• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dapatan Kajian Rintis

Dalam dokumen msia2.pdf (Halaman 186-191)

Perbandingan Markah Murid Secara Individu Antara Ujian Pra Dan Ujian Pos

DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dapatan Kajian Rintis

kajian rintis telah dijalankan dalam bulan April 2013 sempena pelancaran Bulan Teknik dan Vokasional di sebuah sekolah menengah daerah Kota Belud, Sabah. Pemilihan sekolah ini telah menepati kriteria sekolah menengah yang mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan terdapat kemudahan-kemudahan infrastruktur yang mencukupi di sekitar lokasi kajian seperti premis-premis perniagaan yang dapat membantu projek perniagaan dalam kajian ini. Penyelidik telah merancang pelaksanaan projek perniagaan dengan meminta pelajar melaksanakan tugasan urusan perniagaan membeli dan menjual di kawasan sekolah. Projek ini memerlukan tiga orang pelajar Perdagangan tingkatan empat secara berkumpulan dan di akhir projek mereka telah menghasilkan laporan projek berbentuk portfolio yang lengkap. Isi kandungan portfolio merangkumi jurnal refleksi dan catatan pengendalian perniagaan yang melibatkan pengurusan stok, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia, pengurusan masa, pengurusan pelanggan, pengurusan risiko dan pengurusan maklumat. Setelah selesai melaksanakan projek tersebut dalam tempoh sebulan, penyelidik menemu bual tiga orang responden kajian. Secara keseluruhannya, kajian rintis ini telah memperoleh data yang kaya.

Melalui pemerhatian, temu bual dan portfolio projek yang dihasilkan oleh tiga orang responden pelajar tersebut, penyelidik mendapati pelajar-pelajar mampu untuk melaksanakan projek perniagaan dalam kajian ini. Tidak terdapat halangan yang besar dalam melaksanakan projek tersebut. Walaupun pada mulanya ketiga-tiga pelajar berasa malu dan ada yang terasa terbeban, namun begitu pelajar masih memilih untuk melaksanakan projek perniagaan tersebut dengan baik. Pada akhir projek, mereka berasa seronok. Ini telah memberi gambaran bahawa pelajar rela dalam melaksanakan projek dan mampu untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dengan usaha mereka.

Projek ini mula-mula saja rasa tidak suka menjual kalau lama sudah menjual kira happy juga (RP1).

Sebab baru pertama kali, belum pernah rasa pengalaman itu, pada masa yang sama, saya rasa seronok juga sebab aa.. dapat menjual dan rasa pengalaman itu sendiri …(RP2)

Mula-mula adik rasa macam.. ya macam rasa terbeban, tapi lama-lama rasa macam rasa seronok sebab menjalankan tugas itu….. (RP3).

181

Masalah pun sikit-sikit saja la, tidak lah serius betul. (RP2).

Para pelajar juga didapati amat menghargai pengalaman pembelajaran yang diperolehi dari projek tersebut dan merasakan penguasaan pemahaman topik pengurusan perniagaan dengan lebih mendalam melalui cara praktikal. Ini menunjukkan bahawa motivasi pelajar terhadap pelaksanaan projek perniagaan ini adalah bersifat intrinsik. Mereka amat mengharapkan agar dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman secara berkolaborasi dalam kumpulan. Mereka juga yakin bahawa boleh mengaplikasikan pengalaman yang dibelajari ini dalam aktiviti perniagaan lain.

Tiada la ganjaran, Cuma pengalaman itu dapat ditambah. Pengetahuan itu bertambah lagi.. (RP3)

Ahh.. bukan, sebab adik mahu rasa pengalaman itu sendiri …. Dapat macam mana memupuk kerjasama dalam kumpulan… (RP2).

Lebih faham lagi. Sebab ada sudah pengalaman, boleh buat sendiri sudah di tempat-tempat lain. (RP1)

Pelajar juga sentiasa berfikir untuk mempelbagaikan barang-barang jualan dan memikirkan kelainan yang perlu ada pada mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan. Selain itu, mereka juga mendapatkan bantuan daripada pelbagai sumber seperti buku, internet, ibu bapa dan rakan sebaya untuk menambahbaik pelaksanaan projek perniagaan mereka.

Ada juga guna buku, internet, macam sumber dari ibu bapa, kawan-kawan.. (RP1) … jadi kami mahu menjual sesuatu yang lain ….. (RP2)

Melalui portfolio projek yang dihasilkan, penyelidik mendapati pelajar belum dapat menguasai pengendalian perniagaan dari aspek pengurusan stok, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia, pengurusan risiko dan pengurusan maklumat dengan baik, namun begitu pelajar berusaha gigih dalam menangani isu-isu pengurusan masa dan pengurusan pelanggan dengan memuaskan. Sungguhpun begitu, dengan pelaksanaan projek perniagaan dalam kajian ini, pelajar dapat menarik minat dan memupuk ciri-ciri keusahawanan dalam diri mereka. Oleh yang demikian, secara keseluruhannya, pelajar menunjukkan motivasi mereka dalam pelaksanaan projek perniagaan ini.

Selain daripada itu, beberapa pemurnian dan penambahbaikan dapat dilakukan dalam kajian rintis ini. Antaranya merancang untuk mengadakan sesi tutorial dalam kajian sebenar kelak. Sesi tutorial ini adalah penting untuk menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar berbincang dan menyumbang saran idea-idea bernas sama ada antara penyelidik dengan pelajar ataupun pelajar dengan pelajar dalam kumpulan dan antara kumpulan. Selain itu, penyelidik juga bercadang untuk mengadakan catatan diari untuk melihat segala tindakan pelajar yang terlibat dalam menjayakan projek perniagaan kajian ini. Penyelidik juga mendapati kaedah focus group interview lebih sesuai digunakan untuk menemu bual responden pelajar memandangkan mereka berasa segan dan tidak selesa bila ditemu bual secara individu bersama penyelidik. Item-item protokol juga dapat dikemaskini dan ditambahbaik.

Perbincangan

Pelaksanaan PBP dengan mengadakan projek perniagaan kajian ini bertujuan memanfaatkan perspektif pelajar dalam membangunkan motivasi mereka. Penyelidik menggalakkan pelajar melakukan pembelajaran kendiri untuk menguasai konsep dan kemahiran perdagangan dengan baik dalam konteks kehidupan sebenar. Namun begitu, motivasi pelajar berdasarkan Teori Motivasi Sebagai Pelaburan Peribadi (Maehr & Meyer, 1997) dalam dimensi arah yang memberi tumpuan dalam pilih (choice/preference), kegigihan (Persistence) dan terus bermotivasi (Continuing

182

Motivation) dan dimensi kualiti yang melibatkan pembelajaran strategik (strategic Learning),

pembelajaran berfikir (Thoughful Learning) dan berani mencuba (Academic Venturesomeness) merupakan perkara yang rumit dan harus mempunyai perancangan yang teliti untuk meneroka dan menyiasat secara mendalam. Oleh itu, penyelidik turut mengambil kira beberapa isu termasuklah keperluan dan kekangan-kekangan responden pelajar, pembahagian tugas dalam kumpulan, pengurusan masa dan sumber maklumat sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan projek perniagaan kajian ini. Penyelidik berhasrat bukan sahaja PBP dapat membangkitkan motivasi pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran perdagangan malah secara langsung dapat membangunkan ciri-ciri keusahawanan dan kebolehan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pelajar, di mana ianya tidak terdapat dalam bilik darjah tradisional.

KESIMPULAN

Pada keseluruhannya, kajian ini mendapati pelajar bermotivasi untuk melaksanakan projek perniagaan. Penyiasatan secara mendalam tentang motivasi pelajar harus dilakukan bagi mengisi lompang kajian khususnya dalam mata pelajaran Perdagangan. Penyelidik juga berpendapat bahawa pelaksanaan PBP dengan berasaskan pembelajaran secara kontektual ini adalah perlu terutama di sekolah-sekolah menengah luar bandar untuk mempertingkatkan penguasaan konsep dan kemahiran Perdagangan pelajar secara optimum.

RUJUKAN

Adderley, K., Askurin, C., Bradbury, P., Freeman J., Goodlad, S., Greene, J., Jenkins, D., Rae, J., & Uren, O. (1975). Project methods in higher education. Working party on teaching methods: Techniques group. London: Society for Research into Higher Education.

Ashatu, H. (2009). The use of Triangulation in Social Sciences Research: Can qualitative and quantitative methods be combined? J. Comparative Social Work, 2009/1G.

Asnaini Binti Awi. (2008). Hubungan antara pengetahuan guru tentang pengalaman

pembelajaran dan penilaian perdagangan dengan pengurusan pelaksanaan perdagangan di sekolah menengah, Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Sains: Universiti Putra Malaysia.

Ausubel, D.P. (1968). Educational Psychology. A Cognitive View. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Bereiter, C. and Scardamalia, M. (1993). Surpassing Ourselves. An Inquiry into the Nature and Implications of Expertise. Chicago, IL: Open Court.

Bereiter, C. and Scardamalia, M. (1996). ‘Rethinking learning’ in Olson, D.R. and Torrance, N. (eds.), The Handbook of Human Development. New Models of Learning, Teaching and Schooling. London: Blackwell

Chua, K. J., Yang, W. M., and Leo, H. L. (2013). Enhanced and conventional project-based learning in an engineering design module. International Journal of Technology and Design Education. doi:10.1007/s10798-013-9255-7

Creswell, J.W,. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods

Approaches. 3rd Edition. Los Angeles: Sage Publications, Inc.

Deci, E., and Ryan, R. (2000). Self-determination theory and the facilitation of intrinsic motivation, social development, and well-being. Am. Psychol. 55: 68–78.

Edmunds, S. and Brown, G. (2010). Effective small group learning: AMEE Guide No. 48. Medical

teacher, 32: 715–726. doi:10.3109/0142159X.2010.505454

Glynn, S. M., and Winter, L. K. (2004). Contextual Teaching and Learning of science in elementary schools. Journal of Elementary Science Education, 16(2), 51–63. doi:10.1007/BF03173645 Grant, M. M. (2011). Learning, Beliefs, and Products: Students’ Perspectives with Project-based

Learning. Interdisciplinary Journal of Problem-based Learning. doi:10.7771/1541-5015.1254 Helle, L., Tynjälä, P., & Olkinuora, E. (2006). Project-Based Learning in Post-Secondary Education –

Theory, Practice and Rubber Sling Shots. Higher Education, 51(2), 287–314. doi:10.1007/s10734-004-6386-5

Johari, A. and Bradshaw, A. C. (2006). Project-based learning in an internship program: A qualitative study of related roles and their motivational attributes. Educational Technology Research and

183 Kanter, D. E. (2009). Doing the project and learning the content: Designing project-based science

curricula for meaningful understanding. Science Education, 94: 525–551. doi:10.1002/sce.20381 Karaman, S., & Celik, S. (2007). An exploratory study on the perspectives of prospective computer

teachers following project-based learning. International Journal of Technology and Design

Education, 18(2), 203–215. doi:10.1007/s10798-006-9021-1

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Surat Pekeliling Ikhtisas KP(PPK)01810/Jld.9(32)

bertarikh 29 Disember 1999: Pemilihan Mata Pelajaran Elektif Sekolah Menengah Atas. (atas

talian)

http://jpn.moe.gov.my/ppdhselangor/v1/images/stories/surat%20pekeliling%2060%2040.pdf Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2001 KP(BS)

8591/Jld.XVII (1) 12 Januari 2001: Pemilihan Pakej Pengkhususan Sains dan Teknologi Sekolah Menengah Atas. (atas talian)

http://jpn.moe.gov.my/ppdhselangor/v1/images/stories/surat%20pekeliling%2060%2040.pdf. Dicapai pada 12 Oktober 2013.

Kementerian Pendidkan Malaysia. (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Huraian

Sukatan Pelajaran Perdagangan Tingkatan 4 dan 5. Selangor: Jabatan Pendidikan Teknikal.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Kupasan Mutu Jawapan Perdagangan 2 SPM 2010.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. (atas talian) http://www.moe.gov.my/ lp/files/kmj/2010/SPM/3755-2%20PERDAGANGAN %202%20KMJ%20SPM %202010 .pdf. 12 Oktober 2013.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Buku Panduan

Elemen Merentas kurikulum Keusahawanan. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan

Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013a). Keputusan Perdagangan SPM 2009-2011 Unit

Teknik dan Vokasioanal (tidak diterbitkan). Sektor Pengurusan Akademik: Jabatan Pendidikan

Negeri Sabah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013b). Laporan Pemantauan Unit Teknik dan Vokasioanal

(tidak diterbitkan). Sektor Pengurusan Akademik: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Laughlin, C. D., Zastavker, Y. V., & Ong, M. (2007). Is integration really there? students’ perceptions of integration in their project-based curriculum. The 37th ASEE/IEEE Frontiers in Education Confer- ence. Milwaukee, WI.

Lee Chock Leon. (2003). Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Teknik Terhadap Pelaksanaan

Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual Dalam MatematikTambahan. Tesis Sarjana Sains.

Universiti Putra Malaysia.

Lincoln,Y. & Guba,E. (1985). Naturalistic Inquiry. New York: Sage.

Lipson, A., Epstein, A. W., Bras, R., & Hodges, K. (2007). Students’ Perceptions of Terrascope, A Project-Based Freshman Learning Community. Journal of Science Education and Technology,

16(4), 349–364. doi:10.1007/s10956-007-9046-6.

Maehr, M. L. (1984). Meaning and motivation. In Ames, R., and Ames, C. (eds.), Research on Motivation in Education, Vol. 1: Student Motivation, Academic Press, New York

Maehr, M. L., & Braskamp, L. A. (1986). The Motivation Factor: A Theory of Personal Investment, Heath and Co, Lexington, MA

Maehr, M. L., & Meyer, H. A. (1997). Reflections on the Field Understanding Motivation and Schooling: Where We ’ve Been , Where We Are , and Where We Need to Go, 9(4).

Maehr, M. L., Midgley, C., and collaborators (1996). Transforming School Cultures, Westview & Harper/Collins, Boulder.

Morgan, A. (1983). Theoretical aspects of project-based learning in higher education, British Journal

of Educational Technology 1, 66–78.

Moylan, W. A. (2008). Learning by project: Developing essential 21st century skills using student team projects. International Journal of Learning, 15, 287–292.

Othman Lebar. (2007). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepda Teori dan Metod. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Patton, M.Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. 2nd Edition. New Beery Park. CA: Sage.

184 Robson, C. (2011). Real world research: A resource for social-scientists and practitioner-

researchers. 3rd Edition. Oxford: Blackwell Publishing.

Rouvrais, S., et al. (2006). A mixed project-based learning framework: Preparing and developing student competencies in a French grande ecole. European Journal of Engineering Education, 31(1), 83–93.

Seet, L. Y. B., and Quek, C. L. (2010). Evaluating students’ perceptions and attitudes toward computer-mediated project-based learning environment: A case study. Learning Environments

Research, 13(2), 173–185. doi:10.1007/s10984-010-9073-8.

Taylor, S.J. & Bogdan, R. (1998). Introduction to Qualitative Research Methods: A Guidebook and

Resource. 3rd Edition. New York: John Wiley & Sons.

Tseng, K.-H., Chang, C.-C., Lou, S.-J., and Chen, W.-P. (2011). Attitudes towards science, technology, engineering and mathematics (STEM) in a project-based learning (PjBL) environment. International Journal of Technology and Design Education, 23(1), 87–102. doi:10.1007/s10798-011-9160-x.

Voetmann Cristiansen, F. (1999). Exemplarity and educational planning in Olesen Jens, H.S.,

Højgaard Jensen, J. (eds.) Project Studies – a Late Modern University Reform? Roskilde University Press, pp. 57–66.

185 PEMBINAAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN LITERASI PENTAKSIRAN

Dalam dokumen msia2.pdf (Halaman 186-191)