• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Lt. Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin Sempena Perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat KUKUM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Lt. Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin Sempena Perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat KUKUM"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN LT. KOL. PROF. DATO’ DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA PERASMIAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT

KUKUM PADA 4 OKTOBER 2006.

Bismillah hirrahman nirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Zul Azhar Zahid Jamal Timbalan Rektor KUKUM (Penyelidikan Dan Inovasi)

Pegawai-Pegawai Utama KUKUM,

Dekan-Dekan Dan Ketua-Ketua Jabatan

Dan Warga Kerja KUKUM Yang Dikasihi.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat jua kita bersama-sama meluangkan masa dan waktu untuk mengikuti dan seterusnya menghayati Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat KUKUM 1417 Hijrah/2006 Masihi.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa penganjur Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat KUKUM kerana telah berjaya merangka kerja, melaksana upacara menganjurkan majlis tilawah Al-Quran pada tahun ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kemerduan dan keenakkan aluanan bacaan Al-Quran adalah manifestasi keindahan dan ketertiban bahasa yang terdapat pada kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T.

berbagai-bagai kaedah dan gaya bahasa digunakan untuk menyerlahkan keindahan bahasa ayat-ayat suci Al-Qur’an.

(2)

Ini terbukti, sehingga kini tiada siapa yang mampu mencipta walaupun satu ayat bagi menandingi keindahan bahasa Al-Quran, walaupun setelah lebih 1400 tahun cabaran yang dikemukakan kepada mereka yang ingkar dan meragui kebenaran Al-Quran.

Penganjuran majlis tilawah Al-Quran ini bukan sekadar untuk memperdengarkan kemerduan atau kelunakan suara para qari atau qariahnya tetapi apa yang lebih penting adalah mesej yang hendak disampaikan dan pengertiannya kepada penonton.

Penghayatan kepada kandungan ayat suci Al-Quran terutama di bulan ramadan ini diharapkan akan memberi kita inspirasi dan galakan untuk kita lebih berusaha mendekatkan diri pada ilahi. Seperti mana maksud ayat di bawah ini ...

"Bulan ramadan yang padanya Al-Quran diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas dari petunjuk itu, dan pembeza.

Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan dari hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan, dan mengagungkan Allah, bahawa dia telah memberi petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih." (2:185)

Justeru, sempena bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, marilah kita memperbaharui tekad dan usaha kita untuk meningkatkan ilmu dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. semakin berilmu seseorang hamba Allah itu, semakin dia insaf, tunduk dan yakin pada keesaan allah. Jadilah kita umpama padi semakin tunduk semakin berisi.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk merakamkan ucapan tahniah kepada jawatankuasa penganjur Majlis Tilawah Al-Qur’an Peringkat KUKUM dan semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penganjuran program ini.

(3)

Insyallah, kita akan meneruskan program-program seumpama ini di masa-masa akan datang. Semoga dengan penganjuran majlis seperti ini akan dapat melahirkan warga KUKUM yang berpotensi untuk diketengahkan dalam bidang tilawah Al-Quran. Dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim saya merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat KUKUM 1417 Hijrah/2006 Masihi ini. Saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Sebelum mengakhiri ucapan, saya bagi pihak Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia, sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat

Dalam usaha melahirkan graduan yang mempunyai ciri-ciri unggul dan hebat KUKUM telah merancang untuk melaksanakan pembangunan sahsiah pelajar yang berteraskan kepada konsep JERIS, iaitu

SAYA AMAT BERHARAP HUBUNGAN KERJASAMA YANG BAIK ANTARA KUKUM DENGAN PDRM DAN REJIMEN 504 ASKAR WATAHNIAH DAPAT DIKEKALKAN WALAUPUN TANPA KEDUA-DUA ORANG INSAN YANG KITA RAIKAN PADA

TERLEBIH DAHULU, SAYA INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAUN KELADI YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERHORMAT, DATO’ CHOR CHEE CHEUNG, PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN MCA NEGERI

TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA BARISAN TETAMU DAN DIF-DIF KEHORMAT YANG TELAH SUDI HADIR KE KEJOHANAN OLAHRAGA TERTUTUP KUKUM 2005 INI TERUTAMANYA

Berkat kasih, sayang dan rezeki yang dicurahkan itu lah mengizinkan kita semua pada malam ini untuk bersama-sama meraikan Sambutan Tahun Baru Cina 2006 Bersama KUKUM Di Kampung Wai,

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada ketua-ketua jabatan, pegawai luar yang terlibat dan staf yang hadir pada hari ini kerana bersikap positif melangkah

Bengkel ini merupakan salah satu daripada aktiviti ‘seven pillar’ yang diwajibkan kepada semua pelajar KUKUM Hadirin sekalian, Seperti yang kita sedia maklum, pelajar-pelajar tahun 3