• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. MUKA DEPAN BUKU PROSIDING:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "1. MUKA DEPAN BUKU PROSIDING:"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1. MUKA DEPAN BUKU PROSIDING:

(2)

2. MUKA BUKU BELAKANG PROSIDING:

(3)

3. ISI KANDUNGAN ARTIKEL:

(4)
(5)

Artikel Pendidikan ,2015, Universiti Kebangsaan Malaysia

1

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB BERPANDUKAN TIGA ULAMA’ BAHASA ARAB

Masyitah Hamzan, Harun Baharudin & Mohd Isa Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Salah satu faktor kelemahan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar adalah disebabkan kaedah pengajaran yang disampaikan oleh guru adalah tidak pelbagai.

Amnya, pelajar-pelajar mempunyai IQ yang berbeza, walaupun mereka berada di kelas yang sama. Oleh itu, guru mestilah menguasai pelbagai kaedah penyampaian pengajaran agar setiap pelajar mampu menguasai pelajaran yang diajari kepada mereka. Namun begitu, pada masa kini kita dapat lihat bahawa pelajar yang lemah tidak berupaya mengikuti proses pembelajaran yang dijalankan, disebabkan salah satu faktornya adalah guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran. Kaedah pengajaran mestilah dipelbagaikan kerana latar belakang pelajar yang berbeza dari segi pemahaman dalam sesuatu pembelajaran sesuatu bahasa. Oleh itu, kajian ini hanya berfokus kepada metode pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah seperti mana yang telah dicadangkan oleh tiga Ulama’ Bahasa. Namun begitu, dalam perbincangan ini, data peratusan penggunaan guru dalam kaedah pengajaran tidak disertakan.

Kajian ini juga hanya tertumpu terhadap Metode Pengajaran Bahasa Arab sahaja, tidak kepada bahasa yang lain. Sehubungan dengan itu, guru-guru boleh menjadikan kajian ini sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di dalam kelas khususnya di peringkat sekolah menengah.

Kata kunci: kaedah pengajaran, Ulama’ bahasa, Bahasa Arab

(6)

Artikel Pendidikan ,2015, Universiti Kebangsaan Malaysia

2

Latar Belakang Kajian:

Mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di sekolah menengah pada masa kini sudah pun ditukar kepada mata pelajaran yang dinamakan kepada Bahasa Arab sahaja. Ia merupakan satu mata pelajaran penting dalam kurikulum sekolah di mana ia tidak melibatkan keseluruhan sekolah di Malaysia akan tetapi ia hanya melibatkan sekolah tertentu sahaja. Mata pelajaran bahasa merupakan satu proses yang menumpukan aspek komunikasi dalam pengajarannya dan pendidikan Bahasa Arab juga tidak lari dari aspek tersebut . Antara fokus utama pendidikan bahasa ini adalah untuk membolehkan pelajar bertutur dengan menggunakan pelbagai frasa Bahasa Arab dalam situasi tertentu mengikut keperluan individu serta mampu membina ayat dalam Bahasa Arab mengikut tahap umur mereka. Oleh yang demikian, gurulah yang bertanggungjawab dalam menggalas segala tugas yang diberikan oleh pihak kementerian kepadanya.

Apabila menyentuh kepada perbincangan pengajaran Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah, secara sinonimnya guru mestilah menguasai pelbagai kaedah pengajaran bagi mata pelajaran yang diajarinya agar mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa tersebut. Oleh itu, persoalan yang akan menyentuh dalam artikel ini adalah; Siapakah Ulama’-ulama’ bahasa yang ada mengutarakan idea bagi kaedah pengajaran Bahasa Arab di dalam kelas?. Seterusnya, Apakah kaedah pengajaran Bahasa Arab yang sesuai untuk digunakan oleh guru-guru di peringkat sekolah menengah seperti mana yang dicadangkan oleh ulama’-ulama’ bahasa?. Oleh itu, perbincangan ini akan berfokus kepada kaedah pengajaran Bahasa Arab di sekolah menengah yang dicadangkan oleh tiga orang Ulama’ Bahasa iaitu Muhammad Khitab Hassan dan Abd al-Rahman serta Muhammad Abd al-qadir.

Walau bagaimanapun, dalam perbincangan ini, data pencapaian pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah menengah tidak akan disertakan.

(7)

Artikel Pendidikan ,2015, Universiti Kebangsaan Malaysia

3 KAJIAN LITERATUR:

Terdapat banyak kenyataan dan kajian yang mengaitkan punca kelemahan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar dengan kaedah pengajaran guru amnya. Antaranya Ishak Mohd Rejab (1992) mengatakan bahawa salah satu masalah yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab adalah berpunca daripada kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru kurang sesuai dan kurang berkesan. Hal ini berikutan kebanyakan guru tidak terdedah dengan kaedah pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing.

Menurut Abdul Rahim Ismail (1993), pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab rata – ratanya tidak memfokuskan pelajar, sebaliknya tertumpu kepada usaha guru yang menggerakkan pembelajaran. Perkara ini dikaitkan secara khusus dengan gaya pengajaran guru yang rata – ratanya menggunakan pendekatan terjemah secara berleluasa. Cara pengajaran sebegini diwarisi daripada sistem pengajaran pondok ( Khairuddin 1993 ), namun masih popular dan diamalkan oleh guru – guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sama ada di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi.

Azma A. Ahmad (1990) pembelajaran adalah satu proses yang memerlukan interaksi empat komponen utama yang terdiri daripada pelajar, pengajar, pendekatan dan bahan pembelajaran. Pengajaran merupakan aktiviti yang rumit dan melibatkan penggunaan berbagai-bagai bentuk dan jenis kemahiran. Ianya juga melibatkan perhubungan antara guru dan pelajar dan juga antara pelajar dengan pelajar yang lain (Omardin: 1997).

Secara umumnya, gaya pengajaran pula terdiri daripada prinsip-prinsip dan kaedah yang digunakan untuk arahan dalam pengajaran. Kaedah-kaedah umum yang boleh digunakan dalam kaedah pengajaran termasuk penyertaan pelajar dalam kuliah, demonstrasi, bacaan, hafalan, atau gabungan. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang boleh dipraktikkan di dalam sesi pembelajaran. Antara kaedah yang banyak digunakan sekarang adalah selari dengan kemajuan teknologi iaitu menggunakan multimedia ketika proses PdP berlangsung atau dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara konvensional iaitu secara syarahan atau pembelajaran koperatif. Pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai bergantung

(8)

Artikel Pendidikan ,2015, Universiti Kebangsaan Malaysia

4 sebahagian besarnya ke atas maklumat atau kemahiran yang diajar, dan ia juga boleh dipengaruhi oleh kaedah pembelajaran, kebolehan dan kesungguhan pelajar.

Seperti yang kita perhatikan, kepentingan asas strategi pengajaran adalah untuk menjadikan lebih mudah bagi melaksanakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran. Terdapat pelbagai strategi pengajaran untuk membantu pelajar-pelajar mengambil tanggungjawab yang lebih untuk pembelajaran mereka sendiri dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Yang penting adalah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif, untuk mengintegrasikan teknologi jika berkenaan ke dalam pengalaman pembelajaran dan menggunakan strategi kerjasama (collaborative work) dalam pembelajaran apabila sesuai. Dengan mengetahui gaya pengajaran, pelajar didedahkan kepada cara yang biasa dan tidak biasa (luar biasa) dalam pembelajaran yang memberi keselesaan dan ketegangan semasa proses, dan akhirnya memberi pelajar pelbagai cara untuk cemerlang (Vaughn

& Baker 2011).

Pengkajian tentang kaedah mengajar bagi matapelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing masih perlu diberi perhatian. Terdapat beberapa kajian yang telah menjelaskan tentang kaedah pengajaran bahasa Arab, antaranya adalah kajian Maimun Aqsha Lubis (2009) yang menyatakan bahwa Kaedah Taqlidiyah berkesan bagi kemahiran kefahaman bacaan dan kemahiran menulis tetapi tidak berkesan bagi kemahiran kefahaman mendengar dan kemahiran bertutur di peringkat permulaan dan pertengahan. Manakala Kaedah al-Samiyat al-Shafawiyah pula berkesan bagi kefahaman mendengar dan kemahiran bertutur tetapi tidak berkesan bagi kemahiran membaca dan kemahiran menulis pada peringkat permulaan dan pertengahan. Kaedah Eklektik Sistematik berkesan bagi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis di peringkat permulaan dan pertengahan.

Manakala kajian daripada Mohd Arif Jusoh (2008) yang bertajuk “Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab melalui Kaedah Nahu Terjemahan”.

Beliau berpendapat bahawa kajian seperti ini harus diperluaskan lagi bagi mendapatkan maklum balas yang lebih tepat dan jitu serta melibatkan kolej – kolej ataupun institusi pengajian Islam di Malaysia yang menawarkan pembelajaran bahasa Arab serta menggunakan Kaedah Nahu Terjemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(9)

Artikel Pendidikan ,2015, Universiti Kebangsaan Malaysia

5 Melihat daripada kajian-kajian lepas, pengkaji melihat terdapat lopong yang masih perlu diberi penekanan. Hal ini kerana, melalui kajian-kajian yang telah dibincangkan tadi, masih belum terdapat kajian yang berkaitan dengan pendapat Ulama’ bahasa dalam mencadangkan kaedah pengajaran bahasa Arab yang sesuai.

Oleh yang demikian, pengkaji merasakan kajian ini mampu memberi sumbangan kepada para pendidik dalam pengajaran mereka.

OBJEKTIF DAN METODOLOGI KAJIAN:

Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan pandangan tiga Ulama’

bahasa berkenaan dengan kaedah-kaedah pengajaran bahasa Arab. Manakala kaedah yang digunakan dalam artikel ini ialah kajian kepustakaan. Kajian kepustakaan adalah sebuah penulisan yang bertujuan untuk mengulas isi ilmu termasuklah penemuan kajian dan juga secara teori dan kaedah sumbangan mengenai sesuatu topik.

Penyelidik menjalankan kajian kepustakaan untuk mencari dan mendapatkan maklumat yang tepat dan berkaitan dengan artikel ini. Antara bahan rujukan yang digunakan ialah:

1. Buku ilmiah: Penyelidik mendapatkan buku-buku rujukan dari perpustakaan berkenaan dengan isu yang dibincangkan dalam artikel ini iaitu pendapat yang dikemukakan oleh tiga Ulama’bahasa yang dipilih secara tepat kerana ianya memenuhi maklumat yang ingin dikupas.

2. Artikel jurnal: Penyelidik juga mendapatkan maklumat dari artikel-artikel berkenaan dengan perkembangan pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia.

BAHASA ARAB DI MALAYSIA

Bahasa ialah alat komunikasi antara manusia. Bahasa juga menggambarkan pemikiran seseorang manusia serta perasaannya. Melalui penggunaan bahasa, akan terjalin perhubungan antara individu dengan individu, dan juga hubungannya dengan masyarakat. Bahasa Arab khususnya ialah satu bahasa yang sangat istimewa kerana ia merupakan bahasa al-Quran dan hadis baginda Rasulullah. Bahasa ini telah mendapat jaminan daripada Allah bahawa ia akan terus kekal selari dengan kelangsungan al-

(10)

Artikel Pendidikan ,2015, Universiti Kebangsaan Malaysia

6 Quran sehingga ke akhir zaman ( Ahmad Kilani 2001 ). Kepentingan Bahasa Arab kepada bangsa bukan Arab merupakan saluran penting untuk mereka memahami ajaran Islam yang sebenar. Imam Syafie pernah menegaskan :

“Sesungguhnya mempelajari Bahasa Arab adalah wajib sekiranya dengan mempelajarinya memungkinkan ia memahami ajaran agamanya.” ( Ibn. Taimiyyah, Iqtidha‟ as-Sirat al-Mustaqim ).

Pengajaran Bahasa Arab telah bermula di Malaysia sejak dari kedatangan Islam secara tidak rasmi. Tujuannya adalah untuk memahami pengajaran Islam dan melaksanakan ibadahnya. Pengajarannya mendapat sambutan daripada masyarakat Islam khususnya dalam mempelajari bacaan al-Quran. Perkembangan pengajaran Bahasa Arab dapat dilihat dengan jelas dalam perkembangan pengajian Islam di institusi pondok. Bahasa Arab diajar sebagai bahasa utama untuk memahami ilmu - ilmu Islam dan juga memahami buku – buku rujukan Islam. Pelajar yang belajar ketika itu menghafal ayat – ayat dan juga kaedah bahasa yang terdiri daripada matan – matan ilmu. Mereka diwajibkan mempelajari ilmu – ilmu bahasa sebagai prasyarat untuk mempelajari kitab ilmu Islam. Tanpa Bahasa Arab yang baik mereka tidak akan dapat memahami ilmu Islam. Bahasa Arab di peringkat ini merupakan bahasa untuk memahami ilmu – ilmu Islam dan kitab – kitabNya.

Pengajaran Bahasa Arab berkembang dengan lebih menonjol dalam perkembangan pendidikan sistem madrasah. Sukatan Bahasa Arab diperluaskan dan juga subjeknya dipelbagaikan. Pelbagai subjek yang dipelajari oleh pelajar yang terdiri daripada ilmu bahasa, sastera, budaya dan kemahiran bahasa. Subjek ilmu bahasa terdiri daripada nahu, sorof dan balaghah. Subjek sastera pula terdiri daripada sastera, teks sastera dan balaghah. Subjek kemahiran bahasa pula terdiri daripada insya’ (karangan), atau kemahiran menulis ( khat), kemahiran bertutur (mutalaah) atau kemahiran membaca dan kefahaman. Subjek budaya pula terdiri daripada sejarah Islam dan mantiq. Di samping itu pelajar mempelajari pelbagai subjek pengajian Islam dalam Bahasa Arab (Rosni 2001).

Referensi

Dokumen terkait

Kajian berkaitan kaedah flipped classroom di peringkat sekolah menengah di Malaysia adalah sangat perlu memandangkan pelaksanaan kaedah flipped classroom memberi implikasi yang

Pelbagai kajian dijalankan terhadap pelajar sekolah mahupun institusi pengajian tinggi berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, misalnya kajian sikap,

Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab diteruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat sekolah rendah melalui program j-QAF yang dilaksanakan pada

Manakala kaedah al-istiqra’iyyah ialah mengemukakan banyak contoh ayat dalam bahasa Arab dan disusuli dengan membuat kaedah nahu bahasa Arab sebagai kesimpulan

Gaya pengajaran guru yang berkesan mampu memberi perubahan yang besar dalam mempengaruhi penguasaan kosa kata bahasa Arab pelajar bagi sekolah menengah agama dan sekolah menengah

Berdasarkan jadual 8, tahap pedagogi yang paling dominan yang dikuasai oleh guru-guru Sejarah Sekolah Menengah adalah kemahiran menggunakan pelbagai kaedah pengajaran

Hubungan antara tahap pengetahuan guru-guru j-QAF mengenai kaedah pengajaran kemahiran bertutur Bahasa Arab dengan perlaksanaan kaedah tersebut dalam pengajaran mereka Secara

Perbincangan 4.1 Cabaran Guru Pelbagai pendekatan dan kaedah telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia KPM yang boleh menjadi panduan kepada guru melaksanakan pengajaran