Numbers
1. PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN 2P2S
UNTUK MENGENAL PASTI PERSEPSI GURU MATEMATIK DALAM KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL: LESSON
STUDY Nancy Ng Yut Kuan
Faculty of Psychology and Education , Universiti Malaysia Sabah
1-18
2. FAKTOR PENYUMBANG PENCAPAIAN RENDAH MATA
PELAJARAN EKONOMI STPM DI SABAH: SATU TINJAUAN AWAL
Abdul Said Ambotang¹, Baharom bin Mohamad² dan Dullah Yute³
¹·²·³Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
19-28
3. PERLAKSANAAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN
SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH: TINJAUAN DALAM KALANGAN GURU DI DAERAH TAWAU SABAH
Dullah Yute¹ dan Abdul Said Ambotang² 1,2
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
29-39
4. KEPIMPINAN PENGAJARAN GURU BESAR
HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN DAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH RENDAH
Abdul Said Ambotang¹, Jumriah Abdul Azis² dan Christina Andin³
¹· ² Fakulti Psikologi dan Pendidikan,Universiti Malaysia Sabah ³Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
40-50
5. PERBANDINGAN EFIKASI GURU DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA SABAH DAN MRSM TERENGGANU.
Mohd Mahadzir Rahimi Bin Mohamed Nawi1, Khalid Bin Johari2 Dewi Isma Bt Madzlan3, Norsimah Bt Dasan4
Zulaine Bin Awang Taul5 1,2,3,4,5
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
51-57
6. AMALAN KREATIVITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SEKOLAH
MENENGAH DAERAH KUDAT SABAH: SATU KAJIAN KES
George Tamaki and Sabariah Sharif
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
SAINS TAHUN 5 :SATU KAJIAN TINDAKAN Chin Mui Ken1, and Dr. Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah2 1,2Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah
8. KESAN LATIHAN PLIOMETRIKS MENGGUNAKAN METOD
KONVENSIONAL DAN SHUTTLE MVP KE ATAS PENINGKATAN KUASA BAHAGIAN BAWAH BADAN ATLET
LOMPAT KIJANG Frankie Lumpil1, D Maryama Daud2 1
Sekolah Sukan Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. 2
Department of Sports Science, Universiti Malaysia Sabah
83-98
9. HUBUNGAN ANTARA EFIKASI GURU DENGAN METAKOGNISI DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH PEDALAMAN SATU DI BEBERAPA BUAH DAERAH DI SABAH
Iffahzuleha Elmandily Binti Awaluddin
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
199-105
10. HUBUNGAN ANTARA KESEDARAN METAKOGNISI DENGAN KOMITMEN KERJAYA DALAM KALANGAN GURU – GURU
PEDALAMAN SATU DI SABAH
Isninah binti Muin1 1
Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah
106-111
11. HUBUNGAN ANTARA EFIKASI KOLEKTIF DENGAN
KREATIVITI PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH PEDALAMAN SATU DI BEBERAPA BUAH
DAERAH DI SABAH Cory Joanes
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
112-119
12. HUBUNGAN ANTARA AMALAN PENGURUSAN,
KEPUASAN KERJA DAN KOMITMEN KERJA DALAM KALANGAN KETUA PANITIA BERDASARKAN PRESTASI
AKADEMIK SEKOLAH A DAN SEKOLAH B KAWASAN PEDALAMAN ATAS NEGERI SABAH.
Laimah Sungap
Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Sabah.
Dg Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli¹, Baharom Mohamad², and Roslee Talip³ 1,2,3Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah
14. PENGETAHUAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Hairiya bt Darwis1
Mohd Zaki b Ishak2 1,2
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
143-149
15. BAHAN BANTU MENGAJAR GURU BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH DI DAERAH SEMPORNA Bibah Bt Talag1, Mohd. Zaki B. Ishak2
1,2
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
150-157
16. HUBUNGAN KUALITI PENGAJARAN GURU DENGAN
SIKAP PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH Normiati Batjo1 dan Mohamad Nizam Nazarudin2
1.2
Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah
158-174
17. MOTIVASI DALAM PELAKSANAAN PEMBELAJARAN
PERDAGANGAN BERASASKAN PROJEK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH
DAERAH KOTA BELUD, SABAH. Cheng Tsen Lui1
Christina Peter Ligadu2, Dayang Maryama Awang Daud3 1,2,3
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
175-184
18. PEMBINAAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN
LITERASI PENTAKSIRAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (ILP IPG)
Zakiah Noordin1, Vincent Pang1 dan Mohd Khairuddin Abdullah1 1Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
185-194
19. MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN
EMPAT DI DAERAH TAWAU Hapsa bt Anwar1 & Mohd Zaki b Ishak2 1,2,
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
Samsuriani Rusli1 Mohd. Zaki Ishak2
1,2,Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
21. HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
PENGURUSAN DISIPLIN DENGAN SIKAP GURU DISIPLIN Najihah bt Yahya
Roslee Talip 1,2,
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
211-217
22. SIKAP DAN KEMAHIRAN GURU PRASEKOLAH DALAM
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER ( ICT ) DALAM
PENGAJARAN AWAL SAINS
Dg Mariam Binti Hassan1 and Baharom Mohamad2 1,2,Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
218-229
23. TEKNOLOGI PENGURUSAN PENGETAHUAN
PENGARUH SIKAP, NORMA SUBJEKTIF,
PERSEPSI KAWALAN GELAGAT DALAM KALANGAN PENGURUS SEKOLAH RENDAH DI SABAH Nazarius G. Yulip1 and Sopiah Abdullah@ Siew Nyet Moi2 1,2
Faculty of Psychology and Education , Universiti Malaysia Sabah
230-239
24. HUBUNGAN ANTARA EFIKASI KOLEKTIF DENGAN
METAKOGNISI GURU DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH PEDALAMAN SATU SABAH
Nick Vrynner Liah
Faculty of Psychology and Education, University Malaysia Sabah
240-253
25. PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) WEB MULTIMEDIA INTERAKTIF
PENDIDIKAN JASMANI DALAM KEMAHIRAN ASAS PSIKOMOTOR SUKAN HOKI
Mad Rosli bin Saraamu dan Dr. Anuar bin Din
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
Mohammad Nizam B. Nazaruddin1, dan Diana Farahdilla Fadli2 1,2Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
27. PENGARUH SIKAP DAN PERSEKITARAN TERHADAP
TINGKAH LAKU PONTENG SEKOLAH DALAM KALANGAN MURID DAERAH PENAMPANG
Tairin @Noraisah Binti Lontou dan Baharom Mohamad2 1,2
Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah
274-283
28. HUBUNGAN PENGURUSAN KURIKULUM GURU BESAR
DENGAN KOMITMEN DAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR DALAM DAERAH
SANDAKAN. Khairol bin Jumat ¹ Mohamad Nizam bin Nazarudin²
1,2Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
284-289
29. HUMAN SECURITY IN THE CONTEXT “FREEDOM FROM WANT”: SCHOOL AND HEALTH ACCESS OF INDONESIAN CHILD LABOUR IN THE PALM OIL PLANTATION SECTOR IN
LAHAD DATU AND SANDAKAN
Dewi Herviani1, Ramli Dollah2, Kntayya Mariappan3, Wan Shawaluddin Wan Hassan4, Emilia .R5, Mohammad Faikar Adi
Nugroho6, Raden Ilyas Fatahillah7 1,,5,6,7
School of Social Science, Universiti Malaysia Sabah 2,4
Lecture of International Relation, School of Social Science, University Malaysia Sabah
3
Lecture of Antropology Sosiology, School of Social Science,University Malaysia Sabah
290-298
30. A COMPARISON BETWEEN SIMPLE LINEAR REGRESSION AND RADIAL BASIS FUNCTION NEURAL NETWORK (RBFNN)
MODELS FOR PREDICTING STUDENTS’ ACHIEVEMENT Haviluddin1, A. Sunarto2, Suci Yuniarti3
1School of Engineering & Information Technology, Universiti Malaysia Sabah
2School of Science & Technology, Universiti Malaysia Sabah 3Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah
Ovelyn @ Ozy Matanluk
Sekolah Menengah kebangsaan Sikuati, Kudat.
32. PENDIDIKAN DAN PELATIHAN KEWIRAUSAHAAN: TELAAH TEORITIS
Edah Runengsih1, Eny Listiany2, Arianti3
1,2,3 Faculty of Business, Economic and Accountancy, University Malaysia
Sabah
1 PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN 2P2S UNTUK MENGENAL PASTI PERSEPSI GURU MATEMATIK DALAM KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL:
LESSON STUDY Nancy Ng Yut Kuan
Faculty of Psychology and Education , Universiti Malaysia Sabah [email protected]
Abstrak
Kekurangan pengetahuan pedagogi kandungan dalam kemahiran menyoal dan bagaimana mereka telah dicerap, kurangnya kerjasama dan tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran yang yang dapat merangsang kognitif, psikomotor dan afektif dalam diri pelajar, menjadikan semua ini jurang dalam kajian-kajian literatur yang dibuat. Justeru, pengkaji membuat pembangunan dan pengesahan Instrumen 2P2S bagi mengenal pasti persepsi guru-guru Matematik terhadap pengetahuan, model simulasi, pencerapan klinikal dan sinergi dalam KPP: LS. Populasi kajian terdiri daripada sekolah rendah serta sekolah menengah dalam 3 buah daerah di bahagian timur Sabah iaitu daerah Beluran, Telupid dan Sandakan. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru Matematik seramai 30 orang. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Dalam kajian kuantitatif, pembinaan dan penilaian kebolehpercayaan maupun pengesahan soal selidik dengan menggunakan pengukuran Model Rasch dibuat. Dalam kajian kualitatif pula, melibatkan beberapa proses seperti membuat tinjauan literatur terhadap pelbagai model dan teori KPP: LS, adaptasi dan modifikasi beberapa instrumen soal selidik sedia ada tentang KPP: LS dari dalam dan luar negara, penelitian terhadap dokumen-dokumen KPP: LS yang disediakan oleh KPM, BPG dan PPD, dan proses temu bual secara berstruktur kepada 4 orang responden. Dapatan kajian mendapati julat nilai min kuasa dua Infit dan min kuasa dua Outfit bagi setiap item dan individu terletak dalam lingkungan 0.5 hingga 1.5 (Linarce, 2014). Nilai kebolehpercayaan item dan kebolehpercayaan individu yang dikaji berdasarkan nilai indeks kebolehpercayaan item (Item Reliability Coefficient) dan indeks kebolehpercayaan individu (Person Reliability Coefficient) adalah 0.90. Merujuk kepada Linarce (2002), nilai 0.5 dan 0.87 mempunyai kebolehpercayaan item dan individu yang tinggi. Ini menunjukkan Instrumen 2P2S yang dibina oleh pengkaji boleh digunakan dan tidak perlu diubah.
Kata Kunci: Instrumen 2P2S, pengetahuan pedagogi kandungan, pencerapan klinikal, model simulasi, sinergi, Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study
Abstract
Lack of pedagogical content knowledge in questioning skills and how they have been observed , lack of cooperation and diversify teaching methods that promote cognitive , psychomotor and affective development of the student , are some gaps in the research literature. Thus, the researcher makes the development and validation of instruments for identifying 2P2S perception of Mathematics teachers in knowledge, simulation models , clinical observation and synergies in the PLC : LS . The study population consisted of primary and
2 secondary schools in the three districts in the east of Sabah such as
Beluran, Telupid and Sandakan. Sample of Mathematics teachers are 30. The research methodologies are quantitative and qualitative methods . In quantitative research, construction and reliability assessment or verification questionnaire using Rasch measurement model is made. In the qualitative study , involving some process like making a review of literature on the various models and theories of the KPP : LS, adaptation and modification of some existing questionnaires about the KPP : LS from within and outside the country , reviews of the KPP: LS documents provided by MOE, BPG and PPD, and a structured interview process to four respondents. The results showed that the range of the mean squared Infit and Outfit mean square for each individual item and are located within 0.5 to 1.5 ( Linarce , 2014) . The reliability of individual items and the reliability of the study based on the index value of the items ( Item Reliability Coefficient ) and individual reliability index (Person Reliability Coefficient ) is 0.90. Referring to Linarce (2002) , the 0.5 and 0.87 with reliability and high individual item . This shows 2P2S instruments designed by the researcher can be used and no need be changed.
Keywords: Instruments 2P2S, pedagogical content knowledge, clinical observation, simulation models, synergies, Professional Learning Community: Lesson Study
1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan Matematik di Malaysia telah mengalami pelbagai reformasi untuk meningkatkan kualiti kurikulum dan guru Matematik mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Proses reformasi ini perlu digerakkan oleh jentera utamanya iaitu guru. Salah satu reformasi pendidikan yang jelas diperkatakan di negara kita dewasa ini ialah pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara. Ia telah dilancarkan pada 11 Julai 2009 dan diumumkan pada 27 Julai 2009, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas genap 100 hari beliau mentadbir negara yang mendokumenkan inisiatitif kerajaan bagi merealisasikan Gagasan 1 Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” (Abdul Rahman Abdul Majid, 2010). Ia memberi fokus kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau lebih dikenali sebagai National Key Results Areas (NKRA) yang merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat. Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Program atau GTP) turut dilancarkan oleh beliau pada 28 Januari 2010 dan NKRA Pendidikan adalah salah satu sasaran utama. Sering kali diwartakan bahawa, ilmu pengetahuan Matematik menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu Matematik menjadi prasyarat kepada kemajuan tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya (NKRA, 2009). Salah satu strategi dan program yang telah dibuat untuk mencapai askes pendidikan berkualiti dan berkemampuan dalam NKRA Pendidikan ini khususnya dalam pendidikan Matematik ialah Program Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP): Lesson study (LS) atau lebih dikenali sebagai PLC iaitu ‘Profesional Learning Community: Lesson study’ . Ia mula dijadikan sebagai bahan kajian penyelidikan di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah di Malaysia pada tahun 2004 (Sitti Haishah Abdul Rahman, Chiew Chee Mun & Norhaini Abdul Aziz, 2011). 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
2.1 Lesson Study
Selama beberapa dekad, sekolah-sekolah di Sabah telah digesa untuk melibatkan diri dalam aktiviti perubahan dan peningkatan pencapaian akademik memandangkan Sabah sering mendapat tempat yang tercorot berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Pada tahun 1970-an, penyelidikan ke atas sekolah-sekolah yang berkesan dan proses pencapaian akademik di Sabah adalah melalui
3 perubahan minda guru-guru itu sendiri. Lesson study adalah pendekatan dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) di mana guru-guru bekerjasama untuk mengkaji kandungan, arahan, dan bagaimana pelajar belajar serta mencapai persefahaman untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ianya diiktiraf oleh Majlis Staf Pembangunan Negara sebagai salah satu reka bentuk yang paling berkuasa untuk membina KPP (PLC). Sepertimana yang telah dilaporkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, seperti juga kebanyakan negara lain di dunia seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand, masalah utama yang dihadapi oleh pihak berkuasa ialah kekurangan guru yang terlatih untuk mengajar mata pelajaran Matematik. Dalam kebanyakan negara maju tersebut, didapati bahawa mata pelajaran Matematik diajar oleh guru yang mempunyai pelbagai latar belakang. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan nisbah guru:pelajar yang terlalu tinggi dan implikasinya, guru-guru yang mempunyai pelbagai latar belakang pengkhususan diarahkan mengajar mata pelajaran Matematik berkenaan. Meskipun ada dalam kalangan guru tersebut yang memiliki strategi-strategi penyesuaian diri dan mempraktikkan mekanisme pdp dalam pengajaran mereka, tetapi bagi kebanyakan guru Matematik lain mereka memerlukan bimbingan, kolaborasi, perkongsian dan menjalankan tanggungjawab sendiri dalam KPP: LS untuk membolehkan mereka mengajar dengan berkesan dan bermakna. Justeru, guru-guru Matematik yang berkesan adalah mementingkan dimensi instruksional iaitu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui KPP: LS ini.
2.2 Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Kemahiran Menyoal)
Jika dilihat kepada penyelidikan atau kajian tentang aspek pengetahuan dalam bidang pendidikan khususnya dalam kalangan guru Matematik di Sabah, pengetahuan pedagogi seseorang guru untuk memberikan kefahaman isi pelajaran kepada pelajar telah mendapat perhatian beberapa tahun kebelakangan ini (Noor Shah Saad, 2003). Kajian-kajian ini dijalankan hasil dari inspirasi yang digerakkan oleh Shulman (1986) yang telah mengenalpasti bahawa pengetahuan guru merupakan paradigma yang hilang dalam kajian-kajian bidang pendidikan. Pengkaji percaya bahawa aspek PPK guru seperti yang ditakrifkan oleh Shulman (1986) memberikan sumbangan yang amat penting dalam memastikan penguasaan mata pelajaran yang baik dalam kalangan pelajar. Ini berikutan daripada dua komponen yang membentuk PPK iaitu pengetahuan pedagogi guru dan pengetahuan bagaimana untuk memberikan kefahaman pelajaran kepada pelajar merupakan dua faktor yang tidak mungkin terpisah di antara satu sama lain dan sering diperkatakan menjadi penentu kepada sesuatu pengajaran yang berkesan. Hasil dapatan kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru Matematik di Sabah menyuarakan mereka perlu meningkatkan pengetahuan tentang mata pelajaran ini. Berdasarkan dapatan yang diperoleh oleh Shulman, L. S. (1991) dan Noraini Idris (2001), memang terdapat persamaan dan boleh disimpulkan bahawa aras pengetahuan guru Matematik ini dapat dikaitkan dengan jantina guru, tempoh pengalaman guru, disiplin pengkhususan dan cara komunikasi lisan semasa mengajar. Dengan mempertimbangkan dasawarsa baru yang kita lalui, kedinamikan perubahan dalam kurikulum pendidikan Matematik serta berdasarkan analisis dapatan kajian guru yang lalu di Semenanjung Malaysia, penyelidik merasakan bahawa sudah sampai masanya dijalankan satu kajian yang komprehensif dengan mereplikasikan kajian yang dilakukan oleh Chong (1992), Ng (1995) dan Noor Shah Saad (2003) tentang KPP: LS dalam kalangan guru Matematik di seluruh negeri di Malaysia khasnya dan di Sabah amnya. Dalam KPP: LS ini, situasi apabila guru atau pelajar mengemukakan soalan, maka komunikasi akan wujud. Walau bagaimanapun, guru atau pelajar kadangkala tidak dapat memahami dengan jelas soalan yang dikemukakan dalam bentuk penulisan ataupun lisan. Lebih membimbangkan lagi jika masalah ini menyumbang kepada kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Matematik (Daud,2000). Antara faktor yang menyumbang ke arah itu adalah guru tidak berkemahiran mengemukakan soalan yang sesuai. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) guru Matematik dalam mengemukakan soalan (questioning) dari aspek bahasa Matematik dan komunikasi. 2.3 Model Simulasi
Unjuran kenyataan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (1990) yang telah menggariskan beberapa teknik atau kaedah pedagogi yang kritis di negara ini telah memberikan impak kepada pengajaran dan pembelajaran Matematik di kelas dalam kalangan guru berkenaan. Di antara teknik-teknik dan kaedah-kaedah pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru Matematik di sekolah atau di bilik darjah khususnya ialah simulasi. Ianya merupakan pewujudan suatu situasi yang menyerupai
4 keadaan sebenar dengan tujuan untuk menyelesaikan satu-satu masalah sebenar dalam keadaan yang terkawal. Pelajar mungkin perlu membuat persediaan dalam simulasi. Dalam proses simulasi ini, mereka dikehendaki menaakul, menganalisis situasi dan berfikir secara kritikal tentang cara mengatasi sesuatu masalah itu. Semua kemahiran berfikir ini adalah selaras dengan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) yang merupakan satu unsur penting dalam penekanan baru proses pengajaran serta pembelajaran Matematik maupun mata pelajaran-mata pelajaran lain di bilik darjah. Usaha tersebut dijalankan dengan giatnya di peringkat kebangsaan, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat sekolah sejak tahun 1994. Oleh itu, melalui kaedah simulasi, jelas dilihat bahawa pihak Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah banyak memberi pendedahan kepada guru-guru Matematik tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dengan KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui Program KPP: LS di samping membuat kajian tindakan tentang kaedah simulasi dan KBKK oleh guru-guru dan pensyarah di institusi pendidikan (KPM, 2009). Di samping itu juga, pelajar dapat menguasai kemahiran seperti soal jawab, pemerolehan dan penggunaan bahan sumber.
2.4 Pencerapan Klinikal
Dalam proses pelaksanaan program pendidikan, KPP: LS di Sabah merupakan salah satu proses terpenting bagi melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan, kemahiran dan perkembangan profesionalisme guru. Menerusi KPP: LS ini, guru-guru dapat menunjukkan kebolehan mereka menggunakan segala ilmu pengetahuan dan teori yang telah dipelajari ke dalam situasi sebenar di bilik darjah melalui proses pencerapan klinikal. Oleh itu, proses pencerapan klinikal yang diberikan mampu membantu guru menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan efisien. Pencerapan klinikal ini melibatkan dua proses dan dua tujuan yang utama. Dua proses tersebut ialah komunikasi dan refleksi manakala dua tujuan utama pula ialah untuk pemerhatian dan penganalisisan proses tingkah laku pengajaran. Tujuan-tujuan utama ini adalah untuk membuat diagnosis iaitu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran seseorang guru Matematik di dalam bilik darjah. Berdasarkan kelebihan dan kelemahan yang telah dikenal pasti, langkah-langkah tertentu dapat diambil untuk membantu dan membimbing guru Matematik berkenaan agar mampu menjadi seorang guru yang lebih efektif. Terdapat beberapa langkah berstruktur atau pemeringkatan aktiviti dalam proses pencerapan klinikal. Pengkaji telah memilih teori proses pencerapan klinikal Goldhammer & et al. (1980) sebagai asas kepada pembangunan instrumen yang mengukur pencerapan klinikal dalam KPP: LS di Sabah ini. Menurut mereka, proses-proses atau aktiviti-aktiviti pencerapan klinikal ini dapat dibahagikan kepada lima peringkat iaitu Perbincangan Sebelum Pemerhatian (Pra Pencerapan klinikal), Pemerhatian (Pencerapan klinikal), Analisis Dan Strategi (Pasca Pencerapan klinikal), Perbincangan Pencerapan (Pasca Pencerapan klinikal) dan Analisis Selepas Perbincangan (Pasca Pencerapan klinikal).
2.5 Sinergi
Transformasi pendidikan ke arah melahirkan modal insan cemerlang adalah mewujudkan sekolah yang bersinergi dan berkesan di Sabah. Sekolah bersinergi pada masa hadapan pula adalah komuniti pembelajaran profesional seperti yang dinyatakan dalam NKRA (2009). Sekolah bersinergi adalah kompleks, institusi yang berkolaborasi, memerlukan prestasi tinggi daripada segenap lapisan di sekolah dan sekolah yang memastikan pelajarnya menguasai ilmu secara authentik. Literatur terkini, menunjukkan unsur terpenting dalam sinergi iaitu kolaborasi dalam kalangan guru amat penting untuk memastikan keberkesanan sekolah. Telah terbukti bahawa sekolah bersinergi ialah sekolah yang mempunyai budaya perkongsian secara berterusan di antara semua pihak untuk melahirkan guru-guru khususnya guru Matematik yang mempunyai sinergi tinggi. Guru Matematik yang bersinergi dan berjaya adalah mereka yang mempunyai kerjasama, strategi pengajaran dan amalan refleksi yang baik serta mencantumkan usaha-usaha peningkatan profesionalisme guru yang berterusan dan berkembang tumbuh iaitu wujudnya Continuous Professional Development di sekolah melalui KPP: LS.
Sinergi guru Matematik di sekolah sebenarnya amat bergantung sepenuhnya kepada kepemimpinan pengajaran dan pembelajaran mereka di kelas. Memang tidak dipertikaikan lagi bahawa tidak ada guru-guru Matematik yang berjaya tanpa sinergi yang berkesan, dan begitu juga hal sebaliknya. Dalam konteks menjana insan cemerlang, sinergi guru diertikan sebagai keupayaan
5 kolaborasi guru-guru Matematik untuk menentukan pembelajaran pelajar-pelajarnya adalah authentik dan bukannya setakat memastikan pelajar memperoleh keputusan cemerlang, tetapi keputusan cemerlang itu mencerminkan penguasaan ilmu oleh pelajar-pelajarnya. Fokus KPP adalah seharusnya kepada aktiviti pdp. Oleh itu, segala program KPP di sekolah yang lain adalah untuk mengukuhkan pdp. Dalam keadaan organisasi sekolah sebagai satu komuniti yang semakin sukar dan isi kandungan pelajaran yang bertambah, telah menuntut sinergi semua guru Matematik sebagai pemimpin untuk pembelajaran. Oleh itu, guru-guru di Malaysia amnya dan di Sabah khasnya, amat menekankan sekolahnya sebagai Komuniti Pembelajaran Profesional pada masa sekarang untuk melahirkan sinergi guru Matematik yang berkesan (Sharifah Maimunah Syed Zin, 2011).
3.0 TUJUAN KAJIAN
Dalam kajian penyelidikan ini, pengkaji akan membuat pembangunan dan pengesahan Instrumen 2P2S yang dapat mengenal pasti persepsi guru-guru Matematik dalam penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan (P1), model simulasi (S1), pencerapan klinikal (P2) dan sinergi (S
2) dalam Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson study. Instrumen yang dapat mengenal pasti persepsi guru-guru Matematik dalam empat aspek dalam KPP: LS ini diharapkan dapat diaplikasikan dalam kebanyakan sekolah di Malaysia amnya dan di Sabah khasnya untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Matematik dari segi aspek pengetahuan, model simulasi, pencerapan klinikal dan sinergi.
4.0 TINJAUAN LITERATUR 4.1 Lesson Study
Pelaksanaan LS di luar negara sudah lama berlaku. Contohnya, memandangkan markah pelajar Amerika Syarikat yang rendah dalam laporan TIMSS berbanding dengan markah pelajar-pelajar Asia Timur yang tinggi, Hiebert dan Stigler (2000) mengambil perhatian terhadap amalan pedagogi yang telah menimbulkan masalah dalam sistem pendidikan. Mereka turut mendakwa bahawa walaupun kerja kumpulan seperti kolaboratif, koperatif dan konstruktivis diadakan, beberapa perubahan perlu dilakukan dalam proses pembelajaran yang berterusan seperti LS. Dalam keadaan ini, beberapa ulama dari Amerika Syarikat dan tempat lain yang mempunyai kepentingan dalam pembangunan profesional pendidikan di Jepun, mereka telah memperkenalkan model LS (Fernandez & Yoshida, 2004 & Stepanek et al, 2007).
Lewis (2009) mencadangkan model LS untuk meningkatkan pengetahuan pedagogi guru dengan membina komuniti pembelajaran profesional serta merangka bahan-bahan pengajaran yang inovatif. Namun menurut Lewis (2009) lagi, walaupun LS telah banyak digunakan di seluruh dunia, masih lebih banyak kajian yang diperlukan untuk memahami proses kompleks pelaksanaan LS ini seperti dari segi perspektif kolaborasi dan kepimpinan kumpulan dalam kalangan guru yang terlibat, tumpuan yang perlu diberikan kepada isu-isu yang berkaitan dengan interaksi sosial antara pelajar dan guru, dan proses pengajaran yang dinamik secara berkumpulan seperti simulasi dan penilaian yang muncul apabila LS diperkenalkan kepada budaya sekolah yang sedia ada dan hubungan pihak berkepentingan. Kenyataan ini disokong oleh Wang-Iverson & Yoshida (2005) di mana KPP: LS adalah amalan guru-guru secara kolaborasi untuk merancang dan menyedia rancangan mengajar, membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru, membuat refleksi terhadap pdp dan seterusnya mengubahsuai untuk menambahbaik rancangan mengajar. Perubahan dunia pendidikan di Malaysia amnya dan di Sabah khasnya pada hari ini memerlukan kepemimpinan pengajaran dan pembelajaran yang secara langsung bertanggungjawab dalam memastikan kapasiti guru berada pada tahap yang tinggi. Demikianlah konsep KPP: LS secara umum yang dapat dilihat sebagai batu asas dalam pembentukan model tersebut. Model KPP: LS ini adalah suatu kerangka konsep yang dapat memperlihatkan berlakunya anjakan paradigma di sekolah, di mana budaya guru bekerja secara menyendiri berubah kepada budaya kerja kolaboratif (Roslee Talip et al., 2011).
4.2 Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Kemahiran Menyoal)
Istilah pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) telah diperkenalkan lebih 20 tahun yang lalu (Solis, 2009). Penyelidik dalam pendidikan masik menggunakan PPK untuk merujuk pengetahuan
6 tentang pengajaran dan pelajaran. Kini, PPK telah dikembangkan merentasi pelbagai bidang ilmu dan telah dipetik lebih daripada 1200 orang penyelidik (Solis, 2009). Sato dan Sato (2003) telah menunjukkan beberapa manfaat LS seperti termasuklah tiga elemen utama dalam setiap pelajaran iaitu bahan-bahan konkrit yang digunakan untuk menyokong pengetahuan pedagogi dan aktiviti, aktiviti kumpulan yang melibatkan tiga atau empat pelajar dan dialog yang menyokong pengetahuan, peperiksaan, pemikiran dan idea-idea setiap pelajar maupun sesama guru. Dalam senario ini, ia telah menekankan bahawa guru harus selalu membolehkan pelajar bertanya dan mewujudkan perbincangan sesama rakan guru lain untuk berdialog tentang refleksi pdp serta penyelesaian masalah dalam amalan pengetahuan pedagogi (Sato, 2006a , 2009; Sato & Sato, 2003). Dapatan kajian tersebut harus diberi perhatian sewajarnya memandangkan tahap pengetahuan pedagogi guru Matematik ada hubungannya dengan tahap pembelajaran pelajar dalam konsep Matematik (Sharifah Maimunah Syed Zin, 2011). Kajian-kajian lepas di luar negara seperti Dill (2003), telah menyatakan bahawa guru-guru yang mempunyai tahap pengetahuan pedagogi yang tinggi akan dapat meningkatkan tahap pembelajaran konsep Matematik pelajar. Oleh itu, penguasaan guru yang lemah dalam pengetahuan pedagogi Matematik di Sabah akan menjejaskan beberapa kemampuan, ketrampilan dan keyakinan yang harus dipunyai oleh seseorang guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Noor Shah Saad, 2003) terutamanya aspek pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar. Kenyataan ini menyokong dengan dapatan kajian Ng (1998) di mana mereka juga tidak mampu membimbing pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran Matematik serta tidak berkebolehan memberikan penjelasan dan kefahaman serta kemahiran menyoal kepada pelajar dengan baik.
4.3 Model Simulasi
Simulasi adalah sebagaian daripada strategi pembelajaran aktif yang memerlukan penglibatan aktif pelajar (Abdul Ghafar Md. Din, 2003). Daripada sorotan dapatan kajian Maddux et al. (1992) tentang konsep simulasi, beliau telah menjelaskan sembilan kelebihan program simulasi. Diantaranya ialah menyeronokkan, penggunaan kos yang rendah, keselamatan lebih terjamin, realisme, pemindahan pengalaman dan pembelajaran yang lebih baik, ancaman yang minimum, melatih pemikiran kritis, menggalakkan sosialisasi dan kolaborasi serta memaksimumkan masa pembelajaran. Dapatan kajian Maddux et al. (1992) ini mempunyai idea tentang konsep simulasi yang sama dengan kajian Rio Sumarni (1997). Namun, dalam kajian Rio Sumarni (1997), konsep simulasi telah dikembangkan lagi oleh beliau yang mengatakan bahawa simulasi membolehkan pelajar menjadi lebih aktif, bersifat konstruktif dan lebih bertanggungjawab terhadap subjek yang dipelajarinya. Sesuatu kaedah pembelajaran yang mampu menjadikan pelajar aktif dan dapat berinteraksi dengan baik bersama rakan-rakan pelajar yang lain, mampu mewujudkan rasa seronok pelajar terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan. Semua ini akan mampu menarik minat dan kesefahaman untuk menguasai dan mencapai objektif mata pelajaran seperti Matematik. Kaedah simulasi juga adalah satu aktiviti yang memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam satu keadaan yang ditiru atau diserupakan dengan keadaan sebenar (Joyce et al., 2002). Konsep simulasi ini sama seperti yang dinyatakan dalam kajian Syaiful Bahri Djamarah (2006) dan Depdiknas (2005). Konsep-konsep keseluruhan ini amat bersesuaian dengan konsep pengajaran dengan KPP: LS iaitu ianya merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas (Johnson, 2006).
4.4 Pencerapan Klinikal
Pencerapan klinikal merupakan sub bidang yang penting dalam pendidikan guru. Guru-guru perlu dilengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran pedagogi dan kemahiran menguruskan pencerapan (Baharudin Yaacob & Mohd. Yusof Abdullah, 2008). Kenyataan ini bertepatan dengan hasil dapatan kajian Baharudin Yaacob (1996) yang mengatakan bahawa pendidikan masa kini memberi penekanan kepada usaha membimbing guru-guru, khasnya guru-guru akademik bagi meningkatkan mutu pengajaran. Peningkatan mutu pengajaran melalui pencerapan klinikal ini seterusnya dapat membantu prestasi pembelajaran pelajar. Ini kerana, andaian semua guru berpengalaman mampu menjalankan tugas pencerapan klinikal adalah tidak benar. Mereka harus mendapat latihan khusus sebelum terlibat sepenuhnya. Pengalaman yang ada pada guru-guru mesti diperkukuhkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai pencerapan pengajaran. Ianya penting kerana pencerapan pengajaran pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran mata pelajaran tetapi mencakupi
tugas-7 tugas lain seperti pembinaan kurikulum, pembentukan pengajaran, agen perubahan, perkembangan staf dan pengajaran berteraskan penyelidikan. proses pencerapan klinikal adalah berhasrat untuk membina dan membangunkan bersama-sama antara guru-guru dan para pentadbir di sekolah untuk memperbaiki kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran yang dialami di bilik darjah, di samping berkemampuan memperkembangkan potensi dan kemahiran yang sedia ada di dalam diri guru berkenaan. Kenyataan tersebut disokong daripada hasil dapatan kajian Goldhammer (1981) dan Cogan (1975) yang mengatakan bahawa proses pencerapan klinikal lebih memberi penekanan untuk membantu dan membimbing proses pengajaran ke tahap yang lebih berkualiti. Pengkaji turut dapat merasakan kepentingan pencerapan klinikal ini dalam KPP: LS kerana berdasarkan gaya kehidupan dan kemajuan teknologi yang telah jauh berubah, proses pencerapan klinikal dianggap begitu penting dan perlu dijadikan instrumen bagi penambahbaikan pengajaran guru agar lebih berkualiti. Pada masa yang sama, proses pencerapan klinikal juga boleh diimplementasikan terhadap guru Matematik khususnya untuk mendiagnosis tahap keefisienan proses pengajaran mereka dan sesama rakan guru lain di bilik darjah.
4.5 Sinergi
Setiap guru Matematik pada dasarnya adalah guru yang boleh diperhatikan serta boleh mengamalkan kepemimpinan pembelajaran dalam KPP: LS. Guru yang diperhatikan akan memimpin dirinya sendiri dan orang-orang lain di sekitarnya untuk mencapai tujuan pdp bersama. Memimpin bermaksud membangun dan memandu KPP: LS secara efektif dan efisien untuk meraih hasil pembelajaran yang tepat. Daripada ciri-ciri dan amalan refleksi tentang kepemimpinan pembelajaran seseorang guru Matematik pada dasarnya, akan memungkinkan guru tersebut mempunyai keupayaan meningkatkan pengajarannya melalui pembentukan KPP: LS yang efisien. Lebih daripada itu, kemampuan menggali idea-idea baru yang menghasilkan proses, bahan atau kaedah pdp yang inovatif, akan memotivasikan semua guru Matematik tersebut untuk melaksanakan KPP: LS tersebut. Sinergi akan merangsang pemikiran seorang guru Matematik untuk berbincang, berkerjasama dan membuat refleksi secara kolaboratif agar pdp tidak menjadi pasif atau tatic. Sebaliknya, KPP: LS dapat membentuk pdp yang proaktif dan dinamik. Sinergi juga dapat membentuk guru-guru Matematik untuk belajar dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas di samping terlibat secara aktif dalam proses kepemimpinan pembelajaran di kelas yang berkesinambungan. Walaupun kadang-kala terdapat perbezaan pendapat dan idea guru-guru Matematik, namun semua ini akan mendorong penambahbaikan serta perubahan pdp menjadi lebih berinovasi (Hamel, G., & C. K. Prahalad, 1994). Sinergi adalah semangat saling bekerjasama, saling bergantung yang positif dan mempunyai kemahiran sosial, akauntabiliti, kepimpinan atau rasa bertanggungjawab dan pencerapan klinikal (penilaian) serta mempunyai kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kritis dalam menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan, pembelajaran berterusan dan etika moral yang profesional (C. K. Prahalad, 2008).
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Bagi melancarkan proses kajian ini, pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian yang melibatkan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif (pendekatan triangulasi). Kajian ini dipilih kerana ia bersesuaian dengan sampel yang telah dipilih, masa yang diperuntukkan dan tujuan kajian ini dibuat. Menurut Creswell (2009 & 2012), penggabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif membolehkan pengkaji memperolehi data yang lebih komprehensif. Oleh itu, kaedah kajian ini adalah kajian secara gabungan antara kajian secara kuantitatif dan secara kualitatif. Reka bentuk kajian secara kuantitatif adalah menggunakan borang soal selidik iaitu Instrumen 2P2S yang telah dibina untuk responden. Soal selidik merupakan nadi bagi kajian yang dibuat oleh penyelidik. Dengan erti kata lain, ia merupakan pengganti diri penyelidik serta penghubung di antara pengkaji dan responden. Pembangunan soal selidik ini turut disokong dari segi aspek pengekodan dan model visual grafik atau
network dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Instrumen 2P2S ini mengandungi 5 dimensi utama
iaitu Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (Kemahiran Menyoal), Model Simulasi, Pencerapan Klinikal, Sinergi dan Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study. Manakala bagi penilaian kebolehpercayaan maupun kesahan instrumen soal selidik ini pula dibuat dengan menggunakan SPSS 16.0 dan pengukuran Model Rasch. Model Rasch merupakan alat analisis yang sangat berguna untuk tujuan menguji kesahihan atau kesahan, dan realibiliti instrumen (persons dan items) di mana ianya
8 belum dapat disaingi oleh alat analisis lain. Lebih daripada itu, Model Rasch juga memenuhi lima prinsip model pengukuran iaitu mampu memberikan skala linear dengan selang yang sama,boleh melakukan ramalan terhadap data yang hilang, boleh memberikan anggaran yang lebih tepat, mampu mengesan ketidaktepatan model dan ukuran yang replicable.
Reka bentuk kajian secara kualitatif seperti kajian kes dibuat. Kajian kes adalah reka bentuk kajian yang paling sesuai digunakan oleh seseorang penyelidik. Oleh itu, pengkaji akan menggunakan reka bentuk kajian kes penerokaan berbentuk kes pelbagai dengan menggunakan kaedah triangulasi seperti pemerhatian, temubual dan soal selidik kerana melibatkan beberapa proses seperti membuat tinjauan literatur terhadap pelbagai model dan teori KPP: LS, adaptasi dan modifikasi beberapa instrumen soal selidik sedia ada tentang KPP: LS dari dalam dan luar negara, penelitian terhadap dokumen-dokumen KPP: LS yang disediakan oleh KPM, BPG dan PPD, proses temu bual secara berstruktur kepada 4 orang responden kajian yang terdiri daripada 1 orang guru pakar Matematik, 1 orang guru cemerlang Matematik dan 2 orang guru Matematik biasa dan proses pemerhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut kitaran KPP: LS selama 3 minggu berturut-turut. Pengkaji turut mengambil gambar dan rakaman semasa sesi PDP tersebut.
Dalam usaha untuk menyediakan Instrumen 2P2S yang mengoptimumkan reka bentuk penyelidikan campuran, maka pengkaji menggunakan Model IDCV (Instrument Development And
Construct Validation) atau Pembangunan Instrumen Dan Pengesahan Konstruk (Onwuegbuzie, A. J.,
Bustamante, R. M., & Nelson, J. A., 2010) kerana ia adalah berasaskan model tujuan dan rasional. Pengkaji menggunakan Model IDCV untuk proses pembangunan instrumen kuantitatif secara optimum. Justifikasi pengkaji untuk menggunakan model IDCV ini adalah kerana ia menggunakan teknik-teknik gabungan penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Justeru, ia amat bertepatan dengan reka bentuk kajian yang dibuat oleh pengkaji. Model IDCV ini mengandungi 10 fasa yang terperinci dan interaktif dalam pembangunan dan pengesahan instrumen yang dibina. Pengkaji turut tertarik dengan justifikasi model yang berasaskan analisis Crossover. Analisis Crossover mewakili satu mekanisme utama dalam Model IDCV di mana ia melibatkan satu atau lebih jenis analisis. Contohnya, analisis data kualitatif digunakan untuk analisis data kuantitatif dan sebaliknya (Tashakkori & Teddlie, 1998; Teddlie & Johnson, 2009). Analisis Crossover ini juga merupakan suatu paradigma penyelidikan yang timbul hasil daripada tindak balas kepada arus penyelidikan kuantitatif dan kualitatif (Powell, H., Mihalas, S., Onwuegbuzie, A. J., Suldo, S., & Daley, C. E., 2008). Ramai pengkaji mengatakan bahawa teknik kuantitatif adalah mencukupi untuk pembangunan kuantitatif instrumen. Namun, teknik kualitatif boleh digunakan untuk meningkatkan pembangunan kuantitatif instrumen dan sebaliknya (Creswell, J. W., 2012).
9 Rajah 4.1: Kerangka Kajian Pembangunan Instrumen Kuantitatif Melalui Penyelidikan
Campuran
Keseluruhan kajian ini akan dibahagi kepada empat fasa iaitu perancangan, proses pembangunan, penilaian kuantitatif dan pengesahan. Fasa pertama menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes penerokaan berbentuk kes pelbagai (multiple case). Dalam fasa pertama tersebut, penyelidik akan menemubual 4 orang guru Matematik dan disamping itu, meninjau pelbagai teori dan model dalam kajian literatur tentang KPP: LS. Fasa kedua melibatkan pembinaan item berdasarkan spesifikasi intrumen yang dibina dengan membentuk jadual spesifikasi instrumen (JSI) dan fasa ketiga seterusnya menentukan kebolehpercayaan dan kesahan instrumen menggunakan SPSS 16.0 dan Rasch Model. Fasa akhir iaitu fasa keempat adalah melibatkan kajian sebenar menggunakan instrumen yang dibina dan akan dianalisis dengan menggunakan Rasch Model. Bagi fasa pertama, pengkaji membuat tinjauan literatur terhadap pelbagai model dan teori KPP: LS, serta adaptasi dan modifikasi beberapa instrumen soal selidik sedia ada tentang KPP: LS dari dalam dan luar negara. Tumpuan yang diberikan adalah lebih menjurus kepada perbincangan secara khusus mengenai teori dan model yang akan menghuraikan perkara berkaitan dengan kajian. Di samping itu, mengenal pasti isu dan permasalahan kajian yang timbul (gap). Penerangan dibuat secara menyeluruh dan bukan hanya menumpukan penghuraian ke atas kawasan kajian sahaja. Data diperolehi daripada bahan-bahan bacaan yang diterbitkan seperti buku-buku rujukan, kertas-kertas seminar, jurnal, keratan akhbar, risalah dan tesis-tesis yang terdahulu. Hasil daripada isu dan permasalahan yang dikenal pasti juga, proses seterusnya melibatkan pembentukan objektif kajian yang selari dengan isu yang hendak dikupas dan sasaran penyelesaian yang bakal diperolehi. Selain itu, penelitian terhadap dokumen-dokumen KPP: LS yang disediakan oleh KPM, BPG dan PPD turut dibuat oleh pengkaji. Tumpuan yang diberikan juga adalah lebih menjurus kepada mengenal pasti isu dan permasalahan kajian KPP: LS. Bagi mencapai tujuan ini, data pendekatan digunakan untuk membentuk permasalahan terkini yang memerlukan kajian KPP: LS dijalankan, iaitu membaca bahan-bahan bercetak dari KPM, BPG dan PPD serta kajian-kajian terdahulu bagi mengelakkan berlakunya pertindihan isu yang hendak dibincangkan, serta membuat pengamatan dan tinjauan ke kawasan kajian. Hasil daripada isu dan permasalahan yang dikenal pasti, proses seterusnya melibatkan pembentukan objektif kajian yang selari dengan isu yang hendak dikupas dan sasaran penyelesaian yang bakal diperolehi dalam tinjauan literatur yang dibuat sebelum ini. Penelitian dokumen turut
10 boleh digunakan untuk mendapatkan data sokongan seperti boleh menggunakan senarai semak atau mendapatkan tema-tema yang diperlukan. Kemudian, pengkaji membuat sesi temubual secara berstruktur terhadap 4 orang responden kajian yang terdiri daripada guru-guru Matematik. Mereka adalah terdiri daripada 1 orang guru Pakar Matematik, 1orang guru cemerlang Matematik dan 2 orang guru Matematik biasa. Temubual ini dibuat untuk proses pembinaan item dalam Instrumen 2P2S yang ingin dibuat. Hasil transkrip temubual ini dikumpul, dikod dan dikategorikan dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Tugas utama ATLAS.ti ini adalah menyediakan alat bagi memudahkan proses mengekod teks, imej, video dan audio, mengkategorikan mengikut tema dalam bentuk visual, membuat hubungan (link) mudah dengan ‘drag & drop’, perkaitan semantik serta menghasilkan model visual (grafik) melalui network bagi tujuan tafsiran. Melalui network juga, laporan senang dibuat. Maka, melalui ATLAS.ti ini, pengkaji dapat membuat analisis tembubual dengan melibatkan proses mentafsir data tersebut melalui proses pengekodan, kategori dan model visual yang berbentuk
network.
Dalam fasa kedua, pengkaji menyiapkan Instrumen 2P2S yang dibina melalui adaptasi dan pengubahsuaian beberapa instrumen asal serta sebahagiannya pula adalah dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan data temu bual secara mendalam dengan tinjauan literatur tentang teori dan model yang berkaitan. Pengkaji turut menggunakan analisis ATLAS.ti untuk mengekod dan mengkategorikan kenyataan dalam transkrip temubual yang dibuat semasa fasa pertama tadi bagi tujuan pembinaan item dalam Instrumen 2P2S tersebut.
Apabila selesai membuat semakan, item-item kemudiannya ditadbirkan kepada kumpulan yang mempunyai latar belakang yang sama dengan kumpulan sasaran dalam kajian sebenar untuk tujuan ujian lapangan. Semasa mentadbir instrumen, pengkaji memerhatikan tingkah laku responden dan meminta mereka memberi komen kepada item yang sukar difahami. Dalam fasa ketiga, satu kajian rintis dijalankan terhadap guru-guru Matematik dalam 3 buah daerah yang terpilih iaitu Beluran, Telupid dan Sandakan. Responden bagi kajian rintis ini terdiri daripada 30 orang guru Matematik yang dipilih secara rawak di sekolah rendah dan sekolah menengah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.9. Kajian rintis ini dibuat untuk memastikan Instrumen 2P2S yang dibina dapat difahami, sesuai dan relevan serta dapat memberi maklumat dan maklum balas yang diperlukan mengikut skop kajian ini. Hasil daripada kajian rintis akan melibatkan beberapa sesi pemurnian dan pemantapan instrumen soal selidik. Tujuan analisis data pada peringkat ini adalah untuk memilih item yang baik daripada item pool yang telah dirintiskan (Creswell, 2012). Berdasarkan respon dan hasil analisis item, item-item dibaiki, dirombak dan diubahsuai supaya lebih mantap sebelum boleh ditadbirkan. Analisis item melibatkan penentuan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi, kesahan dan kebolehpercayaan item. Proses akhir peringkat pembinaan item adalah menyemak item-item yang telah dianalisis. Hanya item-item-item-item yang menepati piawaian berdasarkan analisis item-item iaitu Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi, kesahan dan kebolehpercayaan yang mencukupi dipilih dan dipasangkan sebagai instrumen yang sesuai untuk ditadbirkan kepada sasaran sebenar.
Dalam fasa akhir kajian iaitu fasa keempat ini juga, akan melibatkan kajian sebenar menggunakan instrumen yang dibina dan akan dianalisis dengan menggunakan Rasch Model. Semasa kajian sebenar dibuat, pengkaji akan memastikan proses pemerhatian, penilaian serta sesi foto dan rakaman juga ada dibuat dengan kitaran KPP: LS dalam pdp Matematik yang dibuat seperti dalam Rajah 4.2 berikut.
11 Rajah 4.2: Reka Bentuk Dan Proses Kajian Yang Dilakukan
Pengkaji memilih model pembelajaran Bandura (dalam Friedman, Howard S., & Miriam W. Schustack, 2008) sebagai rujukan utama keseluruhan model kajian selepas tinjauan literatur dibuat. Model Bandura tidak diterangkan dalam bentuk rajah tetapi pengkaji mengaitkan model Bandura ini dalam kajian yang dibuat dengan disokong oleh teori-teori serta model-model lain seperti teori dan model Taksonomi Pengetahuan Pedagogi Kandungan Solis, A. (2009), teori dan model Simulasi Abdul Ghafar Md. Din (2003), teori dan model Pencerapan Klinikal Goldhammer & et al. (1980) serta teori dan model Sinergi C.K. Prahalad (2008). Secara langsung, pengkaji dapat melihat hubungkait dan ciri-ciri Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson study (KPP:LS) dengan model pembelajaran sosial Bandura. Ini kerana, model pembelajaran sosial Bandura yang mempunyai lima ciri utama (Joyce et al., 2002; Udin, 2001) dapat dijustifikasikan satu persatu mengikut empat pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini iaitu pengetahuan pedagogi kandungan (PPK), model simulasi, pencerapan klinikal dan sinergi.
5.0 POPULASI DAN PERSAMPELAN KAJIAN
Populasi adalah keseluruhan kumpulan manusia, objek mahupun peristiwa yang mempunyai sedikit persamaan secara umumnya dan ia mestilah didefinisikan secara spesifik (Azizi Yahya et al., 2006). Sampel ialah sebahagian populasi tanpa mengambil kira sama ada ia dapat menjadi wakil populasi ataupun sebaliknya. Ia adalah sumber untuk mendapatkan data (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999). Semakin besar peratusan sampel daripada populasi adalah lebih baik kerana penyelidik mempunyai lebih kemungkinan untuk memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri populasi. Proses pemilihan sampel dilakukan secara sistematik menekankan elemen perwakilan dan kerawakan dan sampel yang dipilih mewakili ciri-ciri populasi dengan peluang dipilih sama banyak (Creswell, 2012). Creswell (2012) juga mencadangkan penggunaan saiz sampel digalakkan melebihi 30 unit/orang dengan andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit/orang. Pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan. Ini adalah kerana, semakin besar saiz sampel maka, semakin kecil ralat persampelan (Creswell, 2012).
Populasi kajian ini ialah guru Matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah dalam tiga buah daerah di bahagian Timur Sabah iaitu Beluran, Telupid dan Sandakan. Berdasarkan sumber
12 yang diperolehi daripada Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) pada tahun 2013, jumlah guru yang mempunyai opsyen Matematik adalah seramai 400 orang. Saiz sampel dalam kajian ini ditentukan dengan kaedah Cohen, Manion & Morrison (2007). Mereka berpendapat bahawa penentuan saiz sampel seharusnya mengambil kira aras kesignifikanan dan ralat persampelan. Dalam kajian ini, pengkaji memilih ralat persampelan sebanyak 1% dan aras kebolehpercayaan 99% (aras kesignifikanan = .01). Oleh itu, pengkaji menentukan saiz sampel kajian sepertimana yang dicadangkan oleh Cohen, Manion & Morrison (2007) untuk populasi yang tidak melebihi 5,000 orang iaitu seramai 329 orang.
Dalam kajian ini, kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak dan persampelan mudah (judgement atau purposive) berdasarkan mata pelajaran Matematik yang diajarkan, pengalaman, jawatan yang dipegang di sekolah, dan mempunyai ciri-ciri tertentu untuk mencapai objektif kajian. Populasi kajian adalah melibatkan tiga daerah di bahagian Timur Sabah iaitu Beluran, Telupid dan Sandakan yang mana melibatkan kedua-dua sekolah rendah serta sekolah menengah. Manakala teknik persampelan kajian yang dibuat adalah dipilih secara persampelan mudah dan judgement atau purposive berdasarkan mata pelajaran Matematik yang diajarkan, pengalaman, jawatan yang dipegang di sekolah, dan mempunyai ciri-ciri tertentu untuk mencapai objektif kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru Matematik seramai 329 orang di sekolah-sekolah rendah dan menengah yang terlibat di daerah Beluran (118 orang), Telupid (82 orang) dan Sandakan (129 orang). Pengkaji merahsiakan nama sekolah-sekolah berkenaan sebagai memenuhi etika penyelidikan atas tanggungjawab kerahsiaan informan serta melindungi mereka daripada sebarang risiko (Mohamed Yusoff, 2001).
6.0 KEPUTUSAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
6.1 Kesahan Muka Dan Kesahan Kandungan Oleh Semakan Panel Pakar
Kesahan muka ialah sama ada alat ukur yang menampakkan kesahan baik kepada responden kajian dan orang lain yang mempunyai kurang pendedahan berkenaan pengukuran tersebut. Kesahan ini adalah untuk memastikan kejelasan item, soalan yang dikemukakan, masa menjawab yang mencukupi, dan yang paling utama item mengukur apa yang sepatutnya diukur (Creswell, 2012). Penyelidik menjalankan ujian pra bagi instrumen kajian terhadap beberapa orang guru Matematik daripada kumpulan yang mempunyai ciri yang sama dengan sampel kajian. Mereka diminta untuk membaca soalan-soalan yang dikemukakan dan memberi penilaian tentang tahap kebolehbacaan dan kefahaman soalan dalam instrumen kajian. Kesahan muka tidak menjamin sama ada ujian tersebut betul-betul mengukur fenomena dalam domain tersebut (Noraini, 2010). Oleh itu, pengkaji telah membuat kesahan muka dan diikuti dengan kesahan kandungan oleh semakan panel pakar. Ini bertujuan untuk memantapkan lagi pembangunan dan pengesahan Instrumen 2P2S ini.
Penyelidik menjalankan proses kesahan kandungan dengan menggunakan khidmat empat orang panel pakar dalam bidang pendidikan amnya. Kriteria pemilihan pakar adalah berdasarkan bidang kepakaran mereka iaitu mempunyai pendidikan dalam bidang Matematik, KPP: LS, pembinaan instrumen soal selidik dan pembelajaran serta pengajaran sosial di sekolah. Di samping itu, pengkaji juga memilih empat orang panel pakar ini atas justifikasi mereka yang berpengalaman luas dalam bidang-bidang tersebut melebihi 10 tahun, bekerja di institusi pengajian tinggi pendidikan Matematik, dan pakar dalam bidang masing-masing. Kepakaran mereka digunakan untuk menyemak komponen Instrumen 2P2S ini, objektif kajian, menyemak tahap setiap dimensi, konstruk serta kesesuaian item-item instrumen dan juga memberikan komen sama ada Instrumen 2P2S tersebut adalah sesuai atau tidak untuk digunakan.
Hasil daripada semakan panel pakar yang terdiri daripada empat orang pensyarah institusi pengajian tinggi pendidikan yang mempunyai kepakaran dalam bidang Matematik dan lesson study tersebut, telah mendapat maklum balas berkenaan dengan pemilihan konsep soalan, laras bahasa dan kesesuaian bentuk soalan rutin dan bukan rutin, penulisan ayat yang terlalu panjang atau pendek dan ayat yang menilai dua perkara dalam satu item. Panel pakar juga diminta menulis langkah-langkah penyelesaian masalah yang tidak disenaraikan dalam instrumen. Dengan itu, Instrumen 2P2S mempunyai 5 dimensi dan terdiri 100 item soalan.
13 6.2 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dengan Model Rasch
6.2.1 Item Analysis Fit Map
Persons MAP OF Items <more>|<rare> 3 + | | T| XX | XX | 2 XXXX S+ X | XXX | I0003 | I0032 XX M| I0083 XX |T I0040
1 X + I0018 I0044 I0082 I0089 XXXXX |
XXXXXX S|S I0014 I0021 I0038 I0045 I0055 I0094 X | I0006 I0009 I0022 I0041 I0063 I0081 I0086 I0087 | I0004 I0010 I0026 I0037 I0049 I0053 I0068 I0071 I0080 I0088 I0090 I0092 I0093
X | I0033 I0085 I0096
0 T+M I0015 I0023 I0034 I0042 I0043 I0046 I0054 I0058 I0070 I0091
| I0001 I0002 I0008 I0024 I0025 I0027 I0030 I0039 I0056 I0057 I0059 I0066 I0067 I0069 I0072 I0073 I0074 I0075 I0076 I0078 I0084 I0095 I0097
| I0005 I0007 I0017 I0065 I0079 I0098
| I0013 I0019 I0029 I0031 I0035 I0052 I0060 I0061 |S I0028 I0036 I0048 I0051 I0064 I0077
| I0012 I0047 -1 + I0062
|T I0016 I0020 I0050 I0099 I0100 | | I0011 | | -2 + <less>|<frequ>
Rajah 6.1: Item Map Bagi Instrumen 2P2S
Rajah 6.1 memaparkan pengskalaan empirikal Instrumen 2P2S seperti yang ditafsirkan oleh item hasil dari analisis Model Rasch. Min bagi pengukuran item ialah di antara 0.00
1.54 logit. Manakala min bagi pengukuran individu (person) ialah 1.2
0.8 logit (Bond, T. G., & Fox, C. M., 2001). Pengkaji mendapati taburan item soalan dalam Instrumen 2P2S ini dalam bentuk simetri dan mempunyai lengkuk yang berbentuk pencong positif. Ini bermakna, item-item dalam Instrumen 2P2S ini adalah produktif untuk pengukuran. Daripada Rajah 6.1 ini juga, didapati taburan para responden berada di bahagian atas sebelah kanan. Ini bermakna, semua responden dapat memberi respon tentang persepsi mereka terhadap item-item Instrumen 2P2S tersebut dan semua item dapat dijawab oleh responden.14 6.2.2 Person Analysis Fit Map
Jadual 6.1: Min Kuasa Dua Infit (Infit MNSQ), Nilai Ambang Kesukaran (Thresholds) Dan Indeks Diskriminasi Bagi Individu (Person)
Person/ Responden
Min Kuasa Dua Infit (Infit MNSQ)
Nilai Ambang Kesukaran (Thresholds) Indeks Diskriminasi 1. 0.91 -0.5 0.23 2. 0.82 -0.5 0.20 3. 1.05 0.3 0.23 4. 1.02 0.3 0.21 5. 0.57 -2.6 0.24 6. 0.82 -2.2 0.20 7. 1.35 3.7 0.20 8. 1.05 0.3 0.23 9. 1.09 1.1 0.20 10. 1.27 3.2 0.20 11. 0.82 -2.2 0.20 12. 1.02 0.3 0.21 13. 1.08 0.5 0.23 14. 1.05 0.3 0.23 15. 0.77 -1.5 0.23 16. 0.91 -0.5 0.23 17. 0.65 -1.9 0.24 18. 1.02 0.3 0.21 19. 1.05 0.3 0.23 20. 1.11 1.1 0.21 21. 1.24 1.8 0.21 22. 0.91 -0.5 0.23 23. 1.09 1.1 0.20 24. 1.16 1.0 0.23 25. 0.86 -1.1 0.21 26. 1.05 0.3 0.23 27. 0.89 -0.7 0.22 28. 1.50 3.1 0.22 29. 0.91 -0.5 0.23 30. 0.82 -2.2 0.20
Daripada Jadual 6.1 di atas, jelas menunjukkan bahawa semua individu berada dalam julat 1.58
0.96. Seperti mana yang dinyatakan oleh Bond, T. G., & Fox, C. M. (2001), min bagi pengukuran individu (person) ialah 1.2
0.8 logit. Ini bermakna, Min Kuasa Dua Infit (Infit MNSQ) bagi setiap individu (responden) adalah dalam julat yang baik dan boleh menjawab kesemua item soalan dengan persepsi mereka mengikut skala Likert 5 poin tersebut.Bagi Nilai Ambang Kesukaran (Thresholds) bagi setiap individu yang sepatutnya adalah dalam julat -2.0 dan +2.0 (Lord, Novick & Birnbaum, 1968). Daripada Jadual 3.13 tersebut, didapati semua responden mengalami aras kesukaran dalam julat -2.0 dan +2.0. Namun terdapat tiga orang individu iaitu individu ke-7 (3.7), ke-10 (3.2), dan ke-28 (3.1) yang mempunyai julat yang >+2.0. Ini mungkin disebabkan, item tidak dapat dianggarkan/ dipersepsikan jika kenyataan item-item tersebut terlalu tepat dan bersesuaian dengan model. Walau bagaimanapun, jika dengan sampel responden yang besar, misfit yang keterlaluan mungkin akan berkurangan.
15 Secara keseluruhannya, para responden dapat menjawab item-item tersebut. Ini bermakna, item soalan dalam Instrumen 2P2S adalah munasabah kerana boleh dijawab oleh kebanyakan responden untuk memberikan persepsi atau pendapat mereka. Di samping itu, item-item dalam Instrumen 2P2S juga mempunyai keupayaan tinggi yang mencapai tahap untuk dianggarkan/ dipersepsikan.
Mengikut Cohen & Swerdlik (2002) dan Popham (1990), Indeks Diskriminasi Item seharusnya berada antara 0.2 hingga 0.8. Apabila melihat Jadual 6.1 di atas, didapati semua responden berada dalam julat 0.2 hingga 0.8. Ini bermakna, item-item soalan dalam Instrumen 2P2S ini tidak perlu diubahsuai atau dibuang kerana dapat dijawab oleh para responden untuk memberi pendapat/persepsi mereka.
6.2.3 Variable Map
Persons MAP OF Items <more>||<frequ> 3 ++ || || T|| XX || XX || 2 XXXX S++ X || XXX || || I XX M|| XX ||T I I I I I 1 X ++ I XXXXX || I I XXXXXX S||S I I I I I I X || I I I I I I I I || I I I I I I X || I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I 0 T++M I I I I I I I I I I || I I I || I I I I I I I I I I I I I || I I I I I I I I ||S I I I I I I || -1 ++ I I I I ||T I || I || I || I || -2 ++ <less>||<rare>
16 Rajah 6.2 turut memaparkan pengskalaan empirikal Instrumen 2P2S seperti yang ditafsirkan oleh item hasil dari analisis Model Rasch dalam Rajah 6.2. Pengkaji mendapati taburan item soalan dalam Instrumen 2P2S ini mempunyai satu kontinuum dengan kadar intensiti yang meningkat. Ini bermakna, taburan kesukaran item dan kebolehan responden untuk memberikan persepsi adalah sesuai.
6.2.4 Summary Statistics
Rajah 6.3: Kebolehpercayaan Dan Separation
Berdasarkan analisis kajian rintis yang telah dibuat, didapati julat nilai min kuasa dua Infit dan min kuasa dua Outfit bagi setiap item dan individu terletak dalam lingkungan 0.5 hingga 1.5 (Linarce, 2014). Nilai kebolehpercayaan item dan kebolehpercayaan individu yang dikaji berdasarkan nilai indeks kebolehpercayaan item (Item Reliability Coefficient) dan indeks kebolehpercayaan individu (Person Reliability Coefficient) adalah 0.90. Merujuk kepada Linarce (2002) berikut, nilai 0.5 dan 0.87 berada di tahap yang mempunyai kebolehpercayaan item dan individu yang tinggi bagi setiapnya. Ini menunjukkan Instrumen 2P2S yang dibina oleh pengkaji boleh digunakan dan tidak perlu diubah.
7.0 KESIMPULAN
Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan instrumen yang mengenal pasti persepsi guru-guru Matematik terhadap pengetahuan pedagogi kandungan, model simulasi, pencerapan klinikal dan sinergi dalam Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson study (KPP: LS). Pembangunan instrumen ini adalah untuk memastikan bahawa program KPP: LS yang dirancang dapat mengetahui persepsi guru dan mempertingkatkan tahap kepakaran serta kemahiran seseorang guru Matematik melalui perkongsian ilmu yang perlu diamalkan supaya objektif yang disasarkan berjaya dan tercapai. Satu instrumen yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi perlu dibangunkan agar penilaian dan pemantauan proses PDP dengan KPP: LS dapat dijalankan. Instrumen 2P2S ini diharap dapat menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam aspek pengetahuan, kemahiran (simulasi), refleksi (pencerapan klinikal) dan sahsiah (sinergi) bagi menyahut gagasan transformasi sistem pendidikan negara melalui NKRA.
RUJUKAN
Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Baharudin Yaacob & Mohd. Yusof Abdullah. (2008). Pencerapan pengajaran dan pembelajaran.
Pulau Pinang: Institut Perguruan Tuanku Bainun.
Chong, A. K. (1992). Laporan pra instrumen Matematik guru pelatih ambilan 1992. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Matematik/Institut Perguruan Malaysia. Melaka.
17 Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc
Graw Hill.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2007). Research Methods in Education, Sixth Edition. Oxon: Routledge.
Creswell, J. W. (2009). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approachers. Los Angeles: SAGE Publications.
Creswell, J. W. & Plano Clark, V. L. (2011). Designing and conducting mixed method research. (2nd edition). Thousand Oaks, CA: Sage.
Creswell, J. W. (2012). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative
and Qualitative Research. (4th ed.). Boston, MA: Pearson Education
Daud Mohamad. (2000). Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK): Isu Bahasa Dalam Matematik. Universiti Teknologi MARA: Seminar Pendidikan Sains dan Matematik.
Depdikna. (2005). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher. Fernandez, Clea & Yoshida, Makoto. (2004). Lesson study: A Japanese Approach to Improving
Mathematics Teaching and Learning. Mahmah, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.Firestone, W.A., & Pennell, J. R. (1997). Designing state-sponsored teacher networks: A comparison of two cases. American Educational Research Journal, 34(2), pp. 237-266.
Fernandez, C. (2005). Lesson study: a means for elementary teachers to develop the knowledge of mathematics needed for reform-minded teaching? Mathematical Thinking and Learning, 7(4), pp. 265-289.
Goldhammer, R., Anderson, R.H., & Krajewski, R. J. (1980). Clinical supervision. New York: Holt, Rinehart & Winston, Inc.
Johnson, C. C. (2006). Effective professional development and change in practice: Barriers science teachers encounter and implications for reform. School Science and Mathematics, 106(3), pp. 150-161.
Joyce, C. R. B., McGee, H. M., & O’Boyle, C. A. (2002). Individual quality of life: review and outlook. In Joyce, C. R. B., O’Boyle, C. A. and McGee, H. (eds), Individual Quality of Life:
Approaches to Conceptualisation and Assessment. Harwood Academic, Amsterdam, 215–24.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Standard Guru Malaysia. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Lewis, C. (2009). What is the nature of knowledge development in lesson study? Educational Action
Research, 17(1), pp. 95-110.
Linacre, J. M. (2014). 3PL, Rasch, Quality-Control And Science. Rasch Measurement Transactions,
27(4), pp. 1441-1444.
NKRA. (2009). Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara. Putrajaya: KPM.
Noraini Idris. (2001). Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: Mc Graw Hill.
Noor Shah Saad. (2002). Teori dan Perkaedahan Matematik Siri 1. Petaling Jaya : Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Onwuegbuzie, A. J., Collins, K. M. T., & Leech, N. L. (2007a). Mixed research: A step-by-step guide. New York: Taylor & Francis.
Prahalad C. K., & Krishnan M. S. (2008). The New Age of Innovation: Driving Cocreated Value
through Global Networks. US: McGraw Hill.
Roslee Talip et al. (2011). Penambahbaikan sekolah melalui Komuniti Pembelajaran Profesionalisme (KPP). Retrieved on December 14, 2011, from http://eprints.ums.edu.my/456/
Sato, M. (2003). Kyoshitachi no chosen (Challenge by teachers). Tokyo: Shogakkan. Sato, M. (2006a). Gakko no chosen (Challenge by schools). Tokyo: Shogakkan.
Sharifah Maimunah Syed Zin. (2011). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Matematik KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Shulman, L. S. (1986). Those who understand teach: Knowledge growth in teaching. Educational
Researcher, 15(2), 4–14.
Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard
18 Shulman, L. S. (1991). Pedagogical ways of knowing. Keynote Address in 1990 ICET World
Assmebly. Singapore, 27–31 Julai.
Sitti Haishah Abdul Rahman, Chiew Chee Mun & Norhaini Abdul Aziz. (2011). Komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC)-Lesson study di Malaysia. Perak: Bahagian Pendidikan
Guru (BPG).
Solis, A. (2009). Pedagogical content knowledge: What matters most in the professional learning of content teachers in classrooms with diverse student populations. Intercultural Development
Research Association (IDRA) newsletter. Retrieved on July 2012, from http://www.idra.org. Teddlie, C., & Johnson, R. B. (2009). Methodological thought since the 20th century. In C. Teddlie &
A. Tashakkori (Eds.), Foundations of mixed methods research: Integrating quantitative and qualitative techniques in the social and behavioral sciences. Thousand Oaks, CA: SAGE.
Wang-Iverson, Patsy & Yoshida, Makoto (Editors). (2005). Building Our Understanding of Lesson