• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERNYATAAN MASALAH

Dalam dokumen msia2.pdf (Halaman 36-40)

Pengajaran mata pelajaran sejarah di sekolah rendah akan dilaksanakan pada tahun 2014 dan akan diajar kepada murid tahap II pada 2016. Berikut adalah pengagihan masa dalam seminggu bagi mata pelajaran Sejarah untuk KSSR (Jadual 1.0)

Kehadiran mata pelajaran Sejarah menjadikan semua pihak yang terlibat dalam perubahan ini menimbulkan banyak isu dan menilai sejauh mana pihak yang melaksanakan perubahan kurikulum ini berjaya melaksanakan seperti apa yang dirancang. Kesesuaian mata pelajaran yang diajar, kesediaan guru mengajar dan kepentingan mata pelajaran antara isu yang menjadi pokok apabila sesuatu mata pelajaran baharu diperkenalkan. Sementara itu timbul kerisauan di kalangan guru sekolah rendah berkaitan kedudukan dan persediaan mereka dalam berdepan dengan mata pelajaran Sejarah.

Selama ini pihak penggubal dasar iaitu kerajaan hanya memfokuskan kepada murid sebagai penerima dasar. Kajian terhadap pembelajaran murid dipertingkatkan sehingga banyak model dan mata pelajaran baharu diperkenalkan. Sementara itu, kajian terhadap guru yang melaksanakan dasar amat kurang dijalankan sehingga setiap dasar yang dibangunkan memberi beban yang besar kepada guru. Isu utama yang ingin diketengahkan dalam permasalahan ini ialah sekiranya pengajaran Sejarah dijalankan, perlu ada kajian dari tiga pandangan iaitu, kerajaan sebagai penggubal dasar, guru sebagai pelaksana dasar dan murid sebagai penerima dasar. Kajian dari sudut pandangan guru sangat penting untuk dikaji kerana merekalah tunjang kepada kejayaan sesuatu perubahan.

31 Jadual 1.0 : Peruntukan Masa Mata Pelajaran Sejarah Tahap II KSSR, 2016

Sumber: Bahagian Perkembangan Kurikulum (2013)

Dander (1997) menyebut bahawa melakukan sebarang perubahan tanpa mengambil kira pendapat dan pandangan guru-guru menunjukkan bahawa kepentingan mereka sebagai profesional yang mampu membuat keputusan untuk kepentingan murid murid telah dinafikan. Oleh itu faktor guru tidak boleh diketepikan sewenang-wenangnya dalam merancang sebarang inovasi pendidikan kerana mereka adalah pelaksana segala kurikulum di sekolah.

Menurut Anuar Ahmad (2009) keberkesanan mata pelajaran Sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru Sejarah. Guru Sejarah yang baik menunjukkan kebolehan dan keupayaan dari segi kualiti diri, sosial dan profesional. Bagi merealisasikan perkara ini, kementerian bergantung kepada sumber manusia yang berketerampilan dan berdaya saing, guru yang merupakan pendidik perlulah berkualiti dalam usaha mencapai matlamat tersebut. Berkualiti di sini adalah dikaitkan dengan kompetensi. Komponen kompetensi itu meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan juga sikap guru (Jill Brookes, 1995).

Secara teorinya komponen kompetensi guru sangat penting untuk menentukan kejayaan program yang dijalankan, namun yang menjadi isu terpenting dalam permasalahan ini ialah tahap kesediaan guru. Para sarjana dalam bidang perkembangan kurikulum antara lain menyatakan kesediaan guru adalah aspek penting dalam menentukan kejayaan sesuatu pelaksanaan kurikulum dan dasar dasar pendidikan secara keseluruhannya (Fullan, 1993; Hurst, 1983; Nicholls, 1983; Liberman & Miller, 1990; Habib Mat Som, 2005). Hal ini kerana guru merupakan tenaga utama dalam proses pelaksanaan kurikulum di peringkat akar umbi. Mereka yang berhadapan secara langsung dengan pelajar di dalam bilik darjah. Nicholls (1983) misalnya berhujah kayu ukur atau neraca kejayaan sesuatu kurikulum bergantung kepada sejauh mana reaksi guru untuk menerima dan melaksanakannya dalam bilik darjah masing-masing.

Setiap guru mempunyai ciri-ciri personaliti, trait dan pembawaan korektor diri yang berbeza-beza yang memungkinkan seseorang itu berberbeza-beza dengan individu lain dari segi sikap, gaya, stail, cara

32 bertindak, emosi, cara kerja dan sebagainya dan ini akan mempengaruhi sikap mereka terhadap perubahan (frankl, 1972; Rogers, 1961). Perubahan kurikulum terutamanya dalam pertambahan mata pelajaran baharu seperti Sejarah turut membawa perubahan kepada guru. Terdapat rungutan dan sikap premis daripada kalangan guru terhadap perubahan yang berlaku.

Guru-guru menyenaraikan alasan mengapa mereka kurang bersedia untuk melibatkan diri dalam arus perubahan secara aktif antaranya kerana menghadapi masalah dari segi psikologi seperti kebimbangan, konflik, rasa rendah diri, gangguan emosi dan rasa tidak selamat (Fullan & Miles, 1992). Menurut Mulyasa (2005), masih banyak guru yang kurang kesediaan mental, emosi, dan motivasi secara peribadi untuk mengembangkan profesion mereka sebagai guru. Akhirnya memberi kesan yang negatif kepada perkhidmatan sebagai guru dari segi pengajaran pembelajaran, komitmen dan pengorbanan. Mulyasa (2005) menyatakan guru-guru yang kurang motivasi, persediaan mental, fizikal dan semangat diri akan mengalami kekangan dari segi penyediaan bahan-bahan alat bantu mengajar, penglibatan dalam bidang pembelajaran dan menggunakan teknologi terkini.

Dilihat dari sudut positif, guru mundur bukan disebabkan mereka gagal menyelesaikan masalah mereka, tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka menghadapi masalah dan mereka tidak dapat melihat masalah mereka (covey, 2004). Oleh itu, guru harus melihat masalah mereka dan berusaha untuk mengatasi masalah tersebut sebelum merebak menjadi kritikal. Seorang guru seharusnya memiliki kepakaran, kemahiran dan kesediaan dalam mengajar murid-murid di sekolah. Guru yang berkemahiran tinggi adalah guru yang memiliki kepakaran dalam pelbagai pendekatan pedagogi dan bidang perkhidmatan yang luas (Usman 2006).

Seseorang guru yang pakar bererti dirinya juga telah memiliki kompetensi dan profesionalisme yang tinggi. Oleh itu, seseorang guru harus bersedia dan bersikap positif untuk menerima perubahan kurikulum yang diarahkan oleh kementerian. Pengenalan mata pelajaran Sejarah harus disambut baik oleh setiap guru walaupun opsyen subjek yang mereka miliki bukan opsyen Sejarah. Ini bersesuaian dengan profesionalisme dan kemahiran ikhtisas yang mereka miliki.

Dari sudut mata pelajaran Sejarah pula, terdapat kajian yang bersifat negatif terhadap pengenalan Sejarah di sekolah rendah. Dalam penyelidikan Peel mengenal pasti perbezaan kemampuan seseorang kanak dalam pengetahuan Sejarah. Menurut beliau, kemampuan kanak-kanak berfikir tentang konsep sejarah berlaku agak lambat iaitu pada peringkat Operasi Formal ketika usia 16.2 dan 16.8 tahun berbanding 12 tahun bagi mata pelajaran sains dan matematik. Penyelidikan Peel juga mendapati kemampuan berfikir secara konkrit seseorang kanak-kanak dalam pengetahuan sejarah bermula pada 12 tahun berbanding sains dan matematik. Oleh itu, pengajaran sejarah tidak sesuai diperkenalkan di sekolah rendah kerana pada ketika itu kemampuan pelajar masih berada pada tahap yang tidak mengisikan (dalam penulisan Aziz Nik Pa dan Nurani Idris 2008).

Setakat ini, terdapat sebanyak 11 mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah dan ini menyukarkan guru memberi tumpuan dalam melaksanakan tanggungjawab mengajar. Keadaan bertambah runcing lagi apabila hanya empat mata pelajaran sahaja yang wajib lulus dalam UPSR sementara subjek lain hanya diajar seperti biasa. Pihak sekolah hanya memberi tumpuan kepada subjek peperiksaan sahaja kerana hanya ini yang menentukan NKRA bagi setiap sekolah. Persepsi guru terhadap nasib subjek sejarah yang bakal diajar akan sama dengan subjek teras yang lain kerana subjek ini hanya setakat subjek dan tidak penting untuk peperiksaan.

Hakikat ini tidak dapat disangkal lagi apabila melihat kajian yang dijalankan oleh Wan Mohd Zahid (1988) berkaitan kejayaan program Kurikulum Baru Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Alam dan Manusia. Dalam kajian ini, didapati pencapaian kemahiran dalam mata pelajaran Sejarah amat lemah kerana hanya 36.5% sahaja mencapai kelulusan 50% ke atas. Ini dipaparkan seperti jadual 2 di bawah:

33 Jadual 2.0 : Pencapaian Murid bagi Mata Pelajaran Sejarah dalam Komponen Alam

dan Manusia Mengikut Jenis Sekolah

Tahap Pencapaian (Markah) Sek. Keb (%) Sek. Ren. Keb. (%)

Sek. Ren. Jen. Keb.(C)

(%)

Sek. Ren. Jen. Keb.(T) (%) JUMLAH 50% ke atas 42.9 49.3 28.9 11.0 36.5 60% ke atas 24.7 30.3 12.9 4.2 20.2 70% ke atas 11.8 15.0 3.5 1.7 8.9 80% ke atas 4.3 5.3 0.5 0.4 2.9

Sumber: Sejarah dalam Pendidikan (1992)

Apabila diteliti kembali perubahan dalam kurikulum pendidikan, sebarang perubahan dalam bidang pendidikan akan mempengaruhi para guru yang merupakan tulang belakang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana para gurulah yang akan ‘bekerja keras’ untuk merealisasikan perubahan-perubahan tersebut walaupun kita melihat ramai pihak terlibat sama dalam menjayakannya. Hasil daripada tinjauan pengkaji mendapati bahawa isu berkenaan beban tugas guru sudah menjadi isu lapuk yang tidak berkesudahan hingga kini. Mengikut laporan Jawatankuasa Kerja Pelaksana menangani Isu Beban Tugas Guru, terdapat 14 isu utama yang berkaitan beban tugas guru. Jawatankuasa Kerja Pelaksana telah mencadangkan beberapa pendekatan untuk menangani isu tersebut dan perkara ini akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2013 untuk meringankan beban guru dalam bidang pentadbiran. (Berita Semasa: Berita Pendidikan;13 September 2012).

Selain itu, seseorang individu yang menjadi guru akan memiliki tugas yang kompleks dan penuh dengan cabaran. Mereka bukan sahaja bertugas sebagai pengajar, tetapi juga perlu melakukan kerja-kerja lain seperti pentadbiran, perkeranian, menjalankan kegiatan kokurikulum dan melibatkan diri dalam persatuan ibu bapa dan guru (Zamri et. al, 2007). Malah setiap kali kerajaan melaksanakan dasar baru, guru perlu melaksanakannya. Pelaksanaan itu, termasuk menyediakan laporan dan proses penyediaan itu pula menambah tugas sedia ada. Kajian awal mengenai beban tugas guru menunjukkan bahawa pada tahun 2005, lebih 16,000 orang guru daripada 400 sekolah mendapati tugas dan tanggungjawab mereka meningkat berbanding 20 tahun lalu. Peningkatan itu adalah kesan daripada penggubalan dasar, perubahan sistem, dan bertambahnya jumlah mata pelajaran. (berita harian online; 17 September 2012).

Guru juga menanggung beban kerja berganda akibat wujudnya ‘arahan dalam arahan’ yang mana mereka terpaksa melakukan tugasan dalam skop yang sama berulang kali atas arahan pihak atasan pada peringkat yang berbeza. Jika diperhatikan, kita mengandaikan guru akan dibebani tugas baharu tersebut namun para gurulah yang akan merasakannya sendiri bak kata pepatah ‘berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji sejauh mana kesediaan dan keupayaan guru terhadap pengajaran matapelajaran sejarah di sekolah rendah.

Mutu pendidikan yang cemerlang pula banyak bergantung kepada komitmen, penglibatan, kesediaan, kesanggupan dan produktiviti tinggi dalam pengajaran pembelajaran di kalangan pendidik (Wan Ashibah 2003). Kejayaan dan pencapaian objektif kepada sesuatu pembaharuan mata pelajaran yang dilaksanakan amat bergantung kepada guru. Ini bermula dengan pihak yang menggubal mata pelajaran itu sendiri dan guru adalah golongan yang amat penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan mata pelajaran baru yang diperkenalkan. Ini kerana guru yang akan melaksanakannya mata pelajaran dan menyampaikannya di sekolah.

Guru adalah pihak yang sewajarnya menerima sesuatu pembaharuan mata pelajaran dengan penuh kesediaan dan tanggungjawab. Untuk menjadi pendidik yang baik dan memenuhi tuntutan pendidikan kebangsaan, guru perlu menyediakan diri dengan pelbagai kepakaran, kemahiran, kesediaan, kesanggupan, keupayaan dan komitmen dalam pelbagai bidang keilmuan sebagai bekalan untuk berkhidmat dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar (Usman, 2006). Kesediaan guru menerima perubahan ini dapat menentukan hasil dari perubahan mata pelajaran tersebut iaitu mata

34 pelajaran Sejarah. Ini bagi menentukan bahawa hasrat dan matlamat kerajaan dalam pembaharuan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

Keberkesanan pengajaran diukur berdasarkan sejauh manakah hasil objektif pelajar telah dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan. Keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kesediaan dari semua pihak dalam melaksanakan visi dan misi pendidikan negara (Sanitah dan Norsiwati, 2012). Oleh itu jelaslah bahawa keberkesanan sejarah amat bergantung kepada kesediaan guru sekolah rendah dalam melaksanakannya.

Menurut Dr. Frank Wagnerd (1991), menilai kesediaan mempunyai beberapa faedah. Pertama, pengkajian kesediaan dapat menjelaskan kekuatan dan kelemahan guru-guru yang menjalankan tugas pengajaran. Kedua, pengkajian kesediaan akan memberikan maklumat yang diperlukan untuk membangunkan guru-guru yang kurang bersedia. Ketiga, pengkajian kesediaan membantu pihak pengurusan menentukan potensi guru dan mengenal pasti masalah sebelum berlaku. Keempat, pengkajian kesediaan akan menjimatkan masa pelaksanaan sesuatu dasar. Banyak manfaat yang akan diperolehi apabila penyelidikan kesediaan guru dilaksanakan.

Justeru itu, kepentingan dari aspek kesediaan dan keupayaan guru terhadap pengajaran mata pelajaran sejarah di sekolah rendah serta modul pembelajaran dan pengajaran sangat mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah rendah kelak. Kesediaan merupakan suatu tahap yang mesti dicapai oleh seseorang guru untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau tugas yang berkesan dimana ianya bergantung kepada faktor pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap dan minat guru. Pendapat yang sama turut diketengahkan oleh Phillip Van Hooser (1998) yang mendapati terdapat tiga elemen penting yang menjadi asas kesediaan guru mengajar iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Dalam dokumen msia2.pdf (Halaman 36-40)