• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Lt. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UNIMAP Kursus Jangkapendek Bahan Binaan 2007

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Lt. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UNIMAP Kursus Jangkapendek Bahan Binaan 2007"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

LT. PROF. DATO’ DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UNIMAP

KURSUS JANGKAPENDEK BAHAN BINAAN 2007

15 HINGGA 17 FEBRUARI 2007, TAMAN KECHOR, KANGAR,PERLIS.

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha Saudara Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia Wakil-wakil Institusi Pengajian dan Wakil-wakil Industri,

Peserta-peserta Kursus,

Pegawai-Pegawai Utama Universiti Malaysia Perlis,

Dekan-Dekan Dan Ketua-Ketua Jabatan,

Pensyarah-Pensyarah,

Dan Hadirin Yang Dikasihi Sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat menjayakan Kursus Jangka Pendek Bahan Binaan 2007 ini. Saya bagi Ahli-ahli Jawatankuasa ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Universiti Malaysia Perlis kerana diberi kepercayaan untuk menganjurkan seminar ini.

Hadirin sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, konkrit adalah merupakan bahan binaan yang popular dan digunakan secara meluas sebagai bahan binaan di dalam industri pembinaan sejak zaman berzaman lagi kerana ianya kuat dan murah. Walaupun penghasilan konkrit nampak mudah, tetapi pengetahuan asas penghasilan konkrit yang berkualiti adalah amat penting untuk menjamin ketahanan sesuatu struktur yang diperbuat daripada konkrit untuk jangka masa panjang. Maka disebabkan betapa pentingnya konkrit bermutu ini dalam aplikasi kehidupan kita, kursus jangka pendek ini diadakan. Iaitu bertujuan untuk memberi penerangan akan ciri-

1

(2)

ciri konkrit bermutu dan kaedah-kaedah yang perlu diambil untuk memastikan kualiti produk konkrit.

Hadirin yang saya hormati,

Harapan saya menerusi bengkel ini, kita semua dapat berkongsi pengetahuan untuk menyebarkan pengetahuan asas yang berkaitan dalam penghasilan konkrit bermutu dan rekabentuk campuran konkrit. Selain itu, kursus jangka pendek ini diharapkan dapat menyediakan satu platform bagi ahli akademik, penyelidik dan kontraktor untuk berkongsi idea dan meyelesaikan masalah yang dihadapi dalam industri konkrit. Apa yang paling penting di sini perkongsian informasi serta ilmu yang amat bermakna di dalam era globalisasi di mana besar ertinya dan banyak manfaat yang boleh diperolehi dapat digunapakai bersama- sama.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah-penceramah pada hari ini yang dijemput khas dari Institusi-institusi Pengajian Tinggi, di atas kesudian Tuan/Puan datang ke sini.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ucapan syabas dan tahniah kepada penganjur program ini iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Pusat Kejuruteraan Alam Sekitar dengan kerjasama Persatuan Konkrit Malaysia (PERKOM) kerana berjaya menganjurkan bengkel 3 hari ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para peserta yang telah datang ke kursus jangkapendek ini serta kerjasama yang diberikan amatlah saya hargai sepenuhnya. Kursus jangka pendek ini juga merupakan aktiviti yang pertama dianjurkan oleh PPK Bahan dan PPK Alam Sekitar dimana julung-julung kalinya diadakan dengan menjemput penyertaan daripada pihak luar. Alhamdulillah pernyertaan dan sambutan peserta amatlah menggalakkan dan saya sungguh terharu dengan komitmen serta kesungguhan yang diberikan oleh pihak penganjur dan juga peserta. Sambutan yang amat menggalakkan ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat kepada pihak penganjur bagi menjalankan aktiviti seumpama ini lagi jika diberi peluang serta kepercayaan pada masa akan datang. Insya’allah..

2

(3)

Sebelum mengundurkan diri, saya dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin kerana sudi hadir pada hari ini

Dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim, saya merasmikan Kursus Jangka Pendek Bahan Binaan 2007 ini. Saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

3

Referensi

Dokumen terkait

Juga ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan seterusnya menjadi saksi majlis

Hadirin hadirat yang saya hormati sekalian, Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajjah Jainab kerana sudi

Sebelum mengakhiri ucapan, saya bagi pihak Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia, sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat

Izinkan juga saya untuk menitip ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada JKKK Kampung Permatang Limau Manis kerana memberi peluang dan kesempatan untuk kami mengadakan program

JUTAAN TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN BANK SIMPANAN NASIONAL YANG TELAH BERSETUJU UNTUK BEKERJASAMA DENGAN KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA WALAUPUN

TERLEBIH DAHULU, SAYA INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAUN KELADI YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERHORMAT, DATO’ CHOR CHEE CHEUNG, PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN MCA NEGERI

TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA BARISAN TETAMU DAN DIF-DIF KEHORMAT YANG TELAH SUDI HADIR KE KEJOHANAN OLAHRAGA TERTUTUP KUKUM 2005 INI TERUTAMANYA

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Inovasi Malaysia atau YIM kerana sudi memilih Universiti Malaysia Perlis atau UniMAP sebagai rakan