• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2012/2013 TARIKH 30 APRIL 2013 TEMPAT. Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), ANJURAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KERJA MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR 2012/2013 TARIKH 30 APRIL 2013 TEMPAT. Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), ANJURAN"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN

KOLEJ UNGKU OMAR 2012/2013

TARIKH

30 APRIL 2013

TEMPAT

Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR),

Universiti Kebangsaan Malaysia

ANJURAN

Sekretariat Majlis Tertinggi

Kolej Ungku Omar,

Universiti Kebangsaan Malaysia

TEMA

(2)

KERTAS KERJA

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR

SESI 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar bagi sesi 2012/2013 ini. Selain itu, untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan swasta dengan tujuan membantu melancarkan perjalanan program dan memberi makluman secara teperinci mengenai program kepada pihak yang terlibat.

2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG

Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar merupakan suatu majlis besar yang secara gahnya diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia pada penghujung semester kedua pengajian setiap tahun. Ungkapan penuh bermakna ‘Kenangan, Anugerah dan Memori’dipilih sebagai tema majlis makan malam pada kali ini dan dipadankan dengan konsep ’60

an’ di mana tetamu yang hadir akan mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan

tema mengikut kreativiti masing-masing. Ungkapan tersebut juga memberikan gambaran bahawa tidak kira apapun penampilan pada Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar sesi 2012/2013 itu, diharapkan di penghujung majlis ini, setiap tetamu dapat menikmati saat yang berlalu dan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga kepada penghuni Kolej Ungku Omar yang selama ini telah berusaha bersungguh-sungguh menyumbangkan tenaga dan buah

(3)

fikiran mahupun wang ringgit dalam menjayakan setiap aktiviti kolej sepanjang sesi ini. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan sesama penghuni kolej yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan kepercayaan. Manakala bagi mahasiswa/i tahun akhir, penganjuran majlis makan malam ini secara tidak langsung merupakan acara untuk meraikan mereka yang bakal memulakan kehidupan di alam pekerjaan kelak.

Selain itu, majlis ini juga diadakan untuk menghargai kejayaan pelajar kolej ini dalam bidang akademik mahupun kokurikulum yang secara keseluruhannya telah membantu menaikkan imej dan nama kolej. Oleh yang demikian, diharapkan agar majlis makan malam ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya sekaligus memberi kesan yang amat mendalam kepada semua warga kolej dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persefahaman seterusnya meninggalkan satu kenangan indah yang sentiasa diingati.

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, menjadi tanggungjawab untuk memastikan kelancaran program ini dengan :

3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya dapat membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdisiplin.

3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.

3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas pelaksanaan program.

4.0 MATLAMAT

(4)

4.1 Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bantu-membantu, semangat bersatu

padu dan sebagainya ke dalam diri setiap warga kolej.

4.2 Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Kolej Ungku Omar ke

peringkat yang lebih tinggi.

4.3 Membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dalam semua aspek di samping membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi yang efektif.

4.4 Menjaga dan memelihara kebajikan warga kolej agar para pelajar berasa bertuah menetap di Kolej Ungku Omar.

5.0 OBJEKTIF

Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai :

5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.

5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi dimensi , membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja berpasukan untuk mencapai matlamat yang disepakati.

(5)

5.3 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan

pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka

isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri.

5.4 Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan sebagainya.

5.5 Mendedahkan kepada pelajar kemahiranpengurusan dan keusahawanan dalam mencari dana bagi melancarkan majlis.

5.6 Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,menunjukkan tingkah laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.

5.7 Melahirkan sifat sosial dan kebertanggungjawaban dengan melahirkan kepekaan terhadap alam sekitar dan situasi sosial seperti perpaduan dan kebajikan pelajar.

5.8 Menilai tahap pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan

saintifik setiap ahli jawatankuasa dalam mengenal pasti masalah tersurat dan

tersirat serta mensintesiskan masalah dengan tapat.

6.0 TEMA

‘60 an’

7.0 ANJURAN

Sekretariat Majlis Tertinggi

(6)

Kolej Ungku Omar

Universiti Kebangsaan Malaysia.

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 30 April 2013

Hari : Selasa

Masa : 8.00 malam – 11.00 malam

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan ialah :

Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

10.0 PUBLISITI

Publisiti bagi majlis ini bercadang dilaksanakan sekitar Kolej Ungku Omar khususnya dan

Universiti Kebangsaan Malaysia amnya menerusi i. Poster

ii. Banting iii. Kain rentang iv. Skrin digital

v. Pembukaan ‘booth’ ketika Hari Keluarga Kolej Ungku Omar vi. Mewujudkan satu sudut info majlis di kawasan kafetaria

(7)

Poster akan ditampal di setiap blok kediaman dan di bangunan pentadbiran. Banting dan kain rentang akan digantung di sekitar kolej. Pembukaan booth ketika hari keluarga Kolej Ungku Omar dan sudut info di kafetaria pula lebih menekankan aspek konsep pemakaian ketika majlis dengan harapan semua penghuni kolej akan hadir dengan mengenakan pakaian yang menepati konsep yang telah ditetapkan oleh pihak jawatankuasa pelaksana. Sudut info akan membekalkan serba sedikit maklumat penting kepada penghuni seperti, pengedaran kupon, nama perasmi dan sebagainya. Jawatankuasa pelaksana juga bercadang menghebahkan mengenai majlis ini menggunakan skrin digital yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti Kebangsaan Malaysia dua minggu sebelum majlis ini berlangsung.

11.0 CADANGAN PERASMI

I. YB Datuk Haji Fadillah bin Yusof

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

II. Kapten Dr. Azhan Bin Awang

Pengetua Kolej Ungku Omar , UKM

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Sasaran peserta : Semua warga Kolej Ungku Omar Jumlah urusetia :50 orang

13.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A 14.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B 15.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C.

(8)

16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :

Jawatan kuasa Kebajikan Siswa/Siswi (JAKSA) Kolej Ungku Omar

Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi

Selangor Darul Ehsan.

(u/p : , Ketua Pengarah Program)

Nama : Muhamad Arif Bin Abdul Aziz Tel : 0178229394

E-mel : cominglucky@facebook.com

17.0 PENUTUP

Diharapkan agar kertas kerja Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar sesi 2012/2013 ini mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar

(9)

(JPPel) dan juga amat diharapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, menjadi harapan Jawatankuasa Majlis Makan Malam agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran majlis ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua mahasiswa/i yang telah sedaya-upaya memerah tenaga dan buah fikiran sekaligus menjadi pemangkin dan batu loncatan buat dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Secara tidak langsung, kolej akan dapat melahirkan warga mahasiswa/i yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan pengembelingan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan. Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya agar majlis ini dapat dijayakan dengan sempurna dan dapat memberi satu kenangan khususnya kepada semua warga Kolej Ungku Omar dan mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disediakan oleh,

MUHAMAD ARIF BIN ABDUL AZIZ

Ketua Pengarah

Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar Sesi 2012/2013 Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disemak oleh,

(10)

MOHD SHAH RIZAL BIN OTHMAN

Felo Penasihat

Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar Sesi 2012/2013 Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disahkan oleh,

KAPTEN DR. AZHAN BIN AWANG

Pengetua

Kolej Ungku Omar

Universiti Kebangsaan Malaysia.

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR SESI 2012/2013 Penaung

Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

NaibCanselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman Bin A. Karim Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

Penyelaras

Tuan Haji Musa Bin Zainal Adidin

(11)

Penasihat Utama

Kapten Dr. Azhan Bin Awang Pengetua Kolej Ungku Omar , UKM

FeloPenasihat

Mohd Shah Rizal B. Othman Felo Kanan Kolej Ungku Omar,UKM

Ketua Pengarah

Muhamad Arif Bin Abdul Aziz A136806/ FKAB/2/017-8229394

Timbalan Ketua Pengarah I

Siti Farhannie Bt Mohd Adnan FSSK/2/A136585/013-9669707

Timbalan Ketua Pengarah II

Illyna binti Ibrahim/FSSK/ A140755/0176548280

Setiausaha

Syakirah Bt Sulaiman/FSSK/A140898/0145453099

Timbalan Setiausaha

Nor Nadia Fadiha Bt Aizuddin/FST/ A142741/019-2998437

Bendahari

Nur Siti Aisyah Bt Muhammad/FST/A142709/017-5088216

(12)

: Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

: Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094 : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

: Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817

Pengarah Pemasaran : Wan Muhammad Hafiz Bin Wan Izanatar / FSSK / A140520

: Nur Syazana Binti Nordin / FEP / A130735

: Wan Nur Insyirah bt Wan Ramzan/ FST / A141066

: Muhammad Ameerul Amin B Bakar@Omar/FST/ A141994

Pengarah Publisiti dan Media : Ammar Safwan Bin Aminnudin / FEP / A140052 : Siti Nadzirah Bt Ali /FPend/ A141973

: Anuarul Hakim Bin Abdul Muin

: Muhammad Haziq Bin Mohd Rohir / FSSK /A141836 : Tun Sapian Bin Abdullah /FSSK/A131986

(13)

Pengarah Cenderamata & Penerbitan : Tg. Nur'aisyatul Akmal Tg. Hashim/FST/A142719 : Nasuha Bt Marzuki / FST/A142641

: Fiona Leong Zi Yi/FST/A142580

: Maizatul Akma Bt Othman/FSSK / A141840

Pengarah Teknologi dan Dokumentari : Muhamad Zainol Bin Mohamad Raafik/FST/A142742 : Husain Bin Amiruddin / FEP / A139613

: Ahmad Ruzaini bin Rahim / FTSM / A141925 : Nurul Nazifa Bt Nordin/ FKAB/ A141783

: Nazihah Bt Mohamad Shariff / FST / A140412

Pengarah Protokol : Norazlina Bt Ajis / FSSK / A140740

: Nor Alyaa Shahira Bt Abdul Aziz / FPI / A139479 : Siti Zahidah Bt Kosran/ FPI / A139349

: Syaza Syahirah Bt Meor Zainal/ FKAB /A141437 : Nur Dalilah Husna Bt Romainor/FEP/A139676

(14)

: Nur Nabihah Bt Mat Som/FEP/A142616

Pengarah Teknikal : Muhamad Helmi Bin Hashim /FTSM / A142173

: Mohamed Erwan Bin Mohd Tuhaimi /FPend / A141365

: Nor Syuhadah Bt Mohamed/FST/A141818

: Noor Hafiza Bt Ahmad / FEP / A140062

:Muhamad Hamizan Bin Hanafi/FKAB/A140484

Pengarah Gimik & Persembahan : Mohd Saiful basri Bin Rusli /FST/A141770 : Diana anak Henry / FSSK /A140814

: Siti Syahirah Bt Razali / FEP / A139839 : Fatin Roshafera Bt Che Saari/FPend/A140978

: Mohd Sazwan Bin Ahmad/FSSK/ A141811

Pengarah Jamuan : Nur Hasnina Bt Tual / FEP /A139760

: Nurul Fatihah Bt Kamsan / FPend / A140953 :Puteri Amylia Bt Ulul Azmi/ FSSK /A140236

(15)

: Mohd Helmihazim Bin Mohd Rashidi/A138048/FKAB

Pengarah Kebajikan & Tugas-Tugas Khas : Yougan a/l Nagaya / FSSK/A141405

: Muhammad Noorel Yaqin bin Mazlan/ FST/A1405 : Farah Diyana Bt Zailan/FST/A142744

: Nor Aqlina Bt Abdul Halim/FKAB/A139843

: Muhamad Juhairi Bin Mohamad Akhir/FKAB/ A137796

: Leong Xin Fang / FSSK /A140624

(16)

ATURCARA PROGRAM

MASA PERKARA

TEMPAT

Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) 8.00 malam Ketibaan Mahasiswa/i Kolej Ungku Omar

8.15 malam Ketibaan Tetamu Jemputan 8.25 malam Ketibaan Perasmi

8.35 malam Persembahan Pembukaan (Tarian era 60 an)

8.40 malam Alu-aluan Pengacara Majlis. 8.45 malam Bacaan Doa

8.50 malam Ucapan Ketua Pengarah oleh:

Saudara Muhamad Arif Bin Abdul Aziz

8.55 malam Ucapan Pengetua Kolej Ungku Omar oleh: Kapten Dr. Azhan Bin Awang

9.00malam Ucapan Perasmi oleh:

YB Datuk Haji Fadillah bin Yusof 9.15 malam Gimik Perasmian

9.20 malam Jamuan Makan Malam

9.30 malam Persembahan Teater daripada Kelab Seni Pementasan Teater (SEPET) yang

bertemakan ‘ 60 an ’

10.00 malam Cabutan Bertuah Selingan 1

10.05 malam Persembahan ‘Tarian Sepanjang Zaman’ oleh Kelab Titis tari

(17)

10.20 malam

Penyampaian Anugerah kepada: i. Mahasiswa Cemerlang ii. Mahasiswi Cemerlang iii. Mahasiswa Harapan iv. Mahasiswi Harapan

v. Atlit Lelaki Terbaik vi. Atlit Perempuan Terbaik vii. JAKSA Terbaik

viii. Program Kolej Terbaik

Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

10.30 malam

Persembahan 1 Malaysia oleh:

Sekretariat Integrasi dan Perpaduan Kaum *bergantung kepada situasi

10.45 malam Cabutan Bertuah Selingan 2

10.55 malam Anugerah King And Queen Of The Night

(18)

LAMPIRAN C BELANJAWAN ANGGARAN PENDAPATAN BIL PERKARA RM 1. 2. 3.

Tabung Pengetua Kolej Ungku Omar

Sumbangan

i. Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) ii. Perasmi

iii. Syarikat-syarikat swasta

Lain-lain i. Jualan Keusahawanan 20 000 3000 2 000 4000 1 000

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 30 000

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM

1. Pengurusan

i. Peralatan alat tulis

ii. Kertas A4(RM 10 × 3 ring) iii. Fotokopi

iv. Toner Ink(RM 200 × 1)

v. Kad Ring-Ring ( RM 10 × 30 keping)

50 30 200 200 300

(19)

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

vi. Kebajikan AJK ( RM 5 ×50 orang)

Pengangkutan

i. Minyak Kenderaan (RM 20 × 8 hari) ii. Kecemasan Jamuan i. Mahasiswa/i (1000 × RM 18) ii. VIP (10 × RM 18) iii. VVIP (3 × RM 25) Persembahan

i. Alatan Persembahan Teater Teknikal

ii. Dekorasi Pentas iii. Penyelenggaraan Protokol

i. Kad jemputan (RM 1.50 × 80 keping) ii. Buku Cenderamata (RM 6 × 80 buah) Publisiti

i. Kain Rentang 8’ × 3’(RM 70 × 4 keping) ii. Bunting 2’ × 6’(RM 40 × 8 keping) iii. Poster A3 (RM 11.50 × 20 keping)

Sijil dan Cenderamata

i. Sijil (RM 1.50 × 200 keping) ii. Hamper (RM 50 × 10 buah)

iii. Cenderamata Anugerah(RM 30 × 10 orang) iv. Cenderamata Perasmi(RM 200 × 2 orang)

v. Cenderamata Mahasiswa/i(RM 4 × 1000 orang) Tugas-Tugas Khas

i. Backdrop

ii. Tag Nama (RM 2 × 50 orang) Rencam 250 160 100 18 000 180 75 300 700 700 120 480 280 320 230 300 500 300 400 4 000 300 100 1425

(20)

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 30 000

MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT UNIT PROGRAM:

Perjumpaan 1: Tarikh : 12 Mac 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar Masa : 8.30-11.30 malam

 Berbincang mengenai tentatif program.

 Mempelajari sedikit sebanyak tentang tema yang telah di tetapkan melalui internet

 Mengagihkan tugasan kepada setiap ahli.

Kehadiran:

 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676  : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

 : Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094  : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

(21)

Perjumpaan 2:

Tarikh : 28 April 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar Masa : 9.00 malam- 12.00 tgh malam

 Unit Program berhubung dengan Unit Publisiti dan Multimedia untuk menetapkan rekaan bagi Buku Program.

 Unit Program mengesahkan rekaan tersebut selepas berhubung dengan Ketua Pengarah.

 Membuat perbincangan dengan Unit Cenderamata untuk mendapatkan senarai-senarai anugerah yang akan diberi pada malam kejadian

 Membuat Perbincangan dengan Unit Persembahan untuk mendapat senarai penuh persembahan pada hari kejadian

 Menyiapkan tentatif program dan disahkan oleh Ketua Pengarah

Kehadiran:

 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676  : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

 : Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094  : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

(22)

Perjumpaan 3: Tarikh : 9 April 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar Masa : 9.00 – 11.00 malam

 Unit Program berjumpa dengan Unit Tugas-tugas Khas untuk membincangkan tentang susunan meja di DECTAR pada hari kejadian

 Membincangkan langkah-langkah untuk mendapatkan senarai penuh kehadiran iaitu dengan membuka kaunter pendaftaran meja

Kehadiran:

 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676  : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

 : Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094  : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

 : Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817

Perjumpaan 4:

Tarikh : 10 April 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar Masa : 9.00 malam- 12.00 tengah malam

 Unit Program membuat penambah baikan rekaan buku program yang telah siap setelah disemak oleh Ketua Pengarah Program.

 Mendapat arahan untuk mereka bentuk Pas Masuk

 Unit Program sekali lagi mengagihkan kerja kepada semua

 Kaunter Pendaftaran Meja dibuka selama seminggu bermula pada 8 April setiap pukol 8 malam sehingga 11 malam

Kehadiran:

 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676  : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

(23)

 : Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094  : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

 : Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817

Perjumpaan 5:

Tarikh : 15 April 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar

Masa : 10.00 malam – 12.30 tengah malam

 Unit Program menyenaraikan senarai kedai rekaan yang telah dilawati bagi mendapatkan harga yang berpatutan dan rekaan yang berkualiti.

 Unit Program meneruskan perbincangan dengan Bendahari Kehormat untuk membuat anggaran perbelanjaan.

 Unit Program menyusun atur senarai pendaftaaran mengikut arahan dari Ketua Pengarah

 Mencetak pas masuk dan menyusun dan menyediakan kelengkapan untuk membuka kaunter Pengambilan Pas Masuk.

Kehadiran:

 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676  : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

(24)

 : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

 : Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817

Perjumpaan 6:

Tarikh : 20 April 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar Masa : 8.00 malam – 11.30 malam

 Unit Program menyiapkan rekaan Buku Program untuk VIP dan Pelajar.

 Mendapat Kelulusan untuk mencetak buku Program dari Ketua Pengarah

 Unit Program telah membuka kaunter mendapatkan Pas Masuk sepanjang minggu (20 April – 26 April) pada setiap 8 malam -11 malam

Kehadiran:

 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676  : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

(25)

 : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

 : Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817

Perjumpaan 7:

Tarikh : 25 April 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar Masa : 8.00 malam- 10.00 malam

Unit Program mendapatkan buku program yang telah di cetak.

 Unit Program berbincang dengan unit protocol untuk mendapatkan senarai kehadiran VIP dan VVIP

Kehadiran:

 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676  : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

 : Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094  : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

 : Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817

Perjumpaan 8:

Tarikh : 29 April 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar Masa : 9.30 –11.00 petang

 Membuat pertemuan dengan kesemua ketua ketua pengarah untuk memberi pelan tindakan dan menjelaskan perjalanan program pada hari tersebut.

Kehadiran:

(26)

 : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

 : Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094  : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

 : Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817

Disediakan oleh,

(MOHAMMAD SYAHIR BIN JAMALUDDIN)

PENGARAH PROGRAM

Disahkan oleh,

(MUHAMAD ARIF BIN ABDUL AZIZ)

Referensi

Dokumen terkait