Kepimpinan pengajaran merupakan bidang yang sangat luas dan kompleks. Terdapat pelbagai aspek dan pemboleh ubah yang dapat dijadikan bahan kajian. Beberapa cadangan berikut adalah untuk memperluaskan dan mendalamkan lagi penyelidikan mengenai kepimpinan pengajaran dan keberkesanan sekolah pada masa mendatang.
Kajian ini hanya melibatkan sekolah rendah zon bandar selatan, daerah Tawau maka kajian yang lain boleh dijalankan dengan lebih meluas lagi merangkumi daerah lain, peringkat negeri atau peringkat kebangsaan. Ini bertujuan untuk memberi gambaran persepsi yang lebih relevan. Kajian juga melibatkan responden guru-guru di sekolah kawasan bandar adalah dicadangkan agar penyelidikan pada masa mendatang dilaksanakan dengan membuat perbandingan tingkah laku kepimpinan pengajaran antara guru besar sekolah bandar dan luar bandar; sekolah kerajaan dan sekolah swasta; sekolah menengah dan sekolah rendah, sekolah harian biasa dan sekolah berasrama penuh. Tujuannya adalah untuk melihat perbezaan faktor tingkah laku kepimpinan pengajaran dan menentukan guru besar manakah yang lebih berfungsi sebagai kepimpinan pengajaran.
Konsep komitmen dan kepuasan kerja guru perlu dipelbagaikan seperti komitmen dari segi sikap, tingkah laku, komitmen efektif, komitmen profesional dan sebagainya. Begitu juga halnya dengan konsep kepuasan kerja yang perlu dipelbagaikan seperti kepuasan intrinsik dan kepuasan ekstrinsik. Kepelbagaian dimensi komitmen dan kepuasan kerja akan memberi keputusan yang terperinci berkaitan dengan komitmen dan kepuasan kerja.
Kajian-kajian mengenai kepimpinan pengajaran, komitmen dan kepuasan kerja guru juga dicadangkan menggunakan kaedah kualitatif atau mod campuran kedua-dua kaedah selain kaedah kuantitatif. Hasil kajian dijangkakan akan lebih terperinci dan komprehensif.
Kajian kepimpinan pengajaran juga tidak hanya berfokus kepada guru besar sahaja malah ia perlu diperluaskan ke atas guru-guru kanan seperti Penolong Kanan Akademik, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko-kurikulum, Penyelia Petang dan Ketua Bidang. Hal ini disebabkan konsep kepimpinan pengajaran dianggap sesuai diguna pakai oleh guru-guru kanan sekolah sejajar dengan peranan mereka sebagai individu yang menjalankan kerja pentadbiran di sekolah.
Model yang diguna pakai dalam kajian ini adalah diambil daripada model Hallinger dan Murphy (1987) yang merangkumi tiga dimensi besar dan sebelas fungsi kepimpinan sebagai konstruk kecil. Kajian lanjutan boleh dibuat berdasarkan dimensi yang lain seperti Heck et. al (1990) yang menyatakan kepimpinan pengajaran terdiri daripada tiga dimensi iaitu pentadbiran sekolah, memupuk pertubuhan iklim sekolah dan organisasi pengajaran sekolah. Begitu juga dengan Weber (1996) mengutarakan kepimpinan instruksional merangkumi lima dimensi iaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, menggalakkan iklim pembelajaran yang positif, memerhati dan meningkatkan pengajaran dan menilai program pengajaran.
48 Selain berdasarkan dimensi, kajian juga boleh diperluaskan dengan fungsi kepimpinan pengajaran seperti yang dinyatakan oleh Cawelti (1987) iaitu perkembangan kurikulum; penyeliaan klinikal, Perkembangan kakitangan dan penilaian guru. Begitu juga dengan Sharifah dan Azizah (1988) mengkategorikan kepimpinan pengajaran dalam empat fungsi iaitu memudahkan berlakunya perubahan, memantau guru berkembang dari profesional, menyelia pengajaran dalam bilik darjah dan memerhati pengajaran guru.
KESIMPULAN
Kepimpinan guru besar yang berkualiti khususnya dalam kepimpinan pengajaran adalah sangat penting dewasa ini. Guru besar sebagai individu utama yang boleh membawa perubahan dan mencorakkan sekolah perlu peka dengan isu-isu semasa dalam sektor pendidikan. Guru besar yang sememangnya sangat sibuk dengan tugas-tugas rutin pentadbiran harus bertindak dengan lebih profesional dan tidak mengetepikan tugasnya sebagai seorang pendidik, iaitu memberikan keutamaan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Dengan melaksanakan tugas sedemikian maka keberhasilan pelaksanaan tugas guru besar akan dirasai baik oleh guru mahupun pelajar. Selari dengan situasi pendidikan semasa, kemahiran kepemimpinan pengajaran guru besar perlu diberi perhatian agar mereka dapat menyesuaikan dengan perubahan dan inovasi pendidikan. Oleh itu kursus-kursus untuk meningkatkan kualiti kepemimpinan pengajaran guru besar terutama dalam hal kepemimpinan pengajaran. Keseimbangan kepemimpinan pengajaran dan pentadbiran boleh mempengaruhi persepsi guru-guru terhadap kepemimpinan pengajaran guru besar. Semakin baik kepemimpinan pengajaran guru besar maka semakin positif persepsi guru-guru terhadap kepemimpinannya yang dapat mempengaruhi kepuasan kerja dan komitmen guru-gurunya.
RUJUKAN
Ahi Sarok and Rijet Jihet. (2012). The Relationship Between Headmasters Instructional Leadership and Teachers Commitment. Scottish Journal of Arts, Social Sciences and Scientific Studies.
Ainon Mohd. (2003). “Teori dan Teknik Kepimpinan : Panduan Aplikasi di Tempat Kerja.” Edisi Pertama. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. 23-37.
Andi Audryanah Md. Noor. (2007). Kepemimpinan Pengajaran Dan Efikasi Kendiri
Pengetua Sekolah Menengah Dan Hubungannya Dengan Pencapaian
Akademik Sekolah. Tesis Sarjana Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia
Baharom Mohamad. (2004). Persepsi Guru-Guru Terhadap Kepimpinan Pengajaran
Dalam Celik Komputer Di Sekolah-Sekolah Negeri Johor. Tesis PhD Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Chua Yan Piaw. (2004). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill. Chua Yan Piaw. (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.
Drake, D.L dan Roe, W.H. (1986). The Principalship (2nd ed). New York : Random
House.
Elangkumaran Davarajoo. (2009). Hubungan Antara Kepimpinan Pengajaran
Guru Besar Dengan Komitmen Kerja Dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah
Rendah Di Zon Tanjung Karang.
Hallinger, P., dan Heck, R.H. (1996). Reassessing The Principal’s Role in School Effectiveness; A Review of Empiral Research, 1980-1995. Educational Anministration Quarterly. 32(1).
Hallinger, P and Murphy, J. (1985). Assessing The Instructional Management Behaviour Of Principals. The Elementary School Journal. 86 (2), 217-247.
Hallinger, Philip and Murphy J.F. (1987). Assessing and Developing Principals Instructional Leadership. Educational Leadership Sept. 54-61.
Hallinger, P. (2008). Methodologies for Studying School Leadership : A Review of 25 years of Research Using the Principal Instructional Management
49 Rating Scale. Paper Presentation at the Annual Meeting of the
American Educational Research Association, New York.
Hallinger, P., dan Taraseina, P. (2001). The Principal’s Role As Instructional Leader : A Review of Studies Using The Principal Instructional Management Rating Scale. Paper Presented at the Annual Meeting of the American
Educational Research Association. Seattle.
Hallinger, P. (2011a). Developing A Knowledge Base for Educational Leadership and management in East Asia. School Leadership and Management, 31(4): 305-320.
Haron Md. Isa. (2002). Kepimpinan Instruksional Pengetua. Seminar Nasional Ke- 11, Institut Aminudin Baki.
Hussein Ahmad. (2001). Mandat UNESCO dan Cabaran Globalisasi. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Hussein Mahmood. 1993. Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Latip Muhammad. (2007). Perlaksanaan Kepimpinan Pengajaran di Kalangan Pengetua Sekolah. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan
Batu Lintang. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lokman Mohd. Tahir, M. Al Muzammil dan Mislina Salleh. (2012). Impak Strategi
Politik Terhadap Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Cemerlang.
Jurnal Teknologi. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Nor Jaafar. (2005). Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen Dan
Kepuasan Kerja Guru: Satu Kajian Perbandingan Dan Hubungan Antara Sekolah Berkesan Dengan Sekolah Kurang Berkesan.
Nor Asikin Salleh. (2008). Model Sekolah Berkesan : Satu Kajian Kes
Sekolah-Sekolah Kebangsaan Luar Bandar. Kolej Perniagaan. Universiti
Utara Malaysia.
Ramaiah, A.L. (1995). Pengurusan Sekolah-Sekolah Keperluan Memperkukuhkan Dimensi Kepimpinan. Jurnal Pendidikan, Institut Aminuddin Baki.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 39: 89-96.
Ramaiah, A.L. (1999). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.
Robinson, V. M. 2010. From instructional leadership to leadership capabilities: Empirical findings and methodological challenges. Leadership and Policy in
Schools, 9 (1), 1-26.
Sapone, C. (1983). A Research Review- Perception on Characteristics of Effective School. NASS Bulletin. 67(446):66-70.
Shahril @ Charil Marzuki. (2000). Pendidikan di Malaysia Masa Kini. Kertas Kerja Seminar Pendidikan. Universiti Malaysia. 15 April.
Sunn, P.M. (2009). Reducational Leadership and Student Achievement: Pathways of Instructional Insfluence. Disertasi Phd. University Of Pennysylvania.
Sukarmin. (2010). Hubungan Tingkah Laku Kepimpinan Pengajaran Guru Besar
Dengan Keafiatan Sekolah, Komitmen Organisasi, Efikasi Dan Kepuasan
Guru Sekolah Rendah Di Surakarta. Universiti Utara Malaysia.
Tan Cheng Theng. (2007). Kefahaman dan Pengaplikasian Konsep Asid-Bes Dalam Kehidupan Harian Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sains Johor Bahru.
Yaakob Daud. (2007). Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya Dengan
Kepemimpinan, Komitmen Organisasi dan Pencapaian Akademik. Tesis
Ijazah Doktor Falsafah.
Yukl, G., Gordon, A. and Taber, T. (2006). “A Hierachical Taxonomy of Leadership Behavior: Integrating a Half Century of Behavior Research.” Journal of Leadership and Organizational Studies.1, 9.
50 Yusuf K.K Nsubuga. (2009). Analysis of Leadership Styles and School
Performance of Secondary Schools in Uganda (Doctoral dissertation,
51 PERBANDINGAN EFIKASI GURU DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA SABAH DAN