BAB 7
PENYEDIAAN TEKS:
KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN
TEKS UCAPAN
TOPIK UTAMA
•
PENGENALAN
•
KATA ALU-ALUAN
•
PRAKATA
•
TEKS UCAPAN
•
KESIMPULAN
PENGENALAN
•
Sesebuah teks yang berformat mesti
mempunyai pelbagai dokumen yang bersistem.
•
Teks yang lengkap dengan format yang khusus
akan lebih berkesan dan sistematik.
•
Kata alu-aluan, prakata dan teks ucapan yang
berkesan dan sistematik dapat membantu
KATA ALU-ALUAN
•
Kata-kata yang disampaikan sama ada secara
lisan ataupun tulisan bertujuan untuk
mengalu-alukan sesuatu perkara.
•
Lazimnya didapati dalam buku cenderamata
yang diedarkan kepada jemputan dalam
majlis-majlis rasmi seperti seminar, persidangan,
mesyuarat agung, majlis perasmian dan
sebagainya.
Format Kata Alu-aluan
• Kata alu-aluan tidak mempunyai format yang khusus.
• Walau bagaimanapun, kebiasaannya kata alu-aluan ditulis dengan menggunakan 5 ciri berikut:
1. Tajuk
Menggunakan pelbagai frasa yang menarik
seperti ‘Sekapur Sirih, Seulas Pinang’, ‘Seuntai Bahasa, Sekilas Rasa’
2. Gambar penulis
Gambar diperlukan untuk menunjukan tanda takzim dan hormat kepada penulis kata alu-aluan
3. Kandungan
i. Pengenalan - ringkas, dengan hanya mengucapkan kesyukuran, rakaman ucapan terima kasih atau
memberi salam
ii. Isi - harus disesuaikan dengan majlis - Ditulis berperenggan
a. Permulaan- salam permulaan, ucapan terima kasih
b. Ulasan tentang majlis – ditujukan kepada penganjur yang menjayakan majlis
c. Harapan penulis
iii. Penutup - ringkas, seperti ‘Sekian, terima kasih’ atau ‘Semoga berjaya’
4. Tanda tangan
Tanda tangan diperlukan untuk mengesahkan tulisan kata alu-aluan tersebut daripada penulis yang sebenar.
5. Nama penuh dan gelaran
Nama penuh dan gelaran diperlukan untuk memudahkan urusan salutasi
Contoh:
Tajuk Pengenalan Isi 1 Isi 2 Isi 3 Penutup Tanda tangan
Nama penuh / gelaran
Gambar Foto Terbaru
PRAKATA
•
Kata-kata pendahuluan daripada penulis
tentang buku yang ditulisnya.
•
Boleh didapati dalam buku-buku terutamanya
buku bercorak ilmiah.
•
Lazimnya ditulis oleh pengarang sendiri.
•
Terdapat juga prakata yang ditulis oleh orang
lain, dan orang tersebut mesti seorang yang
pakar dalam bidang berkaitan buku yang
Kandungan Prakata
• Menyampaikan hasrat pengarang kepada pembaca tentang buku yang ditulisnya iaitu semoga pembaca mendapat faedah daripadanya.
• Menyatakan apa yang dikaji dan masalah semasa membuat kajian sekiranya buku tersebut ialah buku hasil kajian.
• Menyatakan sampel kajian dan kawasan kajian serta hal-hal yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan.
• Merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat.
Format Prakata
•
Tajuk ditulis dengan huruf besar – PRAKATA
•
Kandungan ditulis berperenggan
•
Nama penulis ditulis di bahagian bawah
berserta gelaran atau jawatan (jika ada)
TEKS UCAPAN
• Teks ucapan ialah apa yang diucapkan, perkataan, syarahan, pidato, kata-kata penghargaan ataupun kata-kata yang melahirkan terima kasih.
• Menyampaikan idea-idea secara lisan kepada khalayak dalam bentuk pidato.
• Ucapan biasanya disampaikan dalam majlis tertentu seperti majlis perasmian, majlis pelancaran sesuatu projek dan majlis perpisahan .
Panduan Menulis Teks Ucapan
Secara Umum
• Perlu memberi penekanan pada aspek maklumat dan penyusunan maklumat supaya mesej dapat disampaikan dengan berkesan.
• Perlu memikirkan keperluan audiens atau pembaca dan suasana majlis sama ada formal ataupun tidak formal.
• Perlu membuat pertimbangan yang teliti untuk memperbaiki serta melengkapkan bahan dengan tujuan untuk meningkatkan mutu penulisan.
• Terbahagi kepada 3 peringkat: 1. Peringkat perancangan
Penulis perlu mengenal pasti perkara atau subjek yang hendak ditulis.
2. Peringkat penulisan
Penulis perlu menyusun idea dengan sempurna, jelas dan sistematik bagi menggambarkan satu kesatuan fikiran atau idea
3. Peringkat menyemak
Penulis perlu mengenal pasti masalah yang terdapat dalam bahan yang merupakan draf awal penulisan.
Jenis-jenis teks ucapan
• Teks ucapan alu-aluan ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tuan rumah dalam sesuatu majlis. Teks ucapan ini selalunya ditulis dengan ringkas tetapi ada juga yang panjang bergantung pada kehendak pihak penganjur majlis. Teks ucapan ini mengandungi ucapan alu-aluan selamat datang dan ucapan terima kasih kepada tamu kehormat dan para
jemputan.
Selain itu, dalam teks ucapan alu-aluan juga akan disampaikan harapan pihak penganjur, objektif majlis dan penghargaan kepada orang yang
membantu melaksanakan majlis. Kadangkala dalam teks ucapan alu-aluan juga turut dimasukkan laporan kejayaan sesuatu organisasi atau institusi.
• Teks ucapan perasmian ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tamu kehormat bagi sesuatu majlis. Teks ucapan perasmian selalunya lebih panjang daripada teks ucapan alu-aluan.
Teks ucapan perasmian mengandungi ucapan terima kasih kepada tuan rumah yang mengundang,
maklumat yang berkaitan dengan majlis,
perkembangan institusi yang mengundang dan harapan tetamu
• Teks ucapan perpisahan merupakan teks ucapan yang disampaikan dalam majlis perpisahan. Teks ucapan perpisahan terbahagi kepada teks ucapan pihak yang menganjurkan majlis dan teks ucapan yang dibalas oleh orang yang diraikan.
Teks ucapan perpisahan yang disampaikan oleh pihak penganjur selalunya mengandungi ucapan terima
kasih dan puji-pujian atas jasa yang disumbangkan oleh orang yang diraikan. Selain itu, terdapat juga harapan penganjur kepada orang yang diraikan.
• Teks ucapan balas yang disampaikan oleh orang yang diraikan pula mengandungi ucapan terima kasih
kepada pihak penganjur dan puji-pujian terhadap rakan setugas dan kaki-tangan bawahan.
Selain itu, dalam teks ini juga lazimnya dimasukkan permohonan maaf dan menyatakan detik-detik indah atau manis ketika berkhidmat serta pelawaan kepada semua rakan dan kakitangan untuk berkunjung ke
Prapersediaan dalam
menyediakan teks ucapan
•
i. Untuk siapakah teks ucapan itu disediakan?
Sebagai penulis teks ucapan, anda perlu
mengetahui orang yang akan membaca teks
tersebut. Hal ini demikian kerana teks ucapan
yang ditulis mesti selari dengan jawatan,
perawakan dan latar belakang pendidikan
orang tersebut.
ii. Siapakah audiens yang
mendengar ucapan tersebut?
• Penulis teks ucapan perlu mengetahui audiens yang mendengar ucapan tersebut sebelum mula menulis teks ucapan tertentu. Hal ini demikian kerana teks ucapan yang ditulis perlu juga sesuai dengan tahap pengetahuan audiens. Jika teks yang ditulis untuk disampaikan kepada audiens yang dalam golongan pelajar sekolah menengah, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan tahap pemikiran pelajar sekolah menengah. Dengan kata lain, penulis teks ucapan mestilah memastikan bahawa teks yang ditulis sesuai dengan tahap pemikiran audiens yang akan mendengar ucapan tersebut.
iii. Siapakah tetamu yang akan
hadir?
• Tetamu yang akan hadir juga perlu diambil tahu oleh penulis teks ucapan. Oleh itu, penulis teks ucapan perlu mendapatkan nama tetamu dengan tepat
berserta jawatan dan kedudukan tetamu mengikut peringkat yang ditetap-kan oleh pihak penganjur.
Dengan mengetahui tetamu yang akan hadir, penulis teks ucapan dapat menyusun bahagian kata
alu-aluan tersebut mengikut protokol dan hal ini dapat memastikan tiada pihak yang berkecil hati kerana nama mereka tidak disebut atau tersalah panggilan hormatnya.
iv. Apakah tujuan majlis tersebut?
•
Tujuan majlis juga perlu diketahui oleh penulis
teks ucapan. Tujuan majlis penting dalam
penulisan teks ucapan. Teks ucapan alu-aluan
terutamanya perlu menyentuh tujuan majlis
tersebut diadakan. Jadi, jika penulis teks
ucapan tidak mengetahui tujuan majlis
diadakan, maka longgarlah isi teks ucapan
yang ditulis.
v. Berapa lamakah ucapan
tersebut perlu berlangsung?
• Setiap teks ucapan yang ditulis bergantung pada masa yang diperuntukkan oleh penganjur. Teks ucapan yang baik ialah teks ucapan yang dapat mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Jadi, penulis teks ucapan perlu mengetahui masa yang ditetapkan oleh penganjur bagi setiap teks ucapan yang diperlukan. Sebagai contohnya, jika masa yang
diperuntukkan selama lima minit untuk tamu kehormat menyampaikan ucapan, maka teks yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 10 muka surat bersaiz setengah A4 yang ditaip dengan tulisan bersaiz 16 dengan langkauan dua baris
Proses Menulis
•
Penulisan ialah satu proses.
•
Menghasilkan penulisan yang berkesan
memerlukan satu proses menulis yang
sistematik.
•
McCuen dan Winkler (1990) mencadangkan
2 kaedah dalam menulis sesuatu penulisan
iaitu:
1. Menulis (writing)
1. Menulis
a. Perancangan penulisan i. Prapenulisan
- berfikir
- memilih tajuk
- membentuk dan mengawal idea ii. Draf penulisan pertama
- mencipta (membuat penulisan bebas) - mengingati fakta yang berkaitan
- memerhati (pencerapan secara kritis) - menyelidik (guna pelbagai kaedah)
b. Penyusunan
- Draf penulisan kedua
- Merancang dan menyusun (pilih, rancang dan susun bahan yang diperlukan)
c. Penulisan
- Draf penulisan ketiga
- Menulis (menulis berdasarkan draf yang telah dihasilkan)
d. Penyemakan
- Masih dalam draf penulisan ketiga
- Menyemak dan mengedit (proses menyunting penulisan)
- Terbahagi kepada dua iaitu: i. Penyuntingan Substantif
Penyuntingan secara umum atau menyeluruh ii. Penyuntingan Kopi
Aspek Penyuntingan Substantif
• Penelitian dibuat mengenai:
a. Tema wacana - tajuk bersesuaian dengan isi
b. Kesinambungan / hubungan antara bahagian, bab dan tajuk - penyusunan isi secara lojik
c. Kesesuaian isi dengan pembaca sasaran
d. Kesesuaian isi / idea dengan dasar penerbit dan tidak menyalahi etika, agama dan undang-
e. Kesempurnaan / kekurangan isi - tentukan perkara utama / kurang utama
f. Kelancaran isi - elakkan kelewahan/mubazir g. Kesahihan fakta - mestilah dapat
dipertanggungjawabkan
h. Keseimbangan dari segi panjang pendek antara bahagian, bab dan tajuk
Aspek Penyuntingan Kopi
• Penggunaan kamus, tesaurus, buku tatabahasa, pedoman istilah sebagai rujukan
• Penelitian dibuat mengenai: a. Fakta
b. Bahasa - kosa kata, tatabahasa, ayat &
pemerengganan,ejaan, istilah, tanda baca, penomboran
c. Gaya persembahan - jadual kandungan, nombor
halaman, tajuk, subtajuk, petikan, bibliografi d. Ilustrasi
2. Menulis semula
a. Menulis semula
Menulis semula selepas menjalankan aktiviti penyuntingan.
b. Salinan akhir
i. Dari segi kandungan
Jelas, tepat, ringkas, dan berpaut ii. Dari segi fizikal