• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Lt. Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin, Rektor KUKUM Program Pendidikan Kesihatan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Lt. Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin, Rektor KUKUM Program Pendidikan Kesihatan"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

LT. KOL. PROF. DATO’ DR. KAMARUDIN HUSSIN, REKTOR KUKUM

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN

PADA 25 MEI 2006 BERTEMPAT DI KG. WAI, KUALA PERLIS

Bismillahir-Rahmanir-Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md Shakaff, Timbalan Rektor KUKUM (Akademik Dan Pengantarabangsaan )

Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Zul Azhar Zahid Jamal Timbalan Rektor KUKUM (Penyelidikan Dan Inovasi)

Yang Berusaha Datin Noridah Binti Yangman, Pengerusi PISKANITA KUKUM

Yang berusaha, Puan Zaidah Binti Jaafar, dan Prof. Madya Dr. Zuraidah Binti Mohd Zain Selaku Naib Pengerusi PISKANITA KUKUM

Yang dihormati Dr. Zulhizam Abdullah, Pegawai Kesihatan 2,

Pegawai-Pegawai Utama KUKUM, Jawatankuasa PISKANITA, Pegawai-

(2)

pegawai dari Pejabat Kesihatan, Klinik Pergigian dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Dekan-Dekan Dan Ketua-Ketua Jabatan KUKUM Warga Kerja dan Staf KUKUM yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah saya merafa’kan kesyukuran kehadrat Allah kerana sekali lagi dapat kita bertemu dalam “Program Pendidikan Kesihatan” yang pertama kali diadakan oleh PISKANITA. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datin Noridah Binti Yangman Pengerusi PISKANITA kerana dapat memimpin persatuan ini dengan begitu baik sekali bersama-sama angkatan Jawatankuasa PISKANITA dalam menyempurkan kerja, melaksanakan upacara dengan penuh jayanya. Saya percaya tanpa kerja keras dan inisiatif mereka, mungkin majlis yang indah ini tidak akan dapat dilaksanakan.

Hadirin Hadirat Sekalian

Kesihatan adalah suatu nikmat yang diperlukan oleh setiap orang pada setiap masa dan tanpanya kita tidak dapat menguruskan tugas harian kita sama ada di pejabat mahupun di rumah. Ramai orang beranggapan, mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga yang beranggapan

(3)

bahawa mereka tidak akan berdepan dengan masalah kesihatan. Namun mereka tidak sedar, setiap orang sebenarnya mempunyai risiko yang sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang anggota badan dalam diam.

Sikap suka meletakkan diri di dalam keadaan selesa menyebabkan ramai orang melepaskan peluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma. Ekoran daripada sikap ini, ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala. Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit telah sampai ke tahap serius.

Misalnya, kanser payudara masih merupakan kanser pembunuh utama di kalangan wanita malaysia. Daftar Kanser Kebangsaan 2003 Melaporkan seramai 3738 kes baru dikesan pada tahun 2003. Setiap seorang dari 19 orang wanita adalah berisiko mendapat kanser payudara sepanjang jangkahayat mereka. Namun kanser payudara ini boleh dielakkan sekiranya pemeriksaan awal dilakukan. Malah, kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah dengan membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal.

(4)

Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Di sinilah peranan yang perlu dimainkan oleh PISKANITA bagi meningkatkan kesedaran di kalangan wanita dan keluarga terutamanya warga KUKUM dan seterusnya masyarakat di sekeliling dalam memberi pendidikan kesihatan mengenai penyakit ini. Saya yakin melalui program seumpama ini, kita dapat membina satu masyarakat yang berilmu, berwibawa dan akan membuat keputusan dan tindakan yang bertanggungjawab serta tepat berasaskan pengetahuan. Dalam era moden dan teknologi maklumat canggih, banyak fakta dan maklumat kesihatan yang pada suatu masa dahulu hanya diketahui oleh bidang profesional perubatan, kini disebarkan kepada orang awam dengan begitu cepat dan mudah. Oleh itu, kita perlu membaca dan dapatkan ilmu dari semua sumber, tetapi perlu juga bijak menapiskan fakta-fakta yang tepat, betul dan berfaedah.

Saya juga ingin mengesyorkan kepada ketua-ketua jabatan lain mengambil inisiatif seperti ini untuk memajukan kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan pegawai dan kakitangan jabatan serta keluarga masing- masing. Ini adalah satu cara terbaik untuk membuktikan tanggungjawab sosial kita sebagai pemimpin organisasi. Di akhir kata, mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan sebelum membuat pemeriksaan

(5)

berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada ketua-ketua jabatan, pegawai luar yang terlibat dan staf yang hadir pada hari ini kerana bersikap positif melangkah kaki hadir pada program pendidikan kesihatan ini. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada pihak penganjur di atas usaha mengaturkan program hari ini yang meliputi pelbagai kesihatan. Semoga usaha ini dapat sambutan baik dan penglibatan aktif daripada setiap individu dan maklumat yang diperolehi digunakan untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga.

Dengan ucapan Bismillah hirrahma nirrahim, saya dengan ini merasmikan Program Pendidikan Kesihatan. Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

FASA PERTAMA DARI TAHUN 1991- 1996 TELAH MEMFOKUSKAN KEPADA PENYAKIT-PENYAKIT ZAMAN MODEN SEPERTI PENYAKIT JANTUNG, AIDS, KERACUNAN MAKANAN, KESIHATAN KANAK-KANAK, KANSER DAN DIABETES

TERLEBIH DAHULU, PATIK BAGI SELURUH WARGA KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA KUKUM INGIN MERAFAK SEMBAH, MENJUNJUNG KASIH YANG TIDAK TERHINGGA, DI ATAS PERKENAN DULI TUANKU

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN, TERLEBIH DAHULU, PATIK BAGI SELURUH WARGA KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA KUKUM INGIN MERAFAK SEMBAH, MENJUNJUNG KASIH YANG TIDAK

WAKIL-WAKIL MEDIA INDONESIA WARGA KERJA KUKUM MAHASISWA DAN MAHASISWI SEKALIAN SAYA INGIN MEMANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SUBBHANAWA TAALA KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN IZIN

SELAIN DARIPADA ITU JUGA, SAYA AMAT BERHARAP HASIL DARIPADA PROGRAM PENDEDAHAN INDUSTRI INI DAPAT MENCAPAI SALAH SATU OBJEKTIFNYA IAITU DAPAT MEMENUHI SYARAT DAN GARIS PANDUAN YANG

PANTAS MEREKA AKAN MENJAWAB, BUDAYA DI MALAYSIA SANGAT UNIK KERANA WALAUPUN NEGARA INI BERBILANG BANGSA MAHUPUN AGAMA NAMUN TIDAK ADA MANA-MANA BUDAYA KAUM YANG MENDOMINASI AKAR UMBI

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk merakamkan ucapan tahniah kepada jawatankuasa penganjur Majlis Tilawah Al-Qur’an Peringkat KUKUM dan semua

Sebelum mengundurkan diri, saya dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin kerana sudi hadir pada hari ini Dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim, saya