Perbandingan Markah Murid Secara Individu Antara Ujian Pra Dan Ujian Pos
Jadual 3: Analisis Hubungan antara Efikasi Kolektif dengan Kreativiti Pengajaran
Perbincangan
Analisis Kolearsi Pearson yang dijalankan untuk melihat hubungan efikasi kolektif guru dengan kreativiti pengajaran guru menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan pada aras p < .01 (r = .203). Berdasarkan Ball dan Gall (1983), hubungan nilai Kolerasi Pearson menunjukkan bahawa hubungan yang wujud itu adalah pada aras yang rendah. Pada dapatan kajian Sung dan Choi (2009), terdapat hubungan yang positif pada motivasi dengan kreativiti seseorang. Motivasi amat berkait rapat dengan efikasi kolektif guru ini boleh ditafsirkan tentang kepercayaan bersama untuk mencapai
N Minimum Maksimum Min Sisihan Piawai
(SD)
Kecekapan Pengajaran 242 3.00 6.00 4.87 .78
Analisis Tugas Pengajaran 242 2.17 6.00 3.75 .67
Efikasi Kolektif 242 2.67 6.00 4.31 .59 Kreativiti Pengajaran Efikasi Kolektif Kreativiti Pengajaran Korelasi Pearson Sig. (2-tailed) N 1 242 .203** .002 242 Efikasi Kolektif Koreasi Pearson
Sig. (2-tailed) N .203** .001 242 1 242
118 matlamat dalam merealisasikan sesuatu tujuan yang telah dibina bersama (Goddard, Hoy dan Hoy, 2000).
Berdasarkan Model Ringkas Efikasi Kolektif Guru yang dibina oleh Goddard, Hoy dan Hoy (2000), terdapat empat sumber yang membantu guru dalam melaksankan tugas mereka. Antara sumber berikut ialah pengalaman masteri yang membawa pengertian kepada pengalaman guru dalam mencapai objektif terhadap tugasan yang diberikan. Pengalaman yang dinyatakan ini turut terdapat dalam satu elemen kreativiti pengajaran yang mana turut menyatakan bahawa pengalaman seseorang guru itu akan mendorong guru tersebut mempunyai sifat berkreativiti. Feldman (1999) turut menyatakan bahawa sokongan daripada pengalaman membantu guru dalam mengamalkan sikap kreativiti. Satu lagi sumber yang terdapat dalam membina efikasi kolektif guru ialah pengalaman peniruan yang boleh dicapai melalui pemerhatian daripada orang lain yang dapat mempengaruhi keupayaan diri dalam melakukan perkara yang telah diamanahkan. Jika dilihat perkaitannya dengan kreativiti pengajaran, kepercayaan pengajaran berkait rapat dengan pengalaman peniruan yang terdapat dalam sumber efikasi kolektif guru. Kepercayaan pengajaran wujud dalam keupayaan diri demi melaksanakan matlamat bersama yang telah ditentukan oleh organisasi. Ini disokong oleh Ijaz et al. (2012) yang mana menyatakan bahawa kreativiti ini terhasil daripada kepercayaan kendiri, nilai kepercayaan yang tinggi membolehkan seseorang individu mencapai kualiti dalam hidup. Di samping itu juga, kreativiti pengajaran ini dapat menghasilkan idea yang boleh diterima serta konsep, mencipta dan peluang yang baharu. Sementara itu, sifat inovasi menambah nilai kepada idea yang baharu itu.
Menurut Feist (2010), beliau menyatakan bahawa kreativiti ini juga disokong melalui personaliti seseorang individu. Seperti yang dinyatakan oleh beliau, antara personaliti yang boleh dianggap mempunyai sifat kreativiti ialah kesedian untuk menghadapi dan menyelesaikan segala kekangan, kesanggupan mengambil risiko, kesediaan untuk bertolak ansur dan mempunyai efikasi kendiri. Efikasi kendiri merupakan asas kepada efikasi kolektif guru. Berdasarkan Teori Kognitif Sosial, Bandura telah meluaskan lagi konstruk efikasi kendiri kepada konstruk sosial iaitu efikasi kolektif yang berada dalam kumpulan (Bandura, 1986; Bandura, 1994). Maka personaliti kreativiti turut mempunyai hubungan dengan efikasi kolektif secara tidak langsung.
Kesimpulan
Seperti yang diketahui umum, sekolah merupakan simbol kepada sebuah komuniti kecil yang bersama-sama mempunyai satu tujuan yang sama iaitu ingin melahirkan anak didik yang seimbang daripada semua aspek seperti yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan negara kita. Oleh itu konsep efikasi kolektif yang dinyatakan oleh Goddard, Hoy dan Hoy (2004) yang mana menyatakan bahawa sekumpulan manusia yang bekerja bersama untuk menghasilkan kesan atau mencapai matlamat amat sesuai untuk dipraktikan dalam sekolah. Kreativti pengajaran merupakan satu elemen ke arah kecemerlangan pencapaian murid pada peringkat yang lebih tinggi. Kemahiran kreativiti ini bukanlah sepenuhnya datang secara semulajadi tetapi boleh dipupuk dalam setiap individu. Oleh itu, melalui motivasi kreatif, usaha dan kualiti peribadi, komitmen dan kepercayaan pengajaran, pengalaman dan sikap diri serta persekitaran harus diterapkan dalam diri sendiri dan juga dalam sesebuah organisasi yang mana matlamat ini boleh dicapai melalui efikasi kolektif yang wujud secara menyeluruh dalam sesebuah sekolah. Secara kesimpulannya, penerapan elemen efikasi kolektif dan kreativiti dalam pengajaran perlu wujud dalam setiap sekolah demi memenuhi hasrat pendidikan dalam merapatkan jurang pendidikan di negara ini.
Rujukan
Affizal Ahmad. (2008). Kepentingan pendidikan dalam pembentukan kualiti hidup sejahtera. Journal
of Epidemiology and Community Health, 58 (8), 667 – 673.
Alderman, M. K. (1999). Motivation for achievement: Possibilities for teaching and learning. London: Lawrence Erlbaum Associates.
Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory, Englewood
Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.
Bandura, A. (1989). Perceived self-efficacy in the exercise of personal agency. The Psychologist:
119 Bandura, A. (1993). Perceived self-efficacy in cognitive development and functioning. Educational
Psvchologist, 28 (2), 117-148.
Borg, W.R., & Gall, M. D. (1989). Education Research (5th Edition). New York: Longman.
Dimopoulou, E. (2012). Self Efficacy and Collective Efficacy Beliefs of Teachers for Children with Autism. Literacy Information and Computer Education Journal (LICEJ), 3, 509 – 520.
Fasko, D. Jr. (2001). Education and creativity. Creativity Research Journal. 13 (3 & 4), 317 – 327. Feist, G. J. (2010). The function of personality in creativity: The natureand nurture of the creative
person. New York: Cambridge University Press.
Feldman, D. H. (1999). The development of creativity. In R. J. Sternberg (Ed.), Handbook of
creativity. New York: Cambridge University Press.
Goddard, R. D. (2000). Collective efficacy and student achievement. Paper presented at the annual meeting of the American Educational Research Association, New Orleans, LA.
Goddard, R. D. (2001). Collective efficacy: A neglected construct in the study of school sand student achievement. Journal of Educational Psychology, 93 (3), 467-476.
Goddard, R. D., Hoy, W. K., & LoGerfo, L. (2003, April). Collective teacher efficacy and student
achievement in public high schools: A path analysis. Paper presented at the annual meeting of
the American Educational Research Association, Chicago.
Hart, S. (2000). Thinking through teaching: A framework for enhancing participation and learning. London: Davie Fulton.
Hasnah Ali, Luqman Ahmad, Sanep Ahmad & Noraziah Ali. (2009). Keperluan, kepentingan dan sumbangan perancangan pendidikan dalam pembangunan ekonomi Malaysia. Jurnal e-Bangi, 4 (1), 13 -29.
Ijaz Ahmad,Tahseen Mehmood,Zulfiqar Ali & Muhammad Iqbal. (2012). Role of Intelligence and Creativity in the Academic Achievement of Students. International Journal of Physical and
Social Sciences. 2(7), 1–10.
Kim, H., Cramond, B., & VanTassel-Baska, J. (2010). The relationship between creativity and
intelligence. New York: Cambridge University Press.
King, K. (2001). Science education in an urban elementary school: Case studies of teacher beliefs and classroom practices. Science Education, 85 (2), 89-110.
Lee, M. N. N. (2002). Educational Change in Malaysia. Pulau Pinang: Sekolah Kajian Pendidikan Universiti Sains Malaysia.
Mohd Azhar Abd Hamid (2004). Kreativiti Konsep Teori & Praktis. Johor : Universiti Teknologi Malaysia.
Muijs, D., & Harris, A. (2006). Teacher led school improvement: Teacher leadership in the UK.
Teaching and Teacher Education, 22, 961–972.
Pajares. F. (1997). Current directions in self-efficacy Research.. Greenwich, CT: JAI Press.
Ross, C. & Wu, C.L. (1996). Education, age, and the cumulative advantage in health. Journal of
Health and Social Behaviour, 37.104-120.
Ross, J. A., Hogaboam-Gray, A., & Gray, P. (2004). Prior student achievement, collaborative school processes, and collective teacher efficacy. Leadership and Policy in Schools, 3 (3), 163–188. Sternberg, R. J. (2012). The assessment of creativity: An Invesment-based approach. Creativity
Research Journal, 24 (1), 3 – 12.
Tschannen-Moran, M. & Woolfolk-Hoy, A. (2001). Teacher efficacy: Capturing an elusive construct.
Teaching and Teacher Education, 17, 783-805.
Y.Sung & J. N. Choi. 2009. Do Big Five Personality Factors Affect Individual Creativity? The Moderating Role of Extrinsic Motivation. Journal Social Behavior and Personality. 37(7), 941–956.
120 HUBUNGAN ANTARA AMALAN PENGURUSAN, KEPUASAN KERJA DAN KOMITMEN KERJA DALAM KALANGAN KETUA PANITIA BERDASARKAN PRESTASI AKADEMIK
SEKOLAH A DAN SEKOLAH B KAWASAN PEDALAMAN ATAS NEGERI SABAH.