• Tidak ada hasil yang ditemukan

Anizan Che Mat HBMT4403

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Anizan Che Mat HBMT4403"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI :

PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN

SEPTEMBER / 2014

KOD KURSUS

HBMT4403_V2SMP

TAJUK KURSUS

TEACHING OF UPPER SECONDARY MATHEMATICS PART III

DI SEDIAKAN OLEH

: ANIZAN BT CHE MAT

NO. MATRIKULASI

:

770805035800001

NO. KAD PENGENALAN :

770805035800

NO. TELEFON

:

01112167199

E-MEL

:

anizadib@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN:

KELANTAN LEARNING

(2)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~

1.0 Pengenalan

Di Malaysia, sistem pendidikan sentiasa dirombak supaya kurikulum dapat diselaraskan dengan perkembangan masyarakat dan dunia. Beberapa perubahan dan pembaharuan dalam bidang Matematik telah dibuat termasuklah Perlaksanaan Matematik Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1989. Matlamat Matematik KBSM yang dinyatakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitik, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan Matematik supaya seseorang dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan Matematik (Huraian Sukatan Pelajaran, 1993).

Penggunaan teknologi ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Pengajaran dan pembelajaran Matematik digabungkan dengan penggunaan teknologi seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), kalkulator grafik dan perisian dinamik akan memberi lebih ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka dan mendalami konsep matematik yang dipelajari. Penggunaan teknologi mengasah daya fikir kritis dan kreatif murid apabila murid membina, menguji dan membuktikan konjektur. Selain itu, penggunaan TMK menyediakan peluang untuk murid berkomunikasi secara matematik bukan sahaja di persekitaran mereka, malah dengan murid dari negara lain, dan dalam proses tersebut menjadikan pembelajaran matematik lebih menarik dan menyeronokkan.

Peluang, kemungkinan dan kebarangkalian terjadinya sesuatu perkara dan peristiwa sering kita dengar dalam kehidupan harian. Kadangkala kita lebih lebih suka menyebutnya sebagai kebarangkalian. Kebarangkalian terjadinya sesuatu perkara amat menarik untuk kita ketahui kerana dengan berbuat demikian kita mampu membuat perancangan. Umpamanya jika kita mengetahui bahawa kemungkinan hari ini akan berlaku kesesakan disebuah lebuhraya, sudah pasti kita akan mengelak daripada melalui lebuhraya seperti berikut. Begitu juga, jika seorang penganalisis pemasaran merasakan sesuatu produk tidak lagi diterima oleh penggunaan, sudah pasti beliau akan memikirkan produk yang disukai oleh pelanggan.

(3)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~ Contoh yang diberikan ialah beberapa keadaan yang melibatkan kemungkinan atau dengan istilah matematiknya ia disebut sebagai kebarangkalian.

Kebarangkalian adalah salah satu tajuk dalam matematik. Kebarangkalian termasuk dalam bidang perkaitan dalam matematik. Terdapat beberapa subtopik atau bahagian yang mengelirukan dan menyekat kefahaman pelajar dalam tajuk kebarangkalian ini. Bagi menyelesaikan masalah ini, guru sangat memainkan peranan penting untuk memberi kefahaman yang berkesan kepada pelajar untuk memahami topik tersebut.

2.0 Istilah-Istilah Dalam Kebarangkalian

Pada dasarnya kebarangkalian ialah satu ukuran kuantitatif kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa. Kebarangkalian yang biasa digunakan setiap hari adalah suatu ukuran kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa yang nilainya semata-mata bergantung kepada darjah kepercayaan seseorang terhadap sesuatu peristiwa itu akan berlaku. Kebarangkalian

boleh ditakrifkan sebagai kajian secara rawak atau kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa yang dikaitkan dengan ujikaji.

(4)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~ Berikut merupakan beberapa istilah yang digunakan dalam tajuk kebarangkalian:-2.1 Uji kaji

 Uji kaji ialah suatu proses atau tindakan memerhatikan sesuatu. Kesudahan bagi suatu uji kaji ialah keputusan yang mungkin berlaku dalam ujikaji itu.  Contohnya, melemparkan sebiji dadu sekali, hasil yang didapati adalah

nombor yang timbul di atas permukaan dadu. 2.2 Ruang Sampel

 Menurut Lim, et al. (2011), ruang sampel adalah set yang mengandungi semua kesudahan yang mungkin bagi suatu uji kaji. Misalnya, apabila kita melambungkan sekeping duit syiling, kita akan mendapat gambar atau angka. Gambar dan angka merupakan dua kesudahan yang mungkin apabila sekeping duit syiling dilambungkan.

 Setiap kejadian biasanya memberikan hasil yang berlainan. Misalnya, apabila sebiji dadu dilambungkan, terdapat enam hasil yang mungkin, iaitu sama ada nombor 1, 2, 3, 4, 5, atau 6 akan muncul. Setiap hasil yang berlainan dalam suatu kejadian dikenal sebagai kesudahan dan set yang menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi suatu kejadian dikenal sebagai ruang sampel.  Kita boleh menyatakan ruang sampel dengan cara memberikan semua

unsurnya secara terus atau dengan keterangan yang lengkap untuk membayangkan semua unsur dalam ruang sampel. Misalnya, apabila sebiji dadu dilambungkan, maka ruang sampelnya ialah set semua kesudahan yang mungkin bagi lambungan dadu atau {1, 2, 3, 4, 5, 6}.

2.3 Peristiwa

 set kesudahan yang memenuhi syarat tertentu dan merupakan suatu subset bagi ruang sampel. Misalnya, dalam lambungan dadu tadi, peristiwa nombor genap muncul ialah {2, 4, 6} dan peristiwa nombor yang kurang daripada 4 muncul ialah {1, 2, 3}.

Contoh: Dua duit syiling adil dilambung. Tuliskan ruang sampel.  Penyelesaian:

(5)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~ Katakan K ialah mendapat kepala dan B mendapat bunga. Ruang sampel S yang diberikan oleh S = {KK, KB, BK, BB}. Bilangan unsur dalam ruang sampel ialah 4 dan ditulis sebagai n (S) = 4

2.4 Rawak

 Cara sesuatu peristiwa berlaku bergantung kepada cara unsurnya dipilih. Misalnya, dalam suatu pertandingan yang terdiri daripada 5 orang peserta, jika kita menganggap bahawa setiap peserta mempunyai peluang yang sama untuk menang. Maka kebarangkalian bahawa seseorang peserta akan menang dalam pertandingan itu ialah 15 .

 Biasanya, kita menganggap semua unsur yang terlibat mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Dalam istilah statistik, kita mengatakan bahawa pemilihan setiap unsur adalah secara rawak. Sifat rawak memastikan keadilan kesudahannya.

3.0 Ringkasan Pendekatan Dan Bahan Yang Digunakan Dalam Artikel

Kebarangkalian merupakan satu topik yang penting dalam pembelajaran matematik. Bagaimanapun, ia bukanlah satu topik yang mudah dipelajari oleh pelajar terutama di peringkat sekolah. Ini kerana kebarangkalian adalah sangat abstrak dan memerlukan kefahaman yang mendalam untuk menjelaskan makna sesuatu konsep. Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kebarangkalian yang berkesan, para guru perlu mengetahui masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar dan juga konsep penting dalam pengajaran kebarangkalian.

Kajian kebarangkalian membantu kita memikirkan kemungkinan berlakunya sesuatu. Sebagai contoh, apabila anda melambungkan duit syiling, anda mungkin bertanya bagaimana kemungkinan anda mendapatkan kepala. Dalam bidang matematik, kita panggil "berlaku" sebagai "peristiwa" (even). Kebarangkalian merupakan nombor 0 hingga1 yang memberitahu kita bagaimana mungkin sesuatu yang akan berlaku. Peristiwa-peristiwa yang akan berlaku

(6)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~ akan mempunyai kebarangkalian yang dekat dengan 1 dan peristiwa-peristiwa yang mustahil berlaku akan mempunyai kebarangkalian yang menhampiri 0. Kebarangkalian boleh mempunyai dua pendekatan iaitu kebarangkalian ujikaji (experimental probability) dan kebarangkalian berteori (theoretical probability). Nilai kebarangkalian boleh berbentuk pecahan, nombor perpuluhan atau sebagai peratusan.

Salah satu kaedah yang digunakan untuk penguasaan konsep kebarangkalian ialah kaedah eksperimentasi. Kaedah ini telah di kaji oleh Amizatul Akmar binti Abdul Khalid SMK Bandar Baru Sg. Buloh dimana beliau amat tertarik untuk mengkaji topik kebarangkalian kerana topik ini memerlukan tahap penaakulan serta penguasaan konsep yang tinggi. Penyelidik juga mendapati bahawa tajuk ini sangat menarik untuk dipelajari serta banyak diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan pelbagai bidang lain seperti ekonomi, statistik, ramalan kaji cuaca, penyelidikan genetik, penyelidikan kejuruteraan dan sebagainya. Oleh itu, jelaslah bahawa topik Kebarangkalian ini amat penting untuk dikuasai. Bagi sesetengah pelajar yang kurang memahami sesuatu subtopik dalam kebarangkalian, adalah amat penting bagi seorang guru menggunakan kaedah yang bermutu dan mudah difahami oleh pelajarnya. Penggunaan buku teks dan buku rujukan semata-mata tidak mampu untuk meningkatkan kefahaman pelajar tersebut.

Kaedah eksperimentasi ini merujuk kepada kaedah eksperimen atau kerja praktik yang boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran matematik, kaedah eksperimen ialah suatu kaedah di mana pelajar dilatih menggunakan alat bantu mengajar untuk memahami konsep dan menguasai sesuatu kemahiran. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menguasai kemahiran dalam penyelesaian masalah matematik. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, kaedah eksperimen telah digunakan secara meluas.

Memandangkan topik kebarangkalian memerlukan tahap imaginasi yang tinggi untuk menyelesaikan masalah, wajarlah diberi penekanan di kalangan pelajar untuk menyediakan bahan-bahan rekreasi supaya pembelajaran kebarangkalian menjadi lebih seronok dan memudahkan pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut serta dapat menarik minat

(7)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~ pelajar. Menurut Roberts dan Schramm (1971 ) rekreasi matematik merupakan sumber pengayaan yang boleh mempercepatkan kadar pembelajaran pelajar sederhana sambil mendalami pengalaman pelajar yang cerdas. NCTM (1987) pula menggalakkan rekreasi matematik sebagai aktiviti yang menyeronokkan bagi pelajar-pelajar yang cerdas dalam matematik sambil mengukuhkan konsep-konsep matematik. Di samping penggunaan bahan rekreasi dalam topik kebarangkalian, seseorang guru memerlukan penekanan terhadap aspek latihan dan latih tubi agar persepsi pelajar yang merasakan topik ini sukar dapat diatasi.

Selain daripada menggunakan kaedah eksperimentasi dan menggunakan bahan-bahan rekreasi, peta minda juga merupakan salah satu kaedah dalam pembelajaran kebarangkalian. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rusilah Jais, Yusminah Mohd Yusof, Nur’ Ashiqin Najmuddin,Isamudin Rasip dan Siti Arba’iah Darus dari kolej matrikulasi Melaka, penggunaan peta minda dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep kebarangkalian dan dapat membantu mereka dalam menjawab soalan-soalan kuiz-kuiz dan ujian.

Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai satu kaedah yang boleh membantu pelajar mencatat nota. Kini penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur (Subadrah 2001). Kaedah peta minda ini menggunakan kedua dua belah otak (Buzan 1976) dan dengan cara ini, dapat meningkatkan lagi produktiviti dan ingatan memori (Brinkmann 2003).

Pembelajaran Kebarangkalian seharusnya terjadi secara interaksi dua hala samada di kalangan pelajar dengan guru ataupun antara pelajar dengan pelajar. Di samping itu, para pelajar didapati kurang mahir dalam membuat perkaitan di antara satu topik dengan topik yang lain mahupun antara satu sub topik dengan sub topik yang lain dan juga di antara satu konsep dengan konsep yang lain. Kefahaman membuat perkaitan antara konsep dan topik ini perlu ada memandangkan pengetahuan ini merupakan satu pengetahuan berbentuk hieraki – kefahaman berbentuk mudah kepada yang berbentuk abstrak. Masalah-masalah beginilah yang menjadikan pelajar-pelajar kurang berminat terhadap matapelajaran matematik. Justeru

(8)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~ itu, pengkaji ingin mencadangkan penggunaan kaedah peta minda di kalangan para pelajar dengan harapan untuk membantu mereka meningkatkan kefahaman konsep dan perkaitan di antara satu konsep dengan konsep yang lain mahupun dari satu topik ke topik yang lain. Seterusnya, ini dapat membantu mereka dalam menyelesaikan soalan-soalan Matematik.

Dalam pendidikan Matematik, pemetaan minda boleh digunakan bagi mencapai beberapa matlamat: mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan di antara pengetahuan baru dengan pengetahuan sediaada, membantu kepada pengenalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti seseorang pelajar (Brinkmann 2003). Di samping itu, pemetaan minda boleh digunakan sebagai satu alat pedagogi bagi membantu mempertingkatkan lagi pencapaian Matematik di kalangan pelajar (Brinkmann 2003). Subadrah (2001) menyatakan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah membantu pengajaran guru kerana dengan menggunakan peta minda guru dapat menyusun maklumat yang diajar dengan jelas. Menurut beliau lagi, bagi pelajar pula dengan melihat peta minda pelajar dapat mengikuti penerangan guru dengan teratur dan teliti, contohnya dalam pembelajaran Matematik. Justeru adalah dicadangkan agar guru memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada para pelajar.

4.0 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (OmardinAshaari, 1999). Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan

(9)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~ bantu mengajar, lebih–lebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untuk mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.

Berikut merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam memperkenalkan konsep dalam tajuk kebarangkalian.

4.1 Persembahan power point.

Perisian Microsoft Power Point mempunyai pelbagai kelebihan terutamanya untuk tujuan Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kerana dikatakan mampu meningkatkan pemindahan maklumat. Antara kelebihan penggunan perisian Microsoft Power Point ialah mempunyai ciri media seperti animasi, visual, audio, dan grafik yang dapat menarik minat pelajar dan penonton secara spontan. Selain itu Power Point juga boleh digunakan sebagai alat persembahan presentation) atau alat bantuan instruksi

Seterusnya Power Point boleh digunakan untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran untuk kumpulan besar seperti kuliah, kumpulan kecil seperti perbincangan atau tutorial dan individu iaitu melalui pembelajaran Individu.Penggunaan Power Point juga membolehkan pengguna membuat pindaan, tambah atau membina slaid baru semasa persembahan dijalankan dan boleh menyediakan salinan utama ( Master ) untuk membuat bahan tayangan transperansi.

Berikut print skrin paparan power point untuk pengajaran dan pembelajaran kebarangkalian :

(10)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~

(11)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~

4.2 Bahan Manipulatif.

Menurut Heddens (2005) bahan manipulatif ialah model konkrit yang melibatkan konsep matematik, menarik kepada beberapa deria serta boleh disentuh dan digerakkan oleh murid-murid. Pada masa sekarang, bahan manipulatif digunakan dalam pengajaran matematik telah diterima yang boleh diguna pakai sebagai satu kaedah yang akan membantu murid-murid belajar matematik dengan lebih bermakna. Pendek kata, bahan manipulatif membantu murid-murid membina imej mental yang lebih jelas untuk memahami idea-idea dan konsep-konsep matematik (Weiss, 2006).

Bahan manipulatif dapat disimpulkan sebagai alat atau bahan yang bersifat konkrit atau maujud yang melibatkan penggunaan tangan murid-murid dengan cekap terhadap objek yang dapat dipegang dan dimanipulasi untuk membantu murid-murid peringkat pra operasi membina pengetahuan dan konsep matematik secara langsung atau tidak langsung. Guru boleh membiarkan murid-murid menggunakan bahan manipulatif secara langsung untuk bermain, meneroka, membina, menguji dan membilang dengan harapan murid-murid tersebut dapat menguasai konsep matematik dengan lebih baik. Contoh lain bahan manipulatif fizikal selain di atas yang boleh didapati dengan mudah dari persekitaran ialah butang baju, bongkah kayu, batu, penutup botol, guli dan lain-lain.

Bahan manipulatif yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran ini ialah buah dadu, wang syiling dan kad gambar.

(12)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~ Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar.

Bahan bercetak yang digunakan ialah buku teks dan lembaran kerja. Berikut lembaran kerja yang disediakan untuk pelajar bagi mengukuhkan kefahaman tentang tajuk yang dipelajari.

Nama : ……….

Tingkatn : ……….

Jawab semua soalan berikut

1. Selepas tamat pelajaran tingkatan 5, Suzana ingin melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti tepatan. Tentukan sama ada setiap kesudahan yang berikut merupakan kesudahan yang mungkin atau tidak.

a) Universiti Malaya b) Universiti of Cambridge c) Universiti Putra Malaysia d) Universiti Telekom

2. Encik Hamid ingin menukarkan wang kertas dalam Ringgit Malaysia di sebuah bank. Nyatakan sama ada setiap kesudahan yang berikut

merupakan kesudahan yang mungkin ataupun tidak. a) Wang kertas RM3

b) Wang kertas RM1 c) Wang kertas RM50 d) Wang Kertas RM80

3. Satu soalan objektif mengandungi empat pilihan, iaitu A,B,C, dan D. Salleh meneka dua soalan itu secara rawak.

a) lukis sebuah gambar rajah pokok untuk menunjukkan semua kesudahan yang mungkin.

(13)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~

5.0 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

Hari Selasa

Tarikh 7 Ogos 2014

Subjek Matematik

Masa 9.25 – 9.55 pagi

Tingkatan 4 Kenanga

Bidang Pembelajaran Bab 7: kebarangkalian I

Objektif Pembelajaran 7.1 Memahami konsep ruang sampel.

Hasil Pembelajaran i. Menentukan sama ada sesuatu kesudahan adalah kesudahan yang mungkin bagi sesuatu ujikaji.

ii. Menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi sesuatu ujikaji:

a) daripada aktiviti-aktiviti, b) secara penaakulan.

Aktiviti 1. Guru melambung sebiji dadu. Pelajar perlu meneka kemungkinan mendapat nombor 1.

2. Guru memperkenal tajuk yang akan dipelajari.

3. Guru menunjukkan paparan power point kepada murid dan bersoal jawab mengenai paparan tersebut.

4. Guru mengeluarkan gelas yang mengandungi 9 batang pen berwarna merah, biru dan hitam. Pelajar diminta dating ke hadapan dan menjawab kebarangkalian berlakunya pen warna

a- biru dipilih b- merah dipilih

5. Setiap pelajar diminta menulis nama di atas sekeping kertas yang disediakan. Guru melekatkan kad yang mengandungi perkataan ‘KEBARANGKALIAN’ di papan hitam dan pelajar dikehendaki menulis jawapan bagi kebarangkalian berlakunya huruf vokal dipilih. Pelajar yang salah diberi soalan tambahan berdasarkan aktiviti yang sama.( jangkaan bilangan kesudahan ) 6. Aktiviti kuiz, murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Aktiviti ini dinamakan ‘ siapa cepat dia dapat ‘.

(14)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~ 7. Syarat kuiz :

 Soalan akan dibuka kepada semua kumpulan, kumpulan yang pantas akan diberi peluang untuk menjawab soalan.  Loceng untuk setiap kumpulan di sediakan, dan pelajar

diminta menekan loceng untuk menjawab soalan.

 Kumpulan yang mempunyai markah yang tinggi akan dikira sebagai pemenang.

8. Guru menyediakan latihan. Rujuk lembaran kerja yang telah disediakan

9. Sesi perbincangan 10. Kesimpulan.

6.0 Penulisan Reflektif

Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya terlebih dahulu mengumpul maklumat daripada nota kuliah, perpustakaan, internet, dan sebagainya. Setelah memperoleh maklumat yang diperlukan, saya telah berkolaborasi dengan rakan-rakan mengenai maklumat yang sebenar diperlukan selain bertukar-tukar bahan dengan mereka. Kemudian, saya menyusun maklumat dan bahan-bahan tersebut mengikut soalan yang dikemukakan.

Langkah pertama sebelum memulakan tugasan ini, saya meneliti dan mengkaji topik dan tajuk yang terdapat di dalam sukatan pelajaran matematik sekolah menengah dimana asas untuk memperkenalkan topik kebarangkalian bermula di tingkatan 4 . Ini di sebabkan saya tidak pernah mengkaji sukatan dan mengajar untuk sekolah menengah kerana saya mengajar di sekolah rendah. Soalan ini memerlukan saya menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk memperkenalkan

(15)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~ konsep kebarangkalian. Setelah meneliti tajuk yang sesuai, saya memilih sub topik kebarangkalian iaitu memahami konsep ruang sampel.

Setelah memilih tajuk yang sesuai, saya membina rancangan pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan dan pendapat rakan sekerja. Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran yang disediakan hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Saya telah memilih untuk menggunakan aplikasi power point untuk mengajar murid tersebut. Pembinaan aplikasi power point ini dibina sendiri oleh saya walaupun tidak mahir dalam ICT. Saya cuba mengaplikasikan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jadi, apa yang telah saya perolehi selepas menyediakan bahan pengajaran menggunakan power point ialah saya dapat mengetahui betapa berkesan, mudah dan lebih menarik minat pelajar-pelajar saya untuk belajar. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk menyediakan pengajaran dalam bentuk power point ini, namun setelah mempelajari secara perlahan dan banyak ditunjuk ajar oleh beberapa rakan yang lebih tahu menggunakan perisian ini, saya dapat menguasai power point ini dengan lebih mahir.

Akhir sekali, saya ingin mengungkapkan bahawa dengan adanya penggunaan multimedia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita di sekolah akan lebih membantu para guru untuk menarik minat pelajar di samping membantu guru untuk memudahkan lagi beban yang dipikul. sekian, terima kasih.

(16)

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBMT4403 SMP~

RUJUKAN / REFERENSI

Amizatul Akmar binti Abdul Khalid, Penguasaan Konsep Kebarangkalian Menggunakan

Kaedah Experimentasi. Selangor Darul Ehsan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum,2012 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Spesifikasi Kurikulum Matematik Tingkatan 4. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia

Chai Mun, ( 2014 ), Esensi Matematik SPM. Kuala Lumpur. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

https://myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/20140218090208MODUL %20SMU3063%20STAT%20ASAS%20PJJ.pdf

http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/03mas_matematik.pdfhttp://nenez9595.blogspot.c om/2013/05/penyelesaian-masalah-matematik.html

Kheong Sia Chung, Mei, Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Kebarangkalian

Dikalangan Pelajar Tingkatan 5, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia .

Norazrena Binti Abu Samah & Shaharuddin Bin Md Salleh, Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi MalaysiaJurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Nor Hayati Md Yusof, Aisah Ali, Dr Koay Chen Yong (2014), HBMT 4403 Teaching Of

Referensi

Dokumen terkait