• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. MUKA DEPAN BUKU PROSIDING:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1. MUKA DEPAN BUKU PROSIDING:"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)
(4)
(5)

1

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB BERPANDUKAN

TIGA ULAMA’ BAHASA ARAB

Masyitah Hamzan, Harun Baharudin & Mohd Isa Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

masyitah66@yahoo.com

ABSTRAK

Salah satu faktor kelemahan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar adalah disebabkan kaedah pengajaran yang disampaikan oleh guru adalah tidak pelbagai. Amnya, pelajar-pelajar mempunyai IQ yang berbeza, walaupun mereka berada di kelas yang sama. Oleh itu, guru mestilah menguasai pelbagai kaedah penyampaian pengajaran agar setiap pelajar mampu menguasai pelajaran yang diajari kepada mereka. Namun begitu, pada masa kini kita dapat lihat bahawa pelajar yang lemah tidak berupaya mengikuti proses pembelajaran yang dijalankan, disebabkan salah satu faktornya adalah guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran. Kaedah pengajaran mestilah dipelbagaikan kerana latar belakang pelajar yang berbeza dari segi pemahaman dalam sesuatu pembelajaran sesuatu bahasa. Oleh itu, kajian ini hanya berfokus kepada metode pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah seperti mana yang telah dicadangkan oleh tiga Ulama’ Bahasa. Namun begitu, dalam perbincangan ini, data peratusan penggunaan guru dalam kaedah pengajaran tidak disertakan. Kajian ini juga hanya tertumpu terhadap Metode Pengajaran Bahasa Arab sahaja, tidak kepada bahasa yang lain. Sehubungan dengan itu, guru-guru boleh menjadikan kajian ini sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di dalam kelas khususnya di peringkat sekolah menengah.

(6)

2

Latar Belakang Kajian:

Mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di sekolah menengah pada masa kini sudah pun ditukar kepada mata pelajaran yang dinamakan kepada Bahasa Arab sahaja. Ia merupakan satu mata pelajaran penting dalam kurikulum sekolah di mana ia tidak melibatkan keseluruhan sekolah di Malaysia akan tetapi ia hanya melibatkan sekolah tertentu sahaja. Mata pelajaran bahasa merupakan satu proses yang menumpukan aspek komunikasi dalam pengajarannya dan pendidikan Bahasa Arab juga tidak lari dari aspek tersebut . Antara fokus utama pendidikan bahasa ini adalah untuk membolehkan pelajar bertutur dengan menggunakan pelbagai frasa Bahasa Arab dalam situasi tertentu mengikut keperluan individu serta mampu membina ayat dalam Bahasa Arab mengikut tahap umur mereka. Oleh yang demikian, gurulah yang bertanggungjawab dalam menggalas segala tugas yang diberikan oleh pihak kementerian kepadanya.

Apabila menyentuh kepada perbincangan pengajaran Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah, secara sinonimnya guru mestilah menguasai pelbagai kaedah pengajaran bagi mata pelajaran yang diajarinya agar mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa tersebut. Oleh itu, persoalan yang akan menyentuh dalam artikel ini adalah; Siapakah Ulama’-ulama’ bahasa yang ada mengutarakan idea bagi kaedah pengajaran Bahasa Arab di dalam kelas?. Seterusnya, Apakah kaedah pengajaran Bahasa Arab yang sesuai untuk digunakan oleh guru-guru di peringkat sekolah menengah seperti mana yang dicadangkan oleh ulama’-ulama’ bahasa?. Oleh itu, perbincangan ini akan berfokus kepada kaedah pengajaran Bahasa Arab di sekolah menengah yang dicadangkan oleh tiga orang Ulama’ Bahasa iaitu Muhammad Khitab Hassan dan Abd al-Rahman serta Muhammad Abd al-qadir. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan ini, data pencapaian pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah menengah tidak akan disertakan.

(7)

3 KAJIAN LITERATUR:

Terdapat banyak kenyataan dan kajian yang mengaitkan punca kelemahan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar dengan kaedah pengajaran guru amnya. Antaranya Ishak Mohd Rejab (1992) mengatakan bahawa salah satu masalah yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab adalah berpunca daripada kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru kurang sesuai dan kurang berkesan. Hal ini berikutan kebanyakan guru tidak terdedah dengan kaedah pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing.

Menurut Abdul Rahim Ismail (1993), pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab rata – ratanya tidak memfokuskan pelajar, sebaliknya tertumpu kepada usaha guru yang menggerakkan pembelajaran. Perkara ini dikaitkan secara khusus dengan gaya pengajaran guru yang rata – ratanya menggunakan pendekatan terjemah secara berleluasa. Cara pengajaran sebegini diwarisi daripada sistem pengajaran pondok ( Khairuddin 1993 ), namun masih popular dan diamalkan oleh guru – guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sama ada di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi.

Azma A. Ahmad (1990) pembelajaran adalah satu proses yang memerlukan interaksi empat komponen utama yang terdiri daripada pelajar, pengajar, pendekatan dan bahan pembelajaran. Pengajaran merupakan aktiviti yang rumit dan melibatkan penggunaan berbagai-bagai bentuk dan jenis kemahiran. Ianya juga melibatkan perhubungan antara guru dan pelajar dan juga antara pelajar dengan pelajar yang lain (Omardin: 1997).

Secara umumnya, gaya pengajaran pula terdiri daripada prinsip-prinsip dan kaedah yang digunakan untuk arahan dalam pengajaran. Kaedah-kaedah umum yang boleh digunakan dalam kaedah pengajaran termasuk penyertaan pelajar dalam kuliah, demonstrasi, bacaan, hafalan, atau gabungan. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang boleh dipraktikkan di dalam sesi pembelajaran. Antara kaedah yang banyak digunakan sekarang adalah selari dengan kemajuan teknologi iaitu menggunakan multimedia ketika proses PdP berlangsung atau dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara konvensional iaitu secara syarahan atau pembelajaran koperatif. Pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai bergantung

(8)

4

sebahagian besarnya ke atas maklumat atau kemahiran yang diajar, dan ia juga boleh dipengaruhi oleh kaedah pembelajaran, kebolehan dan kesungguhan pelajar.

Seperti yang kita perhatikan, kepentingan asas strategi pengajaran adalah untuk menjadikan lebih mudah bagi melaksanakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran. Terdapat pelbagai strategi pengajaran untuk membantu pelajar-pelajar mengambil tanggungjawab yang lebih untuk pembelajaran mereka sendiri dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Yang penting adalah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif, untuk mengintegrasikan teknologi jika berkenaan ke dalam pengalaman pembelajaran dan menggunakan strategi kerjasama (collaborative work) dalam pembelajaran apabila sesuai. Dengan mengetahui gaya pengajaran, pelajar didedahkan kepada cara yang biasa dan tidak biasa (luar biasa) dalam pembelajaran yang memberi keselesaan dan ketegangan semasa proses, dan akhirnya memberi pelajar pelbagai cara untuk cemerlang (Vaughn & Baker 2011).

Pengkajian tentang kaedah mengajar bagi matapelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing masih perlu diberi perhatian. Terdapat beberapa kajian yang telah menjelaskan tentang kaedah pengajaran bahasa Arab, antaranya adalah kajian Maimun Aqsha Lubis (2009) yang menyatakan bahwa Kaedah Taqlidiyah berkesan bagi kemahiran kefahaman bacaan dan kemahiran menulis tetapi tidak berkesan bagi kemahiran kefahaman mendengar dan kemahiran bertutur di peringkat permulaan dan pertengahan. Manakala Kaedah al-Samiyat al-Shafawiyah pula berkesan bagi kefahaman mendengar dan kemahiran bertutur tetapi tidak berkesan bagi kemahiran membaca dan kemahiran menulis pada peringkat permulaan dan pertengahan. Kaedah Eklektik Sistematik berkesan bagi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis di peringkat permulaan dan pertengahan. Manakala kajian daripada Mohd Arif Jusoh (2008) yang bertajuk “Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab melalui Kaedah Nahu Terjemahan”. Beliau berpendapat bahawa kajian seperti ini harus diperluaskan lagi bagi mendapatkan maklum balas yang lebih tepat dan jitu serta melibatkan kolej – kolej ataupun institusi pengajian Islam di Malaysia yang menawarkan pembelajaran bahasa Arab serta menggunakan Kaedah Nahu Terjemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(9)

5

Melihat daripada kajian-kajian lepas, pengkaji melihat terdapat lopong yang masih perlu diberi penekanan. Hal ini kerana, melalui kajian-kajian yang telah dibincangkan tadi, masih belum terdapat kajian yang berkaitan dengan pendapat Ulama’ bahasa dalam mencadangkan kaedah pengajaran bahasa Arab yang sesuai. Oleh yang demikian, pengkaji merasakan kajian ini mampu memberi sumbangan kepada para pendidik dalam pengajaran mereka.

OBJEKTIF DAN METODOLOGI KAJIAN:

Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan pandangan tiga Ulama’ bahasa berkenaan dengan kaedah-kaedah pengajaran bahasa Arab. Manakala kaedah yang digunakan dalam artikel ini ialah kajian kepustakaan. Kajian kepustakaan adalah sebuah penulisan yang bertujuan untuk mengulas isi ilmu termasuklah penemuan kajian dan juga secara teori dan kaedah sumbangan mengenai sesuatu topik. Penyelidik menjalankan kajian kepustakaan untuk mencari dan mendapatkan maklumat yang tepat dan berkaitan dengan artikel ini. Antara bahan rujukan yang digunakan ialah:

1. Buku ilmiah: Penyelidik mendapatkan buku-buku rujukan dari perpustakaan berkenaan dengan isu yang dibincangkan dalam artikel ini iaitu pendapat yang dikemukakan oleh tiga Ulama’bahasa yang dipilih secara tepat kerana ianya memenuhi maklumat yang ingin dikupas.

2. Artikel jurnal: Penyelidik juga mendapatkan maklumat dari artikel-artikel berkenaan dengan perkembangan pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia.

BAHASA ARAB DI MALAYSIA

Bahasa ialah alat komunikasi antara manusia. Bahasa juga menggambarkan pemikiran seseorang manusia serta perasaannya. Melalui penggunaan bahasa, akan terjalin perhubungan antara individu dengan individu, dan juga hubungannya dengan masyarakat. Bahasa Arab khususnya ialah satu bahasa yang sangat istimewa kerana ia merupakan bahasa al-Quran dan hadis baginda Rasulullah. Bahasa ini telah mendapat jaminan daripada Allah bahawa ia akan terus kekal selari dengan kelangsungan

(10)

al-6

Quran sehingga ke akhir zaman ( Ahmad Kilani 2001 ). Kepentingan Bahasa Arab kepada bangsa bukan Arab merupakan saluran penting untuk mereka memahami ajaran Islam yang sebenar. Imam Syafie pernah menegaskan :

“Sesungguhnya mempelajari Bahasa Arab adalah wajib sekiranya dengan

mempelajarinya memungkinkan ia memahami ajaran agamanya.” ( Ibn. Taimiyyah, Iqtidha‟ as-Sirat al-Mustaqim ).

Pengajaran Bahasa Arab telah bermula di Malaysia sejak dari kedatangan Islam secara tidak rasmi. Tujuannya adalah untuk memahami pengajaran Islam dan melaksanakan ibadahnya. Pengajarannya mendapat sambutan daripada masyarakat Islam khususnya dalam mempelajari bacaan al-Quran. Perkembangan pengajaran Bahasa Arab dapat dilihat dengan jelas dalam perkembangan pengajian Islam di institusi pondok. Bahasa Arab diajar sebagai bahasa utama untuk memahami ilmu - ilmu Islam dan juga memahami buku – buku rujukan Islam. Pelajar yang belajar ketika itu menghafal ayat – ayat dan juga kaedah bahasa yang terdiri daripada matan – matan ilmu. Mereka diwajibkan mempelajari ilmu – ilmu bahasa sebagai prasyarat untuk mempelajari kitab ilmu Islam. Tanpa Bahasa Arab yang baik mereka tidak akan dapat memahami ilmu Islam. Bahasa Arab di peringkat ini merupakan bahasa untuk memahami ilmu – ilmu Islam dan kitab – kitabNya.

Pengajaran Bahasa Arab berkembang dengan lebih menonjol dalam perkembangan pendidikan sistem madrasah. Sukatan Bahasa Arab diperluaskan dan juga subjeknya dipelbagaikan. Pelbagai subjek yang dipelajari oleh pelajar yang terdiri daripada ilmu bahasa, sastera, budaya dan kemahiran bahasa. Subjek ilmu bahasa terdiri daripada nahu, sorof dan balaghah. Subjek sastera pula terdiri daripada sastera, teks sastera dan balaghah. Subjek kemahiran bahasa pula terdiri daripada insya’ (karangan), atau kemahiran menulis ( khat), kemahiran bertutur (mutalaah) atau kemahiran membaca dan kefahaman. Subjek budaya pula terdiri daripada sejarah Islam dan mantiq. Di samping itu pelajar mempelajari pelbagai subjek pengajian Islam dalam Bahasa Arab (Rosni 2001).

(11)

7

Pada tahun 70-an, pengajaran Bahasa Arab diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu dengan memasukkan subjek Bahasa Arab ke dalam sukatan pengajarannya. Ia mula ditawarkan di sekolah menengah kebangsaan agama di seluruh Negara. Pengajarannya lebih memfokuskan kemahiran berkomunikasi bagi membolehkan pelajar berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Arab. Kurikulumnya digubal khusus bagi mencapai sasaran. Buku teksnya ditulis oleh pakar – pakar Bahasa Arab. Penawarannya bermula dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima.

Perkembangan pengajaran Bahasa Arab mengorak langkahnya lagi dengan ditawarkan di sekolah menengah berasrama penuh dan juga sekolah harian. Dalam perkembangan tersebut sukatannya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan untuk sekolah menengah kebangsaan agama untuk tingkatan empat dan lima yang diberi nama Bahasa Arab Tinggi, sukatan untuk sekolah lain pula diberi nama Bahasa Arab Komunikasi.

Perkembangan Bahasa Arab telah berkembang sehingga ke pusat – pusat pengajian tinggi sebagai satu kursus bahasa pilihan atau sebagai subjek tambahan yang menjadi pilihan pelajar. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahasa asing kedua yang perlu dikuasai oleh mereka. Pengajarannya difokuskan kepada sudut komunikasi yang berteraskan kepada empat kemahiran bahasa serta sistem suara dan kaedah bahasa. Terdapat juga universiti yang menawarkan program Bahasa Arab di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

PERKEMBANGAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA

Bahasa Arab telah masuk ke Tanah Melayu melalui pedagang Arab. Mereka tiba ke Tanah Melayu dalam pelayaran ke Cina. Dalam pelayaran itu, mereka singgah untuk mengambil bekalan dan menunggu angin musim untuk terus belayar ( Badruddin Haiyi 1950 ). Semasa berada di Tanah Melayu, mereka berkomunikasi dengan masyarakat tempatan dengan menggunakan Bahasa Arab dan beransur – ansur mempelajari bahasa masyarakat tempatan. Pada peringkat permulaan, Bahasa Arab

(12)

8

berkembang dalam hubungan antara pedagang Arab dengan masyarakat tempatan sebagai bahasa perhubungan atau komunikasi.

Selepas kedatangan Islam, Bahasa Arab berkembang dengan lebih aktif sebagai bahasa kepada agama Islam. Ia merupakan bahasa untuk memahami Islam dan menunaikan ibadah. Kemudian berkembang di pusat pengajian ilmu Islam seperti pondok dan madrasah. Dalam arus perkembangan kehidupan moden hari ini, Bahasa Arab berkembang sebagai bahasa komunikasi. Ia turut diperkenalkan di sekolah – sekolah rendah, menengah dan juga di peringkat universiti sebagai bahasa pilihan. Begitu juga terdapat jabatan khusus yang menawarkan program Bahasa Arab.

Sejarah awal pengajaran Bahasa Arab di Malaysia boleh dirujuk kepada sejarah kedatangan Islam ke Malaysia, iaitu pada kurun awal Hijrah atau ketujuh Masihi (Ahmad Jelani Halimi, 1996). Ini kerana Islam diperkenalkan dengan dua kalimah syahadah yang perlu dituturkan dalam Bahasa Arab. Perkembangan pengajarannya berkembang selari dengan perkembangan Islam khususnya dalam pengajaran ilmu – ilmu Islam. Ini berikutan Bahasa Arab merupakan bahasa Islam untuk memahami pengajarannya dan menunaikan ibadahnya seperti solat dan zikir. Bagi mengukuhkan lagi pandangan ini, penyampaian wahyu Islam menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya, sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad yang berbangsa Arab untuk menyampaikan wahyu tersebut.

Islam yang sampai ke Tanah Melayu juga berasaskan kepada Bahasa Arab. Ini kerana mubaligh – mubaligh Islam di peringkat awal kedatangan Islam terdiri daripada golongan pedagang Arab. Ajaran agama yang dibawa juga berbahasa Arab khususnya dalam pelaksanaan ibadah, serta pengucapan dua kalimah syahadah itu sendiri dituturkan dalam Bahasa Arab. Bagi mereka yang hendak memasuki agama Islam, melafazkan dua kalimah syahadah tersebut dalam Bahasa Arab adalah diwajibkan. Bahasa Arab mula mengorak langkahnya dalam siri perkembangan pengajaran ilmu – ilmu Islam. Hal ini dapat dilihat dengan jelas ketika seseorang itu hendak menunaikan ibadah, bahasa yang digunakan adalah Bahasa Arab, khususnya dalam solat, doa, wirid dan sebagainya.

(13)

9

Ini menunjukkan bahawa Bahasa Arab mula diajar bagi mempelajari Islam. Tujuan utama pengajarannya adalah untuk memahami Islam dan menunaikan ibadah. Masyarakat mula menyebut perkataan Arab untuk menunaikan ibadah walaupun mereka tidak memahaminya. Begitu juga mereka mula menyebut wirid – wirid yang digunakan seharian. Pengajaran Bahasa Arab ketika itu bukanlah untuk perbualan dan kemahiran, tetapi untuk melaksanakan ajaran Islam. Pengajaran Bahasa Arab dapat dilihat dalam pengajaran al-Quran dari sudut sebutan huruf, perkataan, ayat dan tajwid. Masyarakat diajar cara menyebut yang betul dengan membetulkan makhraj sebutan huruf. Seterusnya mereka belajar menyebut perkataan dengan betul. Akhirnya mereka belajar membaca ayat – ayat al-Quran dengan betul. Cara pengajaran ini banyak membantu dalam menguasai Bahasa Arab serta memahami ayat – ayat yang dibaca.

Pengajaran Bahasa Arab secara rasmi jelas dapat dilihat dalam masyarakat Melayu khususnya semasa kemunculan pusat – pusat pengajian Islam yang berbentuk pondok pada abad ke-18 Masihi (Abdullah Jusuh, 1989). Kemunculan pusat – pusat ini sejak awal menekankan pelajar – pelajarnya untuk mendalami Bahasa Arab sebagai prasyarat bagi mempelajari ilmu – ilmu Islam. Kebanyakan buku rujukan berbahasa Arab dan mendorong kepada penguasaan bahasa tersebut dengan lebih baik. Pada peringkat permulaan, pengajaran Bahasa Arab lebih tertumpu kepada penguasaan susunan ayat yang terdiri daripada nahu dan sorof. Pelajar mampu menganalisis ayat Bahasa Arab dengan baik walaupun mereka tidak pernah pergi ke Negara Arab.

Pihak kementerian pada tahun 1981 dengan pelaksanaan oleh Bahagian Pendidikan Islam telah menyediakan dua sukatan pelajaran bagi subjek Bahasa Arab bagi memantapkan lagi pengajaran Bahasa Arab. Sukatan pertama untuk digunakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan sukatan yang kedua untuk digunakan di sekolah – sekolah berasrama penuh dan sekolah harian yang mempunyai aliran agama ataupun Bahasa Arab. Memandangkan keperluan Bahasa Arab perlu diajar di peringkat sekolah kebangsaan, pihak kerajaan telah memulakan projek rintis dengan memperkenalkan Bahasa Arab di sekolah – sekolah rendah yang melibatkan 98 buah sekolah kebangsaan seluruh Negara pada tahun 1997.

(14)

10

Pada tahun 1998, secara rasminya pelaksanaan Bahasa Arab di sekolah kebangsaan telah dilaksanakan. Ia dilaksanakan berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat. Bil 2/96 bertarikh 7 November 1996 yang menjelaskan “Majlis bersetuju untuk pengajaran Bahasa Arab dilaksanakan di sekolah kebangsaan mulai awal tahun 1998”. Kementerian Pelajaran mula melaksanakan Program Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF) di 1,221 buah sekolah kebangsaan pada tahun 2005 kepada murid tahun 1 ( Kementerian Pendidikan Malaysia 2003 ).

Selain daripada peringkat sekolah, pengajaran Bahasa Arab telah berkembang dengan adanya institusi – institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus – kursus pengajian Islam dalam Bahasa Arab dan kursus Bahasa Arab sama ada untuk mendapatkan ijazah Bahasa Arab atau kursus – kursus untuk kemahiran bahasa seperti kursus elektif bahasa. Dengan adanya kursus – kursus pengajian Islam yang ditawarkan dalam Bahasa Arab, ia dapat mengukuhkan lagi pengajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar.

Di peringkat universiti pula, langkah segera diambil oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dengan menubuhkan Fakulti Pengajian Islam. Begitu juga Universiti Malaya yang menubuhkan Akademik Pengajian Islam. Diikuti pula oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang menubuhkan Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan. Seterusnya Kolej Universiti Islam Malaysia atau dengan nama barunya Universiti Sains Islam Malaysia dengan menubuhkan beberapa fakulti pengajian Islam seperti Fakulti Quran dan Sunnah dan Fakulti Syariah dan Undang – undang ( Rosni 2009 ).

KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB

1. ABD AL-RAHMAN DAN MUHAMMAD KHITAB HASSAN:

Menurut Abd al-Rahman dan Muhammad khitab hassan dalam kitabnya iaitu al-hadis

fi turuq al-tadris li mudarris al-ta’limi al-ilzami, kaedah pengajaran yang

dicadangkannya adalah 1) kaedah al-istinbatiah aw al-istiqraiah, 2) al-tadbiqiyah

aw al-qiyasiyah, 3) tariqah al-jam’baina tariqatay al-istinbat wa al-tatbiq, 4) kaedah al-ikhbariah, 5) kaedah al-hiwariyah. Kelima-lima kaedah ini

(15)

11

 Kaedah al-istinbatiah aw al-istiqraiah (Induktif):

Kaedah adalah berlawanan dengan kaedah al-tadbiqiyah aw al-qiyasiyah. Melalui kaedah ini, para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian sebelum pergi menuju konklusi dan kesimpulan atau merujuk sesuatu hukum. Kaedah ini dapat menggalakkan murid untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang ditetapkan oleh guru. Kaedah ini banyak membantu murid untuk berfikir, merenung, menganalisa, dan berlatih membina kesimpulan dan prinsip. Contohnya dalam konteks pembelajaran Bahasa Arab, kaedah ini turut sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh yang banyak dan murid membuat rumusan daripada apa yang boleh difaham berdasarkan contoh.

 Kaedah al-tadbiqiyah aw al-qiyasiyah (Deduktif):

Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum sebelum di huraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam. Kaedah ini adalah kaedah lazim yang diguna pakai dalam sistem pembelajaran moden. Sebagai contoh kaedah ini boleh diterapkan dalam pengajaran kaedah tatabahasa. Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan kaedah seperti hukum Jamak Taksir. Sesudah memberi penjelasan berkenaan sifat jamak taksir dan bagaimana mengenalnya berdasarkan beberapa contoh, maka guru akan memberikan contoh tambahan untuk memudahkan murid dalam menghadapi latihan susulan.

 Kaedah tariqah al-jam’ baina tariqatay al-istinbat wa al-tatbiq

(Eklektik):

Pendekatan eklektik adalah gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan pendekatan deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model pendekatan eklektik bergantung kepada pendekatan mana yang diberi penekanan. Kedua-dua model tersebut akan membantu anda memahami penggunaan pendekatan eklektik iaitu yang pertama adalah penekanan kepada pendekatan induktif: Contoh/fakta,

(16)

12

Kesimpulan dan Contoh, manakala penekanan kepada pendekatan deduktif adalah Kesimpulan, Contoh dan Generalisasi.

 Kaedah al-ikhbariah:

Salah satu kaedah pengajaran yang digunakan sejak zaman purba sehingga masa kini. Kaedah ini asalnya daripada zaman Yunani purba dan khususnya ketika kemunculan falsafah pemikiran. Pada masa itu tidak mempunyai buku seterusnya mereka telah memikirkan untuk membuat percetakan. Satu-satunya orang yang mempunyai manuskrip pada zaman tersebut adalah guru sahaja. Kaedah pengajaran secara kuliah ini terhad kepada frasa lisan mahupun soalan-soalan yang disertakan mahupun perbincangan, dan tanpa menggunakan cara ilustrasi khusus selain sebuah papan hitam dan kapur.

 Kaedah al-hiwariyah (Komunikatif):

Kaedah ini adalah kaedah secara perbualan di antara guru dan pelajar. Kaedah ini sangat mementingkan komunikasi dua hala di mana pelajar dan guru saling berkomunikasi. Kaedah ini paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Kaedah ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya. Kaedah ini akan lebih berkesan sekiranya guru memberikan beberapa masalah kepada pelajar yang perlu dirungkaikan dan diselesaikan akan tetapi secara teknik berbual dalam menyelesaikan masalah tersebut. Tambahan lagi, guru tersebut akan mengambil kira masalah yang timbul daripada pelajar-pelajarnya seterusnya menyelesaikannya. Semasa guru menggunakan kaedah ini, guru tersebut mestilah menggunakan bahasa yang betul tanpa terlalu menggunakan teknik penterjemahan dalam bahasa ibunda. Ini kerana, kaedah ini akan melatih pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan lebih baik.

(17)

13

2. MUHAMMAD ABD AL-QADIR:

Terdapat dua kaedah yang dicadangkan oleh Muhammad Abd al-qadir di dalam buku beliau ( kaedah Pengajaran Bahasa Arab ) iaitu Kaedah istinbatiah aw

al-istiqraiah (Induktif) dan Kaedah Penyelesaian Masalah. Kaedah induktif adalah

kaedah di mana ia juga dicadangkan oleh Abd al-Rahman dan Muhammad Khitab Hassan sebentar tadi. Ini dapat dilihat, kaedah ini adalah kaedah yang sangat berkesan dalam pengajaran Bahasa Arab.

Kaedah penyelesaian masalah dalam pengajaran Bahasa Arab ini pula

adalah kaedah di mana melibatkan aktiviti dalam bentuk permasalahan dari segi perkataan, teka teki, silang kata dan kuiz. Kaedah ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Kaedah ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai, dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. Dr Abdul al-Qadir berkata di dalam bukunya, kaedah ini merupakan kaedah asas dalam pembentukan masalah di dalam minda pelajar-pelajar seterusnya mencuba untuk menyelesaikan masalah tersebut secara kreatif.

Kaedah ini juga akan memberikan kesan terhadap pelajar-pelajar tersebut dan memberikannya pengalaman dalam menyelesaikan masalah mahupun konflik yang besar dalam pembelajaran. Terdapat beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ini, iaitu 1) Sesuatu masalah harus

diberikan sebaik sahaja murid-murid memperolehi ilmu pengetahuan atau menguasai

kemahiran yang berkaitan. 2) Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada

kebolehan dan pengetahuan lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman

mereka.3) Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing

murid-murid memahami dan mengenal pasti masalah itu. 4) Guru perlu berbincang

dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. 5) Guru perlu

mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah. Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir agak lambat secara individu.

(18)

14 KESIMPULAN

Artikel ini telah membicarakan secara ringkas beberapa perkara penting dalam pengajaran Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah dengan merujuk khusus kepada Kaedah Pengajaran Bahasa Arab dengan lebih dekat. Walaupun tajuk artikel ini memfokuskan kepada kaedah pengajaran, tetapi beberapa aspek lain turut diketengahkan kerana melihat kepentingannya untuk diketengahkan dalam perbincangan ini seperti perkembangan Bahasa Arab di Malaysia yang harus diketahui oleh setiap ahli akademik Bahasa Arab itu sendiri. Pengajaran yang tidak mempunyai objektif yang jelas akan menjejaskan pelajar itu sendiri dalam menguasai Bahasa Arab tersebut kerana pada asalnya tujuan bahasa adalah merupakan akar dalam komunikasi seseorang dengan seseorang yang lain.

Secara keseluruhannya, berdasarkan dapatan kajian didapati bahawa modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab yang dicadangkan oleh empat Ulama’ adalah pelbagai yang mana boleh kita ikuti. Ini kerana, kaedah-kaedah tersebut adalah kaedah yang sangat sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar di sekolah menengah di mana pelajar-pelajar ini adalah pelajar yang baru untuk mendalami bahasa asing ini dengan lebih baik. Dengan adanya artikel ini, dapat membantu para guru mahupun para pendidik sama ada di peringkat rendah mahupun menengah dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar pelajar dapat menguasai Bahasa Arab itu dengan baik.

(19)

15

Rujukan

Abd Rahman & Muhammad Khitab. 1943. hadis fi Turuq Tadris Li Mudaris

Al-ta‟lim Al-ilzami. Iskandariah: Solah Al-din.

Abdul Rahim Hj. Ismail. 1993. Program Bahasa Arab di Pusat Pengajian Tinggi

Malaysia. Dlm. Jawatankuasa Induk Mahrajan 20 Tahun Jabatan Pengajian Arab &Tamadun Islam. AL- HADARAH. Bangi : Jabatan Pengajian Arab &

Tamadun Islam, UKM.

Ahmad Kilani Mohamed. 2001. Teori Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di

Sekolah Menengah Agama di Malaysia. Johor: Penerbit Universiti Teknologi

Malaysia.

Azma A. Ahmad. 1990. “Teknologi dalam Pendidikan: Mampukah Guru-guru

mengeksploitasinya?.” Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Badruddin Haiyi al-Sini. 1950. al-„Alaqah bainal „Arab wa as-Sin. Kaherah: Maktabah al-Nahdhah al-Misriyyah.

Ishak Rejab. 1992. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di

Malaysia. Dlm.Ismail.

Maimun Aqsa Lubis. 2009. Turuq Tadris Al-lugah Al-arabiah Wa I‟dadi Durusiha fi

Maliziya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Arif Jusoh. 2008. Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab

Melalui Kaedah Nahu Terjemahan. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, UKM.

Muhammad Abd Qadir. 1979. Turuq Ta‟lim Al-lugah Al-arabiah. Kaherah: Maktabah Al-nahdhah Al-Mesriah.

Mulyanto Sumardi. 1974. Pengajaran Bahasa Asing Sebuah Tinjauan Dari Segi

Metodologi. Jakarta: Bulan Bintang.

Omardin Ashari. 1997. Prinsip Pengajaran Mikro. Kuala Lumpur: Dewan dan Pustaka.

(20)

16

Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab Di Malaysia. USIM : Negeri Sembilan.

Referensi

Dokumen terkait

Muhammadiyah Bantul merupakan salah satu rumah sakit rujukan di Yogyakarta, khususnya daerah Bantul.Jumlah pasien pneumonia rawat inap di RS PKU Muhammadiyah

kemungkinan yang dapat terjadi dalam melakukan impregnasi logam titanium ke dalam permukaan zeolit alam, yaitu pada konsentrasi larutan prekursor yang relatif tinggi

Setelah diberikan selama 4 minggu, total leukosit ikan nila yang diberi perlakuan bakasang B2 (100 ml/kg pakan) minggu ke-3 berbeda sangat nyata dibandingkan dengan total

SITI KURNIA: Karakter Vegetatif dan generatif beberapa varietas tanaman kedelai (Glycine max. L.) Toleran Aluminium.. Dibimbing oleh Eva Sartini Bayu dan

Siswa dapat menyusun teks pidato berdasarkan kerangka dengan menggunakan kalimat yang mudah dipahami2. Siswa dapat menyunting teks pidato

5 Berikut adalah ciri-ciri metroseksual yang dikutip dalam www.suaramerdeka.com (Rifki, 2011) : selalu ingin tampil rapi, bersih, dan wangi; sensitif dan

Bertitik tolak dari uraian di atas yang menerangkan pentingnya jamur merang, dilihat dari upaya pemanfaatan limbah pertanian, kesempatan berwirausaha, dan prospek ekonomisnya;

Masyarakat Islam adalah pergaulan hidup umat Islam mengamalkan agama dan ajaran Islam sesungguhnya, sedang masyarakat muslim dalam pergaulan hidup manusia