• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Dato' NC - Makan Malam MPM.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Dato' NC - Makan Malam MPM.pdf"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

BRIG. JENERAL DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP

SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM SEMINAR PENTAKSIRAN PRA UNIVERSITI DAN PENGAJIAN TINGGI 2014

PADA 5 JUN 2014, DI

HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR PERLIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

SALUTASI

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Noh Dalimin, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia

Yang Berbahagia Dr. Na’imah Ishak, Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Berbahagia Naib-naib Canselor

Yang Berbahagia Dr. Jamil Adimin, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia

Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Perlis

Yang Berbahagia Timbalan-timbalan Naib Canselor

Yang Berusaha Ahli-ahli Majlis Majlis Peperiksaan Malaysia Yang Berusaha Sekretariat Majlis Peperiksaan Malaysia Yang Berusaha Pegawai Utama UniMAP

Disediakan –Basri Unit Media –edited

(2)

Yang Berusaha Penolong-Penolong Naib Canselor UniMAP, Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan,

Seterusnya hadirin hadirat yang saya hormati sekalian.

KATA ALU-ALUAN

1. Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin dan limpah inayahnya, dapat kita sama-sama berhimpun dalam satu majlis makan malam meraikan ketibaan tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

2. Terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh warga kerja Universiti Malaysia Perlis ingin berterima kasih yang tidak terhingga kepada tuan, puan di atas kesudian untuk hadir ke majlis makan malam yang tidak seberapa ini.

3. Sesungguhnya, majlis ini dianjurkan khusus untuk membolehkan kita bertemu mata dan berkenal mesra serta mengeratkan hubungan semua jawatankuasa yang terlibat dengan sidang mesyuarat yang dijadualkan esok.

4. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada ahli jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran majlis pada malam ini. Sesungguhnya kerjasama dan komitmen yang diberikan amatlah dihargai dan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Hadirin dan hadirat sekalian,

MESYUARAT MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

5. Saya amat berbangga kerana UniMAP telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah merangkap urusetia mesyuarat pada kali ke – 130

Disediakan –Basri Unit Media –edited

(3)

ini. Sebagai tuan rumah, insya Allah, kami akan lakukan sedaya mungkin untuk memudahkan urusan dan perjalanan mesyuarat.

6. Mesyuarat ini merupakan medium untuk semua wakil dari kementerian pendidikan dan institusi pengajian tinggi di negara ini berjumpa serta berbincang untuk menambahbaikkan dan mengemaskini sistem sukatan pelajaran dan peperiksaan negara kita.

Hadirin sekalian

SEMINAR PENTAKSIRAN PRAUNIVERSITI DAN PENDIDIKAN TINGGI 2014

7. Siang tadi bersempena Mesyuarat Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kali ke- 130, telah diadakan Seminar Pentaksiran Prauniversiti Dan Pendidikan Tinggi 2014 di AUDITORIUM Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP.

8. Seminar ini merupakan anjuran bersama MPM, Jabatan Pendidikan Perlis serta UniMAP selaku tuan rumah. Ia dilihat memberi impak yang baik kepada para peserta yang terdiri daripada guru-guru tingkatan 6 dari sekitar negeri Kedah dan Perlis. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih, kepada pihak sekretariat UniMAP dan MPM yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

9. Harapan saya semoga seminar ini akan dapat membantu memberi pemahaman kepada para guru agar menekankan pendidikan yang berasaskan pembelajaran dan pemikiran individu (independent thinking and learning), pemikiran kritikal (critical thinking) dan membina kebolehan untuk menjalankan penyelidikan (ability to research independently) dengan bantuan yang minima daripada para guru.

Disediakan –Basri Unit Media –edited

(4)

10. Seperti yang kita tahu, apabila para pelajar menjejakkan kaki ke menara gading, elemen-elemen inilah yang menjadi asas dalam setiap pembelajaran mereka. Persediaan awal perlu agar para pelajar tidak terkena kejutan budaya. Hal ini kerana, kebanyakan kes pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pelajaran di IPT adalah kerana kejutan budaya dengan sistem pengajaran dan pembelajaran di situ. Saya yakin dengan penjelasan yang diberikan dalam seminar siang tadi telah memberi gambaran jelas kepada para guru. InsyaAllah.

PENUTUP

Hadirin dan hadirat sekalian,

11. Kehadiran anda semua ke Perlis pada kali ini adalah bertepatan dengan waktunya memandangkan kami di Perlis kini sedang meraikan “Pesta Buah Mangga Harum Manis”. Justeru, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai keenakan buah mangga harum manis yang sememangnya amat sinonim dengan negeri Perlis dan hanya boleh diperoleh untuk tempoh yang singkat sahaja iaitu bulan April dan Mei.

12. Akhir kata, saya mendoakan perjalanan mesyuarat yang dijadualkan esok akan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua yang hadir.

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat Menjamu Selera.

Disediakan –Basri Unit Media –edited

Referensi

Dokumen terkait

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN KE-6 * 14 SEPTEMBER 2011*8.30 MALAM* Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MAKMAL FPGA ALTERA-NCIA-UniMAP DAN MAJLIS GRADUASI KURSUS PROFESIONAL FPGA PADA 30 APRIL 2014

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PADA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA PROGRAM LARIAN UTARA DAN AUTISME CHARITY WALK 21 SEPTEMBER

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PAMERAN KARYA SENI 1MCAT PERLIS IN PERSPECTIVES 23 OKTOBER 2013 AUDITORIUM, PERPUSTAKAAN

Prepared by Unit Media : Shafinaz – Input by Hasrul Nizam & Prof Syed Alwee Aljunid Page 1 TEKS UCAPAN BRIG JEN DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP PADA MAJLIS

Unit Media UniMAP – AidaOthman Page 1 TEKS UCAPAN BRIG JEN DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP PADA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PECIPTA 2013 DI KLCC PADA 10

Dato’ Prof Dr Kamarudin Hussin Sempena Majlis Menandatangani MoU Antara UniMAP dan Universitas Padjadjaran UNPAD Bandung Indonesia Pada 25 Jun 2011 Assalamualaikum

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA SENAMROBIK DAN PERJUMPAAN MINGGUAN PADA 20 JUN 2014 DI GELANGGANG SERBAGUNA KAMPUS KUBANG GAJAH