• Tidak ada hasil yang ditemukan

SENI VISUAL DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUDAT SABAH: SATU KAJIAN KES

Dalam dokumen msia2.pdf (Halaman 64-67)

George Tamaki and Sabariah Sharif

Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

[email protected]

Abstrak

Pendidikan Seni Visual sering dianggap mata pelajaran yang tidak mencabar dan hanya mata pelajaran elektif untuk pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah. Anggapan ini telah menyebabkan pelajar tidak berminat dalam merasa bosan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dilaksanakan di dalam kelas. Bagi mengubah anggapan negatif masyarakat terhadap mata pelajaran ini, amalan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi perkara pokok yang dikaji dalam penyelidikan ini. Guru memainkan peranan utama dalam merealisasikan pengajaran dan pembelajaran kreatif di dalam bilik darjah. Oleh itu, tema kefahaman guru terhadap konsep kreativiti merupakan tema yang menjadi asas kepada amalan kreativiti pengajaran dan pembelajaran. Kefahaman yang mendalam tentang konsep kreativiti dapat membantu guru PSV untuk lebih melihat kreativiti itu sendiri dari sudut yang lebih luas seterusnya menterjemahkan kefahaman tersebut di dalam pengajaran di bilik darjah. Keupayaan guru dalam memahami maksud dan definisi kreativiti membezakan kecenderungan dan keupayaan guru tersebut dalam amalan kreativiti dalam pengajaran. Namun melalui kajian kualitatif kajian kes ini, selain daripada kefahaman konsep kreativiti, terbukti bahawa terdapat aspek-aspek lain yang sama pentingnya dengan kefahaman konsep kreativiti yang perlu dikuasai oleh guru dalam merealisasikan amalan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Dapatan kajian menunjukkan amalan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran PSV bagi subjek-subjek kajian adalah berbeza bukan setakat berdasarkan kefahaman konsep kreativiti sahaja tetapi juga disokong oleh faktor-faktor pengetahuan dan kemahiran seni guru dan pelajar, kaedah mengajar, penyebatian elemen-elemen kreativiti, motivasi dan bimbingan guru, kebebasan pelajar berfikir dan penguasaan guru tentang isi kandungan PSV. Teori Proses Kreativiti Terarah Plsek (1979) yang diadaptasikan dengan Model Pengajaran Konstruktivisme digunakan dalam melihat amalan kreativiti guru melalui fasa persediaan, fasa imaginasi, fasa perkembangan dan fasa tindakan. Indikasi amalan kreativiti yang dirujuk dalam kajian ini adalah berdasarkan indikasi kreativiti yang disarankan dalam Buku Panduan Kreativiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM, 2011)

Kata kunci: Amalan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran, guru Pendidikan Seni Visual, kefahaman konsep kreativiti,

Abstract

Visual Arts Education is often considered not challenging subjects and elective subjects only for students with low achievement. This

59 assumption has led to students who are not interested in art getting

bored during the teaching and learning of Visual Art Education in the classroom. In order to change the negative public opinion on art education, the practice of creativity in teaching and learning in the subject of the visual art education is carried out in this research. Teachers play a key role in the realization of creative teaching and learning in the classroom. Thus, the theme of teacher understanding of the concept of creativity is a theme which is fundamental to the practice of creative teaching and learning. A thorough understanding of the concept of creativity can help visual art teachers to comprehend in depth about the creativity itself from a wider angle and apparently to translate their understanding in classroom teaching. Teachers’ ability to understand the meaning and definition of creativity will distinguish their ability to instill the practice of creativity in their teaching. Yet through a qualitative study of this case study, in addition to understanding the concept of creativity, proving that there are other aspects as important as understanding the concept of creativity is needed by teachers in realizing the practice of creativity in teaching and learning of Visual Art Education. The results showed the practice of creativity in teaching and learning of visual art for the study subjects are different not only based on the understanding of the concepts of creativity, but also supported by factors such knowledge and artistic skills of teachers and students, teaching methods, infusing elements of creativity, motivation and guidance of teachers, students freedom to think and teachers share the contents of visual art syllabus. The theory used in the process of creativity Plsek see the creativity of the teacher practice through the preparation phase , the phase of the imagination , the development phase and the action phase. The Indications of creativity practice in this study is referred to the indications suggested in the Handbook of Creativity by Ministry of Education (KPM, 2011)

Keywords: Creativity practice in teaching and learning, Visual art teachers, understanding the concept of creativity

PENGENALAN

Amalan kreatif dalam pengajaran semakin mendapat perhatian di seluruh dunia. Pelaksanaan amalan ini berupaya membentuk suasana pembelajaran yang kondusif, membina perkembangan kognitif murid, peramal kepada pencapaian dan kejayaan akademik serta menjadikan pembelajaran lebih bermakna (Freund & Holling, 2008). Amalan kreatif bermula daripada penerapan budaya kreativiti. Menurut Rinkevich (2011), budaya kreativiti seharusnya dipupuk demi menggalakkan pembelajaran murid. Salah satu aspek yang dititikberatkan dalam kurikulum Pendidikan ialah kemahiran berfikir secara kreatif. Justeru itulah Pendidikan Seni Visual (PSV) diajar kepada para pelajar untuk memahami dan membentuk pemikiran yang kreatif. Peranan guru adalah penting bagi memastikan pelajar-pelajar dapat memaksimumkan masa pembelajaran mereka didalam kelas. Bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, proses kreatif adalah menjadi tunjang kurikulum mata pelajaran tersebut (BPKKPM, 2011). Bagi memenuhi keperluan negara di abad ke-21, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 memberi penekanan untuk membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif (KPM, 2006). Penekanan ini diperkasakan lagi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Bagi memungkinkan pelajar bersedia untuk bersaing dalam pasaran global, mereka harus berupaya untuk berfikir secara kreatif. Pemikiran kreatif dan keupayaan untuk menyelesaikan masalah secara unik adalah kemahiran global yang tidak boleh disalurkan

60 kepada dunia pengeluar produk yang cekap (Parker, 2008). Di Amerika, pendidikan dilihat sebagai satu bidang yang perlu bagi mewujudkan satu generasi baru pemikir kreatif untuk kekal sebagai peneraju ekonomi dunia. Oleh kerana keupayaan untuk berfikir secara kreatif begitu penting untuk kelangsungan ekonomi, ia adalah penting bahawa kurikulum di sekolah direka bentuk bertujuan untuk memupuk generasi pemikir kreatif (Beach, 2007). Pendidikan seni visual adalah tempat yang di mana pelajar boleh belajar kemahiran berfikir kreatif. Pengalaman seni visual dan peningkatan kreativiti memberi inspirasi kepada para pendidik yang mengiktiraf nilai pendidikan seni visual dan kesannya ialah pada kreativiti pelajar (Parker, 2008).

PERNYATAAN MASALAH

Isu yang menjadi fokus perbincangan dalam kajian ini bermula dengan pelajar yang mengambil mata pelajaran PSV tidak berminat dan bosan dengan mata pelajaran tersebut. Kajian yang telah dijalankan oleh Iberahim (2000) di kalangan pelajar di beberapa buah sekolah di negara ini terhadap mata pelajaran PSV, mendapati sebahagian daripada tanggapan pelajar terhadap Pendidikan Seni ialah mata pelajaran ini tidak memberi faedah, membosankan kerana belajar benda yang sama dari sekolah rendah hingga sekolah menengah dan juga pelajaran hanya menyeronokkan jikalau guru menyediakan pelajaran baru yang mencabar. Hakikatnya, PSV sering dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tidak mencabar minda, dan hanya di ajar di kelas-kelas yang mempunyai pelajar berpencapaian akademik rendah (Sajap, 2006). Peranan pelajar hanyalah sebagai menjalankan proses pembelajaran dan menerima apa juga keputusan yang diberikan oleh guru.

Guru-guru PSV kurang menekankan aspek kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Kreativiti merupakan antara aspek kemahiran modal insan yang penting. Namun, kajian lepas menunjukkan bahawa sebahagian besar guru di Malaysia tidak berusaha memupuk kreativiti pelajar dalam bilik darjah. Sebaliknya, kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat tindakan dan tingkah laku guru dalam bilik darjah yang melumpuhkan kreativiti pelajar (Mohd Mohsin & Nasruddin, 2008). Antara sebab utama mengapa senario bosan dan tidak minat terhadap mata pelajaran PSV ini adalah ramai di kalangan guru yang mengajar PSV adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran PSV dan kurang kemahiran kreatif (Iberahim, 2000). Ini adalah kerana sebilangan besar guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini adalah guru-guru pelbagai opsyen yang tidak mendapat latihan dan pengkhususan dalam bidang PSV. Disebabkan kekurangan guru opsyen PSV, guru-guru selain daripada opsyen PSV diminta untuk mengajar mata pelajaran ini dengan alasan untuk mencukupkan jumlah waktu mengajar dan juga kerana guru Pendidikan Seni Visual (GPSV) tidak mencukupi. Dakwaan ini dapat dilihat dengan jelas apabila guru-guru PSV menilai hasil seni pelajar. Perkara yang sering berlaku di sekolah ialah guru-guru PSV biasanya hanya memberi markah yang tinggi kepada hasil kerja yang disukai (Sternberg, 2002).

Permasalahan ditambah lagi dengan kekurangan guru opsyen bidang PSV menyebabkan pihak sekolah tidak dapat mengelak daripada meletakkan guru bukan opsyen PSV mengajar mata pelajaran ini. Guru didapati masih belum dapat memahami prinsip dan konsep PSV dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan. Pembelajaran murid hanya dapat diukur berdasarkan output produk seni dan bukannya proses pendidikan yang lebih mementingkan pengalaman kurikulum sebenar (Hassan, 2000). Bukan sahaja guru-guru bukan opsyen tidak menguasai isi kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual, guru-guru ini juga didapati kurang kreatif dalam pengajaran di bilik darjah.

Selain itu, faktor pengaruh guru subjek lain juga mempengaruhi minat pelajar terhadap subjek PSV. Terdapat guru yang memandang rendah subjek PSV. Malah menganggap pelajar yang mengambil subjek tersebut sebagai pelajar yang lemah dan memandang rendah terhadap mereka (Narayanasamy, 2000). Guru seperti ini juga sering mempengaruhi pelajar lain agar tidak mengambil subjek seni dan mengatakan subjek tersebut

61 tiada masa depan. Maka dengan itu, di atas sifat naif sebagai pelajar, mereka terpengaruh dengan kata-kata guru tersebut (Siti Hayati, 2011). Menurut kajian yang telah dijalankan (Iberahim, 2000), juga mendapati ramai dikalangan guru-guru yang mengajar PSV adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran PSV dan bukan membuat pengkhususan dalam Pendidikan Seni. Kebanyakan pengajaran adalah dalam bentuk sehala, dan hanya mengikut rasa guru tersebut sahaja. Biasanya guru akan memberikan tajuk tertentu dan meminta pelajar melukis menurut tajuk yang diberikan pada hari tersebut.

Dalam kajian ini, tema kefahaman guru terhadap konsep kreativiti dilihat sebagai salah satu punca mengapa pengajaran guru PSV tidak kreatif. Kegagalan guru menguasai kefahaman konsep kreativiti dianggap antara sebab utama guru gagal mewujudkan pengajaran yang kreatif. Namun, terdapat juga kajian yang berkaitan dengan kreativiti yang melibatkan faktor lain yang menyebabkan pengajaran guru kurang kreatif, iaitu aspek pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru, aspek motivasi dan bimbingan daripada guru termasuklah aktiviti pengajaran yang kurang menarik turut menyumbang kepada pengajaran yang kurang menarik. Oleh itu kajian ini diperlukan untuk mengetahui keadaan dan juga gambaran sebenar yang sedang berlaku di sekolah mengenai dengan amalan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran PSV. Disamping itu, kajian ini juga diharap dapat memperbaiki usaha untuk meningkatkan keupayaan PSV demi untuk meningkatkan kreativiti pelajar.

Dalam dokumen msia2.pdf (Halaman 64-67)