• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Negaraku Malaysia, Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Negaraku Malaysia, Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

Teks disediakan Lee Xia Feng AJK Pesta Kebudayaan UniMAP 2018 edited Media UKK

TEKS UCAPAN

DATO’ PROF. DR. ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

SEMPENA PROGRAM PESTA KEBUDAYAAN UniMAP 27 APRIL 2018

DI DEWAN ILMU, PAUH PUTRA

Bismillah hirrahman nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Negaraku Malaysia, Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

SALUTASI

Yang Berbahagia Timbalan-Timbalan Naib Canselor UniMAP Pegawai- pegawai Utama UniMAP,

Ketua-ketua Jabatan UniMAP

Yang Berusaha Saudara Khor Ghee Hong, Pengarah Program Pesta Kebudayaan UniMAP 2018

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP,

Rakan-rakan media

Seterusnya pelajar UniMAP yang dikasihi sekalian

(2)

2

Teks disediakan Lee Xia Feng AJK Pesta Kebudayaan UniMAP 2018 edited Media UKK

ALUAN KATA

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Azza Wajalla atas limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul di malam yang berbahagia ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya bagi merasmikan Program Pesta Kebudayaan UniMAP 2018.

2. Terlebih dahulu, izinkan saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana Program Pesta Kebudayaan UniMAP 2018 serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP kerana telah berjaya menganjurkan Pesta Kebudayaan dalam kampus UniMAP sekaligus memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Anak pelajar yang dikasihi sekalian,

PROGRAM PESTA KEBUDAYAAN UniMAP 2018

3. Seperti yang kita sedia maklum, UniMAP amat komited dalam membina kemahiran insaniah di kalangan pelajarnya.

Kami di peringkat pengurusan menyokong penuh sekiranya para pelajar ingin menganjurkan sebarang aktiviti atau program. Malah sekiranya para pelajar mengambil inisiatif untuk mengendalikan sepenuhnya sesebuah program itu, ia amatlah digalakkan. Sebagai contoh, program kita pada malam ini iaitu Program Pesta Kebudayaan UniMAP 2018 yang diuruskan sepenuhnya oleh pelajar. Syabas dan tahniah diucapkan.

(3)

3

Teks disediakan Lee Xia Feng AJK Pesta Kebudayaan UniMAP 2018 edited Media UKK

4. Ini adalah salah satu cara bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman dalam merencana sesebuah program. Ia juga akan membantu meningkatkan penghasilan graduan yang holistik, dan mempunyai kemahiran keusahawanan dan kemahiran lain yang seimbang seperti yang digariskan dalam Pelan Lonjakan Pertama selain mengeratkan hubungan sesama staf dan pelajar.

Hadirin dan hadirat sekalian

5. Kita tidak mahu mewujudkan mahasiswa yang hanya berilmu pengetahuan tetapi mereka ini juga haruslah berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan kemakmuran Negara. Pihak pengurusan yakin bahawa semua ciri ini akan dapat diperolehi melalui pelaksanaan program seumpama ini dan secara tidak langsung dapat membentuk dan menyediakan para pelajar bagi tuntutan pasaran kerja masa kini.

6. Proses pembelajaran ini akan menjadikan mereka lebih rasional terhadap sesuatu perkara yang dilalui di samping menjadikan mahasiswa lebih dinamik dan berwibawa.

7. Apa yang saya dapat lihat, dalam merencana program ini, ianya tidak diadakan semata-matanya untuk mengumpul warga UniMAP dalam sesuatu program semata, tetapi ianya

(4)

4

Teks disediakan Lee Xia Feng AJK Pesta Kebudayaan UniMAP 2018 edited Media UKK

lebih kepada peluang untuk mengekspresi dan mengeksplorasi perspektif sesama warga Malaysia dalam konteks budaya kaum Cina dan juga budaya kaum lain.

8. Di kesempatan ini saya ingin menyeru para pelajar untuk mengambil peluang ini untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin, kerana ia amat berguna di alam pekerjaan nanti.

Para pelajar yang dikasihi sekalian, PENUTUP

9. Rasanya tidak perlulah untuk saya berucap dengan lebih panjang lagi. Saya pasti anda semua sudah tidak sabar untuk menyaksikan pelbagai persembahan menarik yang disediakan pada malam ini.

10. Oleh itu, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Dengan lafaz, Bismillahirahmannirrahim, saya dengan rasa sukacitanya merasmikan Program Pesta Kebudayaan UniMAP 2018 yang bertema The“Good Old Times”.

Sekian

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Terlebih dahulu, patik bagi seluruh warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, atas perkenan Duli Tuanku berdua bercemar

Saya amat berharap agar semua warga UniMAP mengambil inisiatif yang positif untuk mencegah dan menentang NCD dan saya juga berharap kerjasama semua pemandu UniMAP agar

TEKS UCAPAN YBHG DATO’ PROF DR ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIMAP, SEMPENA UniMAP-SME CORP YOUTH ENTREPRENEURIAL ENGAGEMENT 2018 26 APRIL 2018, DEWAN KECEMERLANGAN

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PERASMIAN PENUTUP FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARA KOLEJ KEDIAMANFESTKOL 22 APRIL 2018 DI DEWAN KECEMERLANGAN,

Melihat kepada matlamat UniMAP untuk menjadi antara yang terbaik di dunia, Naib Canselor UniMAP Datuk Profesor Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, penyertaan Malaysia dalam persidangan

Pada majlis berkenaan, beliau menyerahkan 10 unit enjin motosikal Modenas kepada Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal untuk digunakan Unit Penyelidikan dan Sukan

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA UniMAP BERSAMA MENTERI PENGAJIAN TINGGI DI DEWAN 2020 PADA 7 SEPTEMBER 2009

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS UniMAP SEMPENA PROGRAM HIDUP SIHAT TANPA AEDES & PELANCARAN SKUAD COMBI PELAJAR UNIMAP 2014 PADA 16 NOVEMBER 2014,