Perbandingan Markah Murid Secara Individu Antara Ujian Pra Dan Ujian Pos
INSTITUT PENDIDIKAN GURU (ILP IPG)
Zakiah Noordin1, Vincent Pang1 dan Mohd Khairuddin Abdullah1 1Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
[email protected] [email protected]
[email protected] Abstrak
Pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran salah satu faktor mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pentaksiran dan proses pengajaran di sekolah. Namun begitu, kajian lepas merumuskan bahawa tahap literasi pentaksiran guru berada di tahap rendah dan sederhana disebabkan latihan pra-perkhidmatan tidak mencukupi dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sehubungan dengan itu, Instrumen Literasi Pentaksiran Institut Pendidikan Guru (ILP IPG) telah dibina untuk mengukur literasi pentaksiran guru pra perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru. ILP IPG telah dibentuk selaras dengan Standard for Teachers
Competence in the Educational Assessment of Students (STCEAS)
dan analisis sukatan pelajaran kursus pengukuran dan penilaian di Institut Pendidikan Guru. Pengetahuan dalam bidang pentaksiran diukur dalam empat dimensi : definisi dan konsep; perancangan dan pembinaan; pentadbiran; dan analisis dan interpretasi. Pembinaan ILP IPG adalah berasaskan Model Pembinaan McIntire dan Miller (2007). Analisis item telah dijalankan menggunakan program Quest berdasarkan empat penunjuk iaitu indeks diskriminasi, indeks kesukaran, Infit Mean Square dan analisis distraktor . Kajian rintis telah dijalankan sebanyak dua kali ke atas guru pra perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru iaitu seramai 86 orang pada Januari 2014 dan 158 orang dalam Mac 2014. Bacaan indeks kebolehpercayaan Kuder Richardson20 (KR 20) menunjukkan nilai 0.86. Kesahan konstruk dibuktikan dengan nilai Infit Mean Square berada di antara 0.77-1.30 menunjukkan data sesuai dengan model dan item-item mengukur konstruk yang sama.
Kata kunci : Literasi pentaksiran, guru pra perkhidmatan, instrumen
Pengenalan
Berdasarkan Laporan Akhir Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti isu-isu yang memerlukan perhatian dan salah satu daripadanya ialah memantapkan transformasi pentaksiran yang holistik, bersepadu dan seimbang (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Melalui transformasi pentaksiran, hasil pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang ditaksir akan diiktiraf dan diambil kira dalam pelaporan atau pensijilan oleh agensi pusat. Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 secara rasminya pada 6 September 2013 menyediakan kerangka pembangunan menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga 2025 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Anjakan pertama dalam PPPM ialah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Salah satu usaha yang dijalankan ialah merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Menjelang tahun 2016,
186 peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM. Selaras dengan pelaksanaan PPPM, para guru mempertingkatkan kompetensi terutamanya dalam aspek pentaksiran agar dapat menjalankan tugas secara profesional dan berwibawa. Pajares (1992) dan Tittle (1994) mengenal pasti salah satu faktor mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pentaksiran di sekolah adalah pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran pendidikan. Black dan Wiliam (1998) mengesahkan literasi pentaksiran merupakan kriteria penting ke arah menjayakan matlamat pendidikan berkualiti.
Latar Belakang Kajian
Pentaksiran sekolah secara umumnya berfungsi sebagai mekanisme menyediakan maklumat bagi tujuan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara khususnya pentaksiran adalah untuk mendiagnosis, memantau kemajuan, menggred dan menilai keberkesanan pengajaran (Popham, 2011). Aktiviti yang dijalankan semasa pentaksiran sekolah ialah memilih kaedah pengukuran, membina instrumen pentaksiran, menskor, menggred, menganalisis, mentafsir melapor dan membuat keputusan berkaitan pelajar, pengajaran, kurikulum dan program pendidikan (Airasian, 2001). Kajian-kajian lepas telah banyak melapor tentang pentingnya pentaksiran sekolah dalam membantu proses pengajaran. Namun begitu, keberkesanan bergantung pada faktor-faktor berikut: sikap, orientasi and falsafah guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran; latihan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran pendidikan; iklim bilik darjah dan polisi pendidikan. Literasi pentaksiran guru merupakan kriteria penting ke arah memperkayakan pengalaman pembelajaran seterusnya mencapai pendidikan berkualiti (Arter, 2004; Black dan Wiliam, 1998; Pajares, 1992; Tittle, 1994). Kekurangan pendedahan guru kepada asas-asas pentaksiran menyebabkan guru-guru tidak menyedari pentingnya pentaksiran dalam membantu memberi bimbingan, motivasi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Mertler, 2005).
Institut Pendidikan Guru (IPG) dinaikkan taraf mulai 1 April 2006 mula menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah (Bahagian Pendidikan Guru, 2009). Struktur Program PISMP telah menetapkan tiga jenis kursus yang perlu dipelajari sepanjang empat tahun pengajian. Ia terdiri daripada kursus wajib (23 kredit atau 17%); kursus teras ( 86 kredit atau 65 %) dan kursus elektif (24 kredit atau 18%). Kursus pentaksiran dan penilaian merupakan salah satu dari kursus wajib yang bernilai 3 kredit. Ia diajar mengikut major pengajian masing-masing. Secara amnya kandungan kursus tersebut terdiri daripada pengertian dan konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian, taksonomi dan domain, jadual spesifikasi ujian, pembinaan ujian, jenis dan kaedah penilaian mengikut mata pelajaran masing-masing dan penilaian berasaskan sekolah (Bahagian Pendidikan Guru, 2009). Selain dari memperoleh pengetahuan tentang pentaksiran, pelajar PISMP juga dikehendaki melaksanakan kemahiran dalam pentaksiran semasa mempelajari kursus pentaksiran dan penilaian dan semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah dan Praktikum.
Pernyataan Masalah
Standards for Teacher Competence in Educational Assessment of Students (STCEAS) (American Federation of Teachers National Council on Measurement in Education dan National Education Association, 1990) menggariskan tujuh kompetensi pengetahuan dan
kemahiran khusus yang guru perlukan bagi menjalankan pentaksiran dengan efektif dan berkesan. Pelaksanaan SPPK dan PBS khasnya pula memerlukan guru perlu menjalankan peranan seperti berikut: menjadi pemudah cara dalam proses pengajaran-pembelajaran-pentaksiran; membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran; menyediakan instrumen pentaksiran; memberi maklum balas tentang pencapaian murid; membantu memperbaiki
187 pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh; dan mengumpul rekod dan data pencapaian murid (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2011). Kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam pentaksiran boleh menyebabkan guru gagal memantau kemajuan pembelajaran (Gallagher, 1998); tidak dapat menghasilkan keputusan yang adil (Gronlund dan Linn, 1990; Stiggins, 2001), perancangan pengajaran yang lemah (Brookhart, 1999; Stiggins, 2001) dan tidak dapat mencungkil potensi sebenar pelajar (Airasian, 2001; Stiggins, 2001). Secara tidak langsung ia mengakibatkan kualiti pentaksiran dipersoalkan oleh pelbagai pihak disebabkan akauntabiliti pentaksiran gagal dilaksanakan sepenuhnya (Mertler dan Campbell, 2005; Stiggins, 2001). Guru-guru seharusnya dilengkapkan dengan pengetahuan dalam pentaksiran yang sesuai dan mencukupi selaras dengan peranan yang dituntut oleh STCEAS dan SPPK.
Sehingga kini, tiada kajian dibuat untuk mengenal pasti sama ada pengetahuan pentaksiran yang diperoleh oleh pelajar PISMP semasa menjalani latihan perguruan di IPG menepati keperluan yang digariskan dalam STCEAS dan SPPK. Analisis yang dibuat oleh pengkaji terhadap instrumen pentaksiran yang terdapat di dalam dan luar negara didapati tiada instrumen yang sesuai untuk mengukur konstruk pengetahuan pentaksiran pelajar PISMP. Ini adalah kerana pembinaan instrumen tersebut hanya berasaskan kepada STCEAS sahaja. Walaupun instrumen yang dibuat oleh Rohaya Talib (2009) mengabungkan STCEAS dan kurikulum subjek pentaksiran dan penilaian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah tetapi ia amat berbeza dengan kurikulum yang digunakan oleh PISMP. Justeru itu, pembinaan satu instrumen yang sah dan dipercayai berdasarkan prosedur pembinaan yang sempurna yang bertujuan mengukur tahap pengetahuan pentaksiran di kalangan pelajar PISMP. Hasil pengukuran dapat menjelaskan kekuatan dan kelemahan pengetahuan pentaksiran dalam kalangan pelajar PISMP dan dijadikan panduan dalam menambah baik PISMP khususnya dalam aspek pengetahuan pentaksiran. Ia juga memberi maklumat tentang latihan pentaksiran pra perkhidmatan dalam PISMP dapat membekalkan pengetahuan pentaksiran yang mencukupi dan sesuai digunakan apabila bergelar guru kelak. Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan:
1. membina item-item bagi mengukur literasi pentaksiran 2. menguji kebolehpercayaan item-item ILP IPG
3. mengenal pasti kesahan ILP IPG Kepentingan Kajian
Kajian ini memberi manfaat kepada beberapa pihak seperti pelajar PISMP, IPG dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Dapatan kajian ini dapat mengenal pasti tahap literasi pentaksiran pelajar PISMP berdasarkan data empirikal dan dapatan ini amat berguna untuk memahami kompetensi pengetahuan pentaksiran pelajar PISMP. Guru yang kompeten pentaksiran dapat meningkatkan motivasi, keyakinan dan kesungguhan pelajar untuk meneruskan aktiviti pembelajaran (Brookhart, 2011; Popham, 1990) Sebagai guru pra perkhidmatan, pelajar PISMP hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan pentaksiran supaya dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan secara keseluruhan (Black dan Wiliam, 1998).
Dapatan kajian membolehkan ILP IPG dapat digunakan oleh IPG sebagai ujian kesediaan readiness test dalam mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar PISMP secara khususnya berkaitan dengan pengetahuan pentaksiran. Selain itu, dapatan kajian dapat digunakan sebagai asas perbincangan dalam usaha menambah baik kurikulum kursus pentaksiran dan penilaian untuk pelajar PISMP khasnya dan program latihan keguruan amnya. Ia juga dapat dijadikan sebagai salah satu ukuran dalam laporan akhir untuk pengajian di IPG dan juga sebagai data asas bagi guru permulaan keluaran IPG.
Batasan Kajian
Pengetahuan dalam pentaksiran adalah luas dan merangkumi berbagai aspek. Pengetahuan pentaksiran yang diukur dalam ILP IPG terbatas kepada pengetahuan
188 pentaksiran yang diajar dalam sukatan pelajaran kursus pentaksiran dan penilaian PISMP dan selaras dengan peranan perlu dimainkan oleh guru dalam SPPK. Selain dari itu, pengukuran kemahiran pentaksiran dalam ILP IPG berdasarkan kepada pengetahuan tentang kemahiran pentaksiran di dalam STCEAS yang dibina oleh American Federation of Teachers (AFT), the
National Council on Measurement in Education (NCME), dan National Education Association (NEA) (American Federation of Teachers National Council on Measurement in
Education dan National Education Association, 1990). Definisi Operasi
Pembinaan
Pembinaan merujuk kepada proses membina instrumen yang dirancang dengan teliti dan dapat mengukur konstruk yang sepatutnya diukur serta menghasilkan keputusan yang konsisten. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan rasional-empirikal sebagai menunjangi prosedur pembinaan item dan membangunkan ILP IPG. Model Pembinaan Ujian McIntire dan Miller (2007) pula digunakan kerana ILP IPG yang dihasilkan adalah berbentuk ujian.
Pengesahan
Pengesahan bermaksud instrumen yang dibina mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam kajian ini, kesahan melibatkan proses mengumpul bukti yang menyokong inferens yang dibuat berdasarkan skor ILP IPG. Jenis-jenis kesahan yang akan diukur adalah kesahan muka, kesahan kandungan, dan kesahan konstruk.. Kebolehpercayaan dalam kajian ini merujuk kepada sejauh mana item-item dalam ILP IPG mengukur konstruk yang sama dan dibuktikan dengan wujudnya korelasi item dengan skor total. Darjah kebolehpercayaan instrumen ILP IPG dianggar menggunakan ukuran ketekalan dalaman
Literasi Pentaksiran
Literasi pentaksiran merujuk kepada kompetensi guru berasaskan pengetahuan dalam bidang pentaksiran (American Federation of Teachers National Council on Measurement in
Education dan National Education Association, 1990; Mertler dan Campbell, 2005; Popham,
2009; Volante dan Fazio, 2007). Bagi kajian ini, literasi pentaksiran sebagai kompetensi pengetahuan tentang konsep pentaksiran dalam bidang pentaksiran yang perlu ada pada pelajar PISMP selaras dengan peranan guru dalam melaksanakan SPPK.
Sorotan Literatur Literasi Pentaksiran
STCEAS yang telah digubal oleh American Federation of Teachers (AFT), National
Council on Measurement in Education (NCME), dan National Education Association (NEA)
pada tahun 1990, telah mendefinisikan literasi pentaksiran sebagai
teachers’ ability to develop various assessment methods such as paper-pencil tests and performance measures; administer, score, and interpret assessment results; develop grading procedures; communicate assessment results; and use them in making educational decisions.
(American Federation of Teachers National Council on Measurement in Education dan National Education Association, 1990)
Gronlund dan Linn, (1990) dan (Brookhart (1999) pula merujuk literasi pentaksiran adalah berkaitan dengan kefahaman terhadap konsep kesahan dan kebolehpercayaan dan aplikasinya dalam amalan bagi menghasilkan keputusan yang tepat dan adil. Guru yang tidak kompeten pentaksiran tidak akan dapat mengredkan murid dengan prinsip yang betul dan gagal
189 memantau kemajuan pembelajaran murid (Gallagher, 1998). Selain dari itu, literasi pentaksiran juga merujuk kepada kebolehan guru memilih keadah pentaksiran jelas akan tujuan penilaian dan peka akan kesan dari amalan pentaksiran yang tidak tepat (Stiggins, 1995). Paterno (2001) mentakrifkan literasi pentaksiran sebagai memiliki pengetahuan mengenai asas dan prinsip amalan pentaksiran yang baik; membina dan menggunakan kaedah dan teknik pentaksiran seacara berkesan. Ini termasuk kepada kesedaran terhadap kualiti pentaksiran dan penggunaan pentaksiran alternatif sebagai kaedah mengukur objektif pembelajaran. Ini bermaksud bahawa guru-guru mesti mempunyai keupayaan untuk menterjemahkan sasaran pencapaian kurikulum ke dalam kaedah yang difahami murid supaya mereka dapat melihat kemajuan dalam mencapai matlamat yang diingini (Stiggins dan Chappuis, 2005). Oleh itu, guru hendaklah berpengetahuan dan berkemahiran dalam menyediakan maklum balas yang deskriptif, menetapkan matlamat yang boleh dicapai untuk semua murid dan juga menyediakan satu panduan yang betul kepada murid (Stiggins dan Chappuis, 2006).
Model STCEAS (American Federation of Teachers National Council on
Measurement in Education dan National Education Association, 1990) mengandungi tujuh
kompetensi berhubung dengan pentaksiran pelajar iaitu:
a. Standard 1 : memilih kaedah pentaksiran yang bersesuaian dengan pengajaran b. Standard 2 : membina kaedah pentaksiran bersesuaian dengan pengajaran c. Standard 3 : mentadbir, menskor dan mentafsir hasil pentaksiran
d. Standard 4 : menggunakan hasil pentaksiran untuk membuat keputusan mengenai pelajar, pengajaran, kurikulum dan sekolah
e. Standard 5: membina prosedur yang sah bagi penggredan
f. Standard 6: menyampaikan hasil pentaksiran kepada pelajar, ibu bapa dan pihak yang berkaitan
g. Standard 7: mengenal pasti amalan pentaksiran yang tidak beretika dan melanggar undang-undang
Setiap kompetensi menggariskan pengetahuan dan kemahiran khusus yang guru perlukan bagi menjalankan pentaksiran dengan efektif dan berkesan. Tujuan utama penghasilan STCEAS adalah untuk menyelesaikan permasalahan kurangnya latihan pentaksiran di kalangan guru. Kepentingan Literasi Pentaksiran
National Council on Measurement in Education dan National Education Association,
(1990) menggunakan literasi pentaksiran sebagai konsep utama dalam Standards for Teacher
Competence in the Education Assessment of Student (American Federation of Teachers National Council on Measurement in Education dan National Education Association, 1990) yang telah dibangunkan untuk membantu guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
tentang pentaksiran. Oleh itu proses pentaksiran lebih efektif dan berkesan, seterusnya akan meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran dan hasil pembelajaran (Wiliam, 2010). Guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran pentaksiran yang mencukupi mampu mendapatkan maklumat diagnostik dari tugas-tugas pentaksiran dan dapat menyesuaikan pengajaran mereka dengan baik untuk memenuhi keperluan pembelajaran pelajar mereka (Baird, 2010). Tanpa pengetahuan dan kemahiran pentaksiran yang mencukupi akan menyebabkan guru membuat keputusan yang salah dan memberi kesan yang buruk kepada perkembangan pembelajaran pelajar (Moon, 2010; Stiggins, Arter, Chappuis, dan Chappuis, 2007). Perubahan fokus pentaksiran kepada sistem berasaskan standard adalah trend terkini bagi menjamin kualiti pendidikan (Webb, 2002). Selaras dengan persaingan global, KPM telah melaksanakan SPPK adalah bertujuan untuk memantapkan kualiti pendidikan. Elemen literasi pentaksiran guru merupakan salah satu keperluan dalam konteks perlaksanaan SPPK (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2008). Rasionalnya, guru yang kompeten pentaksiran akan dapat merancang strategi pengajaran dengan berkesan dan mampu meningkatkan motivasi pelajar (Brookhart, 1999; Zhang danBurry-stock, 2003). Selain dari itu, mereka mempunyai kemahiran dalam memilih kaedah, format dan jenis pentaksiran yang dapat memberi maklumat yang tepat tentang perkembangan pelajar (Mertler, 2003; Webb,
190 2002), memilih instrumen yang menepati ciri-ciri kesahan dan kebolehpercayaan, mentafsir dan melapor keputusan pentaksiran dengan tepat dan adil (Arter, 2004; Webb, 2002).
Metodologi
Reka bentuk kajian ini adalah bukan eksperimental menggunakan pendekatan kuantitatif dan keadah tinjauan. Kajian ini khusus kepada pembinaan ILP IPG yang mempunyai ciri-ciri psikometrik dari aspek kesahan dan kebolehpercayaan item-item yang digunakan.Kajian ini melibatkan pendekatan kuantitatif yang melibatkan pengutipan data bagi tujuan pengujian dan pengesahan instrumen.
Instrumen Kajian
ILP IPG yang merupakan instrumen utama kajian. Ia mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A ialah item-item untuk mendapatkan maklumat demografi seperti jantina dan bidang mata pelajaran utama (major) manakala Bahagian B adalah Ujian Literasi Pentaksiran yang mengandungi 60 item polikotomus. Aliran kerangka prosedur kerja pembinaan instrumen melibatkan tiga peringkat iaitu mereka bentuk; pembinaan dan pengesahan instrumen. Prosedur kerja ini adalah gabungan tiga langkah pembinaan instrumen yang pernah dibina oleh Cohen dan Swerdlik, (2002); Ibrahim Mohamed Zin, (2007); Murphy dan Davidshofer, (2005); Norlia T. Goolamally, (2010). Bagi memperincikan reka bentuk kajian, pengkaji telah memilih model pembinaan ujian McIntire dan Miller, (2007) sebagai sumber rujukan utama dalam membina instrumen ILP IPG.
Populasi Dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini ialah pelajar tahun akhir PISMP di 27 IPG seluruh negara. Berdasarkan sumber yang diperoleh daripada IPGM pada tahun 2013, terdapat seramai 5137 orang pelajar tahun akhir PISMP di 27 IPG seluruh negara. Berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel oleh Krejcie dan Morgan, (1970) bilangan sampel minimum yang diperlukan yang diperlukan adalah seramai 361 orang. Dalam kajian ini, kaedah persampelan yang dipilih oleh pengkaji ialah persampelan rawak berkelompok.
Penganalisisan Data
Penganalisisan data dijalankan dengan menggunakan perisian Quest. Berdasarkan output Quest, pemilihan item-item ILP IPG adalah berpandu kepada empat indikator iaitu Min Kuasa Dua Infit (Infit MNSQ), Nilai Ambang Kesukaran (Thresholds), Indeks Diskriminasi dan Kesesuaian Distraktor. Nilai Min Kuasa Dua Infit (Infit MNSQ) yang diterima berada di antara 0.77 dan 1.30 (Adams dan Khoo, 1993). Nilai Ambang Kesukaran (Thresholds) yang munasabah seharusnya berada pada julat - 2.0 dan + 2.0 (Lord, Novick, dan Birnbaum, 1968). Indeks Diskriminasi item seharusnya berada antara 0.2 hingga 0.8. Item mempunyai Indeks Diskriminasi yang kurang dari 0.2, ia perlu diubahsuai atau dibuang bergantung kepada aspek teknikal item. Distraktor yang dipilih kurang dari 5% calon harus diubahsuai (Kline, 2005).
DAPATAN KAJIAN dan Perbincangan Semakan Pakar
Semakan pakar telah dijalankan bulan Mei 2013 yang terdiri dari tiga orang persyarah dalam bidang pentaksiran pendidikan iaitu dua orang dari universiti tempatan dan seorang dari Institut Pendidikan Guru Malaysia. Mereka disenaraikan berdasarkan pengalaman dan kelayakan dalam bidang pengukuran dan penilaian. Selain dari itu dua pensyarah pakar bahasa yang mempunyai pengalaman mengajar dalam pentaksiran telah dilantik untuk menilai dari aspek bahasa. Item-item juga dirujuk kepada seorang pakar pembinaan item untuk dihakimi dari aspek psikometrik. Selepas disemak panel pakar, 18 item perlu diubahsuai pilihan jawapan dan 14 item perlu diubahsuai pokok soalan.
191 Kajian Rintis 1
Sampel kajian terdiri daripada 86 orang guru pra perkhidmatan sebuah IPG yang terpilih. Data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Quest Hasil kajian rintis yang pertama mendapati item mempunyai indeks kebolehpercayaan Kuder Richardson20 (KR 20) = 0.83. Terdapat empat item tidak mempunyai nilai Min Kuasa Dua (Infit MNSQ) antara 0.77 hingga 1.30 dan tiga item tidak menunjukkan nilai Nilai Ambang Kesukaran (Threshold) antara - 2.0 dan + 2.0. Sebanyak 20 item diterima kerana mempunyai Indeks Diskriminasi melebihi 0.4. Manakala 28 item perlu diubahsuai kerana mempunyai nilai Indeks Diskriminasi di antara 0 dan 0.19 Dua item (20, 60) perlu diubahsuai keseluruhan disebabkan mempunyai Indeks Diskriminasi negatif.
Kajian Rintis 2
Sampel kajian terdiri daripada 158 guru pra perkhidmatan dari dua buah IPG yang terpilih. Kualiti item ULP-R2 bertambah baik di mana indeks kebolehpercayaan Kuder Richardson20 (KR 20) meningkat dari 0.83 kepada 0.86. Matriks item menunjukkan semua item ILP IPG mempunyai Min Kuasa Dua (Infit MNSQ) antara 0.77 hingga 1.30 dan julat
Threshold antara -1.71 hingga 1.77. Daripada 60 item, dua item (2, 49) perlu dibuang kerana
menunjukkan Indeks Diskriminasi negatif manakala tujuh item (17, 32, 50, 58, 10, 55, 14) ditulis semula kerana menunjukkan Indeks Diskriminasi berada dalam julat antara 0 dan 0.19.
RUMUSAN
Kajian ini bertujuan membina dan mengesahkan Instrumen Literasi Pentaksiran Institut Pendidikan Guru (ILP IPG). Setelah dirintis sebanyak dua kali, ILP IPG menunjukkan darjah kebolehpercayaan dengan nilai 0.86; satu nilai yang diterima oleh Popham (1990), Kehoe (1995), Nitko (2001) dan Kubiszyn dan Borich (2007). Nilai Infit MeanSquare antara 0.77-1.30 membuktikan data kajian bersesuaian dengan model dan mengukur satu konstruk yang jelas (unidimensionality) (Adams dan Khoo, 1993).Dapatan tersebut membuktikan ILP IPG adalah instrumen yang mempunyai ciri kesahan konstruk dan darjah kebolehpercayaan yang tinggi.
RUJUKAN
Adams, R. J., & Khoo, S. T. (1993). Quest: The Interactive Test Analysis System. Victoria, Australia: Australia Council for Educational Research.
Airasian, P. W. (2001). Classroom Assessment: Concepts and Applications (4th ed., p. 434). Boston: McGraw-Hill.
American Federation of Teachers National Council on Measurement in Education, & National Education Association. (1990). Standards For Teacher Competence In Educational Assessment Of Students. Educational Measurement: Issues and Practice, 9, 30–32. R Arter, J. A. (2004). Assessment for Learning: Classroom Assessment to Improve Student Achievement and Well-Being. In J. E. Wall & G. R. Walz (Eds.), Measuring Up: Assessment
Issues for Teachers, Counselors and Administrators (p. 790). Austin, TX: PRO-ED, Inc.
Bahagian Pendidikan Guru. (2009). Buku Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Dengan Kepujian (Vol. 2007, p. 179). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Baird, J. A. (2010). Beliefs And Practice In Teacher Assessment. Assessment in Education:
Principles, Policy & Practice, 17(1), 1–5.
Black, P., & Wiliam, D. (1998). Inside the Black Box : Raising Standards Through Classroom Assessment. Phi Delta Kappan, 80(2), 139–148.
192 Brookhart, S. M. (1999). The Art and Science of Classroom Assessment : The Missing Part of Pedagogy . ASHE-ERIC Higher Education Report, 27(1), 1–102.
Brookhart, S. M. (2011). Educational Assessment Knowledge and Skills for Teachers.
Educational Measurement Issues and Practice, 30(1), 3–12.
Cohen, R. J., & Swerdlik, M. E. (2002). Psychological Testing and Assessment: An
Introduction to Test and Measurement (5th ed.). Boston: McGraw-Hill, Inc.
Gallagher, J. D. (1998). Classroom Assessment for Teachers. Upper Saddler River, NJ: Merill Prentice Hall.
Gronlund, N. E., & Linn, R. L. (1990). Measurement and Evaluation in Teaching (6th ed.). New York : Macmillan.
Ibrahim Mohamed Zin. (2007). Membina Dan Mengesahkan Instrumen Pentaksiran
Kecerdasan Pelbagai. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.