• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor UniMAP sempena Syarahan Umum Profesor Adjung UniMAP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor UniMAP sempena Syarahan Umum Profesor Adjung UniMAP"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

BRIG JEN DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN Naib Canselor

Universiti Malaysia Perlis SEMPENA

SYARAHAN UMUM PROFESOR ADJUNG UniMAP DI DEWAN KEIKHLASAN PADA 14 JANUARI 2009

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Dr Hají Jins Shamsudin, Tokoh Seni Dan Perfileman Negara selaku Profesor Adjung UniMAP,

Yang Berbahagia Prof. Dr. Sazali Yaacob, Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabangsa) UniMAP,

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP,

Pegawai-Pegawai Utama UniMAP, Dekan-Dekan Dan Ketua- Ketua Jabatan,

Warga kerja Universiti Malaysia Perlis seterusnya Pelajar- pelajar yang dihormati dan dikasihi sekalian

(2)

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Good Evening, Wan Shang Hao, Maalai Vanakam, Ma Sa An Khair, Ra Thri Sawat.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Subbahanu Wa Taala di atas limpah kurnia serta rezeki yang dicurahkan, kasih dan sayang–Nya mengizinkan kita semua dapat bersama-sama pada hari ini untuk mendengar sesi Syarahan Umum Profesor Adjung UniMAP 2010 yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Dr Hají Jins Shamsudin seorang karyawan terkenal tanah air.

(3)

Hadirin dan hadirat sekalian,

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri di atas sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari ini bagi menyampaikan ceramah mengenai

“Filem dan Industri Kreatif”. Apa yang saya harapkan semoga segala input dan ilmu yang bakal disampaikan sebentar lagi akan dijadikan panduan serta landasan kepada semua Warga UniMAP.

Sebelum saya meneruskan ucapan saya ini, saya pasti masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan “Selamat Tahun Baru”. Diharapkan tahun 2010 yang bakal kita harungi ini akan memberikan lebih kejayaan serta kecemerlangan buat kita semua.

UniMAP kini sedang bergerak maju bagi memantapkan semua bidang dalam usaha untuk merealisasikan pelan strategiknya.

Kecemerlangan akademik, sukan, kebudayaan, penyelidikan, jaringan hubungan antarabangsa, kelestarian universiti dan tadbir urus korporat adalah faktor penyumbang ke arah kemajuan yang berterusan kepada universiti.

(4)

Menyedari akan kepentingan itu, Syarahan Umum Profesor Adjung Universiti Malaysia Perlis 2010 ini telah dianjurkan sebagai pembuka tirai tahun 2010 dan bersempena dengan berlangsungnya Minggu Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia (FFVPM) ke – 7 ini.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

Seperti yang semua sedia maklum, Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia sedang berlangsung mulai hari ini iaitu 14 Januari sehingga 16 Januari 2009. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur seperti pameran multimedia, pendidikan dan komersial di Kayangan Squre, berhampiran The Store, Tayangan pelbagai filem seperti Bukit Kepong, Ali Setan, dan Geng, seminar dan ceramah seperti yang berlangsung pada petang ini. Selain itu juga, majlis perasmian yang direncanakan pada esok hari serta acara yang paling kemuncak sekali adalah malam anugerah yang bakal dilangsungkan di Dewan 2020 pada 16 Januari 2009 (Sabtu).

Apa yang saya harapkan adalah, dengan perlaksanaan Festival Filem di Perlis secara tidak langsung dapat membuka minda warga Perlis agar lebih mencintai dan menghargai Filem serta karya seni kerana setiap Filem atau karya yang dihasilkan mempunya nilai – nilai moral yang tersendiri.

(5)

Berbalik saya pada syarahan kita pada petang ini, syarahan umum oleh Profesor Adjung ini adalah bertujuan membawa tokoh-tokoh perfilamen dalam negara yang banyak menyumbang keringat dalam bidang industri seni disamping pernah memenangani pelbagai anugerah di peringkat nasional untuk sama-sama berkongsi idea. Ia juga sebagai platform komunikasi yang berkesan untuk berkongsi pelbagai pengalaman luas dalam bidang pendidikan dan akademik kepada seluruh warga UniMAP.

Ini kerana saya berpendapat kejayaan sesebuah universiti tidak hanya pada satu-satu bidang sahaja, tetapi perlu kepada kepelbagaian bidang termasuk dalam bidang kesenian. Saya berharap program sebegini secara tidak langsung dapat menjadi pencetus semangat untuk terus menyumbang kepada pembangunan universiti ini dan sekaligus menjana pembangunan pendidikan tinggi Negara.

Selain itu, melalui program ini juga, kita dapat bersama-sama berkongsi maklumat, idea, pengalaman, kepakaran untuk menuju kepada wawasan pendidikan tinggi UniMAP bagi membuktikan bahawa aspek pendidikan kejuruteraan penting kepada semua bidang. Ia juga turut memberikan pendedahan yang berterusan kepada warga UniMAP supaya semua staf dan pelajar prihatin akan kepentingan bidang penyiaran dan

(6)

seni bagi mencetuskan inspirasi dan semangat ke arah kecemerlangan universiti terutamanya dalam bidang teknologi perfilamen dan kepentingan kejuruteraan dalam aspek seni dan hiburan tanahair.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada petang ini, sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Dr Hají Jins Shamsudin di atas kesudian melapangkan masa untuk bersama-sama kita pada hari ini bagi menyampaikan syarahan umum Profesor Adjung UniMAP.

Semoga apa yang bakal disampaikan oleh orang yang berpengetahuan luas seperti beliau ini sedikit sebanyak dapat membantu tuan puan sekalian dalam memahami istilah sebenar “Filem dan Industri Kreatif”.

Sekian,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Mengakhiri ucapan, saya dengan sukacitanya mengisytiharkan bahawa semua 576 graduan yang diijazahkan dalam Sesi Kedua, Majlis Konvokesyen Ke-11 pada petang ini secara

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada semua tetamu yang telah sudi hadir bagi menyeri dan

Dalam Istiadat Konvokesyen Keempat ini juga UniMAP bersyukur kehadrat Allah dan amat sukacita menganugerahkan ijazah kepada 1,012 orang graduan yang terdiri daripada seorang

Perayaan ini merupakan satu sambutan yang berjaya menghimpunkan kita sebagai sebuah keluarga yang besar iaitu UniMAP – negeri Perlis dimana ianya lebih bermakna apabila masyarakat

BRIG GEN DATO’ PROF DR KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN BERSAMA JURULATIH KEBUDAYAAN UZBEKISTAN Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum

Adalah menjadi harapan saya agar melalui mesyuarat ini anda semua akan dapat mencapai keseragaman dalam menguruskan hal ehwal kewangan selain saya turut mengharapkan universiti yang

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Tahun 2009 ini juga turut membuka lembaran baru apabila pelan landskap akademik UniMAP yang sentiasa dinamik telah berkembang dengan adanya

Justeru, saya amat berharap anda semua dapat menyelesaikannya dalam tempoh yang singkat memandangkan kita kini seharusnya sudah melangkah ke fasa pelaksanaan dan bukan lagi