Perbandingan Markah Murid Secara Individu Antara Ujian Pra Dan Ujian Pos
Graf 10: Pola peningkatan pencapaian EMG bagi PK dan PSMVP
Berdasarkan teori teori One Factor (Zatsiorsky, 1995), compensation dan supercompensation bagi kumpulan PSMVP berlaku dengan cepat. Bagi kumpulan PK, proses compensation dan super
compensation berlaku dengan lebih lambat. Berdasarkan hasil tersebut, pola peningkatan pencapaian
PSMVP didapati lebih efektif untuk meningkatkan penjanaan kuasa bahagian bawah badan atlet lompat kijang.
Selain itu, latihan pliometriks konvensional melibatkan daya graviti dalam pergerakannya. Justeru latihan ini mendatangkan risiko kecederaan yang relatif tinggi terutamanya terhadap atlet novis (Sandler, 2005; Potach dan Chu, 2000). Pliometriks yang menggunakan mesin Shuttle MVP adalah tanpa pengaruh graviti maka ini meminimumkan risiko kecederaan (Contemporary Design Co., 2003; Shuttle Systems Inc., 2010). Ini adalah kerana SMVP melibatkan pergerakan dalam keadaan berbaring. Oleh itu, PSMVP lebih sesuai digunakan bukan saja untuk atlet novis tetapi juga atlet senior bagi mengurangkan risiko kecederaan. Malah PSMVP juga boleh digunakan sebagai
94 sebahagian daripada latihan terapi bagi atlet yang mengalami kecederaan dan sedang menjalani proses pemulihan (Contemporary Design Co., 2003; Shuttle Systems Inc., 2010).
Kesimpulan
Kedua-dua jenis latihan pliometriks telah berjaya meningkatkan tahap penjanaan kuasa bahagian bawah badan atlet secara signifikan. Ini terbukti daripada perbandingan ujian pra dan ujian pasca kedua-dua kumpulan. Analisis ANOVA dan paired t-test menunjukkan bahawa pencapaian atlet dalam VJ dan SLJ di tahap pasca berbanding pra telah meningkat secara signifikan. Peningkatan tahap penjanaan kuasa bahagian bawah badan tersebut membolehkan kesemua atlet mencapai peningkatan yang signifikan dalam FTJ. Hasil tersebut disokong oleh analisis EMG.
Dari segi perbandingan kumpulan, analisis ANOVA mendedahkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan PK dan kumpulan PSMVP bagi pencapaian dalam VJ dan SLJ. Walaupun terdapat peningkatan kedua-dua kumpulan dalam FTJ namun peningkatan tersebut tidak berbeza secara signifikan. Sungguhpun demikian, EMG memberikan bukti bahawa kedua-dua kumpulan mempunyai pola peningkatan penjanaan kuasa bahagian bawah badan yang berbeza secara signifikan selepas mengikuti sepuluh minggu latihan. Secara keseluruhan, peratus peningkatan bagi kumpulan PSMVP lebih tinggi berbanding kumpulan PK dalam kesemua ujian namun hanya ujian EMG yang memberikan keputusan signifikan.
Secara keseluruhan, kumpulan PSMVP memperlihatkan pola peningkatan penjanaan kuasa yang lebih konsisten dan stabil. Analisis EMG mendedahkan kumpulan PSMVP mengalami proses
compensation dan supercompensation yang lebih cepat manakala proses yang sama berlaku lebih
lambat pada kumpulan PK. Analisis EMG juga membuktikan bahawa tahap perekrutan otot semasa melakukan lompat kijang adalah lebih tinggi pada kumpulan PSMVP berbanding kumpulan PK. Berdasarkan maklumat tersebut, didapati protokol latihan PSMVP adalah lebih efektif berbanding protokol PK. Malah penggunaan PSMVP juga mengurangkan risiko kecederaan kerana ia tidak bergantung kepada berat tubuh atlet dan tidak bergantung kepada graviti dalam menghasilkan bebanan latihan.
Rujukan
Abass, A.O. 2005. Correlational Effects of Plyometrics Training on Leg Muscle Strength, Endurance and Power Characteristics of Nigerian University Undergraduates. International Journal of African and African American Studies. 4(1):42-52.
Adams, K., O’Shea, J.P. and Climstein, M. 1992. The Effects of Six Weeks of Squat, Plyometric and Squat-plyometric Training on Power Production. Journal of Applied Sport Science Research. 6(1):36-41.
Apostolopoulos, N. 2001. Performance Flexibility. In Foran, B. (ed.) High-performances Sports
Conditioning, pp. 49-61. Champaign, Illinois, USA: Human Kinetics.
ASAP. 2006. Athletic Strength and Power. http://www.athletic strength and power.com/2006/11/ (Retrieved 10 October 2010).
Asmussen, E. and Bonde-Peterson, F. 1974. Storage of elastic energy in skeletal muscle in man. Acta
Physiology Scandinavia. 91:385-392.
Bagget, K. 2005. The Vertical Jump Development Bible. Higher-Faster-Sports.com (Retrieved 16 December 2010)
Baumgartner, T.A and Jackson, A.S. 1995. Measurement for Evaluation in Physical Education and Exercise Science. 5th edition. Dubuque, IA: Wm. C. Brown Communications, Inc.
Baumgartner, T.A., Jackson, A.S., Mahar, M.T. and Rowe, D.A. 2007. Measurement for Evaluation
in Physical Education and Exercise Science. 8th edition. New York: McGraw-Hill.
Bobbert, M.F. 1990. Drop Jumping as a Training Method for Jumping Ability. Sports Medicine. 9(1):7-22
Bobbert, M.F., Huijing, P.A. and Van Ingen Schenau, G.J. 1987. Drop Jumping. I. The Influence of Jumping Technique on the Biomechanic of Jumping. Medicine and Science in Sports and Exercise. 19(4):332-338.
Bompa, T.O. 1994. Theory and Methodology of Training: The Key to Athletics Performance. Dubuque, IOWA: Kendal/Hunt Publishing Company.
95 Boyle, M. 2004. Functional Training for Sports. Champaign, Illinois, USA: Human Kinetics.
Chu, D. A. 1998. Jumping Into Plyometrics. Second Edition. Champaign, Illinois: Human Kinetics. Chu, D.A. 2001. Explosive Power. In Foran, B. (ed.) High-performances Sports Conditioning, pp.
83-97. Champaign, Illinois, USA: Human Kinetics.
Conley, M. 2001. Bioenergetics of Exercise and Training. In Foran, B. (ed.) High-performances
Sports Conditioning. pp. 73-90. Champaign, Illinois, USA: Human Kinetics.
Contemporary Design Co. 2003. Shuttle MVP Classic and Pro Models: Power Training System
Manual. Glacier, WA: Contemporary Design Co.
De Vos, N.J., Singh, N.A., Ross, D.A., Stavrinos, T.M., Orr, R. and Singh, M.A.F. 2005. Optimal Load for Increasing Muscle Power During Explosive Resistance in Older Adults. Journal of
Gerontology: Medical Science. 60A(5):638-647.
Derse, E., Hansen, J., O’Rourke, T. and Stolley, S. 2008. LA84 Foundation Track and Field Coaching
Manual. Los Angeles, California: LA84 Foundation
Dintiman, G. 2001. Acceleration and Speed. In Foran, B. (ed.) High-performances Sports
Conditioning, pp. 167-192. Champaign, Illinois, USA: Human Kinetics.
Dintiman, G. and Ward, B. 2003. Sports Speed. Third Edition. Champaign, Illinois, USA: Human Kinetics.
Emma, T. 2006. Peak Conditioning Training For Young Athletes. USA: Coaches Choice.
Epley, B. 2004. The Path to Athletic Power: The Model Conditioning Program for Championship
Performance. Champaign, Illinois, USA: Human Kinetics.
Faigenbaum, A.D., McFarland, J.E., Keiper, F.B., Tevlin, W., Ratamess, N.A., Kang, J. and Hoffman, J.R. 2007. Effects of a Short-term Plyometric and Resistance Training Programme on Fitness Performance in Boys age 12 to 15 Years. Journal of Sports Science and Medicine. 6:519-525. Gehri, P.E., Ricard, M.D., Kleiner, D.M. and Kirkendall, D.T. 1998. A Comparison of Plyometric
Training Technique for Improving Vertical Jump Ability and Energy Production. Journal of Strength and Conditioning Research. 12(2):85-89.
Gratton, C. and Jones, I. 2004. Research Method for Sport Studies. New York: Routledge.
Grigoryeva, L.S. and Kozlovskaya, I.B. 1987. Effect of Weightlessness and hypokinesia on velocity and strength properties of human muscles. Kosm Biol Aviakosm Med. 21:27-30.
Hall, S. 2003. Basic Biomechanic. Fourth Ed. New York: McGraw-Hill
Hanlon, T. 1998. The Sports Rules Book. Essentials Rules for 54 Sports. Human Kinetics. USA: United Graphics.
Harman, E. 2000. The Biomechanics of Resistance Training. In Baechle, T. R. and Earle, R. W. (ed.)
Essentials of Strength Training and Conditioning. 2nd Edition, pp. 25-56. Champaign, Illinois,
USA: Human Kinetics.
Hawkins, J.M. 2007. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Shah Alam, Selangor DE: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hill, A.V. 1970. First and Last Experiments in Muscle Mechanics. Cambridge: Cambridge University Press.
Holcomb, W. R., Kleiner, D. M. and Chu, D. A. 1998. Plyometrics: Consideration for safe and effective training. Strength Conditioning. 20(3):36-39
Hommel, H. 2009. Biomechanical Analyses of Selected Events at the 12th IAAF World Championships in Athletics, Berlin 15 – 23 August 2009. Scientific Research Project: Final Report Triple Jump. Damstardt, Germany: IAAF.
Hornby, A.S. 2002. Oxford Advanced Learner’s Dictionary. Oxford, New York: Oxford University Press.
Hutton, W.C., Malko, J.A. and Fajman, W.A. 2003. Lumbar Disc Volume Measured by MRI: Effects of Bed Rest, Horizontal Exercise and Vertical Loading. Aviation, Space and Environmental Medicine. 74(1):73-78.
IAAF, 2010-2011. Competition Rules 2010-2011. IAAF.
Idris bin Mohamad, Shaharudin bin Abd. Aziz dan Zamry Ahmad. 2007. Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Junaidah Salehudin. 2009. Acara Padang. Puchong, Selangor DE: Kharisma Publication Sdn. Bhd. Klucinec, B. 2001. Recalcitrant Infrapatellar Tendinitis and Surgical Outcome in a Collegiate
96 KOAM. 2006-2007. Buku Peraturan Olahraga. KOAM.
Kotzamanidis, C. 2006. Effects of Plyometrics Training on Running Performance and Vertical Jumping in Pre-pubertal Boys. Journal of Strength and Conditioning Research. 20(2):441-445. Kraemer, W.J. and Gomez, A.L. 2001. Establishing a Solid Fitness Base. In Foran, B. (ed.)
High-performances Sports Conditioning, pp. 3-17. Champaign, Illinois, USA: Human Kinetics.
Kumar, R. and Kumar, H. 2005. Effect of Six-week Plyometric Circuit Training on the Jumping Performance of Female College Players. Journal of Strength and Conditioning. 1(1&2):46-59. Kyrolainen, H., Komi, P.V., Virmavirta, M. and Isolehto, J. 2005. Helsinki 2005 Final Report:
Biomechanical Analysis of the Triple Jump. Findland: University of Jyvaskyla.
Layne, C.S., Rossi, M., Feeback, D.L. and Bloomberg, J.J. 1994. Improvement in Knee Extensor strength After Horizontal Squat and Jump Training. Isokinetics and Exercise Science. 4(4):164-170
Locatelli, E. 1986. Strength Control and Development in Young Jumpers (16 – 19 yrs) When They Move Up to High Level Training. NSA 4:71-80.
Luebbers, P.E., Potteiger, J.A., Hulver, M.W., Thyfault, J.P., Carper, M.J. and Lockwood, R.H. 2003. Effects of Plyometrics Training and Recovery on Vertical jump Performance and Anaerobic Power. Journal of Strength and Conditioning Research. 17(4):704-709.
Markovic, G. 2007. Does Plyometric Training Improve Vertical Jump Height? A Meta-analytical View. British Journal Sports Medicine. 41:349-355.
Martini, F.H. and Bartholomew, E.F. 2003. Essentials of Anatomy & Physiology. Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education International.
Milic, V., Nejic, D. and, Kostic, R. 2008. The Effect Of Plyometric Training On The Explosive Strength Of Leg Muscles Of Volleyball Players On Single Foot And Two-Foot Takeoff Jumps.
Scientific Paper: Physical Education and Sport. 6(2):169-179.
Miller, D.K. 2002. Measurement by the Physical Educator: Why and How. Fourth Edition. New York: McGraw-Hill.
Miller, M.G., Herniman, J.J., Richard, M.D., Christopher, C.C. and Michael, T.J. 2006. The Effect of a 6-week Plyometric Training Program on Agility. Journal of Sports Science and Medicine. 5:459-465.
Mohd. Hafizullah Amin dan Hafizah Harun. 2008. Keberkesanan Program Latihan Pliometriks
dalam Meningkatkan Kuasa Pemain Badminton ke atas Ketinggian Lompatan. Kertas Ilmiah.
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Roshan Bin Sarkasi. 2008. Keberkesanan Latihan Pliometrik dalam Kemahiran Lonjakan
untuk Atlit Lompat Jauh. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Sofian Omar Fauzee, Hasnidar Abdul Ghaffar, Lizawati Othman, Ahmad Jalaludin Hanafi dan Jason Talad. 2006. Dril Permainan Kecil. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.
Muller, H. and Ritzdorf, W. 2000. Run! Jump! Throw! The Official IAAF Guide to Teaching Athletics. IAAF Coaches Education and Certification System. IAAF.
National Strength and Conditioning Association. 1993. Position Statement: Explosive/Plyometric Exercises. NSCA Journal. 15(3):16.
Newton, A. 2008. How to Design a Yearly Triple Jump Training Program. Triple Jump – Your Online Training Partner and Resource Guide, http://www.thetriplejump.com. Retrieved 1 August 2010. Newton, A. 2007. First Modern Olympic Champion, http://www.thetriplejump.com. Retrived 29 July
2010.
Newton, A. 2009. How to Teach the Triple Jump. Triple Jump – Your Online Training Partner and Resource Guide, http://www.thetriplejump.com. Retrieved 1 August 2010
Newton, R.U. and Kraemer, W.J. 1994. Developing Explosive Muscular Power: Implications for a Mixed Methods Training Strategy. National Strength and Conditioning Association. 20-23. Olivier, S. 2007. Ethics and Physiological Testing. In Winter, E.M., Jones, A.M., Davison, R.C.R.,
Bromley, P.D., Mercer, T.H. 2007. Sport and Excercise Physiology Testing Gudelines. Vol. 1:
Sport Testing, pp. 30-37. British Association of Sport and Exercise Science. New York:
Routledge.
Perttunen, J., Kyrolainen, H., Komi, P.V. and Heinonen, A. 2000. Biomechanical Loading in Triple Jump. Journal of Sports Science. 18:363-370.
97 Pezzullo, D.J., Karas, S. and Irrgang, J.J. 1995. Functional Plyometric Exercise for the Throwing
Athlete. Journal of Athletic Training. 30(1):22-26.
Plisk, S.S. 2001. Muscular Strength and Stamina. In Foran, B. (ed.) High-performances Sports
Conditioning, pp. 63-82. Champaign, Illinois, USA: Human Kinetics.
Potach, D.H. and Chu, D.A. 2000. Plyometric Training. In Baechle, T. R. and Earle, R. W. (ed.)
Essentials of Strength Training and Conditioning. 2nd Edition, pp. 427-470. Champaign,
Illinois, USA: Human Kinetics.
Potteiger, J.A., Lockwood, R.H., Hans, M.D., Dolezal, B.A., Almuzaini, K.S., Schroeder, J.M. and Zebas, C.J. 1999. Muscle Power and Fiber Characterictic Following 8 Weeks of Plyometric Training. Jornal of Strength and Conditioning Research. 13(3):275-279.
Radcliffe, J.C. and Farentinos, R.C. 1999. High-powered Plyometrics. Human Kinetics. Champaign, Illinois, USA: United Graphic.
Rahimi, R. and Behpur, N. 2005. The Effects of Plyometric, Weight and Plyometric-weight Training on Anaerobic Power and Muscular Strength. Physical Education Paper. 3(1):81-91.
Ramey, M.R. 1982. Biomechanics of the Long Jump and Triple Jump. In Terauds, J. (ed).
Proceedings of the International Symposium of Biomechanics in Sports, pp. 251-265. Del Mar,
California: Research Center for Sports.
Reyment, C.M., Bonis, M.E., Lundquist, J.C. and Tice, B.S. 2006. Effects of a Four Week Plyometric Training Program on Measurements of Power in Male Collegiate Hockey Players. Journal of Undergraduates Kin. Res. 1(2):44-62.
Rimmer, E. and Sleivert, G. 2000. Effects of a Plyometrics Intervention Programme on Sprint Performance. Journal of Strength and Conditioning. 14(3):295-305.
Roberts, B. 2001. Training and Conditioning. http://www.momentum media.com/articles/tc/tc1109/plyos.htm (Retrieved 10 October 2010).
Rohana Hashim. 2008. Kesan Latihan Pliometrik dan Latihan Bebanan Terhadap Kekuatan Otot
Bahagian Atas Badan. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Ruan, M. and Li, L. 2008. Influence of a Horizontal Approach on the Mechanical Output during Drop Jumps. Research Quaterly for Exercise and Sports. 79(1):1-9.
Saez-Saez de Villareal, E., Kellis, E., Kraemer, W.J. and Izquierdo, M. 2009. Determining Variables of Plyometric Training for Improving Vertical Jump Height Performances: A Meta-analysis. Journal of Strength and Conditioning Research. 0(0):1-12.
Saez-Saez de Villareal, E.S., Requena, B. and Newton, R.U. 2009. Does Plyometric Training Improve Strength Performances? A Meta-analysis. Journal of Science and Medicine in Sport, http://science-direct.com/science. Retrieved 14 August 2010.
Sandler, D. 2005. Sports Power. Champaign, Illinois, USA: Human Kinetics.
Sankey, S.P., Jones, P.A. and Bampouras, T.M. 2008. Effect of Two Plyometric Training Programmes of Different Intensity on Vertical Jump Performance in High School Athletes. Serbian Journal of Sport Sciences. 2(1-4):123-130.
Shaji, I. and Isha, S. 2009. Comparative Analysis of Plyometrics Training Program and Dynamic Stretching on Vertical jump and Agility in Male Collegiate Basketball Player. Al Ameen Journal of Medical Science. 2(1):36-46.
Shekar, K.C. 2007. Sports Training. New Delhi, India: Khel Sahitya Khendra.
Shuttle Systems Inc. 2010. Shuttle MVP. Contemporary Design Co., http://www.shuttlesystem.com. Retrieved 7 May 2010.
Stander, R. 2003. Triple Jump. South Africa: Boland Athletics.
Staniszewski, M., Mastalerz, A. and Urbanik, C. 2006. The Influence of Four Week Training on an Inclined Plane on the Isokinetic Knee Power. Acta of Bioengineering and Biomechanics. 8(2):51-58.
Syed Arabi Idid. 2002. Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Thompson, P. 1991. Introduction to Coaching Theory. IAAF Coaches Education and Certification System. Partridge Green, West Sussex, England: The International Amateur Athletic Federation.
98 Todd, D. 1999. Teaching The Triple Jump. Walnut, California: Cross Country and Track and Field
Mt. San Antonio College (Mt. SAC).
Turner, A.M., Owings, M. and Schane, J.A. 2003. Improvement in Running Economy After 6 Weeks of Plyometrics Training. Journal of Strength and Conditioning Research. 17(1):60-67.
Verhoshanski, Y. 1967. Are Depth Jump Useful? Soviet Physical Education and Sports. 3:75-78. Wathen, D. 1993. Literature Review: Plyometric Exercise. NSCA Journal. 15(3):17-19.
Wikipedia. 2009. Triple Jump. http://en.wikipedia.org/wiki/Triple_jump. Retrieved 8 October 2010. Zatsiorsky, V. 1995. Science and Practice of Strength Training. Champaign, Illinois, USA: Human
Kinetics.
ASAP. 2008. http://www.athleticstrengthandpower.com/2008/02/asap-the-athlet.html. Retrieved 8 October 2010.
Hinton, P. R., Brownlow, C., McMurray, I. and Cozens, B. 2004. SPSS Explained. NY 10016: Routledge.
Motion Lab System, Inc. 2009. Motion Lab System: EMG Analysis. 15045 Hammond Highway, Baton Rougue, LA: Motion Lab System, Inc.
99 HUBUNGAN ANTARA EFIKASI GURU DENGAN METAKOGNISI DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH PEDALAMAN SATU DI BEBERAPA BUAH DAERAH
DI SABAH
Iffahzuleha Elmandily Binti Awaluddin
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah [email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meneroka hubungan antara efikasi guru dengan metakognisi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah pedalaman satu di daerah Kinabatangan, Tuaran, Kota Belud dan Kota Marudu di Negeri Sabah. Seramai 273 orang guru terlibat dalam kajian ini. Intrumen yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi tiga bahagian. Soal selidik dibina daripada instrumen Teacher Sense Efficacy Scale yang dibina oleh Tschannen-Moran & Woolfolk Hoy (2001) yang mengukur tahap efikasi guru dan juga instrumen Metacognitive Awareness Inventory for Teachers’ yang telah dibina oleh Cem Balcikanli (2011) yang mengandungi item-item untuk mengukur metakognisi guru. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan pekali kepercayaan cronbach alpha masing-masing ialah .847 dan .927. Borang soal selidik yang lengkap telah di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Sciences (SPSS). Hasil analisis mendapati aras efikasi guru dan
metakognisi berada pada tahap yang tinggi. Ujian korelasi pearon mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara efikasi guru dengan metakognisi dengan pekali korelasi .677. Berdasarkan hasil dapatan ini beberapa cadangan yang relevan telah dikemukakan.
Kata Kunci: Efikasi guru, metakognisi guru, guru pedalaman satu, Sabah.
Abstract
The aim of this research is to determine the correlation between teachers efficacy and metacognitive among primary school teachers in Kinabatangan, Tuaran, Kota Belud dan Kota Marudu, Sabah. In accordance with this purpose, questionnaires composed with three parts were distributed to 273 respondents. The first part is on demography, second one is Teacher Sense Efficacy Scale by Tschannen-Moran & Woolfolk Hoy (2001) and the third part is Metacognitive Awareness Inventory for Teachers’. Completed questionnaire were analyzed using Statistical Package for Social Sciences (SPSS). At the end of the study, it was understood that there are significan positive correlation between teachers efficacy and metacognitive with correlation coefficients .677. Based on the findings, further discussion had been made.
Keywords: Teachers efficacy, teachers metacognitive, teachers in rural area in Sabah.
100 Hanya tinggal beberapa tahun lagi untuk Malaysia berusaha dalam merealisasikan Wawasan 2020. Hasrat Malaysia pada tahun 2020 adalah untuk menjadi sebuah negara maju dengan acuan sendiri. Selaras dengan itu, negara telah berusaha dengan keras untuk melonjakkan sistem pendidikan dalam negara kita agar menjadi sistem yang bertaraf dunia. Hal ini adalah kerana, sistem pendidikan sesebuah negara amat berkait rapat dengan kemajuan dan kejayaan sesebuah negara. Beberapa pelan telah diperkenalkan dalam mengejar cita-cita tersebut dan pelan yang terbaru adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang bermula daripada tahun 2013 sehingga tahun 2025.
Terdapat sebelas anjakan transformasi sistem yang diterapkan dalam PPPM dan anjakan ke empat adalah untuk mentransformasikan keguruan sebagai profesion pilihan. Guru adalah elemen utama dalam memastikan keberhasilan murid dan seterusnya melonjakkan sistem pendidikan ke tahap yang dibanggakan. Guru yang berkualiti akan memastikan murid-murid yang dihasilkan mampu bersaing di taraf dunia dan seterusnya boleh mempimpin negara ke arah yang lebih baik lagi. Tambahan lagi, sistem pendidikan harus mampu memenuhi kehendak komersil dan industri, dan boleh menghasilkan tenaga kerja yang berupaya dan bersifat inovatif, produktif dan berkemahiran. (Ali Hasnah, Ahmad Lukman, Ahmad Sanep, Ali Noraziah, 2009).
Peranan guru dalam memartabatkan sistem pendidikan negara seterusnya memacu negara ke arah Wawasan 2020 tidak dapat dinafikan lagi. Menurut Jaafar et al. (2012) peranan guru adalah sebagai pemangkin dalam transformasi sistem pendidikan sesebuah negara dalam melahirkan generasi yang berintelek tinggi, berdaya saing dan kompeten dalam semua aspek. Guru yang diperlukan adalah seorang guru yang mampu membimbing murid bukan sahaja dari segi intelek malah keseluruhannya agar murid yang terhasil adalah seimbang dari kesemua aspek.Setiap murid mempunyai hak untuk memiliki guru yang berkualiti. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kualiti seseorang guru. Antaranya adalah tahap efikasi kendiri dan juga metakognisi seseorang guru.
Banyak kajian lepas telah membuktikan bahawa efikasi kendiri adalah penting dalam memastikan kualiti seorang guru seterusnya dapat mempengaruhi pencapaian murid dalam mata pelajaran (Tschannen-Moran & Hoy, 1998; Gurola et. Al, 2010; Henson, 2002). Efikasi kendiri menurut Bandura (1982,1997) adalah kepercayaan kendiri seseorang individu untuk mengendalikan situasi yang berlaku dalam kehidupan. Kebolehan ini akan menyumbang kepada kebolehan untuk menjalankan sesuatu tugas mengikut standard yang telah ditetapkan (Jaafar et al., 2012). Rorlinda Yusof (2009) dalam kajiannya mendapati individu yang mempunyai tahap efikasi yang tinggi akan menggunakan potensi mereka secara optimum untuk mencapai misi mereka yang telah ditetapkan daripada peringkat awal.
Dalam konteks perguruan, guru yang mempunyai tahap efikasi yang tinggi mempunyai kepercayaan terhadap keupayaan diri untuk mengendalikan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan ke arah mempengaruhi pencapaian murid. Tahap efikasi guru sering dikaitakan dengan pencapaian murid. Hal ini adalah kerana, guru yang mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk memastikan kejayaan akan dicapai.
Selain daripada tahap efikasi, metakognisi guru juga menyumbang kepada kualiti seorang guru kerana metakognisi membolehkan seseorang individu mempunyai pengetahuan tentang proses kognitif mereka yang dapat membantu dalam memahami dan mempelajari sesuatu ( Flavel, 1976). Individu yang mempunyai metakognisi berupaya untuk mengetahui bagaimana untuk dirinya belajar sesuatu kerana individu tersebut sedar tentang pengetahuan sedia ada nya dan perkara yang perlu dipelajarinya (Wilson & Bai, 2010).
Banyak kajian yang dilakukan mengatikan metakognisi dengan tahap pencapaian murid (Saemah, 2006; Velthuis, Fisser, & Pieters, 2013; Wilson & Bai, 2010). Murid yang mempunyai tahap metakognisi yang tinggi dapat membuat keputusan yang tepat tentang kemahiran belajar yang perlu digunakan olehnya seterusnya dapat menjadikan pembelajarannya satu proses yang bermakna. Jika dilihat dari sudut guru pula, seseorang guru perlu sentiasa mempelajari pengetahuan baru selaras dengan perubahan dari semasa ke semasa. Guru tidak boleh sentiasa berada di dalam takuk lama.
101 Selari dengan perubahan yang dilakukan kepada sistem pendidikan kita dari semasa ke semasa, guru juga haruslah bersedia menghadapi perubahan tersebut. Tahap metakognisi di dalam kalangan guru akan memudahkan guru untuk memahami pengetahuan baru seterusnya dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.