• Tidak ada hasil yang ditemukan

teks ucapan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "teks ucapan"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

Teks Disediakan Sekretariat Pesta Kebudayaan UniMAP edited Media UKK

TEKS UCAPAN

PROF. IR. DR.REZUWAN KAMARUDDIN TIMBALAN NAIB CANSELOR AKADEMIK DAN ANTARABANGSA

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

SEMPENA PROGRAM PESTA KEBUDAYAAN UniMAP 2 NOVEMBER 2018

DI DEWAN KECEMERLANGAN, KAMPUS ALAM UniMAP PAUH PUTRA

Bismillah hirrahman nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera,

Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

SALUTASI

Yang Berusaha Prof Madya Razli Ahmad, Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Dekan-Dekan dan Ketua-ketua Jabatan UniMAP

Yang Berusaha Saudara Khor Ghee Hong, Pengarah Program Pesta Kebudayaan UniMAP 2018

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP, Rakan-rakan media

Seterusnya pelajar UniMAP yang dikasihi sekalian

ALUAN KATA

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Azza Wajalla atas limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul di malam yang berbahagia ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur

(2)

2

Teks Disediakan Sekretariat Pesta Kebudayaan UniMAP edited Media UKK

kerana sudi menjemput saya bagi merasmikan Program Pesta Kebudayaan UniMAP 2018.

2. Terlebih dahulu, izinkan saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana Program Pesta Kebudayaan UniMAP 2018 serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP kerana telah berjaya menganjurkan Pesta Kebudayaan dalam kampus UniMAP sekaligus memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Anak pelajar yang dikasihi sekalian,

PROGRAM PESTA KEBUDAYAAN TIONGHUA UniMAP 2018

3. Seperti yang kita sedia maklum, UniMAP amat komited dalam membina kemahiran insaniah di kalangan pelajarnya. Kami di peringkat pengurusan menyokong penuh kepada para pelajar dalam menganjurkan sebarang aktiviti atau program. Malah sekiranya para pelajar mengambil inisiatif untuk mengendalikan sepenuhnya sesebuah program itu, ianya amatlah digalakkan.

Sebagai contoh, program kita pada malam ini iaitu Pesta Kebudayaan UniMAP 2018 yang diuruskan sepenuhnya oleh pelajar. Syabas dan tahniah diucapkan.

4. Bertepatan dengan tema pada mala mini iaitu “DREAM HIGH”, saya melihat ini merupakan adalah salah satu cara bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman dalam merencana sesebuah program. Ia bukan saja akan membantu meningkatkan penghasilan graduan yang holistik, dan mempunyai kemahiran keusahawanan dan kemahiran lain yang seimbang seperti yang digariskan dalam Pelan Lonjakan Pertama

(3)

3

Teks Disediakan Sekretariat Pesta Kebudayaan UniMAP edited Media UKK

malah turut dapat mengeratkan hubungan sesama staf dan pelajar.

Hadirin dan hadirat sekalian

5. Kita tidak mahu mewujudkan mahasiswa yang hanya berilmu pengetahuan tetapi mereka ini juga haruslah berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan kemakmuran Negara. Pihak pengurusan yakin bahawa semua ciri ini akan dapat diperolehi melalui pelaksanaan program seumpama ini dan secara tidak langsung dapat membentuk dan menyediakan para pelajar bagi tuntutan pasaran kerja masa kini.

6. Proses pembelajaran ini akan menjadikan mereka lebih rasional terhadap sesuatu perkara yang dilalui di samping menjadikan mahasiswa lebih dinamik dan berwibawa.

7. Apa yang saya dapat lihat, dalam merencana program ini, ianya tidak diadakan semata-matanya untuk mengumpul warga UniMAP dalam sesuatu program semata, tetapi ianya lebih kepada peluang untuk mengekspresi dan mengeksplorasi perspektif sesama warga Malaysia dalam konteks budaya kaum Cina dan juga budaya kaum lain.

8. Di kesempatan ini saya ingin menyeru para pelajar untuk mengambil peluang ini untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin, kerana ia amat berguna di alam pekerjaan nanti.

(4)

4

Teks Disediakan Sekretariat Pesta Kebudayaan UniMAP edited Media UKK

Para pelajar yang dikasihi sekalian, PENUTUP

9. Rasanya tidak perlulah untuk saya berucap dengan lebih panjang lagi. Saya pasti anda semua sudah tidak sabar untuk menyaksikan pelbagai persembahan menarik yang disediakan pada malam ini.

10. Oleh itu, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Saya dengan rasa sukacitanya merasmikan “Program Pesta Kebudayaan UniMAP 2018”.

Sekian

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Disediakan Pusat Islam UniMAP-Diedit Unit Media TEKS UCAPAN Y.BHG NAIB CANSELOR MAJLIS PERASMIAN IHYA’ RAMADHAN 1434 H / 2013 M UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS DIBACAKAN YANG

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA Majlis Taklimat Waris Sempena Pendaftaran Pelajar Ijazah Dan Program Minggu Suaikenal Sidang Akademik 2011/2012 PADA 4 SEPTEMBER

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS TAKLIMAT PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2012- 2015 DAN SESI DIALOG BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II PADA 7 MAC

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PADA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA PROGRAM LARIAN UTARA DAN AUTISME CHARITY WALK 21 SEPTEMBER

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA UniMAP BERSAMA MENTERI PENGAJIAN TINGGI DI DEWAN 2020 PADA 7 SEPTEMBER 2009

UDA HASHIM TIMBALAN NAIB CANSELORPENYELIDIKAN & INOVASI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS USAHASAMA UniMAP DAN HONG LEONG YAMAHA MOTOR PADA 9 MAC 2018 Assalamualaikum

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS SERI GEMILANG UniMAP 2017 29 MAC 2018 DI HOTEL SERI MALAYSIA KANGAR, JAM 9.00 MALAM Raja Berdaulat,

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PROGRAM PESTA KEBUDAYAAN UniMAP 27 APRIL 2018 DI DEWAN ILMU, PAUH PUTRA Bismillah hirrahman nirrahim