Unit Perhubungan Media Page 1
KENYATAAN MEDIA
19 PESARA UniMAP TERMASUK MANTAN PENDAFTAR DIRAIKAN
Kangar, 12 Mac – Seramai 19 kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) termasuk mantan Pendaftar UniMAP diraikan di Majlis Penghargaan Pesara 2019, Jasamu Dikenang di Hotel Seri Malaysia, di sini, hari ini.
Mantan Pendaftar UniMAP, Tuan Zuber Mohamad yang bersara wajib pada 15 Januari 2019 antara lima kakitangan yang bersara wajib, manakala dua orang bersara pilihan selain lima kakitangan lagi tamat kontrak kerana mencapai usia 60 tahun.
Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata majlis itu diadakan khas sebagai salah satu tanda penghargaan, kenangan dan penghormatan kepada pesara di atas segala sumbangan yang telah dicurahkan sebelum ini.
“Justeru saya bagi pihak UniMAP mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan.
“Percayalah sesungguhnya, segala pengalaman dan sumbangan anda yang penuh komited kepada penubuhan UniMAP tidak terhitung dengan wang ringgit,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan di Hotel Seri Malaysia, di sini.
Unit Perhubungan Media Page 2 Hadir sama ke majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Uda Hashim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) , Prof Dr Mohd Foad Sakdan serta ketua-ketua jabatan UniMAP.
Dalam majlis itu, Dr Zul Azhar turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada mereka yang bersara.
Mereka yang bersara pada tahun 2019 ialah :-
En. Abdullah bin Awang
Prof. Dr. Zakaria bin Wahab
En. Abdul Rashit bin Mustaffa
En. Rosely bin Md. Noor
Prof. Dr. Amran bin Ahmed
Tuan Haji Zuber bin Haji Mohamad
Cik Hasbalaila binti Alias
En. Abd. Razak bin Othman
Prof. Madya Dr. Idris bin Md. Noor
Pn. Norehan binti Ahmad
Pn. Nani Maslina Binti Sulaiman Najidi
Pn. Sarina binti Din
Prof. Madya Dr. Vithyacharan A/L Retnasamy
En. Md. Shah bin Jakun
En. Azmi bin Hussain
En. Sahidan bin Saleh
En. Abd. Latif bin Hashim
En. Saudiki bin Adam
En. Mansor bin Salim
Dikeluarkan Oleh :
Aininulniza Mohd Yusof ([email protected]) Pegawai Perhubungan Media UniMAP