• Tidak ada hasil yang ditemukan

Abstrak. Kata kunci : Pengajaran dan Pembelajaran, Bahasa Arab & Sekolah Menengah Agama Selangor 1.0 PENDAHULUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Abstrak. Kata kunci : Pengajaran dan Pembelajaran, Bahasa Arab & Sekolah Menengah Agama Selangor 1.0 PENDAHULUAN"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

24

PENILAIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) KURIKULUM

AL-AZHAR DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI NEGERI SELANGOR

Mohamad Syukri bin Abd Rahman, Muhammad Haron bin Husaini , Ismail bin Omar , Mohamed Fairooz bin Mohd Fathillah, Nor Effendy bin Ahmad Sokri & Yuszaimi bin Muslil

Abstrak

Dalam era perkembangan sistem sekolah, Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) merupakan sebahagian institusi penting dalam penyebaran bahasa Arab di negeri Selangor. Bagaimanapun sistem ini menghadapi beberapa cabaran, antaranya ialah sejauhmana kejayaan sistem tersebut mencapai matlamat yang digariskan. Justeru itu, kajian ini akan menyentuh tentangpenilaian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab Sijil Menengah Agama (SMA) kurikulum al-Azhar di Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Selangor. Antara objektif kajian ini ialah mengenal pasti persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SABK dan kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan dan sering digunakan oleh guru berkenaan. Diharap kajian ini dapat meningkatkan tahap keberkerkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab kurikulum al-Azhar di SABK.

Kata kunci : Pengajaran dan Pembelajaran, Bahasa Arab & Sekolah Menengah Agama Selangor

1.0 PENDAHULUAN

Hakikatnya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah secara umumnya sangat bergantung kepada keupayaan dan peranan guru di dalam bilik darjah dalam mencapai matlamat dan objektif kurikulum yang telah digubal. Justeru, beberapa kajian yang mendalam diperlukan bagi mengenalpasti aspek-aspek yang kritikal berhubung dengan pelaksanaan pengajaran bahasa Arab di sekolah. Usulan kertas kerja ini ialah penilaian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di peringkat Sijil Menengah Agama (SMA) kurikulum al-Azhar di Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Selangor.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Mengikut Ali Madkur (1985:15), salah satu masalah besar dalam program pengajaran bahasa Arab kepada pelajar bukan Arab ialah kekurangan guru yang berkelayakan. Kebanyakan guru yg

(2)

25

mengajar Bahasa Arab kepada penutur bukan Arab di Negara luar (bukan negara Arab) tidak mempunyai latihan yg mencukupi dari segi kebahasaan, kepakaran professional, kebudayaan dan pengetahuan. Kelemahan guru Bahasa Arab ini mendapat perhatian Ibrahim Ahmad al-Hardlu (1980:43) yg menyatakan bahawa pengalaman Ma’had Khartoum Antarabangasa dalam melatih guru-guru Bahasa Arab dari kalangan orang bukan Arab mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi ialah kelemahan mereka bertutur dalam Bahasa Arab dan menggunakan bahasa dengan baik. Selain itu, Saufi Man (2003: 265) menyatakan bahawa halangan besar kepada kejayaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah adalah tertumpu kepada kemahiran guru dalam berbahasa Arab, teknik pengajaran, buku teks yang tidak menepati citarasa setempat dan persekitaran yang tidak menggalakan.

Daripada perbincangan di atas dapat ditegaskan bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan tersebut berkait rapat dengan penguasaan mereka dalam berbahasa Arab dan keupayaan mereka dalam menyesuaikan pengajaran dengan perkembangan semasa dan terkini. Justeru, aspek pendekatan dan kaedah pengajaran guru bahasa Arab perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa dan terkini.

Pada asasnya, kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa Arab dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai kesan besar kepada penguasaan bahasa di kalangan pelajar. Beberapa persoalan perlu diberi perhatian oleh seorang guru bahasa Arab dalam mempertingkatkan mutu pengajarannya, khususnya dalam pengajaran kemahiran membaca iaitu:

1) Apakah kaedah pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab yang sering digunakan oleh guru bahasa Arab di SABK tersebut?

2) Apakah kaedah pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab yang digunakan oleh guru tersebut berkesan?

3) Apakah kaedah pengajaran yang paling berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab?

4) Aspek manakah dalam pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab yang paling memberikan kesan kepada diri pelajar?

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab di SABK negeri Selangor. Bagi mencapai tujuan ini, terdapat beberapa objektif khusus yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu:

1. Mengenal pasti kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa Arab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab.

2. Mengenal pasti kaedah yang sering digunakan oleh guru-guru bahasa Arab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca di dalam bilik darjah.

3. Mengenal pasti kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di dalam bilik darjah.

(3)

26

4. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SABK.

5. Memberi cadangan-cadangan untuk meningkatkan tahap keberkerkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab di SABK.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian yang beikut:

1. Apakah kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa Arab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab di SABK?

2. Apakah kaedah yang sering digunakan oleh guru-guru bahasa Arab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca di dalam bilik darjah?

3. Apakah kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SABK?

4. Apakah kekuatan dan kelemahan pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab di SABK?

5. Bagaimana untuk meningkatkan tahap keberkerkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab?

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Dapatan kajian yang akan diperolehi boleh dijadikan panduan atau asas kepada Bahagian Pendidikan Islam JAIS unit Kurikulum. Berdasarkan dapatan kajian ini, pihak berkenaan boleh merangka dan melaksanakan kursus-kursus dalaman untuk meningkatkan tahap pengajaran guru bahasa Arab dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dapat dikesan bagi memantapkan lagi kelebihan yang telah wujud.

6.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini berasaskan kepada beberapa batasan.

i) Penyelidikan akan mengkaji strategi dan kaedah guru-guru bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab kurikulum al-Azhar di SABK..

ii) Responden utama kajian ini adalah para pelajar bahasa Arab kurikulum al-Azhar di SABK.

7.0 METODOLOGI KAJIAN 7.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah satu tinjauan yang bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab di SABK. Kajian ini menggunakan kaedah

(4)

27

tinjauan berbentuk deskriptif, iaitu tinjauan bermatlamat untuk mengumpulkan maklumat mengenai pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan suatu fenomina tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud (Mohd.Majid Konting, 2005: 101-102). Ia dianggap sebagai kajian deskriptif kerana ia bermatlamat tinjauan atau penerokaan bagi menerangkan fenomena yang sedang berlaku. (Mohd.Majid Konting, 2005 :96- 98 dan Azhar Harun dan Nawi Abdullah :6). Adalah diharapkan, kajian ini juga akan dapat menghasilkan satu dapatan yang lengkap tentang kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru bahasa Arab di SABK. 7.2 Instrumen Kajian

Soal selidik merupakan instrumen penting kajian ini. Sebagaimana dinyatakan oleh Idris Awang bahawa metod soal selidik merupakan satu rangkaian soalan yang dibentuk khas dan mempunyai objektif tertentu yang dilaksanakan ke atas orang tertentu pada masa tertentu (Idris Awang, 1989 :67). Dalam menjalankan kajian ini, satu set borang soal selidik telah dibina untuk melihat persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Arab kurikulum al-Azhar di SABK dan kaedah pengajaran yang digunakan. Soal selidik ini menggunakan lima skala Likert untuk mengukur item-item yang disediakan. Dalam kaedah penganalisisan data, pengkaji menggunakan kaedah statistik deskriptif menggunakan min untuk melihat kekerapan dan frekuansi.

7.3 Kaedah Persampelan

Persampelan berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian (Chua Yan Piaw, 2006:179). Kajian ini akan melibatkan seramai 615 orang pelajar bahasa Arab kurikulum al-Azhar daripada sebelas buah sekolah SABK. Pada asasnya, pemilihan sekolah dan sampel kajian dilakukan berdasarkan kepada pembahagian daerah. Kajian ini hanya akan menumpukan kepada pelajar di SABK. Sekurang-kurang 50 orang pelajar akan dipilih secara rawak daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 4 setiap sekolah bagi menjawab borang soal selidik. Bagaimanapun keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa dalam menjalankan kajian ini penulis menggunakan pensampelan gugus (Asmah Haji Omar, 2002:59).

7.4 Analisis Data

Penganalisisan data merupakan proses pengukuran. Berdasarkan pandangan Mohd.Majid Konting, pengukuran merupakan proses pemberian nilai dengan nombor kepada cerapan-cerapan supaya nombor-nombor tersebut boleh dianalisis dengan cara manipulasi atau operasi mengikut peraturan tertentu (Mohd.Majid Konting, 2005 :147). Dalam kajian ini data-data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan program SPSS for Windows (Version 14.0). Data-data daripada borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif seperti peratus dan min, terutama yang berkaitan dengan latarbelakang sampel dan juga persepsi sampel terhadap item-item atau pemboleh-pembolehubah kajian. Bagi semua penyataan negatif, penyelidik telah mengkodkan semula data kepada skor positif bagi mendapatkan keputusan sebenar.

(5)

28 7.5 Kajian Rintis

Soal selidik merupakan instrumen penting kajian ini. Sebagaimana dinyatakan oleh Idris Awang bahawa metod soal selidik merupakan satu rangkaian soalan yang dibentuk khas dan mempunyai objektif tertentu yang dilaksanakan ke atas orang tertentu pada masa tertentu (Idris Awang, 1989 :67). Dalam menjalankan kajian ini, satu set borang soal selidik telah dibina. Sebelum menjalankan penyelidikan sebenar, instrumen tersebut telah diuji (pilot study) kepada 30 orang pelajar bahasa Arab kurikulum al-Azhar tingkatan 4 di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi Sepang. Responden dalam kajian rintis ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel kajian yang sebenar. Kajian rintis adalah satu usaha untuk meningkat dan memastikan bahawa instrumen-instrumen yang akan digunakan mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan. Min dapatan kajian rintis bagi kajian ini secara keseluruhan ialah 0.948. Ini menggambarkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang dibina. Selain itu, dapat dilihat bahawa murid hanya mengambil masa 20-30 minit untuk menjawab borang soal selidik yang diberikan.

8.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN 8.1 Latar Belakang Responden Kajian

Jantina Kekerapan Peratusan Lelaki 261 42.4 Perempuan 354 57.6 Jumlah 615 100 Tingkatan Kekerapan Peratusan tingkatan 1 1 0.2 tingkatan 3 9 1.5 tingkatan 4 605 98.4 Jumlah 615 100

(6)

29 Pernah belajar bahasa arab

Kekerapan Peratusan Ada 608 98.9 Tiada 7 1.1 Jumlah 615 100 Pendorong Kekerapan Peratusan diri sendiri 175 28.5 ibu bapa/penjaga 211 34.3

ahli keluara yang lain 36 5.9

rakan-rakan 74 12

Guru 112 18.2

lain-lain 7 1.1

Jumlah 615 100

Penguasaan bahasa Arab

Kekerapan Peratusan sangat baik 20 3.3 Baik 162 26.3 Sederhana 371 60.3 Lemah 56 9.1 sangat lemah 6 1 Jumlah 615 100

(7)

30 Penguasaan Jawi Kekerapan Peratusan sangat baik 203 33 Baik 357 58 Sederhana 52 8.5 Lemah 2 0.3 sangat lemah 1 0.2 Jumlah 615 100

Kefahaman ayat al-Quran

Kekerapan Peratusan sangat baik 23 3.7 Baik 198 32.2 Sederhana 326 53 Lemah 63 10.2 sangat lemah 5 0.8 Jumlah 615 100

Jadual 1: Latar Belakang Pelajar

Jadual di atas menunjukkan taburan latar belakang para pelajar yang menjadi responden kajian ini. Dalam kajian ini seramai 615 orang pelajar daripada sembilan buah sekolah telah terlibat dalam kajian ini di mana 261(42.4%) adalah pelajar lelaki dan 354 ( 57.6%) pelajar perempuan. Seorang ( 0.2%) daripada mereka adalah tingkatan satu, sembilan orang ( 1.5%) pelajar tingkatan dan 605 ( 98.4%) pelajar tingkatan 4. 608 ( 98.9%) daripada mereka pernah mempelajari bahasa Arab dan tujuh ( 1.1%) pelajar tidak pernah mempelajari bahasa Arab.

Dari sudut dorongan mempelajari bahasa Arab, 175 ( 28.5%) pelajar didorong oleh kemahuan sendiri, 36 ( 5.9%) pelajar didorong oleh ahli keluarga (bukan ibubapa atau penjaga), 211 ( 34.3%) pelajar didorong

(8)

31

oleh ibubapa atau penjaga, 74 ( 12%) pelajar didorong oleh rakan-rakan, 112 ( 18.2%) didorong oleh guru-guru manakala 7 ( 1.1%) pelajar didorong oleh dorongan lain.

Dari sudut penguasaan bahasa Arab, 20 ( 3.3%) pelajar menyatakan tahap penguasaan mereka adalah sangat baik, 162 ( 26.3%) pelajar menyatakan baik, 371 ( 60.3%) pelajar menyatakan sederhana, 56 ( 9.1%) pelajar menyatakan lemah dan enam ( 1%) pelajar menyatakan sangat lemah. Selain itu 203 ( 33%) pelajar menyatakan tahap penguasaan jawi mereka sangat baik, 357 ( 58%) pelajar menyatakan baik, 52 (8.5%) pelajar menyatakan sederhana dan 2 ( 0.3%)menyatakan penguasaan mereka berada di tahap lemah.

Manakala tahap kefahaman ayat-ayat al-Quran di kalangan mereka pula, terdapat 23 ( 3.7%)pelajar menyatakan tahap penguasaan mereka adalah sangat baik, 198 ( 32.2%) pelajar menyatakan baik, 326 ( 53%) pelajar menyatakan mereka berada di tahap sederhana, 63 ( 10.2%) pelajar menyatakan mereka di tahap lemah dan lima (0.8 %) pelajar menyatakan sangat lemah.

8.2 Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca Bahasa Arab.

Jadual berikut menunjukkan dapatan keseluruhan persepsi pelajar terhadap kaedah mengajar kemahiran membaca bahasa Arab mengikut min yang tertinggi.

Jadual 1: Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca.

Rajah 1: Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca

Bil. Item Min.

1. Guru membimbing pelajar membaca perkataan dengan sebutan yang betul. 3.8 2 Guru memastikan pelajar memahami makna perkataan atau petikan yang

dibaca.

3.8 3 Guru meminta pelajar memahami makana perkataan atau petikan yang

dibaca.

3.6 4. Guru membimbimbing pelajar membaca ayat dengan sebutan,nada dan

intonansi yang betul .

3.5 5. Guru meminta pelajar membaca perkataan dengan bacaan yang kuat

berulangkali.

3.4 6. Guru meminta pelajar membaca teks kemudian menjawab soalan

kefahaman.

3.3 7. Guru meminta pelajar membaca petikan secara senyap sebelum

mengemukakan soalan kefahaman.

3.1 8. Guru meminta pelajar membaca teks kemudian menulis isi penting darinya. 2.9 9. Guru meminta pelajar membaca teks dan melaksanakannya semula dalam

kemahiran membaca dan kefahaman.

(9)

32

Umumnya guru membimbing pelajar membaca perkataan dengan sebutan yang betul dan memastikan pelajarvmemahami makna perkatataan dengan sebutan yang betul dan memastikan pelajar memahami makna perkataan atau teks yang dibaca.Nilai min bagi kedua-dua teknik ini ialah (3,8).

Seterusnya guru meminta pelajar membaca ayat dengan dengan kuat dan jelas.(min 3.6), beserta dengan sebutan,nada dan intonansi yang betul.(min 3.5). Pengulangan bacaan tersebut turut diminta(min 3.4).

Guru kemudian meminta pelajar menjawab soalan kefahaman (min 3.3) setelah membaca teks.Sebelum mengemukakan soalan kefahaman guru meminta pelajar membaca petikan secara senyap terlebih dahulu (min 3.1).Bagi memastikan kefahaman pelajar guru meminta pelajar menyenaraikan isi penting dan teks yang dibaca( min 2.9).

Sebagai pengukuhan terhadap kefahaman guru meminta pelajar melakonkan semula apa yang difahami dari teks berkenaan.(min 2.2).

9.0 RUMUSAN

Keseluruhan tahap pengajaran membaca berada pada tahap antara (min 2.2 hingga 3.8), berbanding skor paling tinggi (min 5.0 ). Secara umummnya guru telah berusaha memenuhi teknik-teknik utama dalam kaedah pengajaran membaca (min 3.29).

Kecenderungan guru adalah kepada teknik-teknik asas dalam intraksi guru dengan pelajar sepanjang aktiviti pengajaran dilakukan.( Antara min 3.3 hingga min 3.8). Teknik-teknik untuk memastikan pelajar betul-betul memahami petikan atau menghayati maksudnya adalah di antara (min 2.2 hingga min.3.1). Manakala aspek pengukuhan yang lebih terangsang dalam memahami maksud petikan seperti melakonkannya semula kurang dilaksanakan.(min 2.2).

10.0 CADANGAN Series1, 1, 3.8 Series1, 2, 3.8 Series1, 3, 3.6 Series1, 4, 3.5 Series1, 5, 3.4 Series1, 6, 3.3 Series1, 7, 3.1 Series1, 8, 2.9 Series1, 9, 2.2

(10)

33

1. Guru dan pihak-pihak berwajib perlu melengkapkan bahan-bahan bacaan Bahasa Arab secukupnya.

2. Guru perlu meningkatkan teknik pengajaran membaca extensif dalam mengajar kemahiran membaca.

3. Pendedahan kepada teknik pembacaan yang bermatlamat perlu diperkemaskan.

4. Mempelbagaikan bahan-bahan bacaan bukan sekadar buku malah dalam bentuk-bentuk yang berbagai dan terkini.

5. Pendedahan terhadap khazanah-khazanah ilmu yang perlu dibaca dan dikaji di buat dari semasa ke semasa terhadap pelajar.

6. Menyediakan hadiah-hadiah rangsangan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya metelaah karya-karya tertentu melalui penilaian-penilain berhemah.

11.0 RUJUKAN

Al-Attas, Syed Muhammad Naguib.1984. Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: UKM.

Ali Ahmad Madkur. 1985. Taqwim Baramij I‘dad Mu‘llimi Lughah Arabiyyah li ghair al-Natiqin biha. Riyadh: Universiti Malik Saud.

Asmah Haji Omar, (2002), Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Azhar Harun dan Nawi Abdullah, Metodologi Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial, Kuala

Lumpur : Thomson.

Chua Yan Piaw, (2006), Kaedah dan Statistik Penyelidikan –Kaedah Penyelidikan, Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.

Al-Hardlu, Ibrahim Ahmad. 1980. I‘dad Mu‘allimin Ghair Arab li Ta‘lim al-Arabiyyah li Ghair al-Natiqin biha: Tajribah Ma’had Khartoum. Dlm Fi sijill al-Ilm li al-Nadwah al-Alamiyyah Al-Ula li Ta‘lim al-Lughah al-Arabiyyah li ghayri al-Natiqin biha. Jilid 2,ms:43-59. Saudi Arabiya: Universiti Riyadh.

Idris Awang, (1989), Penyelidikan : Jenis Dan Metod, Kuala Lumpur : Akademi Islam Universiti Malaya.

Hassan Basri Awang Mat Dahan 2003. “Perkaedahan Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia : Antara Tradisi dan Inovasi” (Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3, Fakulti Pendidikan UKM).

Kamarudin Jaafar.2010. Kaedah Mengajar Bahasa Arab. Didapati pada 27/10/2010 dari http://www.ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=print&sid=200.

Mohd.Majid Konting, (2005), Kaedah Penyelidikan Pendididkan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

(11)

34

Rushdi Ahmad Thu’aimah.1989. Ta’lim al-‘Arabiyyah Li Ghair al-Natiqina Biha. al-Rabat :Mansyurat al-Munazzamah al-Islamiyyah Li at-Tarbiyyah wa al-‘Ulum wa al-Thaqafah (ISESCO).

Saufi Man. “Perkaedahan Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia : Antara Tradisi dan Inovasi” (Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3, Fakulti Pendidikan UKM).

Zainal Abidin Kadir. 1990. Ta’lim al-Lughah al- Arabiyyah Fi Madaris Wizarah al-Tarbiyyah bi Maliziyah. Kertas kerja Nadwah Perkembangan Bahasa Arab di Malaysia.UIAM. 25-28 Ogos. Zamri Mahamod.2007.Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pemerolehan Bahasa Pertama Dan Kedua.Shah Alam: Karisma Publications Sdn.Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Kualitas transformasi pengetahuan ditunjukkan dengan nilai dari hubungan saling mempengaruhi (korelasi) antara lima disiplin belajar yaitu disiplin keahlian pribadi, disiplin berbagi

Kedua trik di atas hanyalah sejumlah contoh pendekatan yang dapat dipergunakan oleh siapa saja yang ingin menentukan atau menyusun password yang mudah diingat dan relatif aman

hidr drog ogena enasi si ber berta taha hap p da dala lam m pe pemb mben entu tukan kan HM HMD. Pr Pros oses es kom komer ersi sial al de deng ngan an bah bahan an

Pemberian naungan pada tanaman tertentu akan menyebabkan tanaman tersebut memperoleh intensitas cahaya matahari dan suhu udara yang lebih sesuai untuk pertumbuhannya..

Mily nagy a hírneve kint!” A pécsi püspöki bibliotéka alapításának korabeli is- mertetései és recepciói = „Új könyvtár virul itt, tele rendbe rakott

Sindanglaya, Segunung, Pacet-Cianjur 43253, Telp. merupakan kendala utama dalam budi daya krisan di Indonesia. Kehilangan hasil krisan oleh patogen tersebut pada varietas rentan

Zona publik diletakan pada bagian depan dari site karena zona ini diperuntukan bagi unit usaha pesantren yang berperan sebagai sarana pendidikan

Minuman mahkota dewa dengan perlakuan perendam- an dan jenis pemanis madu penghambatan pembentukan peroksida (83,15 %) dan penghambatan MDA (67,1%) lebih tinggi dibandingkan