Perbandingan Markah Murid Secara Individu Antara Ujian Pra Dan Ujian Pos
Jadual 4.15: Analisis Kolerasi Pearson Hubungan Antara Elemen Personaliti Guru dengan Sikap Pembelajaran Pelajar
Pembelajaran Pelajar Kolerasi Pearson Sig.(2- hujung) N . 453** .000 196 1.000 196 *. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Keputusan analisis kolerasi bagi sampel kajian ini (N=196) seperti terdapat dalam Jadual 4.13 menunjukkan wujudnya kolerasi positif yang signifikan (r= .453, p= .000) di bawah nilai alpha 0.01 antara pengurusan bilik darjah dengan sikap pembelajaran pelajar. Data menunjukkan wujudnya hubungan positif pada kekuatan sederhana berdasarkan Indek Kolerasi Ary et al., (2002). Ini bermaksud, Hipotesis Nul (Ho4) ditolak dan Hipotesis Alternatif (HA4) diterima yang menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara elemen pengurusan bilik darjah dengan sikap pembelajaran pelajar.
4.3.7 Soalan Kajian 7: Adakah terdapat hubungan elemen personaliti guru dengan sikap pembelajaran pelajar di sekolah rendah Gred A daerah Tawau?
Hipotesis Nul 5 (Ho5): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara elemen personaliti guru dengan sikap pembelajaran pelajar.
Jadual 4.14 menunjukkan perbezaan min antara dua pemboleh ubah antara elemen elemen personaliti guru dengan sikap pembelajaran pelajar. Pemeriksaan terhadap perbezaan membuktikan min elemen personaliti guru lebih tinggi (M=4.609) berbanding dengan min sikap pembelajaran pelajar (M=4.009). Perbezaan min adalah 0.6.
Jadual 4.14: Perbezaan Min Elemen Pengurusan Bilik Darjah dengan Sikap Pembelajaran Pelajar
Pemboleh Ubah N M SD
Elemen personaliti guru 196 4.609 .416
Sikap pembelajaran pelajar 196 4.009 .525
Jadual 4.15: Analisis Kolerasi Pearson Hubungan Antara Elemen Personaliti Guru dengan Sikap Pembelajaran Pelajar
Pengurusan Bilik Darjah Sikap Pembelajaran Pelajar Elemen Personaliti Guru Kolerasi Pearson Sig.(2- hujung) N 1.000 196 .331** .000 196 Sikap Pembelajaran Pelajar Kolerasi Pearson Sig.(2- hujung) N . 331** .000 196 1.000 196 *. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Keputusan analisis kolerasi bagi sampel kajian ini (N=196) seperti terdapat dalam Jadual 4.15 menunjukkan wujudnya kolerasi positif yang signifikan (r= .331, p= .000) di bawah nilai alpha 0.01 antara personaliti guru dengan sikap pembelajaran pelajar. Data menunjukkan wujudnya hubungan positif pada kekuatan lemah berdasarkan Indek Kolerasi Ary et al., (2002). Ini bermaksud Hipotesis Nul (Ho5) ditolak dan Hipotesis Alternatif (HA5) diterima yang menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara elemen personaliti guru dengan sikap pembelajaran.
171 3.16 Rumusan Keputusan Analisis Hipotesis Kajian
Bil Soalan kajian Teknik
Analisis
Keputusan
1 Soalan Kajian
1
Apakah tahap kualiti pengajaran guru di sekolah rendah Gred A di daerah Tawau?
Deskriptif (Min)
(M =4.391) Kualiti Pengajaran Guru
(Tahap Tinggi) 2 Soalan
Kajian 2
Apakah tahap sikap pembelajaran pelajar di sekolah rendah Gred A di daerah Tawau?
Deskriptif (Min)
(M =4.009 )
Sikap Pembelajaran pelajar (Tahap Tinggi) 3
Soalan Kajian
3
Adakah terdapat hubungan elemen perancangan pengajaran guru dengan sikap pembelajaran pelajar di sekolah rendah Gred A daerah Tawau?
Kolerasi Pearson
Ho1 (Ditolak) (r = .143, p<.05) Terdapat Hubungan yang Signifikan pada Kekuatan
Sangat Lemah 4
Soalan Kajian
4
Adakah terdapat hubungan elemen pelaksanaan pengajaran guru dengan sikap pembelajaran pelajar di sekolah rendah Gred A daerah Tawau? Kolerasi Pearson Ho2 (Ditolak) (r = .207, p<.01) Terdapat
Hubungan yang Signifikan Pada Kekuatan Lemah 5
Soalan Kajian
5
Adakah terdapat hubungan elemen penilaian pengajaran guru dengan sikap pembelajaran pelajar di sekolah rendah Gred A daerah Tawau? Kolerasi Pearson Ho3 (Ditolak) (r = .512, p<.01) Terdapat
Hubungan Yang Signifikan Pada Kekuatan Sederhana 6 Soalan
Kajian 6
Adakah terdapat hubungan elemen pengurusan bilik darjah dengan sikap pembelajaran pelajar di sekolah rendah Gred A daerah Tawau? Kolerasi Pearson Ho4 (Ditolak) (r = .453, p<.01) Terdapat
Hubungan Yang Signifikan Pada Kekuatan Lemah 7 Soalan
Kajian 6
Adakah terdapat hubungan elemen personaliti guru dengan sikap pembelajaran pelajar di sekolah rendah Gred A daerah Tawau? Kolerasi Pearson Ho5 (Ditolak) (r = .331, p<.01) Terdapat
Hubungan Yang Signifikan Pada Kekuatan Lemah
4.0 PERBINCANGAN
Pembangunan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia ialah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Berdasarkan agenda tersebut, guru merupakan golongan penting yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan pengajaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan hasil-hasil pembelajaran yang maksimum diperoleh oleh pelajar di sekolah. Faktor peranan guru adalah berkait rapat dengan pencapaian pelajar terhadap pelajaran serta berpotensi mengubah sikap dan status pelajar terhadap sesuatu kurikulum (Salleh 2003; Hattie 2003). Kebimbangan awam terhadap kualiti pengajaran guru seperti yang dikemukakan di dalam pernyataan Jemaah Nazir Sekolah (Jemaah Nazir Sekolah 2001, 24) seharusnya diberi perhatian serius oleh semua warga pendidik kerana perkara ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa pencapaian matlamat pendidikan negara adalah terletak di bahu guru.
172 Dalam bab ini, tumpuan telah diberikan kepada tujuh objektif kajian iaitu :
a) Mengenal pasti tahap kualiti pengajaran guru di sekolah rendah Gred A di daerah Tawau. b) Mengenal pasti tahap sikap pembelajaran pelajar di sekolah rendah Gred A di daerah Tawau c) Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan elemen perancangan pengajaran guru dengan
sikap pembelajaran pelajar di sekolah rendah Gred A daerah Tawau.
d) Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan elemen pelaksanaan pengajaran guru dengan sikap pembelajaran pelajar di sekolah rendah Gred A daerah Tawau.
e) Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan elemen penilaian pengajaran guru dengan sikap pembelajaran pelajar di sekolah rendah Gred A daerah Tawau.
f) Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan elemen pengurusan bilik darjah dengan sikap pembelajaran pelajar di sekolah rendah Gred A daerah Tawau.
g) Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan elemen personaliti guru dengan sikap pembelajaran pelajar di sekolah rendah Gred A daerah Tawau.
Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini adalah kualiti pengajaran guru manakala pemboleh ubah bersandar ialah sikap pembelajaran pelajar. Ujian statistik deskriptif digunakan untuk mengkaji min terhadap kualiti pengajaran guru, dan tahap sikap pembelajaran pelajar. Ujian Inferansi Korelasi
Pearson pula digunakan untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah bebas dan bersandar dalam
dapatan data. Dapatan kajian telah dibincangkan dengan lebih terperinci.
Justeru, tujuan utama kajian ini untuk meninjau hubungan kualiti pengajaran guru dengan sikap pembelajaran pelajar dapat diketengahkan iaitu terdapat hubungan ke lima-lima elemen dimensi kualiti dengan sikap pembelajaran pelajar di sekolah rendah Gred A daerah Tawau. Kajian telah melibatkan seramai 196 responden telah melengkapkan soal selidik daripada enam buah sekolah rendah Gred A di daerah Tawau yang mempunyai ciri-ciri yang telah ditentukan.
Dalam menuju misi taraf pendidikan bertaraf dunia, semua pihak tidak seharusnya berpeluk tubuh. Pendidikan negara tidak akan mendapat sebarang keuntungan malahan semakin terkebelakang daripada beberapa negara lain yang lebih sensitif dengan perubahan taraf pendidikan negara mereka. Sistem pendidikan yang baik perlu menyediakan pendidikan berkualiti. Pendidikan yang berkualiti bermula daripada corak perkhidmatan guru di sekolah. Corak perkhidmatan yang baik dan tersusun sudah tentu dapat mengelakkkan keciciran prestasi sekolah seterusnya taraf pendidikan negara. Oleh itu, kualiti guru sudah tentu boleh membantu negara menghasilkan masyarakat yang boleh membanggakan inspirasi negara.
5.0 CADANGAN MASA HADAPAN
Pertama, dicadangkan agar penilaian terhadap kaedah pengajaran guru perlu dititikberatkan mengikut kesesuaian berdasarkan peranan guru yang menampakkan hubungan baik dengan sikap pembelajaran pelajar. Kedua dicadangkan agar konsep memasyarakatkan pendidikan seperti peranan ibu bapa diadakan bagi menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar, serta mewujudkan persatuan pesara guru. Kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah terutama bidang kokurikulum secara langsung akan membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Cadangan ketiga ialah mewujudkan jawatan pembantu guru. Antara rasional yang dikemukakan ialah mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kini guru dilihat semakin kurang memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, walaupun semua pihak menekankan kewajipan itu sebagai tugas utama guru di sekolah. Kajian ini tidak bermaksud untuk menafikan cabaran guru yang sememangnya signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Tetapi, tugas guru kini turut memperlihatkan peranan guru yang semakin hari semakin membebankan.
173
6.0 KESIMPULAN
Sememangnya fungsi utama sekolah ditubuhkan adalah sebagai gudang tumpuan ilmu. Pengurus di sekolah pula dilantik adalah dalam kalangan guru. Lantikan tersebut telah mewujudkan cabaran terhadap peranan guru di sekolah dengan amanah pengajaran yang diselitkan dengan tugas-tugas lain. Secara tidak langsungnya akan menggurangkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada tahap yang berkesan. Dalam kajian ini, dunia pendidikan di negara kita haruslah sentiasa mengkaji dunia pendidikan agar sesuai dengan mandat membina sebuah masyarakat bermaklumat yang berorentasikan kecemerlangan negara. Sebaiknya perubahan dilakukan sebagai dasar untuk meninggikan lagi mutu pendidikan negara. Perubahan mesti dibuat mengikut kesesuaian pendidikan yang lebih praktikal kepada keperluan pelajar. Tuntasnya, cabaran guru di sekolah bukan ukuran. Tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyempurnakan amanah, peranan atau pun tanggungjawab. Berapa kecil pelajar yang ditadbir atau bagaimana rupa fizikal sekolah, tidak perlu warga sekolah meremehkan bidang tugas dan tanggungjawab hakiki guru. Apa yang paling penting semua guru perlu bekerjasama dan menjadi guru berkualiti seperti yang disarankan oleh Juran iaitu ‘sesuai mengikut keperluan’. Maka, kualiti pengajaran boleh dimartabatkan dengan membawa nama pelajar berjaya dalam arus kemajuan negara.
RUJUKAN
Abdul Ghani. 2009. Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Selangor: PTS Profesional Publishin Sdh. Bhd. Abdullah Sani. 2007. Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Ary, D.,Jacobs, L.C dan Razavieh, A.2002. Introduction to Research in Education. Ed. USA:
Wadsworthy Thomson Learning.
Azizi Hj. Yahaya, Sharin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
Azizi Hj. Yahaya, Sharin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
Baharom Mohamad. 2008. Psikologi Pendidikan dalam PTV. Cetakan Pertama. Johor. UTHM. Hair, J.F., Money, A.H, Samouel, P. 1998. Essentials of Business Research Methods. Wiley
Publication
Hattie, J. 2003. Teachers Make a Difference What is the Research Evidence?
www.docstoc.com/docs/2251792/Teachers-Makea-Difference. 15 Januari 2009. Hooper, D.W. 2002. Improving Instruction As A Team. School Administrator.59(4): 42-44. Kamus Dewan. 2007. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Krejcie. R.V and Morgan, D.W. 1970. Determining Sample Size for Research Activities. Educational
and Psyhological Measurement.
Lay Yoon Fah dan Khoo Chwee Hoon. 2011. Pengenalan Kepada Analisis Statistik Dalam Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Venton Publishing (M) Sdn Bhd.
Lilia Halim & Norlena Salamuddin. 2000. Orientasi akademik: Pendekatan Alternatif Dalam Program Pendidikan Guru Siswazah Di Malaysia . Akademika 56: 47-64.
Linda, Puspita. 2000. Pembelajaran Membaca Pemahaman dengan Strategi Aktivitas Berpikir
Terbimbing Siswa Kelas V Sekolah Dasar Sumbersari III Malang. Tesis tidak diterbitkan.
Malang: PPS UM.
Marzano, R. J. 2003. What works in schools: Translating research into action. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
Mitchell Cates, Bischoff, and Jakobs. 2002. A Problem-Based Learning Approach to Facillitate
Evidence-Based Practice in Entry-Level Professional Education. Journal of Prosthetics and
Orthortics.
Mohd Sofian Omar, Aminuddin Yusof, Borhan Yusuf. 2002. Kokurikulum, Peranan dan Implikasi. Kuala Lumpur: Sanon Printing
174 Mohd. Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur
Norin Mustaffa. 2004. Kemahiran, Masalah dan Chap Penggunaan Komputer dalam Kalangan
Guru Sekolah Bestari Negeri Perak. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Bangi.
Universiti Kebangsaan Malaysia
Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. 2007. Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah
175 MOTIVASI DALAM PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PERDAGANGAN BERASASKAN PROJEK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH
KOTA BELUD, SABAH.