• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Dato' Naib Canselor Sempena Malam Gema Puisi 2018

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Dato' Naib Canselor Sempena Malam Gema Puisi 2018"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

UCAPAN ALUAN

DATO PROF. DR. ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UniMAP

SEMPENA MALAM GEMA PUISI 2018 13 SEPTEMBER 2018, DI DEWAN KUBANG GAJAH , UniMAP

“Sayangi Malaysiaku, Martabatkan Bahasaku’

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

SALUTASI

Rakan-rakan saya, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pegawai-pegawai Utama Universiti,

Yang Berusaha Dr Sharmini Abdullah, Pengarah Pusat Bahasa &

Antarabangsa,

Yang Berusaha Encik Mohd Izwan Izhar Haris, Pengarah Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR)

Ketua-ketua Jabatan, Dekan-dekan,

Sekretariat program, para peserta seterusnya Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

(2)

ALUAN KATA

1. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Azza Wajjalla di atas limpah perkenan dariNya,kita dapat bersama- sama pada malam penuh bahagia ini.

2. Sekalung penghargaan kepada jawatankuasa program khususnya penganjur iaitu Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR) serta Pusat Bahasa

& Antarabangsa (CIL) UniMAP dengan kerjasama Angkatan Sasterawan Indera Perlis (AKSARA), dan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) di atas inisiatif menganjurkan program ini sempena bulan kemerdekaan.

3. Sesungguhnya usaha sebegini bukan saja dapat memartabatkan bahasa Melayu, tetapi juga dapat menyuntik semangat cintakan negara yang kita sayangi ini.

4. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada para peserta di atas komitmen menyertai program-program yang berlangsung bermula pagi tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

SAYANGI MALAYSIAKU, MARTABATKAN BANGSAKU

5. Saya difahamkan sebanyak empat program diadakan bermula sejak pagi tadi iaitu Ceramah Kemerdekaan, Bengkel Penulisan Puisi & Persembahan Puisi, Sesi Perkongsian Sastera serta kemuncaknya merupakan majlis pada malam ini iaitu Malam Gema Puisi.

6. Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa program ini merupakan kesinambungan daripada program sebelumnya iaitu Program Maraton Puisi 2011, Malam Gema Puisi 2012, 2013, 2014 serta bersama Dewan Bahasa Pustaka pada 2017.

(3)

7. Mungkin bagi sesetengah orang mempertikaikan apa keperluan dan kepentingan program-program sebegini di kalangan warga UniMAP khususnya mahasiswa yang memberi fokus dalam bidang kejuruteraan.

8. Namun, program ini bertujuan menyahut aktiviti kemerdekaan dan kebahasaan di peringkat nasional dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di peringkat universiti sekaligus membuka peluang kepada mahasiswa mengasah bakat dalam lapangan kebahasaan.

9. Kita juga perlu sedar bahawa bakat yang dicungkil ini bukan sahaja untuk menonjolkan kecemerlangan, sebaliknya sebagai langkah memelihara dan meningkatkan kemahiran bahasa di dalam jiwa mahasiswa khususnya.

Hadirin hadirat sekalian,

KEPENTINGAN PROGRAM-PROGRAM SEMPENA KEMERDEKAAN

10. Selain mengasah bakat di kalangan warga UniMAP, program-program ini juga membawa objektif bagi menerap rasa sanjungan yang tinggi terhadap genre puisi serta meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan warga universiti.

11. Tahun ini kita sudah mencapai kemerdekaan selama 61 tahun, maka adalah penting selain sejak dari bangku sekolah, universiti juga perlu memainkan peranan membentuk warganegara yang mempunyai semangat patriotik serta rasa kecintaan terhadap agama, bangsa dan negara.

12. Malah, program ini juga dapat membudayakan nilai-nilai kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa agar tidak luput ditelan zaman.

(4)

13. Harapan saya semoga program seperti ini akan dapat diperkembangkan lagi agar puisi lebih dihargai generasi baharu.

Hadirin hadirat yang dikasihi,

PENUTUP

14. Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi ingin sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan sejuta penghargaan dikalungkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

15. Tidak dilupakan juga syabas dan tahniah saya ucapkan kepada jawatankuasa penganjur kerana memastikan program ini ini berjalan dengan lancar. Tahniah pada peserta yang berjaya, dan pada yang tidak berjaya, teruskan usaha memperbaiki diri dan cuba lagi pada tahun hadapan.

16. Semoga program-program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dengan penyertaan lebih ramai warga UniMAP. Insya Allah.

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Pegawai-pegawai Utama UniMAP, Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, Para peserta dari Majlis Perwakilan

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PERASMIAN PENUTUP FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARA KOLEJ KEDIAMANFESTKOL 22 APRIL 2018 DI DEWAN KECEMERLANGAN,

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NEW UniMAP VICE CHANCELLOR KANGAR, 11 May: The Ministry of Higher Education KPT has announced the appointment of Dato’ Professor Dr.. Zul Azhar Zahid Jamal as

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS BERSAMA DYTM TUANKU CANSELOR & SIMBOLIK PENERIMAAN SISWA BAHARU IJAZAH MINGGU SUAIKENAL SIDANG

Patik juga merafak sembah menjunjung penuh kasih kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Canselor UniMAP, Dan Duli Yang Teramat Mulia

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP i-ENVEX 2018 15 APRIL 2018 DI DEWAN ILMU, UniMAP PAUH PUTRA JAM 10 PAGI

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PROGRAM PESTA KEBUDAYAAN UniMAP 27 APRIL 2018 DI DEWAN ILMU, PAUH PUTRA Bismillah hirrahman nirrahim

Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Yang Berbahagia, Profesor Dr Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi Pegawai-Pegawai Utama