• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kerjasama strategik Modenas-UniMAP untungkan industri automotif negara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kerjasama strategik Modenas-UniMAP untungkan industri automotif negara"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

KERJASAMA STRATEGIK MODENAS-UniMAP UNTUNGKAN INDUSTRI AUTOMOTIF NEGARA

ARAU, 21 Julai (Bernama) -- Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) menyifatkan kerjasama strategik mengenai penyelidikan dan pembangunan (R&D) enjin dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menguntungkan industri automotif negara.

Ketua Bahagian R&D Modenas Wan Shahar Wan Teh berkata, Modenas menyasarkan melalui kerjasama ini, ia mampu menggalakkan perkembangan industri permotoran yang aktif dan terkenal di kawasan utara Malaysia.

Beliau berkata Modenas berkemungkinan menyediakan geran R&D pada masa hadapan dan masa ini, syarikat hanya bersedia menyumbang enjin untuk tujuan pembelajaran serta bertukar kepakaran.

“Kerjasama ini yang terjalin sejak 2012 membolehkan pelajar UniMAP mendalami secara mahir bidang automotif di samping mencetuskan teknologi lebih maju selain meningkatkan kebolehpasaran mereka," katanya.

Wan Shahar ditemui pada majlis 'Riang Ria Aidilfitri UniMAP' di kampus induk universiti di Pauh Putra, dekat sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, beliau menyerahkan 10 unit enjin motosikal Modenas kepada Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal untuk digunakan Unit Penyelidikan dan Sukan Permotoran (MoTECH) UniMAP.

“R&D UniMAP dalam bidang ini berasaskan teori dan kami di Modenas akan mencari titik persamaan. Hasilnya, kami dapat mengoptimumkan aplikasi.

“Contohnya kami telah dapat meningkatkan mutu petri, lebih menjimatkan kos malah kecekapan turut meningkat," kata Wan Shahar.

Sementara itu, Zul Azhar Zahid berkata tajaan 10 unit enjin berkenaan merupakan simbolik kerjasama kedua-dua pihak untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Automotif dan Permotoran UniMAP-Modenas.

Katanya UniMAP juga akan memastikan kerjasama atau penyelidikan yang dijalankan menambah kualiti pelajar dan relevan dengan keperluan semasa serta membantu perkembangan MoTECH.

Disediakan oleh;

Aininulniza Mohd Yusof Unit Perhubungan Media

Referensi

Dokumen terkait

Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Pegawai-pegawai Utama UniMAP, Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, Para peserta dari Majlis Perwakilan

TEKS UCAPAN YBHG DATO’ PROF DR ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIMAP, SEMPENA UniMAP-SME CORP YOUTH ENTREPRENEURIAL ENGAGEMENT 2018 26 APRIL 2018, DEWAN KECEMERLANGAN

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NEW UniMAP VICE CHANCELLOR KANGAR, 11 May: The Ministry of Higher Education KPT has announced the appointment of Dato’ Professor Dr.. Zul Azhar Zahid Jamal as

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS SERI GEMILANG UniMAP 2017 29 MAC 2018 DI HOTEL SERI MALAYSIA KANGAR, JAM 9.00 MALAM Raja Berdaulat,

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PROGRAM PESTA KEBUDAYAAN UniMAP 27 APRIL 2018 DI DEWAN ILMU, PAUH PUTRA Bismillah hirrahman nirrahim

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MALAM GEMA PUISI 2018 13 SEPTEMBER 2018, DI DEWAN KUBANG GAJAH , UniMAP “Sayangi Malaysiaku, Martabatkan Bahasaku’

Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata majlis itu diadakan khas sebagai salah satu tanda penghargaan, kenangan dan penghormatan kepada pesara di atas segala

Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Yang Berbahagia, Profesor Dr Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi Pegawai-Pegawai Utama