• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Teks Ucapan Alu-aluan

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "PDF Teks Ucapan Alu-aluan"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

YBHG. PROF. DATUK DR. MOHD HARUN ABDULLAH NAIB CANSELOR

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA PELEPASAN KONVOI

RENTAS BORNEO 4: EKSPEDISI PERMATA RIMBA MAGANDAI 24 APRIL 2017 (ISNIN) | 10.00 PAGI

ANJUNG CIRCLE, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UMS

(2)

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia

SALUTASI

Yang Berhormat Datuk Hajjah Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah

(3)

YBrsa. Profesor Dr. D Kamarudin D Mudin

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS,

Merangkap Pengerusi Rentas Borneo 4 YBrsa. Profesor Dr. Shahril Yusof

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Merangkap Presiden Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS

(4)

Para Pegawai Kanan Universiti, Ahli-ahli Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS, Para Peserta dan Sukarelawan, Penerbit dan Krew RTM Cawangan Sabah, Sahabat Media UMS, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

(5)

Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia- Nya, kita dapat berkumpul bersama-sama dalam Majlis Pelepasan Konvoi Rentas Borneo 4: Ekspedisi Permata Rimba Magandai bagi tahun 2017. Bersempena dengan majlis ini, saya bagi pihak UMS mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajjah Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid,

(6)

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang meluangkan masa untuk hadir dan seterusnya merasmikan majlis kita ini. Terima kasih juga kepada Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin, selaku Pengerusi Rentas Borneo dan Prof. Dr. Shahril Yusof, Presiden Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS serta semua staf yang terlibat kerana dapat melaksanakan suatu program yang amat mencabar semata-mata untuk membawa nama UMS ke kawasan pedalaman Sabah iaitu di Kg. Magandai, Kota Marudu.

(7)

Yang Berhormat Datuk, Tuan-tuan dan Puan- puan yang saya hormati sekalian,

Sebagai makluman, Ekspedisi Rentas Borneo kali ini memasuki siri penganjuran kali ke-4 pada tahun ini.

Untuk rekod, penganjuran kali pertama program ini yang berlangsung pada 20 Mac 2014 telah dirasmikan sendiri oleh Yang Berhormat Datuk di Dataran Dewan Canselor sempena sambutan 20 Tahun UMS. Hari ini, sekali lagi Yang Berhormat Datuk juga yang akan merasmikan pelepasan konvoi. Selaku Naib Canselor,

(8)

saya ucapkan ribuan terima kasih kerana Yang Berhormat Datuk sentiasa menyokong apa-apa sahaja program anjuran universiti.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Datuk, pada Rentas Borneo pertama, konvoi berarak mengelilingi Sabah selama seminggu meliputi Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau, Nabawan, Kalabakan, Tawau, Lahad Datu, Tg. Labian, Sandakan, Beluran, Paitan, Pitas, Kota Marudu dan berakhir di Kota Kinabalu dan

(9)

membuat 3 hentian untuk melakukan aktiviti bersama masyarakat setempat iaitu di Nabawan, Tanjung Labian dan Beluran. Pada Rentas Borneo ke-2 iaitu pada tahun 2015, lokasi program ialah di Pagalungan, Nabawan. Para peserta menghadapi cabaran dan halangan laluan yang sangat mencabar ketika membuat perjalanan balik ke Kota Kinabalu apabila selama dua malam tersekat dan terputus hubungan dari dunia luar kerana berlaku tanah runtuh. Walaupun mengalami kepayahan sepanjang tempoh tersebut,

(10)

namun dengan semangat dan kerjasama berpasukan yang ditunjukkan oleh semua ahli ekspedisi, mereka semua selamat kembali. Pada Rentas Borneo ke-3, Kg.

Pohon Batu, Nabawan telah dipilih menjadi lokasi seterusnya dan pada tahun ini, Kg. Magandai, Kota Marudu menjadi destinasi terbaru. Setiap kali program ini dianjurkan, kira-kira sebanyak 100 peserta dan sukarelawan yang terdiri daripada ahli akademik, pentadbiran, pelajar serta kakitangan agensi kerajaan dan swasta,

(11)

akan terlibat dengan kekuatan kenderaan pacuan empat roda sekitar 25 ke 30 buah. Matlamat Rentas Borneo untuk mendekati masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman dengan akses jalan yang sangat terhad adalah satu usaha murni dan pihak pengurusan sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

(12)

Saya berpendapat, warga universiti, sama ada ahli akademik, pentadbiran atau pelajar harus versatile dan dapat berfungsi di mana-mana sahaja dan tidak menghabiskan masa hanya di bilik kuliah atau pejabat semata-mata. Sesungguhnya, UMS amat mengharapkan setiap program universiti akan membawa impak kepada masyarakat setempat.

(13)

Sebagai kepimpinan tertinggi universiti ketika ini, tentu sekali saya menaruh keyakinan tinggi bahawa warga UMS sentiasa mempunyai tekad yang tinggi dalam usaha menabur bakti kepada masyarakat.

Hadirin hadirat yang saya hormati sekalian,

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajjah Jainab kerana sudi merasmikan pelepasan konvoi pada pagi ini.

(14)

Tidak dilupakan juga kepada agensi kerajaan, swasta dan individu yang bermurah hati untuk membuat sumbangan dalam bentuk material mahupun tunai bagi menjayakan program kali ini, saya ucapkan jutaan terima kasih. Semoga semua peserta dan sukarelawan Rentas Borneo sentiasa dilindungi-Nya.

Sekian dan terima kasih.

Referensi

Dokumen terkait

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN, TUJUAN UTAMA PAMERAN KERJAYA KUKUM 2005 INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA PARA PELAJAR BAIK DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH DAN INSTITUT

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan Yang Berbahagia Datin Seri kerana sudi hadir ke majlis

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Shahidan Bin Kassim, Menteri Besar Perlis kerana sudi

Hadirin Dan Hadirat Sekalian, Objektif program ini ialah untuk memberikan kesedaran khususnya kepada para pelajar dan umumnya kepada warga UniMAP tentang bahaya dan bahana rokok dan

Malam Gelap Diterangi Lilin, Sungai Luas Dihubungkan Titi, Tangan Dihulur Jalinan Terjalin, Kerjasama Dieratkan Tingkatkan Kualiti, Hadirin yang saya hormati sekalian, Untuk

Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, tahun ini bakal menyaksikan penyertaan kali ketiga KUKUM dalam pertandingan robocon, di mana pada tahun lepas KUKUM telah menghantar dua

Sebelum mengundurkan diri, saya dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin kerana sudi hadir pada hari ini Dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim, saya

Hadirin dan hadirat yang saya kasihi sekalian, Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal diraikan pada 14 dan 15 Februari ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk