• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis Sempena Majlis Amanat Delegasi UniMAP ke IMT-GT 2011

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis Sempena Majlis Amanat Delegasi UniMAP ke IMT-GT 2011"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

BRIG. JENERAL DATO’ PROF DR. KAMARUDIN HUSSIN Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis

Sempena

MAJLIS AMANAT DELEGASI UniMAP KE IMT-GT 2011 16 November 2011

Dewan Terbuka Wang Ulu

Bismillah Hirrahman Nirrahim

SALUTATION :

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor UniMAP (Akademik Dan Antarabangsa),

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor UniMAP (Penyelidikan Dan Inovasi),

Yang Berusaha Encik Zuber Haji Mohamad, Timbalan Pendaftar UniMAP,

Yang Berusaha Puan Saodah Hassan, Bendahari UniMAP,

Yang Berusaha Puan Mazmin Mat Akhir, Pustakawan Kanan UniMAP

(2)

Yang Berusaha En Razli Ahmad, Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP.

Dekan - Dekan Dan Ketua-Ketua Jabatan UniMAP

Barisan Sekretariat IMT-GT, para peserta yang akan mewakili UniMAP seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadhrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita sama- sama berkumpul pada petang ini bersempena Karnival IMT- GT yang akan berlangsung pada 24 hingga 30 November ini.

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga delegasi pelajar UniMAP dapat menggalas cabaran ini sekaligus meraih kejayaan dan pada masa sama mengekalkan rentak persaingan sihat dalam semua acara yang disertai.

Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari Crotia bersama- sama delegasi Penyelidik UniMAP bagi menyertai Pameran Penyelidikan INOVA di sana. Dan apa yang paling menggembirakan apabila pasukan penyelidik kita yang

(3)

Lebih membanggakan apabila delegasi ini yang disertai oleh Penyelidik Muda dari Kelab EYReC berjaya meraih empat pingat emas dan satu pingat gangsa. Kejayaan ini membuktikan, kemampuan pelajar UniMAP kini semakin meningkat dan mampu bersaing walaupun di peringkat antarabangsa.

Dan seharusnya anda, anak-anak didik di hadapan saya mengambil semangat juang penyelidik ini yang bersaing dengan lebih 22 negara dari seluruh dunia tetapi masih mampu meraih pingat emas sekaligus mengharumkan nama negara.

Sememangnya untuk berdepan dengan cabaran persaingan bukanlah sesuatu yang mudah, namun saya percaya dengan azam, tekad dan usaha yang berterusan, hal ini tidak akan menjadi mustahil.

Ladies and Gentlemen,

For your information, UniMAP will be sending a total of 80 students which will be divided into three categories: sports, cultural and seminars to the IMT-GT Carnival in Medan Indonesia led by En. Afizal Abu Othman and En. Razli Ahmad.

(4)

I was informed that, five students will be involved in the seminar, 18 students will participate in workshops and cultural performances, while the remaining 55 students will undertake the challenge to compete in five sporting events which are Badminton, Futsal, Basketball, Volleyball and Tennis. I do not want to set a target but what I want is for all of you to give the best performance in this competition. I wish all the best and good luck!

Hadirin dan hadirat sekalian,

Anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikirkan kejayaan, kejayaan akan jadi milik anda. Fikirkan kegagalan, kegagalan juga akan jadi milik anda. Jadi, apa yang ingin anda fikirkan?

Ayuh kita fikirkan : Yakin Boleh UniMAP...kita pasti Cemerlang! Insya Allah.

Sebelum mengakhiri ucapan, sukalah saya mengingatkan anda semua agar menjaga nama baik UniMAP sepanjang pertandingan dan kejohanan. Sebagai duta kecil UniMAP, adalah penting untuk anda mempamerkan perbuatan serta menggunakan tutur kata yang baik sepanjang kejohanan.

(5)

Izini saya mengakhiri ucapan dengan dua rangkap pantun :

Air sungai mengalir tenang, Senang nelayan mengail ikan, Karnival IMT-GT Acara Gemilang,

Medan, Indonesia gelanggang pertandingan.

Asal tempoyak dari durian, Bila disimpan tahan lama, Kontinjen UniMAP raih kejayaan, Hasil pemuafakatan dan kerjasama.

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Hadirin dan hadirat sekalian, Karnival Futsal Piala Naib Canselor ini merupakan program tahunan yang bertujuan mencungkil bakat para pelajar dalam sukan futsal seterusnya dapat

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan besar kepada UniMAP di atas kerja keras kita semua selama ini untuk menempatkan UniMAP di arena global dan saya sebagai Naib Canselor amat

Dengan adanya wakil dari industri dan komuniti pada seminar KTP pada hari ini, saya berharap peluang ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh pensyarah UniMAP untuk berinteraksi dengan

Bahagian Media PNC – Shafinaz – Page 4 Alhamdulillah terdapat peningkatan yang baik dari tahun ke tahun dan saya yakin dengan teknologi yang dimiliki UniMAP serta kepakaran yang ada

Dr Rujhan Mustaffa Ini merupakan satu penghormatan bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada UniMAP sebagai sebuah universiti muda untuk mewakili semua IPTA dalam Malaysia ini untuk

UNIT MEDIA – SHAFINAZ - EDITED CIC Page 8 Hadir bagi menyempurnakan Majlis konvokesyen tersebut adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun

Hadirin dan hadirat sekalian Kita teruskan dengan berita gembira mengenai pencapaian, pada 13 hingga 15 September 2011 lalu UniMAP telah menyertai Persidangan dan Ekspo Ciptaan

Bahagian Media PNC - Suhana Page 2 Dif-Dif Kehormat, Pegawai-pegawai Kanan Polis Di Raja Malaysia, Pegawai-pegawai Kanan Kor SUKSIS UniMAP, Jurulatih SUKSIS UniMAP, Pelatih-pelatih