• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKS UCAPAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "TEKS UCAPAN"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

BRIG. JENERAL DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL IBS PADA 20 MAC 2011

Bismillahir-Rahmanir-Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam 1-Malaysia

YAB. Dato’ Seri Md. Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

Yang Berbahagia Dato’ Yusof Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Proven Holding

Pegawai-pegawai Utama UniMAP,

Yang Beusaha, Prof. Madya Dr. Khairul Nizar Ismail, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam sekitar

Dekan-dekan, Ketua-ketua Jabatan

Para peserta Kursus IBS, wakil-wakil media, seterusnya pelajar – pelajar yang disayangi sekalian.

(2)

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan rahmat dan inayahnya dapatlah kita bersama- sama berkumpul di dewan yang mulia ini untuk sama-sama meraikan Majlis Perasmian Penutup:

Kursus Jangka Pendek Industrialized Building System (IBS)

Anjuran bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar, UniMAP,

Proven IBS Training Centre (M) Sdn. Bhd dan Kukum Engineering (Malaysia) Sdn. Bhd.

Juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kedatangan tuan- tuan dan puan- puan ke Universiti Malaysia Perlis bagi menjayakan program yang dianjurkan pada kali ini.

Saya mewakili seluruh warga kerja UniMAP juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YAB. Dato’ Seri Md. Isa Sabu, Menteri Besar Perlis di atas kesudian beliau untuk merasmikan majlis penutup Kursus kita pada hari ini.

(3)

Para hadirin sekalian,

Konsep IBS bukanlah suatu yang baru sebaliknya ia bermula seawal tahun 1624 di mana rumah panel kayu di bawa dari England ke kawasan yang terletak di Utara Amerika. Revolusi Industri 1700 menggunakan pengaplikasian teknologi dalam industri pembinaan mereka. Merujuk kepada buku ‘The Industrialisation of Building’, Carlo Testa menyatakan bahawa Istana Kristal yang di bina pada 1851 merupakan titik permulaan bangunan berindustri. Rekabentuk bangunan adalah berasaskan komponen berindustri seperti tingkap kaca, rangka kayu dan keluli. Pembinaan bangunan ini hanya mengambil masa empat bulan untuk di siapkan.

Di Malaysia, sejarah IBS dapat diimbas kembali pada tahun 1963, di mana pada ketika itu pihak kerajaan menghantar arkitek dari Jabatan Kerja Awam ke Eropah untuk mempelajari bangunan berindustri dengan lebih mendalam. Pada tahun yang sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menumpukan perhatian kepada pembangunan perumahan. Oleh yang demikian, pada tahun 1966, kerajaan Malaysia telah melaksanakan dua buah projek iaitu pembinaan 3009 unit-unit flat di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur dan 3741 unit-unit flat di Jalan Padang Tembak, Pulau Pinang pada tahun berikutnya.

Berikutan kepada dua projek ini, kerajaan telah memperolehi

(4)

teknologi konkrit pra-tuang dan membina projek perumahan kos rendah dan kos tinggi pada tahun 1981 hingga 1993.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kejayaan pembinaan kaedah IBS ini di lihat dengan pelbagai struktur yang berkualiti dan cantik, terutamanya pada jangkamasa tahun 1995 hingga 1998. Ini termasuklah pembinaan Kompleks Sukan dan Perkampungan Sukan Bukit Jalil, Menara Kembar Petronas dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Kebaikan IBS dapat di tonjolkan dengan struktur yang menarik iaitu Presint Putrajaya dan projek-projek yang dapat mempertingkatkan infrastruktur Kuala Lumpur. Ini termasuklah pembinaan lebuhraya bertingkat menggunakan pra-tuang dan transit monorail menggunakan rasuk konkrit pra-tuang.

Walaubagaimanapun, hampir empat dekad IBS diperkenalkan, penggunaannya di Malaysia masih berada dalam tahap yang rendah jika dibandingkan dengan negara membangun seperti Jepun, United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat.

Justeru itu, pihak UniMAP dengan kerjasama daripada pihak Proven mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kursus Jangka Pendek Industrialized Building System (IBS) ini yang bertujuan untuk memperkenalkan kaedah IBS ini kepada orang ramai terutamanya di kalangan kontraktor, perunding, pemaju dan seterusnya kepada para ahli akademik.

(5)

Selain itu, dengan adanya kursus ini pelajar universiti secara tidak langsung mendapat pendedahan tentang IBS, selaras dengan kehendak kerajaan yang menekankan subjek IBS dalam kurikulum. Kursus ini juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri di mana ianya memperkenalkan konsep pembelajaran secara ‘hands-on’ di mana setiap peserta dapat merasai sendiri pengalaman membina rumah menggunakan komponen- komponen IBS.

Oleh yang demikian, saya amat berharap kursus seperti ini akan dapat dijalankan lagi di masa akan datang bagi memberi peluang kepada para peserta mendalami teknik pembinaan secara IBS.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB. Dato Seri Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis kerana sudi merasmikan majlis penutup kursus ini dan Yang Berbahagia Dato Yusof Jusoh kerana sudi hadir ke majlis ini dan juga para tetamu yang sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti dianjurkan oleh pihak UniMAP.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan dan tahniah kepada warga Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar khususnya dan UniMAP amnya kerana Berjaya menganjurkan kursus yang

(6)

sangat berfaedah ini dan sentiasa bertungkus-lumus bagi memastikan kelancaran kursus ini.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Hadirin hadirat yang saya hormati sekalian, Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajjah Jainab kerana sudi

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dalam Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian MoA Antara Usim Dan Institut

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Pelancaran dan Penyerahan Pelajar bagi Projek Jejak Kampus 2011

TEKS UCAPAN PENUTUP KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA SEPADU SIRI 1/2007 OLEH KOMANDER REJIMEN 509 AW PADA 08 MAC 2007 BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM , YANG BERBAHAGIA LT KOL TOH CHOON SIANG,

Disediakan Pusat Islam UniMAP-Diedit Unit Media TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA’ RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG

BRIG JENERAL DATO’ PROFESSOR DR KAMARUDIN HUSSIN KOMANDER REJIMEN 509 ASKAR WATANIAH SEMPENA MAJLIS BBQ SKAW SIRI 21/2010 BERTEMPAT DI HOTEL BAYVIEW, PULAU PINANG PADA 23 JULAI

SEBELUM MENGAKHIRI UCAPAN, SAYA INGIN SEKALI LAGI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM DAN YANG BERBAHAGIA DATIN SERI SHAMSIAH

Oleh itu pada hari ini saya menyeru kepada semua warga UniMAP yang belum lagi menjadi anggota Koperasi UniMAP Perlis Berhad supaya mengambil tindakan segera kerana dengan berkoperasi