Chin Mui Ken1, and Dr. Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah2 1,2
Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah [email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan ke atas 38 orang murid Tahun 5 Seroja yang merupakan kelas kedua terbaik daripada 5 kelas dalam Tahun 5. Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah murid dalam mengingat tarikh kalendar, nama fasa bulan dan bentuk bulan dalam tajuk Fasa-fasa Bulan. Tajuk ini agak sukar diajar oleh guru kerana ia merupakan satu kejadian fenomena alam yang berlaku di alam semesta. Berdasarkan interaksi di dalam kelas, didapati kebanyakan murid mengatakan suasana kelas sangat bosan apabila membincangkan tajuk ini. Selain itu, murid juga susah hendak mengingat fakta dalam tajuk ini. Intervensi yang digunakan dalam pembelajaran tajuk ini adalah menggunakan teknik ’Magic Hand’.
’Magic Hand’ merupakan satu teknik yang direka sendiri oleh
pengkaji di mana murid akan menyanyikan sebuah lagu dengan lirik tentang tarikh kalendar dan nama fasa bulan. Pada masa yang sama, murid menggunakan gerakan tangan untuk menunjukkan bentuk bulan. Lagu ini diberi nama ’Magic Hand’ kerana murid seolah-olah sedang membuat silap mata dan mereka dapat melihat bentuk bulan dengan kedua-dua belah tangan mereka sendiri. Didapati teknik ini terbukti dapat meningkatkan tahap pencapaian murid dalam menamakan fasa-fasa bulan serta dapat menwujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan.
Kata kunci : Fasa-fasa bulan, lagu ’Magic Hand’, gerakan tangan
ABSTRACT
A total of 38 pupils in year 5 Seroja had been selected as the respondents in this study. Year 5 Seroja was the second class from the 5 classes in year 5. This study aims to overcome pupils’ problems to remember lunar calender, phases of the moon and the shape of the moon in the topic ’Phase of the Moon’. This topic is difficult to teach because it involved a natural phenomenon that happens in the universe. From the interactions in class, most of pupils stated that they were bored when teacher discussed about this topic, pupils also facing difficulty to remember the facts in this topic. The intervention was using a song titled ’Magic Hand’ and pupils sing the song with lyric of lunar calender and phases of the moon. At the same time, pupils used their hand movement to form the shape of the moon. This song was given the title ’Magic Hand’ as pupils seem like doing magic trick, they could see the shape of the moon with their own two
75 hands. The finding of the study proved that pupils showed
improvement in this topic, teaching and learning became fun and interesting.
Keywords : Phases of the moon, ’Magic Hand’ song, hand movement
1.0 PENGENALAN
Bagi mata pelajaran Sains sekolah rendah, terdapat banyak fakta yang perlu difahami dan diingat oleh murid-murid dalam jangka masa yang singkat. Justeru itu cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan adalah penting bagi menarik minat dan membantu murid untuk lebih memahami sesuatu konsep yang dipelajari.
Kaedah simulasi adalah satu kaedah di mana satu situasi diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dan ia melibatkan murid melakonkan sesuatu perkara (secara berpura-pura ) dalam suasana yang terancang. Simulasi boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid memahami dan mengingati sesuatu tajuk yang sukar difahami. Sehubungan itu, teknik ini juga dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan (Rashidi Azizan,1999).
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas, guru berhadapan dengan murid yang berbeza jenis kecerdasannya. Oleh itu, guru harus mampu merancang pelbagai jenis aktiviti yang menggabungkan sebanyak mungkin jenis kecerdasan bagi menwujudkan pembelajaran yang efektif (Rashidi Azizan,1999). Lantaran itu, kajian ini menggunakan gabungan pergerakan tangan diiringi dengan lagu dapat merangsang minat murid, menghiburkan dan membantu murid mengingat fakta-fakta yang sukar diingati. Secara tidak langsung, kaedah ini juga telah membantu murid mengekalkan kesimpulan yang dibuat dalam ingatan bagi satu jangka masa yang lama. Dengan cara ini, murid mengalami dan menghayati apa yang sedang dipelajari secara utuh..
2.0 PERNYATAAN MASALAH
‘Fasa-fasa bulan’ merupakan satu tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Sains Tahun 5. Tajuk ini merupakan salah satu tajuk yang agak sukar diajar oleh guru kerana tajuk ini berkaitan dengan satu fenonema alam yang berlaku di alam semester. Pada tahun-tahun sebelum ini, pelbagai kaedah telah pengkaji gunakan seperti simulasi dalam kelas, murid menghafal, melabel dan melukis secara berulang kali tentang kejadian ‘Fasa-fasa bulan’ serta tayangan video (CD Courseware) yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun kaedah-kaedah ini masih tidak dapat membantu murid mengingat fakta-fakta dalam tajuk tersebut.
Dapatan hasil temubual secara lisan dalam kajian ini, murid menyatakan bahawa tajuk ‘Fasa-fasa Bulan’ adalah antara tajuk yang membosankan dan terlalu banyak yang perlu diingat. Sebanyak 8 tarikh kalender, 8 nama fasa bulan dan 8 bentuk bulan yang perlu diingat dan difahami untuk satu kitaran fasa-fasa bulan. Lantaran itu, masalah yang timbul ialah murid sering kali gagal menamakan fasa bulan dan melukis bentuk bulan pada tarikh tertentu. Selain itu, terdapat juga sebahagian murid yang dapat mengingat nama fasa bulan tetapi tidak dapat melukis bentuk bulan dengan betul terutamanya fasa bulan sabit baru dan bulan sabit lama. Menyedari hakikat ini, pengkaji telah menggunakan kaedah nyanyian dan gerakan tangan untuk membantu murid-murid mengatasi masalah tersebut.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menyiasat samada ’Magic Hand’ dapat membantu murid-murid dalam mencapai objektif yang berikut:-
3.1 Objektif Am
Meningkatkan kemahiran mengingat tajuk ’Fasa-fasa bulan’ dengan teknik nyanyian dan gerakan tangan.
76 (i) Membantu murid mengingat tarikh kalender, nama fasa bulan dan bentuk bulan dengan
mudah dan cepat.
(ii) Membantu meningkatkan prestasi murid dalam tajuk fasa-fasa bulan.
(iii) Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan. 4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah murid-murid Tahun 5 Seroja 2012. Seramai 38 orang murid terlibat dalam kajian ini.
5.0 METHDOLOGI KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga cara untuk mengumpul data iaitu kuiz dan soal jawab dalam kelas, pemeriksa buku kerja serta ujian pra dan pos.
5.1.1 Kuiz Dan Soal Jawab Dalam Kelas
Pemerhatian telah dibuat setelah tajuk ini diajar dengan tayangan video (CD Couseware). Maklum balas secara lisan diperoleh melalui respon murid kepada soalan-soalan yang diajukan dan kuiz di dalam kelas. Hasil pemerhatian semasa sesi soal jawab mendapati 85% murid tidak dapat mengingat tarikh kalendar, nama fasa bulan dan bentuk bulan. Melalui kuiz yang dijalankan, didapati sebahagian murid telah mencampuradukkan nama fasa bulan dan bentuk bulan. Selain itu, murid juga tidak dapat memastikan tarikh kalender walaupun nama fasa bulan dan bentuk bulan telah diberikan dalam soalan kuiz tersebut.
5.1.2 Pemeriksa Buku Kerja
Setelah tajuk ini diajar, pengkaji telah mengarahkan murid menjawab soalan dalam buku kerja. Setiap kali sebelum pengkaji membincangkan jawapan dalam buku kerja, pengkaji akan memeriksa buku murid secara rawak. Justeru itu, pengkaji dapati banyak jawapan murid adalah salah walaupun kadang-kala soalan tersebut merupakan soalan yang mudah dan soalan bentuk aneka pilihan. Namun begitu, apabila ditanya tentang masalah murid tentang tajuk ini, alasan murid adalah susah ingat dan terlalu banyak untuk diingat.
5.1.3 Ujian Pra
Ujian Pra dijalankan ke atas 38 orang murid Kelas 5 Seroja sebelum memulakan kaedah intervensi. Tujuannya adalah untuk menguji pengetahuan sedia ada murid. Soalan ujian Pra meminta murid menulis tarikh kalender, nama fasa bulan dan melukis bentuk bulan. Tempoh masa menjawab ujian ialah 25 minit. Jadual 1 menunjukkan pencapaian yang diperoleh oleh murid dalam ujian Pra.
Jadual 1: Pencapaian Murid-murid Tahun 5 Seroja Dalam Ujian Para
Julat Markah Ujian Pra
Bilangan Murid Peratus Murid (%)
0-8 4 11 9-16 14 36 17-24 11 29 25-32 4 11 33-40 3 8 41-48 2 5 JUMLAH 38 100
Dalam ujian pra, markah penuh adalah 48 markah. Keputusan ujian pra menunjukkan 29 orang (76%) murid telah mendapat 24 markah ke bawah dan hanya 9 orang (24%) murid mendapat 25
77 markah ke atas. Data ini menunjukkan lebih daripada separuh murid dalam kelas tidak menguasai tajuk fasa-fasa bulan walaupun tajuk ini telah diajar oleh guru.
5.2 Tindakan Yang Dijalankan
Daripada tinjauan masalah, pengkaji telah berikhtiar memikirkan satu kaedah untuk membantu murid-murid mengingat tajuk ‘Fasa-fasa Bulan’. Pengkaji telah menggunakan kaedah nyanyian dengan gerakan tangan untuk menarik minat murid mempelajari tajuk ini. Berikut ialah langkah-langkah yang telah diambil.
Langkah 1: Menyenaraikan tarikh kalender, nama fasa bulan, bentuk bulan dan gerakan tangan Tarikh Kalender Qamari Fasa Bulan Bentuk Bulan Gerakan Tangan
Hari 1 Anak Bulan
Hari 3 Bulan Sabit Baru
Hari 7 Bulan Separa
Hari 10 Purnama Baru
Hari 15 Bulan Purnama
Hari 20 Purnama Lama
78 Hari 27 Bulan Sabit Lama
Langkah 2: Memilih lagu yang sesuai
Pengkaji telah memilih lagu ‘Rasa Sayang’ kerana lagu ini adalah lagu rakyat yang sangat terkenal di Malaysia dan setiap murid juga telah mengetahui irama lagu ini. Lapan tarikh kalender dan nama fasa bulan menjadi lirik lagu ini. Semasa murid menyanyikan lagu, tangan mereka akan bergerak untuk menggayakan bentuk-bentuk bulan tersebut.
Lirik lagu “Magic Hand” Mula dengan tangan kanan Akhir dengan tangan kiri Hari pertama anak bulan Hari ketiga bulan sabit baru Hari ketujuh bulan separa Hari sepuluh purnama baru Hari lima belas bulan purnama Hari dua puluh purnama lama Hari dua tiga bulan separa Hari dua tujuh bulan sabit lama “Magic Hand” membantu anda Mengingat fasa-fasa bulan Langkah 3: Pengkaji menamakan lagu ini sebagai ‘Magic Hand’
5.3 Pelaksanaan tindakan
Kajian ini dilaksanakan selama enam sesi pengajaran dan pembelajaran bermula dari 1 Ogos 2012 sehingga 15 Ogos 2012. Pengkaji telah menggunakan masa set induksi selama lima minit untuk latihan nyanyian ‘Magic Hand ’. Tiga langkah telah dilaksanakan untuk mengimplimentasikan ‘
Magic Hand’ di dalam bilik darjah.
Langkah 1 : Penulisan lirik lagu ‘Magic Hand’
Dalam sesi pertama, semua murid dikehendaki menyalin lirik lagu ’Magic Hand’ di dalam buku latihan mereka.
Langkah 2 : Nyanyian lagu ‘Magic Hand’ dan simulasi gerakan tangan
Pengkaji membimbing murid menyanyikan lagu ‘Magic Hand ’ dan menggayakan gerakan tangan sebanyak lima kali dalam sesi pertama. Seterusnya murid menyanyi dan simulasi gerak tangan beramai-ramai tanpa bimbingan guru. Lagu dan simulasi ini telah dijadikan set induksi untuk lima sesi seterusnya. Apabila masuk sesi ketiga hingga keenam, murid dikehendaki menyanyikan lagu tanpa merujuk lirik.
Langkah 3 : Menulis tarikh kalendar, nama fasa bulan dan melukis bentuk bulan
Dalam sesi kelima dan keenam, murid dikehendaki menulis tarikh kalendar, nama fasa bulan dan melukis bentuk bulan mengikut lirik lagu selepas nyanyian dan simulasi. Setelah berakhirnya sesi keenam, murid diberi ujian pos dalam masa 25 minit di mana soalan yang diberikan adalah sama dengan soalan ujian pra yang telah diberikan sebelum ini. Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisa untuk mengenal pasti keberkesanan lagu dan simulasi ’Magic Hand’.
79 5.4 Dapatan Kajian
5.4.1 Analisis Pemerhatian Dalam Kelas
Daripada catatan jurnal pengkaji didapati murid-murid terhibur semasa menyanyikan lagu
’Magic Hand’. Setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran, mereka tidak sabar untuk menyanyikan
lagu ini kerana dapat belajar sambil menyanyi. Selain itu, murid-murid juga tidak menghadapi masalah yang besar untuk mengingat lirik lagu tersebut kerana kebanyakan murid telah mengetahui lagu asal “Rasa Sayang” ini. Dari sesi kelima sehingga keenam, kebanyakan murid telah dapat menguasai tajuk ini. Latih tubi menggunakan kaedah nyanyian secara berterusan memberi impak yang positif terhadap pembelajaran murid.
5.4.2 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
Berdasarkan perbandingan markah ujian pra dan ujian pos, didapati kajian ini telah dapat membantu murid-murid mengingat tarikh kalendar, nama fasa bulan dan bentuk bulan dalam tajuk ‘Fasa-fasa bulan’.
Jadual 2: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pos
Julat Markah
Ujian Pra Ujian Pos
Bilangan Murid Peratus (%) Bilangan Murid Peratus (%) 0-8 4 11 0 0 9-16 14 36 0 0 17-24 11 29 0 0 25-32 4 11 0 0 33-40 3 8 7 18 41-48 2 5 31 82 Jumlah 38 100 38 100
Jadual 2 menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pos. Terdapat 15 orang mendapat markah penuh dalam ujian pos dengan bantuan lagu “Magic Hand’. Selain itu, 31 orang (82%) murid telah mendapat 41 markah hingga 48 markah dalam ujian pos berbanding dengan hanya 2 orang (5%) murid dalam ujian pra. Selain itu, pengkaji juga telah membuat perbandingan pencapaian secara individu (Lampiran 1). Dapatan maklumat ditunjukkan dalam bentuk graf di bawah.
80
Graf 1: Perbandingan Markah Murid Secara Individu Antara Ujian Pra dengan Ujian Pos
Graf 1 menunjukkan analisis markah yang didapati oleh setiap murid dalam ujian pra dengan ujian pos. Secara keseluruhan, semua murid menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pos. 5.5 Refleksi Kajian
Berdasarkan dapatan kajian, didapati kaedah nyanyian dan simulasi ini berjaya membantu murid mengingat tajuk ’Fasa-fasa bulan’ dengan mudah dan cepat. Maklumat ujian pos menunjukkan kesemua murid menunjukkan peningkatan markah berbanding dengan ujian pra. Mereka juga lebih berkeyakinan semasa menjawab soalan dalam ujian pos. Namun proses pengulangan perlu dilakukan pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran bermula untuk memastikan ia terus kekal dalam ingatan murid (Franklin et al. 2003).
Dalam kajian ini juga, pengkaji telah mengabungjalinkan mata pelajaran Sains dengan mata pelajaran Muzik. Selain itu, teori kecerdasan pelbagai juga dapat diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains. Pengkaji mendapati kaedah nyanyian beramai-ramai dan simulasi berjaya merangsang minat murid-murid dalam mengingat tajuk ’Fasa-fasa Bulan’ dalam masa yang singkat berbanding sebelum kajian ini mereka menganggap tajuk ini membosankan dan susah mengingat fakta. Di samping itu, suasana pengajaran dan pembelajaran ketika aktiviti ini dijalankan juga begitu ceria, terhibur dan memberi keseronokan kepada murid-murid.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kaedah ini telah mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid. Teknik nyanyian dan simulasi mendorong minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan seterusnya membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri mereka untuk menjawab soalan. Hal ini demikian kerana naluri murid-murid sekolah rendah yang sememangnya cenderung kepada nyanyian menyebabkan pendekatan saya ini diterima dengan baik.
6.0 IMPLIKASI KAJIAN
Memandangkan penggunaan kaedah nyanyian dan simulasi untuk mengingat tajuk ’Fasa-fasa Bulan’ amat memberangsangkan murid-murid, maka pengkaji bercadang untuk memperkembangkan ’Magic Hand ’ kepada semua murid dalam Tahun 5 di sekolah pengkaji. Pengkaji juga bercadang menyebarkan ’Magic Hand’ untuk sekolah-sekolah rendah yang lain melalui ceramah yang disampaikan.
Pengkaji berpendapat bahawa kaedah nyanyian dan simulasi ini boleh diperluaskan dalam tajuk ’Phases of the Moon’ dengan nyanyian lagu dalam Bahasa Inggeris dan simulasi. Dengan pengembangan skop ini, murid-murid mempunyai pilihan untuk menjawab soalan ’Fasa-fasa bulan’ dalam dwibahasa yang mana diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.