• Tidak ada hasil yang ditemukan

AMALAN KREATIVITI GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dalam dokumen msia2.pdf (Halaman 74-80)

Berdasarkan kepada analisis silang kes, beberapa subkategori sering ditimbulkan oleh ketiga-tiga subjek kajian dalam membincangkan amalan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran PSV. Beberapa subkategori yang dimaksudkan ialah pengenalan tajuk, pengetahuan sedia ada, set induksi, strategi pengajaran dan pembelajaran, penjanaan idea, penyoalan, motivasi dan penilaian. Subkategori-subkategori ini dikumpulkan mengikut kategori berdasarkan ciri-ciri yang tertentu. Dalam kajian ini, penyelidik merujuk kepada Teori Proses Kreatif Terarah Plsek (1979) yang diadaptasikan dengan Model Pengajaran Konstruktivism. Mengikut Teori tersebut, fasa pengajaran dibahagikan kepada 4 fasa atau kategori iaitu fasa persediaan, fasa imaginasi, fasa perkembangan dan fasa tindakan bagi memberi jawapan kepada soalan kajian kedua. Indikasi amalan kreativiti yang dirujuk dalam kajian ini adalah berdasarkan indikasi kreativiti yang disarankan dalam Buku Panduan Kreativiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM, 2011)

Pengenalan tajuk, pengetahuan sedia ada dan set induksi dibincangkan di bawah kategori fasa persediaan iaitu di bahagian awal sesi pengajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran dan penjanaan idea pula diletakkan di bawah fasa imaginasi manakala penyoalan dan motivasi dibincangkan di bawah fasa perkembangan memandangkan sub kategori ini dijalankan semasa sesi pengajaran berlansung. Penilaian pula diletakkan di bahagian akhir sesi pengajaran iaitu fasa tindakan. Semasa sesi pemerhatian dijalankan didalam bilik darjah, didapati bahawa pelajar-pelajar turut memainkan peranan dalam memberi maklum balas dan terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai rumusan kepada amalan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran ketiga-tiga subjek, Jadual 7.4 menjelaskan fokus aktiviti guru dalam pengajaran dan pembelajaran PSV manakalah Jadual 7.5 menggambarkan bagaimana amalan kreativiti guru berdasarkan Teori Proses Kreatif Terarah Plsek dan Model pengajaran Konstruktivisme.

69

Jadual 7.4 : Fokus Aktiviti Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual FOKUS AKTIVITI GURU DALAM P&P PSV

FASA AMAR ANDY JOHNNY

F. Persediaan

Orientasi idea

berasaskan

pengetahuan sedia ada

- Bertanyakan tugasan lalu, - Menampal BBM (siri lakaran) di papan putih. - Mengaitkan dengan budaya tempatan, - Soal jawab dengan penggunaan ICT dan multimedia

- Mengaitkan dengan m/p geografi - Soal jawab dengan

Penggunaan gambar sebenar

F. Imaginasi

Penstrukturan idea, meneroka, menjelas, konstruk idea baru

- Penerangan langkah demi langkah - Pelajar diajar teknik

asas melukis

berdasarkan contoh di papan tulis

- Teknik soal jawab & perbincangan kumpulan dan kelas berdasarkan paparan multimedia - Menerima pandangan pelajar - Demonstrasi & Kumpulan kecil - Mereka cipta alat

BBM

- - Melibatkan deria lihat & sentuh - Menggalakkan penglibatan pelajar - Mengwujudkan interaksi antara pelajar - Memberi kebebasan kepada pelajar meluahkan buah fikiran F. Perkembangan Penjelasan lanjut, Aplikasi idea

- Soalan diajukan bagi memastikan pelajar faham - Perihatin membantu menyiapkan tugasan pelajar - Soalan menimbulkan rasa ingin tahu - Soalan aras rendah

untuk galakkan pelajar menjawab

- Memberi galakan/ bimbingan

- Sesi soal jawab menggalakkan pelajar bertukar-tukar pendapat - - Memberi motivasi kepada pelajar F. Tindakan Penilaian, penyiasatan lanjut - Memastikan pelajar menyiapkan tugasan yang diberi

- Menghubung kait tajuk pelajaran dengan soalan peperiksaan

- Mengulangi apa yang telah diajar

Jadual 7.5 : Analisis Indikasi Amalan Kreativiti Guru Dalam Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

ANALISIS AMALAN KREATIVITI GURU DALAM P&P PSV

FASA AMAR ANDY JOHNNY

F. Persediaan

Orientasi idea

berasaskan

pengetahuan sedia ada

- Guru tidak mewujudkan kesedaran, minat dan perasaan ingin tahu murid

- Guru tidak

menyediakan situasi pembelajaran yang bermakna

- Guru tidak menyentuh tentang pengetahuan sedia murid dan tidak menghubungkaitkan pengalaman sedia ada murid dengan pengalaman baru

- Bersemangat untuk memulakan pengajaran dengan mewujudkan kesedaran, minat dan perasaan ingin tahu pelajarnya terhadap tajuk yang diajar. - Guru kerap

mengemukakan soalan untuk mencetus/menjana idea pelajar

- Guru mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan pengalaman baru (budaya luar dengan budaya tempatan) - Penggunaan multimedia - Guru membuat pemerhatian tentang aspek-aspek berkaitan dengan tajuk pelajaran sebelum kelas berlangsung - Guru mewujudkan

kesedaran, minat dan perasaan ingin tahu pelajar tentang tajuk pengajaran.

- Guru mengemukakan situasi/isu

perbincangan untuk mencetus dan menjana idea pelajar - Guru juga

70 ICT untuk menyediakan

situasi/konteks pembelajaran yang menyeronokkan kepada pelajar.

dalam mencungkil idea pelajar berkaitan dengan tajuk pelajaran F. Imaginasi Penstrukturan idea, meneroka, menjelas, konstruk idea baru

- Peranan guru lebih menonjol dengan komunikasi sehala dan penerangan langkah-demi langkah.

- Guru tidak menjelaskan lebih lanjut tajuk pelajaran menyebabkan pelajar hilang fokus untuk membolehkan mereka menjana idea. - Guru lebih

memfokuskan tugasan dan kemahiran asas tetapi tidak mengenal pasti tahap kefahaman pelajar.

- Pelajar pula tidak berpeluang membina atau menjana idea baru dan pengalaman baru

- Dengan paparan multimedia, guru menyediakan situasi yang lebih berfokus supaya pelajar dapat menjana idea. - Guru memberi peluang

pd pelajar menjelaskan idea mereka.

- Guru lebih fleksibel dalam perbincangan bagi membantu pelajar dalam proses perkongsian maklumat dan berkomunikasi. - Guru menjelaskan konsep budaya berdasarkan paparan multimedia dengan menerima pandangan pelajar. - Guru menyediakan situasi yang lebih berfokus supaya pelajar dapat menjana idea.

- Guru meneroka ida dan soalan pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk bersoal jawab - Guru

memperkenalkan cara melihat sudut

landskap yang sesuai - Guru membina pelbagai penjelasan berdasarkan situasi yang ditimbulkan oleh pelajar - Guru membandingkan penjelasan pelajar tentang konsep dengan idea pelajar lain

- Guru memberi peluang kepada pelajar untuk membina idea baru.

F. Perkembangan

Penjelasan lanjut, Aplikasi idea

- Fungsi penyoalan lebih kepada mengenal pasti setakat mana pelajar memahami tugasan. - Pelajar mengikut /

meniru apa yang guru paparkan dengan tidak menghubungkaitkan konsep yang dipelajari dengan pengalaman sebenar.

- Guru membimbing pelajar yang kurang memahami kehendak tugasan.

- Guru mengaplikasikan pemahaman pelajar dengan aktiviti seni dn teknik melukis yang digunakan dalam budaya lain

- Perbincangan melalui komunikasi 2 hala antara guru & pelajar membuat hubungkait pelbagai konsep dalam budaya dan keindahan seni budaya lain dan tempatan - Pelajar dapat menerangkan secara rasional idea-idea mereka. - Guru mewujudkan situasi atau konteks baru untuk menguji kefahaman (terhadap landskap) melalui ‘ruang tetingkap’ - Pelajar mengaplikasikan kefahaman mereka dengan aktiviti harian mereka. F. Tindakan Penilaian, penyiasatan lanjut - Guru tidak melaksanakan penilaian dan refleksi tentang pembelajaran dan kefahaman serta kemahiran yang baru

- Guru mengaitkan kandungan pelajaran dengan soalan-soalan peperiksaan

- Guru membuat rumusan dengan menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami

- Pelajar membuat penilaian dan refleksi tentang pembelajaran dan kefahaman serta kemahiran baru khususnya

menghasilkan lukisan landskap

71 - Pelajar dapat menghuraikan butiran pembelajaran dengan lebih jelas - Guru mengaitkan budaya dengan nilai murni.

- Guru merumuskan isi pelajaran kepada pelajar.

Berdasarkan jadual analisis amalan kreativiti guru di atas, dua daripada tiga orang subjek yang terlibat dalam kajian mengamalkan kreativiti di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual namun amalan kreativiti yang diaplikasikan di dalam setiap fasa pengajaran tersebut tidak menyeluruh. Dalam perbincangan berkenaan dengan kefahaman guru terhadap konsep kreativiti, didapati kefahaman guru terhadap konsep kreativiti adalah tidak mendalam dan terperinci. Hanya seorang subjek sahaja yang kurang mengamalkan kreativiti di dalam pengajaran manakala dua orang subjek pula menunjukkan kesungguhan dan usaha dalam amalan kreativiti dalam pengajaran mereka.

Pengaplikasian amalan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran PSV bagi subjek-subjek kajian dalam fasa persediaan hanya melibatkan pengujudan kesedaran, minat dan perasaan ingin tahu pelajar, penyediaan minda pelajar dan situasi pembelajaran yang bermakna, penjanaan idea pelajar, penggunaan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru pelajar dan mencungkil idea pelajar.

Seperti juga fasa terdahulu bagi fasa imaginasi, Amalan kreativiti yang dijalankan oleh subjek-subjek kajian dalam pengajaran dan pembelajaran mereka adalah penyediaan situasi lebih berfokus bagi penjanaan idea pelajar, menggalakkan perbincangan dan komunikasi, pembinaan idea baru oleh pelajar, penyediaan pengalaman untuk sesuatu konsep, membandingkan penjelasan pelajar tentang konsep dengan idea pelajar lain, memperkenalkan cara melihat sudut landskap yang sesuai, membina pelbagai penjelasan berdasarkan situasi yang ditimbulkan oleh pelajar, membandingkan penjelasan pelajar tentang konsep dengan idea pelajar lain, memberi peluang kepada pelajar untuk membina idea baru.

Bagi fasa perkembangan pula, amalan kreativiti yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat hubungkait pelbagai konsep dalam budaya dan keindahan seni budaya lain dan tempatan, penerangan secara rasional idea-idea pelajar, pengujudan situasi atau konteks baru untuk menguji kefahaman pelajar. Manakala fasa tindakan pula, amalan kreativiti yang digunakan ialah mengaitkan kandungan pelajaran dengan soalan-soalan peperiksaan, membuat rumusan dengan menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami, menghuraikan butiran pembelajaran dengan lebih jelas, mengaitkan budaya dengan nilai murni, membuat penilaian dan refleksi tentang pembelajaran dan merumuskan isi pelajaran kepada pelajar.

Berdasarkan temu bual bersama subjek, didapati, sungguhpun kesemua subjek bersetuju bahawa kefahaman guru terhadap konsep kreativiti membantu dalam amalan kreativiti di dalam pengajaran dan pembelajaran, namun, masih terdapat faktor lain yang tidak kurang pentingnya yang turut mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Amar sebagai subjek pertama mempunyai pendirian bahawa sebelum pelajar diberi kebebasan untuk melakukan tugasan dengan sendiri, pelajar perlu dibimbing dan diajar menguasai kemahiran seni terlebih dahulu kerana pelajar-pelajar PSV lemah dalam penguasaan pengetahuan asas dan kemahiran seni. Berbeza dengan dua subjek yang lain, Andy dan Johnny percaya bahawa potensi kreativiti pelajar perlu diasah seiring dengan pengetahuan asas dan kemahiran seni mereka.

72 PENUTUP

Sebagai kesimpulan, aspek kreativiti yang dibincangkan dalam bab ini merangkumi kefahaman guru terhadap konsep kreativiti dan amalan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran PSV di bilik darjah. Kefahaman guru tentang konsep kreativiti akan menentukan amalan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran PSV. Oleh itu, peranan guru memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan kreatif menjadi semakin penting. Harapan berbagai pihak terhadap guru dalam menyediakan pelajar menghadapi masa depan yang kian mencabar memberi tekanan kepada guru. Guru PSV khususnya mempunyai tanggungjawab dalam mencungkil potensi kreatif pelajar melalui pembelajaran di bilik darjah. Namun tidak semua guru PSV dapat melaksanakan dan merealisasikan hasrat pendidikan tanpa bantuan dan panduan daripada pihak berkenaan. Antara cadangan yang dikemukakan melalui kajian ini adalah pembinaan modul pengajaran kreatif khas untuk guru-guru PSV. Diharapkan dengan adanya modul pengajaran kreatif ini dapat memudahkan guru-guru PSV mengaplikasikan amalan kreativiti di dalam pengajaran dan pembelajaran PSV

RUJUKAN

Amabile, T. M. (1989). The Social Psychology of Creativity. New York: Springer Verlag.

Beghetto, R. A. (2010). Creativity in the Classroom. In: Kaufman, James & Sternberg, Robert (ed.) (2012) The Cambridge Handbook of Creativity. Cambridge University Press. New York, New York.

Boden, M. (1992). The Creative Mind: Myths and Mechanisms. New York: Basic Books. Csikszentmihalyi, M. (1994). The Domain of Creativity. Dalam; Feldman,

D.,Csikszentmihalyi, M & Gardner, H. (Eds). Changing the World: A Framework for

the study of creativity, Westport. Co: Praeger

Cropley, A., & Cropley, D. (2011). Creativity and Lawbreaking. Creativity Research Journal, 23(4), 313–320.

Diakidoy, N. I. & Kanari, E. (1999). Student Teachers’ Belief About Creativity. British

Educational Journal. 250-277

Feldman, B .(2000). The Nobel Prize: A History of Genius, Controversy & Prestige. New York

Fisher, A. (2002). Critical Thinking: An Introduction. United Kingdom, Cambridge University Press Forms A & B. Personnel Press

Freund, P. A. & Holling, H. (2008). Creativity in the classroom: A multilevel analysis investigating the impact of creativity and reasoning ability on GPA. Creativity

Research journal, 20 (3), 309-318.

Guilford, J.P. (1950). Creativity. American Psychologist, New York: Henry Holt. 5, 444-454. Hassan Mohd Ghazali. (2000). Teks Lengkap Pendidikan seni Tingkatan 4 dan 5. Petaling

Jaya: Fajar Bakti

Iberahim Hassan. (2004). Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Iberahim Hassan. (2000). Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. Tanjong Malim: Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kaufman, J. C. & Beghetto, R. A. (2009). Beyond big and Little: The four C model of creativity. Review of General Psychology, 13 (1), 1-12

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Buku Panduan Kreativiri: Pembangunan dan Amalan dalam pengajaran dan pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012).Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

73 Lou, S., & Chen, N. (2012). Using blended creative teaching : Improving a teacher education course on designing materials for young children. Australasian Journal of

Educational Technology, 28(5), 776–792.

Lowenfeld, V. & Brittain, W.L. 1987.Creative and Mental Growth. (3rd ed). New York, NY: Macmillan.

Merriam, S.B. 1998. Qualitative research and case study applications in education. San Francisco: Jossey-Bass. Sourcebook, Thousand Oaks, Calif., Sage.

Miles, M. B. & Huberman, A. M. (1994) Qualitative Data Analysis: an Expanded

Sourcebook, SAGE Publications. California, USA

Ming, L. L. (2000). Relationship among creativity, drawing ability and visual/spatial.California: University of California Press

Mohd. Azhar Abd. Hamid, (2009). Kreativiti, Invensyen Dan Inovasi: Suatu Cadangan

Matapelajaran Pada Peringkat, Sekolah Menengah Fakulti Pengurusan Dan

Pembangunan Sumber Manusia. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos (2008). Hubungan Kreativiti dan Ilmu

Pengetahuan. Pusat Pengajian Umum. UKM

Plesk, P. E. (1997). Creativity, Innovation and Quality. Milwaukee: ASQC Quality Press. Rinkevich, J. R., (2011). Creative teaching: Why it matters and where to begin. The Clearing

House, 84(1), pp.219-223.

Reilly, R. C., Lilly, F., Bramwell, G., & Kronish, N. (2011). A synthesis of research concerning creative teachers in a Canadian context. Teaching and Teacher Education, 27(3), 533–542.

Sachi, S. (2004). Win The Noble Prize: The Malaysian Challenge, Kuala Lumpur: CST. Saracho, O. (2012). Creativity theories and related teachers’ beliefs. Early Child Development

and Care, 182(1), 35–44.

Sawyer, R. K. (2004). Creative Teaching : Collaborative Discussion as Disciplined Improvisation. Educational Researcher, Vol. 33(No. 2), 12–20.

Sethi, N. (2012). A study of academic achievement in mathematics in relation to creativity of high school students. Indian Streams Research Journal, 2 (4), 1-4.

Sternberg, R. J. (2012). The assessment of creativity: An investment-based approach.

Creativity Research Journal, 24 (1), 3-12.

Sternberg, R.J., Kaufmann, J.C and Pretz, J.E. (2002). The creativity conundrum. New York: Pyschology Press.

Siti Hayati Binti Hj Mohd Yusoff . (2011). Amalan Penilaian PSV Di Sekolah. Unit Seni Visual, IPG Kampus Ipoh,Perak.

Torrance, E. P. (1979). Torrance Test of CreativeThinking. Lexitgon, Mass: Personal Press/Ginn and Company.

Tanggaard, L., (2011). Stories about creative teaching and productive learning. European

Journal of Teacher Education, 34(2), pp.219-232.

Weisberg, R. W. (1999). Creativity and Knowledge: A Challege To Theories. New York. Cambridge University Press.

Yin. (1994). Case Study Research: Design and methods (2nd Edition) Beverly Hills : Calif:

Sage Publishing

Yong, M. S. (1993). A study of creativity and its correlates among form four pupils. Disertasi

74 PENGGUNAAN ’MAGIC HAND’ DALAM MEMBANTU MURID MENGINGAT

FASA-FASA BULAN BAGI MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 5 :

Dalam dokumen msia2.pdf (Halaman 74-80)