.

(25)

[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Senaraikan kesan-kesan negatif daripada amalan Sistem

Kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 101 - 102)

Hidup berasaskan puak

Taksub dan fanatik kepada kabilah

Semangat kesukuan yang melampau

Peperangan dan persengketaan dalam masyarakat

Struktur system yang berasaskan keturunan

Terlalu terikat kepada peraturan yang ditetapkan oleh

kabilah

Sanggup menuntut bela untuk mempertahankan maruah

kabilah

[7 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W

Soalan Esei

(a) Huraikan pengalaman Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang

perdagangan.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 104 - 105)

Pengalaman - Pengalaman diperoleh semasa baginda berusia 12

tahun

Rombongan - Mengikuti rombongan bapa saudara baginda ke Syam.

Giat - Giat berdagang semasa berusia 20 tahun.

Berseorangan - Berniaga secara berseorangan.

Kongsi - Baginda Berkongsi berniaga dengan temannya.

Urus - Menguruskan perniagaan Khadijah bersama Maisarah.

(26)

Modal - Memperoleh modal yang besar daripada Khadijah untuk

diuruskan oleh baginda.

Untung - Memperolehi keuntungan berlipat-ganda. [8 x 2m = Mak.

8 markah]

(b) Jelaskan keperibadian yang dimiliki oleh Nabi

Muhammad s.a.w. sehingga baginda layak mendapat

gelaran al-Amin. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan

Empat ms. 105 - 107)

Terpuji - Memiliki empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh,

fatanah.

Percaya - Perbuatan baginda dipercayai.

Benar - Sentiasa bercakap benar dan tidak berbohong.

Amanah - Amanah dalam menguruskan pernbiagaan Khadijah.

Bersungguh - Bersungguh-sungguh menyampaikan ajaran Islam

walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

Bijaksana - Bijaksana dalam menyelesaikan isu perletakan Hajarul

Aswad.

Pengasih - Pengasih dalam melayan / memberi pendidikan anak-anak.

Bertimbang rasa - Bertimbang rasa membantu isteri dalam urusan

rumah tangga.

Merendah - Merendah diri dalam pergaulan.

Bergaul - Bergaul dengan semua lapisan masyarakat.

Jauh - Bjaksana dan berpandangan jauh semasa menandatangani

Perjanjian Hudaibiyah.

Masyarakat - Selalu memikirkan tentang kehidupan masyarakat.

[12 x 2m = Mak. 12 markah]

Tajuk : Penyebaran Islam

(27)

Walaupun penyebaran Islam di Makkah pada mulanya

dijalankan secara rahsia, namun pendekatan yang digunakan

oleh Rasulullah s.a.w. telah disambut baik oleh sebahagian

masyarakat Arab.

(a) Apakah maksud dakwah secara rahsia ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 108 - 109)

Dakwah secara rahsia bermaksud penyebaran Islam secara

sulit / sembunyi

- Dakwah ini ditujukan kepada ahli keluarga dan sahabat yang

rapat.

[ 2 markah]

(b) Senaraikan tokoh-tokoh yang memeluk Islam melalui

dakwah tersebut.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 109)

Khadijah binti Khuwailid

Ali bin Abu Talib

Zaid bin Harithah

Abu Bakar As-Siddiq

Uthman bin Affan

Zubair bin Awwam

Arqam bin Abi Al-Arqam

[7 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Nyatakan sebab-sebab Rasulullah s.a.w. memilih dakwah

secara rahsia pada peringkat awal penyebaran Islam.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 110)

Islam baru dikenali

Bilangan penganut Islam masih sedikit

Mengelakkan penentangan orang Qurqisy

Menjaga asas Islam daripada dihancurkan

Kebanyakan penganut Islam adalah golongan

(28)

(d) Berikan tiga pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah

s.a.w dalam menyampaikan dakwah Islamiyah.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 110 - 111)

Secara lemah lembut dan berhikmah

Tidak memaksa/ Memujuk dengan menggunakan akal

Membandingkan akhlak Jahiliah dengan akhlak yang

dianjurkan oleh Islam

Membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk menjawab

pertanyaan.

Memberi penerangan

Menunjukkan teladan yang baik. [6 x 1m = Mak. 3

markah]

Tajuk : Reaksi Masyarakat Arab

Soalan Esei

(a) Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan penyebaran

Islam disambut baik oleh masyarakat Arab.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 111)

Murni - Kemurnian ajaran Islam

Bijaksana - Kebijaksanaan Rasulullah dalam berdakwah.

Lembut - Berdakwah secara lemah lembut.

Banding - Membandingkan akhlak pada zaman Jahiliah dengan akhlak

yang dianjurkan oleh Islam.

Ayat - Menyampaikan ayat-ayat al-Quran untuk menjawab

pertanyaan.

Terang - Memberi penerangan.

Teladan - Menunjukkan teladan yang baik.

Iman - Menanam keimanan yang kuat kepada pengikut,

Peribadi - Keperibadian Rasulullah yang bersifat mulia.

(29)

Kesungguhan - Kesungguhan Rasulullah menyampaikan

dakwah. [10 x 2m = Mak. 10 markah]

(b) Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran

Islam ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 11 - 1131)

Kepercayaan - Perbezaan kepercayaan.

Berhala - Ajaran Islam menolak amalan menyembah berhala dan

mempercayai animisme.

Taraf - Prinsip persamaan taraf bertentangan dengan amalan mereka

yang mementingkan darjat.

Persaudaraan - Konsep persaudaraan bertentangan dengan amalan

sistem kabilah.

Moral - Amalan tidak bermoral dilarang oleh Islam.

Tanggapan - Mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi.

Tunduk - Menganggap jika menerima Islam mereka terpaksa tunduk

kepada kepimpinan Nabi.

Kedudukan - Penyebaran Islam boleh menggugat kedudukan dan

pengaruh orang tertentu.

Pemimpin - Menggugat peluang orang tertentu untuk menjadi

pemimpin.

Ukir - Menjejaskan perusahaan mengukir patubg berhala

[10 x 2m = Mak. 10 markah]

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Tajuk : Hijrah

(30)

Oleh sebab penyebaran dakwah Islamiyah di Makkah menghadapi pelbagai rintangan dan

mendapat tentangan daripada orang Arab Quraisy, Perjanjian Aqabah telah memberi ruang kepada Nabi Muhammad s.a.w membuat keputusan untuk berhijrah ke Madinah.

(a) Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiyah di Makkah.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 111 – 113)

• Mencemuh Nabi Muhammad s.a.w

• Mengganggu Nabi Muhammad s.aw semasa beribadat • Mengejek ajaran Islam melalui puisi

• Memujuk Nabi Muhammad s.a.w meninggalkan dakwah Islamiyah dengan pelbagai tawaran

• Memulau Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda • Merancang membunuh Nabi Muhammad s.a.w

[6 x 1m = Mak. 2 markah]

(b) Berikan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w dan orang-orang Islam berhijrah ke Madinah.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 113 dan ms 121)

• Mengatasi ancaman orang Quraisy terhadap orang Islam • Meneruskan dakwah Islamiyah

• Menerima perintah Allah

• Memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj • Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam

• Bertujuan mendamaikan masyarakat Madinah yang bermusuhan

[6 x 1m = Mak. 3 Markah] (c) Sebutkan dua isi Perjanjian Aqabah Kedua.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 118 - 119)

• Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w

• Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah ke Madinah.

• Mereka menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan orang Islam serta bersedia mempertahankan Islam

(31)

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Apakah hujah bagi menyangkal tuduhan orientalis Barat yang mengatakan bahawa hijrah adalah pelarian ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 120)

• Penghijrahan orang Islam adalah kerana jemputan orang Arab Madinah • Ketibaan orang Islam disambut dengan rela dan meriah

• Orang Islam diberikan tempat tinggal • Mereka dijamin keselamatannya

• Nabi Muhammad s.a.w dilantik sebagai pemimpin Madinah • Baginda diterima oleh semua golongan masyarakat Madinah.

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Hijrah / Piagam Madinah

Soalan Esei

(a) Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab pada masa itu dan masyarakat Islam pada masa ini. Jelaskan.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 122 - 124)

Dakwah - Selepas Hijrah, dakwah Islamiyah dilaksanakan secara terbuka.

Damai - Nabi Muhammad s.a.w berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj melalui semangat persaudaraan Islam.

Persaudaraan - Hijrah telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah.

Perpaduan - Hijrah mewujudkan perpaduan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.

Harmoni - Hijrah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah. Masjid - Nabi Muhammad telah membina Masjid al-Nabawi.

Fungsi - Masjid berfungsi sebagai tempat beribadat, belajar, membincangkan masalah serta mengadakan aktiviti harian.

(32)

Takwim - Sempena Hijrah, wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam. Madinah - Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah.

Tamadun - Madinah menjadi pusat tamadun Islam.

Budaya - Agama Islam menjadi budaya hidup dalam semua bidang.

Pengorbanan - Hijrah memperlihatkan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi dan golongan wanita . Bijaksana - Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w mengatur strategi perjuangan. Negara - Hijrah membolehkan penubuhan sebuah negara Islam.

Piagam - Lahirnya sebuah perlembagaan Islam iaitu Piagam Madinah.

[15 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Buat satu rumusan tentang kandungan Piagam Madinah.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 124 - 129)

Fasal - Mengandungi 47 fasal iaitu 23 fasal berkaitan orang Islam dan 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam.

Pemimpin - Nabi Muhammad sebagai pemimpin bagi kerajaan Madinah. Hakim - Baginda berperanan sebagai ketua hakim.

Agama - Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing.

Hormat - Setiap individu mestilah menghormati agama yang dianuti oleh individu lain.

Ummah - Masyarakat Madinah merupakan satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara.

Bermusuhan - Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.

Undang-Undang - Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.

Ekonomi - Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara Riba - Unsur riba dan penipuan dihapuskan dalam perniagaan.

(33)

Yahudi - Keselamatan orang Yahudi terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.

[12 x 2m = Mak. 8 markah]

Tajuk : Perjanjian Hudaibiyah

Soalan Struktur

Kunjungan orang Islam Madinah ke kota Makkah pada tahun 628 M telah disekat oleh orang Arab Quraisy dan menimbulkan konflik hingga membawa kepada termeterainya Perjanjian Hudaibiyah.

(a) Nyatakan tujuan orang-orang Islam Madinah mengunjungi kota Makkah.

• Bercadang menziarahi Makkah

• Mengunjungi Kaabah yang menjadi pusat ibadat bagi orang Islam • Mengerjakan umrah

[3x 1m = Mak. 2 markah]

(b) Berikan sebab-sebab Usman bin Affan dipilih sebagai wakil untuk menerangkan kepada orang Arab Quraisy tentang tujuan kunjungan orang Islam.

• Usman mempunyai ramai saudara mara di Makkah. • Merupakan sahabat yang matang berbanding sahabat lain. • Sifatnya yang lembut / bertolak ansur

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Sebutkan kandungan Perjanjian Hudaibiyah.

• Bersetuju mengadakan gencatan sebjata selama 10 tahun

• Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Qurqisy Makkah.

• Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.

• Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.

(34)

[5 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Apakah pengajaran yang dapat diambil daripada perjanjian tersebut ?

• Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya. • Orang Islam bebas memasuki kota Makkah / beribadat di Kaabah • Orang Arab bebas menganut sebarang agama

• Islam berkembang meluas

• Bilangan penganut Islam meningkat • Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy • Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w

• Orang Quraisy Makkah mengiktiraf kerajaan Islam Madinah • Perintis pembukaan semula kota Makkah

[9 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Pembukaan Semula Kota Makkah

Soalan Esei

(a) Mengapakah Nabi Muhammad bertindak menguasai semula kota Makkah pada tahun 630 M bersamaan tahun 8 Hijrah ?

Langgar - Pihak Arab Quraisy melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah.

Bunuh - Mereka membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam. Strategi - Sebagai strategi untuk meneruskan penyebaran Islam.

Mantap - Dengan menguasai Makkah, kedudukan kerajaan Islam Madinah menjadi lebih mantap. [4 x 1m = Mak. 5 markah}

(b) Apakah strategi yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk menguasai semula kota Makkah?

(35)

Aman - Berpegang kepada prinsip aman tanpa kekerasan.

Tentera - Menyediakan empat pasukan tentera yang terdiri daripada 10, 000 orang yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair al-Awwam.

Arah - Memasuki kota Makkah menerusi empat arah yang berlainan. Kepung - Orang Quraisy dikepung dengan rapi.

[4 x 2m = Mak. 5 markah]

(c) Huraikan kepentingan pembukaan semula kota Makkah terhadap perkembangan Islam.

Tokoh - Pengislaman tokoh Quraisy Abu Sufian dan Ababs menyebabkan orang Quraisy turut memeluk Islam.

Perpaduan - Menekankan kepentingan perpaduan dalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Sebar - Sifat nabi Muhammad s.a.w yang memaafkan orang Quraisy menyebabkan Islam tersebar dengan meluas.

Kaabah - Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah.

Agama - Agama menyembah berhala masyarakat Arab Quraisy telah digantikan dengan Islam. Ilmu - Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam.

Kota - Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam.

Kukuh - Pembukaan semula kota Makkah membuktikan bahawa negara Islam Madinah begitu kukuh. Perintis - Pembukaan kota Makkah menjadi perintis ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab. Pusat - Penguasaan terhadap Makkah telah mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat.

[10 x 2m = Mak. 10 markah]

BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

Tajuk : Khalifah

(36)

Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 632 M, sistem pemerintahan kerajaan Islam telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah.

(a) Apakah maksud khalifah ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143)

• Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w

• Dalam konteks agama Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan keharmonian umat Islam.

[2 markah] (b) Senaraikan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk seseorang itu dicalonkan sebagai Khalifah.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143)

• Lelaki yang merdeka • Beragama Islam

• Memilki pengetahuan tentang Islam • Mematuhi perintah Allah

• Sanggup melaksanakan hukum Allah • Bersifat adil

• Mempunyai akhlak yang baik • Tubuh yang sihat dan sempurna • Berfikiran cerdas

• Warak

• Pandai mentadbir kerajaan

[11 x 1m = Mak. 3 markah] c) Berikan dua kaedah pemilihan Khalifah yang diamalkan dalam Islam.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143)

• Melalui musyawarah / syura

• Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu • Pemilihan daripada beberapa orang calon

• Pencalonan oleh sekelompok masyarakat

[4 x 1m = Mak. 2 markah] (d) Nyatakan tugas-tugas Khalifah.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 144)

(37)

• Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al-Quran dan Sunnah • Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah • Memastikan kelicinan pentadbiran negara

• Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh • Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara • Menjaga kebajikan rakyat

• Menjaga dan meneruskan najaran Allah • Mengekalkan perpaduan ummah • Memantapkan sistem perundangan Islam • Menguruskan kewangan negara

• Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.

[12 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Sumbangan Khulafa al-Rasyidin

Soalan Esei

(a) Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam semasa beliau menjadi Khalifah ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 144 - 146)

Murtad - Mengambil tindakan tegas terhadap orang Islam yang murtad.

Ar-Riddah - Memerangi golongan ar-Riddah yang menyalahtafsirkan ayat-ayat al-Quran hingga enggan membayar zakat.

Ancaman - Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom.

Tentera - Menghantar Khalid bin al-Walid menghadapi tentera Parsi dan Usamah bin Zaid ke Ghassan. Wilayah - Membahagikan tanah Arab kepada 10 wilayah untuk melicinkan pentadbiran.

Amir - Melantik amir untuk mentadbir setiap wilayah. Gaji - Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera. Mawali - Menjaga hak rakyat golongan mawali

Al-Quran - Mengumpulkan dan menyalin semula tulisan al-Quran.

(38)

(b) Apakah pembaharuan dan perubahan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab sehingga zaman pemerintahannya dikenali sebagai “zaman keemasan kerajaan Islam” di Madinah ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 146 147)

Dasar - Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai.

Syura - Menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai oleh golongan Ansar dan Muhajirin. Gabenor - Melantik Gabenor sebagai ketua pentadbir awam.

Panglima - Melantik panglima tentera.

Jabatan - Menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara.

Setiausaha - Jawatan Setiausaha diwujudkan untuk mengetuai jabatan. Kehakiman - Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan-jabatan lain. Gaji - Hakim dibayar gaji lumayan.

Pengajaran - Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di masjid. Guru - Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan.

Kalendar - Memperkenalkan kalendar Hijrah.

Susun - Menyusun sistem angkatan tentera dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Markas - Membina markas tentera dan kubu pertahanan.

Seragam - Tentera diberi pakaian seragam

Terusan - Membina terusan untuk tujuan pertanian

Teroka - Meneroka tanah baru dan mengusahakan tanah terbiar. Cukai - Memperkenalkan pelbagai jenis cukai.

Baitulmal - Mendirikan Baitulmal.

[18 x 2m = Mak. 12 markah]

(39)

Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain di Dunia

Soalan Esei

(a) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan Islam ke Eropah Timur.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 162 - 163)

Constantinople - Penaklukan Constantinople oleh tentera-tentera Islam.

Akidah - Pegangan akidah yang kukuih dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam. Ghazi - Tentera Islam mempunyai semangat ghazi.

Tentera - Sistem ketenteraan yang tersusun dan peralatan senjata moden. Janissari - Kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai tentera elit Janissari. Armada - Memilki armada tentera laut yang kuat.

Politik - Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah akibat peperangan di kalangan kerajaan kecil. Byzantine - Kejatuhan empayar Byzantine memberi laluan kepada penyebaran Islam.

Gereja - Gereja Greek Ortodoks tidak lagi berfungsi sebagai pelindung masyarakat Kristian. Terbuka - Dasar keagamaan kerajaan Turki Uthmaniyah yang bersifat terbuka.

Sosial - Dasar sosial Islam yang berasaskan kecemerlangan individu menarik minat orang Kristian memeluk Islam.

Hijrah - Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan. Sufi - Ahli sufi memainkan peranan menyebarkan Islam.

[13 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Bagaimanakah berlakunya pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 164)

Perdagangan - Perdagangan dan perniagaan menjadi alat pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.

(40)

China - Orang Islam menetap dan berdagang di Canton membolehkan tamadun Islam bertembung dengan tamadun China.

Diplomatik - Peneroka Islam membuat hubungan diplomatik dengan petempatan orang bukan Islam di Cordova, Valencia dan Rhonda.

Cara hidup - Hubungan diplomatik membolehkan pemahaman tentang cara hidup dan pentadbiran. Penaklukan - Tamadun Islam tersebar melaui penaklukan dan ketenteraan.

Parsi - Apabila tentera Islam menakluki Iraq dan Iran, tamadun Islam bertembung dengan tamadun Parsi.

Eropah - Apabila tentera Islam menguasai Mesir dan Afrika Utara tamadun Islam bertembung dengan tamadun Eropah / Rom.

Kebudayaan - Pertembungan tamadun berlaku kerana wujudnya pertembungan kebudayaan Islam dengan kebudayaan lain.

Mozarab - Kemasukan Islam ke Sepanyol membawa kepada kemunculan golongan Mozarab / orang tempatan Kristian yang mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.

Intelektual - Pertembungan tamadun berlaku dengan cara pertembungan intelektual.

Ilmu - Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan memperkembangkan menurut pandangan intelektual Islam.

[11 x 2m = Mak. 8 markah]

BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA

Tajuk : Kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Soalan Esei

Nyatakan teori-teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan huraikan bukti-bukti yang dikemukakan oleh sejarawan bagi menyokong teori mereka itu.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 174 - 178)

(i) Teori Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab

(41)

Crawford - Dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al- Attas.

Canton - Catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi mempunyai petempatan di Canton. Perdagangan - Sejak awal lagi pedagang Arab menguasai perdagangan dari Mesir hingga ke China. Singgah - Pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara.

Kampung - Wujud sebuah perkampunga Islam di Utara Sumatera pada 650 M.

Kesusasteraan - Wujud persamaan bahan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab.

Syeikh - Karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab.

(ii) Teori Islam datang dari China

China - Islam tersebar di Asia Tenggara menerusi China.

Eredia - Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi.

Peniaga - Bukti yang dikemukakan ialah Peniaga Arab mengembangkan Islam di kalangan peniaga China di Canton.

Sebar - Apabila peniaga China Islam berdagang ke Asia Tenggara, mereka menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.

Pindah - Berlakunya perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton ke Asia Tenggara sekitar tahun 876 M.

Batu - Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Sungai Tersat, Keala Berang mencatatkan wujudnya hubungan perdagangan antara Terengganu dengan China.

Seni bina - Unsur-unsur seni bina masjid di nusantara mempunyai persamaan dengan unsur seni bina China.

(ii) Teori Islam datang dari India

India - Islam berkembang di Asia Tenggara menerusi India. Hungronje - Dikemukakan oleh Snouck Hungronje.

Hubungan - Hubungan perdagangan telah lama wujud antara India dengan Asia Tenggara.

Nisan - Batu nisan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri buatan India.

(42)

Kebudayaan - Wujudnya unsur kebudayaan India di Asia Tenggara

[20 x 2m = Mak. 20 markah]

Tajuk : Penyebaran Islam di Asia Tenggara.

Soalan Struktur

Sejarawan bersetuju bahawa kedatangan Islam ke rantau Asia Tenggara telah dibawa oleh pedagang Islam dan penyebarannya telah dikembangkan oleh para ulama hingga wujudnya kerajaan-kerajaan Islam yang menjadi pusat keilmuan dan pusat penyebaran Islam di rantau ini.

(a) Nyatakan cara-cara yang digunakan oleh para pedagang untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 179 - 180)

• Menjadikan kepercayaan dan amalan Islam sebagai tajuk perbualan.

• Mengamalkan sikap dan tingkah laku Islam untuk dijadikan ikutan penduduk setempat • Perkampungan pedagang Islam menjadi pusat perbincangan tentang agama Islam. • Pedagang-pedagang berdakwah menyebarkan Islam.

• Sambil berdagang, pedagang membawa ulama untuk menyebarkan Islam. • Pedagang mengadakan hubungan baik dengan pemerintah tempatan. • Keistimewaan yang diberikan oleh pemerintah digunakan untuk berdakwah.

• Pedagang yang dianugerahkan jawatan Syahbandar menggunakan peranan tersebut untuk menyebarkan Islam.

[8 x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan Islam untuk menyekat perkembangan agama Kristian di Asia Tenggara ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 181)

• Johor-Riau berusaha menawan kembali Melaka daripada Portugis. - Acheh menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera Utara

• Acheh menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu.

(43)

(c) Sebutkan peranan pusat kebudayaan di Asia Tenggara sebagai pusat keilmuan dan pusat penyebaran Islam.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 182 - 183)

• Menjadi pusat penterjemahan

• Ulama-ulamanya menjadi pakar rujuk kepada para ulama dari luar • Sebagai pusat penulisan kesusasteraan saduran Arab

• Tempat penghasilan puisi Islam • Menghasilkan karya Islam

[5 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Berikan usaha yang dilakukan oleh mubaligh dalam menjalankan dakwah Islamiyah.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 183)

• Mengajar asas Islam secara tidak formal. • Mengajar Islam secara formal

• Menjadikan masjid, istana dan rumah mereka sebagai pusat mempelajari ilmu Islam • Mendirikan pondok / pesantren sebagai pusat pendidikan.

• Menasihati raja dalam pentadbiran

• Mempraktikkan Islam dalam politik dan pentadbiran. • Menjadikan masjid sebagai markas dakwah Islamiyah.

[7 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Pengaruh Islam di Asia Tenggara.

SoalanEsei

(a) Apakah unsur-unsur baru yang diperkenalkan oleh Islam dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran kerajaan di Asia Tenggara ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 185 - 187)

Institusi - Institusi kesultanan yang diwarisi daripada kerajaan Abbasiyah dan kerajaan Turki Uthmaniyah diperkenalkan.

Ketua - Sultan diletakkan sebagai ketua negara. Mufti - Mufti dilantik sebagai penasihat sultan.

(44)

Pegawai - Pegawai dan petugas seperti kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal dan penjaga harta wakaf diwujudkan.

Sultan - Pemerintah menggunakan gelaran Sultan.

Gelaran - Raja-raja diberi gelaran Khaliful Mukminin dan Zilullah fil Alam. Agama - Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam.

Khalifah - Sultan dianggap khalifah Allah dan harus memerintah dengan adil. Pentadbiran - Sultan menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran. Nama - Nama raja juga menggunakan nama Islam.

Syariah - Kerajaan Islam memperkenalkan undang-undang syariah. Praktik - Undang-undang Islam dipraktikkan dengan tegas. Jihad - Islam menggerakkan semangat jihad menentang penjajah.

[13 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Bagaimanakah pengaruh Islam memberi kesan terhadap perkembangan sistem pendidikan di Asia Tenggara?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 187 - 188)

Peluang - Peluang mendapat pendidikan terbuka kepada golongan awam.

Sikap - Sikap mementingkan ilmu pengetahuan dapat ditanam ke dalam jiwa masyarakat.

Formal - Wujudnya istitusi pendidikan formal seperti istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau. Terjemah - Munculnya pusat penterjemahan karya agama.

Pondok - Pendidikan pondok meluas di negara-negara Asia Tenggara.

Sistematik - Wujudnya sistem pendidikan yang lebih sistematik yang berasaskan peringkat pendidikan. Luar - Institusi pendidikan di Asia Tenggara menerima pelajar dari luar.

(45)

[8 x 2m = Mak. 8 markah]

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA

SEBELUM KEDATANGAN BARAT

Tajuk : Pengaruh Islam Terhadap Sosiobudaya Masyarakat Tanah Melayu

Soalan Struktur

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa kesan terhadap aspek pendidikan hingga wujudnya dua jenis pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu, iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201)

Pendidikan tidak formal adalah asuhan dalam keluarga yang menekankan pengajaran nilai-nilai moral

melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.

[2 markah]

(b) Sebutkan kaedah yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menyampaikan nilai-nilai murni dan pengajaran.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201)

• Menerapkan melalui cerita. • Melalui pergaulan sosial

• Menerapkan melalui pantun, peribahasa, teka-teki, pepatah dan lain-lain.

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Senaraikan peranan istana sebagai pusat pendidikan formal.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201 - 202)

Referensi

Dokumen terkait

meskipun tidak dikategorikan sebagai antihipertensi tetapi mempunyai efek antihipertensi sedang (Musini, 2009). Pengendalian faktor risiko yang lebih ketat oleh

Dua buah data ini sesuai dengan apa yang dimaksudkan Rahardi (2015:139) yang mengatakan bahwa dalam sebuah tuturan akan terlihat terjadinya ketidaksantunan

Menjalani profesi sebagai guru selama pelaksanaan PPL, telah memberikan gambaran yang cukup jelas bahwa untuk menjadi seorang guru tidak hanya cukup dalam hal penguasaan

Lebih lanjut, upaya dan program penanggulangan kemiskinan dilakukan pemerintah pusat dan daerah, seperti yang dituangkan dalam lima pilar penanggulangan kemiskinan

Selanjutnya Gambar 29, merupakan pola sebaran pada waktu pasang dan surut, dimana pada saat pasang: air laut dengan membawa air yang jernih dan bersalinitas

[r]

Harmono (1999) melakukan penelitian dengan menggunakan model indeks tunggal untuk menganalisis portofolio yang dapat dijadikan dasar untuk menentukan saham

Pendekatan berpikir kausalitik scaffolding tipe 2a modifikasi berbantuan LKS ini dapat diterapkan untuk meningkatkan kemampuan pemecahan masalah fisika dan