• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis Sempena Majlis Perasmian Ihtifal Ihya’ Ramadhan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis Sempena Majlis Perasmian Ihtifal Ihya’ Ramadhan"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Bahagian Media PNC - SUHANA

Page 1 of 7

TALKING POINT

BRIG. JENERAL DATO’ PROF DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DI MAJLIS PERASMIAN IHTIFAL IHYA’ RAMADHAN

DI DEWAN KAPITOL UniMAP PADA 9 OGOS 2010

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Satu UniMAP.

Yg Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP,

Yg Berbahagia Prof. Dr. Sazali Yaacob, Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UniMAP,

Pegawai-Pegawai Utama Universiti,

Yang Berusaha Ustaz Hassan Haji Arshad, Penyelaras Unit Agama Islam,

(2)

Bahagian Media PNC - SUHANA

Page 2 of 7

Dekan-Dekan dan Ketua-Ketua Jabatan, seterusnya warga UniMAP yang saya kasihi sekalian.

1. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran ke hadhrat Allah SWT kerana memberikan kita lindungan di bawah rahmatNya untuk kita terus menghirup udara segar dan meneruskan kehidupan di dunia ini.

Sekalung tahniah dan penghargaan saya buat warga Unit Agama Islam yang berjaya menganjurkan majlis ini meskipun dalam keadaan kita yang agak sibuk dengan Konvokesyen Kali Ke-5 yang baru berlalu.

2. Sesungguhnya, begitu pantas masa berlalu, dan kurang beberapa hari sahaja lagi, Umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak – bulan yang penuh keberkatan dan rahmat Allah.

3. Baginda Rasulullah SAW sendiri telah bersabda bagi menggalakkan sahabat-sahabat menggandakan amalan pada bulan Ramadhan seperti yang tercatat dalam Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Nasai dan Baihaqi daripada Abi Hurairah yang bermaksud :

Telah tiba kepada kamu, Bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu berpuasa padanya,

(3)

Bahagian Media PNC - SUHANA

Page 3 of 7

dibukakan padanya segala pintu syurga, ditutup segala pintu neraka, dibelenggu para syaitan, padanya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.”

Hadirin dan hadirat sekalian,

4. Banyak kelebihan dan manfaat yang akan diperolehi oleh umat Islam yang menyempurnakan ibadat puasa ini yang mana berdasarkan sebuah hadith Rasulullah SAW menyatakan dengan jelas :

“Barangsiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, nescaya akan diampunkan dosanya yang telah lalu.”

5. Justeru, saya amat mengharapkan agar warga UniMAP mengambil peluang yang hanya hadir setahun sekali ini, untuk menyempurnakan ibadat masing-masing dengan seikhlas hati dan pada masa yang sama meningkatkan amalan-amalan sunat yang digalakkan sepanjang bulan Ramadhan.

6. Dan untuk mengimarahkan lagi sambutan Ramadhan pada tahun ini, pihak Unit Agama Islam dengan kerjasama semua PTJ dan Unit-unit di UniMAP telah merancang pelbagai aktiviti iaitu antaranya Majlis Tadarus Al-Quran, Musabaqah Tilawah Al-Quran, Risalah Ramadhan,

(4)

Bahagian Media PNC - SUHANA

Page 4 of 7

Memasak Bubur Lambuk, berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal dan sebagainya yang melibatkan semua warga UniMAP yang terdiri daripada kakitangan dan siswa-siswi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

7. Pada tahun ini juga, pihak Unit Agama Islam telah memperkenalkan beberapa aktiviti baru yang mana salah satu daripadanya ialah pelancaran Tabung Ramadhan

“Infaq@Unimap”. Infaq merupakan perkataan Bahasa Arab yang beerti Sumbangan atau sedekah. Program ini dianjurkan untuk mendapatkan sebilangan dana yang akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukan samada di Hospital, rumah anak yatim dan sebagainya.

8. Alhamdulillah, meskipun tabung ini dilancarkan secara rasminya hari ini, tetapi setakat sekarang kita telah menerima sumbangan sekitar RM2,500 dari pelbagai pihak termasuk Kedutaan Arab Saudi, Muslim World League, Vendor dan lain-lain pihak.

9. Tidak ketinggalan, UniMAP juga buat kali pertamanya telah menganjurkan Pertandingan “Imam Muda” yang berlangsung pada 1 Ogos lalu membabitkan 26 orang kakitangan dan pelajar UniMAP. Besarlah harapan saya, barisan imam muda ini mampu menarik warga UniMAP

(5)

Bahagian Media PNC - SUHANA

Page 5 of 7

untuk sama-sama mengimarahkan bulan Ramadhan di PTJ dan unit masing-masing.

10. Bagi imam muda di kalangan pelajar pula, anda merupakan generasi pelapis yang akan bertanggungjawab mengimarahkan surau di setiap kolej kediaman.

Rancanglah aktiviti yang bersesuaian agar bulan Ramadhan ini tidak sunyi dengan aktiviti. Saya meletakkan kepercayaan penuh kepada anda semua untuk menganjurkan apa jua program dan aktiviti yang membawa kebaikan untuk kita semua.

11. Kepada warga UniMAP pula, sukalah saya mengingatkan anda semua agar menggandakan amal ibadah di dalam bulan Ramadhan pada kali ini. Penuhilah masa kalian dengan bertadarus Al-Quran, berterawih, bersedekah dan lain-lain lagi. Dan dalam masa yang sama, janganlah menjadikan puasa sebagai alasan untuk tidur seharian, pasif dalam kerja kerana sejarah kegemilangan umat Islam telah membuktikan banyak siri-siri peperangan yang berlaku di dalam Bulan Ramadhan.

Saya tidak ingin berbicara panjang pada pagi ini, tetapi sebelum mengundurkan diri, izini saya mendeklamasikan sebuah puisi bertajuk Yang Sentiasa Dirindui untuk renungan kita bersama :

(6)

Bahagian Media PNC - SUHANA

Page 6 of 7

Pabila Syaaban merangkak berlalu Sang Ramadhan menerpa bahagia

Membawa seribu makna Penuh tersurat dan tersirat

Abstrak di balik nur mengiring segala rahmat Nur bersinaran gemilang

Wahai Ramadhan Kau sungguh suci Bertebaran putih syuhadah Tiada kata mampuku dendangkan

Hanya rasa dan cita

Mampuku semadikan dalam kotak fikir

Wahai ramadhan

Nurmu membawaku teratak sinar Ilahi Begitu tenang mengikut aliranmu

Akanku turut segala janji Bukanku pasrah mengikut janji

Tegaku tempuhi demi Ilahi Hanya bahagia yang menemani Kesucianmu membersih nurani

(bersambung lagi)

(7)

Bahagian Media PNC - SUHANA

Page 7 of 7

Ramadhan yang dirindui, Kau ibarat kasih kekasih Merindui kucupan syahdumu Ku senantiasa inginkan keharumanmu Wangianmu itu memberi kedamaian abadi

Wahai ramadhan peluklah daku Agarku tak lemas dalam leka

Agarku tak hanyut di lambung badai durjana Agarku tetap disisi

Meniti hari-hari muka

Mendampingimu buat sekian lamanya

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Terlebih dahulu patik bagi seluruh warga kerja Universiti Malaysia Perlis ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga di atas perkenan Tuanku berdua bercemar duli

Jutaan terima kasih saya titipkan buat Persatuan Bola Sepak Malaysia diatas kesudian bekerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis UniMAP bagi penganjuran Kursus Pengadil dan Penilai

Terlebih dahulu, patik bagi seluruh warga Universiti Malaysia Perlis UniMAP merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, atas perkenan Duli Tuanku berdua bercemar duli

Sebagai tanda hormat akan keputusan besar yang dibuat dalam dasar pengajian tinggi, dan tanda penyambung semangat, kerja keras dan wawasan Yang Amat Berbahagia Tun, UniMAP kini telah

Hadirin sekalian Bulan ini merupakan bulan yang amat bertuah untuk Universiti Malaysia Perlis kerana pelbagai pengiktirafan dan penghargaan yang telah kita perolehi baik dari dalam dan

Dr Rujhan Mustaffa Ini merupakan satu penghormatan bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada UniMAP sebagai sebuah universiti muda untuk mewakili semua IPTA dalam Malaysia ini untuk

Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor UniMAP Penyelidikan Dan Inovasi, Yang Berusaha Encik Zuber Haji Mohamad, Timbalan Pendaftar UniMAP, Yang Berusaha Puan Saodah Hassan, Bendahari

Akhir kata, patik mewakili seluruh warga UniMAP ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada ke bawah Duli Tuanku berdua kerana telah sudi bercemar