• Tidak ada hasil yang ditemukan

teks ucapan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "teks ucapan"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

Disediakan oleh MoTECH edit UKK

TEKS UCAPAN PROF. DR. UDA HASHIM

TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

SEMPENA

MAJLIS USAHASAMA UniMAP DAN KAWASAKI MOTORS PADA 9 MAC 2018

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Satu Malaysia, Salam Negaraku Malaysia – Sehati Sejiwa Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

SALUTASI

Yang Berbahagia Dato’ Jeffrey Lim, Pengurus Besar dan Pengarah Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd,

Yang Berbahagia Prof Dato’ Ir Haji Mohamad Dalib, Pengarah KA Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),

Yang Berusaha Prof Madya Dr Shariman Abu Bakar, Pengurus Unit Penyelidikan Teknologi Sukan Permotoran (MoTECH) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

seterusnya hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

KATA ALU-ALUAN

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana kita dapat bersama-sama dan bertemu di dalam majlis yang penuh bermakna pada petang yang berbahagia ini.

2. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan di atas kesudian pihak Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd menyumbangkan

(2)

2

Disediakan oleh MoTECH edit UKK

motosikal keluaran Kawasaki kepada UniMAP atas tujuan bagi menggiatkan usaha penyelidikan di bawah seliaan MoTECH UniMAP.

Hadirin dan hadirat sekalian,

MoTECH UniMAP

3. Pertama sekali, izinkan saya berkongsi serba sedikit mengenai MoTECH UniMAP. Untuk makluman semua, UniMAP mempunyai sebuah Litar GoKart yang siap dibina pada suku tahun ketiga 2013 dan mula beroperasi sejak penghujung 2013 hingga sekarang.

4. Litar sepanjang 1.2 kilometer itu dibina bersama khidmat nasihat Automobile Association Malaysia (AAM) dan telah berjaya menjadi hos bagi beberapa kejohanan gokart peringkat antarabangsa. Pengurusan litar itu telah dipertanggungjawabkan kepada MoTECH yang diuruskan oleh Prof.

Madya Dr. Shariman.

5. Selain menguruskan litar berkenaan, MoTECH juga berperanan dan bertanggungjawab bagi menjalankan penyelidikan-penyelidikan berkaitan automotif dan sukan permotoran.

KURSUS SELIAAN MoTECH

6. Justeru, pihak UniMAP dan MoTECH khususnya amat berbesar hati dan berbangga di atas sumbangan motosikal berkenaan sekaligus bertepatan dengan perancangan MoTECH iaitu untuk mengadakan siri kursus pemanduan yang mensasarkan pelbagai lapisan masyarakat.

(3)

3

Disediakan oleh MoTECH edit UKK

7. Antara kursus pemanduan itu ialah kursus keselamatan pemanduan yang disasarkan kepada pelajar sekolah, kursus pemanduan lanjutan (Advance

& Defensive Driving Course) bagi pemandu-pemandu agensi kerajaan, kursus pemanduan selamat dan penyelenggaraan motosikal serta kursus- kursus automotif lain yang relevan dengan permintaan pasaran.

8. Selain sumbangan pihak Kawasaki sendiri, kursus-kursus ini tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa kerjasama JPJ serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi merealisasikan usaha untuk menambahkan kecekapan dan meningkatkan lagi kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan komuniti kita.

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

9. Untuk makluman semua juga, terkini MoTECH juga sedang giat merencanakan program-program automotif dengan kerjasama erat dari JPJ hasil dari pelantikan Dato’ Ir. Haji Mohamad Dalib iaitu Ketua Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ) sebagai Profesor Adjung di UniMAP.

10. Sehubungan itu, UniMAP berharap kerjasama-kerjasama yang terjalin , kedua-dua pihak dapat menjalankan projek-projek yang dapat memberi manfaat secara kolektif seiring menuju Revolusi Industri 4.0.

Malah, hari ini juga kita dapat menyaksikan satu lagi usahasama yang terjalin antara institusi pengajian tinggi bersama pihak pemain industri permotoran yang terkenal. Adalah diharapkan menerusi usahasama ini, UniMAP dan Kawasaki dapat mencari serta mewujudkan peluang kolaborasi lebih jitu pada masa mendatang.

Hadirin hadirat sekalian,

(4)

4

Disediakan oleh MoTECH edit UKK

PENUTUP

11. Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya sekali lagi melahirkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan murni dari pihak Kawasaki kepada UniMAP dalam memartabatkan penyelidikan sukan permotoran.

12. Saya percaya komitmen dan sokongan padu kedua-dua pihak dapat merealisasikan agenda sedia ada serta agenda telah dirancang bagi tahun 2018 ini dan seterusnya selari dengan hasrat UniMAP sebagai IPT yang menjurus kearah kejuruteraan dan Kawasaki sebagai pelopor pengeluar motosikal di negara ini. In syaa Allah.

Sekian, wabilahhitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

BRIG GEN DATO’ PROF DR KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN BERSAMA JURULATIH KEBUDAYAAN UZBEKISTAN Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA Majlis Taklimat Waris Sempena Pendaftaran Pelajar Ijazah Dan Program Minggu Suaikenal Sidang Akademik 2011/2012 PADA 4 SEPTEMBER

TEKS UCAPAN YBHG DATO’ PROF DR ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIMAP, SEMPENA UniMAP-SME CORP YOUTH ENTREPRENEURIAL ENGAGEMENT 2018 26 APRIL 2018, DEWAN KECEMERLANGAN

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PERASMIAN PENUTUP FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARA KOLEJ KEDIAMANFESTKOL 22 APRIL 2018 DI DEWAN KECEMERLANGAN,

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PADA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA PROGRAM LARIAN UTARA DAN AUTISME CHARITY WALK 21 SEPTEMBER

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA UniMAP BERSAMA MENTERI PENGAJIAN TINGGI DI DEWAN 2020 PADA 7 SEPTEMBER 2009

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS SERI GEMILANG UniMAP 2017 29 MAC 2018 DI HOTEL SERI MALAYSIA KANGAR, JAM 9.00 MALAM Raja Berdaulat,

Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP Pegawai-Pegawai Utama UniMAP, Yang Berbahagia Encik Razli Ahmad, Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan