• Tidak ada hasil yang ditemukan

teks ucapan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "teks ucapan"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 1

TEKS UCAPAN

BRIG. JEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP

SEMPENA

Majlis Taklimat Waris Sempena Pendaftaran Pelajar Ijazah Dan Program Minggu Suaikenal Sidang Akademik 2011/2012

PADA 4 SEPTEMBER 2011 DI KAMPUS ALAM, PAUH PUTRA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Mengadap ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, merangkap Tuanku Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, merangkap Pro-Canselor UniMAP.

Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Diampun,

Degala hormat dan takzimnya, patik memohon ampun merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli- duli Tuanku bercemar Duli berangkat ke Program Taklimat Waris Sempena Pendaftaran Pelajar Ijazah Universiti Malaysia Perlis Sidang Akademik 2011/2012. Perkenan Duli-duli Tuanku bercemar Duli berangkat ke majlis ini membawakan seribu pengertian bukan sahaja kepada patik dan warga pengurusan UniMAP, malah juga kepada seluruh waris dan pelajar yang mendaftar pada hari ini.

(2)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 2

Ampun Tuanku, izini patik menyampaikan ucapan kepada barisan tetamu yang dimuliakan.

YBhg Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timb. Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

YBhg Prof Dr Ismail Daut, Timb. Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

YBhg En Razli Ahmad, Pen. Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar &

Alumni),

Pegawai-pegawai Utama Universiti, Penolong-Penolong Naib Canselor

Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, Wakil-wakil media,

Yang dihormati para ibubapa dan waris pelajar baru sidang akademik 2011/2012.

Selamat pagi, good morning, saba’ hun khair, kalai vannakam, zao shang hao, magandang umaga, ahroon sawad.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya dapat kita berkumpul pagi ini dalam suasana kekeluargaan yang sungguh bermakna. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Rasulullah S.A.W, para sahabat dan keluarga Baginda. Semoga himpunan ini diberkati Allah hendaknya.

Izini saya mengambil kesempatan mengucapkan ‘Selamat Datang,’,

‘Welcome’, ‘Ahlan Wa Sahlan Wal Marhaban’, ke Universiti Malaysia Perlis, ‘Universiti Pilihan yang Berdaya Saing’ / ‘A Competitive University of Choice’ kepada semua, khususnya para ibu bapa dan waris yang diraikan.

(3)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 3

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada anak-anak didik baru saya yang sedang melangkah ke satu alam baru, iaitu alam Menara Gading, yang menjanjikan pelbagai cabaran dan keseronokan sepanjang jalan mendaki puncak kejayaan.

“Congratulations to all international students who have been accepted to further their studies at UniMAP. A very warm welcome to Perlis – a place of peace, charm and tranquility”.

Pada pendaftaran sidang akademik 2011/2012 ini, UniMAP menerima seramai 2001 orang pelajar. Jumlah ini meningkat berbanding tahun lalu dengan hanya 1,572 orang. Lebih membanggakan - bilangan pelajar perempuan melebihi pelajar lelaki iaitu 53 % perempuan, berbanding 47 % lelaki. Dua bulan lalu, UniMAP menerima seramai 347 orang pelajar ke peringkat diploma. Bilangan ini menunjukkan peningkatan yang positif, dan ini membuktikan UniMAP semakin mendapat tempat di hati pelajar.

Dari raut wajah ibubapa dan waris yang hadir, dapat saya rasai betapa gembira dan bangganya perasaan tuan/puan sekalian. Di sebalik wajah-wajah ini juga terselindung harapan dan impian yang menggunung agar anak-anak yang diberi peluang menyambungkan pelajaran ini menjadi orang-orang yang lebih kukuh dan mantap iman dan kesolehannya, dan seterusnya berupaya merubah nasib keluarga, bangsa, negara dan ummah seluruhnya.

(4)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 4

Hadirin yang dihormati sekalian,

Melahirkan insan yang berjaya bukanlah suatu yang mudah.

Semua pihak – baik ibubapa/waris, universiti, masyarakat, dan lebih-lebih lagi pelajar -- mempunyai peranannya masing-masing.

UniMAP mengambil berat tugas yang diamanahkan ini. Maka kerana inilah, segala-galanya telah, sedang, dan akan terus- menerus dilaksana untuk memastikan pengalaman pembelajaran pelajar adalah yang terbaik.

Bermula daripada penggubalan dan rekabentuk kurikulum, kepada penyampaian, pemantauan pencapaian akademik, serta hal ehwal kebajikan pelajar – kesemuanya diberi perhatian yang mendalam.

UniMAP sedar bahawa kecemerlangan akademik semata-mata tidak mencukupi. Ia perlu dilengkapkan dengan pembangunan sahsiah bagi menghasilkan insan kamil yang mampu menyahut cabaran kehidupan di dunia tanpa sempadan masakini. Insya Allah kami di UniMAP akan bekerja sedaya-upaya untuk mencapai matlamat ini.

Dengan berbesar hati, ingin saya mengajak ibubapa untuk turut serta dalam perjalanan ini. Sebagai bapa kepada 4 orang anak yang sudah dewasa, izinkan saya berkongsi pengalaman semasa anak- anak saya itu berada di universiti. Keempat-empat mereka menjalani pengajian jauh daripada rumah dan kampung halaman, namun walau sesibuk mana jadual saya dan isteri, kami tetap memperuntukkan masa bertanya khabar dan berbual-bual dengan mereka melalui telefon, sms, emel, facebook, dan sebagainya.

Sesekali, kami pergi melawat mereka. Ini amat penting kerana

(5)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 5

dengan cara inilah sahaja hubungan mesra kekeluargaan dapat dipelihara.

Sebagai ibubapa/waris, kita faham bahawa anak-anak kita sedang memasuki alam yang serba baru buat mereka – di mana mereka kini lebih bebas daripada dahulu, dan akan berhadapan dengan cabaran membuat keputusan sendiri dalam pelbagai isu - termasuklah isu pengurusan masa, pemilihan kawan, dan pembinaan nilai-nilai murni kehidupan. Ada kalanya dalam meniti usia kedewasaan ini, mereka mempertikaikan apa yang mereka amalkan selama ini. Jadi, bagaimanakah kita membantu mereka menangani tahun-tahun yang mencabar ini? Pada saya, mereka perlukan bimbingan dan suara orang dewasa yang faham dan bersedia menerima mereka walau dalam suasana apa sekalipun.

Adalah penting untuk terus-menerus menasihati mereka tentang peri pentingnya pelajaran, dan bersabar serta bersemangat menghadapi dugaan. Yakinilah mereka bahawa kita tetap menyokong dan menyayangi mereka, serta bersedia membantu pada bila-bila masa, asalkan mereka tidak sekali-kali mengabaikan pelajaran – yang merupakan tujuan utama mereka berada di sini hari ini.

Pelajar pula memikul amanah untuk berhubung dengan ibubapa/waris selalu. Maklumkan ibubapa anda tentang kemajuan pelajaran dan perkara-perkara lain dalam kehidupan seharian yang sudah tentu ingin mereka ketahui. Selain belajar bersungguh- sungguh, bertanggungjawablah menangani isu kewangan, kerana selalunya ibubapa khuatir tentang perkara itu.

(6)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 6

Gembirakan hati mereka dengan keputusan akademik yang cemerlang, dan maklumi mereka bila masanya anda akan pulang ke kampung. Sesungguhnya itu sahaja yang mereka inginkan – iaitu melihat anda menjalani kehidupan di alam kampus dengan matang dan bijaksana, dan seterusnya pulang ke pangkuan mereka jua akhirnya.

Dalam pada itu juga, sedarlah bahawa anak pelajar semua sebenarnya menerima bantuan dan subsidi kewangan daripada Kerajaan samada disedari atau tidak. Sekiranya dihitung yuran sebenar yang perlu dilunas, jumlahnya ialah sebanyak RM 38,272 setahun. Namun Kerajaan memberi subsidi sebanyak RM 35,404 - sehinggakan pelajar hanya perlu membayar RM 2,868 sahaja (rujuk slide) Ini bermakna pelajar hanya membayar sekitar 7% kos pembelajaran yang sebenar, manakala 93% ditanggung Kerajaan.

Itupun terdapat juga segala bentuk bantuan lain seperti PTPTN, biasiswa, dan sebagainya. Sangat jelas bahawa tanpa subsidi sebegini, maka sudah pasti amat sukar bagi anda melanjutkan pengajian ke universiti.

Yuran Pengajian Setahun

Yuran Yang Dibayar

Oleh Pelajar Setahun Kos Yang Ditanggung Oleh Kerajaan

RM38,272 (100%)

RM2,868 (7.5%)

RM35,404 (92.5%)

Memasuki universiti adalah langkah penting dalam pembangunan hidup seseorang. Di sinilah tempat anda belajar hidup berdikari dan menjadi orang yang berjaya dan berupaya menyumbang kepada bangsa dan negara.

(7)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 7

Kejayaan pelajar sebenarnya adalah manifestasi tunjuk ajar ibubapa sejak bertahun lamanya berada di bawah jagaan mereka.

Syukurilah nikmat ini dengan belajar bersungguh-sungguh, agar dapat hadiahkan kejayaan kepada mereka tidak lama lagi.

Hadirin yang dihormati,

Saya ingin berkongsi sedikit tentang UniMAP, agar dapat mengukuhkan keyakinan ibubapa bahawa anak-anak yang bakal ditinggalkan di sini akan menjalani proses pembelajaran yang terbaik, insya Allah.

Kampus UniMAP merupakan kampus teragih yang terletak di seluruh pelosok Perlis. Ditubuhkan pada tahun 2002, ia dahulunya dikenali sebagai Kolej Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).

Dalam tahun 2007, KUKUM bertukar nama menjadi Universiti Malaysia Perlis atau singkatannya UniMAP. Tempat yang kita jejaki hari ini dikenali sebagai Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra.

Berkeluasan 1,028 ekar, terdapat 2 kompleks bangunan yang beroperasi sepenuhnya iaitu Pusat Pengajian Kej. Pembuatan dan Pusat Pengajian Kej. Mekatronik. Selain itu, seperti yang dapat tuan/puan lihat, terdapat beberapa bangunan lagi yang sudah hampir siap pembinaannya, termasuk Pusat Pengajian Kej.

Mikroelektronik, Perpustakaan Utama, Pusat Kejuruteraan, Kompleks Dewan Kuliah dan gelanggang sukan.

Selain kampus ini, terdapat Kampus Hijau UniMAP di Sg. Chuchoh yang berkeluasan 253 ekar. Di situ letaknya Stesen Penyelidikan Agroteknologi dengan pelbagai kemudahan teknologi pertanian

(8)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 8

terkini. Antara projek yang dijalankan di situ termasuk pengeluaran benih dan tanaman bernilai tinggi menggunakan teknologi rumah hijau, mekanisasi, automasi dan kultur tisu.

Projek ini dibiayai Northern Corridor Implemetation Agency (NCIA), dengan pembiayaan melebihi RM18 juta.

Kampus UniMAP yang terbesar pada masa ini ialah Kampus Kota yang terletak di seluruh bandar Kangar dan Kuala Perlis, sehinggakan ada yang mengatakan “Kangar berada di dalam UniMAP, bukannya UniMAP berada di dalam Kangar!”

Barangkali inilah kampus terbesar di dunia. Apabila Kampus Alam dan Kampus Hijau siap sepenuhnya kelak, kita merancang masih mengekalkan sekitar 30% operasi di Kampus Kota.

Akademik merupakan urusan utama UniMAP. Enam program diploma, 22 program sarjana muda kejuruteraan, 2 program perniagaan/ keusahawanan, dan 16 program sarjana sains ditawarkan (rujuk slide) Bilangan program sarjana muda kejuruteraan melebihi yang ditawarkan di universiti-universiti yang lebih lama ditubuhkan. Di samping itu, pengajian peringkat doktor falsafah (Ph.D) juga dibuka. Program-program UniMAP mendapat pengiktirafan samada dari Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pada sidang akademik ini, terdapat satu program baru iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi Industri).

Program ini bermatlamat menjana tenaga kerja berkemahiran seimbang dalam aspek bioteknologi dan kejuruteraan. Selaras dengan halatuju Kerajaan, industri berasaskan bioteknologi sedang

(9)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 9

berkembang pesat di Malaysia. Graduan yang dilahirkan nanti insya Allah mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi kerana memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang penting ini.

Dari segi kemudahan pengajaran-pembelajaran, terdapat puluhan bilik dan dewan kuliah, serta ratusan makmal. Contohnya, terdapat Kilang Mengajar di mana peralatan yang digunakan adalah sama seperti yang terdapat di kilang-kilang. Justeru, pelajar tidak akan mempunyai masalah mengendalikan peralatan ketika bekerja kelak. Kita juga memiliki Bilik Bersih (Clean Room) yang tercanggih dan terbaik di Malaysia, malah di rantau ini.

Dari aspek sumber manusia, UniMAP mempunyai 706 orang staf akademik dari dalam dan luar negara. Mereka terdiri daripada pensyarah, tutor dan Pegawai Latihan Vokasional (PLV). Jumlah pensyarah adalah 521 orang dengan 42 daripadanya berjawatan Profesor, 113 orang memiliki Ijazah Doktor Falsafah manakala 408 orang memiliki ijazah sarjana dan bakal mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah tidak lama lagi (rujuk slide).

Bilangan Tenaga Akademik

BILANGAN

KATEGORI TENAGA PENGAJAR

Profesor Ph.D Ijazah Sarjana PLV Guru bahasa Tutor

706 42 113 408

160 19 6

Bilangan Pensyarah

=521

(10)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 10

Selaras dengan hasrat menjadikan UniMAP berdaya-saing di persada antarabangsa, dan bagi memastikan pengalaman pembelajaran pelajar bersifat global, kita mempunyai 61 orang pensyarah/profesor daripada 16 buah negara termasuk United Kingdom, Australia, Jepun, dan India (rujuk slide).

Bilangan Pensyarah Antarabangsa Mengikut Negara

Bil. Negara Asal Bilangan

1. Indonesia 17

2. India 12

3. Iraq 7

4. Myanmar 5

5. Bangladesh 6

6. Great Britain 1

7. Republik Kyrgyz 1

8. Australia 1

9. Pakistan 1

10. Thailand 2

11. Jepun 1

12. Republik Uzbekistan 1

13. Republik Rakyat China 1

14. Sudan 1

15. United Kingdom 1

16. Filipina 3

Jumlah 61

Selain kehadiran staf antarabangsa, UniMAP juga diwarnai pelajar antarabangsa daripada 17 negara termasuk Indonesia, Iraq, Yemen, China, dan Somalia. Ini bagi mewujudkan suasana antarabangsa di sini. Sejak 2009, kita menerima pelajar antarabangsa untuk mengikuti pelbagai program pengajian di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan juga Ph.D (rujuk slide).

(11)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 11 Bilangan Pelajar Antarabangsa Mengikut Negara

BIL NEGARA BILANGAN PERINGKAT PENGAJIAN IEC Ijazah Sarjana Ph.D

1. Indonesia 48 7 16 6 19

2. Bangladesh 9 1 - 2 6

3. India 9 - - 5 4

4. Iraq 40 1 1 9 29

5. Thailand 3 1 - 2 -

6. Algeria 1 - - - 1

7. Nigeria 1 - - - 1

8. Syria 3 - - 1 2

9. Jordon 1 - - - 1

10. Pakistan 1 - - - 1

11. Libya 11 - - 11 -

12. Yemen 38 6 31 - 1

13. China 41 5 36 - -

14. Sudan 7 5 1 1 -

15. Mauritius 2 - 2 - -

16. Somalia 17 8 9 - -

17. Uzbekistan 13 10 1 2 -

Jumlah 245 44 97 39 65

Hadirin sekalian,

UniMAP turut aktif dalam bidang penyelidikan. Sejak ditubuhkan, para penyelidik kita telah menerima ratusan pingat daripada pelbagai pertandingan dan ekspo yang disertai di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Contohnya, pada International Invention, Innovation Industrial Design & Technology Exhibition (ITEX) yang diadakan baru-baru ini, UniMAP menghantar 50 produk penyelidikan, dan berjaya meraih tempat pertama keseluruhan dengan 11 pingat emas, 24 perak dan 11 gangsa. Justeru, UniMAP dinobatkan sebagai penerima ’Anugerah Patron’ kerana pungutan pingat tertinggi.

(12)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 12

Kita turut meraih anugerah Best Green Invention 2011. Untuk makluman, ITEX merupakan pameran terkemuka dunia, di mana pada tahun ini, sebanyak 722 produk penyelidikan dari 14 negara dipertandingkan – termasuk dari Russia, Poland, Canada, Saudi Arabia, Iran, Korea, China, Hong Kong, dan Taiwan (rujuk slide).

Selain itu, kita juga mencatatkan kejayaan 100% dalam Seoul International Invention Exhibition di Korea baru-baru ini dengan 3 pingat emas dan 1 perak. Pada penyertaan di British Invention Show di London pula, kita menghantar tiga produk penyelidikan dan kesemuanya mendapat emas.

Jadual - Kedudukan ITEX 2011

BIL NAMA IPT PINGAT JUMLAH JUMLAH

PINGAT EMAS PERAK GANGSA PRODUK

1. UniMAP [Universiti Malaysia Perlis ] 11 24 11 50 46

2. UPM [Universiti Putra Malaysia ] 10 10 2 23 22

3. UM [ Universiti Malaya ] 8 11 10 34 29

4. USM [ Universiti Sains Malaysia ] 7 6 4 17 17

5. UIAM [Univ Islam Antarabangsa

Malaysia] 6 7 3 20 16

6. UMP [UniversitiMalaysia Pahang] 5 5 3 16 13

7. UTM [Universiti Teknologi Msia] 4 9 3 17 16

Kejayaan UniMAP adalah kerana memiliki penyelidik serta kemudahan penyelidikan yang terbaik. Contohnya, Institut Kecemerlangan Nano Elektronik (INEE) UniMAP baru-baru ini diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Nano Malaysia oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi.

(13)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 13

Ini suatu pencapaian yang membanggakan kerana daripada 17 pusat penyelidikan yang disenarai-pendekkan, hanya 5 terpilih sebagai pusat kecemerlangan.

Baru-baru ini UniMAP diberi penarafan 4-bintang bagi kategori

‘Universiti Berfokus’ menerusi instrumen penilaian My Research Assessment (MyRA) yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penarafan bagi tempoh 2008-2010 itu meletakkan kita pada kedudukan ke-6 antara kesemua institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini. Ini suatu peningkatan yang baik berbanding tempoh 2007 – 2009, di mana kita mendapat taraf 3- bintang sahaja. Justeru, UniMAP hampir setanding dengan kesemua universiti penyelidikan, dan menyamai sebuah universiti penyelidikan yang jauh lebih berumur, iaitu Universiti Teknologi Malaysia. Harapan saya agar UniMAP diberi status ‘universiti penyelidikan’ suatu hari nanti.

Dari segi kebolehpasaran graduan, kita sudah mengukir nama yang membanggakan. Walau baru berumur 9 tahun, graduan yang dilahirkan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. Secara purata, kebolehpasaran graduan UniMAP ialah 80%. Ramai antara mereka bertugas di syarikat-syarikat multinasional seperti SILTERRA, AMD, AVAGO, INTEL, NATIONAL SEMICONDUCTOR, AGILENT dan banyak lagi. Ada juga graduan kita yang menjadi tekno-usahawan berjaya. Salah seorang daripada mereka baru- baru ini telah meminta kerjasama UniMAP mengendalikan projek penternakan Burung Walit. Alumni ini tahu bahawa di sini terdapat kepakaran yang boleh digunakan untuk meningkatkan populasi dan pengeluaran hasil burung ini.

(14)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 14

Selain kepakaran, kita yakin bekas pelajar kita kerap kembali ke sini kerana mereka telah dididik dan dijaga dengan sebaik mungkin. Setiap pelajar UniMAP diberikan seorang ‘rakan pendamping siswa’ (RPS) yang terdiri daripada staf akademik. RPS ditugaskan mendampingi pelajar dalam mengharungi cabaran akademik dan juga sosial. Sistem yang turut diamalkan di Universiti Cambridge ini bertujuan memastikan pelajar tidak sekali- kali merasa keseorangan apabila berhadapan dengan masalah sepanjang berada di sini.

Hadirin sekalian,

UniMAP juga cemerlang dalam bidang sukan. Kita mahu semua warga Universiti berbadan sihat, kerana ini membawa kepada minda yang cergas. UniMAP tampil juara dalam banyak acara sukan. Yang terkini ialah Sukan Kakitangan Universiti-universiti Malaysia, di mana kita menjadi juara kali ke-4 berturut-turut. Pada kejohanan yang berlangsung Julai lalu itu, Kontinjen UniMAP meraih 6 emas, satu perak dan 4 gangsa.

Suka saya maklumkan, ibubapa/waris tidak perlu khuatir tentang penginapan anak-anak kerana penginapan disediakan 100%. Bagi pengangkutan pula, terdapat perkhidmatan bus ke semua lokasi, sama ada ke pusat pengajian, kolej kediaman, perpustakaan atau ke bandar mengikut jadual yang ditetapkan.

Insya Allah segala usaha ini akan membuahkan hasil dan menjadikan UniMAP disegani semua. Malah sebenarnya itulah harapan kita – iaitu untuk mencapai KETERLIHATAN

(15)

UNIT MEDIA – SHAFINAZ – EDITED PROF. ZURAIDAH Page 15

ANTARABANGSA YANG MENYERLAH. Saya harap ucapan ini akan menghilangkan kerungsingan tuan/puan dalam melepaskan anak tuan/puan kepada kami sepanjang tempoh pengajian mereka di sini.

Sempena hari ke-6 Aidilfitri ini, saya ucapkan selamat Hari Raya kepada semua. Warga UniMAP memohon maaf sekiranya terdapat cacat dan cela sepanjang tempoh pendaftaran hari ini. Semoga kita berjumpa lagi nanti. InsyaAllah pertemuan kita akan lebih bermakna apabila tuan/puan menghadiri majlis graduasi anak- anak tuan/puan beberapa tahun lagi.

Merantau jauh ke hujung negeri, Mencari bekal masa hadapan,

Di UniMAP ilmu dicari, Terima kasih kami ucapkan.

Ampun Tuanku, sekian sahaja ucapan patik. Patik ingin merafak sembah, menjujung kasih yang tidak terhingga kepada Duli Tuanku berdua di atas perkenan berangkat ke majlis ini. Kehadiran Duli Tuanku berdua begitu besar ertinya buat patik sekalian.

Patik sudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MAKMAL FPGA ALTERA-NCIA-UniMAP DAN MAJLIS GRADUASI KURSUS PROFESIONAL FPGA PADA 30 APRIL 2014

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PAMERAN KARYA SENI 1MCAT PERLIS IN PERSPECTIVES 23 OKTOBER 2013 AUDITORIUM, PERPUSTAKAAN

BERBAHAGIA DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT UniMAP SEMPENA SAMBUTAN IHYA' RAMADAN 1435H/2014M SURAU KAMPUS TETAP UNIMAP, PAUH

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP PADA MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN KE 9 UniMAP 23 SEPTEMBER 2014, KAMPUS TETAP PAUH PUTRA Assalamualaikum Warahmatullahi

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS KETIKA MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2014 PERINGKAT UniMAP DAN MAJLIS WACANA PEMARTABATAN BAHASA KEBANGSAAN

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS UniMAP SEMPENA PROGRAM HIDUP SIHAT TANPA AEDES & PELANCARAN SKUAD COMBI PELAJAR UNIMAP 2014 PADA 16 NOVEMBER 2014,

NAIB CANSELOR AKADEMIK & ANTARABANGSA UniMAP SEMPENA “MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA INDUSTRI” 17 DISEMBER 2014 HOTEL PUTRA PALACE, KANGAR, PERLIS Assalamualaikum warahmatullahi

UDA HASHIM TIMBALAN NAIB CANSELOR PENYELIDIKAN & INOVASI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS USAHASAMA UniMAP DAN KAWASAKI MOTORS PADA 9 MAC 2018 Assalamualaikum