• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor UniMAP Bersempena Program Kempen Kesedaran Kanser MAKNA Jelajah IPTA 2007

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor UniMAP Bersempena Program Kempen Kesedaran Kanser MAKNA Jelajah IPTA 2007"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

TEKS UCAPAN

KOL. PROF. DATO’ DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP

BERSEMPENA PROGRAM KEMPEN KESEDARAN KANSER MAKNA JELAJAH IPTA 2007

anjuran

MAJLIS KANSER NASIONAL (MAKNA)

PADA 26 MAC 2007 BERTEMPAT DI DEWAN 2020, KANGAR, PERLIS.

Bismillahir-Rahmanir-Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Shahidan Bin Kassim, Menteri Besar Perlis

Yang Berhormat Dato’ Haji Che Sulaiman Shafie, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Berhormat Tuan Haji Ismail Osman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Ahli – Ahli Yang Berhormat. Dif – Dif Kehormat.

Yang Berbahagia Dato’ Mohd Farid Ariffin, Presiden Majlis Kanser Nasional (Makna).

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md Shakaff, Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa )

Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Zul Azhar Zahid Jamal Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi)

Pegawai-Pegawai Utama UniMAP. Dekan – Dekan Dan Ketua-Ketua Jabatan UniMAP.

ketua-ketua jabatan Negeri, Wakil—wakil MAKNA, Wakil-Wakil Media. Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Bersyukur ke hadrat Allah Subbahanu Wa Taala di atas limpah kurnia serta rezeki yang dicurahkan, kasih dan sayang–Nya mengizinkan kita semua hamba-Nya pada pagi ini

(2)

2

berkumpul bersama-sama di dalam Program Kempen Kesedaran Kanser MAKNA jelajah IPTA 2007 anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Terlebih dahulu, saya mewakili warga UniMAP ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Besar Perlis kerana sudi hadir dalam program pagi ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada barisan tetamu dan dif-dif kehormat yang sudi melapangkan masa, hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Sesungguhnya, kehadiran tuan- tuan dan puan-puan semua amat besar ertinya buat kami. Sesungguhnya kami memandang tinggi komitmen tuan-tuan dan puan-puan yang sentiasa menyokong apa jua program yang dianjurkan UniMAP. Jutaan terima kasih, syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak MAKNA dan jawatankuasa UniMAP kerana telah bekerja keras dan bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran program kita pada hari ini. Pengorbanan dan usaha gigih anda semua amat saya hargai.

Hadirin Dan Hadirat Sekalian,

Mengikut perangkaan, jumlah pesakit kanser di Malaysia telah meningkat dan dianggarkan sebanyak 40,000 kes baru yang dilaporkan setiap tahun. Kanser menyerang sesiapa sahaja tidak mengira warna kulit, kepercayaan agama atau status kita. Di Malaysia sahaja, terdapat empat jenis kanser yang dikenalpasti menjadi pembunuh rakyat di Malaysia iaitu Kanser Paru-paru, Kanser Payudara, Kanser Servik, dan Luekimia. Kanser paru-paru yang menjadi pembunuh utama kaum lelaki di Malaysia dan dikenalpasti sebanyak 90% adalah disebabkan oleh kegiatan merokok serta tidak kurang juga yang mendapat penyakit ini kerana menghidu asap rokok.

(3)

3

Kanser yang ke – 2, kanser yang biasa kita dengar dan menjadi penyebab nombor 1 kematian di kalangan kaum wanita di negara ini ialah kanser payudara. Dianggarkan setiap 3 minit, seorang wanita akan disahkan menghidap penyakit barah payudara di Amerika Syarikat. Setiap 11 minit, seorang wanita meninggal akibat serangan penyakit barah payudara di Amerika Syarikat. Kanser ini kalau tidak di kesan awal pada peringkat awal dan mendapat rawatan, ianya akan merebak ke paru-paru, tulang dan hati. Jika penyakit ini berjaya dikesan pada peringkat awal, semakin tinggilah peluang untuk penyembuhan yang sempurna.

Dengan paparan statistik tersebut, kita memerlukan pendedahan tentang penyakit berbahaya ini. Program yang dianjurkan oleh MAKNA pada pagi ini amat baik dan memberi manfaat yang besar kepada seluruh warga UniMAP dan masyarakat di negeri Perlis ini dalam usaha untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai kanser dan pengesanan kanser pada peringkat lebih awal. Ramai orang beranggapan, mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga yang beranggapan bahawa mereka tidak akan berdepan dengan masalah kesihatan. Namun mereka tidak sedar, setiap orang sebenarnya mempunyai risiko yang sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang anggota badan dalam diam.

Sikap suka meletakkan diri di dalam keadaan selesa menyebabkan ramai orang melepaskan peluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma. Ekoran daripada sikap ini, ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala. Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit telah sampai ke tahap serius.

(4)

4

Kita harus mengetahui apa itu kanser dan langkah-langkah untuk mencegahannya serta mengubah sikap kerana jumlah penghidap penyakit ini semakin bertambah dari setahun ke setahun akibat amalan pemakanan, kehidupan dan aktiviti yang tidak sihat di kalangan masyarakat. Saya amat berharap program ini akan terus menjadi pemangkin kepada kegiatan amal dan kemasyarakatan di masa-masa akan datang. Adalah menjadi hasrat dan cita-cita saya untuk melihat program ini mencapai objektif penganjurannya.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Shahidan Bin Kassim, Menteri Besar Perlis kerana sudi hadir ke majlis ini dan juga dif kehormat dan tetamu jemputan yang sentiasa menyokong keluarga UniMAP.Jutaan tahniah dan syabas sekali lagi kepada pihak penganjur yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran program kita pada pagi ini.

Sekian.

Referensi

Dokumen terkait

Terlebih dahulu patik bagi seluruh warga kerja Universiti Malaysia Perlis ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga di atas perkenan Tuanku berdua bercemar duli

Akhir kata, saya amat berharap agar semua yang hadir pada malam ini, sama ada ‘orang pertama’ atau ‘orang kedua’ atau insan yang keberapa sekalipun yang dinamai warga UniMAP,

Hadirin dan hadirat sekalian, Sebelum mengakhiri ucapan saya pada petang ini, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra kerana

Jutaan terima kasih saya titipkan buat Persatuan Bola Sepak Malaysia diatas kesudian bekerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis UniMAP bagi penganjuran Kursus Pengadil dan Penilai

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia FINAS di atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada Universiti Malaysia Perlis untuk menjadi

Justeru, saya amat mengharapkan agar warga UniMAP mengambil peluang yang hanya hadir setahun sekali ini, untuk menyempurnakan ibadat masing-masing dengan seikhlas hati dan pada masa

Saya yakin, tuan-tuan dan puan- puan yang hadir pada hari ini bersetuju bahawa penagihan dadah adalah sesuatu yang sangat ditakuti dan ingin dijauhi, tetapi hari ini saya ingin tanya,

Adalah menjadi harapan saya agar melalui mesyuarat ini anda semua akan dapat mencapai keseragaman dalam menguruskan hal ehwal kewangan selain saya turut mengharapkan universiti yang