• Tidak ada hasil yang ditemukan

Draf Teks Ucapan PROF. DR. D KAMARUDIN D MUDIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Draf Teks Ucapan PROF. DR. D KAMARUDIN D MUDIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

1

Draf Teks Ucapan

PROF. DR. D KAMARUDIN D MUDIN NAIB CANSELOR

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEMPENA MAJLIS SERAH TUGAS NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

19 Jun 2017 (Isnin) | 9.00 Pagi

Galeri Majlis, Aras 3 Bangunan Canselori Universiti Malaysia Sabah

(2)

2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia

Salutasi

YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah

(3)

3

YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah Mantan Naib Canselor UMS

Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti

Pegawai-pegawai Utama dan Kanan Universiti,

Para Dekan, Pengarah dan Ketua Jabatan Fakulti, Pusat, Institut dan Unit, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

(4)

4

1. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT., pemilik seluruh jiwa dan kehidupan. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpahan kasih sayang-Nya, kita dapat bertemu di Majlis Serah Tugas Naib Canselor. Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan yang dapat hadir pada pagi yang sejahtera ini.

(5)

5

Yang Berhormat Datuk Seri, Datuk- Datuk dan Rakan Seperjuangan yang saya hormati,

2. Kecemerlangan UMS bukan terletak pada seorang individu semata-mata. UMS adalah sebuah kapal ilmu yang belayar menuju ke destinasi yang telah ditunjukkan dengan membawa motto

‘Bertekad Cemerlang’.

(6)

6

3. Kecemerlangan tidak datang dengan petikan jari dan gamitan tangan, tetapi kecemerlangan datang dengan usaha.

Banyak yang telah dikorbankan oleh seluruh warga UMS sebelum ini untuk mengekal dan meneruskan perjuangan mendapatkan kecemerlangan. Kita boleh menilai kejayaan yang akan datang sekiranya kita dapat menilai sejarah yang lalu.

(7)

7

4. Saya yakin, usaha-usaha Naib Canselor terdahulu membuat perancangan dan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh telah mencapai keputusan yang membanggakan dan seharusnya dikenang.

(8)

8

5. Saya amat berterima kasih dengan Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah yang telah membawa hala tuju UMS untuk mencapai universiti EcoCampus yang menampakkan hasil yang dapat dinikmati sekarang ini. Usaha-usaha murni yang dijalankan dengan penglibatan semua kakitangan UMS ini tidak akan terhenti setakat hari ini sahaja, bahkan saya percaya warga UMS

(9)

9

dan pemegang taruh telah dapat mengadaptasi hasrat menjadikan UMS sebagai universiti Ecocampus sepenuhnya.

Hadirin hadirat yang saya muliakan

(10)

10

6. Selepas beberapa minggu UMS sedikit panas terutamanya di media sosial, sampailah saat dan waktunya kita berganding bahu dan bersepakat membuka lembaran baru semula. Kita bersama-sama harus bekerja lebih kuat bagi memastikan UMS terus cemerlang

dalam penyelidikan dan

mempertingkatkan pendidikan tinggi anak bangsa terutamanya di negeri Sabah.

(11)

11

7. Saya menyeru kepada semua staf untuk bersatu hati, singkirkan elemen- elemen negatif yang mampu merosakkan keharmonian ikatan kita selama ini, tetapkan hala tuju dan destinasi kita yang lebih jelas untuk menggapai cita-cita.

(12)

12

8. Jawatan yang saya sandang ini hanyalah bersifat sementara dan tampuk pimpinan tertinggi ini akan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Namun begitu, paling penting UMS tetap akan berdiri sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang sepatutnya sentiasa dijaga. Amanah yang diberikan kepada saya merupakan suatu tanggungjawab besar.

(13)

13

9. Saya tidak akan selama-lamanya kekal di sini, justeru peluang yang diamanahkan ini tidak akan dipersia- siakan. Ingatlah! Hidup kita tidak lama.

Pangkat dan jawatan adalah bersifat sementara. Keluarkan yang terbaik, output yang terbaik, agar sejarah tidak pernah melupakan kita.

(14)

14

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian

10. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah atas segala usahanya selama 5 tahun iaitu bermula pada tahun 2012 menggalas tugas sebagai Naib Canselor UMS.

(15)

15

11. Juga ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan seterusnya menjadi saksi majlis serahan tugas Naib Canselor sebentar sahaja lagi.

(16)

16

12. Kepada semua ketua Jabatan, Fakulti, Pusat, Institut dan Unit dan warga UMS yang hadir, lembaran baru telahpun dibuka untuk kita teruskan perjuangan.

Perjalanan kita seterusnya adalah menonjolkan kekuatan UMS, baik dari segi penyelidikan mahupun kepakaran.

Setiap kekurangan yang terjadi, pasti ada jalan untuk kita sama-sama atasi. Oleh itu, pesanan untuk diri saya dan rakan-

(17)

17

rakan sekalian, “Elakkan kontroversi, teguhkan integriti, harmonikan jati diri!”

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga kelmarin, berdasarkan data yang dikumpulkan, daripada 953 orang graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang bergraduat hari ini, sebanyak 536 orang (56.2%) telah

Sesungguhnya usaha murni, iltizam yang tinggi dan penuh dedikasi yang ditunjukkan oleh semua pihak telah menzahirkan majlis Anugerah Gemilang Siswa 2013 pada malam ini

SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN, SAYA INGIN SEKALI LAGI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM DAN YANG BERBAHAGIA DATIN SERI SHAMSIAH

Hadirin sekalian, Bagi pihak UniMAP, sengaja kita anjurkan majlis pada hari ini kerana kita mahu kegembiraan yang anda rasai semasa diumumkan sebagai pemenang pameran ITEX2011 turut

Yang Berhormat Kol K Dato’ Azizan bin Hamid, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dr Juanda bin Hj Jaya, Mufti Negeri Perlis, Yang Berhormat Tuan Romli

Sebelum mengundurkan diri, saya dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin kerana sudi hadir pada hari ini Dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim, saya

Sebelum meneruskan ucapan, sukacita saya, bagi pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Universiti Malaysia Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Kehadiran tuan- tuan, puan-puan serta siswa siswi sekalian bukan sahaja menyerikan lagi majlis pada malam ini tetapi bolehlah diibaratkan umpama bara yang tak kunjung padam yang mampu