• Tidak ada hasil yang ditemukan

teks ucapan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "teks ucapan"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

BRIG. JEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP

SEMPENA

KEJOHANAN FUTSAL PIALA NAIB CANSELOR PADA 28 MAC 2010 DI D’FUTSAL CENTER

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Terima Kasih Pengerusi Majlis,

Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

Yg. Berbahagia En. Afizal Abu Seman, Pengarah Pusat Sukan UniMAP,

Yg. Berbahagia En.Baharudin Ismail, Penyelaras Diploma Sistem Elektrik,

Yg. Berusaha Saudara Mohd Zaki B Ayob, Pengarah Program Kejohanan Futsal Piala Naib Canselor,

Ketua-ketua Jabatan, Kakitangan UniMAP,

(2)

Para mahasiswa/i yang dikasihi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi di atas kesempatan yang diberikan pada petang yang berbahagia ini untuk bersama- sama dalam Kejohanan Futsal Piala Naib Canselor yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik (PEKASE) dan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya. Tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat pastinya kejohanan ini tidak dapat direalisasikan dengan baik.

Saya difahamkan kejohanan yang berlangsung pada hari ini dianjurkan oleh para pelajar sendiri. Syabas diucapkan. Saya percaya melalui penglibatan anda dalam kejohanan ini secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada anda dalam menganjurkan sesuatu program selain memberikan nilai tambah yang baik. Selain itu, Kejohanan Futsal ini juga turut melibatkan penglibatan dari pelajar antarabangsa. Ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil bagi UniMAP untuk mengaplikasikan perpaduan di kalangan para pelajar dan warganya.

(3)

Sebagai seorang pelajar, saya yakin pendekatan sebegini amatlah baik dalam melahirkan golongan siswazah yang memiliki modal insan kamil yang mampu mencetus pelbagai idea dalam mencorak pembangunan negara selain mampu menjadi penggerak kepada ekonomi negara. Selain itu, melalui kejohanan sebegini saya percaya dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan kakitangan UniMAP dalam usaha memupuk semangat perpaduan dikalangan warga UniMAP.

Anak-anak didik yang saya kasihi sekalian,

Menjadi seorang mahasiswa/I anda haruslah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa dan negara. Selain memberikan tumpuan yang terbaik dalam bidang pelajaran, anda juga perlu aktif dalam menyertai pelbagai aktiviti ko-kurikulum universiti. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang cerdas. Otak yang cerdas pula akan melahirkan pemikiran yang lancar.

Tubuh badan adalah anugerah paling berharga, oleh itu kita perlu menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan

(4)

lebih lancar. Pilihlah jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan anda selain mengamalkan amalan hidup sihat melalui amalan bersukan.

Sebagai golongan belia yang mempunyai pendidikan tinggi, anda haruslah bijak untuk mengaplikasikan ilmu yang dimiliki dengan bidang sukan yang diceburi untuk meletakkan kedudukan sukan universiti ke peringkat yang lebih tinggi. Kita seharusnya memanfaatkan kepakaran yang ada di sekeliling kita untuk kemajuan sukan universiti khususnya dan negara amnya.

Sebagai Naib Canselor, besarlah harapan saya agar anak didik yang berada dihadapan saya ini sentiasa menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin demi meningkatkan pengetahuan serta pelajarilah sebanyak mana ilmu sepanjang anda menuntut di UniMAP ini agar anda menjadi mahasiswa/I berdaya saing dan mampu melaksanakan sebarang tugas yang diamanatkan dengan sebaiknya.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

(5)

Saya harapkan agar program seperti ini dapat diteruskan dan menjadi platform yang terbaik dalam kita mempraktikkan lagi konsep “Juara perpaduan” di UniMAP selain dapat melahirkan para pelajar yang aktif, kompetetif dan progresif dalam bidang sukan.

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Futsal Piala Naib Canselor UniMAP.

Anak Muda Berpekerti Baik, Menjadi Tunggak Harapan Negara, Budaya Bersukan Amalan Yang Baik,

Melahirkan Bangsa Sihat Sejahtera.

Sekian.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Para Peserta Rakerkesnas dan hadirin sekalian yang saya hormati, Dalam kesempatan yang baik ini, saya sebagai Menteri Kesehatan, pembantu Presiden RI yang bertanggung jawab

Dalam Istiadat Konvokesyen Keempat ini juga UniMAP bersyukur kehadrat Allah dan amat sukacita menganugerahkan ijazah kepada 1,012 orang graduan yang terdiri daripada seorang

Hadirin-dan hadirat sekalian, Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menguntumkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan kejayaan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Pelancaran dan Penyerahan Pelajar bagi Projek Jejak Kampus 2011

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Subbahanu Wa Taala di atas limpah kurnia serta rezeki yang dicurahkan, kasih dan sayang-Nya mengizinkan kita semua untuk bersama-sama pada hari

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Subbahanu Wa Taala di atas limpah kurnia serta rezeki yang dicurahkan, kasih dan sayang–Nya mengizinkan kita semua dapat bersama-sama pada hari

Hadirin dan hadirat sekalian, Karnival Futsal Piala Naib Canselor ini merupakan program tahunan yang bertujuan mencungkil bakat para pelajar dalam sukan futsal seterusnya dapat

Dokumen ini adalah susunan acara konferensi Anak Cabang Gerakan Pemuda Ansor Kecamatan Purbolinggo dengan tema Keadaan Sehat wal