• Tidak ada hasil yang ditemukan

teks ucapan lt. kol. prof. dato' dr. kamarudin hussin, rektor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "teks ucapan lt. kol. prof. dato' dr. kamarudin hussin, rektor"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN LT. KOL. PROF. DATO’ DR. KAMARUDIN HUSSIN, REKTOR KUKUM DI PROGRAM KOMUNITI 2006 KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

SIMPANG EMPAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT PADA 25 NOVEMBER 2006.

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Terima Kasih Kepada Yang Berusaha Pengerusi Majlis,

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Besar Perlis,

Yang Berhormat Encik Zahari Bin Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Simpang Empat,

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik Dan Pengantarabangsaan, KUKUM,

Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Rektor Penyelidikan Dan Inovasi, KUKUM,

Pegawai-Pegawai Utama KUKUM

Yang Berusaha Encik Zulkifli Abdul Rashid, Pengerusi Program Komuniti 2006 Kawasan Dewan Undangan Negeri Simpang Empat, Perlis,

Dekan-Dekan Dan Ketua-Ketua Jabatan,

Staf-Staf KUKUM, Guru Besar – Guru Besar, Guru-Guru Sekolah, Imam – Imam Dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid,

1

(2)

Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung,

Warga Kerja Program Komuniti 2006, Dan Mahasiswa-Mahasiswi Tahun Dua KUKUM Yang Dikasihi Sekalian.

Bersyukur kita ke hadraT Allah Subbahanu Wa Taala di atas limpah kurnia, kasih dan sayang serta dengan izin-nya dapat kita berkumpul bersama-sama pada petang yang penuh keberkatan ini di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Perlis.

sembah dan salam juga buat junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh kaum kerabat dan sahabat Baginda.

Alhamdulillah, semoga pertemuan kita di dalam program komuniti pada tahun ini yang diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri Simpang Empat, Perlis, diberkati illahi hendaknya.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih Kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Besar Perlis kerana telah sudi hadir dan seterusnya merasmikan majlis penutup program komuniti 2006.

Saya juga ingin mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat Encik Zahari Bin Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Simpang Empat, Perlis, kerana telah sudi hadir di dalam program kemasyarakatan anjuran KUKUM ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa program komuniti pelajar tahun 2 ini yang telah dipengerusikan oleh saudara Zulkifli Abdul Rashid kerana usaha gigih dan dedikasi tuan-tuan dan puan-puan semua dalam merancang, menyusun dan seterusnya menzahirkan program ini. Tidak dilupakan juga kepada semua pelajar tahun dua KUKUM yang telah bertungkus lumus dan bergotong-royong bersama-sama bagi menjayakan program bersama komuniti yang bersifat kemasyarakatan ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua kerana telah mengambil bahagian.

Hadirin dan hadirat sekalian,

2

(3)

Tujuan utama program komuniti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar KUKUM tentang aspek pembangunan insan. Sebentar tadi para pelajar telah bergandingan bahu dalam mengaplikasikan aspek ini dengan mengecat, mengemas, berkebun dan pelbagai cara lagi untuk mengindahkan sekolah-sekolah dan masjid-masjid yang terlibat dalam program ini. Saya pasti pihak masjid dan sekolah berasa bangga dengan apa yang telah anda lakukan sebentar tadi.

Para pelajar KUKUM yang saya kasihi,

Adalah menjadi tanggungjawab para pelajar untuk mengambil tahu tentang keadaan sekeliling khususnya di kawasan luar bandar kerana anda semualah yang akan memainkan peranan sebagai seorang jurutera masyarakat kelak. Sudah pasti para pelajar perlu diberi pendedahan secukupnya tentang realiti kehidupan masyarakat dan membantu mereka menyelesaikan masalah dan bersama-sama membangunkan masyarakat yang berkualiti. Selain itu, anda juga berperanan sebagai duta kecil bagi menyedarkan masyarakat untuk mencintai alam sekitar dan memeliharanya. Justeru, menjadi harapan KUKUM agar semua pelajar dapat mengintegrasi dan merealisasikan peranan ini kepada masyarakat melalui program sebegini. Para pelajar seharusnya mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin untuk berbakti kepada masyarakat.

Para hadirin sekalian,

Akhir kata sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pusat pengajian kejuruteraan pembuatan dan pusat pengajian kejuruteraan mekatronik di atas usaha penganjuran program komuniti 2006 ini. Tidak dilupakan juga sekalung tahniah kepada semua pelajar di atas penyertaan mereka bagi merealisasikan program ini.

3

(4)

Jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim, Menteri Besar Perlis kerana telah sudi hadir dan merasmikan majlis penutup program komuniti 2006 di dewan undangan negeri kawasan simpang empat ini.

Awal bismillah pembuka surah, Asyik didengar tika didendang, Masjid dan sekolah cantiklah sudah, Berseri-seri mata memandang.

Sekian, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih.

4

Referensi

Dokumen terkait

FASA PERTAMA DARI TAHUN 1991- 1996 TELAH MEMFOKUSKAN KEPADA PENYAKIT-PENYAKIT ZAMAN MODEN SEPERTI PENYAKIT JANTUNG, AIDS, KERACUNAN MAKANAN, KESIHATAN KANAK-KANAK, KANSER DAN DIABETES

TERLEBIH DAHULU, PATIK BAGI SELURUH WARGA KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA KUKUM INGIN MERAFAK SEMBAH, MENJUNJUNG KASIH YANG TIDAK TERHINGGA, DI ATAS PERKENAN DULI TUANKU

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN, TERLEBIH DAHULU, PATIK BAGI SELURUH WARGA KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA KUKUM INGIN MERAFAK SEMBAH, MENJUNJUNG KASIH YANG TIDAK

Dato Seri Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis kerana sudi merasmikan majlis penutup kursus ini dan Yang Berbahagia Dato Yusof Jusoh kerana sudi hadir ke majlis ini dan juga para tetamu

SAYA AMAT BERHARAP HUBUNGAN KERJASAMA YANG BAIK ANTARA KUKUM DENGAN PDRM DAN REJIMEN 504 ASKAR WATAHNIAH DAPAT DIKEKALKAN WALAUPUN TANPA KEDUA-DUA ORANG INSAN YANG KITA RAIKAN PADA

TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PERHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM, MENTERI BESAR PERLIS INDERA

SEPERTI MANA KATA PAK SAMAD ISMAIL, “WARTAWAN SEJATI JARANG MAKAN GAJI TANPA MAKAN HATI” HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN, MAJLIS KUKUM BERSAMA MEDIA PADA MALAM INI ADALAH RESIPSI

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada ketua-ketua jabatan, pegawai luar yang terlibat dan staf yang hadir pada hari ini kerana bersikap positif melangkah